PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.13.7.94 MALAYSIA DEWAN RAKTAT Rabu, 13hb Julai, 1994 Mesyuarat...
Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.13.7.94 MALAYSIA DEWAN RAKTAT Rabu, 13hb Julai, 1994 Mesyuarat...
PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES
DEW AN RAKYATHouse of Representatives
PARLIMEN LAPANEighth Parliament
KEEMPATPENGGALFourth
___________________Session
__________________Jilid IV Bil. 25 Hari Rabu 13hb Julai, 1994
KANDNGAN
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Ruangan 37)
RANG UNDANG-UNDANG:Rang undang-undang Perbekalan Tambahan (1994) 1994Jawatankuasa:JadualMaksud B. 17 (Ruangan 37)Maksud B. 36 (Ruangan 106)Maksud B. 42 (Ruangan 116)Maksud B. 44 (Ruangan 116)Maksud B. 49 (Ruangaa 120)Maksud B. 53 (Ruangan 126)
Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) 1994 (Ruangan 130)USUL-USUL:
Anggaran Pembangunan (Tambahan) (Bil.2) 1994 (Ruangan 37)Jawatankuas a:Maksud P. 20 (Ruangan 81)Maksud P. 25 (Ruangan 85)Maksud P. 28 (Ruangan 86)Maksud P. 49 (Ruangan 120)Maksud P. 52 (Ruangan 125)
Waktu Mesyuarat dan Urusan yang dibebaskan daripadaPeraturan Mesyuarat (Ruangan 138)
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN:Mengatasi Kadar Kemalangan Jalan Raya- Y.B. Tuan Kerk Kim Bock (Pasir Pinji) (Ruangan 138)Meminda Perlembagaan Untuk MenghapuskanPolitik Wang dan Rasuah- Y.B. Tuan Lim Guan Eng (Kota Melaka) (Ruangan 144)
DR.13.7.94
MALAYSIA
DEWAN RAKTAT
Rabu, 13hb Julai, 1994
Mesyuarat dimulakan pad a pukul 2.30 petang
D O A
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
RASDAH - LAHGKAH MEMBANTERAS
1. Tuan Saidin @ Yusof bin Adam mint a Perdana Menteri menyatakanberapa peratuskah kadar rasuah yang berlaku dalam negara sekarang,Golongan manakah yang paling tinggi sekali melakukan jenayah ini,dan apakah langkah-langkah-Kerajaan dalam mengatasi masalah rasuahini terutamanya di kalangan kolar putih.
Timbalan Menteri di Jab a tan Perdana Menteri [Dato' Dr. Haji
Abdul Hamid bin Haji Othman]: Tuan Yang di-Pertua, dari tahun 1991
hingga 1993 bilangan purata tangkapan yang dilakukan oleh BPR ialah
298 orang setahun. Berasaskan bilangan penduduk Malaysia seramai
17,566,982 orang mengikut bancian rasmi 1991, peratusan kadar rasuah
yang berlaku di dalam negara kita sekarang ialah 0.00169%. Go longan
yang paling tinggi sekali melakukan jenayah rasuah ialah golongan
kakitangan sektor awam iaitu seramai 165.7 orang purata bagi tahun
1991-1993. Daripada jumlah purata ini seramai 151 orang purata bagi
tahun 1991-1993 terdiri dari Kumpulan Sokongan.
DR.13.7.94 -2-
Untuk makluman Dewan yang mulia ini bilangan purata 1991-1993
kakitangan sektor swasta dan orang awam yang tertangkap kerana
rasuah ialah seramai 129.7 orang. Manakala bilangan purata 1991-
1993 ahli politik dan ahli pentadbiran ialah 3 orang.
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi
masalah rasuah ini terutamanya di kalangan kolar putih ialah:
(i) menyiasat, menangkap dan mendakwa orang-orang
yang didapati terlibat dengan jenayah rasuah
di bawah undang-undang yang ditetapkan;
(ii) melaksanakan kempen pencegahan rasuah dengan
penekanan kepada pendidikan nilai-nilai murni
dan penerangan tentang kesalahan dan kesan
buruk rasuah bagi mendapatkan sokongan orang
ramai supaya mereka bersama-sama BPR mem-
bant eras rasuah;
(iii) menjalankan kajian dan penelitian ke atas
sistem serta prosedur kerja dan pentadbiran
jabatan sebagai usaha untuk mencegah peluang-
peluang dan menutup punca rasuah;
(iv) membuat perakuan-perakuan supaya tindakan
tatatertib diambil terhadap kakitangan
Kerajaan yang didapati melanggar mana-mana
arahan kerja dan berkelakuan yang bercanggah
dengan tatakelakuan dan tatatertib per-
khidmatan awam;
DR.13.7.94 -3-
(v) melancarkan operasi-operasi mengejut terhadap
pegawai Kerajaan dan jabatan Kerajaan bag!
me nc eg ah dan mengesan rasuah dan penyelewengan.
(vi) melancarkan operasi-operasi bersama mencegah
rasuah dengan agens i-agens i penguatkuas a
terhadap orang awam bagi memastikan orang awam
mematuhi undang-undang bila mana berurusan
dengan pegawai Kerajaan dan menangkap orang
awam yang cuba memberi rasuah kepada pegawai
Kerajaan yang sedang bertugas.
(vii) membuat lawatan-lawatan rasmi ke pejabat-
pejabat Kerajaan dan berbincang dengan ketua-
ketua jabatan berhubung dengan usaha sama
mencegah rasuah.
Tuan Haji Sukri bin Baji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Tadi Yang Berhormat telah menyebut bahawa di kalangan
kakitangan Kerajaan, Kumpulan Sokonganlah yang banyak terlibat
dengan perbuatan menerima rasuah iaitu mereka yang berpendapatan
rendah. Di antara faktor mereka ini melakukan rasuah barangkali
kerana gajinya yang tidak cukup. Jadi, apakah kesan ataupun langkah
seterusnya diambil oleh pihak Kementerian atau Kerajaan untuk mem-
ber ikan suatu imbuhan yang 1umayan kepada kakitangan dan pegawai
Kerajaan supaya mereka ini tidak melakukan rasuah di masa-masa yang
akan datang?
DR.13.7.94 -4-
Yang keduanya, da lam mencegah rasuah di negara ini iatu perkara
yang dipertikaikan oleh ramai orang ialah peranan dan tugas BPR yang
sememangnya tidak bebas kerana terletak di bawah Jabatan Perdana
Menteri dan di bawah kawalan Perdana Menteri. Bilakah nampaknya
Kerajaan untuk menunjukkan sikap yang tegas dan benar—benar hendak
membanteras rasuah ini supaya meletakkan Badan Pencegah Rasuah
direct ataupun secara langsung bertanggungjawab kepada Parlimen,
bukan kepada Perdana Nenteri supaya mereka dapat menjalankan tugas
dengan baik dan bebas?
Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang
di-Pertua, bagi soalan pertama Kerajaan setiap masa menimbang
tentang kadar kenaikan taraf hidup dan belanja hidup di dalam negara
ini. Maka gaji yang diberi kepada pegawai-pegawai mengikut
peringkat mas ing-masing adalah sesuai dengan taraf hidup dan kos
hidup di dalam negara kita. Maka perbuatan rasuah bukan terbit
daripada tidak cukup gaji tetapi terbit dari keadaan hati yang jahat
dan hati yang sentiasa tamak dengan tidak tentu arah kerana dilihat
daripada peratus yang terlibat tadi adalah kecil. Kalau tidak
barangkali peratus purata tentu naik lebih tinggi daripada itu,
kalau tidak cukup gaji.
DR.13.7.94 -5-
Perkara kedua, Badan Pencegah Rasuah diletak di bawah Jabatan
Perdana Menteri hanya dari segi pentadbiran bukan dari segi kuasa
mendakwa dan kuasa menyiasat kerana kedua-dua ini terletak di bawah
Peguam Negara. Jadi pada hemat Kerajaan bahawa sifat berkecualinya
Badan Pencegah Rasuah ini tetap dijaga.
Tuan Lim Kit Siang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Adakah kemungkinan peratusan kadar rasuah yang ada disebut oleh Yang
Berhormat Timbalan Menteri tadi tidak sampai 1% ataupun 0.01% rasuah
yang sebenar. Mereka yang rasuah tetapi tindakan tidak diambil
terhadap mereka. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar
bahawa masalah utama mengenai rasuah ialah bahawa Kerajaan sudah
gagal dalam cogan kata "Kepimpinan Melalui Teladan". Oleh kerana
tindakan tidak diambil terhadap pemimpin-pemimpin politik yang korup
di mana tuduhan-tuduhan terbuka boleh dibuat terhadap pemimpin-
pemimpin politik yang tertinggi semacam terhadap Ketua Menteri
Melaka dan Menteri Besar Kedah mengenai kekayaan luar biasa yang
dikumpul oleh mereka yang disproportionate daripada pendapatan
mereka tanpa tindakan yang berkesan daripada BPR atau Kerajaan
sendiri.
DR.13.7.94 - 6 -
Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa Kerajaan
boleh melantikkan atau Yang Am at Berhormat Perdana Menteri boleh
melantikkan Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Senator dan Timbalan
Menteri, sungguhpun Kerajaan menganggap dia korup. Inilah kenyataan
daripada jawapan oleh Setiausaha Parlimen bahawa sebab tuduhan-
tuduhan ditarik balik ialah oleh kerana tidak boleh mendapat
kebenaran mahkamah di Hong Kong bagi memperolehi satu dokumen. Ini
bererti Peguam Negara, ACA menganggap Dr. Jeffrey Kitingan
'corrupted' tetapi atas 'technicality' tuduhan-tuduhan ditarik
balik, tetapi beliau boleh dilantik sebagai Senator dan Timbalan
Menteri. Bukankah ini bererti bahawa Kerajaan tidak serius di dalam
mahu membasmikan rasuah? Bukankah ini menunjukkan tidak boleh dapat
keyakinan bahawa Kerajaan serius dalam perkara ini? [Tepuk]
Dato' Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang
di-Pertua, ucapan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang adalah sangat
melampau, terkeluar daripada peraturan undang-undang kita. BPR
sentiasa membuat siasatan apabila ada sahaja keadaan yang berbangkit
dengan tuduhan-tuduhan orang ramai dan sungutan-sungutan orang
ramai. Tetapi perjalanan negara kita ialah dengan kuatkuasa undang-
undang dan peraturan undang-undang. Jadi, perkara ini mesti dijaga
dan dikawal. Kalau tidak, tentulah ramai orang yang teraniaya
kerana sebutan dan cakap-cakap dari luar sahaja.
DR.13,7.94 - 7 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
Tuan R. Karpal Singh.
[Soalan No. 2 - T.B. Tuan R. Karpal Singh tidak hadir]
PENCEMARAN KAWASAN PERAIRAN NEGARA - KAWALAN
3. Tuan Shahidan bin Kassim minta Menteri Sains, Teknologi danAlam Sekitar menyatakan;-
(a) adakah benar beberapa kawasan perairan negara meng-alami pencemaran hidrokarbon yang tinggi;
(b) apakah punca ataupun faktor-faktor yang menyebabkankeadaan ini berlaku; dan
(c) apakah cadangan Kementerian untuk mengawal pen-cemaran ini daripada membawa kesan buruk kepadakehidupan laut terutamanya di Selat Melaka yangpaling terdedah kepada pencemaran hidrokarbonpetroleum ini.
Timbalaa Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Tuan Peter
Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang
Berhormat, bagi menjawab soalan:
(a) Memang benar terdapat beberapa kawasan perairan negara
yang tercemar oleh hidrokarbon khususnya berpunca daripada
minyak dan gris. Di antara kawasan-kawasan pantai yang
mengalami pencemaran ini ialah Johor, Pulau Pinang,
Selangor, Sabah, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Kelantan
dan Terengganu.
DR.13.7.94 - 8 -
(b) Antara penyumbang utama percemaran hidrokarbon ialah
aktiviti-aktiviti pembuangan minyak dan pencucian tangki
minyak oleh kapal-kapal yang melalui perairan negara serta
oleh bot-bot nelayan.
(c) Untuk mengawal pencemaran hidrokarbon petroleum daripada
menjejaskan kehidupan laut, Kementerian Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar telah menguatkuasa Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 (Pindaan 1985) di bawah seksyen 27 dan
29. Akta ini melarang kapal-kapal melepaskan minyak dan
buangan ke dalam perairan negara.
Selain daripada itu, Kementerian saya juga sentiasa
bekerjasama dengan Jabatan-jabatan lain melalui penurunan
kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan di bawah seksyen
27 dan 29 sebagaimana yang diwartakan di bawah Per in tah
Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa Kawalan
Pencemaran Marin) 1993. Jabatan-jabatan yang terbabit
dengan penurunan kuasa itu ialah:-
(i) Jabatan Laut Semenanjung Malaysia;
(ii) Jabatan Laut Sabah;
(iii) Jabatan Laut Sarawak;
(iv) Jabatan Perikanan;
(v) Tentera Laut DiRaja Malaysia; dan
(vi) Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.
Penglibatan Jabatan-jabatan berkenaan telah membantu
mengawal aktiviti pembuangan minyak daripada bot-bot
nelayan dan kapal-kapal yang melalui perairan negara untuk
memastikan kehidupan laut dan ekosistemnya tidak mengalamikesan buruk.
DR.13.7.94 - 9 -
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan Malaysia
juga telah mewujudkan kerjasama dua hala dengan Singapura
melalui MSJCE dan negara-negara ASEAN yang lain melalui
penubuhan ASEAN Oil Spill Response Action Flan untuk
mengawal perairan negara daripada diancam pencemaran
minyak. Usaha pengawalan tersebut dipertingkatkan lagi
dengan wujudnya sistem pengawalan trafik dan sistem peng-
awasan udara di perairan negara dan antarabangsa khususnya
Selat Melaka.
Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan
tambahan. Apakah kesan daripada pencemaran ini kepada manusia?
Saya percaya Yang Berhormat akan menjawab ad a kesan tetapi tidak
boleh jawab secara spesifik. Tetapi saya rasa oleh kerana ikan
tercemar, manusia makan ikan, pastilah juga ada kesan. Saya hendak
bertanya secara keseluruhannya, apakah kesan dari segi kesihatan
kepada manusia?
Yang keduanya, apakah Yang Berhormat bercadang, walaupun ini
menyalahi polisi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
iaitu untuk membubuh papan tanda bahawa kawasan laut ini tercemar
sebab masalah sekarang pihak pelancongan kata Malaysia kawasan tidak
tercemar, Yang Berhormat menjawab di sini tercemar dan orang terus
mandi di kawasan tercemar. Jadi, sejauh mana diadakan penyelarasan
hendak tunjuk bahawa kawasan ini tercemar? Hendak mandi, mandilah,
tetapi masalah sekarang ramai orang tidak tahu.
Tuan Peter Chin Fan Kui: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab
soalan tambahan yang pertama iaitu kesan kepada manusia, setakat ini
ada kajian yang dibuat oleh pihak Universiti Sains dan juga
DR.13.7.94 - 10 -
kajian-kajian yang dijalankan oleh pihak kongsi minyak yang besar
seperti Shell dan Esso untuk mendapatkan kesan-kesan khasnya kepada
kehidupan marin di kawasan-kawasan pelabuhan atau kawasan-kawasan
crude oil terminal, dengan izin. Setakat ini kajian-kajian yang di-
jalankan tidak ada apa-apa tanda pencemaran daripada minyak dan gris
di perairan Malaysia adalah membawa kesan kepada manusia.
Menjawab soalan tambahan kedua iaitu supaya papan tanda didiri-
kan, ini satu cadangan yang baiklah saya rasa. Tetapi cadangan ini
elok ditujukan kepada Pihak-pihak Berkuasa Tempatan sebab perairan
ini atau pantai ini terutamanya dijaga oleh Pihak Berkuasa Tempatan
di mana Yang Berhormat sebutkan tadi, ramai pelancong akan sampai.
Pantai-pantai ini memang di bawah bidangkuasa mereka dan saya akan
membawa perkara ini kepada perhatian Pihak Berkuasa Tempatan.
Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang: Tuan Yang di-Pertua,
soalan tambahan. Sejauh manakah pencemaran ini menjejas pendapatan
kaum nelayan mengikut kajian Kementerian?
Yang kedua, apakah terlibat pihak-pihak asing di dalam perkara
pencemaran ini dan apakah suatu tindakan yang diambil terhadap
mereka?
DR.13.7.94 - 11 -
Tuan Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, buat masa
sekarang kita tidak ada bukti khas di manakah pencemaran umum - ini
saya sebut umum - daripada grease dan minyak sudah menjejaskan
kehidupan kaum nelayan di mana-mana tempat. Tetapi kalau kita sebut
sesuatu insiden pencemaran yang berlaku, seperti dilakukan di mana ada
satu perlanggaran di antara Ocean Blessing dengan sebuah kapal minyak
lagi pada hujung tahun lepas, kita dapati ada juga kesan sebab 'slop'
dari minyak itu telah sampai ke pantai-pantai di mana ada kampung
nelayan. Pada masa itu memang ada satu kesan yang menjejaskan sedikit
kehidupan mereka. Kalau kita hendak sebut insiden itu, pihak kaum
nelayan sudah menghantar satu tuntutan (claim) tentang kerugian mereka
dan perkara ini sudah disampaikan kepada pihak insurans yang berkuasa
untuk membayar apa-apa kerugian yang berlaku daripada kejadian itu.
PASAR TANI - BILANGAN
4. Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan mint a MenteriPertanian menyatakan berapakah pasar tani yang sudah dibuka dan bagai-mana pula pendapatan-pendapatan individu tani setelah adanya pasartani.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Mohd. Shariff
bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk mengatasi
kemelut pemasaran para petani, FAMA telah mewujudkan rangkaian Pasar
Tani di seluruh negara mulai tahun 1985. Terbukti program ini telah
mendapat kejayaan. Sehingga bulan Jun, 1994 bilangan Pasar Tani yang
DR.13.7.94 - 12 -
telah dibuka ialah sebanyak 173 buah dan bilangan peserta ialah
seramai 5,347 orang. Dari segi pendapatan tiap-tiap peserta, pada
puratanya pendapatan kasar dari jualan di Pasar Tani ialah sebanyak
RM1,239 sebulan pada tahun 1994.
Tuan Lau Dak Kee: Tuan Yang di-Pertua, soalan tarabahan. Adakah
Kementerian Pertanian sedar bahawa Pasar-pasar Tani ini kadangkala
menghadapi masalah yang besar, seperti petani-petani membawa
pengeluarannya ke pasar tani kadang-kadang menghadapi kerugian teruk
kerana tapak pasar tani terletak di terapat-tempat yang sukar dapat
pelanggan-pelanggan, seperti terapat-tempat mesti menggunakan kereta
baru boleh sarapai. Ini menjejaskan perniagaan dan pendapatan petani-
petani, Maka saya hendak tahu, saraa ada Kerajaan bercadang untuk
membuka tapak-tapak tani ini di tempat-tempat strategik di mana mereka
mudah dapat pelanggan. Itu yang pertama.
Yang kedua, adakah Kerajaan bercadang untuk menu tup jalan-jalan
di tempat-tempat seperti di dalam bandar pada hari minggu ataupun hari
kelepasan di mana penjual-penjual seperti petani-petani dapat menjual-
kan barangan mereka lebih senang dan mudah di mana mereka dapat lebih
pelanggan. Itu sahaja.
Da to' Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, pada
masa sekarang tapak pasar tani yang sedang beroperasi adalah tapak-
tapak yang masih lagi belum dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan
Tempatan. Pihak FAMA telah mendapat kerjasama daripada Pihak Kerajaan
Tempatan untuk menggunakan kawasan-kawasan lapang ataupun kawasan
letak kereta untuk dijadikan sebagai tapak Pasar Tani, Masalah
berlaku apabila kawasan yang dikhaskan untuk Pasar Tani akan
DR.13.7.94 - 13 -
dibangunkan. Jadi, pihak petani terpaksa berpindah ke tempat yang
baru. Kita sedar tentang masalah ini dan kit a sentiasa berbincang
dengan Pihak-pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan bagi membantu untuk
menyelesaikan masalah tapak kepada peserta-peserta Pasar Tani.
Mengenai dengan soalan kedua adakah Kerajaan bercadang untuk
menutup jalan, pada masa sekarang ini kita tidak tutuplah jalan, sebab
kalau kita tutup jalan, orang tidak boleh datang untuk berbelanja di
kawasan Pasar Tani. Walau bagaimanapun, kita telah mendapat kerjasama
daripada Pihak Kerajaan Tempatan dan kita sentiasa berbincang bagai-
mana kita boleh membantu bagi menjayakan program Fasar Tani dengan
tujuan para petani boleh membawa hasil-hasil mereka ke bandar-bandar
dan memasarkan hasil mereka sendiri dan di tempat yang strategik pula.
Dr Kua Kia Soong: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin
bertanya walaupun Kementerian Pertanian nampaknya galakkan pasar-pasar
tani diwujudkan, tetapi adakah beliau ketahui di beberapa Majlis
Perbandaran, khususnya di Petallng Jaya di mana semua Ahli-ahli Majlis
nampaknya korporat besar dan sudah pergi ke New York dan lain-lain
tempat, bila mereka balik ke sini, mereka kata, Pasar Malam dan Pasar
Tani itu semuanya tidak moden dan akan dihapuskan. Semalam MPPJ pun
telah umumkan bahawa Pasar Malam dan Pasar Tani akan dihapuskan dalam
masa lima tahun. Adakah koordinasi dilakukan oleh kedua-dua
Kementerian?
Yang kedua, saya ingin tahu adakah Pasar-pasar Tani itu disertai
oleh bukan bumiputera? Adakah keadaan ini memuaskan?
DR.13.7.94 - 14 -
Da to' Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
telah sebutkan tadi bahawa memang ada kerjasama di antara pihak FAMA
dengan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan bagi mengatasi masalah tapak
Pasar Tani. Kita sering mengadakan perbincangan untuk mengatasi
masalah ini, terutaraa sekali d&lam bandar-bandar besar. Kedua-dua
pihak faham tentang masalah ini, jadi kita sedang berbincang bagaimana
satu penyelesaian yang sebaik-baiknya dapat kita buat.
Mengenai dengan soalan yang kedua adakah Pasar Tani ini terbuka
kepada semua kaum. Mungkin Yang Berhormat jarang pergi Pasar Tani
sebab orang korporat, mungkin kira berasa 'koman kot' [Ketawa] nak
beli di pasar tani. Sebenarnya peserta Pasar Tani terdiri daripada
seraua kaum; orang Cina pun ada melibatkan diri dalam perniagaan di
Pasar Tani, begitu jug a dengan orang India, orang Iban pun ada,
Kadazan pun ada. Jadi, saya nasihatkan supaya Yang Berhormat pergi
berbelanja di Pasar Tani. [Tepuk]
DR. 13.7.94 - 15 -
PASPORT ANTARABANGSA BERTARAF DIPLOMAT - JUMLAH PEMBERIANKEPADA INDIVIDU
5. Wan Omar bin Wan Hajid minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) berapakah jumlah Pasport Antarabangsabertaraf diplomat yang diberikan kepadaindividu; dan
(b) apakah justifikasi permohonan tersebutdiberikan.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]; Tuan Yang di-Pertua,
(a) sejak tahun 1990 hingga bulan Mei 1994 se-
banyak 2,864 naskah Pasport Diplomatik telah
dikeluarkan.
(b) Pasport Diplomatik dikeluarkan kepada orang-
orang yang terhormat dan berkedudukan tinggi
yang telah ditetapkan tarafnya oleh Kerajaan.
Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Saya difahamkan bahawa ada 22 buku Pasport Diplomatik telah di-
keluarkan kepada 22 orang awam. Antaranya adalah seorang yang
dipanggil 'Eric Chia', bolehkah Yang Berhormat memberitahu Dewan
yang mulia ini apanya 'Eric Chia' ini mendapat satu buku pasport
yang patut dikeluarkan kepada pihak diplomatik? Apakah justifikasi-
nya dan bolehkah Yang Berhormat memberitahu kepada Dewan yang mulia
ini, apakah sebabnya oleh kerana dia bukan seorang diplomatik, dia
adalah seorang awam sahaja?
DR. 13.7.94 - 16 -
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini telah pun
dijawab pada sesi yang lalu. Saya rasa jawapan itu sudah jelas,
tetapi nampaknya Ahli Yang Berhormat tidak tahu, dia sengaja tidak
ingatkah atau tidak tahukah? Tidak apalah saya secara ringkasnya
memberitahu sekali lagi, Tan Sri Eric Chia merupakan seorang peniaga
yang telah menyumbang banyak kepada ekonomi negara dan beliau juga
telah membantu Kerajaan dalam banyak projek yang mendatangkan
kebaikan, kepentingan pertumbuhan ekonomi negara kita. Jadi,
Kerajaan adakan sedikit kemudahan untuk dia keluar masuk, bagi
kepentingan negara tidak terlampau - jangan cemburu sangatlah.
[Ketawa]
Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, tadi
Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyatakan bahawa orang-orang
tertentu yang diiktiraf ataupun diletakkan suatu kategori yang pa tut
diberi Pasport Diplomatik ini. Saya ingin tahu, siapakah yang
mempunyai kuasa penuh untuk menimbangkan untuk memberi pasport
bertaraf diploraatik ini kepada pemohon-pemohon?
Yang kedua, jumlah 2,864 pasport bertaraf diploraatik yang
dikeluarkan tadi adalah satu jumlah yang banyak. Saya juga
terkejut barangkali Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen
terutamanya daripada Pembangkang, backbenchers satu pun tidak ada
yang mempunyai pasport taraf diplomatik. Bagaimanakah orang
individu daripada jumlah 2,864 tadi, berapa individu yang tidak ada
kaitan dengan tugas tadbir dan diplomatik, maksudnya individu
DR. 13.7.94 - 17 -
tertentu, yang tidak ada dengan Kerajaan, yang tidak bersangkut-
paut dengan tugas Kerajaan seperti Tan Sri Eric Chia misalannya,
bentuk-bentuk macam itu dan apakah justifikasinya? Kalau perniagaan
atau sumbangan ekonomi, kalau hendak dikira jasanya, rasa saya Ahli-
ahli Yang Berhormat lebih banyak bidang lagi yang memberi sumbangan
kepada negara ini, kepada rakyat dan sebagainya, tetapi tidak diberi
layanan yang serupa itu, sedangkan kita dilayan seperti rakyat biasa
untuk keluar negara dan sebagainya.
Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, daripada 2,864 yang
telah saya sebutkan tadi, kebanyakan mereka telah pun dikategori
atas dasar mempunyai kedudukan yang tertentu, iaitu kebanyakan
mereka ini adalah terdiri daripada mereka yang memegang jawatan-
jawatan seperti berikut:
Ketua Hakim Negara.
Ketua Setiausaha Negara.
Pemegang Pingat S.M.N. bergelar Tun.
Yang di-Pertua Dewan Negara.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Ketua-ketua Hakim.
Gabenor Bank.
Semuanya dan juga kesemua mereka yang berurusan bertaraf
diplomat biasanya mereka mempunyai anak. Kalau mereka keluar masuk
kena membawa anak untuk urusannya yang mana semua itu telah men-
jadikan sebilangan besar daripada 2,000 lebih, Bagi orang individu
a warn seperti mana soalan Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, dia
DR 13.7.94 - 18 -
sudah tahu jawapan hanya 22 orang. 22 orang itu adalah mereka yang
masih giat dalam menyumbang, membantu, membuat tugas-tugas yang
boleh mendatangkan kepentingan kepada negara. Mungkin satu hari
nanti, Yang Berhormat dari Kok Lanas, kalau dia ingat mahu membuat
sesuatu yang balk untuk negara, kalau dia dapat lantikan untuk
membuat banyak urusan, mungkin dia boleh mendapat pasport
diplomatik. Jadi usahalah sedikit. [Tepuk]
SURAT HAKHILIK BERASINGAN - MENYEGERAKAN KELULDSAN PERMOHONAN
6. Tuan Liew Ah Kim mint Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasimenyatakan adakah langkah-langkah telah diambil bagi menyegerakanpermohonan surat hak milik berasingan ke atas bangunan-bangunanrum ah pangsa, apartmen dan kompleks membeli belah bagi mengelakkankegelisahan kepada perabeli-pembeli dan pengguna-pengguna.
Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan
Koperasi [Dato' Mohd. Foh bin Rajab]: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan
memang sedar dan peka terhadap masalah kelewatan dalam prosesan dan
pengeluaran surat hak milik berasingan atau hak milik strata bagi
bangunan-bangunan berbilang tingkat.
Dalam hubungan ini, Majlis Tanah Negara di mesyuaratnya pada
19hb November tahun lepas telah mengarahkan bahawa hakmilik strata
dikeluarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penerimaan permohonan,
dengan syarat permohonan itu adalah lengkap dan memenuhi kehendak-
kehendak Akta Hakmilik Strata tahun 1985. Dalam pada itu, beberapa
langkah juga telah diambil bagi mempercepatkan prosesan permohonan
DR 13.7.94 - 19 -
dan pengeluaran hakmilik strata. Langkah-langkah yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:
(a) menubuhkan Unit Hakmilik Strata di Pejabat Tanah dan di
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian di negeri-negeri yang
mempunyai banyak bangunan berbilang tingkat;
(b) mengadakan senarai semakan atau 'check list', dengan izin,
untuk menyenangkan kerja prosesan permohonan demi
memastikan permohonan itu adalah lengkap; dan
(c) memberi penerangan kepada orang awam mengenai cara-cara
mendapatkan hakmilik strata dan lain-lain perkara yang
berkaitan agar masalah permohonan-permohonan yang tidak
lengkap dapat diatasi.
Selain dari itu, sebagai satu usaha untuk mempercepatkan
pengeluaran hak milik strata, satu sistern prosesan setempat atau
'one stop processing system', dengan izin telah diperkenalkan di
negeri Pulau Pinang. Sekiranya sistem ini berjaya ia akan diguna-
pakai kepada negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Tuan Liew Ah Kim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-
lah say a dengar pihak Kerajaan ada cadangan untuk memesatkan atau
mempercepatkan prosesan tentang permohonan untuk mendapatkan surat
hak milik berasingan ke atas flat-flat, apartmen-apartmen atau
kompleks membeli-belah. Ini adalah masalah-masalah bandar kerana di
luar bandar tidak ada masalah surat hak milik berasingan. Sungguh-
pun.....
DR 13.7.94 - 20 -
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
soal terus Yang Berhormat.
Tuan Liew Ah Kim: Latar belakang sedikitlah, Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Terlampau panjang
saya tidak izinkan, Yang Berhormat.
Tuan Liew Ah Kim: Tuan Speaker, memang tahulah itu. Yang
Berhormat itu sendiri pun memang tidak berapa faham tentang perkara
ini....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
jangan buat sangkaan.....
Tuan Liew Ah Kim: Saya sentuh itu....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak baik mac am
itu.
Tuan Liew Ah Kim: Memang tidak baik kalau.....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tidak baik buat
sangkaan - minta dijauhkan.
Tuan Liew Ah Kim: Dengar sedikitlah apa yang saya akan keluar-
kan. Dengan mengadakan Akta Hak Milik Strata 1985 itu, apabila
Akta itu dikuatkuasakan, harapan besar untuk pembeli-pembeli flat-
flat ataupun apartmen-apartmen yang berkenaan, diharap Kerajaan
dapat mempercepatkan pengeluaran surat hak milik berasingan, tetapi
sehingga....
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
apa soalannya....
Tuan Liew Ah Kim: .... hari ini, tidak nampak ada kesan,
DR 13.7.94 - 21 -
hasil tidak ada, Yang Berhormat Tuan Speaker memang fahamlah, dia
seorang yang dekat dengan bandar, kawasan Ampang Jaya itu.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat
soal terus.
Tuan Liew Ah Kim: Am pang Jaya itu dekat Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
jangan libatkan Kerusi.
Tuan Liew Ah Kim: Saya memang tahu itu adalah Kegelisahan
tentang pembeli-pembeli flat-flat atau apartmen-apartmen itu. Saya
cuma hendak sampaikan soalan saya mengapa berlaku kelambatan itu?
Seorang Ahli: Soalan!
Tuan Liew Ah Kim: ... ada satu ketika Kerajaan bercadang
supaya pemerosesan permohonan itu diswastakan, mana ada penswastaan
untuk perkara ini, adakah sudah hilang ataupun dibatalkan?
DR.13.7.94 - 22 -
Dato Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, ada banyak
perkara yang patut juga saya sebutkan kepada Yang Berhormat dari
Seputeh ini. Sudan dua penggal dia menjadi Ahli Parllmen tetapi
cara hendak bertanya soalan tambahan pun tidak faham lagi. Kalau
saya beri Yang Berhormat ini membaca Akta Strata 1985 ini, saya rasa
Yang Berhormat memang tidak faham kerana hendak bercakap dalam Dewan
pun tidak faham macam mana hendak memahami yang ini....
Tuan Liew Ah Kim: [Menyampuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
tidak boleh minta penjelasan. Sekarang ini bukan masa perbahasan.
Tuan Liew Ah Kim: [Menyampuk]
Beberapa Ahli: Duduk! Duduk.
Tuan Liew Ah Kim: Tuduhan liar,
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
itu tidak timbul. Sila duduk.
Tuan Liew Ah Kim: Dia tuduh saya tidak faham.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
sabar! Bertenang.
Dato Mohd. Noh bin Rajah: Yang Berhormat, saya tidak duduk
jadi mac a mana Yang Berhormat boleh bercakap? Bukankah itu
peraturan kita. Kalau seseorang itu masih belum diberi jalan macam
mana pula orang lain boleh menyampuk, Masa Yang Berhormat bercakap
DR.13.7.94 - 23 -
tadi saya sabar menunggu semua soalan Yang Berhormat. Saya harap
Yang Berhormat pun begitu juga supaya sabar menunggu semua jawapan
a ay a.
Yang Berhormat, sebenarnya masalah kelambatan pengeluaran
Strata Title ini bukanlah salah Akta ataupun bukan salah Kerajaan.
Kalau permohonan itu tidak lengkap dan tidak menepati keperluan-
keperluan macam man a kita hendak keluarkan Strata Title? Kenapa
apabila Strata Title itu dikeluarkan Kerajaan bertanggungjawab
bahawa semuanya telah dibereskan. Ada banyak tekanan-tekanan yang
diperlukan ,syarat~syarat yang mustahak sekali. Syarat yang lain
pun mustahak juga, yang perlu dipatuhi yang mana selalunya pemohon-
pemohon Strata Title ini gagal menyempurnakannya. Yang paling
popular ialah semasa permohonan dibuat tanah yang mana bangunan
bertingkat itu didirikan boleh dicagarkan ke mana-mana bank. Tetapi
semasa hendak mengeluarkan Strata Title itu ia mesti dilepaskan
daripada semua cagaran. Kalau tidak faham cakap Melayunya, cakap
Inggerisnya "free from all encumbrances". Tak faham juga! Ini
susah sedikit. Itu pertama.
Kedua, Strata Title hanya dikeluarkan sesudah permanent C.F.
dikeluarkan. Kadang-kadang permanent C.F. tidak dikeluarkan dan
orang-orang macam Yang Berhormat ini telah riuh bercakap, "Strata
Title tidak keluar" sedangkan permanent C.F. itu mesti dikeluarkan
dahulu. Separuh daripada masa1ah berkaitan dengan bangunan-bangunan
di bandar raya kita ini sebelum Strata Title dikeluarkan, extension
sudah dibuat, awning telah dibuat, verandahnya telah ditambah dan
apabila kita membuat satu inspection, kita tidak pasti bahawa mas a
R.13.7.94 - 24 -
bangunan itu didirikan sama ada ia mengikut kehendak-kehendak pelan
atau tidak. Jadi, perkara yang semacam ini merumitkan. Kita hendak
suruh dia robohkan, rumah itu sudah dibuatnya verandah dan verandah
sudah masuk ke kawasan orang. Kalau semua pihak mengikuti semua
kehendak, saya rasa dalam masa 12 bulan- mungkin Yang Berhormat
tidak akan dapat menjadi ahli Majlis Tanah Negara. Saya rasa orang
DAP tidak akan dapat menjadi ahli Majlis Tanah Negara kerana Majlis
Tan ah Negara ini adalah badan yang paling tinggi sekali yang ber-
tanggungjawab atas masalah tanah di negara kita ini.
Majlis ini telah membuat keputusan dan diakui oleh semua
Kerajaan Negeri, dalam masa 12 bulan sesudah ianya dipohon dan kalau
semua syarat dipatuhi mengikut 'check list' - kita sudah keluarkan
check list pastikan dokumen yang dihantar itu sama dengan
keperluan 'check list' itu. Dan dalam mas a 12 bulan Strata Title
akan dikeluarkan. Masalahnya, Yang Berhormat ini salah dengar.
Yang Berhormat dengar penswastaanlah yang mana tidak pernah di-
bincangkan dan lepas itu Yang Berhormat tidak dengar pula penerangan
yang selalu kita buat. Jadi, salah dengar inilah yang susahnya,
Yang Berhormat.
Datin Ling Chooi Sieng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah mengakui bahawa proses
pengeluaran Strata Title telah mengambil masa yang amat panjang.
Tetapi ada kes-kes di mana pemaju (developer) bangunan-bangunan
tersebut telah gagal mengemukakan permohonan supaya Strata Title
dapat diproseskan. Oleh kerana itu Kerajaan disalahkan kerana tidak
mengeluarkan Strata Title, Apakah langkah yang diambil oleh
Kerajaan untuk memaksa developers yang gagal mengemukakan
DR.13.7.94 - 25 -
permohonan?
Da to' Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, saya perlu
betulkan sedikit. Saya tidak mengatakan tadi bahawa semua
permohonan mengambil masa yang panjang. Yang saya katakan ialah
mengakui ada terdapat, kalau boleh saya ulangi jawapannya
"Kerajaan memang sedar terdapat masalab kelewatan". Memang ada.
Tetapi bukan semua permohonan bermasalah. .Tadi, saya barap Yang
Berhormat faham tentang jawapan yang begitu dan masalah perumahan
ini bukan satu Kementerian sahaja yang terlibat. Ia melibatkan dua
Kementerian iaitu Kementerian Perumahan berkenaan dengan rumah dan
hanya berkenaan dengan Strata Title sabaja bahawa Kementerian Tanah
dan Pembangunan Koperasi ini terlibat. Jadi, saya rasa walaupun
perkara ini memang serius dipandang oleh Kerajaan, kalau boleh kita
tidak mahu masalah ini wujud tetapi kita memerlukan kerjasama dari-
pada semua pihak dan kefahaman pembeli-pembeli juga patut ditekankan
dalam hal ini.
INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA MELANGGAR PERATURAN - BILANGAN
7. . Tuan Haji Mohamad bin Sabu minta Menteri Pendidikan menyatakanberapakah jumlah kolej swasta di negara ini dan berapa banyakkahyang dikenalpasti terlibat menipu orang ramai tentang khidmat yangmereka sediakan.
18. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Pendidikan menyatakannama institusi pengajian tinggi tempatan yang mana telah menggambar-kan universiti asing dan sila senaraikan nama institusi pengajiantempatan dan universiti-universiti asing yang berkaitan satu per-satu.
DR.13.7.94 - 26 -
14.7.94
60 Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Pendidikan menyatakan nama-nama 28 kolej-kolej serta institusi-institusi pendidikan swasta yangtelah didapati melanggar peraturan-peraturan pengiklanan dan permitmereka dan juga nyatakan:
(a) tindakan-tindakan yang diambil ke atas kolej-kolej daninstitusi-institusi pendidikan swasta tersebut; dan
(b) apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sebuahkolej atau institusi pengajian tinggi swasta dibenarkanmembuka sebuah cawangan di negara kita.
Timbalan Menteri Pendidikan [Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang
di-Pertua, oleh kerana terdapat tiga soalan mengenai institusi
pendidikan tinggi swasta yang didapati tidak mematuhi peraturan di
Kementerian Pendidikan dan soalan-soalan tersebut ialah;
(1) Y.B. Tuan Haji Mohamad bin Sabu dari Nilam Puri pada hari
ini;
(2) Y.B. Tuan Robert Lau Hoi Chew dari Sibu, pada hari ini
juga; dan
(3) Y.B. Tuan Foo Piew Kok dari Batu Gajah pada 14.7.94.
Saya motion supaya soalan-soalan tersebut dijawab secara serentak.
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Ket]: Baiklah.
Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, untuk maklum an Ahli
Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan belum dapat menyediakan nama-
nama institusi pendidikan tinggi swasta yang melanggar peraturan
kerana perkara ini masih lagi dalam penyiasatan Kementerian Per- .
dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Institusi-institusi
pendidikan swasta yang terbukti telah melanggar peraturan yang
DR.13.7.94 - 27 -
ditetapkan akan dihadapkan ke mahkamah sekiranya mereka tidak dapat
memberikan sebab-sebab yang munasabah di atas perkara yang mereka
lakukan.
Dr. Tan Seng Giav: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan,
Bolehkah Yang Berhormat menjawab soalan menyatakan berapa jumlah
kolej swasta. Itu penting, Keduanya, walaupun Yang Berhormat tidak
menjawab soalan mengenai kolej-kolej swasta yang melanggar peraturan
tetapi di dalam akhbar tempatan banyak siaran mengenai bilangan yang
salah, tindakan yang akan diambil ke atasnya, apakah Dewan yang
mulia ini lebih unggul, lebih penting dan lebih utarna ataupun akhbar
tempatan lebih penting dan lebih disanjung tinggi.
DR.13.7.94 - 28 -
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Rompin itu......
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat,
Kerusi di sini, bukan di belakang.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya kurang faham mengapa di luar angka
diberi mengenai kolej-kolej yang salah. Macam mana, tak jawab,
patut jawablah. Dan yang ketiga, soalan yang ketiga.....
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Dua sahaja, Yang
Berhormat. Saya tak izin soalan ketiga.
Dr. Tan Seng Giaw: Bahagian kedualah, soalan kedua. [Ketawa]
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Tak juga, Yang
Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Soalan kedua, bahagian kedua, mengenai....
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang
Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Cukup. Apakah itu.... [Ketawa]
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Cukuplah, Yang
Berhormat.
Datuk Dr Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, jumlah kolej
swasta yang telah ditubuhkan dengan kelulusan Kementerian Pendidikan
ialah 189 buah. Seperti yang saya terangkan tadi, oleh kerana atas
kesesakan, kita juga memberi terapoh kolej-kolej tersebut untuk
menjawab. Dalam proses ini semua memerlukan mas a dan siasatan
lanjutan. Jadi, dalam pada jawapan saya, kita tidak boleh memberi
bilangan kolej swasta yang dianggap salah, kerana hal ini belum
DR.13.7.94 - 29 -
selesai. Tetapi saya memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini
kalau terdapat kolej-kolej tertentu yang dianggap salah dan tidak
mengikut peraturan, kita akan ambil tindakan.
Tuan Chor Ghee Heung: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu
daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam seluruh negara
memang ada banyak kolej-kolej swasta. Berapakah jumlah penuntut
yang sekarang sedang mengikuti pendidikan mereka di kolej-kolej
swasta.
Yang kedua, apakah langkah yang akan diambil oleh pihak
Kerajaan ataupun Kementerian Pendidikan untuk memastikan supaya
kolej-kolej swasta yang ada sekarang ini bukan sahaja melanggar
syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak Kementerian, tetapi tidak
akan merupakan macara satu kilang atau factory churning out diplomas
and degrees, dengan izin.
Datuk Dr Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, jumlah bilangan
pelajar yang sedang mengikuti kursus, dengan izin, post SPM atau
lepasan SPK di kolej-kolej swasta yang telah diberi kelulusan oleh
Kementerian Pendidikan ada1ah lebih kurang 10,000. Tentang sejauh
man a kolej-kolej tersebut yang telah diberi kelulusan akan memper—
luaskan sehingga mereka menjadi kilang untuk keluarkan pelajar-
pelajar yang mahir, memang itu adalah satu tujuan, iaitu kita fahami
bahawa khususnya kita hendak mempercepa tkan proses pembangunan
negara, negara kita memerlukan lebih ramai pekerja-pekerja mahir.
Di sini kita perlukan sumbangan kolej-kolej swasta', khususnya dari
segi memberi latihan kepada mereka untuk mendapat kepakaran da lam
bidang-bidang tertentu, khususnya dalara bidang vokasional dan
teknik. Kalau mereka boleh salurkan sebilangan besar pemuda-pemudi
kita ke arus itu, itulah sumbangan mereka* Tetapi dalam proses ini,
DR.13.7.94 - 30 -
Kementerian Pendidikan akan jaga bahawa dalam proses anak-anak kita
mengikuti kursus yang disediakan oleh kolej-kolej swasta, mutu,
taraf dan sebagainya akan dijamin. Tentang itu, Kementerian
Pendidikan tidak bertolak ansur.
SISTEM TELEKOMUNIKASI MALAYSIA
8. Dato' Haji QamaruK Zaman bin Haji Is mail minta Menteri Tenaga,Telekom dan Pos menyatakan:-
(a) berapa peratuskah Sistem Telekomunikasi Malaysiatelah dikomputerlisasikan dan kenapakah penggunamasih lagi menghadapi masa1ah 'cross line'; dan
(b) minta supaya lebih banyak penggunaan BahasaMalaysia dalam penggunaan alat komunikasisepert i 'smart phone' dan 'pager' keranakebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris tanpaterjemahan Bahasa Malaysia.
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos [Dato' Seri S. Samy Vellu]:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
(a) 90% daripada ibusawat telefon Telekom Malaysia
yang ada sekarang ini adalah ibusawat ber-
komputer yang menggunakan teknologi terkini.
Walau bagaimanapun, sejumlah daripada ibusawat-
ibusawat ini telah dipasang dalam awal tahun
1980an. Dengan kemudahan yang ada ketika ini,
ibusawat berkomputer ini berkebolehan diper-
tingkatkan kemampunnya ke generasi terkini
melalui peningkatan 'software', dengan izin.
Di samping itu, Telekom Malaysia telah
merancang dan akan menukar kesemua ibusawatnya
kepada ibusawat digital berkomputer sebelum
tahun 1996.
DR.13.7.94 - 31 -
Telekom Malaysia juga telah mengenal pasti
segala masalah yang dihadapi pelanggan berkaitan
dengan 'cross line' yang masih berlaku sekarang
dan usaha-usaha seperti berikut akan dapat
menyelesaikan masalah tersebut.
(i) menambahkan talian-talian trunk dan talian
pencawang;
(ii) memberi pengawasan serta perhatian dalam
pengurusan trafik;
(ill) berusaha mengadakan laluan alternatif
semasa talian sibuk;
(iv) penyediaan optik fiber yang bermutu tinggi
dan kompetitif bagi keseluruhan rangkaian;
(b) Telekom Malaysia telah menggunakan Bahasa
Malaysia dalam segalam urusan rasmi, kecuali
dalam perhubungan antarabangsa. Contohnya
keseluruhan bil telefon Telekom Malaysia adalah
dalam Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun,
dalam keadaan-keadaan tertentu seperti memberi
nama kepada jenis perkhidmatan yang diperkenal-
kan oleh Telekom Malaysia, ada menggunakan
perkataan Bahasa Inggeris. Penggunaan ini
adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna
keseluruhannya dan kebanyakan perkhidmatan
telekotnunikasi ini menggunakan teknologi tinggi
dan moden, maka banyak istilah Bahasa Inggeris
PR.13.7.94 - 32 -
digunakan. Berkenaan dengan perkhidmatan tele-
komunikasi seperti Smartfon, perkataan sebenar
adalah berasal dari perkataan luggeris 'Slick
Mobile Automatic Telephone'. Jenis perkhidmatan
telefon bergerak Telekom Malaysia ada terbahagi
kepada 2 jenis, iaitu:-
(i) Smartfon.
(ii) ATUR 450.
Telekom Malaysia memang menggunakan per-
khidmatan 'pager' itu dalam Bahasa Malaysia yang
terjemahannya ialah perkhidmatan kelui dalam
segala bentuk urusan rasmi, kecuali sekiranya
terjemahan perlu dibuat dalam Bahasa Inggeris.
Tuan Wong Wing On: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Mengenai sistern telefon bergerak Art 900, walaupun Menteri sudah
berulang kali membuat perjanjian di luar atau dalam Parlimen,
walaupun Syarikat CELCOM juga membuat pengumuman berulang kali di
surat khabar, masalah sekarang ialah sistem Art 900 ini masih meng-
hadapi bukan sahaja cross line, tetapi juga traffic jam yang amat
serius, terutamanya di Lembah Kelang. Kita tahulah mengapa sistem
baru Mobikom tidak dapat mengatasi masalah ini.
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap kali
apabila Devan yang mulia mengadakan mesyuarat dan juga soalan-
soalan, Menteri boleh jawab berkenaan dengan progres yang disedia-
kan. Menteri bukan bomoh untuk menyelesaikan masalah. Hari ini
saya jawab, besok sudah selesai. Macam itu saya jadi bomoh besar.
[Ketawa] Tetapi saya janji kepada Ahli Yang Berhormat, beberapa juta
ringgit telah disediakan oleh CELCOM Malaysia untuk menukar sistem
analog itu kepada digital.
- 33/34 -DR.13.7.94
Tidak seperti yang saya janjikan semalam satu tahun kita akan
menukar semua ibu sawat-ibu sawat dan juga mengadakan 'fiber optic
cable' dan lain-lain untuk mendapat panggilan yang lebih sesuai dan
lebih bertaraf.
Saya berjanji kepada Ahli Yang Berhormat, semua apa yang saya
janji setakat ini telah diselesai, telah dijalankan, telah dilabur
oleh syarikat itu, Saya ad a evidence, dengan izin, ini bukan kita
datang ke Dewan - jawab sahaja - sama saya ada evidence, saya jawab
- tak ada evidence, saya tak ada jawab. [Ketawa]
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Tuan Yang di-
Pertua, soalan tambahan, tetapi saya tidak memerlukan 'bomoh' untuk
menjawab. Saya memerlukan Dato' Menteri untuk menjawab,
Dimaklumkan tadi Dato' Menteri bahawa Kementerian telah membawa
teknologi baru seperti komputer, optical fibre dan juga pasaran
telah dibuka lebih luas dengan 'players' baru seperti yang dimaklum-
kan oleh Menteri dalam akhbar. Persoalan saya ialah adakah
Kementerian bercadang dengan keterbukaan pasaran, dengan kemasukan
teknologi baru ini, bahawa dari segi pelanggan rakyat dan masyarakat
boleh mendapat satu kajian tarif baru dimasa-masa yang akan datang.
Sebab sudah ada competition sekarang. Adakah Kerajaan akan melibat
satu suasana dimasa akan datang tarif telefon ini boleh dikaji
DR.13.7.94 - 35 *
semula, itu soalan yang pertama.
Soalan yang kedua, dengan industri telekomunikasi ini agak
meningkat dimasa~masa yang akan datang dan masa kini, bagaimana
dengan dasar-dasar Kerajaan untuk menggalakkan barang-barang yang
digunakan dalam industri teknologi ini sama ada barang-barang itu
dari segi telefon, exchange dan lain-lainnya, adakah Kementerian
berpuas hati dengan nilai komponen buatan tempatan? Sebab saya
nampak dan lihat semua telefon yang kita pakai, handphone ini di
import dari segi memberikan type test adakah berkemungkinan
Kementerian mengenakan syarat mesti ada certain local content,
dengan izin. Sebab apa bila ada pembuatan tempatan, sudah semesti-
ny a 1 ah akan wujud contoh-contoh manfaat kepada kita seperti peluang-
peluang pekerjaan.
Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, bidang tele-
komunikasi telah menjadi satu bidang mempunyai banyak cabaran-
cabaran. Cabaran bukan sahaja tiap-tiap minggu, tiap-tiap hari -
tiap-tiap saat ada juga cabaran baru. Oleh kerana apabila sahaja
kita membina sebuah ibu sawat baru pada hari ini dalam tempoh dua
bulan, kita ada juga teknologi baru. Jadi, untuk mengatasi cabaran
ini ialah satu masalah yang terbesar oleh kerana bidang tele-
komunikasi sudah menjadi satu bidang yang canggih. Oleh kerana itu,
Kementerian sedang menjalankan seberapa banyak siasatan,
Berkenaan dengan komponen-komponen sedang digunakan oleh
DR.13.7.94 - 36 -
Syarikat Telekom Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang lain,
tiap-tiap komponen itu mesti disiasat oleh Jabatan Telekom Malaysia
sebelum komponen itu boleh' di import atau boleh dijual di dalam
negara ini.
Yang kedua, berkenaan dengan telefon-telefon, Banyak di antara
telefon-telefon itu sedang dibuat di luar negeri seperti Nokia,
seperti ada banyak jenis-jenis (brand) baru. Tetapi ada juga satu
dua syarikat membuat perkara itu, telefon itu di dalam tanahair kita
sekarang ini, Sapura sedang menjalankan pembuatan telefon itu di
negara kita tetapi separuh dari komponen-komponen itu di import
daripada luar negeri.
Walau bagaimanapun, saya telah menasihat kepada beberapa
syarikat yang sedang menjalankan perniagaan ini, mereka mesti
mencuba untuk mengimport beberapa komponen yang kurang, yang boleh -
selain daripada itu mesti dibuat dengan komponen-koraponen daripada
tanahair kita. Itu adalah sedang dalam proses. Terima kasih.
Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Ong Tee Keat]: Masa untuk
pertanyaan-pertanyaan Jawab Mulut telah pun suntuk.
[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan
Jawapan bagi Pertanyaan No. 2 dan 10 hingga 62 akan dimasukkan dalam
naskhah bercetak kelak]
DR.13.7,94 - - 37 -
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDAHG-UNDAHG KELUARGA ISLAM(WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAH)(PIHDAAN) 1994
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984;
dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua
pada Mesyuarat kali ini.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDAHG PERBEKALAN TAMBAHAN(1994) 1994
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN (TAMBAHAN)(BIL.2) 1994
Jawat ankuaaa
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula
pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1994)
1994 dan Anggaran Pembangunan (Tambahan)(Bil.2) 1994 dalam Jawatan-
kuasa sebuah-buah Majlis" [Hari Kedua].
Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
DR.13.7.94 - 38 -
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ahli Yang Berhormat dari
Arau diminta sambung.
3.35 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassin [Arau]: Tuan Pengerusi, saya ing in
menyambung perbahasan saya B.17 - Kementerian Belia dan Sukan.
Kit a menyokong t ambahan y ang d ipohon, mal ah kalau d ia potion
banyak lagi pun kita sokong untuk memperbaiki pusat-pusat latihan,
Pusat Kemahiran di Dusun Tua, Terengganu, Skudai, Pertak dan juga
ditempat-tempat lain kerana kita memandangkan bahawa sudah sampai
masanya pusat-pusat tersebut yang telah diwujudkan dengan begitu
lama diperbaiki sesuai dengan kehendak sekarang.
Semalam saya telah menyebut sedikit dalam usaha kita untuk
menghadapi masalah belia ini saya menyebut bahawa ad a beberapa
perkara yang kita harus beri penekanan. Ada perkara-perkara yang
perlu kita sebut sekali, ada perkara-perkara yang perlu kita beri
penekanan untuk mengelakkan supaya ianya tidak menjadi satu
pandangan yang negatif yang sebenarnya tujuan kita ialah tujuan
elok.
Saya telah tersilap sebut semalam fasal daun kesom - sebenarnya
bukan daun kesom - daun ketum. Daun ketum, batang ubi kayu yang
dicelup dalam teh, air akar pinang muda, menghidu gam, menghidu
petrol - orang tak tahu tetapi kalau kita sebut orang tahu. Bila
orang tahu orang hendak cuba. Malah saya ada satu insiden ditempat
kenduri, ada kawan-kawan secara seronok-seronok ambil akar batang
DR.13.7.94 - 39/40 -
pinang kemudian akar batang pinang ini diambi1 airnya dan dia beri
beberapa orang Tok Guru a gam a minum - Tok Guru a gam a itu minum
khayal mabuk ada setengahnya sampai menari, jadi orang boleh hilang
pertimbangan dengan minum air batang pinang. Dan di tempat-tempat .
kenduri ini banyak orang suka membuat nakal bubuh benda-benda ma cam
ini untuk membolehkah orang khayal dan bila orang khayal orang akan
bertindak di luar kemampuannya sebagai seorang yang normal akhirnya
dia menari dan sebagainya. Selepas itu mereka boleh ketawa beramai-
ramai. Tetapi benda ini tak diketahui sudah lama berlalu dalam
sejarah - ianya telah menjadi sejarah, tetapi baru-baru ini sampai
pihak Polis pun ada menyebut bahawa benda-benda ini boleh meng-
khayalkan,. orang telah mencuba dan telah banyak orang mencuba.
Jadi, saya rasa pihak Anti Dadah atau PEMADAM Malaysia meng-
hadapi masalah sebab benda-benda ini tidak dimasuk dalam senarai
dadah, dia bukan dadah, termasuk gam ia bukan dadah - cuma hendak
tah an di Pusat Serenti pun apa bukti yang dia hisap dadah. Saya
percaya dari segi kesihatan pun kalau kita hendak buat 'test' air
kencing, dia tidak akan menunjukkan ianya positif, sebab dia bukan
tangkap di saluran darah, dia tangkap di kepala, di otak kita - dan
dia berasap terus sehingga ianya menjadi manusia yang bukan normal
lagi kalau sekiranya dia telah terkena benda-benda yang saya sebut-
kan tadi. Termasuk yang paling mutakhir sekali yang saya cukup
bimbarig sebagai seorang yang terlibat secara gigih mengenai anti
dadah ini, yang mana saya rasa pihak Pembangkang kurang member i
penekanan sebab masalah dadah sekarang ini telah menjadi masalah
negara yang cukup hebat.
BR.13,7.94 - 41 -
Tetapi saya tak dengar" mereka memberI penekanan yang sungguh-sungguh
kerana mungkin dari segi politik mereka tak dapat untung apa-apa,
ini adalah masalah budak-budak muda yang sebenarnya tak boIeh meng-
undi. Menghidu gam ini Menjadi serius sebab gam ini satu benda yang
seronok, kalau Tuan Pengerusi hendak cuba, balik pergi kedai basikal
beli gam, selepas itu Yang Berhormat hidu - seronok, tetapi dia
seronok sekejap, bila kita hidu lama-lama dia akan mabuk. Dan saya
sebut di Parlimen ini kalau pemberita tulis, say a percaya banyak
orang yang akan mencuba termasuk air pinang dan sebagainya hendak
cuba sekali. Tetapi kita orang yang telah dewasa cuba sekali tak
mengapa. Budak-budak cuba sekali dia naik seronok, bila dia
bergaduh dengan ibu bapa dia, dia cuba lagi sekali. Akhirnya dia
ketagihan, bila ketaginan kita rosak. Jadi, apa benda pun maksudnya
kalau kita buat terlampau berlebihan dia akan mendatangkan kesan
yang negatif di akhirnya.
Berhubung dengan program belia yang saya rasa akan dibuat di
pusat-pusat latihan ini yang saya akan beri sokongan dengan sehebat-
hebatnya Malah saya di antara orang yang pertama memberi sokongan.
Tetapi kadang-kadang kawan-kawan di Kementerian ini dia mood
sensitif sedikit. Saya tegur sedikit sudah hendak merajuk!
DR.13.7.94 - 42 -
Saya di antara orang yang pertama memberi sokongan. Tetapi
cara pelaksanaannya harus diperhati dengan baik supaya ianya tidak
mendatangkan kesan yang sebaliknya. Saya beri contoh, baru-baru ini
Yang Berhormat Menteri memanjat Gunung Angsi - very good. Saya
cukup tertarik hati dan Menteri sendiri panjat gunung - dia panjat
Gunung Ledang di kawasannya sendiri dan dia panjat Gunung Angsi
bagus, tepat sekali.
Tetapi, kalau kita tengok dalam TV sebab saya tak pergi ke
sana, tak dijemput pun, sebab saya bukan belia lag! dan saya tidak
melepak. Jadi, dalam TV kita tengok - ada poster-poster tulis 'Kami
Anti Lepak' - selepas itu TV pula sebutkan; "Tujuan utama diadakan
majlis ini adalah untuk mengelakkan belia-belia daripada melepak dan
sebagainya".
Jadi, melepak ini dahulu sudah jadi benda yang dia lari secara
budaya yang tidak dikesan sebagai satu cara hidup yang tidak dapat
dikesan dengan dikatakan membawa kesan negatif, akhirnya sekarang
ini orang telah hendak mencuba pula hendak melepak. Dan belia-belia
yang tak melepak ini saya rasa dia akan berbelah bahagi hendak pergi
kursus ataupun hendak pergi panjat gunung nanti dia dituduh bekas
belia melepak. Jadi, kita kena fikir di sini bahawa mengapa mesti
tulis poster 'anti lepak'? Sebab Menteri punya cadangan saya
DR.13.7.94 - 43 -
tengok di peringkat awal tepat sekali iaitu 'Karisma-Briged Muda dan
Rakan Sukan' ini - Karisraa terutamanya ialah untuk dijadikan satu
budaya yang membolehkan ditanam dalam semangatnya, jadi kita buat
majlis ini tak payah sebut ' lepak'. Saya tahu Menteri tak sebut
'lepak' - Setiausaha Parlimen tak sebut 'lepak' tetapi orang yang
menganjur tulis 'lepak'. Seolah-olahnya orang yang pergi ke sana
ialah orang yang bekas pelepak. Sebab orang yang pergi ke sana
bukan orang yang raelepak, itulah sebabnya dia tulis 'Kami Anti
Lepak'. Itu kita kena ingat ya!
PEMADAM dahulu di peringkat awal kita serang habis-habisan,
kita membenci penagih dadah, akhirnya apa jadi? Orang tak hendak
beritahu. Bila orang tak hendak beritahu, kita telah lebih kurang
200,000 penagih dadah tetapi di belakangnya ada tiga kali ganda
iaitu sebanyak 600,000 yang tak beritahu - sebab dia malu - sebab
orang benci penagih dadah, akhirnya Kerajaan tidak ada pilihan
mewujudkan PENGASEH iaitu Persatuan Bekas-bekas Penagih Dadah.
Jadi, kita terpaksa kasih kepada orang-orang ini supaya orang-orang
ini dapat bersama dengan masyarakat. Di Amerika - AIDS- orang-
orang benci AIDS tetapi akhirnya kalau kita benci kita pencilkan
mereka, mereka akan jadi satu benda yang memudaratkan masyarakat
balik. Kita biar mereka bersama dan kita cuba atasi masalah ini -
itulah penekanan dan maksud saya - ikhlas. Saya tidak ada berniat
lebih daripada itu.
DR.13.7.94 - 44 -
Tetapi sebagaimana Menteri Kebudayaan kata baru-baru ini bahawa
ada sedikit masalah dalam system education di negara kita - saya -
setuju. Bahawa di akhirnya ia balik kepada sistem pelajaran kita.
Di zaman dahulu, di zaman saya belajar, zaman ini yang dok ada dalam
Parlimen ini belajarlah - kira 40-an/50-an, saya ingat saya sendiri
pernah ulang sekali, saya dapat ekspres sekali. Kita repeat, kita
refer, Selagi kita bodoh kita tunggu di situ. Kalau kita cerdik
kita dapat ekspres. Selepas itu sistem pelajaran kita, kita ubah,
Jadi, masalah repeat orang yang tak cerdik ini dibiarkau ketuar
kepada masyarakat akhirnya apa akan jadi. Di negara jiran, walaupun
negara jiran kata ini negeri kecil senang control - dia ikut sistem
lama. Dia lagi kamu dungu, kamu tunggulah dalam kelas itu. Kamu
cerdik - ekspres. Kita tak ada sekarang! Kamu masuk periksa tak
pas, keluar - melepaklah dia! Tetapi istilah 'melepak' ini satu
perkara yang kita tak mahu berpolemik di sini, sebab masa pendek
tetapi kalau istilah 'lepak' ini dia cukup luaa. Suratkhabar The
New Straits Times ini kalau kita tengok tentang seorang Cikgu
komplen fasal orang tuduh Cikgu bertanggungjawab fasal melepak dan
DR.13.7.94 - 45 -
sebagainya, dan dia cabar balik. Dia kata orang yang dok ada dalam
Bar, sekarang ini orang dewasa yang ada duit dia melepak dalam Bar.
Orang yang suka main politik dia pergi ke pusat-pusat tarbiah. DAP
dia melepak di pejabat dia -melepak juga -dia bukan ada kerja -
meeting takkan tiap-tilap hari buat meeting. Dia lepas-lepas
Parlimen dia pergi melepak di Pejabat Ketua Pembangkang
bersembang-sembang. Dan Abli Parlimen melepak di'situ - apa nama?
Tempat kita selalu pergilah. Istilah 'melepak' ini terlampau luas.
Jadi, supaya ianya tidak diambil secara negatif, sebab budak-budak
sekarang cerdik! Kita tak boleh tuduh dia melepak.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, saya rasa
ini bercakap dasar!
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, cakap dasar!
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Tetapi sekarang ini kita
beralih di peringkat Jawatankuasa.
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya, untuk dilaksanakan dalam
Committee stage bahawa di akhirnya pusat latihan ini hendak buat
apa? Pusat latihan ini ialah untuk melatih belia-belia, sebagai
contohnya ialah melepak.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Mas a sudah cukup, Yang
Berhormat.
DR.13.7.94 - 46 -
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya ad a 15 minit. Sebab semalam
saya start dua minit.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Tiga minit.
Tuan Shahidan bin Kassim: Dua minit.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Dari Hansard yang saya ada
- tiga minit.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya tetap dua minit, sebab saya
start semalam -saya berhenti 6.28 petang - dua minit! Betul! Semua
orang bersetuju!
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, saya beri
seminit lagi untuk menggulung.
Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, saya cakap betul,
saya tak bohong. Saya tak pernah bohong orangl [Ketawa] Terkenal
sebagai seorang yang sentiasa bercakap benar!
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sila gulung, Yang
Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Jadinya, di samping menyokong saya
mint a dan juga sis tern pembelajaran kita jug a mesti ada hubung kait
dengan belia sebab kita kena ingat dari segi biologinya 'stress' ini
adalah merupakan "rest period" budak-budak sekarang ini 'stress'
banyak - buku banyak. Macara Yang Berhormat kawan saya kata di
Amerika dia ada sistem locker -boleh simpan buku banyak di sana,
tetapi di sini dia tanggung semua. Kita tengok anak kita kecil
DR.13.7.94 - 47 -
tanggung beg berat daripada kita itu - hendak naik Gunung Angsi beg
lebih berat. Dia pergi sekolah dia 'stress', selepas itu dia
terpaksa rest. Dia terpaksa berehat, sebab lepak dengan rehat ini
dari segi biologi perlu diimbangkan. Siapa yang buat kerja 24 jam
tak hendak rest? Jadi, car a pendekatan kita ialah pada pandangan
saya ialah biarlah pub1isiti yang jangan sebut perkataan 'lepak'
budayakan pemikiran mereka kepada aktiviti-aktiviti yang boleh
mewujudkan manusia yang berkarisma tinggi, Briged mud a yang ber-
karisma tinggi, ahli sukan yang berkarisma tinggi.
Saya tahu Menteri dalam ucapannya - saya minta ucapan Menteri
saya hendak tengok sebab kadang-kadang Menteri cukup sensitif dengan
saya - saya tak tahu fasal apa. Dia tak sebut lepak! Tetapi TV
sebut 'lepak - siapa sal ah di sini? Adakah TV hendak kata dia
hendak beri pekena beliakah - saya tak tahu. Tetapi poster ada,
budak-budak bawa poster - 'lepak'. Jadi, untuk ini saya rasa
pendekatan yang saya minta ialah dibuatkan.
Yang akhir sekali - ini penting, kenapa kita suruh Persatuan
Mendaki Malaysia sahaja yang menganjur. Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen - Pengerusi Majlis Sukan Rekreasi Malaysia. Saya Timbalan
Pengerusi. Huh! Tak tahu pun, sebab kita kena libatkan ramai orang.
Orang yang paling banyak mendaki, antara orang yang veteran ini
namanya Isa - bekas Timbalan Ketua Pengarah R1SDA. Sekarang dia
Pengerusi Kelab Rekreasi Malaysia.
DR.13.7.94 - 48 -
Dia yang paling banyak mendaki. Orang yang masuk Kelab Mendaki
tidak banyak mendaki. Yang saya rasa ini, Tuan Pengerusi, kita
ambil 5,000 orang, 6,000 orang panjat Gunung Angsi, kita kena
'queue' naik atas. Sebenarnya program bagus tetapi budak-budak muda
ini 'restless'. Tenaganya banyak, dia suka berlari. Itu sebab
Kelab saya, bila saya buat mendaki, budak-budak muda ini saya kata,
"Siapa sampai ke atas, saya beri hadiah". Saya beli hadiah sedikit
sebab saya hendak beri dia peluang berseronok tetapi kalau dia kena
'queue1, dia kata, "Ala, pengalaman pertama naik gunung tidak
seronok. Kena berdiri lama". Bagi peluang dia 'enjoy', seronok.
Dengan itu, saya rasa kalau boleh program ini biarlah dibuat
dengan cara yang kecil sedikit untuk membolehkan budak-budak ini
diberi kegembiraan. Kegembiraan itu sebenarnya boleh mendatangkan
ilmu pada pandangan saya....
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat....
Tuan Shahidan bin Kassim: ...dan saya menutup,...
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Masa sudah cukup, Yang
Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: ...dengan ini saya menutup dengan
menyatakan pendirian saya yang tidak berbelah bahagi bahawa saya
menyokong program Kementerian ini, Dan saya minta supaya diper-
betulkan sedikit hala cara pelaksanaannya, sebab dalam rangka
pemikiran kita bahawa benda ini cantik tetapi pelaksanaannya diper-
betulkan supaya ianya tidak mendatangkan kesan yang negatif balik
DR.13.7.94 - 49 -
dan jangan kita beri penekanan yang hebat, pesan kat radio sekarang
supaya jangan lagi sebut perkataan-perkataan "lepak" itu semua
sebabnya memberi penekanan bahawa belia-belia sekarang mesti belia
yang berkarisma, bersemangat tinggi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Batang Lupar.
3.52 ptg.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Pengerusi,
saya ingin membangkitkan satu, dua perkara di dalam membahaskan
Maksud B.17 - Kementerian Belia dan Sukan berhubung dengan tambahan
sebanyak RM3,099,900.00 dikehendaki untuk membiayai bekalan
peralatan latihan Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua,
Terengganu, Skudai dan Perak.
Tuan Pengerusi, apa yang kita buat di Dusun Tua, Terengganu,
Skudai dan Perak ini memang telah ada untuk membangunkan belia
negara kita ini daripada segi kemahiran, Bukan sahaja kemahiran
untuk pada satu ketika nanti membiayai hidup mereka sendiri tetapi
juga untuk membimbing mereka menjadi manasia yang berguna, sempurna
di masa yang akan datang. Bahkan apa yang saya tahu, mereka ini
diajar juga macam mana hendak berkahwin, kalau sudah habis latihan
di sana, mereka diberi satu 'certificate'. Lepas itu boleh kahwin
sebab kalau tidak ada 'certificate', dengar ceritanya tidak boleh
kahwin.
DR.13.7.94 - 50 -
Jadi, Tuan Pengerusi, dalam keadaan kita membina belia negara
menerusi Pusat Kemahiran Belia Negara di Dusun Tua dan sebagainya
ini, di manakah peranan yang kita boleh buat ataupun kita ko-
ordinasikan dalam Kementerian mengajukan satu program apa yang telah
dikata oleh rakan saya dari Arau panjang lebar tadi iaitu Program
Karisna, Briged Muda dan Rakan Sukan?
Tuan Pengerusi, saya memang banyak terlibat dengan pergerakan
anak-anak muda. Untuk tidak mengelirukan, biarlah saya terangkan di
sini. Saya adalah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak.
Maknanya menduduki satu tempat yang tertinggi di Pengakap Negeri
Sarawak yang mempunyai ahli tidak kurang dari 24,000 orang. Dalam
rekod kita, tidak ada seorang pun budak-budak pengakap ini yang
yang kita buat sepanjang masa dan setiap masa. Masa luang mereka
ketika tidak bersekolah, kita buat program macam-macam seperti
perkhemahan, aktiviti, sukan dan bermacam-macam lagi. Jadi,
pekerjaan kita itu macam sepenuh masa.
Jadi, hakikatnya begitu jugalah perbadanan-perbadanan lain
macam Girl Guides, St. John Ambulance dan banyak lagi persatuan-
persatuan yang sama aktiviti walaupun tujuan dan cara penggalakan
mereka berlainan sedikit dan konsep mereka berlainan sedikit dari-
pada pengakap. Pada hematnya, di negara kita ini ada mempunyai
lebih 200,000 ahli pengakap.
DR.13.7.94 - 51-
Pada satu ketika dahulu, saya pernah membuat satu soalan dalam
Dewan ini menanyakan kenapa tidak kita gemblengkan semua ahli-ahli
persatuan yang telah ditubuhkan. Persatuan yang telah mempunyai
program-program latihan bersendirian, program amalan mereka sendiri
dan program pengajaran mereka sendiri. Umpamanya, kalau kita
Pengakap. Kalau kita pandang dari pengakap, orang kata pengakap ini
untuk budak-budak yang umur bawahan sahaja, untuk budak-budak yang
menyanyi, berlagu, berkhemah dan sebagainya. Tetapi tidak, kalau
kita pandang lebih mendalam lagi peranan pengakap ini lebih luas
lagi.
Itulah bila saya menerima buku dari Kementerian, saya baca.
Satu ma lam saya baca dari muka surat pertama sampai ke penghabisan
dan saya sudah 'digest' semua buku itu. Tidak ada jauh bezanya dari
apa yang kita dapati dalam Buku Undang-undang Pengakap. Hanya
sedikit penekanan di sana-sini untuk mengatasi masalah dan soalan
semasa yang berada di negara kita sekarang.
Jadi, kalau kita hendak adakan satu lagi badan ataupun
pertubuhan yang sebegini, memang baik. Saya setuju 100%, tetapi
sejauh manakah pertubuhan-pertubuhan yang ada yang saya sebutkan
tadi boleh dikoordinasikan ataupun sejauh manakah garis panduan yang
kita sebut ataupun tujuan yang di dalam ini boleh ditekankan dalam
persatuan-persatuan yang ada yang mana mereka sudah mempunyai
program-program mereka sendiri?
Apa yang kita hendak ialah benda yang di dalam ini kita
masukkan. Umpamanya, dalam Undang-undang Pengakap kita bermacam-
DR.13.7.94 - 52 -
macam; sayang kepada manusia, sayang kepada ibu bapa, taat kepada
Tuhan, seraua sekali selagi-lagi ada. Macam masa orang hendak
menubuhkan Rukunegara dahulu pun, Pengakap kena 'consult' juga
kerana dalam Pengakap itu raemang disebutkan, "Taat kepada Raja dan
negara, taat kepada Tuhan, kepada ibu bapa dan jiran", Disebut!
Jadi, kalau orang sudah taat dengan semua benda ini, memang tidak
ada lagi benda yang kita hendak rangkum dalam satu-satu pertubuhan
dan hanya satu sahaja, penekanan dan amalan dan masa1ah tiap-tiap
pertubuhan yang ada di negara kita ini ialah wang.
Macam di Sarawak, saya mengucap syukur dan saya ingin 'put on
record', Kerajaan Negeri Sarawak memang memberi bantuan dan sokongan
begitu padu kepada kita. Jadi, begitulah kenapa pereatuan macam
Pasukan Pengakap di Sarawak dapat mengembang, maju dan bergerak
dengan begitu baik dan boleh dikatakan yang terbaik di Malaysia.
Jadi, dalam keadaan yang sedemikian, sejauh manakah program
Kerajaan ataupun Kementerian supaya dapat sebilangan apa yang ada
dalam ini diselaras dengan program dan aktiviti-aktiviti pengakap
dan ataupun manataana pertubuhan-pertubuhan lain yang umpamanya
kalau pertubuhan macam St. John Ambulance, Boys' Brigade yang tidak
ada mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dalam buku ini, yang ditaja
oleh Kementerian ini boleh dimasukkan ke dalam rangka aktiviti dan
penekanan di dalam pertubuhan-pertubuhan belia yang ada di negara
kita ini agar kita tidak mempunyai 'just another one more'
pertubuhan belia yang mungkin pada satu ketika nanti akan hilang
DR.13.7.94 - 53 -
begitu sahaja. Lain1ah daripada macam Pengakap, Girl Guides, memang
sudah wujud hampir-hampir 100 tahun. Macam Boys' Scout sudah
bermula semenjak 1907 di England sampai sekarang kita sudah berjuta-
juta ahli di seluruh dunia.
Jadi, aktiviti kita merangkumi semua sekali termasuk 'environ-
ment' pun kita terlibat. Bulan hadapan, kita akan menerima
kunjungan sekumpulan budak-budak dari Jepun melawat ke Sarawak.
Bila ditanya persatuan manakah boleh memberi layanan kepada mereka
ini, maka kita telah dilantik kerana kita menunjukkan minat dari
eegi 'environment'. Begitu jug a perkara-perkara lain.
DR.13.7.94 - 54 -
[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
Jadi, soalan yang saya hendak tanya di a ini, kalaulah kit a
masukkan matlamat Kementerian ini ke dalam satu-satu persatuan di
negara kita ini, sejauh manakah peruntukan kewangan boleh diberi
oleh pihak Kementerian untuk memajukan satu-satu aktiviti yang
mungkin sealiran dengan aktiviti Karisma, Briged Muda dan Rakan-
rakan Sukan umpamanya? Bagaimanakah program pihak Kementerian untuk
mengajukan program-program ini, yakni program Karisma, Briged Muda
dan Rakan Sukan ini supaya boleh mengembang bukan sahaja di bandar,
tetapi juga di kampung-kampung.
Jadi, saya tak hendak sebut soalan lepak tadi kerana pagi-pagi
tadi, selepas subuh saya baca The New Straits Times mengenai
soalan lepak disebut. Da lam The New Straits Times hari ini,
soalan lepak ini katanya bukan lepak yang di depan kompleks-
kompleks, di jalan-jalan ray a atau di tempat-tempat awam sahaja yang
kita patut sebut; di depan TV pun ad a orang melepak. Jadi melepak
ini menyeluruh. Sebenarnya tidak ada melepak ini kecuali orang yang
membuangkan masa dengan tak tentu arah itu semua boleh dikatakan
melepak.
Jadi yang man a satu dikatakan melepak negatif, yang mana satu
melepak tak negatif? Walaupun kita memandang tindak-tanduk anak
mud a yang membuang masa di mana di sana sini - di Dataran Merdeka,
di Kompleks-kompleks, bukan sahaja di situ, tetapi ada juga mungkin
di kampung-kampung yang mana kemudahan-kemudahan awam tidak ada.
Umpamanya di kawasan saya, saya selalu bercakap dengan Yang
DR.13.7.94 - 55 -
Berhormat Setiausaha Parlimen, di kawasan saya besar iaitu sebesar
Melaka dengan Perils if we put together. Dalam tahun ini 3 orang
sudah mat! karam kerana gelombang laut besar. Keadaan cuaca sudah
tidak menentu. Jadi, orang tidak bolehlah lag! pergi dari satu
kampung ke kampung lain untuk hendak bersukan atau hendak raencari
tempat beriadah. Tetapi sebanyak manakah Kerajaan ataupun
Kementerian boleh memberi infrastruktur kesukanan untuk tujuan yang
sama dengan Karisma, Briged Muda dan Rakan Sukan ini? Kalau
kemudahan tidak ada dan infrastrukturnya tidak ada, dengan sendiri-
nya tujuan kita untuk mengadakan Karisma, Briged Muda dan Rakan
Sukan ini tidak akan sampai ke masyarakat di luar bandar.
Kalau di Sarawak, bahkan sama di Semenanjung, kalau kita
mengatakan di luar bandar di Sarawak ataupun di Sabah, samalah juga
di Semenanjung, bermakna kita berkata cerita orang Melayu itu, orang
burmputera di Sabah dan Sarawak yang tidak akan mendapat kemudahan
yang sama rat a dengan belia-belia yang ada di bandar. Soalan di
Semenanjung ada1ah berlainan sedikit oleh kerana infrastrukturnya
sudah baik. Perjalanannya sudah baik dan -tidak menerusi laut dan
gelombang, tak payah tengok gelombang dan arus laut, tak payah
tengok lagi. Kita boleh gunakan jalan raya.
Jadi kalau di luar bandar di Sarawak, kalau di kawasan sayalah,
kalau orang sudah pergi sekali, dia sudah fahamlah sedikit. Baru-
baru ini saya bawa seorang Datuk dari Kuala Langat melawat kawasan
saya. Dia sendiri mengalami mac am mana hendak pergi. Satu kali
pergi kalau gelombang besar waktu petang, pada hari itu saya
sembahyang hajat supaya gelombang tak ada. Nasib baiklah gelombang
DR.13.7.94 - 56 -
pun tak ada.
Jadi untuk memajukan program Kementerian yang sedemikian,
walaupun begitu baik sekali rancangannya, walaupun begitu murni
sekali garis panduan atau penekanan yang telah dibuat, kalau tidak
membuat program-program ini menjadi satu buku sejarah yang dibaca
dan tidak dijalankan dengan tertentu, kita perlukan dua atau tiga
perkara. Perkara yang pertama kita perlukan ialah sumber kewangan
bukan sahaja sebagaimana yang say a sudah sebutkan 11 sports yang
disponsor - orang yang mengambil bahagian dalam sports itu sahaja
yang dapat. Yang pandai sports itu beberapa orang sahaja yang
menjadi role model nanti. Umpamanya, pemain badminton, mereka
sahaja yang menjadi kaya raya, tetapi anak-anak orang daripada
kampung itu tidak dapat apa-apa! Mereka sahaja yang mendapat
kemudahan dan peruntukan daripada sponsorship syarikat-syarikat yang
tertentu. Tetapi apa pula yang terjadi dengan anak-anak kita di
luar bandar dan anak-anak kita di kampung?
Jadi kita pun hendak juga menjadi berkarisma, kita juga hendak
menjadi Briged Mud a dan Rakan-rakan Sukan. Jadi di luar bandar,
saya sendiri bila melawat sekolah-sekolah yang kecil-kecil, anak-
anak muda sebesar ini......
Tuan Peagerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat.....
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Baru berumur 7 tahun, 8 tahun,
9 tahun atau 10 tahun sudah menjadi apa yang dikatakan Cub Scouts di
Sarawak....
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat.. minta gulung ya.
DR.13.7.94 - 57 -
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dekat hendak gulunglah ini.
Mula-mula digulung ini. Dikatakan Cub Scouts, macam mana hendak
beri galakan, hendak beli scarf pun tak boleh; scarf ini berharga
RM9 pun tak boleh beli. Jadi kita berjumpa dengan pihak Kementerian
di Sarawak, pihak Kementerian pun berilah - okay, tahun ini kita
beri RM30,000 untuk insentif kepada mereka ini. Tetapi sepanjang
masa budak-budak ini beraktiviti dengan tidak beruniform. Kata
mereka, kita ini inginlah beruniform macam orang bandar juga.
Jadi, sejauh manakah Kementerian boleh mengagihkan peruntukan
yang ada agar diberikan kepada orang yang menjadi ahli sukan atau
wira sukan ini kepada anak-anak kita yang berada di luar bandar dan
anak-anak kita yang perlu juga menjadi orang-orang yang terlibat
dengan program-program Kerajaan ini supaya mendapat kemudahan yang
s am a, bahkan penekanan oleh kerana kemudahan mereka dan kemampuan
mereka tidak ada.
Walau bagaimanapun, kalau dapat dimajukan program ini, saya
mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Kementerian kerana telah
mengambil jalan yang positif dan tujuan yang positif untuk menjaga
anak muda kita agar menjadi anak muda yang berguna dan boleh menjadi
satu sumber yang besar kepada negara kita. Terima kasih.
Tuan Fengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepong.
Selepas ini Kementerian menjawab, Diminta Ahli-ahli Yang Berhormat
menumpukan ucapan kepada tajuk berkenaan. Banyak ucapan dasar.
4.07 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, saya akan sentuh
kepada Institut-institut Kemahiran Belia Negara dan sukalah saya
DR.13.7.94 - 58 -
minta Yang Berhormat menjelaskan bilangan institut yang ada sekarang
di negara ini untuk tujuan memahirkan belia. Yang pertama.
Yang kedua, saya nampak kebanyakan institut-institut ini tidak
dapat membayangkan komposisi kaum di negara ini. Bukan sahaja saya
pernah sebutkan di sini, bahkan jawapan daripada Yang Berhormat pada
tahun lepas pun tidak begitu memuaskan. Ini mengenai penyertaan
semua golongan belia yang hampir 8 juta orang di negara ini. Lebih
separuh daripada penduduk di Malaysia ini, 8 juta orang adalah belia
di institut-institut ini. Bolehkah Yang Berhormat menjelaskan
setakat ini, tiap-tiap tahun bilangan peserta ataupun pelajar yang
dapat dilatih di institut-institut ini? Semua ini memang kita perlu
tahu.
Saya pun percaya bahawa usaha Kementerian baru-baru ini
mengenai kertas kerja Karisma, Briged Muda dan Rakan Sukan dan saya
berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana menghantar satu
naskhah. Saya telah meneliti apa yang terkandung di dalamnya.
Adakah ini semua akan digunakan untuk institut-institut tersebut?
Kalau begitu, memang saya berharap semua usaha ini dapat dijayakan.
Tetapi pada pendapat saya, walaupun cadangan di dalam kertaskerja
ini adalah baik -, kalau kita baca semua Itu baik, misalnya mengenai
pernyataan masalah penyalahgunaan dadah dan faktor-faktor yang
menyebabkan pemuda-pemuda di Malaysia ini lemah. Tetapi, satu
perkara yang penting, di dalamnya tidak diklasifikasikan menurut
kaum ataupun kawasan.
DR.13.17.94 - 59 -
Kalau begitu, Tuan Pengerusi, ini tidak lengkap. Memang tidak lengkap
kerana mas a 1 ah di kawasan-kawasan ini ada berbeza-beza dan di antara
kaum pun berbeza-beza, tidak serupa. Misalnya amalan lepak pun, say a
setujulah amalan lepak bukan suatu budaya, ini bukan satu budaya -
meraang bukan. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat ada setengah-setangah
Ahli Yang Berhormat dari Parit Sulong pun, kalau berlepak pada satu
ketika, kesannya membuat dia degil sahaja, tidak begitu buruk.
Saya ada baca kenyataan Yang Berhormat Menteri mengenai kajian
ke atas lebih 6,000 orang pemuda mengenai amalan lepak dan saya ter-
tariklah kepada penemuan-penemuan yang didapati daripada kajian
tersebut. Tetapi bagi saya mungkin kajian ini tidak begitu lengkap
juga. Kalau boleh kita buat kajian dengan lebih luas dengan mem-
bahagikan kepada golongan-golongan daripada daerah-daerah. Mungkin di
Kelantan tidak serupa dengan di Selangor dan di Johor tidak serupa
dengan di Kuala Lumpur.
Ini memang satu perkara yang penting. Kita bahagikan kepada
kawasan dan kemudian kepada jantina dan kaum untuk mengetahui dengan
lebih teliti. Kerana maksudnya dengan usaha ini Karisma, Briged Muda
dan Rakan Sukan, saya percaya untuk semua kaum supaya pemuda kita
dapat mencapai satu kualiti yang lebih baik daripada sekarang. Kita
memang perlu warga Malaysia yang bermutu tinggi, berkualiti, ber-
kaliber dan saya berharap dengan semua ini dapat kita mencapainya.
DR.13.7.94 - 60 -
Cuma dari segi pelaksanaan. Adakah ini akan diserapkan kepada
seraua institut ataupun ini sebagai satu usaha khas sahaja pelaksanaan-
nya? Saya pun tidak tahulah macam mana ini boleh dijayakan. Kerana
kalau kita tengok dengan Rukun Tetangga misalnya, pada satu ketika ada
satu kertas kerja mengenai Rukun Tetangga dan di dalamnya memang semua
cantik belaka. Semuanya seronok! Di dalam hitam putih, bagaimana
kita dapat mencatatkan satu kajian dan sebagainya tetapi akhirnya
tidak begitu herjaya. Kerana peringkat pelaksanaan itu kurang. Misal-
nya di sini, bagi fasa pelaksanaan Karisma. Memang saya nampak
lambang pun ada, semua pun ada1ah, itu memang satu yang pernah dibuat
untuk Rukun Tetangga. Memang logo pun ada, semua pun ada - memang
ada. Ini tidak mencukupi. Itu secara zahir sahaja.
Saya tertarik kepada sebuah yayasan pada fasa yang kedua yang
akan ditubuhkan untuk mengambil alih pengurusan Program Karisma.
Memang sebuah yayasan ini memerlukan wang. Apakah peruntukan yang
diberi kepada yayasan seperti ini ataupun wang akan dikutip daripada
penderma-penderma swasta sahaja untuk tujuan yayasan ini?
Dan saya nampak fasa yang ketiga, ini melibatkan aktiviti
"merchandising" di mana "patent rights" akan diniagakan bersama-saraa
dengan barangan jenama "Karisma". Apakah yang dimaksudkan sebagai
"merchandising"? Adakah ini akan mengkarisma supaya konsep ini akan
menjadi satu syarikat ataupun satu perniagaan? Kerana ia hendak
"merchandise" jadikan satu perniagaan. Adakah ini maksudnya? Ini
penting. Mungkin Yang Berhormat boleh mengkaji bagaimana rancangan
seperti Rukun Tetangga boleh tidak begitu berjaya. Satu contoh bagai-
mana kita boleh menyerapkan apa yang boleh kita jayakan dan mengapa
mereka gagal dan kemudian kita boleh serapkan kepada Karisma ini untuk
dijayakan.
DR.13.7.94 - 61 -
Mengenai Briged Muda ini, nampaknya satu badan yang memainkan
peranan penasihat kepada kumpulan Briged Muda dan keraudian akan diada-
kaa s atu 'Maj1is' untuk menganjurkan us aha penyelid ikan dan pem-
bangunan untuk generasi muda, Saya tertarik kepada R&D itu. Apakah
maksudnya? Macam mana kita dapat melaksanakan R&D dengan Briged Muda
ini? Apakah jenis R&D? Ini memang pada peringkat awalnya kita memang
setuju kalau kita hendak menggalakkan usaha penyelidikan dan pem-
bangunan, Tetapi bagaimana kita dapat menggalakkan? Adakah ini akan
dianjurkan bersama-sama dengan universiti-universiti tempatan untuk
menjayakannya? Kerana setahu Yang Berhormat di dalam R&D memang kita
perlukan garis panduan dan penasihat-penasihat yang betul-betul mahir
di dalam bidang itu. Kalau setakat menubuhkan yayasan dan sebagainya,
ini tidak mencukupi. Mungkin satu hubungan dengan universiti-
universiti tempatan dapat menjayakan perkara seperti ini. Jadi,
nampaknya skop itu luas juga.
Saya tertarik juga kepada pelaksanaan Program Rakan Sukan. Di
sini ada satu rajah yang menunjukkan nama syarikat dan sebagainya dan
jenis sukan termasuk badminton. Memang badminton kita suka juga
sumbangan RM4 juta daripada Proton dan EON- Memang satu perkara yang
baiklah. Saya pun hairan juga mengapa kita tidak dapat mengeluarkan
jaguh yang lebih tinggi prestasinya. Saya setuju bahawa kita tidak
boleh menang tiap-tiap kali. Ada yang menang, ada yang kalah. ttu
saya setuju. Cuma kita mungkin dapat mengkaji semula mengapa kita
kalah. Kalau ada alasan-alasan yang baik, saya boleh setuju. Boleh
DR.13.7.94 - 62 -
terima. Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan pun tahulah macammana
kita boleh kalah. Tetapi setakat mengadakan wang ini tidak cukup dan
saya berharap wang ini boleh diuruskan dengan baik. Jangan berlaku
seperti FELCRA. Beratus juta ringgit disalahgunakan. Jangan berlaku
seperti itu dan say a berharaplah seraua ini dapat dijayakan untuk
generasi akan datang dan saya akan meneliti kertas kerja ini dan
selepas itu pada masa hadapan saya akan member i pandangan saya
mengenai masa1ah seperti ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Diminta Kementerian menjawab.
4.19 ptg.
Menteri Belia dan Sukan [Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman]:
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat dari Arau, Batang Lupar dan juga Kepong yang
bangun untuk memberi pandangan terhadap permohonan daripada
Kementerian Belia dan Sukan dalam bentuk peruntukan tambahan.
Tuan Pengerusi, sesungguhnya adalah suatu yang amat tepat
kebelakangan ini di mana masyarakat Malaysia amnya, termasuk yang ada
kepakaran untuk memberi pandangan terhadap keadaan yang ada di
kalangan generasi muda Malaysia pada hari ini.
DR.13.7.94 - 63 -
Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang sihat di mana wujud-
nya perdebatan, bicara mengenai khazanah dan harapan bangsa iaitu
generasi muda Malaysia yang ada pada hari ini. Ini bermakna bahawa
apabila ada sambut-raenyambut pandangan yang berbagai-bagai, yang
bernas walaupun berbeza, raaka itu adalah satu bab yang penting
sehingga mencetuskan bicara dan perdebatan di antara kita saraa kita.
Tuan Pengerusi, dengan cara demikian maka dengan sendirinya isu
yang penting itu, iaitu khazanah dan harapan bangsa mendapat
pengamatan yang sewajarnya daripada masyarakat. Bukan sahaja dari-
pada pihak Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan tetapi
daripada semua pihak. Apabila kita menoleh balik tentang masalah
dadah lebih kurang 10 tahun yang lalu, sehingga kita wujudkan satu
pendekatan yang jelas iaitu memerangi masalah dadah, maka kesannya
dalam beberapa tahun berikutan daripada tindakan tersebut, 'masalah
dadah dapat dikurangkan.
Daripada pengalaman kebelakangan ini, apabila perkara itu
diambil sebagai satu yang lumrah dari segi tindakan oleh pihak yang
bertanggungjawab, maka rupa-rupanya masalah dadah masih lagi
bertapak kuat, berakar umbi, berkuku dalam masyarakat generasi muda.
Bahkan ia merupakan masalah yang lebih berat lagi untuk dipikul oleh
masyarakat kita. Maka perlu kepada penekanan yang sewajarnya pada
hari ini supaya tidak ada pihak yang leka dan lalai tentang masalah
dadah.
DR.13.7.94 - 64 -
Tuan Pengerusi, perkara yang berkaitan dengan lepak adalah satu
di antara berbagai masalah yang ada di sisi generasi muda Malaysia.
Kemeriterian Belia dan Sukan amat peka tentang masalah-masalah
sehinggakan kita berhujah adanya continuence of, dengan izin,
masalah yang daripada yang paling berat kepada yang paling ringan.
Oleh yang demikian, apabila kita mendekati suasana yang ada dalam
generasi muda Malaysia, kita melihatnya dari segi berbagai-bagai
masalah yang boleh dikesan sehinggakan perlu kepada pengamatan dari-
pada semua pihak.
Tuan Pengerusi, izinkan say a untuk menegaskan di sini bahawa
perilaku lepak janganlah diambil sebagai satu perkara yang begitu
ringan kerana ia menyentuh tentang soal nilai, perilaku dan ianya
sebagai satu petanda daripada perkara-perkara yang lebih besar lagi.
Kita tidak lupa bahawa ada faktor-faktor yang lebih besar, yang
perlu kita hadapi untuk memahami tentang masalah yang ada pad a
generasi muda. Oleh yang demikian, kita juga mengesan 7 faktor-
faktor yang penting yang perlu kepada pengamatan semua pihak iaitu
bagaimana generasi muda dapat dibentuk dengan baik atau sebaliknya
kerana:-
(i) institusi keluarga;
(ii) daripada sumber institusi agama;
(iii) daripada sumber institusi sekolah;
(iv) bagaimana media massa mempengaruhi nilai mereka bahkan
perilaku mereka;
DR.13.7.94 - 65 -
(v) bagaimana pula generasi muda terpengaruh dengan kerja-
kerja sukarela daripada persatuan-persatuan sukarela;
(vi) bagaimana generasi muda pad a hari ini dipengaruhi oleh
kecenderungan golongan sebaya mereka; dan
(vii) bagaimana pula generasi muda pada hari ini ditentukan
sistem nilai, kecenderungan mereka dan amalan mereka
oleh kerana apa yang ada dalam masyarakat tempatan dan
masyarakat 'global'.
Jadi, Tuan Pengerusi, perilaku lepak ini adalab sebagai satu
petanda sahaja yang ada, yang menyebabkan kita sepatutnya dan
sewajarnyalah mengambil berat tentang soal apa yang sedang berlaku
pada generasi muda Malaysia pada hari ini.
Oleh itu, Tuan Pengerusi, jika sekiranya Ahli Yang Berhormat
dari Arau mengatakan bahawa diheboh-hebohkan sangat perkara ini
hingga ianya membawa kesan yang negatif kepada usaha yang mulia,
izinkan saya untuk sekadar menyebut bahawa kita bermula dengan
meminta masyarakat memberi pandangan yang berbagai-bagai. Itu
telah pun dilaksanakan. Selepas itu kita mengo1ah langkah-langkah
yang positif, yang dapat dilaksanakan di semua peringkat untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat amnya dan generasi muda Malaysia
khususnya.
Oleh yang demikian, jika sekiranya ada contoh-contoh seperti
yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Arau, maka saya
percaya jika sekiranya dapat diarahkan segala tenaga, inisiatif dan
kerja-kerja kreatif anak-anak muda Malaysia, maka contoh-contoh
DR.13.7.94 - 66 -
yang membawa kepada amalan buruk sebenarnya akan dapat diubah
sebegitu rupa bahawa ianya melalui kerja-kerja kreatif anak-anak
muda kita, perkara seperti menghidu gam itu, maka gam boleh diguna-
kan dengan membawa manfaat yang sebaik-baiknya kerana kerja-kerja
reka cipta ada1ah menggunakan bahan-bahan sedemikian. Jadi, ini
adalah di antara penekanan kita selepas daripada bicara oleh pihak
umum mengenai apa yang ada di kalangan anak muda kita pada hari ini.
Jadi, Tuan Pengerusi, say a harap bahawa dapat dibezakan di
antara perlunya perbincangan, mendengar pandangan-pandangan yang
bernas, isu yang paling besar di hadapan kita iaitu anak muda
Malaysia, generasi muda Malaysia dan selepas itu kita mengo1ah
langkah-langkah yang positif untuk sama-sama menangani perkara-
perkara tersebut.
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]; Yang
Berhormat, Arau minta jalan.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya mendengar dengan penuh minat
jawapan Yang Berhormat dan saya bersetuju. Yang Berhormat pun telah
menyebut dengan terang bahawa di peringkat mula ialah di peringkat
kita membicara dan membincang supaya ianya mendapat perhatian
masyarakat. Sekarang ini ialah mengolah langkah-langkah yang
positif.
DR.13.7.94 - 67 -
Jadi, sekarang perbincangan saya tadi khusus untuk pengolahan
langkah-langkah yang positif. Saya berpendapat ini 'is a matter of
opinion'. Jadi, kalau Kementerian masih berfikir itu perlu, saya
ingat terpulang kepada Kementerian. Saya kata saya terlupa memberi
contoh tadi. Kenapa Arqam sekarang begitu popular? Kerana Pusat
Islam beri dia popular. Kita bercakap tetapi kita tidak mengambil
tindakan. Jadi, nilai undang-undang itu dipertikaikan - undang-
undang yang ada. Jadi, macam undang-undang bahawa tidak boleh
mengeluarkan risalah-risalah tanpa KDN, kita harus mengambil
tindakan. Kita tidak boleh menurunkan nilai undang-undang ke tahap
yang orang boleh mempertikaikan.
DR.13.7.94 - 68 -
Sekarang ini pengolahan langkah-langkah yang positif. Pada pandangan
saya arus pemikiran mereka harus melupai terus perkacaan lepak itu,
sebaliknya menumpukan kepada acara-acara yang boleh meningkatkan
karisma mereka sebagai anak muda yang menjadi harapan di masa hadapan.
Itu pandangan saya.
Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman: Tuan Pengerusi, semasa di
Gunung Angsi ada lebih kurang 5,000 peserta daripada kalangan anak-
anak sekolah, di kalangan pekerja-pekerja kilang, di kalangan raaha-
siswa universiti, daripada anak-anak kampung. Mereka datang dengan
penuh sukarela, tidak ada tambang, tidak ada t-shirt, tidak ada
makanan disediakan, masing-masing datang dengan cara masing-masing.
Tuan Pengerusi, Gunung Angsi sebagai contoh yang pertama untuk
anak muda menikmati gaya hidup mencintai alam. Tuhan kurniakan
Malaysia dengan kejadian dan rahmatnya yang tidak terhingga nilainya,
di antaranya adalah gunung.
Tuan Pengerusi, apabila diumumkan dalam masa 10 hari, maka 5,000
datang untuk bersama-sama, dipecahkan kepada 8 orang dalam satu
kumpulan. Mereka datang mungkin dengan cogan kata masing-masing.
Jadi, ini adalah satu manifestasi kepada rasa, cita rasa, pilihan,
rasa sukarela; apa jua yang dapat merupakan terjemahan anak-anak muda
kita dalam kegiatan-kegiatan bersama seperti begini.
Tuan Pengerusi, apabila 5,000 mendaki Gunung Angsi, Yang
Berhormat dapat melihatnya pada kaca TV, kami yang hadir bersama dapat
merasakan sebenarnya. Walaupun 5,000 agak ramai, tetapi untuk
DR.13.7.94 - 69 -
makluman Ahli Yang Berhormat, bahawa Gunung Angsi ada tradisinya di
mana tahun deroi tahun beribu anak-anak muda mendaki bersama-sama pada
raasa yang tertentu.
Walaupun begitu ramai, tetapi alhamdulillah, ianya membawa
suasana yang begitu meriah sehinggakan ingin saya member! jarainan di
sini, inilah di antara gunung yang saya nampak daripada atas sampailah
ke bawah begitu bersih sekali, tidak ada sarapah-sarap raerata di sana-
sini. Di antara pembelajarannya ialah kumpulan masing-masing membava
plastik untuk memastikan bahawa tidak ada pihak yang membuang sampah
sambil mendaki. Bila pergi dalam keadaan yang bersih dan ditinggalkan
juga dalam keadaan yang bersih.
Tuan Pengerusi, Gunung Angsi adalah satu gunung, bahkan dalam
gaya hidup karisma mencintai a lam semula jadi gunung, Kementerian
Belia dan Sukan bersama-sama dengan Persatuan Mendaki Malaysia sudah
pun mengenal pasti 30 gunung yang lain. Maka dengan cara demikian,
anak-anak mud a Malaysia boleh menikmati satu gaya hidup melalui
mencintai gunung sahaja, iaitu 30. Kalau mereka berminat kepada
gunung, bermakna daripada satu gunung kepada satu gunung yang lain.
Jika sekiranya hendak memilih gaya hidup yang lain, mungkin satu-dua
gunung, dia berpindah kepada sungai yang lain dan seterusnya begitu...
Tuan Shahid an bin Kassim: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Arau
bangun lagi, Yang Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya minta maaf, saya rasa Yang
Berhormat ada tersilap sedikit. Untuk pengetahuan Yang Berhormat,
Gunung Angsi sudah saya panjat 11 kali, malah seminggu sebelum Yang
DR.13.7.94 - 70 -
Berhormat pergi, saya sudah panjat, saya hendak tengok dulu trek-trek.
Malah, saya boleh bilang kepada Yang Berhormat sampai ke tangga kayu
yang hampir putus itu patut diganti dan semuanya saya tabu dan besar
raana puncak. Sebenarnya 30 gunung yang persatuan mendaki telah umum,
semua saya sudah mendaki. Saya tahu betapa pentingnya orang mencintai
alam semula jadi dan saya sudah sebut di Parlimen ini berkali-kali.
Yang saya maksudkan di sini ialah supaya bukan dari segi
penekanan Yang Berhormat maksudkan. Maksud saya ialah dalam menanam
nilai-nilai ini supaya yang bukan lepak, mungkin kami anti dadah,
maksud saya macam itu, supaya ianya tidak dibangkitkan seolah-olah
kerana melepaklah mereka mesti cintai gunung dan sebagainya. Tetapi
sebenarnya ini merupakan satu program Kerajaan yang menyeluruh, itu
yang saya maksudkan. Saya tidak menegur lebih daripada itu, walaupun
saya tengok di kaca TV. Tetapi untuk pengetahuan Yang Berhormat,
kelab saya menghantar di antara peserta yang paling teramai ke Gunung
Angsi pada masa tersebut, tetapi saya tak payah sebutlah. Walaupun
saya tak pergi sebagai Pengerusi Kelab saya, tetapi orang saya ramai
pergi dan mereka balik cerita kepada saya segala-galanya sebab saya
tak dijemput, saya tak pergilah.
Tetapi yang saya maksudkan di sini supaya penekanan lepak itu
kita sudah habiskan. Penekanan Yang Berhormat ini, Buku Hijau Yang
Berhormat ini, saya minta diberi penekanan kepada buku ini, seolah-
olah ini ialah penekanan menyeluruh, sebab cara Yang Berhormat jawab
seolah-olahnya saya menentang, Tak betul itu, Yang Berhormat. Kalau
Yang Berhormat cakap saya menentang, bodohlah saya, sebab saya tahu
ini P.M. pun sudah bersetuju- Siapa berani lawan Perdana Menteri?
DR.13.7.94 - 71 -
Bodoh1ah orang yang lawan Perdana Menteri, tak betul. Saya minta Yang
Berhormat tolong tengok betul-betul cara saya bercakap. Tadi ialah
contoh-contoh. Yang saya menekankan ialah program ke arah meningkat-
kan serta mewujudkan apa Yang Berhormat cadangkan dalam Buku Hijau
ini. Itu maksud saya supaya habiskan semua perkataan lepak, perkataan
dad ah habiskan. Yang penting ialah ini program Kerajaan nak beri
penekanan, bukan kerana lepak sahaja menyebabkan program ini ada. Itu
yang saya maksudkan. Bukan kerana dadah sahaja program ini ada,
tetapi kita buat program ini ialah memang tujuan Kerajaan hendak beri
mereka menjadi manusia yang berguna supaya mereka tidak masuk parti
Pembangkang dan sebagainya. Itu sebagai contohlah, minta maaf.
Tuan Haji Abdul- Ghani bin Othman: Tuan Pengerusi, sebenarnya
kita melihat kesan pengganda kepada segala perkara yang dibuat. Saya
percaya bahawa yang tidak bermasalah, dia boleh menikmati dengan
sepenuh-penuhnya. Bukan sebagai seorang anak muda yang bermasalah
sehinggakan dia hendak mendaki Gunung Angsi. Saya percaya dia yakin
kepada diri dia sendiri.....
Tuan Shah id an bin Kassim: Akhir sekali, Yang Berhormat, saya
minta maaf. Saya berterima kasih Yang Berhormat sudah cakap perkara
itu, bukan manusia yang bermasalah sahaja yang panjat Gunung Angsi,
itu yang saya hendak, tetapi caranya. Yang Berhormat tak tengok
TVkah? Kalau Yang Berhormat tengok TV, dia kata apa? Yang Berhormat
tanya kepada Tok Mat Rahmat dia buat apa? Dia kata untuk mengelakkan
budaya-budaya daripada melepak. Itu yang saya hendak beri penekanan,
mengapa harus diberi penekanan itu? Mengapa tidak menyebut ini
program menyeluruh? Program ini cantik dan terbaik dalam dunia. Itu
DR.13.7.94 - 72 -
yang saya maksudkan. Saya hendak hilangkan manusia. Di Singapura tak
sebut melepak, tetapi dia beri budak-budak dalam sekolah. Sebenarnya
itu tujuannya supaya jangan duduk melepak.
Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat, kalau boleh, program ini
diteruskan. Saya akan beri sokongan sclepas ini, sebab Pengerusi
saya, Pengerusi Majlis Rekreasi dan Fizikal Malaysia, Dato Ismail
Said dan saya Timbalannya, mengarahkan saya supaya kita buat program
ini bersaraa-sama selepas ini. Saya kata, insya Allah, saya akan
menyertai dan tidak ada masa1ah bagi saya. Memang saya buat tiap-tiap
minggu pun. Sebelum Kementerian buat:, saya sudah buat tiap-tiap
minggu, daripada umur 18 tahun sampai sekarang, tak berhenti, itu
sebab saya kuat, sihat dan tak sakit. [Ketawa]
Tetapi yang saya minta kepada Yang Berhormat ialah apa yang
berlaku di sana dengan di kaca TV supaya diperbetulkan. Saya mahu
supaya publisiti yang begini baik tidak menunjukkan bahawa kerana
lepak sahaja. Makna kata, mereka datang ini kerana mereka hendak
dibentuk menjadi manusia berguna. Itu maksud saya, lain tak ada.
Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman: Tuan Pengerusi, kalau begitu
caranya, saya sampaikanlah kepada Dato' Mad. Tetapi ingin saya
tekankan di sini bahawa anak mud a yang baik adalah contoh yang baik,
mereka menjadi pengganda kepada yang bermasalah.
DR. 13.7.94 - 73 -
Mereka menjadi contoh yang baik dan saya percaya mereka mendaki
gunung dengan penuh keyakinan, itu adalah satu gaya hidup yang baik.
Walaupun begitu, kita ada juga anak muda yang bermasalah, maka kita
perlu juga sampai kepada sasarannya. Itu sebabnya contoh yang baik
boleh menjadi pengganda hinggakan menular dengan positifnya kepada
yang merupakan berraasalah.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Yang Berhormat dari Arau
mengenai persatuan-persatuan yang lain. Selepas berlangsungnya
mendaki Gunung Angsi, saya juga mendapat maklumat bahawa ada banyak
lagi persatuan-persatuan rekreasi yang boleh bersama. Oleh hal
yang demikian, saya terima pandangan Yang Berhormat dari Arau
bahawa persatuan-persatuan lain boleh bersama-sama untuk menganjur-
kan kegiatan-kegiatan gaya hidup yang berbagai-bagai, boleh
memanfaatkan anak muda yang tidak ada masalah dan anak muda yang ada
masalah.
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada perkara yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat dari Batang Lupar mengenai contoh yang diberikan
iaitu Fengakap.
Tuan Pengerus i , s ay a ingin meruj uk kepada j umlah anak mud a
kalau ditaksirkan antara 15 tahun hingga 40 tahun lebih kurang 8,4
juta, iaitu lebih kurang 43% rakyat Malaysia ialah pada kumpulan
umur demikian. Jika kita melihat umur antara 15 tahun hingga 30
DR 13.7.94 - 74 -
tahun, kita mempunyai satu angka mutlak sebanyak 5 juta anak muda
Malaysia.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Batang Lupar menyebut
bahawa Pengakap ada seramai 200,000 orang. Pengakap rata-rata
adalah semasa mereka di zaman persekolahan, ada juga yang meneruskan
kerja-kerja sebagai Pengakap selepas zaman persekolahan.
Tuan Pengerusi, rata-rata selepas sekolah siapa yang menyambut
anak-anak muda dalara kegiatan-kegiatan yang boleh bersama-sama meng-
gerakkan generasi tersebut? Oleh yang deraikian, apabila dilihat
berbagai-bagai bentuk gerakan beruniform, maka lebih ramai lagi
anak-anak muda yang perlu disalurkan untuk dibawa bersama dalam
kegiatan-kegiatan seperti Briged Muda.
Tuan Pengerusi, saya melihat bahawa Briged Muda ini bukanlah
satu yang berlawanan dengan persatuan-persatuan beruniform yang
lain selepas zaman persekolahan anak-anak muda, bahkan ia sewajarnya
lengkap-melengkapi antara satu dengan yang lain. Jika sekiranya ada
kegiatan-kegiatan yang boleh dianjurkan oleh persatuan-persatuan
belia, yang beruniform ataupun bukan beruniform untuk faedah mereka
sebagai kumpulan. Maka, Tuan Pengerusi, ia adalah dengan mudahnya
dapat dicukupi di dalam Program Karisma iaitu gaya hidup yang
berbagai-bagai ataupun dapat ditampungi melalui kegiatan-kegiatan
yang dapat dianjurkan di bawah Program Rakan Sukan.
Yang Berhormat dari Batang Lupar rasa bimbang dan prihatin
tentang sejauh mana kemudahan sukan dan kegiatan-kegiatan seperti
DR 13.7.94 - 75 -
begini akan sampai ke peringkat akar umbi.
Tuan Pengerusi, ingin saya tekankan di sini bahawa program-
program dan gerakan yang diolah oleh Kewenterian Belia dan Sukan
supaya matlamatnya ialah sampai ke peringkat akar umbi. Sebagai
contoh 30 gunung yang wujud di merata negara, maka kegiatan-
kegiatan akan berlaku di seluruh negara. Rakan Sukan sebagai
contoh, Tuan Pengerusi, ialah untuk metnastikan bahawa kegiatan-
kegiatan sukan tidak sahaja berlaku di peringkat kebangsaan dan
pasukan kebangsaan dibawa ke peringkat antarabangsa ataupun sekadar
di peringkat negeri sahaja.
Sudan tiba masanya kita hendak melebarkan asas sukan di negara
kita ini sebegitu luas yang boleh, supaya sukan sampai ke akar umbi
di mana bakat-bakat dapat diasuh, diketengahkan dan juara-juara di
peringkat kampung sampai ke peringkat daerah dan negeri, akhirnya
dihalusi sehingga sampai kepada peringkat kebangsaan untuk bersaing
di peringkat dunia.
Oleh yang demikian, ingin saya meyakinkan Ahli Yang Berhormat
dari Batang Lupar bahawa Rakan Sukan, di mana satu persatuan sukan
bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan
Negara dan syarikat yang berkenaan sebenarnya membangunkan sukan di
semua peringkat, sebegitu rupa dengan adanya keseimbangan dan
keadilan pengagihan peruntukan pembiayaan dan kewangan. Dan dalam
jangka masa yang tertentu, untuk membangunkan 'kepegawaian' teknikal
sukan yang berkenaan dan juga untuk membangunkan, menaburkan
kepakaran, kejurulatihan di semua peringkat dalam jangka masa yang
DR 13.7.94 - 76 -
sederhana, jangka masa yang panjang. Sambil itu pula, kita terlebih
dahulu mengenal pasti infrastruktur sukan dalam jangka masa seder-
hana dan panjang untuk membangunkan infrastruktur tersebut.
Tuan Pengerusi, sebenarnya.....
Wan Jinaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang
Berhormat, Batang Lupar bangun.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Sebelum Yang Berhormat Menteri bertukar ke tajuk lain, ini soal
pertubuhan-pertubuhan belia dan beruniform, tadi saya telah
sebutkan.
Saya pernah berbincang dengan budak-budak daripada Jaycee,
Lions, Leo, Pengakap, Girls' Guide, Red Crescent, St. John
Ambulance, Boys1 Brigade, Girls' Brigade - semua saya bercakap
dengan mereka. Dahulu saya pernah juga terlibat dengan Kadet
Polis - banyak lagi pertubuhan-pertubuhan macara ini. Jadi, soalan
saya di sini ialah apakah tindakan Kementerian pada masa sekarang
untuk membuat satu syor kepada mereka, untuk menerima program-
program Kementerian ini dimasukkan dalam program-program mereka,
dengan sendirinya kita menggemblengkan semua persatuan-persatuan
ini.
Mungkin yang saya sebut tadi Pengangkap 200,000, tetapi kalau
Girls' Guide kita mungkin ada 100,000, St. John Ambulance dan Red
Crescent semuanya mungkin beratus-ratus ribu. Jadi, dengan sendiri-
nya kita menggembleng satu persatuan yang sudah berakar umbi di
DR 13.7.94 - 77 -
masyarakat kita, menerima hakikat Kerajaan dan menggunakan kebijak-
sanaan dan garis panduan yang diberi oleh Kerajaan dan Kementerian
untuk dimasukkan ke dalam program ini. Macam Pengangkap, walaupun
kita ada selaraskan, tetapi dalam tahun 1994 ia mempunyai 115
program daripada bulan Januari sampai Disember program kita tidak
berhabisan.
Jadi, apa yang saya bimbangkan, kalau kita tubuh satu per-
gerakan atau persatuan dia habis begitu sahaja; program mendaki
gunung satu tahun satu kali, selepas itu apa cerita? Saya ahli
tetapi tidak merabuat apa-apa. Jadi, di manakah 'vacuum' yang kita
ingin isikan dengan masa yang terbuang begitu sahaja. Itu yang saya
fikirkan. Macam mana tindakan Kementerian supaya program ini di-
masukkan ke dalam program-program persatuan-persatuan yang tersebut?
Terima kasih.
Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman: Tuan Pengerusi, terlebih
dahulu saya hendak jelaskan bahawa saya katakan tadi Gunung Angsi
adalah satu daripada 30 gunung, bukan bermaknanya mendaki Gunung
Angsi itu berlaku pada hari Ahad yang lalu untuk tahun ini sahaja.
Maksudnya ialah, yang pertamanya ialah untuk menangkap imaginasi
anak-anak muda, bahawa mendaki gunung adalah satu gaya hidup yang
ada mutu dan kualitinya, ada wawasannya, ada faedah dan manfaatnya.
Menangkap imaginasi anak-anak muda, akhirnya dapat membawa bersama
bahkan penyertaan mereka sekali gus.
Selepas itu, Tuan Pengerusi, anak muda yang ada di utara bahkan
di Sarawak boleh menelefon Persatuan Rekreasi yang ada di Kuala
Pilah untuk menghayati Gunung Angsi selepas daripada itu sepanjang
DR 13.7.94 - 78 -
tahun. Maka ada maklumatnya, ada caranya, ada tempatnya, ada
kumpulannya, ada masanya untuk menghayati gunung Angst sepanjang
masa, bila-bila masa. Dan bila digandakan 30 gunung car a
demikian, maka akan berseronoklah suasana yang ada di kalangan anak
muda dari segi penghayatan dan amalannya bahawa berlaku penghayatan
alam semula jadi melalui mendaki gunung.
Kalau kita melihat sungai pula, maka akan digandakan dengan
sungai. Seterusnya dalam kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan
agama, berkaitan dengan kreativiti, ini adalah gaya-gaya hidup yang
disenaraikan.
DR.13.7.94 - 79 -
Tuan Pengerusi, keduanya saya ingin menjelaskan di sini bahawa
saya akan pergi ke negeri-negeri untuk berjumpa dengan persatuan-
persatuan di peringkat negeri-negeri untuk menjelaskan perkara ini.
Pertama, dengan harapan dapat disarabut sebegitu rupa bahawa di
antara pendekatannya ialah program gaya hidup yang bermutu dan ber-
kualiti.
Saya percaya bahawa persatuan yang sedia wujud boleh menyambut-
nya dan melaksanakan program dengan kerjasama pihak Kementerian
Belia dan Sukan serta pihak swasta yang akan bersama-sama dengan
kita nanti. Jadi, bila sampai pihak karai ke peringkat negeri-
negeri, kami akan menjemput pemimpin-pemimpin persatuan untuk
bersama-sama membincangkan cadangan-cadangan ini. Dengan adanya
maklumat yang sampai, maka akan diolah program-program di peringkat
tempatan berdasarkan kepada kemapuan yang ada pada persatuan-
persatuan dan badan-badan uniform di peringkat tempatan dan di
peringkat negeri.
Tuan Pengerusi, akhirnya saya menyambut baik perkara yang
disebutkan oleh Yang Berhormat dari Kepong. Dari segi kegiatan
Karisma Briged Muda dan Rakan Sukan, ianya adalah multi-racial,
dengan izin. Ini sesungguhnya adalah satu kesempatan keemasan untuk
kita membawa satu arus yang kuat di mana adanya persefahaman yang
dapat kita wujudkan di antara kaum di dalam kegiatan-kegiatan
bersama seperti ini. Contohnya, seperti Gunung Angsi di mana
berlaku di situ suasana di antara anak-anak muda Melayu, Cina dan
India bersama-sama menghayati gunung tersebut.
DR.13.7.94 - 80 -
Sasarannya begitu terbuka luas untuk disambut oleh semua pihak
dengan tidak mengira kaum.
Saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat dari Kepong
yang menekankan tentang betapa pentingnya kemampanan program-program
ini. Begitu juga yang disebutkan oleh Yang Berhormat dari Batang
Lupar, sejauh mana ianya akan berlaku pada besok hari dan kemudian
habis begitu sahaja.
Di antara penekanan yang diberi ialah sejauh mana program-
program dan gerakan ini ada kemampanannya, ada momentum dan ada
'sustainance'nya, dengan izin. Itu sebabnya di antara pendekatannya
ialah adanya R&D yang sentiasa kita buat untuk kit a memahami
'dynamic', dengan izin, yang ada dalam masyarakat Malaysia khususnya
generasi mud a sebegitu rupa pengolahannya, sejajar dengan tuntutan
yang berlaku pada masa-maea yang tertentu.
Tuan Pengerusi, terima kasih di atas segala pandangan dan
mudah-mudahan Kementerian Belia dan Sukan akan mendapat sokongan
daripada semua pihak untuk menjayakan program demi kepentingan
masyarakat muda Malaysia pada masa hadapan.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli-
ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah
RM3,099,900 untuk Maksud B.17 di bawah Kementerian Belia dan Sukan
jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM3,099,900 untuk Maksud B.17 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
DR.13.7.94 - 81 -
Maksud P.20 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994 -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepala
P. 20 di bawah Keraenterian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
terbuka untuk dibahas. Ahli Yang Berhormat dari Kepong.
4.54 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, ini memang salah
satu sumbangan ataupun perraintaan peruntukan tambahan setlap tahun.
Tahun lepas pun ada satu permintaan untuk Pusat Perdagangan Malaysia
di Rotterdam. Mungkin tahun depan akan meminta peruntukan lagi
untuk maksud yang sama. Ini adalah untuk kemajuan perdagangan
antarabangsa. Memang negara kita perlu mengadakan aktiviti-aktiviti
yang bertambah untuk meningkatkan eksport dan import kita di seluruh
dunia.
Tuan Pengerusi, saya nampak dengan kegiatan-kegiatan sekarang
ini adalah untuk pasaran-pasaran tradisional sahaja seperti di
Amerika Syarikat, Singapura, Jepun dan juga Eropah.' Itu sahaja
tradisinya dan eksport yang terdiri daripada hampir 70% kepada
negara-negara di rantau ini sahaja. Tetapi kepada negara-negara
Selatan tidak begitu banyak eksportnya dan importnya pun tidak
begitu banyak. Pertarabahan tidak sampai 0.2%. Eksport kepada
negara-negara Selatan mungkin di antara 8% atau 9% sahaja dan ini
tidak termasuk negara-negara ASEAN. Ini menunjukkan, walaupun ada
pusat-pusat seperti di Rotterdam ianya tidaklah begitu berkesan dari
segi pasaran-pasaran yang bukan tradisional.
DR.13.7.94 - 82 -
Untuk eksport kita, ianya memang meningkat kepada paras hampir
19.6% atau 20%. Tetapi bagi import, ia meningkat setiap tahun
kepada 24%. Ini menunjukkan satu fenmena di mana kita perlu
menambahkan kegiatan supaya eksport kita boleh bertambah kepada
sekurang-kurangnya 24% dan bukan setakat tidak sampai 20% sekarang.
Saya harap ini dapat dilakukan.
Tuan Pengerusi, oleh kerana saya pun hendak habiskan perbahasan
pada pukul 6.30 petang dan kita ada 6 Keraenterian sahaja, maka saya
akan pendekkan ucapan saya. Saya cuma hendak menyentuh mengenai
pasaran-pasaran baru yang diperlukan di negara ini. Apakah tindakan
dan rancangan yang dibuat oleh pihak Keraenterian untuk memperbaiki
keadaan ini?
Satu lagi ialah mengenai program, dengan izin, General Trading
Companies untuk memupuk eksport ini. General Trading Companies yang
terdiri daripada Edaran Automobil Nasional Bhd., Sime Darby Bhd. dan
Kumpulan Guthrie yang ketiga-tiganya telah mengadakan satu
persetujuan dengan MITI untuk memajukan perdagangan terutamanya di
negara-negara Selatan, Apakah rancangan atau program untuk
memajukan produk-produk Malaysia dan juga untuk mengenai pasti
sumber-sumber bersaing untuk bahan-bahan mentah dan bahan-bahan yang
lain yang diperlukan oleh industri-industri Malaysia, terutamanya
untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Apakah program yang
dianjurkan oleh pihak MITI bagi memajukan eksport kita terutamanya
kepada negara-negara Selatan. Itu sahajalah, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Minta
Kementerian menjawab.
DR.13.7.94 - 83 -
4.49 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri [Datuk S.S. Subramaniam]: Tuan Pengerusi, saya ingin meng-
ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kepong yang telah
membahas dan juga telah memberikan beberapa pandangan yang membina
kepada Kementerian saya. Permohonan tambahan sebanyak RM1,793,000
ialah untuk membiayai bayaran kemajuan pembinaan dan penyelenggaraan
terhadap Pusat Dagangan Malaysia di Rotterdam.
Yang Berhormat dari Kepong telah membangkitkan bagaimana kita
hendak memajukan pasaran kepada pasaran-pasaran baru dan pasaran
kepada negara-negara Selatan. Di sini saya boleh mengatakan bahawa
pasaran barang-barang Malaysia kepada pasaran negara-negara Selatan
telah meningkat beberapa peratus pada tahun 1992 dan 1993 di at as
usaha-usaha yang telah diarabil oleh pihak Kementerian dan juga pihak
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
kita. Oleh yang demikian bolehlah saya katakan di sini kepada Yang
Berhormat dari Kepong tujuan kita telah dijayakan dan saya rasa pada
masa-masa akan datang pasaran kita kepada pasaran negara-negara
Selatan akan meningkat berpuluh kali ganda.
DR.13.7.94 - 84 -
Yang Berhormat dari Kepong juga menyentuh berkaitan dengan
import. Memang apabila satu negara sedang menjadi satu negara
perlukan banyak barangan-barangan import juga
daripada luar negeri seperti, jentera-jentera dan juga komponen-
koraponen daripada luar negeri untuk menyiapkan barang-barang akhiran
untuk mendapatkan pasaran ke luar-luar negeri. Inilah rahsia di
atas nilai import yang sedang diimportjuga, Tetapi harus kita
ingatkan, eksport juga sedang mbila perdagangan negara kita dengan
negara-negara lain telah meningkat, inilah suatu hakikat yang baik.
Berkaitan dengan general trading companies, Tuan Pengerusi,
kita mewujud beberapa trading companies seperti Sime Darby,
Guthries, EON dan sebagainya untuk mereka menjadi beberapa syarikat
besar perdagangan seperti Mitsui, Mitsubishi dan sebagainya. Oleh
kerana kita memerlukan untuk menceburi pasaran-pasaran, khasnya
kepada Negara-negara Selatan, kita memerlukan syarikat-syarikat yang
besar seperti ini untuk mengeksploitasikan pasaran-pasaran di negara
itu. Oleh yang demikian, kita telah membangunkan beberapa syarikat,
dan kita telah pun memberi peruntukan kepada mereka. Kita juga
telah memberi bantuan untuk mereka melawat dan mengadakan expo-expo
dan sebagainya di semua negara yang sedang membangun, juga negara-
negara Selatan. Saya rasa hasil daripada semua tindakan yang telah
diambil, akan ternyata tidak lama lagi.
DR.13.7.94 - 85 -
Ini sahaja, Tuan Pengerusi, saya ingin membawa kepada perhatian
Yang Berhormat dari Kepong dan saya mengucapkan terima kasih kepada
beliau di at as penyokongan dan juga di at as pendapat yang begitu
membina yang diberikan kepada saya. Selain daripada itu, saya tidak
ada apa-apa untuk menyambung. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli-ahli
Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak
RM1,793,400 untuk Maksud P. 20 yang disebutkan dalam Anggaran
Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 1994 di bawah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak RMl,793,400 untuk Maksud P.20 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994.
Maksud P.25 [Anggaran Pentbangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994] -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepala
Pembangunan P. 25 di bawah Kementerian Pertahanan terbuka untuk
dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ahli-
ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak
RM10 untuk Maksud P.25 yang disebutkan dalam Anggaran Perabangunan
Tambahan Kedua bagi tahun 1994 di bawah Kementerian Pertahanan
hendaklah diluluskan,
Masalah dikerauka bagi diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.25 diluluskan jadi sebahagian
daripada Anggaran Perabangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994.
DR.13.7.94 - 86-
Maksud P.28 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994] -
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepala
Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk
dibahas. Kepong.
5.04 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepoog]: Tuan Yang di-Pertua, say a hendak
pendekkan. Penubuhan Khazanah Holdings merupakan satu perkara yang
sangat penting, kerana ini melibatkan 37 buah syarikat dan dimiliki
oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan)(MKD) dengan nilai pelaburan
sebanyak RM7.565.6 juta berasaskan nilai sekarang atau kira-kira
RM7,503.9 juta berdasarkan nilai pasaran. Hampir RM7.6 bilion di
dalam 37 buah syarikat. Pihak Kabinet telah meluluskan satu
keputusan untuk menubuhkan Khazanah Holdings ini.
Memandangkan pihak Bank Negara Malaysia sangat sibuk dengan
tukaran asing dan spekulasi, patutlah tidak begitu dapat mengendali-
kan semua syarikat ini, kerana sangat sibuk dengan spekulasi. Habis
dah? Selesai dah? [Disampuk] Tak selesai lagi! Macam mana
selesai? Dua tahun berturut-turut dan satu tahun ada kontrak-
kontrak, tak dapat diselesaikan lagi. Kontrak biasanya 6 bulan ke
satu tahun. BNM ini banyak tanggungjawab lain.
Satu keputusan seperti ini adalah tepat untuk mengendalikan
syarikat-syarikat ini dan wang yang begitu banyak bagi melaburkan di
kawasan tempatan dan juga di luar negara. Bolehkah Yang Berhormat
menerangkan bagaimana syarikat ini akan diuruskan? Saya diberitahu
bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan juga Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri, masing-masing akan menjadi
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi untuk Lembaga ini. Siapakah lagi
yang akan menjadi Ahli Lembaga? Berapakah jumlah Ahli-ahli Lembaga
DR.13,7.94 - 87 -
ini, sama ada dari pihak awam ataupun pihak swasta untuk menguruskan
Khazanah Holdings ini yang merupakan paid-up capital, modal berbayar
RM100 juta; itu betul. Ini boleh dibandingkan dengan PNB. PNB
mungkin lebih besar daripada Khazanah. [Disampuk] PNB lebih besar?
Ini lebih besar daripada PNB. Tuan Pengerusi, ini sangat penting
sekarang, walaupun Yang Berhormat dari 'Batang yang terlupar' tidak
berrainat, tetapi inilah....
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Dia
bangun, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Dia berminat sekarang.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Point of order, Tuan Pengerusi.
Sangkaan jahat,
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Jangan
buat sangkaan jahat.
Dr. Tan Seng Giaw: Tak pernah dia bentangkan masalah seperti
ini, tak pernah dia sentuh, Cuma berkenaan pengakap sahaja dia
berminat. Tetapi Khazanah Holdings ini dengan orang yang terlibat
lebih RM7.6 bilion. Saya ingat lebih besar daripada PNB, Sebab
saya akan menumpu perhatian kepada prestasi Khazanah Holdings ini,
kerana saya tak mahu berlakunya seperti sekarang.
Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Cakap sahaja!
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, apa cakap sahaja? Ini
memang penting, Parit Sulong memang menganggap ini tak penting.
Memang kita mesti mengendalikan syarikat ini dengan lebih baik.
Saya tak mahu berulang seperti yang berlaku di FELCRA. Parit yang
Sulong tak bangkitkan masalah FELCRA. Begitu juga dengan Arau.
Macam mana masalah itu - wang yang terlibat lebih RM1,42 juta, wang
peneroka FELCRA.
DR.13.7.94 -88-
Tuan Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat, semalam semasa saya
melepak di luar sana, saya dengar Yang Berhormat ada sebut "mengapa
kontrak FELCRA dipakej-pakejkan dengan sckecil-kecilnya". Yang
Berhormat, saya rasa sebenarnya anti kepada penyertaan bumiputera.
Sebab, dengan kita package dan kita kecil-kecilkan akan memberi
peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil untuk melibatkan diri.
Sebab Yang Berhormat selalu kompelin kenapa projek ini di besar-
besar dan diberi kepada orang-orang tertentu dan sebagainya? Kalau
saya bercakap fasal FELCRA semalam, Yang Berhormat teruk, sebab Yang
Berhormat tidak tahu apa Yang Berhormat bercakap. Bahagian kulit
Yang Berhormat tahu, kontrak Yang Berhormat tidak tahu.
Dr. Tan Seng Giaw: Sepatutnya Yang Berhormat Arau menyiasat
siapa yang dapat kontrak ini? Adakah bumiputera yang dapat kontrak
ini? Apa kontraknya? Satu ribu, dua ribu, tiga ribu - itu kontrak
kepada bumiputera. Janganlah kita bercakap macam itu. Ini hendak
bantu bumiputerakah? Oh! teruklah macam ini, teruk macam ini.
Kalau kita kutip lebih RM162 lebih awal lagi untuk 555 projek, lebih
awal lagi - itupun untuk bumiputera juga.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar:[Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Setia-
usaha Parlimen bangun, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuang Pengerusi, nampaknya
dia tidak dengar apa yang saya jawab semalam dan juga dia tidak baca
Hansard. Untuk menyelamatkan masa, saya minta dia baca Hansard
DR.13.7.94 -89-
- apa yang saya jawab mengenai dengan RM162 juta itu. Dia meng-
habiskan masa sahaja.
Dr. Tan Seng Giaw: Itu bukan jawapan dia. Jawapannya ditulis
dan diletakkan di depan dan dia jawab. Tidak buat siasatan. Patut-
nya kita buat siasatan. Arau pun begitu juga. Bumiputera macam
mana?
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw: Arau hendak buat perkara seperti ini?
Kutip.......
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Hahiruddin]:
Setiausaha Parlimen bangun sekali lagi Yang Berhormat.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya tidak
perlu buat siasatan. Angka yang saya ambil itu adalah daripada
Laporan Tahunan FELCRA, 1992. Perlu buat siasatan apa lagi? Angka
itu telah di'certify' oleh Ketua Audit Negara. Jadi, Yang Berhormat
tidak tahu apa Yang Berhormat bercakap.
Seorang Ahli: Dia cuma bercakap kosong.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, memang tidak kosong.
Semua ada di sini, semua ada. [Disampuk] Jadi, adakah kedua-dua
Yang Berhormat ini setuju dengan amalan yang dibuat? Bukan amalan
lepak sekarang tetapi amalan rasuah.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar:[Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Dia
bangun lagi.
DR.13.7.94 -90-
Dr. Tan Seng Giaw: Yang Berhormat bangun lagi? Saya anggap dia
berminat di dalam Khazanah sahaja, sekarang dia berminat di dalam
FELCRA pula.
Da to' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, saya hendak
minta sumber yang dia tunjukkan tadi - yang ini, apa dia? Beri
kepada saya. [Ketawa]
Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]
Tuan Shahidan bin Kassim: Kenapa pula dia yang bangun?
Tuan Lim Kit Siang: Tadi, Setiausaha Parlimen ada sebut tentang
jawapannaya mengenai FELCRA khasnya mengenai 'over deduction' dan
'over collection'. Dia beri angka sehingga akhir tahun 1992, tetapi
saya beri angka sehingga akhir tahun 1993. Angka saya ialah se-
hingga akhir tahun 1993, kenapa beliau tidak tanya FELCRA apakah
angka-angka akhir 1993 yang update.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]
Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:
Nanti sekejap Yang Berhormat, hendak beri jalan?
Tuan Lim Kit Siang: Saya beri jalan. [Ketawa]
Tuan Pengcrusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepong
beri jalan?
Dr. Tan Seng Giaw: Untuk hal yang penting saya beri dia jalan.
Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Angka yang saya sebut adalah
angka yang telah dicertify oleh Ketua Audit Negara. Yang Berhormat
sebut angka yang belum lagi di audit. Jadi, kita kena pakai angka
yang di certifykan (clear) oleh Ketua Audit Negara - itu cara yang
kita buat. Jadi, angka-angka yang belum lagi di Audit tidak boleh
di pakai. Ini practise.
DR.13.7.94 -91-
Tuan Lim Kit Siang: [Bangun]
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Tuan Lim Kit Siang: Ini bererti parti Pembangkang DAP lebih
'update' mengenai apa yang berlaku dalam agensi-agensi Kerajaan
daripada, baik pun, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri atau
Menteri-menteri. Kita tahu angka akhir tahun 1993, sungguhpun belum
di audit tetapi dalam tangan FELCRA. Kenapa tidak tanya FELCRA sama
ada angka-angka yang saya beri itu benar atau tidak bcnar? Bahawa
ini belum di audit dan itu tidak boleh diterima sebagai alaaan!
Dr. Tan Seng Giaw: Untuk menjawab saya boleh beri jalan kerana
ini perkara yang penting.
[Tuan Yang di-Pertua mempengeruaikan Jawatankuasa]
Dato' Dr. Affififudin bin Haji Omar: Tuan Pengerusi, semalam
kedua-dua Yang Berhormat bercakap mengenai dengan etika. Etika di
dalam soal kita baca akaun ialah kita menerima akaun yang telah di-
audit. Akaun yang belum di audit kita tidak menerimanya sebagai
'official'. Jadi, soal Yang Berhormat sebut tadi, saya mintalah
kalau ada sumber-sumber mengenai dengan penyelewengan, saya masih
lagi menunggu daripada semalam - daripada Yang Berhormat, mengenai
penyelewengan pemberian tender ini supaya dapat kami menyiasat. Itu
sahaja.
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, saya tidak mahu berulang apa
yang berlaku di FELCRA nampaknya.......
DR.13.7.94 -92-
Tuan Shahidan bin. Kassim: Yang Berhormat bercakap di bawah apa?
Dr. Tan Seng Giaw: Di bawah Khazanah Negara.
Tuan Shahidan bin Kassim: Bukan FELCRA?
Dr. Tan Seng Giaw: Khazanah memang tidak ada FELCRA. Ini lebih
besar daripada FELCRA - RM7.6 bilion.
Tuan Lim Kit Siang: Prinsip yang sama.
Dr. Tan Seng Giaw: Ya, prinsip yang sama - memang sama. Say a
tidak mahu menyaksikan apa yang berlaku di dalam FELCRA sekarang
bcrlaku di dalam Khazanah Holdings, sebab itulah saya bangkitkan
perkara ini dan saya akan bangkitkan dari masa ke semasa. Mujurnya
ada pihak........ Seorang Ahli: Boss ada dia jadi burung tiung.
Dr. Tan Seng Giaw: Macam mana burung tiung, saya yang bangkit-
kan hal ini.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, tidak ikut peraturan.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ikut peraturan.
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Dr. Tan Seng Giaw: Itu lebih baik.
Tuan Shahidan bin Kassim: Kita ada seorang burung tiung di
Parlimen ini, adakan Yang Berhormat teringin untuk menjadi burung
tiung yang kedua? Sebab bila Ketua Pemangkang kata "prinsip", dia
pun sebut "prinsip" - saya di sini, dengar.
DR.13.7.94 -93-
Tuan Pengerusi: Kita sudah tidak ada masa lagi, kit a kena
habiskan pada hari ini juga.
Dr. Tan Seng Giaw: Saya hendak habiskan hari ini juga. Saya
sudah habis ini - saya akan pendekkan ucapan saya. Mujurlah pihak
Kabinet pun ada mencadangkan supaya laporan Khazanah Holdings di-
kemukakan kepada Ketua Audit Ncgara dan di Parlimen dan tiap-tiap
tahun saya akan menelitinya. Saya berharap semua butir-butir yang
dibentangkan ini adalah membayangkan keadaan yang sebenar. Tidak
seperti apa yang di bangkitkan oleh Yang Berhormat tadi mengenai
FELCRA. Itu sahajalah, sekian, terima kasih.
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Da to' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Saya hendak beri seorang sahaja lagi di antara
keduanya. Baik, Arau.
5.19 ptg.
Tuan Shah id an bin Kassim [Arau]: Saya menyokong di bawah
Perkara P.28 - Perbendaharaan. Tajuk inikah Tan Sri?
Tuan Pengerusi: Ya, silakan.
Tuan Shahidan bin Kassim: Pertama, di samping menyokong saya
ingin bertanya apakah berkemungkinan Khazanah Holdings yang ekuiti-
nya 100% daripada Kerajaan bersama-sama menolong badan-badan yang
boleh memperkembangkan institusi kewangan negara ini.
DR.13,7.94 -94-
Kita tahu bahawa di antara badan-badan yang patut menolong memper-
kembangkan institusi kewangan negara ini ialah Bank Negara. Bank
Negara memang itu. tugasnya. Jadi, apakah peranan Khazanah Holdings
akan di bawa ke tahap tersebut untuk membantu perkembangan institusi
kewangan di negara ini? Contohnya, macam perkembangan yang agak
serius iaitu kelembapan di dalam pasaran saham sekarang. Saya
hendak declare interest pun tidak guna tetapi semua orang main
saham, supaya Khazanah Holdings boleh terlibat untuk mempastikan
bahawa perkembangan sekarang adalah perkembangan yang sihat. Di
samping sihat juga membantu untuk raenggerakkan - sebab tiap-tiap
dalam pasaran saham ia memerlukan, leader, dengan izin. Ia memerlu-
kan Ketua, ia memerlukan orang yang pergi ke hadapan. Jadi, apakah
Khazanah Holdings ini yang nilainya begitu besar ini dapat membantu
tentang perkembangan saham yang ada sekarang ini?
Penjelasannya tidak diberi dengan jelas kepada saya dan tiap-
tiap kali Parlimen pun, kita tidak pernah diberi dengan jelas ber-
hubung dengan kegunaan wang ini, hanya disebut tambahan sebanyak
RM100 juta adalah dikehendaki sebagai modal berbayar bagi menampung
perbelanjaan operasi KKMB. Saya tengok KKMB ini (Khazanah Holdings)
ini, sama bukan? Saya tengok dia telah disenaraikan badan-badan
yang masuk di bawah Khazanah Holdings. Jadi, wang RM100 juta ini
dia masuk di sebelah mana? Saya minta maaf, kalau saya tersilap
bercakap dan bertanya, mungkin tajuk yang berbeza - perbetulkanlah,
oleh kerana tidak diperjelaskan di sini. Jadi, oleh kerana ianya
DR.13.7.94 -95-
telah pun disenaraikan badan-badan yang roasuk di bawah Khazanah
Holdings ini, maka PM100 jut a ini untuk ditambah bahagian mana?
Adakah untuk hendak tambah membantu institusi kewangan dan lain-lain
lagi?
Keduanya, kita ada badan-badan amanah yang besar. Ini merupa-
kan badan-badan amanah yang besar - kalau saya tidak silap. Apakah
berkemungkinan di tnasa hadapan Ketua-ketua Eksekutif akan diberi
pampasan sebagaimana yang telah diberi kepada Khalid Ibrahim, dan
bukan Khalid Ahmad - sepcrti yang telah disebut secara tersilap
semalam, di mana beliau telah diberi ganjaran yang tertentu, yang
dilibatkan dengan saham induk. Kalau sekiranya dia beri bukan dari-
pada Sahara induk, saya ingat, tidak akan timbul masalah sebab ini
ialah duit daripada luar yang di bawa masuk melalui right issue dan
sebagainya. Ini adalah saham induk yang didiskaunkan sebanyak 15%
untuk diberi kepadanya dan selepas itu saya tengok right issue juga
diberi.
Jadi, apakah kernungkinan besar Chief Executive bagi Kumpulan
Khazanah Holdings ini difikirkan untuk dibuat demikian? Kalau
begini terjadi, saya ingat agensi amanah akan kerugian, oleh kerana
tidak ada sumber luar tambahan untuk membantu menggerakkan
perkembangan syarikat yang berkenaan. Kita sedia maklum bahawa
syarikat ini bergerak, kalau sekiranya wang banyak dia boleh banyak
mengadakan projek.
Tetapi yang dok ada itu, katakan RM100 - kita agak-agak, okay
RM15.00 dapat kepada karma, jadi, dia duit luar yang masuk. Tetapi
kalau RM100 ini kita beri nilai tambahan dengan 'right issue' dan
sebagainya, dia jadi RM200, jadi modal keluar kita panggil masuk.
DR.13.7.94 -96-
Jadi, adakah berkemungkinan, walaupun soalan ini telah pun di jawab
bahawa ini keputusan Lembaga Pengarah dan sebagainya, saya rasa saya
perlukan jawapan yang lagi sekali, sebab saya takut kalau kita kata
ini keputusan Lembaga Pengarah, nanti Lembaga Pengarah boleh putus-
kan lebih banyak lagi dan diberi kepada orang lain. Saya rasa orang
yang menyebabkan PNB maju sampai ke tahap sekarang, bukan seorang
tetapi ramai. Adakah seorang sahaja yang harus mendapat ganjaran?
Adakah soalan ini sensitif? Tetapi boleh dijawab, daripada
Pembangkang yang timbulkan baik saya yang timbulkan.
Akhir sekali saya juga sensitif dengan soalan Ketua Pembangkang
Cadi dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah pun menjawab ber-
hubung dengan pertikaian mengenai akaun 1992 dan 1993. Oleh kerana
dia telah dengan secara terbuka menyebutkan di Parlimen ini bahawa
dia mendapat laporan daripada Pegawai-pegawai FELCRA, apakah ini
menyalahi Akta Rahsia Rasmi? Sekali lagi saya mempertikaikan bahawa
nilai undang-undang itu harus dipertahankan supaya tidak dipertikai-
kan. Sebab di Parlimen ini sampai hari penghabis, Tuan Pengerusi
tidak beri saya bercakap dulu sebab banyak undang-undang telah lulus
- sudah dekat pukul 12,00 malam, Tuan Pengerusi kata 'tak boleh' -
kena beri lulus. Undang-undang banyak kita buat dan Malaysia adalah
di antara negeri yang banyak undang-undang, tetapi yang penting
ialah pelaksanaan. Walaupun undang-undang yang ada kecil, tetapi
kalau pelaksanaannya baik, dia jadi hebat. Kenapa orang takut bawa
kereta laju? Sebab Polis Trafik ada sepanjang jalan. Tiap-tiap
minggu saya ke Perlis dengan kereta, saya kena saman sudah banyak
kali. Walaupun saya seorang Wakil Rakyat - dia kata "tidak mahu
DR.13.7.94 -97-
saman - hendak kena saman atau tidak? ", saya kata "saman" - sebab
say a kena saman 11 kali. Kalau ikut sis tern ini lesen saya sudah
kena gantung, tetapi, mujur sistern ini tidak berjalan lagi dan
selepas ini saya tidak bawa laju lagi. Saya berjanji tidak bawa
laju, tetapi saya hendak beritahu bahawa yang penting ialah
pelaksanaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Tang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri mcnjawab.
5.24 ptg.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Mustapa bin Mohamed]: Tuan
Pengerusi, terima kasih saya ucapkan kepada Ahli dari Kepong dan
juga Arau kerana mengambil bahagian dalam membahaskan peruntukan
tambahan yang dipohonkan untuk Khazanah Holdings.
Sebagai mukaddimahnya, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kumpulan Khazanah Nasional Bhd. telah diperbadankan pada 3hb
September, 1993 dan sekarang ini sedang memulakan operasinya.
Ahli dari Kepong banyak menyimpang dan keluar daripada tajuk
asal, tetapi saya akan cuba mengepong beliau dan menjawab perkara-
perkara yang ada kaitan dengan apa yang kita bicarakan. Sebagai
maklumat latarbelakang, ingin saya maklumkan bahawa Menteri Kewangan
(Diperbadankan) - Minister of Finance (incorporated) - MKD -
singkatan bahasa Malaysianya - memiliki saham dalam 37 buah syarikat
secara langsung dan nilai pelaburan ini - nilai taranya ataupun par
valuenya adalah kira-kira RM7.6 ribu juta. Ini merupakan syarikat-
DR.13.7.94 -98-
syarikat yang dimiliki secara langsung oleh Minister of Finance
(incorporated). Ini termasuklah 14 buah syarikat yang baru ditubuh-
kan dalam masa setahun dua ini.
Di antara 37 buah syarikat tersebut, 6 merupakan syarikat-
syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur di man a
mengikut angka terakhir dianggarkan bahawa dengan, izin, market
capitalization, saham-sahara yang dimiliki olch Kerajaan dalam
syarikat-syarikat tersebut yang dimiliki oleh Menteri Kewangan
(Diperbadankan) iaitu Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, PROTON,
EON, HICOM dan MISC - market capitalization milik Kerajaan dalam 6
syarikat tersebut ialah kira-kira RM67 ribu juta.
Jadi, tujuan utama Kerajaan menubuhkan syarikat yang dipanggil
Kumpulan Khazanah Nasional Bhd. ini ialah untuk membolehkan kita
mengawalselia dengan lebih berkesan lagi kesemua syarikat-syarikat
milik Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Pada ketika ini tidak ada agensi tunggal yang menyelia dan
mengawas kesemua syarikat-syarikat tersebut. Walaupun ada Kerajaan
melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah, walaupun ada Wakil-wakil
Kerajaan dalam syarikat-syarikat tersebut, Kerajaan berpendapat
adalah lebih wajar sekiranya pengurusan, pengawasan serta penyeliaan
ke atas ke semua syarikat milik Kerajaan itu diuruskan oleh sebuah
syarikat tunggal kerana banyak faedahnya diperolehi, termasuklah
faedah daripada segi synergy, dengan izin, faedah daripada segi mem-
bolehkan kita menguruskan syarikat-syarikat tersebut dengan lebih
profesional lagi, untuk membolehkan kita meningkatkan nilai
pelaburan dan juga untuk membolehkan kita cuba menambahkan dividen
DR.13.7.94 -99-
yang diperolehi oleh Kerajaan. Itulah tujuan utama kenapa Kerajaan
menubuhkan syarikat ataupun Kumpulan Khazanah Nasional Bhd. ini
dcngan modal berbayarnya........
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Sila.
Tuan Shahidan bin Kassim: Penjelasan Yang Berhormat. Setakat
yang saya dimaklumkan bahawa semua syarikat-syarikat ini adalah
syarikat-syarikat yang pada masa sekarang mendapat keuntungan yang
baik, malah di antara yang terbaik dalam Malaysia. Jadi, apakah
perlu kita buat 'injection' sampai RM100 juta. Untuk apa? Adakah
untuk memulakan syarikat baru ataupun membantu syarikat-syarikat
yang ada? Sebab syarikat-syarikat yang ada, saya ingat sudah
berdikari dan setengahnya adalah merupakan saham. Kita mempunyai
saham di dalam syarikat-syarikat yang berkenaan.
DR.13.7.94 - 100 -
Dato' Mustapa bin Mohamed: Tuan Pengerusi, untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, RM100 juta yang dipohonkan melalui Rang
Undang-undang ini ialah untuk membolehkan kita menyumbang kepada
modal berbayar Kumpulan Khazanah Nasional Berhad. Modal berbayar,
bukan untuk kita memasukkan wang tersebut bagi menambah modal dalam
syarikat-syarikat yang sedia ada. Memang saya hendak jawab perkara
yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Arau itu. Jadi, wang
RM100 juta itu adalah untuk membolehkan kita menyumbang kepada modal
berbayar syarikat ini iaitu RM100 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seterusnya....
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, ada yang bangun lagi, Yang Berhormat.
Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Saya mint a
penjelasan dari Yang Berhormat Dato' Timbalan Menteri. Tadi ada
dimaklumkan kepada Dewan yang mulia bahawa syarikat Kumpulan
Khazanah ini tugas utamanya mengawalselia. Persoalan saya ialah
dengari aset yang banyak, berbilion, dengan 'leverage' yang ada dari
segi kewangan, mengapa tidak ataupun adakah Kerajaan bercadang untuk
memasuki pasaran sendiri atau 'to be a player' dalam industri
sendiri?
Memandangkan banyak industri dalam kita menjadi satu negara
yang maju, banyak industri yang 'heavy' seperti 'chemical',
petroleum yang mana swasta tidak sanggup memasuki industri ini
kerana 'short term'nya tidak mengambil pulangan yang baik tetapi
DR.13.7.94 - 101 -
'long term'nya merupakan kepentingan strategi kepada negara kita.
Adakah Kerajaan meraikirkan menggunakan 'leverage' yang ada untuk
menjadi 'player' dalam industri-industri berat ini yang saya kata
tadi merupakan satu 'strategy interest' negara di masa-masa akan
datang? Terima kasih.
Da to' Mustapa bin Mohamed: Memang, Tuan Pengerusi, Kumpulan
Khazanah Nasional Berhad ini ada rancangan untuk menyertai
industri-industri yang strategik. Cumanya industri tersebut belum
lagi dikenal pasti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, baru-baru
ini rombongan dari Temasek Holdings, Singapore telah pun datang ke
negara kita, Malaysia dan antara perkara-perkara yang dibincangkan
antara pegawai-pegawai Khazanah Malaysia dengan Temasek Holdings itu
ialah kemungkinan untuk menyertai 'ventures' secara usahasama di
luar negara. Jadi, memang dalam perhatian Khazanah Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, negara kita, Republik
Rakyat China dan Mitsubishi dari Jepun telah menandatangani satu
memorandum persefahaman pada bulan Mei dahulu untuk mengeluarkan
enjin dan komponen kereta di negara China dan ini mungkin mel
pelaburan yang agak besar dari pihak Khazanah. Inilah antar
satu projek yang telah pun dikaji dan dalam pertimbangan
Khazanah. Insya Allah, menjelang bulan Oktober ini, keputus
dibuat sama ada Khazanah akan menyertai projek ini setelah
lanjut disiapkan.
DR.13.7.94 - 102 -
Jadi, Tuan Pengerusi, ingin saya memberi jaminan kepada Ahli
Yang Berhormat dari Kepong bahawa Khazanah ini akan mengendalikan
urusannya dengan sebaik-baiknya dan untuk makluman juga, selain
daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri, Ahli Lembaga Pengarahnya terdiri dari 6 orang yang lain
iaitu 3 dari sektor awam dan 3 daripada sektor swasta. Kita percaya
dengan gandingan pemimpin-pemimpin negara bersama-sama dengan
pemimpin-pemimpin korporat serta pegawai-pegawai tinggi Kerajaan
ini, maka Khazanah Holdings akan berjaya untuk memenuhi hasrat yang
dihajatkan oleh Kerajaan iaitu untuk memastikan bahawa pelaburan
Kerajaan akan diawasi, pengurusannya akan dapat ditingkatkan lagi
dan dengan itu akan membolehkan kita menerima dividen yang lebih di
masa akan datang.
Pada masa ini, Kerajaan memang menerima dividen daripada
beberapa buah syarikat tetapi pandangan kita sekiranya syarikat ini
diuruskan dengan secara lebih profesional, dengan adanya synergy,
dengan adanya pengurusan yang cekap, maka potensi untuk mendapat
pulangan yang lebih baik itu memang terbuka luas. Itu sahaja yang
dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kepong yang ada kaitan dengan
Rang Undang-undang yang kita bicarakan.
Seterusnya persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari
Arau. Saya telah pun menjawab berkaitan dengan RM100 juta. Untuk
makluman Ahli Yang Berhormat juga, Khazanah ini mempunyai kakitangan
yang tidak ramai dan berdasarkan kepada recruitment, dengan izin,
DR.13.7.94 - 103 -
yang telah dibuat ketika ini, kita anggarkan kos pengurusan hanya
kira-kira RM2 juta setahun. Jadi, berbanding dengan nilai pelaburan
yang begitu tinggi, nilai taranya lebih RM7,000 juta dan nilai
pasaran syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala
Lumpur kira-kira RM67 ribu juta, maka kos pengurusan sebanyak RM2
juta setahun adalah difikirkan amat wajar.
Seterusnya Yang Berhormat Arau juga ingin tahu sama ada
Khazanah ini akan memainkan peranan untuk membantu menggerakkan
pasaran, sama ada ia akan memainkan peranan sebagai, dengan izin,
market leader khususnya dalam BSKL. Pada masa ini, ingin dijelaskan
bahawa Lembaga Pengarah Khazanah ini baru sekali bermesyuarat dan
belura membincangkan perkara khusus yang akan dilakukan dan berkaitan
dengan pasaran Saham ini, Kerajaan berpendapat bahawa tidaklah wajar
untuk mencampuri pasaran dan Yang Berhormat dari Arau sudah pasti
tidak berpuas hati dengan jawapan ini kerana beliau sudah pun
'declare interest', telah pun mengatakan kepentingan beliau. Buat
masa ini, Khazanah tidak ada sebarang rancangan untuk menyertai
ataupun untuk membantu menggerakkan pasaran seperti yang dihasratkan
oleh Yang Berhormat dari Arau. Itu jawapan. yang tepat daripada
persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Arau.
Mengenai persoalan seterusnya berkaitan dengan apa yang
dipanggil sebagai ganjaran yang dikatakan diberikan kepada Dato'
Khalid Ibrahim dalam Guthrie. Persoalan khusus yang dibangkitkan
oleh Yang Berhormat dari Arau sama ada Ketua Eksekutif Khazanah ini
DR.13.7.94 - 104 -
akan diberikan kemudahan yang serupa. Ini saya ingin menyatakan,
seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen Kementerian Kewangan semalam dan juga diulangi oleh Yang
Berhormat dari Arau bahawa ganjaran ataupun saham dalam Guthrie yang
telah diperuntukkan kepada bekas Ketua Eksekutif itu telah pun
dipersetujui oleh Lembaga Pengarah PNB dan kita ingin menekankan
bahawa adalah tidak menjadi dasar Kerajaan untuk khususnya Ketua
Eksekutif Khazanah Malaysia ini untuk menerima apa-apa ganjaran
seperti mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dari Arau itu.
Saya kira, saya telah pun menjawab kebanyakan persoalan yang
dibangkitkan kecuali jika ada perkara-perkara baru.,.
Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita tidak ada
masa ini. Kita ada tidak sappai sejam lagi untuk menghabiskan
kesemua ini.
Dato' Haji Mustapa bin Mohamed: Okay, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Terpulanglah, sekiranya kita hendak sambung
malam ini, kita boleh sambunglah. Sila, sila.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya hendak tanya sedikit sahaja.
Apakah boleh saya membuat cadangan di sini supaya Ketua Eksekutif
yang mengepalai agensi amanah yang besar macam ini kita berikan
ganjaran sebab kita pernah beri kepada seorang, kita beri lagi
kepada. seorang. Saya hendak cadangkan supaya. ini dijadikan satu
peraturan yang boleh kita ikuti sebab ' saya ingat untuk keadilan,
saya hendak cadangkan.
DR.13.7.94 - 105 -
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, perkara itu ialah perkara
dasar.
Dato' Haji Mustapa bin Mohamed: Tidak payah jawablah, Tuan
Pengerusi. Kita akan jawab selepas ini. Terima kasih.
Tuau Pengerusi: Tidak payah jawablah. - Baik, sudah?
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan
sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud P.28 yang disebutkan dalam
Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 1994 di bawah
Kementerian Kewangan hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan,
Wang sebanyak RM100,000,000 untuk Maksud P.28 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994.
DR.13.7.94 - 106 -
Maksud B. 36 [Jadual] -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B.36 di bawah
Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk di bahas. Ya, Batang Lupar.
5.41 ptg.
Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih
Tuan Pengerusi. Saya betul-betul pendek bercakap ini sebab kita tak
ada masa.
Berhubung dengan Maksud B.36, PM49,600,000 untuk membeli
komputer bagi Jabatan Polis ini. Jadi soalan saya yang pertama,
kalau tak salah saya, pada tahun 1980, pihak Polis pun ada membuat
Computerisation of Police Department dan apakah telah berlaku dengan
sistem yang telah dibuat pada tahun 1980 itu? Adakah tidak men-
cukupi untuk Jabatan Polis dalam keadaan sekarang ataupun komputer
yang dibuat tidak begitu menepati kehendak-kehendak department
tersebut?
Soalan yang kedua, sudahkah wang yang sebanyak RM49.6 juta ini
digunakan dan untuk apakah wang ini? Adakah untuk sistem komputer
secara sentralisasi di seluruh Jabatan Polis di seluruh negara atau-
pun bagaimana? Oleh kerana saya tahu sendiri soal pengkomputeran
Jabatan Polis ini. Sebab dahulu, semasa tahun 1980-an dia buat
DR.13.7.94 - 107 -
sistem komputer, apabila seseorang pegawai hendak mencari detail
seseorang pegawai lain dalam komputer ilu, dia tekan dengan butang,
keluarkan informasi, jadi informasi yang keluar daripada komputer
tersebut tidak menepati apa yang kita tahu dengan realitinya.
Jadi, adakan peruntukan yang dibuat ini termasuk latihan
operatornya, peruntukan untuk mengambil kakitangan dan anggota-
anggota baru yang mahir, yang pandai dan yang tahu, bukan sahaja
untuk operate komputer itu, tetapi untuk memprogramkan komputer.
Program komputer ini kadang-kadang perkara ini kalau dibuat dengan
betul, ia menolong; kalau tidak dibuat dengan betul akan menjadi
gejala yang tidak baik kepada kita kerana tidak kurang padahnya.
Suatu ketika dahulu berlaku peristiwa seorang pegawai yang
kelulusannya Form 3 sahaja; apabila dicheck di komputer pegawai yang
tertentu, keluar information yang mengatakan bahawa dia ada
mempunyai Ph.D. pula. Ini menunjukkan ketidakcekapan untuk
menggunakan komputer, kesalahan operator dan kesalahan orang yang
mengendalikan komputer ini. Jadi soalan saya, adakah latihan yang
khusus dibuat dengan wang yang begitu banyak dan adakah program ini
sudah mencukupi untuk keperluan pihak Polis yang ada sekarang ini
dan bagaimana peningkatan kehendak program itu nanti? Kerana tiap-
tiap program komputer ini saya selalu tanya soalan ini. Kalau kita
hendak meningkatkan kehendak kita itu, peruntukan yang lebih besar
akan dikehendaki, lebih besar daripada yang ada sekarang ini.
PR.13.7.94 - 108 -
Kalau RM4 juta yang dikehendaki, kalau hendak upgrade programnya,
kita berkehendakkan RM4 juta lagi. Jadi sekarang, kita telah
lulus RM49.6, kalau kita hendak upgradekan, mungkin kita
berkehendakkan sebanyak yang sama juga. Jadi, itu yang saya tanya
supaya Kerajaan jangan membuangkan wang dengan sebegitu sahaja.
Tujuannya memang baik, saya bersetuju dan saya menyokong, Tuan
Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi: Arau.
5.45 ptg.
Tuan Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Pengerusi, saya di
samping menyokong, saya hendak minta supaya ditambah lagi sebab ini
pengalaman pahit. Tuan Pengerusi, saya hendak tanya bagaimana.....
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat.......
Tuan Shahidan. bin Kassim: Ya.
Tuan Pengerusi: Perkara dait ini....duit ini Yang
Berhormat....
Tuan Shahidan bin Kassim: Contoh, contoh.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat. . .duit ini
telah pun dibelanjakan......
Tuan Pengerusi: Macam mana hendak minta tambah? Saya tak
fahamlah logiknya. [Ketawa] Kalau.....
Tuan Shahidan bin Kassim: Tidak. Yang dibelanjakan Tuan
Pengerusi, ini buat lagi, masukkan lagi supplementary budget ini.
DR.13.7.94 - 109 -
Tuan Pengerusi: Jikalau sudah cakap macam itu, ia mahu jadi
perkara lain. Itu terkeluar daripada perkara yang kita berucap Yang
Berhormat.
Tuan Shahidan bin Kassim: Ya. Saya hendak bertanya kepada
Yang Berhormat, oleh kerana duit telah diberi dan telah
dibelanjakan, tetapi saya masih menghadapi masalah. Itu sebab saya
minta tambah, Tuan Pengerusi. Sebab Tuan Pengerusi tak pernah kena
saman; saya kena saman! Saya kena saman di Alor Setar, saya mari ke
Kuala Lumpur, Tuan Pengerusi. Saya kena balik ke Alor Setar,
bayar. Itu sebab saya kata, kalau ada sistem komputer yang ada
sekarang, saya boleh bayar di Kuala Lumpur. Itu yang saya hendak
tanya Tuan Pengerusi, itu sebabnya saya minta tambah. Suruh dia
belanja dahulu sebab biasanya belanja dahulu, baru minta tambah.
Saya harap berkenaan, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Ya, kita ada 45 minit lagi dan ada berapa
Kementerian lagi, saya tak tahu. Adakah kita bersetuju....
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya tahu Tuan Pengerusi mengejar
masa, tetapi saya ingat kalau mereka tak mahu bincang secara serius,
saya ingat tak payah bawa ke sini, Tuan Pengerusi. Itu sebab saya
hendak tanya itu. Sebab kebimbangan saya sekarang ini sebab
kadang-kadang kita buat undang-undang ini, kita terpaksa mari pinda
balik. Kita bincang puas-puas Tuan Pengerusi. Minta maaf, Tuan
Pengerusi, saya cukup hormat, Tuan Pengerusi macam bapa saya, tetapi
saya minta tolong.
DR.13.7.94 - 110 -
Tuan Pengerusi: Ya, soalnya kita dibenarkan di bawah Peraturan
Mesyuarat selama 2 hari. Jadi kalau sekiranya kita hendak melebihi,
ini salah pula dengan Peraturan Mesyuarat. Itu sahaja.
Tuan Shahidan bin Kassim: Salah itu saya tabu.....
Tuan Pengcrusi: Jikalau sekiranya kita hendak meminda
Peraturan Mesyuarat supaya kita boleh bermesyuarat sehingga 5 hari
di dalam dasar, silalah bawa satu cadangan untuk meminda Peraturan
Mesyuarat itu. Jadi, senanglah kami yang menjadi Pengerusi di sini
menjalankan tugas-tugas kami. Sila teruskan ya.
Tuan Shahidan bin Kassim: Saya beri peluang Tuan Pengerusi
bercakap tadi. [Ketawa]
Tuan Pengerusi, saya hendak tanya sejauh mana wang yang
dibelanjakan ini kita telah dapat mengadakan sistem komputer
ini. Kalau tak boleh pun tiap-tiap balai Polis, Ibu Pejabat Polis
tiap-tiap negeri, cukup Tuan Pengerusi. Cukup. Sekarang ini saya
minta supaya saman ini - saman kereta atau saman speed trap ini,
sebab saya 11 kali, Tuan Pengerusi. Saya minta dicomputerisekan.
Saya hari itu terlepas hendak pergi naik kapalterbang sebab saya
kata, saya hendak kena naik kapalterbang. Dia kata, "Eh, dah buat
salah, kena samanlah!". Dia tulis lambat, Tuan Pengerusi!
Kalau Tuan Pengerusi, saya hendak minta Tuan Pengerusi bawa
kereta biasa, boleh jadi dia tak kenal Tuan Pengerusi, Tuan
Pengerusi tengok, dia tulis kadang-kadang dekat 10 minit, kasihan
dekat dia. Gunakan borang komputer supaya bila dia balik dari
pejabat, dia masukkan di dalam komputer, jalan semua. Jadi kita
boleh bayar di mana-mana, Tuan Pengerusi, Sekarang ini menjadi
DR.13.7.94 - 111 -
masalah, pertama, kena hukum RM200 atau RM300. Yang keduanya, kena
patah balik, perbelanjaan untuk balik berapa? Masa hendak pergi itu
kena saman lagi sekali! Kena patah balik, pergi bayar di Ipoh.
Jadi, habis kita mencemperakan orang dibuatnya. Kalau boleh
Tuan Pengerusi, sistem yang ada sekarang ini saya hendak minta,
akhir sekali - saya hendak minta akhir sekali sebab Tuan Pengerusi
minta kejar masa; saya kejar betul-betul masa. Akhir sekali supaya
sistem ini boleh bercakap dengan sistem Pejabat Pos. Yang Berhormat
Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dengan hebatnya menyebutkan bahawa
pos sekarang ini akan dicomputerisekan di seluruh negara, beri dia
bercakap dengan Pejabat Pos supaya kita boleh juga bayar di Pejabat
Pos. Pejabat Pos sekarang, ia menerima macam-macam, bayar bil
elektrik, bayar itu, bayar ini, semua boleh, fasal apa bayar saman
tak boleh?
Senang, saya boleh pergi ke Pejabat Pos dekat kampung saya,
saya bayar. Saya pergi ke Pejabat Pos di mana-mana, sebab hendak
datang ke Balai Polis, lambat. Supaya pihak Polis benarkan kita
bayar kompaun di Pejabat Pos. Dengan itu Kerajaan dapat revenue
lebih dan orang ramai tak susah. Itu sahaja. Komputer ini dibuat
untuk menyenangkan orang ramai dan menyenangkan Jabatan. Kita kena
sedia maklum bahawa komputer ini cukup penting bagi pihak Polis.
Pihak Polislah patut ada komputer dahulu daripada orang lain!
Tuan Pengerusi pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi tahu
masalah ini. Masalah dokumen dan sebagainya kerana rekod mereka
cukup susah hendak disimpan. Balai Polis buruk macam itu sahajalah,
tetapi tak apa, yang penting ialah sistem maklumat yang ada yang
DR.13.7.94 - 112 -
dapat dikumpul itu dapat disampaikan dengan cepat. Jadi, saya
menyokong, Tuan Pengerusi. Kejar masa itu, Tuan Pengerusi.
Beberapa Ahli: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Ya, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen
Kementerian menjawab ya. Minta maaf. Yang Berhormat dari Kepong
kata boleh habis hari ini, kelmarin. Dia kata kelmarin, tak panjang
dah.
5.49 ptg.
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka
Ting]: Terima kasih, Tuan Pengerusi, Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Batang Lupar dan Ahli Yang
Berhormat dari Arau.
Beberapa perkara telah dibangkitkan berkaitan dengan
penkomputeran, iaitu Anggaran Perbelanjaan Pengurusan Tambahan yang
diminta untuk ditimbang diluluskan hari ini. Selaraa ini pihak Polis
Di-Raja Malaysia atau PDRM masih belum ada sistem komputer on-line
untuk membayar kompaun dan juga untuk beberapa sistem
profesionalisme yang lain. Kali ini RM49.6 juta ini sebenarnya
adalah untuk tujuan meningkatkan profesionalisme Pasukan Polis
supaya Pasukan Polis kita boleh setanding dengan kemajuan negara dan
juga pasukan-pasukan Polis serantau ini.
DR.13.7.94 - 113 -
Projek komputer pada tahun 80-an adalah boleh dikatakan rancangan
yang berasingan, tidak di"link-up". Tidak merupakan satu sistem yang
complete. Yang tidak ada "main frame", yang tidak ada di"extend"
kepada Pejabat-pejabat Polis di peringkat negeri ataupun peringkat
daerah. Kali ini kit a telah rancang supaya salah satu tujuan ialah
apa yang disebut dan ditekankan oleh Ahli Yang Berhormat dari Arau
iaitu memastikan semua saman-saman, Compound Traffic offences ini
dengan izin, boleh dibayar secara "on-line".
Satu sistem "Compound On-line Payment System" (COPS) telah pun
dirancang dan telah pun dijalankan. Pada masa ini sebahagian daripada
peruntukan yang diminta hari ini iaitu sebanyak RM12.3 jut a adalah
untuk tujuan itu, di mana pada masa ini projek COPS ini telah dipasang
di 43 Cawangan Trafik di seluruh negara iaitu Cawangan-cawangan Trafik
yang berdekatan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan untuk membolehkan
mereka membayar saman di mana-mana tempat sahaja.
Tidak ada lagi masalah yang ditimbulkan oleh Ahli Yang Berhormat
dari Arau kalau dia ada masalah saman di tempat lain selain daripada
tempat yang dia duduk ataupun kerja, dia boleh bayar di mana-mana satu
Cawangan Trafik yang ada komputer pada masa ini. Tetapi sistem ini
masih belum lengkap sehingga seluruh negara. Kita perlukan wang lebih
banyak supaya boleh perluaskan ke semua Cawangan Trafik iaitu 98 buah
Cawangan Trafik lagi sebelum akhir tempoh Rancangan Malaysia Keenam
iaitu dalam tahun ini dan tahun depan. Itulah sebahagian daripada
wang ini adalah untuk tujuan itu.
I) .13.7.94 - 114 -
Selain daripada itu pihak Polis juga perlu mempertingkatkan
keberkesanan untuk mengesan penjenayah dan juga untuk cara mengatasi
masalah-masalah kegiatan jenayah seperti kita perlu adakan sistem yang
baru seperti Automated Finger Identification System. Sebanyak RM10
juta daripada peruntukan ini akan diguna untuk mengadakan satu sistem
di mana "finger print" yang kita hendak kesan kepada suapek-suspek
ataupun kumpulan-kumpulan yang disyaki itu boleh dikesan dengan
komputer secara "on-line" dan dengan serta-merta. Ini adalah cara-
cara yang penting.
Selain daripada itu, pengkomputeran pada peringkat IPK ataupun
IPD iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah ataupun Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Negeri, semuanya akan dibekalkan dengan komputer-komputer supaya semua
kegiatan Polis dari segi pentadbiran, dari segi mengumpulkan maklumat,
mengesankan kegiatan jenayah, semuanya dapat dibantu dan ditingkatkan
keberkesanannya melalui pengkomputeran.
Selain daripada itu, peralatan Cawangan Trafik juga perlu diper—
tingkatkan dan sebanyak RM5 juta akan digunakan untuk peralatan
Cawangan Trafik. Sebanyak RM1.3 juta akan digunakan sebagai satu sum-
bangan kepada mengadakan ASEANAPOL iaitu Polis Asean akan diadakan
supaya ada satu kerjasama yang lebih erat, lebih ditingkatkan dengan
menggunakan komputer "link-up". Itulah tujuan-tujuan yang telah saya
sebutkan, dari segi apa yang akan digunakan daripada wang RM49.6 juta
ini.
DR.13.7.94 - 115 -
Mengenai latihan kakitangan yang akan dilatih pula, memang
kakitangan dari PDRM akan dilatih. Di samping itu ada juga
pegawai-pegawai yang dikhaskan untuk menjaga komputer, yang tabu
sangat mengenai komputer. Latihan asas secukupnya akan diberi kepada
mereka yang akan menggunakan komputer ini dari setnasa ke semasa.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat menjawab apa-apa
soal yang tidak dikeluarkan dalara ucapan tadi.
Tuan Ong Ka Ting: Ya. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Sedikit
sahaja lagi.
Tuan Pengerusi: Haraplah kita jangan membuang masa.
Tuan Ong Ka Ting: Wang yang dibelanjakan ini merupakan sebahagian
daripada perancangan menyeluruh iaitu pada masa yang akan datang jika
ada lebih wang lagi kita akan belanjakan untuk maksud-maksud yang
disebutkan.
Jadi, setakat itu yang saya dapat menerangkan apakah tujuan,
bagaimana kita guna dengan berkesan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa
wang sejumlah RM49,600,000 untuk Maksud B.36 di bawah Kementerian
Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
Maaalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM49,600,000 untuk Maksud B.36 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
DR.13.7.94 - 116 -
Maksud B.42 [Jadual] -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala B.42 di bawah
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat terbuka untuk
dibahas.
[Tiada perbahasan]
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah wang
sejumlah RM255,250 untuk Maksud B.42 di bawah Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat jadi sebahagian daripada Jadual
hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM255,250 untuk Maksud B.42 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
Maksud B.44 [Jadual] -
Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.44 di bawah Kementerian
Penerangan terbuka untuk dibahas. Kepong.
5.57 ptg.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, pendek sahaja.
Mengenai lesen.
Tahun lepas pihak Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa
bayaran lesen televisyen sebanyak RM24 setahun akan dinaikkan kerana
Tahun lepas pihak Yang Berhormat Menteri telah mengatakan bahawa
bayaran lesen televisyen sebanyak RM24 setahun akan dinaikkan kerana
siaran televisyen sekarang semakin baik dengan pilihan rancangan dan
rangkaian yang semakin bertambah. Adakah keputusan telah dibuat untuk
menaikkan kadar bayaran pada lesen ini? Ini penting kerana kita ada
banyak sistem lagi sekarang, SNS, SSN ataupun banyak lagi dan sehingga
tahun 2000 akan ditambah lagi beberapa stesen dan bagaimana semua ini
DR.13.7.94 - 117 -
dapat dibayar - SNS dan sebagainya. Itu kita perlu tahu kerana dua
tiga hari yang lepas pihak Yang Berhormat Menteri telah mengumumkan
syarikat-syarikat yang mendapat kontrak untuk SNS dan sebagainya. Ttu
sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri Penerangan
diminta menjawab.
5.59 ptg.
Timbalan Menteri Penerangan [Tuan Railey bin Haji Jaffrey]: Tuan
Pengerusi, saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari
Kepong yang telah menyentuh secara ringkas bcrhubung dengan Bahagian
Pelesenan Kementerian Penerangan.
Perkara yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi iaitu
cadangan untuk menaikkan kadar lesen TV daripada RM24 hingga RM36
seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan
tidak lama dulu, sebenarnya tidak dilaksanakan kerana Kerajaan bclum
berniat hendak menaikkan kadar lesen pada masa kini kerana bayaran
lesen RM24 didapati memadai. Kalau pun ada rancangan-rancangan masa
depan bagi menambahkan kadar lesen ini, perlu dilihat daripada
praktiknya, dari segi pertambahan saluran televisyen daripada yang ada
sekarang ini, sama ada SNS mahu pun pertambahan- "chanel-chanel" yang
lain.
Kedua, saranan Yang Berhormat Menteri Penerangan bukanlah
semata-mata hendak mengimplementasikan rancangan untuk menaikkan kadar
lesen TV, tetapi ingin melihat reaksi daripada orang ramai sama ada
perkara yang dicadangkan itu dapat diterima atau tidak.
DR.13.7.94 - 118 -
Ternyata sekali bahawa apabila saranan ini dibuat terdapat
reaksi-reaksi yang tidak menyetujukan, yang memberikan sebab di.
antaranya kerana channel TV, pertama, bukan semua dapat menerima di
seluruh negara, masih ada tempat-tempat yang belum menerima.
Saluran TV yang ada sekarang pun memadai dan tidak perlu ditambah
daripada segi penukaran lesen kecualilah pada masa-masa akan datang
apabila saluran ditambah, pendapat mengatakan sesuai, maka baru
bolehlah dipertimbangkan sama ada lesen perlu dinaikkan daripada
RM24 kepada satu jumlah yang akan difikirkan.
Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Kepong bangun, Yang Berhormat.
Dr. Tan Seng Giaw: Tetapi pihak Kementerian telah bercadang
untuk membenarkan TV4 diadakan dan juga satu soalan lagi, kepada
beribu-ribu orang yang menggunakan parabola, tidak dikenakan lesen
juga. Apakah tindakan yang diambil?
Tuan Railey bin Haji Jaffrey: Tuan Pengerusi, TV4 sebenarnya
belum berfungsi lagi walaupun kebenaran untuk beroperasi telah pun
dikeluarkan, jadi ini tidak boleh diambil kira sebagai asas untuk
kita menambahkan lesen. Seperti yang saya katakan tadi, di samping
TV4 akan banyak juga saluran-saluran lain yang akan wujud selain
daripada Satellite Network Service (SNS), mahu pun pengwujudan
satelit sendiri pada masa depan yang berkemungkinan mewujudkan lebih
banyak saluran-saluran TV, yang juga memungkinkan atau menjadikan
asas bagi Kerajaan untuk menambahkan lesen TV daripada RM24 kepada
DR.13.7.94 -119-
jumlah yang akan difikirkan, Tetapi buat masa kini memang belum ada
sebarang keputusan, apatah lagi sebarang pertimbangan untuk
menaikkan lesen TV ini daripada RM24 kepada harga yang lebih tinggi
lagi.
Soalan kedua yang ditimbulkan tadi oleh Yang Berhormat dari
Kepong, mengapa penggunaan parabola yang digunakan oleh orang-orang
yang tidak dibenarkan tidak diambil tindakan. Yang sebenarnya,
pcnggunaan-penggunaan yang berlaku ini sama ada di negeri Sarawak
ataupun di mana-mana ialah haram.
Yang kedua, Licensing Authority atas perkara ini ialah kepada
Kementerian Tenaga, Telekora dan Pos yang kita dengar tidak berapa
lama dulu, Menteri Tenaga, Telekora dan Pos telah menjawab bahawa
mereka akan mengambil tindakan terhadap perkara ini.
Tuan Pengerusi, saya fikir hanya sekian sahaja yang dapat saya
sampaikan sebagai penjelasan berkenaan perkara yang ditimbulkan oleh
Yang Berhormat dari Kepong khasnya berhubung dengan masalah lesen TV
yang disebutkan tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah
bahawa wang sejumlah RM13,332,200 untuk Maksud B.44 di bawah
Kementerian Penerangan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah
disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.
Wang sebanyak RM13,332,200 untuk Maksud B.44 diluluskan jadi
sebahagian daripada Jadual.
DR.13.7.94 -120-
Maksud B.49 [Jadual] -Maksud P.49 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994] -
Tuan Pengeruaii Kepala Bekalan B.49 di bawah Kementerian
Tenaga, Telekoma dan Pos terbuka untuk dibahas. Ya, Tanjong.
6.04 ptg.
Tuan Lim Kit Slang [Tanjong]: Tuan Pengerusi, peruntukan
ini mengenai projek-projek janakuasa di Sabah. Sebenarnya, dalam
100 hari pemerintahan Barisan Nasional di Sabah, di mana Barisan
Nasional berkata bahawa dalara '100 days' mereka akan mula menunaikan
semua janji-janji pembangunan dalam negeri Sabah. Tetapi apa yang
rakyat Sabah lihat dalam "100 days' ini, khasnya dalam bekalan
kuasa, adalah bekalan kuasa putus berkerap-kali lebih teruk daripada
masa pemerintahan PBS.
Ini bukan satu perkara yang baru dan dalam Dewan yang mulia
ini, 7hb Julai dalam masa Soal Jawab, Yang Berhormat Menteri Tenaga,
Telekom dan Pos ada memberi rancangan-rancangan untuk mengatasi" masalah bekalan elektrik dan beliau sifatkan sebagai kritikal". Dia
sendiri kata "kritikal'. Pada masa ini bekalan elektrik di kawasan
Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah kritikal. Usaha-usaha
sedang dilaksanakan untuk menambah keupayaan dengan kadar segera di
ketiga-tiga kawasan tersebut.
Tahun lalu - Julai: Apabila dalam perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan Tambahan mengenai satu projek untuk Sabah, masa itu saya
ada bangun untuk membuat teguran-teguran mengenai
kegagalan-kegagalan LLS dan Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos
untuk memastikan bahawa rakyat Sabah mendapat bekalan elektrik yang
DR.13.7.94 -121-
cekap. Masa itu pun dia kata, "Oh' kita ada banyak rancangan untuk
Tawau dan Sandakan". Semua diulangi dalam jawapan minggu lalu. Apa
yang dia umumkan pada tahun lalu dalam bulan Julai, dia ulangi di
Julai tahun ini. Apa dia kata dalam tahun lalu, dia buat jaminan
mengenai Tawau, dia kata mengenai projek-projek di Tawau untuk
mengatasi masalah bekalan kuasa di Tawau. Dia kata, "pelaksanaan
projek ini akan menjamin kestabilan bekalan elektrik di stesen Tawau
dan ini amat penting bagi pembangunan ekonomi dan industri di
kawasan ini". Hari ini, 12 jam hari-hari putus bekalan kuasa di
Tawau sehingga perlu dua orang ada "hunger strike".
Kemudian dia kata, ada rancangan-rancangan Sandakan untuk
seluruh Sabah, Apa dia kata? Dia kata, bahawa selepas semua
rancangan-rancangan dilaksanakan, dalam 9 bulan masalah-masalah
"power supply" di Sabah boleh diatasi. Selepas rancangan-rancangan
yang disebutkan bahawa LLS berupaya memenuhi permintaan-permintaan
baru yang sebelum ini dihadkan. Kalau begitu, tidak patutlah ada
keadaan "power crisis" yang beliau sendiri sifatkan sebagai kritikal
di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu. Atas prestasi ini, siapa
boleh percaya bahawa jaminan yang sekarang diulangi, bahawa
masalah-masalah "power supply" di Sabah tentulah boleh diselesaikan,
sama ada "fast track" atau "slow track" atau "no track"
projek-projek yang ada disebutkan.
Rakyat Sabah berharap bahawa Kerajaan Barisan Nasional
menunaikan janji-janji pembangunan yang dibuat dalam pilihanraya
besar di Sabah baru-baru ini. Tetapi daripada prestasinya mengenai
DR.13.7.94 -122-
infrastruktur bekalan kuasa, nampaknya sudah gagal dalam "the first
100 days". "Record report card" ialah merah (crimson red). Inilah
perlu diatasi.
Bolehkah dalam Dewan yang mulia ini, dalam masa Soal Jawab,
beliau berkata, "Oh! masa itu bincang dengan Yang Amat Berhormat
Timbalan Perdana Menteri mengenai satu peruntukan RM45 juta". Bila
ada soalan DAP dikemukakan di Dewan ini, barulah dia cari Yang Amat
Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Dalam Dewan ini baru bincang.
Ini menunjukkan bukan suatu kecekapan. Ini menunjukkan tidak ada
kecekapan, tidak ada kecekapan! Kalau tidak ada soalan DAP -
tidur! Terus tidur! Sampai sekarang masalah begitu kritikal, Yang
Berhormat Menteri pun tidak pergi ke Sabah. Saya tidak mahu sebut
Yang Berhormat Timbalan Menterilah, pergi pun tidak gunalah.
DR,13.7.94 - 123 -
Yang Berhormat Menteri sendtri pun tak pergi, kenapa? Patutlah stesen
di sana bagi mengatasi masalah. Kalau tak boleh mengatasi masalah,
jangan baliklah.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, ada lagi point yang lain?
Tuan Lim Kit Siang: Ya. Baru-baru ini ada satu kebakaran yang
besar, ini pun ada bersangkut-paut dengan masalah 'electricity supply'
dan masalah perbekalan air dan lain-lain. Saya haraplah bahawa
masalah ini boleh menjadi satu perkara atau bab sejarah dan kita tidak
perlu mengulangi isu-isu 'power crisis' di Sabah. Sekian, terima
kasih.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
6.11 ptg.
Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Fos [Dato' Mohd. Tajol
Rosli bin Mohd, Ghazali]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan ribuan
berkenaan dengan peruntukan untuk Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos,
Saya sedar berkenaan dengan terputusnya bekalan elektrik yang berlaku
di Sabah, tetapi apa yang perlu kita maklum dan kita ingat ialah
bahawa Lembaga Letrik Sabah, kalau dahulunya dikendalikan oleh
Kerajaan Negeri Sabah, tetapi oleh kerana ketidaksanggupan Kerajaan
Negeri Sabah mengendalikan Lembaga Letrik Sabah, maka Lembaga Letrik
Sabah telah diminta supaya diambil alih oleh Kerajaan Pusat dan hari
ini Kerajaan Pusat mengambil alih, membeli semua ekuiti Kerajaan
Negeri Sabah dalam Lembaga Letrik Sabah,
DR.13.7.94 - 124 -
Tuan Pengerusi, memang tepat sebagaimana yang dikatakan oleh Ahli
Yang Berhormat dari Tanjong bahawa kita mencuba sedaya upaya untuk
mengatasi masalah terputusnya bekalan elektrik di Sabah dan menjadi
tambahan tanggungjawab kepada Kementerian apabila Kerajaan Barisan
Nasional sekarang ini berkuasa di Sabah untuk membuktikan kepada
rakyat negeri Sabah bahawa kita benar-benar berhasrat untuk mengatasi
masalah kekurangan tenaga elektrik di Sabah. Maka itulah sebabnya
permohonan-permohonan peruntukan telah dibuat kepada kita di Parlimen
pada hari ini. Ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan
tenaga di Sabah. Dalam mas a setahun ini Kerajaan ataupun Lembaga
Letrik Sabah akan membelanjakan hampir-hampir RM200 juta untuk
mewujudkan stesen-stesen baru (additional station) di negeri Sabah,
iaitu di Sandakan, di Kota Kinabalu dan juga di Tawau bagi mengatasi
masalah ini. Sebagaimana janji yang telah dibuat oleh Yang Berhormat
Menteri, walaupun mungkin ianya terlambat tetapi janji itu kita doakan
akan dapat kita selesaikan menjelang tahun 1995.
Tuan Pengerusi, dalam 100 hari, sebagaimana yang telah disebutkan
tadi, bekalan elektrik lebih teruk keadaannya daripada dahulu. Tetapi
sebenarnya masalah bekalan elektrik ini berlaku di Tawau, lebih
daripada kawasan lain, akibat kerosakan teknikal yang tidak dijangka-
kan ke atas jentera turbine gas 12 mw pada 23hb Mei, 1994. Jentera
ini telah dapat diperbaiki pada 11hb Julai, 1994 jam 7.00 malam.
Bermakna dalam tempoh tidak sarapai pun dua bulan atau sebulan
setengah, kita telah dapat memperbaiki jentera yang terbakar dan rosak
ini dan masalah kekurangan elektrik di Tawau dapat diatasi. Tetapi
sebenarnya keadaaan ini masih lagi teruk, iaitu di Tawau, Sandakan dan
Kota Kinabalu. Kita sedar dan itulah sebabnya dalam permohonan
perbelanjaan bagi tahun 1994 ini, kita telah memberikan satu
peruntukan yang agak besar kepada Lembaga Letrik Sabah bagi mengatasi
masalah kekurangan bekalan elektrik di negeri Sabah. Terima kasih.
DR.13.7.94 - 125 -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah
bahawa wang sejumlah RM123,163,600 untuk Maksud B.49 di bawah
Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos jadi sebahagian daripada Jadual
hendaklah disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM123,163,600 untuk Maksud B.49 diperintahkan
jadi sebahagian daripada Jadual.
Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak
RM43,500J000 untuk Maksud P.49 yang disebutkan dalam Anggaran
Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 1994 hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM43,500,000 untuk Maksud P.49 diluluskan jadi
sebahagian daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.) (Bi.1.2) 1994.
Maksud P.52 [Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994] -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Pembangunan
P.52 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang
perbelanjaan sebanyak RM10 untuk Maksud P.52 yang disebutkan dalam
Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua bagi tahun 1994 di bawah
Kementerian Kerja Raya hendaklah diluluskan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM10 untuk Maksud P.52 diluluskan jadi sebahagian
daripada Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 1994.
DR.13.7.94 - 126 -
Maksud B.53 [jadual] -
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.53
di bawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi terbuka untuk
dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah
RM4,000,000 untuk Maksud B.53 di bawah Kementerian Tanah dan
Pembangunan Koperasi jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah
disetujukan.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Wang sebanyak RM4,000,000 untuk Maksud B.53 diperintahkan jadi
sebahagian daripada Jadual.
Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang
Undang-undang.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawawang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu ratus empatpuluh lima juta, dua ratus sembilan puluh tiga ribu,empat ratus dua puluh (RM145,293,420) diperuntukkandaripada Kumpulan Wang pembangunan bagi tahun kewangan1994, untuk menampung sejumlah Ringgit Malaysia Saturatus empat puluh lima juta, dua ratus sembilan puluhtiga ribu empat ratus dua puluh (RM145,293,420) bagiMaksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan keduapenyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua1994 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelasdan keduabelas penyata tersebut.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
DR.13.7.94 - 127 -
Bacaan Kali Yang Ketiga
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Dato' Dr Affifudin
bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa
Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 1994 telah ditimbangkan dalam
Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan, Saya mohon
mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga
dan diluluskan sekarang.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Douglas
Uggah Embas]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya
ialah bahawa Rang Undang ini dibacakan kali yang ketiga dan
diluluskan sekarang.
Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.
USUL
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang
diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya
mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:
DR.13.7.94 - 128 -
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) AktaKumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawawang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu ratus empatpuluh lima juta, dua ratus sembilan puluh tiga ribu,empat ratus dua puluh (RM145,293,420) diperuntukkandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan1994, untuk menampung sejumlah Ringgit Malaysia Saturatus empat puluh lima juta, dua ratus sembilan puluhtiga ribu empat ratus dua puluh (RM145,293,420) bagiMaksud-maksud dan Butiran-butiran . (Projek-projek)seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan keduapenyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua1994 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelasdan keduabelas penyata tersebut
hendaklah disetujukan.
Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon
menyokong,
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya
ialah bahawa usul seperti mana yang dibacakan oleh Yang Berhormat
Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, hendaklah disetujukan.
DR.13.7.94 - 129 -
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) AktaKumpulan Wang pembangunan 1966, membuat ketetapan bahawawang tambahan sebanyak Ringgit Malaysia Satu ratus empatpuluh lima juta, dua ratus sembilan puluh tiga ribu,empat ratus dua puluh (RM145,293,420) diperuntukkandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan1994, untuk menampung sejumlah Ringgit Malaysia Saturatus empat puluh lima juta, dua ratus sembilan puluhtiga ribu empat ratus dua puluh (RM145,293,420) bagiMaksud-maksud dan Butiran-butiran (Projek-projek)seperti yang dinyatakan dalam ruang pertama dan keduapenyata Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Kedua1994 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun1994 dan yang disenaraikan di sebelah Maksud-maksud danButiran-butiran (Projek-projek) dalam ruang kesebelasdan keduabelas penyata tersebut.
DR.13.7.94 - 130 -
RANG UNDANG-UNDANG INSURANS (PINDAAN) 1994
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dr Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, ini mungkin ada
kesilapan sedikit kerana saya masih ingat iaitu Rang Undang-undang
No. 22/94 iaitu Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan
(Pindaan)(No.2) 1994, tidak pernah diluluskan di dalam Dewan yang
mulia ini.
Tuan Yang di—Pertua: Nanti sekejap.
Dr Tan Seng Giaw: Tidak pernah diluluskan. Jadi, ini ada
sedikit kesilapan....
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, yang mana itu?
Dr Tan Seng Giaw: DR.22/94 tidak pernah diluluskan di dalam
Dewan yang mulia ini. Cuba kit a semakkan kepada Hansard,. ini
tidak dimasukkan. Ini mungkin ada kesilapan taip....
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang kita akan masuk kepada Peraturan
Mesyuarat yang ke 2 iaitu.,..
Dr Tan Seng Giaw: Saya tahu - saya tahu, tetapi ada satu Rang
Undang-undang yang tidak pernah diluluskan di dalam Dewan yang mulia
ini.
Tuan Yang di-Pertua: Jadi, Yang Berhormat j ikalau sekiranya
hendak bawa perkara itu, beri tahulah kepada saya pada hari lain.
Dr Tan Seng Giaw: Hari lain!
Tuan Yang di-Pertua: Oleh kerana sekarang ini kita sudah masuk
DR. 23/94.
DR 13.7.94 - 131 -
Dr Tan Seng Giaw: Jadi, ini ada kesilapan sedikit. Saya
berharap Tuan Yang di-Pertua, dapat merujuk kepada Hansard ....
Tuan Yang di-Pertua: Saya akan menyelidiki.
Dr Tan Seng Giaw: Untuk mengetahui sama ada Rang Undang-undang
telah diluluskan. Kalau tidak silap saya Yang Berhormat Setiausaha
Parlimen Kementerian Kewangan dia tahu, tidak diluluskan juga.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Oman Bukan saya, Yang Berhormat.
Dr Tan Seng Giaw: Tetapi dia jiran tahulah, tidak diluluskan
lagi. [Ketawa]
Dato' Dr Affifudiu bin Haji Omar: Apa dia Yang Berhormat?
Dr Tan Seng Giaw: Kerana dia sedang menjawab, dia menjawab
tetapi Dewan ditangguh.
Dato' Dr Affifudin bin Haji Omar: Yang Berhormat kebingungan.
[Ketawa]
Dr Tan Seng Giaw: Macam mana ini, dia jiran.
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang kita membincangkan Rang Undang-
undang Insurans (Pindaan) 1994 - DR. 23/94.
Dr Tan Seng Giaw: Tadi, Tuan Yang di-Pertua hendak satu
tulisan atau satu notis ini....
Tuan Yang di-Pertua: Ini Yang Berhormat kata yang belum
ditimbangkan atau diluluskan itu ialah Rang Undang-undang DR.
22/94?
Dr Tan Seng Giaw: Ya.
Tuan Yang di-Pertua: Saya akan ambil periksa ya. Sekarang
kita masuk kepada Rang Undang-undang Insurans (Pindaan) 1994. Sila.
DR 13.7.94 - 132 -
6.23 ptg.
Timbalan Menteri Rewangan [Dato' Mustapa bin Mohamad]: Tuan
Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang
bernama suatu Akta untuk meminda Akta Insurans 1963 dibacakan kali
yang kedua sekarang.
pindaan-pindaan yang dibuat melalui Rang Undang-undang ini
bertujuan memberi perlindungan yang lebih luas kepada pemegang-
pemegang polisi dan pihak yang menujtut di bawah kontrak-kontrak
insurans yang berkaitan dengan syarikat insurans yang digulungkan.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Akta Insurans 1963, pemegang
polisi dan pihak-pihak yang layak menuntut di bawah kontrak insurans
yang berkaitan dengan syarikat insurans yang diperintah untuk
digulungkan tidak mendapat perlindungan yang secukupnya.
Di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Filipina,
perlindungan kepada pemegang-pemegang polisi adalah lebih luas
berbanding dengan negara kita. Kerajaan berpendapat pengalaman
daripada negara-negara tersebut boleh dicontohi oleh negara kita
bagi memastikan pemegang polisi dan pihak yang layak menuntut
mendapat perlindungan yang lebih luas dan adil.
Pada masa ini Kumpulan Wang Skim Guarantee Insurans (KSGI) yang
diwujudkan di bawah peruntukan Akta Insurans 1963, bagi memberi
DR 13.7.94 - 133 -
perlindungan kepada pemegang-pemegang polisi insurans am yang
diperintah untuk digulungkan hanya memberi perlindungan kepada
pemegang-pemegang polisi yang dikelaskan sebagai individu sahaja,
termasuk perkongsian, pertubuhan dan persatuan. Ini bermakna
pihak-pihak lain seperti syarikat-syarikat atau perbadanan tidak
diberi perlindungan sewajarnya di bawah KSGI, dengan demikian
mereka terpaksa menanggung dengan sendiri segala tuntutan insurans
yang berbangkit.
Kerajaan berpendapat sudah tiba masanya skop KSGI ini
diperluaskan kepada kesemua pemegang polisinya sama seperti yang
diamalkan oleh beberapa buah negara yang lain.
Selaras dengan cadangan meluaskan skop perlindungan oleh KSGI
itu, Kerajaan juga mencadangkan supaya kaedah-kaedah pengurusan KSGI
yang lebih kemas dan sistematik diwujudkan bagi memastikan tabung
itu berupaya meraenuhi tuntutan-tuntutan. Ini termasuklah kuasa
untuk mendapatkan suraber kewangan KSGI daripada punca-punca lain,
misalnya melalui pinjaman selain daripada sumbangan melalui levi
yang dibayar oleh syarikat-syarikat insurans seperti yang diamalkan
pada masa ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kadar levi
maksimum yang ditetapkan di bawah Akta Insurans 1963 adalah
sebanyak 1% daripada jumlah premium dalam tahun sebelumnya. Jumlah
DR 13.7.94 - 134 -
wang yang ada dalam KSGI pada masa ini ialah kira-kira RM53 juta.
Selain daripada itu, adalah dicadangkan juga supaya peruntukan
undang-undang yang jelas diwujudkan bagi membolehkan kesemua polisi
insurans ditamakkan daripada tarikh berkuatkuasa perintah pembubaran
syarikat insurans berkenaan dan baki premium dipulangkan kepada
pemegang-pemegang polisi. Penamatan polisi insurans itu adalah
perlu bagi melindungi kepentingan pemegang-pemegang polisi dan
pihak-pihak lain yang layak membuat tuntutan kerana syarikat
insurans itu sedang dalam proses pembubaran, tidak berkeupayaan
untuk memberikan perlindungan insurans atau membayar tuntutan
secukupnya.
Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan cadangan-cadangan yang
saya nyatakan tadi, pindaan sewajarnya perlu dibuat ke atas
seksyen-seksyen 12 dan 29 Akta Insurans 1963. Pada amnya cadangan
pindaan itu melibatkan perkara-perkara berikut:
Yang pertama, Fasal 1 bertujuan memperuntukan tajuk ringkas
Rang Undang-undang.
Kedua, Fasal 2 bertujuan meminda subseksyen 2 dan 4 pada
Seksyen 12A Akta tersebut untuk:
(i) Memperjelaskan dan memperluaskan jenis-jenis
pembayaran yang boleh dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang Skim Guarantee Insurans, ini
termasuklah wang kutipan levi, wang pinjaman
dan derma; dan
R 13.7.94 - 135 -
(ii) Memperjelaskan jenis bayaran yang boleh
dibuac daripada Kuropulan Wang Skim Guarantee
Insurans. Ini termasuk memperluaskan
pemakaian Kumpulan Wang itu kepada semua
tuntutan berhubung dengan suatu polisi dan
bukan sahaja bagi pemegang polisi individu.
Selain daripada itu, ia juga boleh digunakan untuk membayar
balik wang pinjaman yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Insurans
bagi tujuan kumpulan wang tersebut dan bayaran kos pentadbiran
kumpulan wang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu Fasal 2 juga bertujuan
memasukkan subseksyen-subseksyen baru (4B),(4C), (4D) , (4E) dan (5A)
kepada seksyen 12A Akta itu yang berkaitan dengan perkara-perkara
berikut:
(i) Melarang kumpulan wang itu daripada digunakan
bagi membayar apa-apa tuntutan daripada
pengarah, pengawal atau pihak-pihak yang
berkaitan dengan penanggung insurans tak
solven.
Seterusnya, sesuatu tuntutan hanya akan
dibayar jika pihak pembubar diberitahu
mengenai liabiliti itu dalam tempoh 6 bulan
dari tarikh perintah penggulungan atau dalam
apa-apa tempoh lain yang dibenarkan oleh
Ketua Pengarah Insurans.
DR 13.7.94 - 136 -
(ii) Memberi Ketua Pengarah Insurans kuasa untuk
menentukan peratusan tuntutan atau perihalan
tuntutan yang kena dibayar oleh Kumpulan Wang
Skim Guarantee Insurans termasuklah pengenaan
suatu amaun maksimum ke atas tuntutan itu.
Kuasa ini perlu bagi memastikan jumlah
tuntutan yang boleb dibayar adalah setimpal
dengan nilai aset syarikat insurans berkenaan
dan juga jumlah wang yang ada dalam KSGI.
(iii) Memberi kuasa kepada Kumpulan Wang Skim
Guarantee Insurans untuk membayar tuntutan
secara ansuran atau untuk menangguh daripada
membuat pembayaran. Kuasa ini perlu
sekiranya wang yang ada dalam kurapulan wang
Itu didapati tidak mencukupi; dan
(iv) Memberi kuasa kepada Menteri untuk menghadkan
penggunaan wang dalam kumpulan wang itu
kepada jenis-jenis tertentu perniagaan
insurans. Kuasa ini perlu dalam keadaan di
mana wang yang ada dalam KSGI didapati tidak
mencukupi untuk menanggung kesemua tuntutan.
DR 13.7.94 - 137 -
Tuan Yang di-Pertua, Fasal 3 bertujuan memasukkan 2 peruntukan
baru iaitu seksyen 12B dan 12C kepada Akta kepada Akta tersebut.
Seksyen baru 12B mengadakan peruntukan bagi Ketua Pengarah Insurans
dengan kelulusan Menteri untuk meminjam wang bagi Kumpulan Wang Skim
Guarantee Insurans atas terma dan syarat-syarat yang diluluskan oleh
Menteri.
Seksyen baru 12C pula memberi kuasa kepada Ketua Pengarah
Insurans untuk membuat bayaran kepada pihak-pihak yang menuntut
secara pendahuluan. Pembayaran awal itu akan mengurangkan kesulitan
kepada pihak yang menuntut.
Fasal 4 bertujuan memasukkan 4 seksyen.....
Tuan Yang di—Pertua: Yang Berhormat, masa sudah cukup ya.
Sila.
DR.13.7.94 - 138 -
USUL
WAKTU MESYUAEAT DAN URUSAN YANG DIBEBASKANDARIPADA PERATURAN MESYUARAT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Uadang-undang
[Dato'Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan iaitu:
Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Majlis Mesyuarat ini
ditangguhkan sekarang.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak Kamarau]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Mengatasi Kadar Kemalangan Jalan Raya
6.31 ptg.
Tuan Kerk Kim Hock [Pasir Pinji]: Tuan Yang di-Pertua, pada
13hb Februari tahun ini Pengarah Penguatkuasa JPJ, Haji Shamsul
Ariffin telah mengumumkan bahawa JPJ telah meminda peraturan
mengenai had maksimum kompaun bagi kesalahan lalu-lintas. Beliau
berkata bahawa pindaan berkenaan telah diluluskan oleh Pejabat
Peguam Negara dan akan dibentangkan di Parlimen,
Menurut pengumuman yang dibuat, pesalah akan dikenakan bayaran
sebanyak RM200-RM300 bagi kesalahan kali yang pertama; RM400-RM600
bagi kesalahan kali yang kedua; dan RM600-RMl,200 bagi kesalahan
kali yang ketiga.
DR.13.7.94 - 139 -
Pada 16hb Mac tahun ini, Pegawai Perhubungan Awam JPJ
mengesahkan bahawa JPJ akan mencadangkan kepada Kabinet supaya
menaikkan had maksimum kompaun daripada angka RM300, tetapi JPJ
belura menetapkan had maksimum yang baru. Saya tidak faham apakah
sebabnya percanggahan telah berlaku dalam kenyataan yang dibuat oleh
dua orang pegawai JPJ. Apa yang saya ingin timbulkan adalah
keputusan JPJ untuk menaikkan had maksimum kompaun. Saya
berpendapat cadangan ini adalah tidak adil oleh kerana amaun RM300
adalah tinggi sekali memandangkan pendapatan bulanan orang
ramai/rakyat pun tidak melebihi RM1,000. Cadangan JPJ bukan sahaja
tidak akan membawa kejayaan untuk mengurangkan kes pelanggaran
undang-undang tetapi juga memandangkan kenaikan yang dibuat dahulu
telah tidak mendatangkan keputusan yang diingini. Cadangan ini
sebenarnya akan menyebabkan lebih kejadian rasuah.
Pada 8hb Jun, 1990 Menteri Pengangkutan telah berkata bahawa
JPJ akan memperkenalkan satu peraturan baru di mana lesen yang
dikeluarkan kepada pemandu-pemandu baru akan ditarik balik sekiranya
mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam tempoh setahun
selepas lulus ujian memandu. Pada 15hb April tahun ini, Menteri
Pengangkutan juga berkata bahawa tempoh percubaan selama 3 tahun
bagi pemandu baru akan dilaksanakan pada tahun depan. JPJ akan
mengeluarkan lesen, percubaan (probational licence) kepada pemandu
baru dan sekiranya mereka melanggar undang-undang mereka akan
dilarang untuk memandu. Pengumuman ini bermakna bukan sahaja tempoh
percubaan telah dilanjutkan dari satu tahun ke tiga tahun, nampaknya
syarat untuk menarik balik lesen juga telah diperketatkan.
DR.13.7.94 - 140 -
Dahulu Menteri Pengangkutan cuma berkata, "sekiranya mereka
terlibat dalam kemalangan jalan raya" tetapi kini perkataan tambahan
yang digunakan ialah "sekiranya mereka melanggar undang-undang".
Saya membantah cadangan untuk melanjutkan tempoh percubaan dari satu
Cahun ke tiga tahun oleh kerana tujuan tempoh percubaan haruslah
untuk menggalakkan mereka mematuhi undang-undang supaya boleh
mendapat lesen penuh apabila tempoh percubaan tamat. Tempoh yang
panjang itu akan dianggap sebagai rintangan atau hukuman dan dengan
itu tujuan pelaksanaan tidak akan tercapai. Tambahan pula adanya
pemandu-pemandu yang dikenakan saman oleh kerana kesalahan
lalu-lintas yang ringan dan tempoh panjang itu tidak praktikal.
Sebenarnya, terdapat juga undang-undang lalu-lintas dan had
kelajuan yang tidak praktikal di negara ini. Ini bermakna
pemandu-pemandu yang bukan pembunuh jalan raya akan dihukum oleh
peraturan yang tidak adil itu. Maka Kementerian hendaklah mengkaji
bukan sahaja tempoh percubaan yang dicadangkan tetapi hendaklah
memutuskan bahawa penarikan balik lesen cuma akan dibuat apabila
pemandu melakukan kesalahan yang serius, seperti terbabit dalam
kemalangan jalan raya.
Saya juga berpendapat bahawa cadangan Menteri Pengangkutan
untuk mewajibkan kereta baru memasang kerusi keselamatan khas bagi
kanak-kanak adalah tidak adil kepada pemilik kereta yang tidak
mempunyai kanak-kanak atau perailik yang merupakan pemilik kereta
kedua oleh kerana mereka memang tidak memerlukan kerusi keselamatan
khas.
Kempen Keselamatan Jalan Raya Kerajaan hendaklah lebih
DR.13.7.94 - 141 -
menitik-beratkan konsep 'safe driving' dan bukan 'safe car', iaitu
lebih tumpuan diberikan kepada aspek cara seseorang memandu dan juga
keadaan jalan raya. Tanggung jawab Kerajaan hendaklah memastikan
bahawa semua kereta baru memenuhi kehendak peraturan keselamatan
asas atau 'meeting the requirements of basic safety", dengan izin.
Bagi kehendak tambahan seperti pemasangan kerusi keselamatan khas di
mana adanya golongan pemandu yang tidak memerlukan, adalah lebih
wajar dijalankan kempen pub1isiti untuk mendapat sokongan dan
kerjasama secara sukarela daripada pemandu-pemandu.
Saya mencadangkan supaya Kementerian Pengangkutan mengambil
iktibar dari kes cermin gelap dan mendapatkan pendapat orang awam
dan persatuan-persatuan berkenaan sebelum melaksanakan sesuatu
undang-undang. Penguatkuasaan yang diambil ke atas mreka yang
memasang cermin gelap yang tidak dibenarkan pada bulan Januari
hingga April tahun ini telah membawa pendapatan sebanyak RMl>374,740
kepada Kerajaan. Akan tetapi kes ini telah menjatuhkan imej
Keraenterian Pengangkutan oleh kerana sebab-sebab yang diberikan
untuk meminda peraturan cermin gelap pada llhb Mei tahun ini, iaitu
keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan tiada lagi ancaman daripada
komunis bukanlah faktor-faktor yang baru wujud pada bulan Mei tahun
ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajab Zaleha binti
Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memberikan penjelasan
kepada perkara-perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pasir
Pinji tadi.
Mengenai perkara yang pertama, iaitu cadangan untuk menaikkan
DR.13.7.94 - 142 -
kompaun bagi kesalahan lalu-lintas yang dikatakan tidak adil dan
tidak akan membawa kejayaan, sebenarnya Kerajaan mengambil maklum
akan terdapatnya beberapa pihak yang menyuarakan bahawa nilai
bayaran kompaun maksimum yang dikenakan pada ketika ini sebanyak
RM300 terlalu rendah dan mencadangkan supaya ianya dinaikkan. Ingin
saya maklumkan bahawa perkara ini sedang dikaji dan Kerajaan belum
lagi membuat keputusan muktamad untuk menaikkannya atau tidak.
Jadi, saya berharap Yang Berhormat itu tidaklah terlalu risau sangat
kerana kita pun memerlukan masa untuk memikirkan sedalam- dalamnya.
Perkara yang kedua, iaitu melaksanakan tempoh percubaan pemandu
baru sepanjang masa tiga tahun. Ini Kerajaan mendapati bahawa lesen
percubaan perlu diwujudkan untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan
dan memupuk kesopanan pemandu baru semasa berada di jalan ray a.
Walau bagaimanapun, tempoh percubaan ini pun belum ditentukan lagi
secara muktamad tetapi tempoh 3 tahun ini sedang dipertimbangkan.
Semasa dalam percubaan ini pemandu-pemandu baru itu akan dikenakan
sekatan, iaitu dengan syarat-syarat tertentu misalnya mempamerkan
plet 'P' yang bermaksud 'percubaan' dan menghadkan kelajuannya.
Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi, maka tempoh percubaan itu
akan dilanjutkan.
Perkara yang ketiga, iaitu mengenai memasang kerusi keselamatan
untuk kanak-kanak yang diminta dikaji semula. Pada ketika ini
Kerajaan belum lagi menetapkan tarikh untuk mewajibkan kerusi
keselamatan bagi kanak-kanak digunakan dalam kereta. Walau
bagaimanapun, penggunaannya sangatlah digalakkan untuk menjamin
keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada dalam kenderaan. Ingin
DR.13.7.94 - 143 -
saya menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa kedua-dua aspek,
iaitu kenderaan yang selatnat dan pemanduan yang selamat adalah
faktor-faktor yang saling berkait di antara satu sama lain dan
kedua-duanya dititik-beratkan oleh Kerajaan dalam usaha untuk
meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di negara ini.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kerusi kanak-kanak itu
tidak dilekatkan terus di mana-mana kereta. Kalau kita mempunyai
seorang kanak-kanak yang kecil memadailah dengan satu kerusi dan
boleh dipindah-pindahkan daripada mana-mana kereta - first car ke
second car atau third car. Tidak dilekatkan dan tidak bererti
bahawa ianya tidak boleh dialih-alihkan.
Perkara yang keempat, iaitu Yang Berhormat mencadangkan supaya
Kementerian Pengangkutan harus mengumpulkan pendapat rakyat dan
pertubuhan-pertubuhan mengenai pelaksanaan sesuatu cadangan supaya
kesilapan yang berlaku seperti isu cermin gelap tidak berulang.
Sebenarnya, pada hemat saya mengatakan bahawa terdapat kesilapan
oleh Kerajaan mengenai isu cermin gelap ini adalah tidak benar.
Perkara yang sebenarnya ialah, pihak Kerajaan tidak membuat
kesilapan dan jika ada rungutan atau bantahan yang berbangkit
daripada keputusan Kerajaan mengurangkan tahap ketelusan cahaya
daripada 70% kepada 50% adalah datangnya daripada mereka yang
melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan dan tindakan oleh
pihak Penguatkuasa telah diambil terhadap mereka. Sebaliknya mereka
yang selama ini mematuhi peraturan mengenai cermin gelap ini
mengalu-alukan dan menyambut baik keputusan Kerajaan tersebut. Pada
pendapat saya apa yang dilakukan itu agaknya Yang Berhormat dari DAP
ini 'jump the gun', Kita belum lagi membuat keputusan muktamad.
Bersabarlah dahulu.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kota Melaka.
DR.13.7.94 - 144 -
Meminda Perlembagaan Untuk Menghapuskan
Politik Wang dan Rasuah
6.40 ptg.
Tuan Lim Guan Eng [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia
adalah satu-satu negara di dunia ini yang membenarkan amalan rasuah
secara terbuka, tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil,
dengan syarat hanya ia mesti dilakukan oleh pemimpin Barisan
Nasional. Ini nyata terbukti dalam kes bekas Pengarah Yayasan
Sabah, ADUN Sabah, Kawasan Binku, bekas tahanan ISA dan bakal Senator
dan Timbalan Menteri Persekutuan Malaysia, Dr. Jeffrey Kitingan.
Semasa Dr. Jeffrey dalam parti Pembangkang PBS, beliau dikecam oleh
Barisan Nasional, termasuk oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sendiri. Beliau dianggap sebagai pengkhianat negara oleh Barisan
Nasional kerana terlibat dalam satu komplot atau "grand design'
untuk menarik keluar Sabah dari Persekutuan Malaysia.
Beliau bukan sahaja ditahan di bawah ISA kerana dianggap
sebagai ancaman keselamatan kepada negara, tetapi juga didakwa meng-
amalkan rasuah dan kekayaan luar biasa berjuta-juta ringgit. Tetapi
selepas Dr. Jeffrey menjadi katak dan melompat masuk Barisan
Nasional, semua tuduhan rasuah ditarik balik dan dibatalkan begitu
sahaja atas sebab-sebab yang tidak meyakinkan langsung. Ini jelas
menunjukan bahawa amalan rasuah hanya akan diambilkan tindakan kalau
dilakukan oleh pemimpin bukan daripada Barisan Nasional, tetapi
sebaliknya tidak merupakan kesalahan atau bukan masalah, kalau
dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional seperti berikut.
DR.13.7.94 - 145 -
Yang pertama, Dato' Sari S. Samy Vellu, Presiden MIC yang telah
'hijack', dengan izin, 9 juta saham Syarikat Telekom Malaysia yang
diperuntukkan kepada pemegang Saham MAIKA yang dinilaikan sekarang
kira-kira RM180 juta.
Yang kedua, pengumpulan harta benda dan kekayaan luar biasa
secara terbuka oleh Presiden atau Ketua Pemuda UMNO, merangkap Ketua
Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang melakukan rasuah
secara terbuka di Melaka, dan kekayaannya melebihi RM66 juta, di
mana di antara harta benda beliau, termasuk Taman Mini Malaysia,
Taman ASEAN, hotel bernilai RM25 juta, Air Keroh Di Village dan juga
Taman Buaya di Melaka.
Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga dakwaan seorang pemaju, Syed
Mansor bin Syed Salim bahawa Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman
Aroff memiliki kekayaan luar biasa sebanyak RM400 juta. Kesemua
pemimpin tersebut sungguhpun telah dituduh melakukan amalan rasuah,
enggan mengambil sebarang tindakan ke atas dakwaan yang dibuat
seperti dalam 8 laporan saya ke atas Tan Sri Rahim kepada BPR, di
mana saya telah menyatakan satu persatu secara terperinci kekayaan
dan harta benda luar biasa beliau. Beliau enggan mengambil tindakan
ke atas saya. Ini jelas menunjukkan bahawa memang Tan Sri Rahim
rasuah. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tidak semudahnya akan
bersetuju bahawa pemimpin tidak dibenarkan menumpukkan harta benda
secara luar biasa apabila gaji terkumpul selama 10 tahun kebelakang-
an ini, di mana beliau menjadi Ketua Menteri hanya setakat RM2 juta
sahaja. Tetapi dalam masa 10 tahun menjadi Ketua Menteri, boleh
memiliki harta benda melebihi RM66 juta, dan ini belum dibongkar
habis lagi.
DR.13.7.94 - 146 -
Dalam kes Dr. Jeffrey Kitingan, adalah satu bukti 'double
standard' dan 'hypocrisy' yang menghina keluhuran undang-undang,
Lebih teruk lagi, Dr. Jeffrey akan dilantik menjadi Senator dan
Timbalan Menteri. Saya tak faham, Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah
seorang yang didakwa di mahkamah oleh Peguam Negara sebagai meng-
amalkan rasuah, hanya dengan bukti kukuh, barulah seorang akan
dibawa ke 'mahkamah atas dakwaan rasuah mengikut jawapan Yang
Berhormat Menteri pada sesi yang lepas, sekarang dianggap sebagai
sesuai menjadi Timbalan Menteri? Macam mana kita boleh mengharapkan
bahawa beliau tidak akan manyelewengkan harta benda dan mengamalkan
rasuah yang akan merugikan rakyat. Manakah standard Kerajaan kalau
seorang seperti ini yang dianggap oleh Barisan Nasional sendiri satu
dua tahun lepas sebagai rasuah, sekarang boleh dipercayai untuk
mempertahankan khazanah rakyat. Saya tidak tahu Timbalan Menteri
apa. Kalau Timbalan Menteri Kewangan, habislah. Kita mungkin akan
jadi bankrap!
Kalau macam ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau benar-benar hendak
membanteras budaya politik wang, kita haruslah meminda Perlembagaan.
Untuk menghapuskan politik wang dan rasuah demi menjaminkan bahawa
pemimpin-pemimpin tidak mengamalkan rasuah seperti undang-undang
Pancaran Matahari Taiwan yang menghadkan penerimaan sumbangan besar
dari orang awam, penggumpulan harta benda di luar kemampuan rasmi
dan kehidupan mewah ahli pentadbiran. Badan Pencegah Rasuah harus-
lah benar-benar bebas dan berkuasa membuat sebarang pendakwaan.Di
sini, saya ingin membuat 12 cadangan, di mana undang-undang harus
dikemaskinikan:
DR.13.7.94 - 147 -
(i) semua Ahli Pentadbiran dilarang mengumpul harta
benda luar biasa;
(ii) mesti mengisytiharkan harta benda mereka;
(iii) tidak boleh mencampuradukkan politik dengan
perniagaan;
(iv) Badan Pencegah Rasuah harus diberikan kuasa
pendakwaan, dan bukan kepada Peguam Negara;
(v) BPR mesti menjadi badan bebas 'accountable'
terhadap Parlimen dan bukan di bawah Jabatan
Perdana Menteri;
(vi) BPR mesti menghantarkan laporan tahunan kepada
Parlimen;
(vii) Ahli Pentadbiran tidak dibenarkan memilikki
sahara atau berniaga;
(viii) pakaian luar biasa yang diperolehi secara haram
mestilah dirampas atau confiscated, dengan izin,
oleh pihak Kerajaan;
(ix) Public Accounts Committee mestilah dipengerusi-
kan oleh seorang ahli Pembangkang;
(x) mengharamkan amalan politik wang di Malaysia;
(xi) memberikan gaji tinggi kepada pegawai penguat-
kuasaan agar mereka tidak terjerumus di dalam
gejala rasuah;
(xii) menubuhkan satu sistem ombudsman di Malaysia.
DR.13.7,94 - 148 -
Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan mestilah mempunyai
'political will', dengan izin, untuk menghapuskan rasuah. Kalau
setakat ini, sejak tahun 1970 amalan rasuah dan penyelewengan wang
adalah setakat RM38 bilion, ini adalah satu angka yang sangat besar.
Kalau kita boleh menghuraikan satu persatu semua penyelewengan dan
amalan rasuah yang telah merugikan negara kita, jumlah ini adalah
besar. Kalau kita boleh membahagikan wang ini kepada 19 juta rakyat
di Malaysia, ini bermakna setiap rakyat Malaysia tanpa kira sama ada
dia- orang dewasa atau kanak-kanak atau pelajar atau bayi, setiap
orang akan mendapat RM2,000 dan inilah kerugian kepada rakyat.
Setiap orang telah rugi RM2,000 kerana telah diselewengkan dan
menjadikan habuan haram kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.
Sekian, terima kasih.
6.48 ptg.
Menteri di-Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang
[Dato' Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon untuk memberi beberapa ulasan terhadap perkara yang dibawa
oleh Yang Berhormat dari Kota Melaka. Tuduhan-tuduhan Yang
Berhormat dan tohmahan-tohmahan beliau adalah bukan perkara yang
baru. Ia adalah perkara yang dibuat dari masa ke semasa untuk
mengabui mata rakyat tentang ketidakmampuan parti Pembangkang untuk
mengenengahkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan manfaat
kepada negara dan kepada bangsa kita.
DR.13.7.94 - 149 -
Tuan Yang di-Pertua, adalah amat malang sekali bagi negara kita
kalau undang-undang terpaksa mengikut kehendak dan kemahuan parti
Pembangkang. Membuat laporan tidak bermakna faktanya telah
terbukti. Membuat laporan tidak bermakna bahawa rasuah telah
dilakukan. Oleh itu, untuk tujuan keadilan, penting kita mempunyai
bad an yang menjalankan siasatan sama ada dari pihak Polis yang
membuat penyiasatan awal ataupun Badan Pencegah Rasuah membuat
penyiasatan selepas itu. lanya dinilai dari segi perundangan oleh
pihak Peguam Negara. Jika tuduhan-tuduhan ataupun laporan-laporan
yang dibuat dibuktikan mempunyai maklumat yang cukup sahih untuk
membawa tuduhan, barulah tuduhan boleh dibawa kepada sesiapa juga
yang terlibat dengan rasuah.
DR.13.7.94 -150-
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, Kerajaan tidak bercadang untuk
meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengadakan peruntukan untuk
menghapus politik wang dan rasuah sebagaimana yang disyorkan oleh
Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka.
Gejala politik wang sewajarnya tidak wujud di negara ini.
Namun demikian pembanterasnya tidak mungkin tercapai semata-mata
dengan pindaan kepada undang-undang sahaja khususnya kepada
Perlembagaan Persekutuan. Setiap parti politik yang ada di negara
ini patut berusaha untuk memastikan termasuk DAP - parti politik
mereka bebas daripada gejala politik wang. Adalah menjadi tugas
pucuk pimpinan setiap parti politik untuk menjaga kewibawaan serta
nama baik partinya dengan menghindar daripada wujudnya di kalangan
ahli-ahlinya apa-apa gejala yang tidak sihat termasuk politik wang
dan rasuah.
Saya suka mencadangkan bahawa Ahli Yang Berhormat patut melihat
kepada Perlembagaan parti DAP untuk mengadakan apa yang telah di-
tunjukkan sebagai contoh yang amat baik sekali yang dilakukan oleh
UMNO dengan meminda Perlembagaan dengan memuatkan perkara-perkara
yang boleh mengelak dan membanteraskan politik wang daripada berlaku
secara berleluasa.
DR.13.7.94 -151-
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Perlembagaan parti UMNO telah
dibuat, maka DAP tidak guna bercakap dan membuat tuduhan kepada
tiap-tiap Ahli daripada Barisan Nasional, dia membuat tuduhan telah
melakukan pelbagai kesalahan. Kalau orang ini menyokong sahaja DAP
ia tidak melakukan kesalahan. Maka ini adalah satu pandangan yang
saya anggap sebagai songsang, menyimpang daripada kebenaran dan cuba
mendapat kepentingan politik yang nilainya amat murah sekali.
Berkaitan dengan rasuah sememangnya telah wujud satu undang-
undang khusus bagi mencegah kegiatan rasuah secara berkesan di
negara ini. Undang-undang tersebut ialah Akta Pencegah Rasuah
1986. Akta ini merangkumi semua jenis rasuah, tidak kira melibatkan
mana-mana pihak sekali pun sama ada politik atau sebaliknya.
Justeru itu, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak berbangkit
kerana undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi. Ahli-ahli
politik yang rasuah tidak terlepas dari diambil tindakan undang-
undang dan rakyat dalam sistem demokrasi akan menolak mereka yang
rasuah. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Sudah habis Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, berbalik kepada Usul kita tadi iaitu
mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3) Majlis Mesyuarat ditangguhkan
sekarang.
Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan,
Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan sekarang hingga
pukul 2.30 petang esok.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.54 petang.