Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

5
7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 1/5 Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan? Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun. Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit. Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang. Apakah maksud Drug? Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun. Apakah 'doping'? 'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit. 'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang dilarang. Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untuk menyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil. Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan? Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu: Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan jika tidak digunakan dengan betul. Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang diharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

description

PJM

Transcript of Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

Page 1: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 1/5

Penyalahgunaan Dadah dalam Sukan

Apakah isu-isu yang melibatkan dadah dan sukan?

Penggunaan drug untuk meningkatkan tahap keupayaan sukan bukan sahaja

menyebabkan kesan sampingan yang buruk tetapi boleh membawa maut

kepada ahli-ahli sukan tahun demi tahun.

Dalam tahun 1967, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk

mengharamkan atau menghadkan penggunaan sesetengah bahan atau kaedah

yang boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit.

Atlit berisiko disingkirkan dari menyertai pertandingan sekiranya didapati positif

mengambil dadah terlarang melalui ujian secara rambang. Mereka juga akan

merana akibat kesan drug samada secara jangka pendek dan panjang.

Apakah maksud Drug?

Drug adalah merupakan sesuatu bahan (selain daripada makanan) yang apabila

diambil, akan menyebabkan perubahan dalam badan. Jika perubahan itu memberi

manfaat kepada badan, drug ini disebut sebagai ubat. Sekiranya perubahan ini

membawa keburukan kepada badan, ianya disebut sebagai racun.

Apakah 'doping'?

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk

meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

'Doping' secara tidak sengaja berlaku apabila atlit mengambil ubat untuk merawat

sesuatu penyakit dan tanpa disedari ubat berkenaan mengandungi bahan yang

dilarang.

Atlit-atlit tertakluk kepada polisi melarang 'doping' dan bertanggungjawab untukmenyemak status bahan-bahan dan ubat-ubatan yang diambil.

Kenapa sesetengah bahan dan kaedah diharamkan?

Alasan diharamkan melibatkan beberapa isu:

Kesihatan - Banyak bahan boleh menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap

kesihatan jika tidak digunakan dengan betul.

Etika - Di dalam sesetengah keadaan bahan-bahan dan kaedah-kaedah yangdiharamkan boleh meningkatkan tahap keupayaan atlit melebihi tahap biasa.

Page 2: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 2/5

Undang-Undang - Sesetengah drug adalah haram dan dengan itu

penggunaannya adalah dilarang dalam sukan.

Apakah polisi penyalahgunaan drug dalam sukan di Malaysia?

Strategi yang diambil bertujuan untuk :

Pencegahan

Pembasmian :

o Salah laku dan penyalahgunaan dadah

o Sikap dan kebiasaan yang cenderung ke arah doping

Memantau :

o Ujian doping di luar pertandingan

o Parameter latihan dan tahap keupayaan

Langkah berjaga-jaga

Sebelum mengambil sebarang ubat, atlit perlu mendapatkan khidmat nasihat

daripada doktor, pegawai sukan bertauliah dan pegawai pusat doping, jika ingin

menyertai acara sukan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Ini adalah

kerana terdapat banyak ubat yang boleh membawa kesan terhadap tahap

keupayaan atlit. (Senarai komprehensif bahan yang dilarang boleh didapati daripada'Prohibited List International Standard' pada tahun 2005 atau dengan melayari

www.wada-ama.org .

Bahan-bahan dan kaedah-kaedah yang dilarang

Senarai bahan-bahan dan kaedah doping yang dilarang. Penggunaannya

merupakan satu penipuan.

Jenis dan deskripsi Kesan-kesan sampingan

Agen Anabolik

Steroid anabolik androgenik adalah

merupakan hormon sintetik

testosteron.

Agen ini sering didapati dari pasaran

gelap/haram di gimnasium dan

kelab kecergasan kerana untuk

Page 3: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 3/5

mendapatkannya perlu mempunyai

preskripsi doktor.

Contoh:o Danazol (digunakan untuk

mengurangkan bengkak di

bahagian dada bagi lelaki)o Clenbuterol (agonis beta-2 yang

digunakan meningkatkan

tumbesaran haiwan).

Botak

Jerawat

Penambahan bulu di muka dan

badan

Kerosakan hati

Bagi lelaki ciri-ciri perempuan lebih

terserlah dan sebaliknya.

Perubahan 'mood'

Potensi untuk menyebabkan mandul

Kebanyakan steroid anabolik perlu

disuntik, oleh itu pengguna terdedah

kepada bahaya perkongsian jarum

atau jarum yang tidak steril

Jenis larangan: Semasa atau di luar

pertandingan

Agonis Beta-2

Agonis beta-2 sering didapati pada

ubat-ubatan asma

Hanya Salbutamol, Salmeterol dan

Terbutaline dalam bentuk sedutandibenarkan untuk rawatan dan

pencegahan serangan asma

Tangan mengeletar

Pening

Berdebar-debar

Jenis larangan: Semasa atau di luar

pertandingan

Agen yang mempunyai aktiviti anti-

estrogen

Agen ini digunakan secara haram,

untuk mencegah kesan sampingan

yang disebabkan oleh steriodanabolik, seperti pembesaran

payudara

Contoh:o Tamoksifen (digunakan dalam

rawatan kanser payudara dan

kemandulan)o Clomifen (untuk kemandulan)

Muka merah dan panas

Perut tidak selesa

Bengkak

Jenis larangan: Semasa atau di luar

pertandingan

Diuretik dan agen 'samaran' Dahaga

Page 4: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 4/5

Agen samaran berpotensi

melindung kehadiran bahan

terlarang di dalam air kencing atau

sampel lain. Contohnya: diuretik,

probenesid dan pengembang

plasma

Atlit selalunya menggunakan ubat

diuretik untuk mengurangkan berat

badan atau menyingkirkan steroid

anabolik daripada badan

Contoh diuretik (ubat yang

digunakan untuk menyingkirkan

cecair badan) ialah furosemida dan

amilorida

Contoh pengembang plasma adalah

dekstran dan albumin

Penyahhidrat

Jenis larangan: Semasa atau di luar

pertandingan

Analog peptid dan hormon glikoprotin

Hormon ini bertindak dengan

merangsang pertumbuhan,

mempengaruhi kelakuan, mengubahkesan sensitiviti terhadap kesakitan

dan kemahuan seks.

Bahan kimia yang mempunyai

struktur yang sama dengan hormon

ini (atau analog) akan memberi

kesan yang sama.

Bahan-bahan yang terkandung

dalam kumpulan ini adalaheritropoietin (EPO), hormon

tumbesaran manusia, hormon

korionik gonadotrofin (HCG) dan

kortikotrofin.

Hormon tumbesaran digunakan

untuk meningkatkan saiz dan

kekuatan otot. Kesan sampingannya

termasuklah:o Akromegali - pembesaran

tangan, kaki dan muka.o Masalah otot dan sendi

menyebabkan kesukaran

menjalankan latihan

Diabetis (kencing manis)

Eritropoietin merangsang

pembentukan sel darah meraho Ini akan menyebabkan

peningkatan kelikatan darah dan

boleh menyebabkan masalah

peredaran darah (angin ahmar,

serangan jantung).

Ubat perangsang

Kumpulan ini termasuklah

Kesan sampingan termasuk

o Meningkatkan kadar denyutan

Page 5: Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

7/18/2019 Penyalahgunaan Dadah Dalam Sukan

http://slidepdf.com/reader/full/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan-56d676486ad7f 5/5

o Amfetamino Kafein (dalam kuantiti yang

banyak).o beberapa kandungan aktif

ramuan ubat selesema dan ubat

demam seperti pseudoephedrin.

jantungo Menjejas kebolehan badan

untuk mengawal suhu badan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar pertandingan

Analgesik Narkotik.

Ini merupakan penahan sakit yang

kuat dan kebanyakannya

mengandungi bahan yang terlarang

bukan sahaja untuk sukan.

Atlit cenderung menggunakan ubat-ubat sedemikian untuk menahan

sakit daripada latihan intensif.

Contoh: kodein dan morfin.

Narkotik mempunyai potensi

ketagihan.

Jenis larangan: Semasa atau di luar

pertandingan

Kaedah-kaedah yang dilarang

Menambahkan pertukaran oksigen

o Doping darah dan penggunaan produk-produk sintetik yang boleh

meningkatkan pengambilan dan penghantaran oksigen keseluruh tubuh.

Manipulasi Fizikal dan Bahan Kimia

o Mengubah, atau cubaan mengubah dengan menggunakan bahan-bahan

atau kaedah-kaedah yang mengubah ciri-ciri sampel untuk ujian doping.

Doping Genetik

o Penggunaan gen dan/atau sel-sel bagi tujuan meningkatkan prestasi.