PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan •...

29
PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI SMK SERI TANJONG, MELAKA PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU PPU MERCU GERBANG IPT

Transcript of PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan •...

Page 1: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI SMK SERI TANJONG, MELAKA

PANDUAN

PENULISAN AKADEMIK

UNTUK PELAJAR PPU

PPU MERCU GERBANG IPT

Page 2: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

1

Kandungan : BAB 1 : PENULISAN AKADEMIK 3

• Pengertian Penulisan Akademik

• Ciri-ciri Penulisan Akademik

• Esei Akademik Yang Baik

• Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah

BAB 2 : MEMBUAT RUJUKAN 12

• Pengenalan

• Sistem Nama Pengarang dan Tahun

• Senarai Rujukan

• Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan

• Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan

• Rujukan Internet

BAB 3 : NOTA DAN NOTA KAKI 20

• Panduan Umum

• Kepentingan nota kaki :

• Maksud nota kaki

• Cara Penulisan ibid

• Cara Penulisan op cit

BAB 4 : FORMAT PENULISAN 22

• Kertas dan Saiz

• Birai

• Penomboran Muka Surat

• Penomboran Bab dan Pecahan Bab

• Penaipan • Font Untuk Jadual, Tajuk dan Sumber

• Jumlah Perkataan

• Pembukuab dan Penyerahan

Page 3: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

2

BAB 5 : PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK 26

• Kaedah Penilaian

• Pemarkahan BAB 6 : PENUTUP 28

• Harapan Pihak Pentadbiran dan Pengurusan PPU

Page 4: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

3

BAB 1

PENULISAN AKADEMIK

Pengertian Penulisan Akademik :

Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau

saintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-

kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan

generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan

bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-

tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya

boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan

data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong

kebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi

penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains),

ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat

disusun seperti di bawah :

i. Pengumpulan data dan fakta

ii. Pengamatan data dan fakta

iii. Pemilihan data dan fakta

iv. Penggolongan data dan fakta

v. Penafsiran data dan fakta

vi. Kesimpulan umum

vii. Perumusan hipotesis

iix. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris

ix. Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis

x. Perumusan teori ilmu pengetahuan

xi. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

Page 5: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

4

Ciri-ciri Penulisan Akademik : Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah : (a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam

kepada situasi yang spesifik.

(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.

(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat

prejudis.

(e) Penulisan akademik bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara

sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.

(f) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab

dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.

(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada

kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.

(i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam

penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri.

(j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya

mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,

argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang

berdiri/berbicara sendiri.

(k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan

merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan

sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri

sendiri.

Page 6: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

5

Esei Akademik Yang Baik : Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu

pengenalan esei, isi esei dan penutup.

A. Pengenalan :

Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu

idea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus

membaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai

dan memberi maklumat yang baru serta merangsang naluri ingin tahu pembaca.

Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik.

Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.

B. Isi Esei :

Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya

lebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut

boleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan,

anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea dan

pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei

lebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiap

perenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan

penonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untuk

memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca

mengikuti perkembangan idea tersebut.

Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu

untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya

adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu,

selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan

ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea

dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada

pembaca.

Page 7: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

6

Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada

jumlah isi yang ingin diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalah

bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yang

akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlu

memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya

penulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting

ialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut

keutamaan.

C. Penutup :

Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan

umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup

harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama

dengan pengenalan.Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas,

rujuk Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.

Page 8: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

7

Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah : Membuat Penyelidikan Ilmiah

Penyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dan

kedua, cadangan penyelidikan (research proposal). Kedua-dua proses ini harus

dijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhir

adalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.

1. Proses Penyelidikan :

i Mendapatkan Masalah Atau Tajuk :

Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya

masalah di bidang yang hendak dikaji.

ii. Membentuk Hipotesis :

Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.

Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai

contoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulus

dengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai

bendang yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani

yang mempunyai bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983,

hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbangan

moral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yang

mengatakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan

perkahwinan di kalangan wanita yang bekerja adalah tidak baik (nilaian)

(b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman

Page 9: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

8

(nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlu

mengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan menyukarkan

untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a)

ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih

merupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai.

Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektif

untuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah

sikap. Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu

memerlukan data yang konkrit.

iii Memungut Data :

Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua.

Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan oleh

penyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik dan

juga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak

yang dihasilkan oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan data

berbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasa

digunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan( survey), temuramah (

interview), soal-selidik ( questionares) dan pemerhatian ikutserta (

participation observation).

iv Analisis Data

Analisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam

bidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik

dan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu,

analisis lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan

Page 10: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

9

bukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami.

Analisa boleh diringkaskan seperti di bawah :

a. Pengenalan

• Idea pokok

• Sokongan fakta utama kepada idea pokok

• Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta

pecahan atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah

• Rangkaian idea pokok

• Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea

pokok

Analisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat.

Setiap idea mesti dikembangkan dengan baik dari satu perenggan

ke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mesti

mempunyai flow of ideas, thoughts and descriptions yang baik.

Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota kaki

supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak

mengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pula

seeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan

terlalu panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan

tepat.

Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian

dan analisis. Disamping itu untuk membantu pembaca membuat

pembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentang

isu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbeza

dibincang dalam teks ia akan menganggu aliran pemikiran

Page 11: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

10

b Menyediakan Cadangan Penyelidikan

i Masalah Kajian

Dalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan

kajian. Pengkaji harus menyatakan persoalan yang ingin dikaji

dan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokok

dan sampingan.

ii Skop Kajian

Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana

dan kenapa. Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab

yang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait

antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk

pembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruh

kerangka tesis pelajar.

iii Kepentingan Kajian

Dalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan

kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademik

dan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian

adalah dengan membuat literature review bidang yang dikaji dan

menilaikan sejauh manakah tajuk yang dipilih belum diusahakan

dan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan.

Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk kepada

kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalah

keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa

izin dari Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat

membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-golongan

ini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untuk

menangani isu tersebut secara efektif.

Page 12: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

11

iv Kaedah Kajian

Kaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama

kajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudaga

dan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut

bidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah,

kajian mereka adalah bersifat library research dengan merujuk

sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam bidang

Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan

penyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki.

Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik,

persamplen dan kaedah menggunakan komputer untuk

menganalisis data.

Page 13: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

12

BAB 2

MEMBUAT RUJUKAN

Pengenalan :

Penulisan akademik yang menggunakan penulisan lain, samada melalui petikan secara

langsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan butir-butir sumber tersebut

dalam bibliografi atau rujukan.

Sistem Nama Pengarang dan Tahun :

Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan Sistem Harvard.

1. Rujukan Dalam Teks

Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama

pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :

i. Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulis

sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam

kurungan seperti berikut :

Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the

behavioural link between the offsprings and their parents, the use of

crossover operator should be avoided.

ii. Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), nama

pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka

surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut :

ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout

and output mapping, adaptability and fault tolerance among others.

(Haykin, 1990: 16)

Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic,

jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.

Page 14: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

13

iii. Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang

tersebut perlu ditulis seperti berikut :

In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle

(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model

involves an excessive number of parameters.

Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively

control Penicillin acylase fermentation.

iv. Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas nama

pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut :

The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures

as described by Korenberg et al. (1998)

v. Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di

dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah

ditulis selepas tahun penerbitan.

Some of the basic principles widely used by many researchers are

Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981),

Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D)

equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of

an acceleration control of robot arm/manipulator.

2. Senarai Rujukan

Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai

Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.

i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan

hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis

oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun

sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.

Page 15: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

14

ii. Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah

disusun mengikut pengarang yang pertama.

3. Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan

Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :

Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama

pengarang adalah seperti berikut :

i. Nama Barat

Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.

Contoh :

nama : John Noick Pavlovic

(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.

(dalam teks) Pavlovic (tahun)

ii. Nama Melayu

Tuliskan nama penuh pengarangnya.

Contoh :

nama : Mohd Noor Bin Abdullah

(dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun)

ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun),

iii. Nama Arab atau berunsur Arab

Tuliskan nama keluarganya

Contoh :

nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas

rujukan : Muhammad Naquib, S.A.

teks : Muhammad Naquib (tahun)

atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya

Contoh :

nama : Malik ibn Anas

ditulis : Malik ibn Anas

Page 16: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

15

iv. Nama Cina

Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina

terletak di depan nama.

Contoh :

nama : Tan Beng Keat

Rujukan : Tan, B. K.

(dalam teks) Tan (Tahun)

v. Nama India

Tuliskan nama pengarangnya.

Contoh :

nama : Srinivasan Venkataraman

ditulis : Venkataraman, S.

(dalam teks) Venkataraman (tahun)

Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.

Contoh :

nama : S. N. Gupta

ditulis : Gupta, S.N.

(dalam teks) Gupta (tahun)

vi. Nama Punjabi

Tuliskan nama pengarangnya

Contoh :

nama : Karam Singh

ditulis :Karam Singh

(dalam teks) Karam (tahun)

atau

nama : Surjit Kaur Grewel

ditulis : Surjit Kaur Grewel

(dalam teks ) Surjit (tahun)

Page 17: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

16

Cara Penulisan :

Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :

i. Satu dan beberapa pengarang

Contoh satu pengarang :

Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.

New York : Gordon and Breach Science Publishers.

Contoh dua atau beberapa pengarang :

Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:

Prentice Hall International Ltd.

Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration

Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25

(3) : 468-474.

ii. Penyunting / Penyusun

Contoh

Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :

Fishing New Book.

Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.

Chischester : Ellis Horwwod.

iii. Penulis / Penyunting Korporat

Contoh

Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific

terms.New York : Engineers Council.

American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of

American Chemical Society publications.Washington, D.C : American

Chemical Society.

Page 18: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

17

Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan :

Terdapat pelbagai bahan rujukan yang dirujuk di dalam penyediaan projek ilmiah

dan ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai rujukan seperti berikut :

i. Buku

Nama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih daripada

beberapa edisi). Tempat diterbitkan : Penerbit.

Contoh :

Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy. 6th ed.

Englewood Cliffs, N.J : Prentice-Hall.

ii. Artikel dalam buku

Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam : Pengarang buku.

Tajuk buku. Tempat diterbitkan : Penerbit. Mukasurat.

Contoh :

Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S., 2000. An

Evolutionary Neural Network Controller for Intelligent Active Force

Control. In : Parmee, I.C. ed. Evolutionary Design and Manufacturing.

London : Springer-Verlag.351-362.

iii. Jurnal

Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Tajuk Jurnal. Volum (Bilangan) :

mukasurat.

Contoh :

Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems : A survey.

Proc.IEE, Part D.127 (6) : 272-284.

Page 19: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

18

iv Artikel Seminar

Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar.

Tempat diterbitkan : Penerbit, mukasurat.

Contoh :

Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non Linear

Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings

of the 1996 IEEE International Symposium on Intelligent

Control.September 15-18. Dearborn, Michigan : IEEE, 360-365.

v. Tesis

Nama pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Institusi pengajian : Tesis.

Contoh

Hasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam Sektor

Pembinaan. Universiti Malaya : Tesis PhD.(unpublished).

vi. Buku Perundangan

Nama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan.

Contoh

Malaysia 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.

P.U. (A) 41 1983.

vii. Piawai

Nama Institusi. Tahun. Tajuk ‘standard’. Tempat diterbitkan. Nombor

piawai

Contoh

British Standards Institution 1987. Tongued and Grooved Software

Flooring. London, BS 1297.

viii. Patent

Nama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor patent.

Contoh

Lindgren, E.A., 1960. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S.

Patent 2, 925, 457.

Page 20: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

19

ix. Katalog

Nama pengeluar Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota.

Contoh

Howick Partitioning Ltd. 1984. Howick : Partitioning in Business. Redhill

(U.K) : Trade Brochure.

x. Lukisan terukur

Nama. Tahun.. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota

Contoh

Zairul Azidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,

Kampung Gajah, Perak. UTM : Lukisan Terukur.

xi. Bahan yang tidak diterbitkan

Nama. Tahun.Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan

“tidak diterbitkan” perlu ditulis diakhir ayat.

Rujukan Internet

Maklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubah-

ubah. Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukan

asal. Walaubagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projek

latihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapi

hendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut;

Dalam rujukan ditulis, (sumber web/linkpage/tarikh)

Website

i. www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. 15/05/2003

ii. www.midvalley.com.my/about.cfm. 15/05/2003

Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jika

tiada nama penulis tetapi hanya artikel atau laman web resmi selepas

akhir teks di tulis dalam kurungan contoh seperti

(www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm.15/05/2003).

Page 21: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

20

BAB 3

NOTA DAN NOTA KAKI

Panduan Umum

Nota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu tidak

digunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi. Walau

bagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan kajian

ilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bawah

sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat tambahan

mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Nota

kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan berturutan iaitu 1,2,3 dan seterusnya.

Kepentingan nota kaki :

i. Memudahkan pembaca meneliti semula sumber rujukan penulis.

ii. Sebagai bukti sifat tanggungjawab penulis terhadap disiplin penulisan ilmiah.

iii. Memuaskan hati pembaca.

Maksud nota kaki (Inggeris) :

i. Ibid ( ibidem ) : pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.

ii. op.cit ( opere citato ) : in the world cited, dalam rujukan yang telah diterangkan.

Cara Penulisan ibid :

1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and

allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.

2. Ibid. p24.

3. Ibid, p38.

Page 22: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

21

Cara Penulisan op cit :

1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and

allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.

2. Andrews, M., (2002). Using technology in your presentation. In: White, L. and

Davids, E. eds. Enhancing your presentation. London: Sage. pp91-104

3. Cornish, W. op.cit. p35.

Page 23: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

22

BAB 4

FORMAT PENULISAN 1. Kertas dan Saiz

Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik iaitu

80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak.

2. Birai

Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm

(untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan. (semua

maklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang telah

ditetapkan)

3 . Penomboran Muka Surat

Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan.

Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan iaitu

1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.

Penomboran muka surat mestilah seperti berikut :

i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil roman

secara berturutan seperti i, ii, iii.

ii. Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagai

muka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertama

selepas muka surat yang mengandungi judul dicetak sebagai muka surat

(ii)

iii. Teks am dan semua mukasurat termasuk rujukan dan lampiran dicetak

dengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3 bermula dengan

nombor 1.

Page 24: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

23

iv. Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kerta pembahagi

di antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombor

muka surat

4. Penomboran Bab dan Pecahan Bab

Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor

Arab seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam

setiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkat

pecahan seperti :

4.1 Peringkat pertama (Tajuk pecahan kecil)

4.1.1 Peringkat kedua (Tajuk pecahan-pecahan kecil)

4.1.1.1 Peringkat ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)

Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya

hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c dan seterusnya.

5. Penaipan

Penulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11.

Jarak di antara dua baris teks ialah 1 ½ jarak. Hanya satu jarak digunakan

untuk :

i. Petikan yang panjang

ii. Abstrak

iii. Nota / Sumber /Petikan

iv. Senarai rujukan

Page 25: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

24

Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah

mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya

perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyai

kurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah

dimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk setiap bab hendaklah ditaip

menggunakan abjad besar dan menggunakan font Arial Saiz tidak melebihi 16.

Bab yang baru hendaklah dicetak pada muka surat yang baru. Tajuk dan

pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan. Abjad pertama untuk pecahan

tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar kecuali untuk kata

penghubung seperti dan, dari, ke, di dan seumpamanya.

6. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber

Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.

Jarak Penaipan

Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut :

i. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm

ii. Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris

iii. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris

iv. Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4 jarak

baris

v. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris

vi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris

vii. Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri

viii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2

jarak baris.

Page 26: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

25

7. Jumlah Perkataan

Teks projek ilmiah hendaklah tidak kurang 2500 patah dan tidak melebihi 3500

patah perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual dan

rajah tidak termasuk dalam jumlah perkataan.

8 Penjilidan untuk Penyerahan

Penulisan Akademik hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak empat (4)

salinan asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklah

dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang

penulisan akademik.

1. Warna Kulit dan Tulisan

Kulit penulisan akademik hendaklah menggunakan jenis ‘art paper’

100g/m2 dan bertulisan hitam. Saiz minimum untuk tulisan ialah font 14

jenis Arial. Warna yang perlu digunakan adalah seperti berikut :

i. Program Ekonomi : Merah Jambu

ii. Program Pengajian Perniagaan : Biri Muda

iii. Program Kesusasteraan Melayu : Hijau Muda

2 Muka Hadapan

Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan akademik, nama

pelajar, Program Persediaan Universiti dan tahun penyerahan penulisan

akademik dan hendaklah dicetak dengan huruf besar.

Page 27: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

26

BAB 5

PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK

1. Kaedah Penilaian

Pelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secara

berterusan bermula daripada minggu pertama semester 2. Pelajar akan diberi

bimbingan dan panduan melalui syarahan pada beberapa minggu mengenai

cara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur penulisan.

Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh jabatan masing-

masing.

Secara amnya draf pertama yang sempurna hendaklah dihantar pada minggu

ke-10 semester 2. Mengikut syarat yang telah ditentukan penulisan akademik

yang telah siap dibukukan mengikut warna yang telah ditentukan hendaklah

diserahkan pada minggu ke- 20.

2 Permarkahan

Pecahan permarkahan untuk penulisan akademik mulai dari sessi 2009/10

adalah seperti berikut :

1. Kesesuaian Tajuk : 03 Markah

2. Isi Kandungan : 02 Markah

3. Pendahuluan : 05 Markah

4. Pembentangan Isi/Idea : 70 Markah

5. Kesimpulan : 05 Markah

6. Persembahan dan Kreativiti : 05 Markah

7. Rujukan : 05 Markah

8. Kepatuhan Format : 05 Markah

Jumlah Keseluruhan : 100 Markah

Page 28: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

27

Markah untuk kepatuhan format dibuat oleh penyelia atau penyelaras penulisan

akademik masing-masing mengambilkira prestasi kemahiran insaniah (soft skill)

pelajar dalam perkara berikut :

i. Ketepatan masa untuk temujanji

ii. Ketepatan masa menyiapkan tugasan

iii. Tindakbalas pelajar dan pemberian idea

iv. Perancangan dan proses kerja

v. Tanggungjawab dan minat

Page 29: PANDUAN PENULISAN AKADEMIK UNTUK PELAJAR PPU · PDF file• Senarai Rujukan • Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan • Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai

Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST

28

BAB 6

PENUTUP

Pihak pengurusan dan pentadbiran Program Persediaan Universiti (PPU) amat

mengharapkan agar pelajar PPU dapat menyiapkan penulisan akademik ini dengan

mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Penulisan akademik ini

adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum digraduasikan pada akhir

semester 3.

Pematuhan kepada format penulisan akademik yang disediakan oleh PPU

adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar PPU,

berkenaan cara sesebuah tesis disiapkan oleh pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam di

negara kita.

Semoga dengan usaha ini, perkembangan ilmu terus subur dalam diri pelajar

PPU, sekaligus dapat melahirkan modal insan kelas pertama di SMK Seri Tanjong,

Melaka.