PENULISAN JURNAL minggu kedua.docx

3
JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KE 2 ( ZANITA AZWIN ) 2015 PENULISAN JURNAL MINGGU 2 ( 6 JULAI 2015 – 10 JULAI 2015 ) Masalah Pengurusan Masa MASALAH Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari- hari tertentu. ANALISIS Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, malah terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. CADANGAN Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah : 1) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

description

k

Transcript of PENULISAN JURNAL minggu kedua.docx

Page 1: PENULISAN JURNAL minggu kedua.docx

PENULISAN JURNAL

MINGGU 2 ( 6 JULAI 2015 – 10 JULAI 2015 ) Masalah Pengurusan Masa

MASALAH

Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah pengurusan masa yang tepat

sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat

dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai

objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari

tertentu.

ANALISIS

            Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya

jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid mengambil masa

yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil

perbincangan, malah terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menerangkannya

dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa yang agak lama sehingga

mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

CADANGAN

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah :

1) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan

lebih sempurna.

2) Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama

pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan.

3) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi

masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkanpelajar tentang masa

yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalm masa yang

telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan

memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan.

4) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah

pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.

2015JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KE 2 ( ZANITA AZWIN )

Page 2: PENULISAN JURNAL minggu kedua.docx

TEMPOH MASA

            Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa yang baik

adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajran. Sekiranya

masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif-objektif yang dirancangkan

tidak tercapai sepenuhnya.

TINDAKAN SUSULAN

Perkara sebegini adalah normal bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum iaitu tentang

masalah pengurusan masa. Namun masalah ini bukanlah bersifat kekal jika kita bijak

mengatasinya. Sudah menjadi lumrah bagi manusia kerana masa adalah amat berharga bagi

mereka semua.  Tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah dengan

mengawal aktiviti dengan melihat jam dan sentiasa mengingatkan diri tentang waktu penamatan

masa bagi setiap aktiviti.

KESIMPULAN

            Hasil daripada pemerhatian ke atas kes-kes sebegini, ia dapat diatasi dengan mudah

oleh para guru sekiranya guru dapat membahagikan masa dengan baik dan guru pelatih

hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri

dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru.

2015JURNAL PRAKTIKUM MINGGU KE 2 ( ZANITA AZWIN )