Penulisan Seni Dalam Pend-waj3073

11
[SENI DALAM PENDIDIKAN] 2014 ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT PENGHARGAAN PENGENALAN PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual 2.0 3.0 PERANAN GURU 3.1 Objektif kajian 3.1.1 Objektif umum 3.1.2 Objektif khusus 3.2 Soalan kajian 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Langkah-langkah tindakan 5.2 Cara mengumpul data 5.3 Cara menganalisis data 5.4 Jadual pelaksanaan kajian tindakan 5.5 Kos kajian SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN WAJ3073 Page 1

description

SENI

Transcript of Penulisan Seni Dalam Pend-waj3073

SENI DALAM PENDIDIKAN

[SENI DALAM PENDIDIKAN] 2014

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURATPENGHARGAAN

PENGENALAN

PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN

1.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual2.0 3.0 PERANAN GURU3.1 Objektif kajian3.1.1 Objektif umum3.1.2 Objektif khusus3.2 Soalan kajian

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN5.1 Langkah-langkah tindakan5.2 Cara mengumpul data5.3 Cara menganalisis data5.4 Jadual pelaksanaan kajian tindakan5.5 Kos kajian

SENARAI RUJUKANLAMPIRAN

1.1 PengenalanKurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Seni dalam Pendidikan meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual yang menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni visual di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.

Selain itu, Seni Dalam Pendidikan juga memasukan Muzik sebagai unsur atau elemen penting yang perlu digarap bersama dalam menzahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain itu, Muzik juga merupakan budaya masyarakat. Pelajar sentiasa memberi respon kepada Muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama dan ton juga menjadi amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari segi kualiti dan sahsiahnyaSeni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat disekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan etika. Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional (initial training ) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya disekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Peranan guru ialah ke arah memperkembangkan sifat sifat yang merangkumi aspek aspek emosi kreativiti, nilai estetik dan etika tertentu. Dengan penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Selain itu, pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran lain.

Pendidikan dalam apa jua bidang sekalipun haruslah berbentuk pengalaman yang bermakna. Pendidikan juga haruslah memberangsangkan dan menghasilkan kepuasan yang semerta serta menimbulkan minat bagi mendapatkan pengetahuan seterusnya. Hal ini boleh dicapai dengan menggunakan pergerakan sebagai media pembelajaran. Pembelajaran melalui pergerakan bukanlah sesuatu yang baharu. Pendidikan pergerakan adalah sesuatu kaedah pengajaran yang ketara uniknya kerana pelajar sedang belajar untuk bergerak dan mereka juga akan belajar sambil atau semasa bergerak. Melalui pergerakan, pelajar itu bergerak, berfikir, dan merasai sesuatu secara langsung. Pelajar akan dapat mempelajari tentang dirinya sendiri.

Penekanan kepada pergerakan kini banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman pengalaman berkaitan bagi membantu pelajar dalam mencapai keupayaan sebagai warga yang bertanggungjawab dan penyumbang aktif dalam masyarakat.

Pendidikan pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam bentuk sikap dan sahsiah pelajar tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik pelajar berdasarkan kepada holistik perkembangan kanak kanak. Pendidikan pergerakan boleh diperhebatkan lagi keberkesanannya dengan menjadikannya sebagai alat pendidikan yang mendorong kepada kegiatan penerokaan, kreativiti, proses proses berfikir dan penyelesaian masalah serta pengukuhan imej kendiri yang utuh. Dalam hubungan ini matlamat dan prinsip pendidikan pergerakan tidak akan menyimpang daripada landasan konsep kanak kanak total .

Belajar melalui pergerakan membolehkan perkembangan yang menyeluruh diri kanak - kanak iaitu perkembangan fizikal dan psikologi, kebolehan untuk belajar dan bergaul antara satu sama lain. Perasaan terhadap diri sendiri dan perhubungan dengan persekitarannya turut berkembang melalui pergerakan itu.

2.0 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

2.1 Guru Sebagai PengurusPeranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus. Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah:

1. Menguruskan rutin bilik darjah.2. Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.3. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.4. Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.5. Mengurus aktiviti kumpulan.6. Mengurus karya dan hasil kerja murid.7. Mengurus sumber alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.8. Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.9. Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran seni yang menyeronokkan.10. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

2.2 Guru Sebagai Pembimbing

Antara lain Guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat terhadap mata pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan ditepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut. Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan bimbingan guru.Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-muridnya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual:1. Bersopan santun2. Menghormati pandangan murid3. Peramah4. Jujur5. PrihatinBimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni visual.

2.3 Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tersebut? Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:

Memberi komen yang positif.Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.Memilih alat dan bahan.Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.MasaRancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi dan meneroka.RangsanganPamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan.Pamerkan hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelGuru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.Hormat-menghormatiGuru Pendidikan Seni Visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan.Memberi Galakan dan MotivasiElakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.Penghargaan-Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

2.4 Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cemerlang, kita perlulah mengambil kira kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. Menurut Joyce B dan Weil M (2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Hal ini bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan pembelajaran yang mudah dan berkesan?

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai pemudah cara. Sebagai contoh, sekirannya guru mahu mengajar murid membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka, seperti yang kita ketahui kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekirannya guru tidak memberi bantuan yang sewajarnya. Justeru itu, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyediakan wording yang sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain rentang.

2.5 Guru Sebagai Inisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?

Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh semua murid.Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.Memahami dinamika kumpulan.Membantu murid memperkembangkan ilmu seni.Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni mereka.Menggubah dan menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian murid.

Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

Rumusan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan pernyataan yang menjadi penentu arah haluan, asas serta sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada pelaksanaan program dan kegiatan pendidikan yang meliputi semua bidang kurikulum dan kokurikulum dalam institusi pendidikan khususnya sekolah.Sekolah memainkan peranan dominan dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana persekolahan yang member peluang kepada pelajar mendapat pengalaman hidup dalam menghadapi masalah, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Di samping itu, suasana bilik darjah sewajarnya boleh menarik minat dan dapat menggalakkan pelajar berfikir, menyoal serta mengeluarkan buah fikiran secara lisan dan bertulis.Perhatian yang wajar juga perlu diberikan kepada perkembangan murid secara menyeluruh dan bukannya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja secara terpisah-pisah. Kaedah ini sesungguhnya dapat membantu meningkatkan perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar.Akhirnya semua pihak sewajarnya bersama- sama berusaha untuk mencari formula yang terbaik bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya. Usahlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sesungguhnya, sikap tidak bertanggungjawab ini akan meranapkan impian untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai satu sistem pendidikan bertaraf dunia.WAJ3073Page 8