Penyalahgunaan Dadah.docx

19
PENYALAHGUNAAN DADAH Apa itu dadah? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda. Dadah/bahan tersebut termasuk : Alkohol dan tembakau Ubat tidur Ganja Gam

Transcript of Penyalahgunaan Dadah.docx

PENYALAHGUNAANDADAHApa itu dadah? Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psychoactive mengubah emosi dan status minda anda.Dadah/bahan tersebut termasuk : Alkohol dan tembakau Ubat tidur Ganja Gam Ekstasi LSD Heroin

Bila seseorang itu di anggap menyalahgunakan dadah?MENYALAHGUNAKAN dadah bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan.Seseorang itu akan terus menggunakan dadah walaupun menghadapi masalah semasa menggunakannya.Apakah itu toleran?TOLERAN berlaku apabila seseorang individu perlu menambah dos/kuantiti dadah yang biasa diambil bagi mendapat kesan yang sama.

Apakah itu pergantungan?Kegagalan untuk berfungsi apabila tidak mengambil dadah. Ini termasuk penggantungan fizikal, psikologikal dan kegagalan menangani tabiat harian.Apakah yang dimaksudkan dengan ketagihan dadah?KETAGIHAN ialah satu keadaan bila seseorang bergantung kepada dadah untuk membolehkannya melakukan aktiviti harian dan mengelakkan dari mengalami gian.

Apakah itu gian?GIAN adalah gejala yang dialami oleh penagih dadah kerana tindakbalas samada mengurangkan keperluan dadah dari kebiasaan atau ingin berhenti terus dari mengambil dadah. Ini berlaku kerana toleran sudah berlaku.Gejala ini termasuk: Rindu Menguap (sangap) Mata dan hidung berair Cirit birit Sakit badan Sakit perut Seram sejuk

Bagaimana mengesyaki seseorang itu penagih dadah?Penagih dadah : Gagal melaksanakan tanggungjawab di rumah dan di sekolah. Meneruskan tabiat mengambil dadah walaupun mengetahui kesan buruk dan masalah yang timbul dari penyalahgunaan dadah kepada diri sendiri dan orang lain.

Apakah tanda - tanda yang biasa diperkatakan bahawa seseorang itu penagih dadah?Penagih dadah boleh : Ponteng sekolah Disiplin menurun Tercicir dari persekolahan Mengasingkan diri dari murid lain Hilang selera makan Berat badan menurun Selalu mengasingkan diri di tempat yang terpencil (bilik stor, tingkat bawah bangunan dsb) Menunjukkan perubahan sikap dan kelakuan

Penagih dadah juga boleh menunjukkan tanda-tanda berikut : Mata merah Bekas suntikan di lengan Suka berhutang Mencuri barang yang mudah dijual

Mengapa penagih dadah perlu rawatan?Penagih dadah perlu dibantu untuk berhadapan: Simptom-simptom yang tidak selesa dan juga boleh membawa maut akibat gian yang keterlaluan Masalah sosial yang timbul disebabkan penagihan dadah Mengesan dan merawat penyakit yang boleh dihidapi melalui perkongsian jarum seperti HIV dan Hepatitis B dan C

Apakah jenis rawatan yang boleh diperolehi?Bantuan profesional adalah diperlukan dalam bidang : Kaunselling Detoksifikasi PemulihanSokongan masyarakat dan keluarga sangat penting untuk membantu penagih membebaskan diri dari cengkaman dadah.

Bagaimana dan di mana bantuan boleh diperolehi bagi mereka yang sudah terlibat dengan penagihan dadah? Berbincang dengan : Ibu bapa Guru Kawan/sahabat yang dipercayai Guru Kaunseling /pembimbing rakan sebaya (PRS) Doktor Kumpulan penyokong Pegawai Kebajikan Masyarakat Pegawai pemulihan (Agensi Dadah Kebangsaan)

Bagaimana seseorang itu mencegah dari menagih dadah?1. Lengkapkan diri dengan pengetahuan dan sikap yang baik Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan2. Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan Bertindak tegas Belajar bagaimana untuk berkata TIDAK3. Kendali masalah anda dengan berkesan Belajar menyelesaikan masalah Minta bantuan orang dewasa yang betul4. Peka dengan persekitaran anda Memahami bahawa bukan semua tingkah laku orang dewasa boleh ditiru Pilih kawan yang baik Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisikoJENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.1. Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)2. Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)3. Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)4. Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)5. Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI1. MORFIN

Dikenali juga sebagai M, White Stuff, White Powder, Monkey, Dreamer, Morpho, Tab, Morb, Cubes, Emsel dan Melter. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.2. GANJA

Ianya dikenali sebagai Kanabis Herba, Marijuana/Grass, Pot/Weed, Bhang, Kif, Takrouri dan Dagga. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

3. KOKAIN

Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.