PENULISAN JURNAL8 - 9

8
PENULISAN JURNAL MINGGU : 7 PRAKTIKUM TARIKH : 9 MAC 2014 – 13 MAC 2014 TAJUK : Masalah murid suka membuat bising MASALAH Pada minggu ketujuh praktikum ini saya mengalami masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya mempunyai 25 orang anak murid dimana semuanya aktif dan berminat dengan pelajaran. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya membuat penerangan dan semasa membuat kerja. Sebagai contohnya semasa sesi penerangan, kanak-kanak suka bercakap bersama-rakan yang lain sehinggakan saya berasa kurang sabar dan menegur mereka. Kebanyakkan murid yang suka bercakap itu adalah murid yang duduk dibarisan belakang. Oleh hal yang demikian, saya mengambil tindakan dengan mengalihkan mereka duduk dibarisan hadapan. Malah terdapat juga murid yang tidak reti sabar untuk bercakap semasa sesi penerangan. Sebagai contohnya semasa saya memberi penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya kehilangan idea untuk bercakap. Kadang kala saya tidak faham kenapa kanak-kanak ini sering bercakap dari sesi awal pagi sehinggakan waktu hendak pulang mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Kadang-kadang ia menguji tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak berhenti-henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan timbul dalam diri saya. Pelbagai cara telah saya lakukan namun begitu ia hanya berjalan seketika sahaja.

description

JURNAL

Transcript of PENULISAN JURNAL8 - 9

PENULISAN JURNALMINGGU : 7PRAKTIKUM

TARIKH: 9 MAC 2014 13 MAC 2014TAJUK: Masalah murid suka membuat bising

MASALAHPada minggu ketujuh praktikum ini saya mengalami masalah murid suka membuat bising di dalam kelas. Ini termasuklah semasa sesi perbualan pagi, semasa melakukan aktiviti dan semasa sesi penerangan. Saya mempunyai 25 orang anak murid dimana semuanya aktif dan berminat dengan pelajaran. Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang suka bercakap semasa saya membuat penerangan dan semasa membuat kerja. Sebagai contohnya semasa sesi penerangan, kanak-kanak suka bercakap bersama-rakan yang lain sehinggakan saya berasa kurang sabar dan menegur mereka. Kebanyakkan murid yang suka bercakap itu adalah murid yang duduk dibarisan belakang. Oleh hal yang demikian, saya mengambil tindakan dengan mengalihkan mereka duduk dibarisan hadapan. Malah terdapat juga murid yang tidak reti sabar untuk bercakap semasa sesi penerangan. Sebagai contohnyasemasa saya memberi penerangan mereka tidak sabar untuk bercakap dan menyebabkan saya kehilangan idea untuk bercakap. Kadang kala saya tidak faham kenapa kanak-kanak ini sering bercakap dari sesi awal pagi sehinggakan waktu hendak pulang mereka masih lagi bercakap tidak habis-habis. Kadang-kadang ia menguji tahap kesabaran saya. Jika mereka sering dan banyak bercakap tidak berhenti-henti mereka akan kehilangan tumpuan semasa sesi pembelajaran. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Itu yang menyebabkan kerisauan timbul dalam diri saya. Pelbagai cara telah saya lakukan namun begitu ia hanya berjalan seketika sahaja.

ANALISIS MASALAHMenurut Cottle dan Downie (1970) kaunseling dibawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan di antara kaunselor dengan kliennya di mana kaunselor ini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi dengan tenang dan tabah. Sikap yang ditunjukkan oleh murid ini menyebabkan saya terpaksa menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Saya telah menjalankan siasatan ke atas dirinya dan didapati bahawa beliau ingin memberontak kerana ibu dan bapanya amat sibuk bekerja dan beliau dijaga oleh pembantu rumahnya. Hal inilah yang menyebabkan beliau malas untuk belajar dan suka membuat bising semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana beliau memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari keluarganya.

CADANGANLangkah-langkah yang perlu saya ambil adalah seperti berikut :1)Menukar tempat duduk kanak-kanak yang suka membuat bising ke hadapan atau dari tempat murid yang suka berbual.2)Menjadikan mereka sebagai model dihadapan supaya mereka rasa dihargai ataupun berasa malu kerana sikap mereka yang suka bercakap.3)Memberi mereka peneguhan yang positif kepada dirinya, sekiranya ia berkelakuan baik dan tidak mengganggu rakan-rakan yang lain.4)Memberikan mereka dendaan sebagai peringatan supaya mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.

TEMPOH MASASaya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

TINDAKAN SUSULANMasalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu mengubah tingkah laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini saya akan mengambil langkah dengan memerhati kanak-kanak yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk bertanyakan kepada ibu bapa mereka tentang tingkah laku anak mereka di rumah adakah sama semasa di sekolah.Menurut pemerhatian yang saya lakukan saya dapati masalah ini boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi mereka dendaan jika tindakan nasihat tidak berhasil.Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta disayangi. Sebagai seorang guru saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.

KESIMPULANHasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, ia dapat diatasi dengan mudah oleh guru sekiranya dapat membahagikan masa dengan lebih baik dan memberi perhatian yang lebih kepada pelajar-pelajarnya khususnya yang mempunyai masalah pembelajaran dan guru pelatih hendaklah percaya bahawa masalah yang dihadapi akan diatasi dengan jayanya melalui jati diri dalaman dan semangat perguruan yang tersemat dalam hati setiap guru. Seseorang guru juga perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi kerenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.

PENULISAN JURNALMINGGU : 8PRAKTIKUM

TARIKH: 16 MAC 2014 20 MAC 2014TAJUK: Masalah Kebersihan Diri

MASALAHSepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakan murid memandang enteng akan hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 3 hari (Isnin hingga Rabu) dan tidak menyerika pakaian dan lain-lain. Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid prasekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di sekelilingnya. Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.

ANALISIS MASALAHKebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas. Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah.Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting bagi murid-murid.Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran.

CADANGANUsaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan, guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.Walaubagaimanapun, ibu bapa di rumah adalah antara individuyang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang dewasa jugasewajarnya boleh berfikir secara rasional dan bertindak untuk kebaikan mereka.

TEMPOH PENYELESAIANSaya akan mengambil langkah dengan membuat pemerhatian terhadap kanak-kanak yang bermasalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin.

TINDAKAN SUSULANMurid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Pada sesi perbualan pagi perlu mengingati murid supaya menjaga kebersihan diri dari semasa ke semasa. Guru prasekolah harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

KESIMPULANKebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.