Penulisan kertas cadangan

15
* (Penulisan Kertas Cadangan)

Transcript of Penulisan kertas cadangan

Page 1: Penulisan kertas cadangan

*(Penulisan Kertas

Cadangan)

Page 2: Penulisan kertas cadangan

*Pengenalan

*Dalam bab ini membincangkan format yang berkaitan dengan penulisan kertas cadangan bagi menterjemahkan idea dalam pemikiran kepada bentuk dokumen bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah organisasi.

Page 3: Penulisan kertas cadangan

* Definisi*kertas cadangan ialah bentuk penulisan rasmi yang

disediakan untuk khalayak tertentu terutamanya pihak yang berkepentingan kepada organisasi seperti lembaga pengarah, pemegang saham, pelabur dan pelanggan.

*Kertas cadangan memperincikan perancangan pelaksanaan projek/program yang memerlukan kelulusan pihak atasan atau pihak luar.

Page 4: Penulisan kertas cadangan

* Konsep Kertas Cadangan/Konsep/Projek

*Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4,Kertas Kerja ialah makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu.

Page 5: Penulisan kertas cadangan

*Setelah laporan dibentangkan kepada ahli lembaga pengarah, maka tindakan susulan pula akan diambil dengan memajukan kertas cadangan bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Page 6: Penulisan kertas cadangan

*Penulisan kertas cadangan ialah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan. Maklumat yang dipilih ialah maklumat yang berwibawa dan mempunyai autoriti (bukan ciptaan atau andaian).

Page 7: Penulisan kertas cadangan

*kertas cadangan biasanya diiringi oleh memo/surat. Surat iringan mempunyai beberapa fungsi kepada kertas cadangan iaitu Surat iringan diajukan kepada individu atau pihak yang meneliti atau mempertimbangkan laporan atau kertas cadangan itu.

*Memo/surat iringan menerangkan kandungan laporan dan individu yang terlibat dalam menyediakan laporan tersebut

Page 8: Penulisan kertas cadangan

* Format Penulisan Kertas Cadangan

*Pengenalan Bahagian ini disusun sama seperti kandungan buku. Ia terdiri daripada kulit luar, senarai kandungan dan gambar rajah serta ilustrasi. Ia ditulis dengan nombor roman iaitu i, ii, iii, iv dan seterusnya. Nombor roman bermula daripada muka surat kedua yang ditulis dengan nombor ii.

Page 9: Penulisan kertas cadangan

Sinopsis mempunyai peranan yang sangat penting bagi kertas cadangan. Ia memberi gambaran awal tentang kandungan laporan.

Susunan sinopsis ialah selepas pengenalan dan sebelum badan kertas cadangan. Penulisan harus singkat dan padat untuk memudahkan pembaca memahami keseluruhan kandungan laporan berkenaan. Sinopsis biasanya terdiri daripada satu hingga dua muka surat yang menerangkan dengan jelas kandungan kertas cadangan.

Page 10: Penulisan kertas cadangan

*Pendahuluan terdiri daripada latar belakang projek, masalah, skop kajian, kaedah penyelidikan dan tatacara menganalisis maklumat Ia termasuklah penerangan ringkas tentang kepentingan kajian,dapatan kajian beserta cadangan. Bagi kertas cadangan, latar belakang akan menfokus kepada perkara yang membawa kepada terhasilnya kertas cadangan tersebut

Page 11: Penulisan kertas cadangan

* Bahagian badan menfokus kepada objektif, matlamat yang harus dicapai dan aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan sekiranya kertas cadangan itu diterima. Persembahan hasil penyelidikan biasanya diikuti dengan penerangan mudah bersama visual yang relevan.Tindakan susulan, belanjawan dan nama kakitangan yang terlibat juga akan disertakan

Page 12: Penulisan kertas cadangan

Rumusan Bahagian ini menekankan kertas cadangan dan memastikan pengukuhan terhadap penyelidikan berkaitan topik yang sama pada masa akan datang. Cadangan ini haruslah dinyatakan secara jelas dan tepat bagi memberi gambaran yang menyeluruh tentang laporan atau kertas cadangan tersebut

Page 13: Penulisan kertas cadangan

*Rujukan Sebarang maklumat yang penting dan tidak begitu diketahui oleh khalayak perlu dinyatakan sumber rujukannya secara jelas.

*Maklumat ini berfungsi untuk menyokong perbincangan atau hujah dalam penulisan laporan atau kertas cadangan. Menyatakan sumber rujukan akan mengukuhkan kewibawaan sesuatu maklumat. Rujukan boleh terdiri daripada individu yang mempunyai autoriti, buku, jurnal dan bahan- bahan lain yang bertulis.

Page 14: Penulisan kertas cadangan

* Lampiran terdiri daripada maklumat tambahan yang menyokong hujah atau perbincangan yang terdapat dalam laporan. Maklumat biasanya dikemukakan secara grafik dan visual seperti graf, carta, rajah, gambar dan sebagainya.

Page 15: Penulisan kertas cadangan

*RUMUSAN

*Penulisan kertas cadangan merupakan satu penterjemahan idea kepada pelaksanaan sesuatu program.

*Jika sesuatu program terlaksana dan mempunyai impak yang besar maka penulis kertas cadangan akan mendapat ganjaran yang besar ke atas kehidupannya terutamanya selepas beliau tiada di dunia ini.