Penulisan karangan

48
PENULISAN KARANGAN PENGAJIAN AM PENGGAL 1

Transcript of Penulisan karangan

Page 1: Penulisan karangan

PENULISAN KARANGANPENGAJIAN AM

PENGGAL 1

Page 2: Penulisan karangan

CONTOH 1 :Peningkatan kes pemerdagangan manusia disebabkan sikap rakyat Malaysia. Oleh itu langkah-langkah perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Bincangkan.

Page 3: Penulisan karangan

Isu SoalanPemerdagangan manusia - Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

Page 4: Penulisan karangan

sambunganPemerdagangan manusia di MalaysiaMenurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar.Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.

Page 5: Penulisan karangan

KEHENDAK SOALANFOKUS ISU 1

SIKAP RAKYAT MALAYSIA• Sikap mementingkan

diri sendiri• Sikap materialistik• Sikap tamak / ingin

keuntungan lumayan

FOKUS ISU 2LANGKAH-LANGKAH

PERLU DIAMBIL• Memperkasa

penguatkuasaan undang-undang

• Meningkatkan kesedaran rakyat

• Memperbanyak peluang pekerjaan kepada rakyat

• Membangunkan modal insan

Page 6: Penulisan karangan

PENDAHULUAN

Kes pemerdagangan manusia semakin meningkat dan isu ini sering melibatkan mangsa wanita dan kanak-kanak. Peningkatan ini berpunca daripada sikapn rakyat Malaysia. Oleh itu, kerajaan perlu mengorak langkah untuk menghalang rakyat Malaysia daripada menjadi penyumbang kepada peningkatan tersebut.

Page 7: Penulisan karangan

Perenggan 2 / Isi 1

Rakyat Malaysia yang bersikap mementingkan diri menyebabkan peningkatan kes pemerdagangan manusia. Hal ini demikian kerana sesetengah anggota masyarakat hanya sibuk dengan kerjayanya sahaja. Mereka tidak ambil peduli tentang kes pemerdagangan manusia yang berlaku di kawasan sekitar. Oleh itu, mereka juga tidak bekerjasama atau melaporkan kes pemerdagangan manusia kepada pihak berkuasa. Rakyat juga memandang ringan kes pemerdagangan manusia.

Page 8: Penulisan karangan

Perenggan 3 / Isi 2

Selain itu, sikap materialistik rakyat Malaysia menyebabkan kes ini semakin meningkat. Mereka sanggup mengeksploitasi mangsa semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan. Sebagai contoh, mangsa yang memerlukan pekerjaan dieksploitasi sebagai buruh paksa tanpa dibayar gaji. Kanak-kanak juga dijadikan buruh dan pengemis tanpa mempedulikan masa depan kanak-kanak tersebut. Rakyat Malaysia yang mementingkan kebendaan ini akan kehilangan rasa kemanusiaan dan mudah melibatkan diri dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

Page 9: Penulisan karangan

Perenggan 4 / Isi 3

Kes pemerdagangan manusia juga meningkat kerana sikap rakyat Malaysia yang tamak dan inginkan keuntungan yang lumayan. Rakyat Malaysia ingin mengut keuntungan yang lumayan dalam sekelip mata tanpa perlu bekerja keras setiap hari. Lantaran itu, rakyat yang tamak sanggup melakukan jenayah pemerdagangan manusia tanpa mempedulikan undang-undang negaramahupun nilai-nilai agama.

Page 10: Penulisan karangan

Perenggan 5 / Isi 4

Sikap rakyat Malaysia yang negatif ini memerlukan kerajaan bertindak bagi mengurangkan jenayah pemerdagangan manusia. Kerajaan perlu memperkasa penguatkuasaan undang-undang pemerdagangan manusia bagi mengelakkan rakyat Malaysia terlibat dalam jenayah ini. Kerajaan telah memperkenalkan Akta Anti Pemerdagangan Orang pada tahun 2007. Akta ini memperuntukkan penubuhan Majlis Anti Pemerdagangan Orang bagi menyelaraskan langkah-langkah untuk menangani pemerdagangan manusia.

Page 11: Penulisan karangan

Perenggan 6 / Isi 5

Selain itu, kerajaan berusaha untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang jenayah pemerdagangan manusia. Kerajaan mengadakan kempen kesedaran di media massa untuk meningkatkan pengetahuan rakyat tentang modus operandi jenayah ini. Papan-papan iklan diletakkan di kawasan orang ramai untuk menyedarkan anggota masyarakat tentang bahayanya jenayah pemerdagangan manusia. Risalah tentang langkah mencegah pemerdagangan manusia juga diedarkan.

Page 12: Penulisan karangan

Penutup

Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah bersikap positif untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia supaya Malaysia dipandang tinggi oleh negara-negara jiran.

Page 13: Penulisan karangan

CONTOH 2

Aktiviti di sekolah berupaya meningkatkan semangat perpaduan dalam negara, namun usaha ini perlu diteruskan oleh aktiviti komuniti setempat supaya perpaduan terus kukuh. Jelaskan.

Page 14: Penulisan karangan

Isu soalanSemangat perpaduan- penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Page 15: Penulisan karangan

KEHENDAK SOALANFOKUS ISU 1 :AKTIVITI DI SEKOLAH• Aktiviti kurikulum• Aktiviti kokurikulum• Aktiviti RIMUP

FOKUS ISU 2 :AKTIVITI KOMUNITI SETEMPAT• Aktiviti rukun

tetangga • Aktiviti gotong-

royong• Aktiviti kunjung-

mengunjung

Page 16: Penulisan karangan

Pendahuluan

Perpaduan negara dapat membantu proses pembangunan negara. Bagi merealisasikan hal tersebut, sekolah merupakan institusi yang berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Namun, komuniti setempat turut berperanan untuk menyuburkan semangat ini berterusan.

Page 17: Penulisan karangan

Perenggan 2 / Isi 1

Sekolah merupakan institusi yang dapat menyuburkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum. Pelajar pelbagai kaum dapat bersatu padu kerana ditempatkan di kelas yang sama. Mereka saling berkomunikasi dan berinteraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar ini saling berbincang dan bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan akademik yang diberi oleh guru. Guru juga dapat menyemai unsur perpaduan melalui penerapan nilai murni merentasi kurikulum.

Page 18: Penulisan karangan

Perenggan 3 / Isi 2

Di samping itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap sekolah dapat meningkatkan semangat perpaduan di Malaysia. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan di sekolah dapat memupuk perpaduan antara pelajar berbilang kaum. Perpaduan juga disemai melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti kelab, persatuan dan badan beruniform. Pelajar turut berganding bahu untuk mengharumkan nama sekolah tanpa mengira perbezaan budaya dan latar belakang.

Page 19: Penulisan karangan

Perenggan 4 / Isi 3

Semangat perpaduan juga ditingkatkan dengan mengadakan aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Setiap sekolah perlu mengadakan aktiviti RIMUP pada setiap tahun. Guru-guru perlu menggalakkan penglibatan pelajar pelbagai kaum dalam pertandingan di sekolah. Ceramah perpaduan turut diadakan dari semasa ke semasa bagi menyuburkan semangat perpaduan.

Page 20: Penulisan karangan

Perenggan 5 / Isi 4

Selain aktiviti di sekolah, aktiviti komuniti setempat juga dapat menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia. Komuniti setempat mengadakan aktiviti Rukun Tetangga bagi mengekalkan semangat perpaduan. Rukun Tetangga dalam komuniti memupuk semangat perpaduan semasa menjayakan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contoh, komuniti setempat bekerjasama menjalankan rondaan di kawasan perumahan pada waktu malam.

Page 21: Penulisan karangan

Perenggan 6 / Isi 7

Aktiviti gotong-royong juga sering diadakanoleh komuniti setempat untuk meningkatkan semangat perpaduan. Komuniti setempat menganjurkan kerja gotong-royong untuk menceriakan kampung atau kawasan perumahan. Amalan ini diadakan semasa majlis kenduri secara muafakat. Hal ini dapat menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Page 22: Penulisan karangan

Penutup

Kesimpulannya, pihak sekolah dan komuniti setempat memainkan peranan penting untuk melaksanakan tugas masing-masing bagi meningkatkan perpaduan dalam Gagasan 1Malaysia.

Page 23: Penulisan karangan

LATIHAN 1

Laman web rangkaian sosial, seperti Facebook, Friendster, Myspace, dan Twitter telah menyerap dengan pantas dalam masyarakat di seluruh dunia. Namun begitu, ada pihak yang mencadangkan laman web ini diharamkan penggunaannya. Bincangkan.

Page 24: Penulisan karangan

LATIHAN 2

Program inap desa merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha melonjak sektor pelancongan negara. Selain usaha ini, terdapat juga usaha-usaha lain yang dilaksanakan bagi memperkasa sektor tersebut. Bincangkan.

Page 25: Penulisan karangan

LATIHAN 3

Orang Kelainan Upaya (OKU) masih menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat pekerjaan. Beberapa usaha boleh dilakukan oleh golongan ini supaya dapat membina kerjaya seperti manusia normal. Bincangkan.

Page 26: Penulisan karangan

JAWAPAN LATIHAN 1ISU :

Penggunaan laman web sosial

KEHENDAK SOALAN :1. KEBAIKAN (menyerap dengan pantas)

2. KEBURUKAN (diharamkan penggunaannya)

FORMASI JAWAPAN :3a+2b @ 2a+3b

Page 27: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1

PENDAHULUAN Laman web sosial semakin popular di Malaysia. Malah laman web sosial turut digunakan oleh kerajaan dalam menyampaikan maklumat mengenai langkah kerajaan untuk memajukan lagi negara. Pelbagai peringkat lapisan masyarakat tidak ketinggalan menggunakan laman web tersebut.

Page 28: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1BIL ISI / IDEA HURAIANA1.

2.

KebaikanAlat komunikasi dan perhubungan

Mencari rakan

- Laman web sosial membolehkan seseorang berkomunikasi antara satu sama lain melalui chatting atau sembang-sembang.

- Boleh mengeratkan silaturrahim dan bertanya khabar

- Cara paling jimat untuk berbincang, berkongsi pengalaman dan lain-lain

- Dapat menghubungi semula rakan-rakan yang telah lama terpisah

- Dapat kenalan baru dan berkongsi maklumat

Page 29: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1BIL ISI / IDEA HURAIANA3.

4.

KebaikanAlat menyampaikan maklumat

Mempromosikan produk dan perkhidmatan

- Digunakan untuk menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat.

- Digunakan oleh semua pihak dan golongan untuk menyampaikan maklumat

- Digunakan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan

- Cara yang paling mudah dan murah

Page 30: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1BIL

ISI / IDEA HURAIAN

B1.

2.

KeburukkanMelalaikan, melekakan dan membazirkan masa

Obses atau ketagihan laman web sosial

- Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial boleh menyebabkan lupa tanggungjawab

- Mampu mengganggu tumpuan kerja / pelajaran

- Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berenggang dengannya

- Menganggap laman web sosial dan internet sebagai sebahagian dari kehidupan mereka

Page 31: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1BIL ISI / IDEA HURAIANB3.

4.

KeburukkanMenjejaskan kesihatan

Mewujudkan individu yang memencilkan diri

- Merosakkan mata kerana terlalu lama terdedah pada skrin komputer/tablet/telefon pintar

- Memudaratkan kesihatan fizikal

- Terhakis pergaulan secara realiti- Ramai yang memencilkan diri dan

lebih menumpukan komuniti online / alam maya

- Tiada hubungan / komunikasi bersemuka

Page 32: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1BIL

ISI / IDEA HURAIAN

B5.

6.

KeburukanAlat propaganda atau fitnah

Alat melakukan jenayah

- Dijadikan untuk membuat propaganda atau provokasi tentang sesuatu isu.

- Menjejaskan maruah seperti menyebabkan penceraian suami isteri

- Memberi ruang dan peluang anggota masyarakat untuk melakukan sesuatu

- Menyebabkan berlakunya jenayah komersil (jual beli online)

Page 33: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 1

PENUTUP Kesimpulannya, laman web sosial membawa banyak kebaikan, namun pengguna harus memberi perhatian kepada kesan negatifnya.

Page 34: Penulisan karangan

JAWAPAN LATIHAN 2ISU :

MEMPERKASAKAN SEKTOR PELANCONGAN

KEHENDAK SOALAN :USAHA-USAHA MEMPERKASAKAN SEKTOR

PELANCONGAN +

IDEA WAJIB (PROGRAM INAP DESA)

FORMASI JAWAPAN :1 + 4

Page 35: Penulisan karangan

CADANGAN PENDAHULUAN

Program Inap Desa menyumbang sumber pendapatan yang tinggi kepada negara. Selain Program inap desa terdapat juga aspek lain yang boleh diberi perhatian untuk melonjak sektor pelancongan negara.

Page 36: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 2BIL ISI / IDEA HURAIAN1.

2.

Program Inap Desa(idea wajib)

Memantapkan perkhidmatan pelancongan

- Wujud pakej menarik untuk pelancong

- Penglibatan penduduk dan pelancong- Membudayakan kehidupan dan

suasana hidup ala kampung

- Penekanan kpd aspek penginapan yang lengkap dengan gajet elektronik

- Keperluan pengangkutan cukup dan moden

- Alat komunikasi dan perhubungan yang berkapasiti tinggi dan dapat akses banyak maklumat

Page 37: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 2BIL

ISI / IDEA HURAIAN

3.

4.

Mempelbagaikan pakej pelancongan

Menyediakan prasarana bertaraf antarabangsa

- Malaysia mempunyai pelbagai keunikan

- Lokasi dan warisan budaya kaum- Contoh : ……..

- Meningkatkan infrastruktur teknologi internet

- Kemudahan pelancong berhubung- Memudahkan urusan

perkhidmatan agensi pelancong mempromosikan pakej

Page 38: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 2BIL

ISI / IDEA HURAIAN

5.

6.

Melatih kepakaran dalam semua aspek

Memantapkan pengajian pelancongan di pusat pengajian tinggi

- Membangunkan sistem pengurusan pelancongan yang berkualiti

- Contoh : …….

- Kursus yang relevan untuk pakej domestik dan antarabangsa

- Mempelbagaikan disiplin pelancongan secara teori dan praktikal

- kreatif dan berinovasi mencipta pakej yang menarik semasa mengadakan amali

Page 39: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 2BIL

ISI / IDEA HURAIAN

7.

8.

Peruntukan bajet yang menyalurkan kewangan yang banyak

Mewartakan lokasi dan kalendar pelancongan

- Keperluan perbelanjaan yang banyak dalam aspek pembangunan prasarana dan penambaikkan infrastruktur

- Memilih lokasi strategi untuk pewartaan seperti warisan dunia di Georgetown dan di Sarawak

- Menetapkan takwim pelancongan dalam kalendar pelancongan destinasi tempatan dan global

Page 40: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 2

PENUTUPKesimpulannya ……………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Page 41: Penulisan karangan

JAWAPAN LATIHAN 3ISU :

Orang Kelainan Upaya (OKU)

KEHENDAK SOALAN :a. Cabaran OKU mendapat pekerjaan

b. Usaha OKU

FORMASI JAWAPAN:2a+3b @ 3a+2b

Page 42: Penulisan karangan

CADANGAN PENDAHULUAN

Orang kelainan upaya (OKU) sering dipinggirkan dalam semua aspek kehidupan. Hasrat OKU untuk menikmati kerjaya yang dicita-citakan serta melalui proses kehidupan seperti manusia mungkin menghadapi masalah apabila wujud kesukaran mendapatkan kerja. Harus ada usaha yang memberi peluang kepada OKU mendapat pekerjaan yang sesuai.

Page 43: Penulisan karangan

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 3BIL ISI/IDEA HURAIANA

1.

2.

Cabaran OKU mendapat pekerjaan

Keyakinan yang rendah terhadap OKU

Penetapan syarat dalam permohonan kerja

- Majikan tidak atau kurang yakin dengan kemampuan dan kebolehan OKU

- Majikan meletakkan keyakinan yang rendah- Sikap majikan menafikan peluang OKU

- Syarat permohonan menetapkan tiada kecacatan atau ilat fizikal

- Menutup peluang OKU- Terdapat pekerjaan tidak sesuai dengan OKU

Page 44: Penulisan karangan

BIL ISI/IDEA HURAIANA

3.

Cabaran OKU mendapat pekerjaan

Pemikiran tradisi majikan dan masyarakat korporat

- Masih wujud diskriminasi pengambilan pekerja mengikut fizikal, etnik dan graduan luar negara

- Sifat prejudis- Sengaja tidak mahu memberi peluang kepada

OKU

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 3

Page 45: Penulisan karangan

BIL ISI/IDEA HURAIANB

1.

2.

Usaha OKU

Melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran

Menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan

- OKU harus mempelbagaikan ilmu dan kemahiran sesuai dengan pasaran kerja

- Menonjolkan kebolehan dan kemahiran- Sentiasa peka dan bersemangat untuk

mengubah hidup

- Perlu belajar dan bekerja, bermula dari bawah dan yang mudah

- Membina pemikiran yang positif- Sentiasa menunjukkan kelebihan luar biasa

berbeza dengan orang normal

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 3

Page 46: Penulisan karangan

BIL ISI/IDEA HURAIANB

3.

4.

Usaha OKU

Membina daya upaya dan tahap motivasi yang tinggi

Mengubah persepsi masyarakat

- OKU harus memiliki minda, emosi dan perasaan yang tinggi dan mantap

- Tidak mudah mengalah dan putus asa- Semua kekurangan diketepikan

- Mengubah persepsi masyarakat terhadap kemampuan dan kebolehan OKU

- OKU perlu menonjolkan segala kelebihan untuk meyakinkan masyarakat

- Mencipta perkara yang luar biasa

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 3

Page 47: Penulisan karangan

BIL ISI/IDEA HURAIANB

5.

Usaha OKU

OKU dalam kumpulan pembuat dasar

- Perlu ada OKU dalam pembuat dasar dan negara

- Menggubal peraturan dan akta OKU selaras dengan keperluan hidup OKU

- OKU menjadi senator atau pemimpin masyarakat, negeri atau wakil rakyat.

CADANGAN JAWAPAN LATIHAN 3

Page 48: Penulisan karangan

CADANGAN PENUTUP LATIHAN 3

Kesimpulannya ………………………………………………....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................