PENULISAN JAWI BARU

7
PENDIDIKAN JAWI BARU : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN PENULISAN JAWI BARU Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman Universiti Antarabangsa al Madinah [email protected] Abstrak Pendidikan Jawi dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu adalah sinonim dengan kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan agama mejoriti masyarakat Melayu terutama di Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan di Selatan Thailand. Sistem tulisan Jawi telah mengalami banyak zaman dan perubahan sehingga sampai ke tahap Jawi yang telah disempurnakan. Namun begitu masih lagi terdapat keluhan di kalangan pelajar dan pengguna-pengguna Jawi tentang kesulitan dan kekeliruan yang berlaku dalam sistem penulisan Jawi Baru yang ada pada hari ini. Berasaskan kepada keluhan ini, kertas ini cuba mengemukakan hasil kajian terhadap persepsi para pelajar Universiti Brunei Darussalam yang mempelajari kursus kemahiran dan pengajaran Jawii selama satu semester tentang kesulitan dan kekeliruan yang dihadapi mereka semasa mempelajarinya. Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan bernas bagi tujuan memurnikan dan memudahkan pendidikan Jawi ini sama ada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. 1- Pengenalan Pada hari ini, jika kita teliti dan perhatikan betul- betul kita akan dapati bahawa tulisan Jawi mula pupus dalam penggunaan harian masyarakat Melayu, terutama di kalangan belia. Bahan bacaan semasa yang ditulis dalam Jawi juga susah untuk diperoleh. Kalau dahulu kebanyakan kitab agama ditulis dalam Jawi, tetapi sekarang ini kebanyakan kitab baru dalam bidang agama ditulis dalam Rumi. Justeru kurangnya penggunaan harian dan kurangnya bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi, maka Jawi sekadar menjadi subjek wajib dipelajari di sekolah- sekolah atau di institusi-institusi pengajian tinggi, selepas itu ia dilupakan begitu sahaja. Di Brunei Darussalam penggunaan tulisan Jawi masih boleh dibanggakan. Kebanyakan papan tanda, nama-nama kedai dan syarikat perniagaan masih menggunakan tulisan Jawi di samping tulisan Rumi atau bahasa Inggeris. Namun begitu usaha bagi memperbanyakan bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi baru amat diperlukan bagi memperkuatkan sistem ejaan Jawi baru dan bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pembaca apabila banyak antara bahan bacaan Jawi yang ada dalam pasaran berasaskan ejaan Jawi lama, sedangkan Jawi yang diajar di sekolah-sekolah adalah ejaan Jawi baru. Walaupun Jawi diajar di semua sekolah-sekolah agama di Brunei dan Malaysia, namun mengikut pengamatan penulis, penggunaan Jawi di Brunei Darussalam lebih meluas, dan tidak terhad kepada bidang-bidang yang ada kaitan dengan agama sahaja. Sedangkan penggunaan Jawi di Malaysia lebih sinonim dengan bidang keagamaan.

description

jawi

Transcript of PENULISAN JAWI BARU

Page 1: PENULISAN JAWI BARU

PENDIDIKAN JAWI BARU : KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PARA PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN DAN

PENULISAN JAWI BARU

Prof Madya Dr Hj. Wan Mat bin Hj. Sulaiman

Universiti Antarabangsa al Madinah

[email protected]

Abstrak

Pendidikan Jawi dan penggunaannya dalam masyarakat Melayu adalah sinonim dengan

kedudukan bahasa Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi dan agama mejoriti

masyarakat Melayu terutama di Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia dan di Selatan

Thailand. Sistem tulisan Jawi telah mengalami banyak zaman dan perubahan sehingga sampai

ke tahap Jawi yang telah disempurnakan. Namun begitu masih lagi terdapat keluhan di

kalangan pelajar dan pengguna-pengguna Jawi tentang kesulitan dan kekeliruan yang

berlaku dalam sistem penulisan Jawi Baru yang ada pada hari ini. Berasaskan kepada keluhan

ini, kertas ini cuba mengemukakan hasil kajian terhadap persepsi para pelajar Universiti

Brunei Darussalam yang mempelajari kursus kemahiran dan pengajaran Jawii selama satu

semester tentang kesulitan dan kekeliruan yang dihadapi mereka semasa mempelajarinya.

Berdasarkan pengalaman tersebut, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan

bernas bagi tujuan memurnikan dan memudahkan pendidikan Jawi ini sama ada di sekolah

mahupun institusi pengajian tinggi.

1- Pengenalan

Pada hari ini, jika kita teliti dan perhatikan betul- betul kita akan dapati bahawa tulisan Jawi mula pupus dalam

penggunaan harian masyarakat Melayu, terutama di kalangan belia. Bahan bacaan semasa yang ditulis dalam

Jawi juga susah untuk diperoleh. Kalau dahulu kebanyakan kitab agama ditulis dalam Jawi, tetapi sekarang ini

kebanyakan kitab baru dalam bidang agama ditulis dalam Rumi. Justeru kurangnya penggunaan harian dan

kurangnya bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi, maka Jawi sekadar menjadi subjek wajib dipelajari di sekolah-

sekolah atau di institusi-institusi pengajian tinggi, selepas itu ia dilupakan begitu sahaja.

Di Brunei Darussalam penggunaan tulisan Jawi masih boleh dibanggakan. Kebanyakan papan tanda, nama-nama

kedai dan syarikat perniagaan masih menggunakan tulisan Jawi di samping tulisan Rumi atau bahasa Inggeris.

Namun begitu usaha bagi memperbanyakan bahan bacaan yang ditulis dalam Jawi baru amat diperlukan bagi

memperkuatkan sistem ejaan Jawi baru dan bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pembaca apabila

banyak antara bahan bacaan Jawi yang ada dalam pasaran berasaskan ejaan Jawi lama, sedangkan Jawi yang

diajar di sekolah-sekolah adalah ejaan Jawi baru.

Walaupun Jawi diajar di semua sekolah-sekolah agama di Brunei dan Malaysia, namun mengikut pengamatan

penulis, penggunaan Jawi di Brunei Darussalam lebih meluas, dan tidak terhad kepada bidang-bidang yang ada

kaitan dengan agama sahaja. Sedangkan penggunaan Jawi di Malaysia lebih sinonim dengan bidang keagamaan.

Page 2: PENULISAN JAWI BARU

Namun demikian tidak pula dinafikan usaha pihak-pihak tertentu dalam meluaskan penggunaan Jawi di

Malaysia.

2- Kandungan

Objektif Kajian

Antara objektif utama kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mendapatkan pandangan para pelajar terhadap masalah mempelajari Jawi baru. 2. Untuk mengenal pasti dan menganalisis kesukaran-kesukaran yang selalu dihadapi oleh para pelajar

dalam mempelajari Jawi. 3. Untuk mencari jalan penyelesaian kepada kesukaran-kesukaran dalam pengajaran dan pembelajaran

Jawi baru. 4. Membuat cadangan pemurnian terhadap pembelajaran dan penulisan Jawi.

Kaedah Kajian

Seramai 59 orang pelajar Diploma Pendidikan yang mengambil subjek PL 0308 (Keamahiran dan Pengajaran

Jawi) di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah, SHBIE, Universiti Brunei Darussalam telah diberi soalan kaji

selidik dalam mempelajari subjek Jawi. Objektif utama kaji selidik adalah untuk melihat latar belakang para

pelajar yang rata-rata pernah memperlajari Jawi lama semasa mereka di sekolah rendah dahulu, di samping

untuk melihat bahagian, pola dan kaedah penulisan Jawi baru mana yang sering menjadi kesukaran bagi para

pelajar dalam pembelajaran dan penulisan Jawi. Tujuan lain adalah bagi mendapatkan cadangan-cadangan

pelajar bagi mengatasi masalah dan kesulitan tersebut. Bertitik tolak dari situ, penulis akan menganalisis

pandangan dan cadangan para pelajar bagi melihat nisbah kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar dan bagi

tujuan mencadangkan bentuk penyelesaian.

Soalan yang diberikan kepada para pelajar terdiri dari dua bahagian besar. Bahagian pertama adalah soalan-

soalan yang bertanyakan tentang latar belakang para pelajar, manakala bahagian yang kedua adalah soalan-

soalan yang meminta para pelajar menulis apa sahaja bentuk kesukaran dan masalah dalam mempelajari Jawi.

Di samping itu, mereka juga diminta memberi cadangan-cadangan yang sesuai bagi mengatasi masalah-masalah

tersebut.

Persoalan Kajian

Terdapat beberapa soalan utama yang menjadi fokus dalam kajian ini:

1. Apakah perbezaan antara ejaan Jawi lama dengan Jawi baru yang telah disempurnakan? 2. Apakah pola-pola atau kaedah-kaedah ejaan Jawi baru yang sering berlaku kekeliruan di kalangan

pelajar? 3. Apakah penyelesaian-penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi kesukaran tersebut dalam pengajaran

dan pembelajaran Jawi baru.

Masalah-Masalah dan Kekeliruan yang terdapat dalam Pembelajaran Jawi Mengikut Pandangan Para Pelajar

1. Kesukaran untuk mengenal pasti dan menulis perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka

untuk mengenal pasti perkataan-perkataan serapan bahasa Arab. Kerana mengikut kaedah Jawi

Page 3: PENULISAN JAWI BARU

perkataan serapan bahasa Arab dalam istilah-istilah yang berkaitan dengan agama hendaklah ditulis

mengikut kaedah asalnya dalam bahasa Arab bagi mengelak berlakunya perubahan makna asalnya.

Perkataan-perkataan ini dikecualikan dari kaedah penulisan mengikut suku kata dalam bahasa Melayu.

Semasa mengajar Jawi kepada mereka penulis sendiri sudah dapat melihat kesulitan ini. Majoriti dari

mereka sentiasa salah dalam menulis perkataan dari bahasa ini, kerana mejoriti tidak mempunyai latar

belakang pendidikan bahasa Arab semasa sekolah menengah dahulu.

2. Penggunaan vokal Alif dalam Jawi bagi mengantikan vokal ‘a’ dalam Rumi, sama ada dalam suku kata terbuka atau tertutup.

Sejumlah 23 orang pelajar atau 38.98% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka

untuk menentukan bila mereka perlu terjemahkan vokal ‘a’ kepada alif dalam Jawi atau sebalik. Ini

sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagian pengecualian terdapat banyak pengecualian dalam

hal ini. Contohnya dua perkataan yang mempunyai suku kata yang sama yang berpolakan (a+a) seperti

perkataan ‘saya’ dan ‘dada’ ditulis ‘ساي’ dan ‘دادا’ yang mana vokal ‘a’ kedua pada perkataan saya tidak

diterjemahkan dengan ‘Alif’ dan sebaliknya berlaku pada perkataan ‘dada’. Penulis sendiri dapati

semasa pengajaran Jawi, inilah antara kaedah yang banyak mengelirukan para pelajar.

3. Kaedah Penulisan Hamzah. Sejumlah 22 orang pelajar atau 37.28% dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka

untuk menulis perkataan-perkataan yang mempunyai Hamzah padanya. Ini disebabkan Hamzah

hendaklah ditulis dalam empat bentuk dan keadaan, seperti berikut: ( ئـ ، أ إ، ،ء ). Contohnya

perkataan ‘ke arah’ ditulis Hamzah di atas Alif (كأره), sedangkan perkataan ‘malaikat’, Hamzahnya ditulis

di atas huruf ‘ya’ (مالئكة). Kesukaran ini bertambah apabila perkataan tersebut adalah dari serapan

bahasa Arab kerana keseluruhan perkataan serapan bahasa Arab tunduk kepada sistem penulisan

bahasa Arab..

4. Kekeliruan dalam penulisan Huruf ‘Qaf” dan ‘Kaf’. Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka

untuk menterjemahkan perkataan yang mempunyai huruf ‘k’ kepada sama ada huruf kaf (كـ) atau huruf

Qaf (ق).

Mengikut kaedah penulisan Jawi baru semua huruf ‘K’ pada perkataan-perkataan yang memang asalnya

bahasa Melayu hendaklah diterjemahkan kepada huruf Qaf (ق), dan manakala ‘k’ pada perkataan yang

berasal dari Bahasa Inggeris hendaklah diterjemahkan kepada huruf Kaf (كـ). Jika perkataan tersebut

asal dari perkataan bahasa Arab yang berkaitan dengan agama maka hendaklah ia ditulis mengikut

penulisan asalnya dalam Bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan ini berlaku disebabkan dua faktor,

iaitu pertamanya pelajar kurang mampu membezakan sama ada perkataan tersebut berasal dari Bahasa

Melayu atau Bahasa Inggeris, keduanya sama ada perkataan itu berasal dari Bahasa Melayu atau

Bahasa Arab.

5. Masalah penulisan perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris. Sejumlah 11 orang pelajar atau 18.64 % dari jumlah responden telah menyatakan kesukaran mereka

untuk menulis perkataan serapan bahasa Inggeris ke dalam ejaan Jawi. Ejaan kata serapan bahasa

Inggeris adalah secara umumnya mengikut kaedah penulisan bahasa Melayu Jati sepertimana yang telah

dibincangkan sebelum ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan yang barangkali selalu

membuatkan para pelajar keliru dan rasa sukar menulis perkataan tersebut. Antara perbezaan tersebut

ialah seperti berikut:

Page 4: PENULISAN JAWI BARU

5.1 Semua huruf ‘K’ dalam perkataan serapan bahasa Inggeris ditukar kepada huruf Kaf ‘كـ’ dalam tulisan Jawi. Sebagaimana yang diterangkan sebelum ini dan contohnya perkataan ‘kritik’ ditulis ). كرييتيكـ(

5.2 Huruf ‘g’ dengan sebutan ‘ga,gi,gu’ ditulis dengan huruf ‘ga’ ‘كـ’ (iaitu kaf yang ada titik diatasnya) dalam Jawi. Contohnya perkataan ‘agenda’ اكيندا .

5.3 Dua gugusan konsonan pada perkataan serapan bahasa Inggeris adalah dirangkaikan bila ianya di awal kata seperti perkataan ‘klinik’ ـكلينيك dan ia tidak dirangkaikan bila berada di akhir perkataan seperti perkataan ‘Golf’ ditulis كول ف.

5.4 Setiap perkataan yang kata akhirannya “isme’ diterjemahkan ke huruf ‘ى’ tanpa titik seperti perkataan ‘Nasionalisme’ ditulis ‘ناسيوناليسمى’.

Oleh kerana perkataan-perkataan yang terlibat dengan kaedah-kaedah sepertimana disebut di atas

dalam 5.2, 5.3, dan 5.4 tidak banyak, jadi kesulitan tersebut boleh diatasi dengan memperbanyakkan

latihan menulis perkataan–perkataan berkenaan.

6. Susah mengingati kaedah-kaedah yang saling berkait. Seramai 8 orang responden atau 13.55% dari mereka meluahkan rasa sukar mengingati kaedah-kaedah

yang saling berkait antara satu sama lain. Penulis melihat masalah ini mungkin ada kaitan dengan apa

yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan tulisan Jawi baru yang sememangnya

mempunyai banyak kaedah penulisan, dan di samping terdapat pula pengecualian-pengecualian

daripada kaedah tersebut. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah disebutkan sebelum ini

barangkali mampu mangatasi masalah ini.

7. Masalah memahami peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah penulisan Jawi yang banyak dan mengelirukan. Seramai 7 orang atau 11.86% telah meluahkan masalah ini. Sekali lagi penulis melihat masalah ini ada

kaitan dengan apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu berkenaan dengan masalah pengecualian-

pengecualian kepada kaedah umum penulisan Jawi. Latihan yang cukup dalam aspek-aspek yang telah

disebutkan sebelum ini barangkali boleh mampu mengatasi masalah ini.

8. Masalah penggunaan huruf ha (ح) dan ha (هـ).

Seramai 5 orang atau 8.47 % merasakan sukar bagi mereka untuk menentukan sama ada ha (ح) atau ha

-bagi menterjemahkan huruf ‘h’. Berkenaan dengan masalah ini, semua huruf ‘H’ pada perkataan (هـ)

perkataan yang asalnya Melayu hendaklah ditulis dengan (هـ), manakala perkataan serapan bahasa Arab

hendaklah ditulis mengikut huruf asalnya dalam bahasa Arab. Penulis merasakan kekeliruan itu datang

kerana mereka rasa sukar menentukan pertamanya, sama ada perkataan tersebut berasal dari serapan

bahasa Arab atau bahasa Melayu, keduanya, jika perkataan itu berasal dari serapan bahasa Arab, pelajar

tidak mampu menentukannya samaada ianya (ح) atau (هـ). Contohnya perkataan ‘rahmat’ ia ditulis

dengan (ح) bukan (هـ) رحمة.

9. Masalah kaedah-kaedah yang dikecualikan dan kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi. Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah-kaedah tertentu yang merupakan pengecualian dari kaedah umum sistem ejaan Jawi telah mengundang kesukaran dalam penulisan Jawi. Sebenarnya masalah-masalah lain yang telah dibincangkan sebelum ini juga ada kaitan dengan masalah pengecualian dari kaedah-kaedah umum sistem ejaan Jawi.

10. Masalah penulisan suku kata tertutup KVK (Konsonan+vokal+konsonan).

Page 5: PENULISAN JAWI BARU

Seramai 5 orang atau 8.47% responden merasakan kaedah penulisan suku kata tertutup KVK ini banyak

memberi kekeliruan kepada mereka. Sebagaimana telah diterangkan sebelum ini kekeliruan berlaku

pada penulisan suku kata KVK yang vokalnya adalah ‘a’. Kadang-kadang vokal ‘a’ tersebut

diterjemahkan ke Alif, dan dalam banyak hal ia tidak diterjemahkan.Contohnya perkataan bab ditulis

.(كن) sedangkan suku kata kan ditulis ,(باب)

11. Kaedah penulisan imbuhan

Terdapat 4 orang atau 6.77% pelajar yang merasakan kemasukan imbuhan ke dalam perkataan asal

mengelirukan. Hakikatnya apabila pelajar sudah memahami dan mampu menulis perkataan asal dengan

baik, maka penulisan imbuhan-imbuhan yang dimasukkan kepada perkataan asal itu sepatutnya tidak

banyak masalah, kerana semua imbuhan telah diselaraskan tulisannya dalam Jawi. Cuma apabila ada

perubahan kepada perkataan asalnya barulah kadang-kadang ia menimbulkan kekeliruan. Latihan cukup

terutama bagi perkataan yang menerima perubahan apabila dimasukkan imbuhan tertentu boleh

membantu pelajar menyelesaikan masaalah ini.

12. Masalah Kaedah DERLUNG. Hanya 3 orang atau 5.08% responden merasakan Kaedah DERLUNG ini mengelirukan. Kaeadah ini

sebenarnya melibatkan masalah penulisan vokal ‘a’ pada suku kata terbuka KV+KV yang berpolakan

(a+a). Persoalan ini telah pun dihuraikan dalam masalah kedua sebelum ini.

13. Perubahan titik huruf ‘nya’ (ث) sama ada ditulis di atas atau di bawah rumah nun.

Terdapat 2 orang atau 3.38% yang terkeliru. Namun ia adalah masalah kecil sahaja, kerana tiga titik

‘nya’ biasanya diletakkan di bawah rumah ‘nun’ kecuali bila ia berada di

akhir perkataan, maka ia ditulis di atas rumah ‘nun’ seperti perkataan

‘seadanya’ ditulis سأداث .

14- Berikut ini adalah beberapa kesulitan lain yang masing-masing mendapat perhatian seorang atau 1.69%

responden.

14.1 Penggunaan kaedah baru yang berbeza dari yang lama. 14.2 Kaedah tiga suku kata 14.3 Terlalu banyak kaedah dalam sistem Jawi. 14.4 Kurang penggunaan Jawi menyebabkan lambat mempelajarinya. 14.5 Kekurangan masa untuk buat latihan. 14.6 Penentuan sama ada e- pepet atau e-taling. 14.7 Penulisan nama-nama khas. 14.8 Masalah dalam membentuk ayat-ayat Jawi.

Cadangan dan Penutup

Berdasarkan hasil kajian ini penulis ingin membuat beberapa cadangan sebagai langkah proaktif dalam

membantu mempermudah pembelajaran Jawi, antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

Page 6: PENULISAN JAWI BARU

1. Senarai perkataan serapan Arab perlu selalu didedahkan kepada para pelajar dan memperbanyak latihan menterjemah perkataan seperti ini ke dalam Jawi.

2. Memperbanyak latihan menterjemah perkataan-perkataan yang mempunyai vokal ‘a’ sama ada dalam suku kata yang terbuka atau tertutup kepada Jawi.

3. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf Hamzah.

4. Memperbanyak latihan menterjemah dan menulis perkataan-perkataan yang mempunyai huruf ‘k’ samada ianya berasal dari Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab.

5. Para pendidik yang mengajar Jawi hendaklah sentiasa membuat pemerhatian terhadap pola-pola yang sering menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar, dan memperbanyak serta mempelbagai bentuk latihan yang berkaitan dengan pola-pola tersebut bagi tujuan mempermudah pengajaran dan pembelajaran Jawi.

6. Menganalisis kesalahan-kesalahan penulisan yang sering dilakukan oleh para pelajar. 7. Melakukan permurnian kepada sistem penulisan Jawi bagi mengurangkan pengecualian dan bagi

tujuan mempermudah pembelajaran dan penggunaan Jawi di kalangan masyarakat. 8. Memperbanyak bahan bacaan yang ditulis mengikut sistem ejaan Jawi yang telah disempurnakan (EJS).

Antara bentuk latihan yang boleh digunakan dalam usaha mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh para

pelajar ialah:

1. Latihan bagi mengenali suku kata Jawi sama ada suku kata terbuka KV, KVV atau suku kata tertutup KVK. 2. Latihan menukar suku kata-suku kata tersebut dari Rumi ke Jawi. Antara langkah-langkah yang boleh

diambil pertamanya, menukar suku kata Rumi ke Jawi; keduanya, ubah kedudukan huruf Jawi dari kiri ke kanan; dan ketiganya, sambungkan huruf-huruf Jawi tersebut seperti contoh berikut:

1- Latihan menyambung suku kata–suku kata tersebut bagi membentuk perkataan-perkataan, di samping latihan menterjemah ayat-ayat pendek ke Jawi.

Bibliografi

Abdullah Hassan (1974). The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Amat Juhari Moain (1996). Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atiah Mohd. Salleh (2006). Isu-Isu dan Cabaran Memperkasakan Tulisan Jawi. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pemerkasaan Tulisan Jawi Negeri Johor, pada 17 Ogos 2006, di Hotel Naza, Tanjung Puteri, Johor Bahru.

Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Rumi K U

L1 و كـ

L2 كـ و

L3 كو

Page 7: PENULISAN JAWI BARU

Daftar Ejaan Rumi-Jawi. (2002) . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurazmi Kuntum (2004). Prinsip Ejaan dan Kaedah Pengajaran Jawi. Bandar Seri Begawan: Syarikat Mega.

Ismail bin Dahaman Manshoor bin Hj Ahmad (1996). Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Istilah Agama Islam, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Idris Abdul al Rauf al Marbawi, (1959). Kamus Idris al Marbawi. Kaherah: Darul Halabi.

Nik Safiah Karim et al, (1993). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Ejaan Jawi yang disempurnakan, (1986). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi, (1984). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia,(1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.