Penulisan Mekanis

8
2.0 Penulisan Mekanis Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensil serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan,Kemahiran menulis peringkat mekanis ialah peringkat melatih murid membentuk lambang-lambang tulisan, membentuk huruf di atas kertas kosong dan kertas atau buku bergaris. Tujuan kemahiran penulisan mekanis adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran huruf- huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Kemahiran menulis secara mekanis dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti –aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting bagi memberi latihan dan pengalaman asas yang diperlukan. Hal ini demikian dapat membantu murid meguasai kemahiran menulis yang selanjutnya. Pada peringkat awal pembelajaran menulis, murid menganggap bahawa aktiviti yang menyeronokkan berbanding dengan anggapan orang dewasa. Guru- guru harus memberikan penekanan kepada kepentingan kemahiran kerana kemahiran ini harus dikuasai oleh murid-murid sejak di peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran penulisan mekanis di peringkat awal, secara tidak langsung dapat mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 4M dalam kalangan murid Tahun Satu khasnya dan murid sekolah rendah amnya. 10

description

literasi BM

Transcript of Penulisan Mekanis

Page 1: Penulisan Mekanis

2.0 Penulisan Mekanis

Setelah murid – murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensil

serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-

lambang tulisan,Kemahiran menulis peringkat mekanis ialah peringkat melatih murid

membentuk lambang-lambang tulisan, membentuk huruf di atas kertas kosong dan

kertas atau buku bergaris. Tujuan kemahiran penulisan mekanis adalah untuk

membolehkan murid-murid menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam

abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,

perkataan dan ayat.

Kemahiran menulis secara mekanis dikuasai pada peringkat awal supaya murid

dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Aktiviti –aktiviti tulisan

seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting bagi memberi

latihan dan pengalaman asas yang diperlukan. Hal ini demikian dapat membantu murid

meguasai kemahiran menulis yang selanjutnya.

Pada peringkat awal pembelajaran menulis, murid menganggap bahawa aktiviti

yang menyeronokkan berbanding dengan anggapan orang dewasa. Guru- guru harus

memberikan penekanan kepada kepentingan kemahiran kerana kemahiran ini harus

dikuasai oleh murid-murid sejak di peringkat awal supaya murid-murid dapat

menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Sekiranya murid-murid dapat

menguasai kemahiran penulisan mekanis di peringkat awal, secara tidak langsung dapat

mengatasi atau mengurangkan masalah penguasaan 4M dalam kalangan murid Tahun

Satu khasnya dan murid sekolah rendah amnya.

Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan

mereka hendak menyatakan sesuatu dengan perantaraan tulisan, tetapi sebelum

mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain,

mereka terpaksa menguasai mekanik tulisan tersebut.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf yang mengawal jari dan

tangan. Kematangan urat saraf menghasilkan penyelarasan di antara mata dengan

tangan , iaitu satu penyelarasan yang penting bagi kebolehan menulis. Kanak- kanak

yang berumur dua tahun telah menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng

dan melukis gambar mengikut tanggapan mereka. Contengan ini merupakan asas

10

Page 2: Penulisan Mekanis

kebolehan menulis. Di samping kanak- kanak mempelajari tentang fungsi lambang huruf

(tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-

bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kebolehan yang mereka dapati daripada

contengan lukisan itu digunakan untuk meniru huruf yang mereka lihat dalam bacaan

mereka.

Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan aktiviti-aktiviti

berikut :

1. Peringkat menyediakan murid

a) Melakukan latihan pergerakan tangan.

b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa

dan sempurna.

c) Melakukan latihan pergerakan mata.

d) Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata.

2. Peringkat mendirikan asas

Peringkat ini dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan. Murid diperkenalkan

dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar, seterusnya

menulis ayat pendek. semasa menulis, murid digalakkan menyebut huruf dan

membaca perkataan itu. Buku tulisan pelajar pada peringkat ini seeloknya tidak

mempunyai garisan. Murid menulis dengan menggunakan krayon atau pensel.

Setelah didapati memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf pada kertas bergaris.

Antara objektif penulisan mekanis ialah murid dapat menggerakkan otot tangan ,

jari dan mengkoordinasikan pergerakan mata dan tangan dengan baik. Selain itu,

murid juga dapat melakar bentuk di udara ,di atas meja, di atas pasir dan di

belakang rakan. Melalui penulisan mekanis juga, murid dapat membentuk huruf

dalam kertas bergaris dua dan bergaris tiga.

Aktiviti-Aktiviti Latihan Tulisan Mekanis

2.1 Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar

Guru harus peka terhadap murid-muridnya kerana ada murid –murid yang selesa

dengan pengajaran huruf kecil dan huruf besar dibuat dalam masa yang sama.

11

Page 3: Penulisan Mekanis

Manakala sesetengah mereka pula akan keliru dengan bentuk-bentuk huruf itu jika

diajar serentak.

Langkah – langkah penulisan perlu diperincikan kepada murid- murid . Konsep

Ansur maju menulis perlu dilakukan. Pengulangan menulis huruf yang sama dapat

memberikan pengukuhan kepada murid-murid.

2.1.1 Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar di atas Kertas Berkotak

2.1.2 Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar di atas Kertas Bergaris Empat

2.1.3 Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar di atas Kertas Bergaris Tiga

Huruf kecil

12

A

Page 4: Penulisan Mekanis

huruf besar

2.1.4 Menulis Huruf Besar dan Huruf Kecil di atas Kertas Bergaris Satu

Aa Bb Cc2.2 Melaksanakan Aktiviti Susulan

Aktiviti susulan perlu dijalankan untuk memastikan murid-murid dapat

mengekalkan ingatan mereka terhadap perkataan yang telah dipelajari. Antaranya

ialah memadankan huruf besar dengan huruf kecil, menyesuaikan nama huruf

dengan huruf dan mengenalkan nama huruf dengan bunyi huruf.

2.2.1 Memadankan Huruf Kecil dengan Huruf Besar

13

Fa

d

f

A

D

Page 5: Penulisan Mekanis

2.2.2 Senaraikan Nama Huruf dengan Huruf

Nama Huruf Huruf

el /l/

ar /r/

bi /b/

zek /z/

2.2.3 Memadankan Nama Huruf dengan Bunyi Huruf

Nama Huruf Bunyi Huruf

el leh

em meh

ti teh

2.3 Aktiviti Menulis Huruf

1) Menulis Huruf Mengikut Urutan

Menulis huruf mengikut urutan boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara.

Antaranya, dengan kad imbasan huruf yang dilubangkan. Diikuti dengan menyusun

huruf daripada a hingga z sebagaimana yang telah dipelajari.

2) Menulis Huruf Tertinggal

Kad huruf boleh dijadikan pelbagai jenis permainan bagi tajuk tersebut. Slide LCD

juga boleh digunakan dengan mengosongkan beberapa huruf yang dipamerkan ke

papan tulis. Murid- murid perlu menulis huruf-huruf pada papan tulis tersebut.

, , , ,

Penulisan mekanis ini dapat mengatasi masalah penguasaan 3M dalam kalangan

murid. Aktiviti bagi kemahiran mekanis ini sangat diperlukan oleh murid-murid

supaya mereka dapat menyampaikan interaksi berbentuk tulisan yang kemas dan

mudah difahami. Oleh itu, setelah saya menganalisis penulisan mekanis ini, guru

14

a b d

Page 6: Penulisan Mekanis

perlu mengenal murid terlebih dahulu dan menggunakan aktiviti yang bersesuaian

untuk meningkatkan kekemasan penulisan murid. Sebagai seorang guru penulisan

mekanis ini perlu diterapkan setelah murid menjalani pratulisan serta mengenal

bentuk huruf dan huruf.

15