Penulisan dapatan kajian e leraning

3

Click here to load reader

Transcript of Penulisan dapatan kajian e leraning

Page 1: Penulisan dapatan kajian e leraning

KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

NORZULIANA BT AMIR (M20141000730) Page 1

PENULISAN DAPATAN KAJIAN E-LEARNING

Menurut kajian oleh Rubiah Omar Dan Jamilah Hj. Ahmad dalam Jurnal yang bertajuk

“Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik” dan

telah dijilidkan dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1) (2009)155-172 mendapati bahawa,

kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan

pembelajaran adalah tinggi. Ini kerana banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak

pentadbiran universiti untuk menggalakkan ahli akademik menggunakan sistem e-

pembelajaran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji, penilaian

responden terhadap hubungan antara kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan

pembelajaran arahan kendiri adalah memuaskan. Hasil kajian juga mendapati penerimaan

responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi kerana majoriti responden

memahami keseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus dimainkan dalam

melaksanakan e-pembelajaran. Secara keseluruhan, responden menerima secara positif

penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Ismail (2003), di dalam mempelbagaikan strategi penggunaan, pelajar dapat

mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut tahap dan masa sendiri. Setiap maklumat

atau bahan yang diakses boleh menggunakan samada secara atas talian atau di luar talian.

Dalam satu kajian lain mengenai penggunaan e-pembelajaran (e-learning) di kalangan pelajar

jurusan pendidikan teknikal dan vokasional di institusi pengajian tinggi (IPTA) negeri johor

yang di hasilkan oleh Saud, Muhammad Sukri dan Abdul Rahman, Mohd Anuar dan Ting ,

Kung Shiung (2007) dari Jabatan Pendidikan dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM

Skudai, Johor menyatakan penggunaan e-pembelajaran memberikan kebebasan kepada

siswazah untuk mengikuti proses pembelajaran sesuatu subjek. Para siswazah adalah bebas

belajar mengikut tahap kemampuan diri serta bebas untuk mengulangi mana-mana bahagian

subjek yang tidak difahami mengikut keperluan dan tahap pemahaman masing-masing.

Aplikasi e-pembelajaran membolehkan siswazah berkomunikasi secara terus dengan pengajar

atau sesama mereka melalui perkhidmatan internet seperti e-mail, buletin dan perbincangan

serta forum yang disediakan dalam e-pembelajaran. Siswazah boleh mengemukakan soalan

mengenai tajuk atau topik yang kurang difahami.

Page 2: Penulisan dapatan kajian e leraning

KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

NORZULIANA BT AMIR (M20141000730) Page 2

Menurut Azhan (2003), seperti namanya forum juga adalah satu tempat di mana seseorang itu

bebas untuk bertanya soalan, memberikan pendapat ulasan, kritikan, informasi dan juga buah

fikiran yang bersesuaian dengan tajuk yang dibahaskan atau diperbincangkan. Dengan ini

seseorang akan mendapat banyak manfaat dan juga ilmu yang boleh digunakan pada masa-

masa akan datang. Pendapat Azhan itu merupakan kesinambungan daripada keterangan

Zaidah (2001) bahawa pada amnya, interaksi sesama manusia adalah penting di dalam

pembelajaran. Interaksi adalah di antara faktor yang menyebabkan sesi pembelajaran menjadi

lebih efektif dan pelajar lebih memahami setiap maklumat yang disampaikan oleh guru.

Internet juga telah membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian

dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau pembelajaran melalui online adalah

pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh jasa teknologi seperti telefon, audio,

videotape, transmisi satelit atau komputer.

Kajian yang dilakukan oleh Fakhrur Razi Ahmad (2010) pula mendapati pembelajaran

berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar lantaran dari kemudahannya

yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal pendidikan yang mampu

mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah kendiri, kadar kendiri dan akses

kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif dalam melaksanakan e-Pembelajaran, projek

ini memilih sistem pengurusan bahan, Joomla! dan model rekabentuk instruksi bersistem

ADDIE.

e-pembelajaran menerusi teknologi maklumat (IT) serta teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) merupakan tunjang utama dalam perancangan ekonomi berasaskan pengetahuan (k-

ekonomi) negara. K-ekonomi merupakan pengetahuan dan keupayaan untuk mewujudkan

satu nilai serta kekayaan yang dapat diukur melalui cara pengetahuan itu diaplikasikan.

Kekayaan k-ekonomi tidak diukur melalui produk pertanian atau perindustrian, tetapi ia dapat

dikecapi melalui sumber yang bermanfaat iaitu dengan mengaplikasikan pengetahuan

yang sedia ada. Era berasaskan ilmu pengetahuan merupakan satu penerokaan baru yang

mustahil dilaksanakan dengan cekap sebelum ini. Kini, ciri-ciri tradisional sudah mula

digantikan bagi membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan secara terus dengan

lebih murah, mudah dan fleksibel (Azwan dan Rozita 2002).

Page 3: Penulisan dapatan kajian e leraning

KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

NORZULIANA BT AMIR (M20141000730) Page 3

Rujukan

Azwan, A. & Rozita, N. 2002. e-Learning: Penerokaan Media Pembelajaran Terkini. Atas

talian. http://www.elearning.unimas.my/Articles/archives/000002.html. (Accessed 9th June

2007).

Fakhrur Razi Ahmad. (2010). Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu Semasa Dan E-

Forum Matematik. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia

Jamaludin Mohaiadin. (2000). Isu dan Implikasi E-learning terhadap sistem Pendidikan.

Prosiding Konvensyen Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia kali ke-13. September 19-

21. Perak: Hotel Hill City. 245-252 Jamaluddin Harun. (2005).

Rubiah Omar Jamilah HJ. Ahmad (2009) hasil dapatan Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan

e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik .Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):

155 – 172

Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan Epembelajaran (e-learning) Di

kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik danVvokasional Di Institusi Pengajian Tinggi

(IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda Wong Ming

Ming. (2006).