Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

12
BAB 4 PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN 4.1 Pengenalan Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen- komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium ketika enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bersentuhan. Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman enjin, penuras digunakan sebagai perangkap benda asing di dalam enjin dan medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian. 4.1.1 Fungsi Umumnya, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen- komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan 36

Transcript of Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

Page 1: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

BAB 4

PENURAS DAN MINYAK PELINCIR ENJIN

4.1 Pengenalan

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin

pula majoritinya menggunakan bahan berasaskan logam sebagai medium

ketika enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini menghasilkan

geseran dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-

komponen yang bersentuhan. Jadi, untuk melicinkan pergerakan dalaman

enjin, penuras digunakan sebagai perangkap benda asing di dalam enjin dan

medium seperti minyak pelincir digunakan sebagai penyelesaian.

4.1.1 Fungsi

Umumnya, minyak pelincir berfungsi menyerap tekanan dan geseran

yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin.

Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak

pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi

36

Page 2: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi

sesebuah enjin.

4.2 Spesifikasi Piawaian

Penyelidikan dan pembangunan dalam industri automotif bertujuan

meningkatkan mutu dan kawalan dalam menentukan jenis dan pengkelasan

minyak pelincir di seluruh dunia. Penghasilan minyak pelincir untuk pelbagai

kegunaan dan tujuan boleh diketahui melalui singkatan perkataan bagi

pertubuhan atau institusi ini sebagai kod piawaian minyak pelincir. Dua jenis

kod piawaian yang sering diguna pakai ialah Kod Piawai SAE dan Kod

Piawai API.

4.2.1 Kod Piawai SAE

SAE adalah singkatan bagi ‘Society of Automotive Engineers’ atau

Persatuan Jurutera Automotif. Ia adalah sebuah badan yang terlibat

secara langsung dalam kaji selidik  berkenaan sesuatu produk yang

berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

4.2.2 Kod Piawai API

API adalah singkatan bagi ‘American Petroleum Institute’ atau Institut

Petroleum Amerika. Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri

petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan

dan pemasaran dunia. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji

selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar

minyak pelincir akan merujuk kepada Kod Piawai API untuk

menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

37

Page 3: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

4.3 Spesifikasi Minyak Pelincir

Minyak pelincir terbahagi kepada dua jenis utama iaitu ‘Monograde’ dan

‘Multigrade’.

4.3.1 ‘Monograde’ atau Gred Tunggal

Rajah 4.1 Minyak pelincit jenis ‘Monograde’ atau Gred Tunggal.

Minyak pelincir jenis ‘monograde’ adalah lebih murah berbanding

minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan pada kenderaan

atau jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang

telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 biasanya menjadi pilihan bagi

penggunaan yang lasak.

4.3.2 ‘Multigrade’ atau Pelbagai Gred

Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula merujuk kepada kadar

kelikatan minyak pelincir yang boleh berubah daripada lebih cair

semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu

meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini

lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’.

38

Page 4: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

Minyak pelincir jenis ‘multigrade’ boleh dikenali berpandukan label

yang tertera pada botol atau bekas minyak pelincir tersebut. Minyak

pelincir jenis ‘multigrade’ mempunyai dua kadar kelikatan yang boleh

berubah-ubah. Label Piawaian seperti SAE 10W/30, SAE 15W/50,

SAE 20W/50 dan banyak lagi merupakan contoh minyak pelincir jenis

‘multigrade’.

Rajah 4.2 Minyak pelincir jenis ‘Multigrade’ atau Pelbagai Grade.

Konsonan ‘W’ bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan

sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara yang musimnya

berubah-ubah, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan

rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan

dihidupkan.

Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar

kelikatan maksimum minyak pelincir itu apabila enjin mencapai suhu

panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan

minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

39

Page 5: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

4.4 Kaedah Kendalian

Kaedah dan prosedur kerja melibatkan minyak pelincir berbeza-beza

bergantung kepada sebab ia dilakukan. Kerja yang melibatkan minyak

pelincir biasanya ketika melakukan penyelenggaraan:

i. Memeriksa kandungan minyak pelincir dalam enjin.

ii. Membuat tukaran minyak pelincir enjin.

iii. Menukar penuras minyak pelincir enjin.

4.4.1 Kelengkapan dan Peralatan

Peralatan asas yang perlu bagi melakukan kerja tukaran minyak

pelincir termasuklah :

i. Minyak pelincir enjin.

Bergantung kepada spesifikasi kenderaan yang telah

ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi kebanyakan

kenderaan yang membuat penyelenggaraan di Bahagian

Worksyop CKM Negeri Selangor menggunakan Minyak

Pelincir Jenis Gred Tunggal SAE 40.

Rajah 4.3 Minyak Pelincir Gred Tunggal SAE 40.

40

Page 6: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

ii. Penuras minyak pelincir enjin.

Penuras minyak pelincir enjin yang biasa digunakan ialah

daripada jenis basah. Penuras biasanya terletak di bahagian

sisi tepi blok enjin.

Rajah 4.4 Penuras minyak pelincir enjin.

iii. Pembuka penuras minyak pelincir.

Rajah 4.5 Pembuka penuras minyak pelincir enjin.

Pelbagai jenis penuras yang terdapat di pasaran kini. Oleh itu

pembuka penuras yang digunakan bergantung kepada saiz

dan jenis penuras yang digunakan.

iv. Set sepana pelbagai saiz.

41

Page 7: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

Sepana yang digunakan bergantung kepada saiz skru lantai

pada takung minyak kenderaan. Kebanyakkan kenderaan

menggunakan skru lantai bersaiz 17mm dan 19mm.

Rajah 4.6 Set sepana pelbagai saiz.

v. Bekas tadahan minyak pelincir. Bekas tadahan digunakan

ketika proses pembuangan minyak lama bagi mengelakkan

tumpah ke lantai.

Kain perlu untuk membersihkan alatan setiap kali hendak

digunakan dan ketika membuat pemeriksaan paras minyak

pelincir ketika isian minyak baru.

vi. Kain buruk/terpakai.

4.4.2 Langkah Keselamatan

Langkah bagi pencegahan kemalangan ketika kendalian proses

tukaran minyak pelincir.

i. Pastikan menggunakan minyak pelincir enjin yang sesuai

kerana minyak pelincir mempunyai kelikatan yang berbeza.

42

Page 8: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

ii. Pakai sarung tangan.

iii. Tidak merokok.

iv. Kendalian kerja ketika enjin dalam keadaan sejuk.

v. Elakkan minyak tertumpah ke lantai.

4.5 Prosedur Kerja

i. Buka penutup minyak pada bahagian atas enjin. Biarkan enjin sejuk

dahulu.

Rajah 4.7 Tempat penutup minyak pelincir pada bahagian atas enjin.

ii. Tempatkan kenderaan di atas ram dan letakkan pada ketinggian

sesuai. Skru lantai berada pada takung minyak yang terletak di

bahagian bawah enjin.

43

Page 9: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

Rajah 4.8 Skru lantai.

iii. Pusing lawan arah jam untuk bukaan skru lantai menggunakan

sepana dengan soket.

iv. Longgarkan dengan tangan dan tadah minyak yang keluar dengan

bekas. Tunggu hingga minyak keluar sepenuhnya.

v. Buka penuras minyak menggunakan pembuka penuras mengikut

putaran arah lawan jam. Setelah longgar pulas dengan tangan.

Rajah 4.9 Membuka penuras menggunakan pembuka penuras.

vi. Bersihkan skru lantai dengan kain. Periksa ulir palam untuk

memastikan ulir skru lantai berkeadaan baik.

vii. Pasang skru lantai dengan memutar ke arah lawan jam dan ketatkan.

44

Page 10: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

viii. Pasang penuras yang baru di mana ‘O-Ring’ disapu sedikit dengan

minyak pelincir supaya tidak kesat ketika pemasangan. Kebocoran

boleh berlaku jika tidak disapu dengan minyak.

Rajah 4.10 ‘O-Ring’ disapu dengan minyak pelincir.

ix. Isi minyak pelincir yang baru.

Rajah 4.11 Isian semula minyak pelincir.

x. Periksa paras minyak yang telah di isi menggunakan ‘dipstick’ yang

terletak di bahagian tepi blok enjin.

xi. Hentikan isian apabila minyak berada pada paras tengah penanda

pada ‘dipstick’.

45

Page 11: Penuras dan Minyak Pelincir Enjin

Rajah 4.12 ‘Dipstick’.

xii. Tutup penutup minyak pada atas enjin dan kemas peralatan.

xiii. Hidupkan enjin bagi menggerakkan minyak ke komponen dalaman

enjin.

4.6 Kesimpulan

Penggunaan minyak pelincir mestilah betul dan sesuai bagi mengekalkan

ketahanan enjin. Tukaran mengikut jadual mampu mengelakkan kehausan

komponen akibat geseran.

46