PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan...

87
Bil. 14 Rabu 24 Jun 2015 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan...

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

Bil. 14 Rabu 24 Jun 2015

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KEDUA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL:

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 21)

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (Halaman 21)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2015

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang d-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Doris Sophia ak Brodi

3. “ Datuk Seri Haji Abd. Halim bin Abd. Samad (Dilantik)

4. “ Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman (Dilantik)

5. “ Dato’ Abdul Rahman bin Mat Yasin (Terengganu)

6. “ Tuan Haji Abdul Shukor bin P A Mohd Sultan (Perlis)

7. “ Dato’ Sri Abdul Wahid bin Omar – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

8. “ Dato’ Adam bin Abdul Hamid (Johor)

9. “ Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md Hanipah – Senator - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan

10. “ Dr. Ariffin bin S.M. Omar (Pulau Pinang)

11. “ Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (Dilantik)

12. “ Puan Bathmavathi A/P K.Krishnan (Dilantik)

13. “ Dato’ Boon Som A/L Inong (Dilantik)

14. “ Dato’ Chai Kim Sen (Dilantik)

15. “ Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah (Selangor)

16. “ Datin Paduka Chew Mei Fun (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

17. “ Tuan Chia Song Cheng (Johor)

18. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

19. “ Tuan Chong Sin Woon (Negeri Sembilan)

20. “ Dato’ Dayang Hajah Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

21. “ Dato’ Goonasakaren A/L Raman (Dilantik)

22. “ Datuk Hamzah bin Mohd. Kasim (Perak)

23. “ Dato’ Hoh Khai Mun (Pahang)

24. “ Dato’ Dr. Hou Kok Chung (Dilantik)

25. “ Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah (Dilantik)

26. “ Dato’ Sri Iris Jala @ Idris Jala (Dilantik) – Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

27. “ Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman (Dilantik)

28. “ Dato’ Jaspal Singh A/L Gurbakhes Singh (Dilantik)

29. “ Dato’ Dr. Johari Bin Mat - (Kelantan)

30. “ Datuk Kadzim bin Haji M. Yahya (Sabah)

31. “ Puan Hajah Khairiah binti Mohamed (Kelantan)

32. “ Dato’ Khairudin bin Samad (Dilantik)

33. “ Tuan Koh Chin Han (Melaka)

34. “ Dato’ Lee Chee Leong – Senator (Perak) - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

35. “ Datuk Lihan Jok (Sarawak)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

ii DN 24.6.2015

36. Yang Berhormat Dato’ Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan - Senator - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

37. “ Datuk Dr. Lucas bin Umbul (Sabah)

38. “ Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

39. “ Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam (Melaka)

40. “ Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B)

41. “ Dato’ Haji Mohd Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Negeri Sembilan)

42. “ Dato’ Mohd. Suhaimi bin Abdullah (Kedah)

43. “ Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin (Dilantik)

44. “ Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

45. “ Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai (Dilantik)

46. “ Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin (Dilantik)

47. “ Puan Hajjah Norahan binti Abu Bakar (Pahang)

48. “ Datuk Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

49. “ Datuk Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

50. “ Datuk Paul Low Seng Kuan - Senator - Menteri di Jabatan Perdana Menteri

51. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad (Dilantik)

52. “ Tuan Ramli bin Shariff (Perlis)

53. “ Puan S. Bagiam A/P Ayem Perumal (Dilantik)

54. “ Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff (Kedah)

55. “ Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian (Dilantik)

56. “ Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail (Pulau Pinang)

57. “ Datuk Subramaniam A/L Veruthasalam (Dilantik)

58. ” Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

59. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

60. “ Datuk S. Vigneswaran A/L M. Sanasee (Dilantik)

61. “ Tuan Wilfred Yong Chen Leong (Dilantik)

62. “ Datuk Yahaya bin Mat Ghani (Dilantik)

63. " Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Wilayah Persekutuan Labuan)

64. “ Datuk Yoo Wei How (Dilantik)

65. “ Tuan Zali bin Mat Yasin (Dilantik)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Encik Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Encik Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan)

Encik Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD)

Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah

Rosna binti Bujairomi Noraidah binti Manaf

Siti Norlina binti Ahmad

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari A/P Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mulyati binti Kamarudin

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Sherliza Maya binti Talkah Mohd Salleh bin Ak Atoh

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Hazwani Zarifah binti Anas Siti Aishah binti Md. Nasir

Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Muhammad Dzulhazmi bin Sha’arin Amir Arshad bin Ab Samad

Sharifah Raabiatul Adawiyah binti Syed Mohamed Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KETIGA BELAS

PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KEDUA

Rabu, 24 Jun 2015

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Dr. Hou Kok Chung minta Menteri Pendidikan menyatakan, sama ada langkah membenarkan pelajar-pelajar lulusan Unified Examination Certificate (UEC)

memohon untuk memasuki universiti awam adalah seiring dengan Strategi Tumpuan Pertama Rancangan Malaysia Ke-11, iaitu inklusitiviti, serta mendokong dan konsisten dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2016 (Pendidikan Tinggi) yang di antara lainnya menjanjikan akses, ekuiti, perpaduan, identiti nasional dan sebagainya.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Dr. Hou, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Unified Examination Certificate ataupun UEC menggunakan kurikulum yang dibangunkan sendiri dan tidak selari dengan kurikulum kebangsaan seperti yang ditetapkan oleh Akta Pendidikan 1996. Sebaliknya seperti kita sedia maklum, dasar kemasukan ke universiti awam memerlukan seorang calon memiliki sijil yang selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Oleh yang demikian, selaras dengan jawapan penggulungan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan di dalam Dewan Rakyat pada 10 hari bulan Jun 2015 baru-baru ini, UEC perlulah mematuhi dan selari dengan dasar-dasar sedia ada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan kementerian membuat pertimbangan untuk kemasukan ke universiti awam.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil UEC diiktiraf sebagai kelayakan masuk ke institusi pendidikan tinggi swasta ataupun IPTS. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tambahan

seterusnya Dato’ Hou.

Dato’ Hou Kok Chung: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas

jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan tadi. Saya rasa jawapan tadi sedikit tersasar daripada semangat ‘war-cry’, dengan izin, Kerajaan Barisan Nasional, “Rakyat diutamakan dan janji ditepati”. Malah kerajaan menerusi PPPMPT dan juga RMKe-11 telah meneruskan penekanan semangat tersebut dengan menjanjikan akses ekuiti perpaduan identiti nasional dan sebagainya.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

2 DN 24.6.2015

Anak-anak muda hari ini cukup bertuah kerana dapat menikmati kebebasan

memilih jenis pendidikan masing-masing. Aliran pendidikan hari ini pula menawarkan banyak pilihan. Kebebasan untuk memilih aliran pendidikan merupakan antara hak kebebasan dan mempamerkan prinsip demokrasi paling asas yang sedang...

Tuan Yang di-Pertua: Soalan, soalan..

Dato’ Hou Kok Chung: Okey yang selain UEC mereka boleh memilih A Level, International Baccalaureate, Canadian Pre-University, South Australian- diploma dan foundation, dan pendidikan Home Schooling, dengan izin. Soalan saya, kesemua peperiksaan tersebut ditawarkan diambil dalam negara. Ini telah berlangsung begitu lama dan universiti swasta pula sudah lama menerima kelayakan-kelayakan...

Tuan Yang di-Pertua: Soalannya, Yang Berhormat. Soalan-soalan.

Dato’ Hou Kok Chung: Adakah pihak Kementerian Pendidikan akan membuat

ulang kaji pada kadar segera berhubung dasar untuk membolehkan pelajar-pelajar kelulusan berkenaan memohon memasuki universiti? Thank you.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih, Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan Menteri di kementerian dahulu. So, asal usul masalah ini Yang Berhormat pun sedia sedar. Saya

ingin berbalik kepada ucapan yang telah diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan semasa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri membuat penggulungan pada 10 Jun 2015.

Mesejnya begini, I quote, dengan izin, “Cakap pada Dong Zhong, tengok betul-betul. Bawa balik dan selarikan dengan dasar kita. Kita memang iktiraf banyak sijil lain di negara lain. Kenapa tidak boleh dia- akan tetapi kerana dia tidak mahu patuh dengan apa yang diminta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia maka kami tidak boleh menerima cadangan dan mempersetujui UEC.” Ini kata Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan ini juga merupakan pandangan saya secara peribadi.

Kita sedia malah bagi peringkat swasta O-Levels atau A-Levels ini tertakluk kepada institusi-institusi berkenaan sekiranya mereka boleh menerima kita tiada halangan. Maka seperti mana yang saya katakan sebentar tadi di IPTS juga kita menerima mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang dimaksudkan dan sekiranya mereka sedia menerima dasar kita, kita tiada masalah. Kita rela membuat perbincangan dengan mereka tetapi wajibnya menerima dasar yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tambahan. Silakan.

Tuan Chong Sin Wong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat

Timbalan Menteri, soalan saya ialah saya merujuk kepada laporan media mengatakan bahawa pendirian kementerian untuk mengiktiraf UEC antaranya dua syarat. Satu, pengambilan SPM Bahasa Melayu. Nombor dua, penyusunan semula struktur subjek Sejarah yang berdasarkan lebih banyak contentnya dalam Sejarah Malaysia. Adakah laporan media itu betul sebagai syarat untuk mengiktiraf UEC tidak lama kelak? Sekian, terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih, Yang Berhormat.

Bagi saya maklumat yang ada pada saya yang paling penting ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan. Itu pada pendapat saya, itu jawapan saya kepada Yang Berhormat. Yang paling penting penggunaan Bahasa Malaysia, pengiktirafan Bahasa Malaysia di peringkat SPM. Kita hendak mereka menduduki SPM Bahasa Malaysia. Itu yang paling-paling penting bagi kita melakukan perbincangan seterusnya. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 3

■1010

2. Dato' Adam bin Abdul Hamid minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) mengapa Malaysia menjadi negara destinasi untuk pendatang asing dari Bangladesh, Myanmar dan lain-lain berhijrah ke sini. Adakah kerana faktor ekonomi dan peluang pekerjaan atau kerana sempadan kita mudah dibolosi; dan

(b) kedudukan mutakhir pendatang asing yang berada di Malaysia dan strategi untuk membendung dan mengusir mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Datuk Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Antara punca utama yang dikenal pasti

mendorong pendatang asing dari Bangladesh, Myanmar dan lain-lain negara berhijrah ke Malaysia adalah atas kestabilan ekonomi dan politik Malaysia termasuk peluang pekerjaan yang banyak di negara ini. Ini telah menjadi fakta penarik bagi pendatang asing berhijrah ke Malaysia di mana jika dibandingkan dengan negara asal mereka mungkin tidak dapat menikmati kelebihan yang terdapat di negara ini.

Langkah-langkah yang diambil untuk menangani kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini adalah dengan mengadakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan secara berterusan, mempercepatkan proses pengusiran dan memperkasakan kawalan pintu masuk dengan menggunakan sistem biometrik. Kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) turut membuat naziran ke premis-premis yang terdapat warga negara asing seperti kawasan luar bandar, kawasan bandar dan premis majikan yang menggaji pekerja asing serta institusi yang mengambil pelajar antarabangsa.

Mana-mana pekerja asing yang melanggar peruntukan undang-undang di negara di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 akan diambil tindakan secara tegas. Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 23 Jun 2015, sebanyak 4,379 operasi bersepadu telah dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia di mana seramai 26,716 PATI, dan 299 orang majikan telah ditangkap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan Dato' Adam.

Dato' Adam bin Abdul Hamid: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana kita sedia

maklum, nampaknya pengawalan pendatang-pendatang asing ke Malaysia agak tidak terurus. Betul, Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tadi fakta-fakta, akan tetapi yang berada di peringkat bawah, on the ground, dengan izin, kita sedia maklum. Ini tentunya menyentuh akhirnya keselamatan negara kita.

Soalan saya ialah adakah kementerian bercadang untuk menambah baik peruntukan undang-undang yang sedia ada, seperti yang telah dilakukan, banyak juga oleh negara-negara lain termasuk Singapura iaitu pendatang tanpa izin ini kalau ditangkap sewajarnya di penjara dan dikenakan hukuman sebatan. Apakah pandangan Yang Berhormat Menteri?

Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, fenomena

migration ataupun penghijrahan dari satu bandar ke satu bandar, ke satu negeri ini global. Kalau kita membaca apa yang berlaku di Eropah sekarang, kita melihat fenomena ini satu perkara yang di luar jangka. Bahkan pada tahun ini saja, beribu mati di Lautan Mediterranean oleh sebab penghijrahan daripada Afrika ke Eropah. Penghijrahan daripada Eastern Europe ke Eropah Barat dan juga ke England, kita melihat fenomena ini berlaku. Bahkan kita lihat negara-negara ini tidak lagi sebagai negara yang kita tahu, masa Tuan Yang di-Pertua dulu, masa saya di England dulu tahun 70-an, jauh beza, Oleh sebab penghijrahan ini berlaku.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

4 DN 24.6.2015

Jadi saya tidak boleh bersetuju dengan apa Yang Berhormat menyebut tidak

terurus. Kita tidak boleh membanding kita sendiri dengan negara macam Singapura umpamanya yang hanya island city di hujung Semenanjung Malaysia yang mana dia terselamat daripada buffer zone kita dari utara yang hingga ke selatan sekurang-kurang 7,000 kilometer. Jadi dalam keadaan sedemikian ia lebih mudah dikawal kalau dibanding dengan kita border yang begitu panjang, beribu kilometer. Sarawak mempunyai 2,000 kilometer, Sabah mempunyai 800 kilometer dan Semenanjung Malaysia 700 kilometer dengan Thailand dan perairan air kita juga boleh dibolosi. Jadi dalam keadaan sedemikian, soalan tidak terkawal ini adalah kurang tepat.

Kedua, soalan hendak meminta undang-undang supaya disebat ataupun diberi hukuman yang lebih keras. Kita juga tengah mengkaji undang-undang tetapi ke hala mana undang-undang ini akan kita putuskan sama ada memperkenalkan hukuman-hukuman baru itu. Ada banyak perkara yang perlu kita ambil kira sebelum memutuskan undang-undang ini. Inikan pula kita setelah dikatakan introduce undang-undang yang tidak human, kalau yang kita hendak tambah lagi, hukuman-hukuman yang lebih mendera, mungkin akan menjejaskan imej negara di kalangan antarabangsa. Jadi kita kena fikir semua Tuan Yang di-Pertua, bukan soalan pendatang asing saja tetapi berhubung dengan persoalan imej negara di pandangan negara global. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Bangun cepat sikit Yang Berhormat. Silakan Yang

Berhormat Tuan Chong Sin Woon.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada

kementerian ialah tentang PATI ini menjadikan isu pemerdagangan orang di Malaysia di mana seorang Senator di Amerika Syarikat mencadangkan supaya Malaysia dikeluarkan daripada rundingan TPPA kerana nama Malaysia tersenarai hitam dalam peringkat antarabangsa sebagai pusat pemerdagangan orang. Apakah usaha KDN untuk memutihkan semula nama harum Malaysia daripada senarai hitam itu? Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kalau Yang Berhormat saya ingat direfer ke Malaysia dalam kedudukan tier tiga sekarang. Kita turun daripada tier dua watchlist dalam bidang pemerdagangan orang.

Sebenarnya banyak kesilapan juga berlaku ataupun ketidaksedaran pihak Amerika yang berkata ini. Apa yang berlaku di Malaysia kalau dibandingkan ada mengatakan kita ini sama dengan negara-negara yang lebih teruk lagi macam Zimbabwe dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut satu perkara saja, siapa hendak datang ke negara-negara yang kalau disebutkan nama-nama negara yang dibandingkan dengan negara Malaysia di bawah Tier 3 ini. Siapakah yang hendak datang ke negara ini? Akan tetapi Malaysia dibanjiri oleh masyarakat yang asing yang mencari pekerjaan ke sini.

Apabila mereka datang ke sini, saya meletakkan kelemahan ini pada pihak-pihak majikan. Apabila PATI ini datang ke Malaysia, majikan mengajikan PATI ini dan PATI ini pula dieksploitasi mereka dengan tidak dibayar gaji mengikut skala-skala yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, tidak dibayar SOCSO, tidak dibayar EPF dan tidak diberi apa-apa kemudahan-kemudahan lain. Mereka inilah digolongkan sebagai di bawah pemerdagangan orang. Bukan pemerdagangan orang yang apa yang kita lihat di Southern Thailand itu Yang Berhormat, bukan yang sejenis ini. Kebanyakan yang disebut di bawah istilah pemerdagangan orang ini adalah orang yang teraniaya oleh majikan-majikan yang bekerja di negara kita Malaysia.

■1020

Jadi saya di sini mengambil peluang untuk menyeru kepada majikan supaya jangan mengeksploitasikan mereka ini dan jangan menggaji pihak pendatang asing tanpa izin, dengan tidak ada kebenaran daripada pihak itu. Jadi inshaa-Allah kita mengambil

tindakan kira sekarang kita tengah meminda ATIPSOM Undang-undang Antipemerdagangan Orang yang telah dibawa ke sini dan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan akan digazetkan.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 5

Kalau undang-undang ini telah dilaksanakan nanti dan langkah-langkah lain yang

kita buat mengikut pointers yang diberi oleh Amerika inshaa-Allah kita akan dapat kedudukan yang jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang ini. Juga penjelasan kita dengan pihak Amerika engagement kita dengan Amerika juga kita buat sekarang. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

3. Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta Menteri Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat menyatakan, apa inisiatif yang diambil kerajaan dalam memantau bantuan-bantuan kewangan menerusi Skim Bantuan Kerajaan supaya sampai kepada sasaran dan dapat membantu meringankan beban hidup mereka yang layak menerima bantuan tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan pelbagai skim bantuan kebajikan kepada kumpulan sasar yang memerlukan seperti orang kurang upaya, warga emas, kanak-kanak dan orang miskin. Supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih sempurna.

Bagi memastikan bantuan kewangan sampai kepada sasaran dan seterusnya dapat membantu meringankan beban hidup mereka yang layak menerima bantuan, JKM telah memastikan semua permohonan bantuan disiasat dalam tempoh dua minggu. Bagi permohonan yang diluluskan bayaran bantuan akan dilakukan melalui akaun bank klien berkenaan. Bayaran tunai kepada klien akan dilakukan sekiranya klien berkenaan tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah berurusan dengan bank.

JKM telah mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses kelulusan permohonan bantuan. Dalam hal ini pada bulan Jun 2010 JKM telah melaksanakan transformasi terhadap prosedur kerja bagi penyiasatan dan keputusan permohonan bantuan kewangan bulanan melalui kaedah perekayasaan, proses dan prosedur kerja atau business process reengineering. Pelaksanaan proses dan prosedur kerja yang baru ini berupaya mempercepatkan proses penyiasatan dan keputusan permohonan bantuan kewangan. Di mana tempoh kelulusan dan pemberian bantuan kebajikan telah dipendekkan dari dua bulan kepada satu minggu untuk kes-kes yang clear cut seperti OKU fizikal yang memohon elaun pekerja cacat. Serta permohonan yang mempunyai dokumen lengkap yang mana lawatan ke rumah klien tidak perlu dilakukan dan kelulusan diberikan serta-merta.

Setiap bantuan kewangan bulanan kebajikan yang diluluskan adalah dalam tempoh satu tahun. Dalam tempoh tersebut kajian semula akan dilakukan bagi mengenal pasti klien berkenaan atau ahli keluarga yang produktif. Supaya dapat dipulih untuk hidup berdikari dan dapat meneruskan kehidupan yang lebih berkualiti. Kementerian juga mengadakan inisiatif program Unit Khidmat Penyayang iaitu merupakan satu program pendampingan sosial atau social outreach untuk mendekatkan JKM Kepada masyarakat. Khususnya masyarakat terpinggir, daif, miskin dan yang sukar mendapat bantuan. Melalui pendekatan outreach yang digunakan urusan penyampaian perkhidmatan tidak lagi hanya tertumpu di pejabat.

Sebaliknya pegawai dan kakitangan yang terlibat akan keluar mendampingi dan mengenal pasti kumpulan sasar bagi menyampaikan perkhidmatan yang diperlukan. UKP berkonsepkan kepada perkhidmatan bergerak untuk mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan secara berpusat bagi membantu individu, keluarga, komuniti dan golongan lain yang diperlukan di kawasan setempat melalui perkhidmatan dan program yang disediakan oleh JKM, agensi lain dan pertubuhan sukarela kebajikan. Sepanjang tahun 2014 sebanyak 773 program melibatkan 61 UKP telah bergerak ke seluruh pelosok negara bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Sekian, terima kasih.

Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih kepada pihak Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya difahamkan bahawa pendekatan yang digunakan oleh kementerian banyak berorientasikan kepada permohonan berbanding dengan kita mendekati dan cuba mencari.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

6 DN 24.6.2015

Adakah di sana telah wujud satu perubahan orientasi ataupun pemikiran di

peringkat kementerian untuk merubah daripada segi pendekatan. Supaya kita dapat mencari daripada menanti orang datang kepada kita. Tadi baguslah disebut soal UKP cuma daripada segi keberkesanannya kerana hari ini apabila dilaporkan kita masih ada lagi 0.6 peratus orang miskin, lebih kurang 180,000 orang miskin di kalangan pelbagai kategori.

Jadi dengan jumlah peruntukan hampir ataupun melebihi RM2 bilion kepada kementerian, saya kira secara teknikalnya kita sudah tidak perlu ada orang miskin lagi di negara kita yang berorientasikan negara berkebajikan. Jadi saya hendak tanya kepada pihak menteri, apakah wujud di sana pendekatan yang lebih proaktif? Bagaimanakah dilihat UKP ini benar-benar berkesan untuk memastikan penyaluran di peringkat bawah ini berlaku dengan benar-benar berkesan? Terima kasih.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Mengenai

pendekatan yang kita ambil adalah pertama sekali kebajikan ini tanggungjawab bersama semua pihak. Kita ambil maklum dan kita sedia, kita tahu ada lagi banyak orang miskin di sini sana yang kita tidak dapat reach out. Oleh itu kita ambil satu inisiatif untuk bekerjasama dengan semua pemimpin setempat dan juga NGO-NGO. Mana-mana pihak yang mereka dapat tahu atau dapati ada golongan miskin yang perlukan bantuan kita mengalu-alukan supaya mereka beritahu kepada JKM.

Di samping itu kita juga ada satu hotline iaitu 15999 yang mana, mana-mana pihak individu mereka boleh buat aduan atau beritahu laporan kepada JKM. Untuk UKP itu kita akan lebih kerap untuk kita melawat ke tempat-tempat khususnya di kawasan yang bukan bandar iaitu rural area. Supaya kita dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang perlu.

Sekian terima kasih.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan

tambahan saya, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kerajaan mempunyai rekod dan penerima bantuan dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada golongan sasar tersebut. Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan jumlah bantuan yang diberi memandangkan kos kehidupan sekarang ini semakin hari semakin meningkat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datin Paduka Chew Mei Fun: Memang kita ada angka kerana bila kita dapat

permohonan, permohonan ini semua ada dalam rekod JKM Daerah. Untuk kadar bantuan itu kita sebenarnya kita akan kaji adakah kadar itu cukup dari semasa ke semasa. Terima kasih.

4. Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta Menteri Kewangan menyatakan,

bagaimana pelan pemulihan Malaysia Airline System (MAS) serta bagaimana kerajaan memastikan kebajikan 8000 orang pekerja MAS yang bakal diberhentikan.

Timbalan Menteri Menteri Kewangan [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]:

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed pada hari ini bersama-sama soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah; Yang Berhormat Senator Dato’ Adam bin Abdul Hamid pada 29 Jun; Yang Berhormat Senator Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin; Yang Berhormat Senator Dato’ Khairudin bin Samad; Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani; dan Yang Berhormat Senator Datin Rahimah binti Haji Mahamad pada 30 Jun serta Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman pada 6 Julai. Memandangkan pertanyaan-pertanyaan berkenaan berkaitan isu yang sama iaitu mengenai Pelan Pemulihan Malaysia Airline System (MAS).

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 7

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat

Pelan Pemulihan Malaysia Airline System (MAS) yang dilancarkan oleh Khazanah pada 29 Ogos 2014 telah menggariskan 12 bidang tumpuan utama dalam tadbir urus dan rangka kerja kewangan, model operasi perniagaan, kepimpinan dan modal insan serta pengawalseliaan dan persekitaran pemudah yang kini sedang dilaksanakan secara berperingkat. Bagi memulihkan kembali syarikat penerbangan negara menjelang tahun 2018.

■1030

Status pencapaian pelan pelaksanaan MAS sehingga 31 Mei berdasarkan 12 bidang tumpuan adalah seperti:

(i) penubuhan sebuah syarikat baru, new company, penyahsenarian MAS dan penyenaraian syarikat baru;

(ii) pendanaan sehingga RM6 bilion dengan syarat yang ketat dan pengurangan nisbah bersih hutang berbanding modal, gearing kepada kira-kira 120 peratus;

(iii) penetapan semula, reset modal perniagaan melalui rangkaian yang memberi tumpuan serantau, struktur kos yang lebih rendah dan penekanan yang lebih kepada pengurusan hasil pendapatan;

(iv) menyatukan ibu pejabat dan operasi dari Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA;

(v) pengukuhan jaminan integriti dan fungsi keselamatan;

(vi) mengkaji dan jika berkenaan merundingkan semula kontrak-kontrak bekalan;

(vii) mengukuhkan barisan kepimpinan MAS;

(viii) menyesuaikan saiz tenaga kerja kepada anggaran 14,000 orang kakitangan di syarikat baru;

(ix) mengukuhkan perhubungan industri dan penjajaran dalaman;

(x) latihan semula pewujudan pekerjaan dan penempatan semula;

(xi) sokongan kerajaan yang sesuai terhadap inisiatif utama dan

(xii) komunikasi yang berterusan dan perhubungan dengan pihak berkepentingan.

Soalan yang terpenting mengenai pemberhentian. Kakitangan MAS telah mula menerima surat penamatan perkhidmatan masing-masing pada 1 Jun 2015. Pada hari yang sama seramai 14,000 orang pekerja telah ditawarkan untuk bekerja di syarikat baru iaitu Malaysia Airlines Berhad, MAB. Di mana majoritinya ditawarkan pekerjaan sepenuh masa dan selebihnya ditawarkan kontrak pekerjaan untuk beberapa tempoh tertentu antara empat bulan ke atas. Sehingga 12 Jun 2015, 90.2 peratus telah menerima tawaran untuk bekerja di syarikat baru.

Kakitangan yang tidak ditawarkan pekerjaan di syarikat baru pula adalah daripada pelbagai peringkat dan bahagian di MAS. Langkah pemberhentian pekerja MAS diambil berdasarkan keperluan operasi syarikat penerbangan baru tersebut. Hakikatnya operasi syarikat baru tidak dapat menampung kesemua kakitangan MAS yang sedia ada sungguhpun kepakaran dan pengalaman yang dimiliki mereka adalah sepadan dengan keperluan syarikat baru.

Walau bagaimanapun, dalam usaha memelihara kepentingan dan kebajikan kakitangan suatu pakej pemberhentian dan perkhidmatan latihan telah disediakan kepada kakitangan MAS khususnya golongan yang akan meninggalkan syarikat seperti berikut:

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

8 DN 24.6.2015

(i) pampasan asas Tuan Yang di-Pertua. Semua kakitangan yang

bakal menamatkan perkhidmatan dengan MAS apabila MAS menamatkan operasinya akan menerima sejumlah pampasan berdasarkan jumlah tahun mereka berkhidmat dengan gandaan yang disesuaikan mengikut kumpulan gred masing-masing;

(ii) pampasan ex gratia. Selain pampasan asas, kakitangan yang tidak ditawarkan pekerjaan syarikat baru akan menerima pampasan ex gratia seperti berikut. Satu bulan gaji untuk setiap tahun perkhidmatan bagi kakitangan yang berkhidmat sehingga 10 tahun. Bererti apabila berkhidmat 10 tahun, 10 bulan gaji, ex gratia. Satu bulan setengah gaji untuk setiap tahun perkhidmatan bagi kakitangan yang berkhidmat melebihi 10 tahun dan ini perkara baru, tambahan 30 peratus lagi daripada jumlah pampasan yang diterima bagi kakitangan kurang upaya, ibu tunggal serta pasangan suami isteri yang mana kedua-dua tidak ditawarkan pekerjaan di syarikat baru. Pampasan asas dan pampasan ex gratia adalah termaktub dalam apa yang dipanggil sebagai perjanjian bersama ataupun qualitive agreement antara MAS lama dengan semua pekerja;

(iii) perkara baru. Kakitangan MAS yang tidak ditawarkan pekerjaan di syarikat baru akan terus menerima kemudahan kesihatan untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh pemberhentian mereka atau sehingga mereka mendapat pekerjaan baru yang melebih awal. Ini adalah suatu yang baru dan tiada dalam perjanjian termasuk yang baru ialah 30 peratus tambahan pampasan kepada OKU, ibu tunggal dan suami isteri.

Bagi kakitangan yang menerima tawaran pekerjaan di syarikat baru, mereka akan menerima pembayaran permulaan tugas bersamaan gaji bulan pertama mereka di syarikat baru, sementara kakitangan yang kekal bersama syarikat baru selepas enam bulan dan 18 bulan, mereka akan menerima pembayaran pengekalan. Kesemua pampasan dan kemudahan yang disediakan pada kakitangan yang bakal meninggalkan MAS serta yang menyertai syarikat baru dijangka menelan belanja kira-kira RM1.5 bilion.

Seterusnya pusat pembangunan korporat di bawah Khazanah atau Corporate Development Center, CDC telah mula beroperasi pada 1 Jun 2015. Ia menawarkan

perkhidmatan penempatan dan latihan semula secara percuma pada semua pekerja yang bakal meninggalkan MAS bagi membantu mereka untuk manfaatkan kemahiran dan bakat yang dimiliki serta merancang masa hadapan masing-masing.

Pelbagai jenis perkhidmatan disediakan termasuk profile bakat, kaunseling kerja, latihan asas, kemahiran pencarian pekerjaan, keusahawanan, perancangan persaraan dan sehingga kini kira-kira 448 program telah disediakan di CDC. Setakat 23 Jun 2015 kira-kira 5,500 peluang pekerjaan daripada 30 buah syarikat telah disediakan untuk kakitangan MAS yang dijangka berhenti kira-kira 6000 tetapi disediakan 5500 peluang pekerjaan dan pada masa yang sama seramai 2,611 orang kakitangan MAS yang bakal meninggalkan MAS telah berdaftar dengan CDC ini. Kita juga ada pusta-pusat CDC yang lain seperti Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang, Pusat Kemahiran Pembangunan Sarawak, Pusat Kemahiran Teknologi Sabah, Pusat Pembangunan Kemahiran Johor Bahru, Pusat Kemahiran Kuantan akan terus memberikan bantuan. Terima kasih.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Terima kasih, soalan tambahan saya

adalah bagaimanakah proses ataupun kriteria pemilihan kepada pekerja-pekerja yang ditawarkan bekerja semula, adakah berdasarkan prestasi perkhidmatan atau bagaimana kerana tiada penjelasan khusus tentang ini telah dibuat. Antara persoalannya adalah kenapakah di kalangan peringkat pengurusan atasan adalah terdiri daripada orang luar iaitu foreigner. Contohnya diambil CEO adalah daripada Germany dan Chief of Sales, Interim Chief of Human Resource adalah dari Perancis. Saya mohon satu lagi iaitu berkait dengan

pampasan.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 9

Adakah benar apa yang dinyatakan bahawa pampasan yang ditawarkan ini adalah

tidak selari sebagaimana perjanjian bersama collective agreement antara MAS dan juga pihak Kesatuan Sekerja, terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Sebahagian telah saya jawab tadi Tuan Yang di-Pertua iaitu ia adalah selari dengan collective agreement ataupun perjanjian

bersama. Malahan ia bukan sahaja bersamaan diberi tambahan pula. Kalau hanya bersamaan itu ialah pampasan asas dan pampasan ex gratia itu yang bersamaan tetapi ada dua buah tambahan baru. Selain daripada bersamaan dengan collective agreement tambahan baru ialah 30 peratus pampasan di atas segala pampasan yang ada untuk kakitangan kurang upaya, ibu tunggal serta pasangan suami isteri yang secara kebetulan pasangan suami isteri itu bekerja di MAS dua-dua berhenti maka ia tambahan, perkara baru dan satu lagi ialah kemudahan kesihatan. Manakah ada orang yang telah diberhentikan dalam masa setahun masih dapat kemudahan kesihatan Tuan Yang di-Pertua? Tidak ada. Cuma MAS sahaja yang melakukan perkara ini dan ia adalah untuk tujuan yang baik.

Selain daripada itu, mana ada syarikat lain yang berhentikan pekerja selepas itu menyediakan pula kursus untuk mendapat pekerjaan baru dan menyediakan pula tempat latihan yang mana daripada 6000 orang pekerja sudah ada tawaran 5500 pekerjaan daripada syarikat-syarikat seperti Prasarana, Hong Leong Bank, Hotel Equatarial, Sri Pacific, Dorset Agency, VADS, Royal Selangor, Indah Water Consortium, OCBS selepas itu dapat juga tawaran daripada Emirates, AirAsia, Qatar, Etihad untuk memastikan 5500 itu boleh dapat pekerjaan dan peluang baru.

Mengapakah kita ambil Christoph Mueller sebagai CEO? Antara puncanya apa yang berlaku dalam MAS ini adalah lebih kurang sama dengan Japan Airlines dengan Continental Air, dengan Swiss Air, United Airlines dan Aer Lingus Ireland. Aer Lingus Ireland ini CEO yang sudah turnaround Aer Lingus itu dan berjaya ialah Christoph Mueller. Oleh sebab itu Christoph Mueller kita lantik untuk jadi CEO, bukan sengaja kita memilih sesiapa yang tidak ada kelayakan tetapi pada masa yang sama kita masih mengekalkan CEO lama Ahmad Jauhari Yahya dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS kerana melihat pengalaman beliau masih lagi diperlukan. Terima kasih.

■1040

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya persilakan Yang

Berhormat Dato’ Adam, tambahan.

Dato’ Adam bin Abdul Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin

hendak mendapatkan penjelasan daripada Menteri. Saya mendengar khabar-khabar angin dan khabar-khabar angin ini tersebar luas di kalangan pekerja-pekerja MAS yang ditawarkan semula dengan NewCo iaitu setelah menandatangani kontrak baru, kemudian mereka dalam masa tiga bulan diberikan notis untuk berhenti kerja. Ini kata mereka adalah supaya MAS dapat mengurangkan kos untuk membayar pampasan kepada mereka. Adakah dakwaan ini benar?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Saya sudah jawab di antara yang tadi bagi

kakitangan yang menerima tawaran pekerjaan syarikat baru, mereka akan menerima pembayaran permulaan tugas. Kemudian, mereka akan menerima pembayaran pengekalan selepas enam bulan jika mereka ingin meneruskan dengan MAS. Memang kita mengakui bahawa 6,000 yang diberhentikan itu masih lagi belum mencapai jumlah pekerjaan yang sepatutnya ada pada MAS.

Kenapa MAS berada dalam keadaan sekarang Tuan Yang di-Pertua, kenapakah ya? Apakah sebab berlaku? Apa yang telah berlaku dan kita hendak membina kembali ikon negara ini dengan pelan pemulihan yang semua kita sudah masuk dalam semua akhbar dan membina kembali ikon negara, pelan permulaan MAS, 29 Ogos 2014 lagi. Kenapakah bermula kisah sedih MAS ini?

Pertama, kerana kos operasinya tinggi Tuan Yang di-Pertua. Kenapakah kos operasi tinggi? Sebab pekerja lebih banyak daripada yang sepatutnya. Kalau semacam MAS, 14,000 jumlah pekerja. Akan tetapi ini 20,000 lebih. Kemudian berlaku juga setengah-setengah laluan yang tak menguntungkan tetapi MAS terpaksa pergi juga, yang sekarang ini kita sudah berhentikan.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

10 DN 24.6.2015

Satu lagi ialah hasil penswastaan yang tidak menjadi Tuan Yang di-Pertua. Tuan

Yang di-Pertua, tentu ingat pada tahun1990-an, ketika zaman Perdana Menteri yang lama dulu, MAS ini diswastakan tetapi tak menjadi kepada seorang tokoh korporat yang kita sedia maklum. Akan tetapi kerajaan terpaksa mengambil alih pada tahun 2001. Ahli-ahli Yang Berhormat hendak tahu berapa jumlah sejak tahun 2001 sehingga tahun 2014 yang kerajaan terpaksa belanja untuk menghidupkan MAS ini?

RM19.2 bilion, punyalah banyak kerana hendak memulihkan penswastaan yang tidak menjadi akibat daripada salah keputusan pada ketika itu. Tentunya semua sedia maklum tentang peristiwa MH370 dan MH17 yang tidak ada sesiapa menjangka berlaku peristiwa itu. Jadi kita ingin bangkit semula. Bangkit semula, bererti segala kos yang tidak perlu itu perlu dikurangkan supaya kita boleh menghidupkan semula lambang Malaysia ke seluruh dunia. Jika Continental Air, Swiss Air, United Airlines, Japan Airlines, Air Nimbus yang menghadapi masalah lebih kurang sama tetapi tidak adalah yang hilang dan yang kena tembak. Masalah lebih kurang sama, bangkit semula airlines itu maka kita juga boleh bangkit semula. Harapan kita sebelum tahun 2018. Terima kasih.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, satu point of clarification, bukan standing order, clarification.

Tuan Yang di-Pertua: No, no, no.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Bukan, semasa, semasa Menteri

jawab...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh jawab dalam ucapan nanti.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tak ada, yang masa dia jawab tadi

cuma satu clarification. Dia juga jawab soalan asal saya. Dia jawab sekali.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, apa jawab..

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Jadi kalau dia jawab soalan asal

saya, saya rasa...

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Saya pun perlu soal tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey, silakan.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Terima kasih, terima kasih Tuan

Yang di-Pertua. Ini jawapan, masa jawapan tadi juga pada soalan asal saya. Kalau kita tengok kaedah pilihan orang untuk lay off ini, ada satu soalan oleh Yang Berhormat Hajah Khairiah pun apa cara dia pakai. Adakah dia pakai prestasi kerja sebagai cara untuk memilih.

Saya hendak balik kepada cara memilih. Kalau kita tengok peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan, terutamanya seksyen 30 walaupun seksyen 30, kewajipan Mahkamah Perusahaan dan balik kepada Kerajaan Malaysia pada tahun1985 dan sign satu Memorandum of Understanding di mana dalam keadaan-keadaan pembuangan pekerja (retrenchment) kita akan menggunakan kaedah LIFO (last in first out). Jadi soalan saya pendek sama ada MAS akan ikut kaedah last in first out. Itu satu kaedah yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Antara kaedah

yang kita gunakan kita berikan surat kepada semua pekerja dan kita berhentikan semua sekali. Selepas itu kita terima balik siapa yang ingin masuk dan sebelum itu sebelum itu kita telah membuat interview yang tertentu tetapi pada yang penting ialah adakah collective agreement itu dipenuhi. Sebenarnya ia lebih baik daripada collective agreement yang telah

ditandatangani antara pekerja dan juga syarikat lama Malaysia Airlines. Itu yang penting daripada segi hal pemberhentian ini.

Satu lagi perkara ialah kadang-kadang walaupun last in first out dan sebagainya ataupun first in first out dan sebagainya itu, dengan izin.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 11

Walaupun itu antara perkara-perkara yang boleh dilihat daripada segi konsep VSS,

voluntary separation scheme tetapi pada ketika yang sama, ada pilihan mereka sendiri Tuan Yang di-Pertua. Mereka sudah tak mahu lagi kerja, mereka hendak berniaga. Sebab makan gaji ini sampai ke tua tak akan kaya Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak kaya kena berniaga. Ya, itu sebahagian daripada pilihan mereka untuk keluar daripada MAS. Terima kasih.

5. Datuk Yoo Wei How minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, langkah dan

cara untuk membenarkan majikan tempatan untuk menggaji pelarian Rohingya atau pelarian yang mempunyai status UNHCR untuk bekerja.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib]: Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam

1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Yoo.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita mempunyai penduduk kurang lebih 30 juta orang dan bilangan pekerja asing di negara kita yang rasmi ialah 1.9 juta orang. Bilangan negara sumber yang memberikan pembekalan tenaga kerja di negara kita 14 buah negara yang detailnya tidak perlu saya sebutkan di sini.

Pelarian di bawah UNHCR ini adalah sehingga April lebih kurang 152,830 orang. Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Yoo, pada ketika ini kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk bekerja di negara ini di mana pelarian Rohingya ini sebenarnya dikategorikan sebagai pelarian. Walaupun ada cadangan daripada UNHCR ini disebabkan faktor-faktor berikut:

(i) Akta Imigresen 1959/1963 tidak membenarkan penggajian pekerja asing tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah atau PATI, pendatang asing tanpa izin;

(ii) Akta Kerja 1955 walaupun melindungi semua pekerja dan tertakluk kepada jadual pertama, tetapi secara prinsipnya, pekerja yang berhasrat mendapatkan remedi di bawah akta ini hendaklah digajikan secara sah. Maknanya kita ada prosedur Tuan Yang di-Pertua bagaimana mengambil pekerja asing di negara kita;

(iii) dikhuatiri akan menyebabkan lambakan kemasukan parti yang memegang kad UNHCR ini ke negara ini sehingga tidak terkawal; dan

(iv) dikhuatiri PATI yang telah berada di Malaysia, kita ada 1.9 juta orang pekerja yang registered, yang rasmi, asing ini. Mungkin ada lagi pekerja tanpa izin, yang haram tanpa izin. Saya tidak dapat memberikan statisik yang sebenarnya, mungkin kita boleh rujuk dengan KDN dan sebagainya. Dikhuatiri PATI ini yang telah berada di Malaysia akan mendakwa diri mereka juga sebagai pelarian untuk mendapatkan kad UNHCR.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Yoo Wei How: Tuan Yang di-Pertua, kita memang faham bahawa polisi

kerajaan supaya tidak membenarkan pemegang-pemegang kad UNHCR untuk bekerja di Malaysia. Akan tetapi dianggarkan seramai kalau daripada angka-angka dari UNHCR, seramai 250,000 orang pelarian UNHCR yang sekarang berada di Malaysia. Mereka tiada dokumen sah, tidak boleh kerja, tidak dapat menyara hidup mereka termasuk isteri-isteri ataupun anak-anak. Kalau kita tidak membenarkan mereka kerja, ini mungkin akan menyebabkan kebanyakan masalah sosial yang berlaku.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

12 DN 24.6.2015

■1050

Soalan saya, bolehkah kementerian ataupun pihak kerajaan memberi pertimbangan bahawa kelulusan khas diberi kepada majikan-majikan yang ingin menggaji pekerja asing? Ini boleh menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dan membantu pelarian UNHCR itu supaya mereka boleh menjalankan kehidupan mereka sementara menunggu penempatan ke negara lain. Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih, Yang Berhormat Senator. Sebenarnya persoalan ini Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab sebenarnya di bawah MKN atau Majlis Keselamatan Negara dan juga Kementerian Dalam Negeri.

Jadi saya hendak betulkan sedikit kepada Yang Berhormat Senator sebenarnya hingga April 2015 dalam mengikut maklumat yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada persidangan yang lepas, Ahli Parlimen Arau ini pada Mei 142,222 orang pelarian dan yang kita ada April lepas 152,830 orang. Sebenarnya figurenya tidak boleh tetapkan. Kadang-kadang ia keluar, kita hantar dan sebagainya. Oleh sebab itu saya tidak boleh beri figure yang tepat.

Bersangkutan dengan pelarian UNHCR ini di Malaysia, 141,950 orang pelarian Myanmar, 92 peratus daripadanya. Myanmar ini ada lima kategori kumpulannya, 49,000 adalah daripada kumpulan Chin. Sebanyak 45,900 orang Rohingya, 12,300 Myanmar Muslim, 7200 lebih Rakhine dan Arakan dan ada yang satu lagi group lain. Juga terdapat 10,910 orang daripada negara lain seperti Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iran, Iraq, Palestin, 69 peratus orang lelaki Tuan Yang di-Pertua dan 31 peratus orang perempuan.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soalan yang dicadangkan ataupun pandangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Senator tadi bahawa Mesyuarat Kabinet pada 22 Mei 2015 telah memutuskan bahawa isu berkenaan kajian pekerjaan kepada pelarian Rohingya ataupun pelarian yang mempunyai status UNHCR untuk pekerja diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada masa sekarang kerajaan seperti KDN dan sebagainya sedang menyediakan kertas pertimbangan dalam perkara ini.

Kementerian Sumber Manusia Tuan Yang di-Pertua di mana kementerian saya bertanggungjawab ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat tentang implikasi negatif. Sebenarnya kita sudah ada ini, kita ada sistem pengambilan pekerja-pekerja asing ini. Ramai pekerja asing negara kita. Saya sebutkan tadi 1.9 juta orang pekerja asing plus minus, ini sebab saya ada partner terdekat dengan KDN ini yang mendaftarkan pekerja asing dan kita melalui KDN, melalui job di Kementerian Sumber Manusia seperti ICS dan sebagainya.

Jadi kita melihat bahawa sebenarnya peluang-peluang pekerja di Malaysia ini sepatutnya diisi oleh pekerja tempatan, bukan pekerja asing. Oleh sebab itulah Kementerian Sumber Manusia ingin menarik perhatian jika kita membenarkan pelarian-pelarian ini bekerja di negara kita, pertama ia akan memberi isyarat yang salah dalam polisi negara mengenai isu pelarian.

Oleh sebab itu peraturan sudah ada Tuan Yang di-Pertua, peraturan sudah ada. Jadi apabila kita buat, katakanlah kita daftarkan maknanya kita telah ada dua pendaftaran iaitu melalui sistem yang ada sekarang dan yang kedua akan berlaku manipulasi dan penipuan dalam pendaftaran pelarian UNHCR yang baru. Ini akan menggalakkan kemasukan lebih ramai pelarian yang sedang menunggu di sempadan. Sempadan Tuan Yang di-Pertua, mungkin berapa juta agaknya di luar yang menunggu untuk masuk. Ketiga, apabila diberi hak untuk bekerja, mereka juga akan menuntut hak-hak lain termasuk pendidikan, hak medical, perubatan, keluarga dan anak-anak mereka pada masa hadapan.

Saya faham, kita faham bahawa kita simpati dan kita simpati dengan nasib yang menimpa pelarian-pelarian ini. Sebagai manusia, kita juga bertanggungjawab untuk membantu mereka tetapi bukanlah dengan cara kita memberikan pekerjaan. Ini terserah kepada kerajaan, keputusan dibuat oleh kerajaan, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh beri komen daripada kementerian kita. Terima kasih.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 13

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua...

6. Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pendidikan menyatakan dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia The Education Hub di rantau ASEAN ini, apa insentif-insentif dan galakan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada para industry players.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat kementerian amat mengambil berat usaha-usaha bagi menjadikan hab pendidikan tinggi rantau ASEAN. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi ataupun dikenali sebagai PPPMPT turut menyokong usaha kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai dengan izin, the Education Hub di rantau ASEAN melalui lonjakan ke-8.

Berdasarkan PPPMPT, kementerian mensasarkan 250,000 bilangan pelajar antarabangsa menjelang tahun 2025. Sehingga 31 Mac 2015, bilangan pelajar antarabangsa di institusi pengajian tinggi negara dan sekolah swasta, sekolah antarabangsa ialah seramai 132,542 orang ataupun 88.36 peratus daripada sasaran 150,000 orang bagi tahun 2015.

Bagi menggalakkan penglibatan industry players, dengan izin, double deduction incentive, dengan izin, diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada institusi pendidikan tinggi swasta yang menyertai pameran pendidikan di luar negara bagi mempromosikan eksport pendidikan tinggi.

Ini termaktub di bawah Akta Income Tax (Deduction for Promotion of Export of Higher Education) Rules 2001 [P.U.(A)185] dengan izin, berkuat kuasa pada tahun taksiran 1996, dan Income Tax (Deduction for Promotion of Export Higher Education) (Amendment) Rules 2003 [P.U.(A) 261] dengan izin, berkuat kuasa tahun taksiran 2002. Insentif ini

disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan IPTS yang terlibat dalam eksport pendidikan tinggi daripada dikenakan cukai dua kali pada tahun taksiran.

Di samping itu dalam ucapan Bajet 2015 yang lalu, kerajaan telah mengumumkan galakan cukai yang ditambah baik bagi pihak swasta sebagai dorongan untuk bekerjasama melaksanakan pendidikan dan latihan dengan institusi TVET. Tiga kaedah dorongan kepada syarikat swasta tersebut adalah seperti berikut:

(i) potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai berpendapatan diperluaskan kepada biasiswa untuk pelajar di peringkat pengajian pensijilan vokasional dan teknik,

(ii) potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan syarikat dalam melaksanakan Program Internship Berstruktur di peringkat Diploma dan Vokasional; dan

(iii) potongan tambahan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diberi ke atas perbelanjaan latihan yang ditanggung oleh majikan bagi pekerja untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang diiktiraf.

Yang Berhormat, insentif-insentif demikian yang diberikan kerajaan diharap dapat menarik pihak industri sebagai industry players, dengan izin, untuk bekerjasama dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Education Hub di rantau ASEAN ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya

mempersilakan soalan tambahan, Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih, Yang

Berhormat Menteri. Saya setuju dan saya rasa penerangan Yang Berhormat Menteri begitu jelas. Cuma saya hendak memfokuskan dalam konteks kita membawa negara kita ke arah negara maju 2020, kita lebih menekankan kepada usaha-usaha inovasi.

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

14 DN 24.6.2015

Jadi kita perlukan satu linkages universiti industri di mana kita ingin menggalakkan

satu idea baru, inovasi, teknologi baru.

Persoalan saya dalam konteks university industry linkage ini, adakah kementerian mempunyai apa-apa strategi ataupun kaedah baru di mana selama ini saya rasa kaedah ini tidak berapa berkesan?

■1100

Kaedah baru di mana kita mengharapkan segala bentuk inovasi dan teknologi baru yang patut dipelopori oleh industri mestilah berdasarkan ia dipacu melalui penyelidikan di universiti. Maksudnya penyelidikan yang dibuat oleh universiti itu mestilah digunakan oleh industri di dalam membuahkan idea-idea baru, inovasi baru dan teknologi baru.

Jadi, soalan saya tadi Tuan Yang di-Pertua, saya perhatikan selama ini tidak ada. Minta maaf saya katalah walaupun saya setuju daripada segi insentif dan berbagai-bagai. Memang tetap memang ada. Saya sokong dan saya ucapkan tahniah. Akan tetapi dalam konteks negara membangun untuk mencapai 2020, saya rasa inovasi teknologi baru cukup penting dan perlu dimainkan melalui penyelidikan yang dipacu oleh penyelidikan dari industri yang dibuat oleh akademia universiti-universiti tempatan. Terima kasih.

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tan Seri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah yang memang arif tentang hal ehwal aspek pengajian tinggi apabila Yang Berhormat mengatakan fakta-fakta ini, ini berdasarkan kepada pengalaman Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat dan juga terima kasih kerana Yang Berhormat mengaku bahawa kaedah-kaedah yang kita ada guna pakai ada mencapai kejayaannya tetapi ada juga kaedah-kaedah yang perlu ditambah baik. Itu hala tuju dan cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat, kita sedar, di kementerian yang paling penting untuk

melonjakkan IPTA ialah dengan kaedah penyelidikan. Penyelidikan dengan kerjasama industri swasta, public-private partnership, dengan izin, dan inilah yang kita laksanakan dan maktubkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PT) 2015-2025. Hala tuju ini kerana kita akan bekerjasama dengan syarikat swasta, malah Yang Berhormat sedar kita sudah ada konsep-konsep seperti PECIPTA yang mana memberi peluang kepada IPTA-IPTA negara kita untuk mempamerkan segala inovasi mereka yang telah dilaksanakan dan boleh dipasarkan. Saya boleh senaraikan dan kita telah pun mengeluarkan pelbagai buku rujukan untuk syarikat-syarikat yang mana berminat untuk mengambil teknologi inovasi IPTA tersebut boleh melalui PECIPTA. Tahun ini kita akan melaksanakan PECIPTA 2015 yang mana akan dihoskan, dianjurkan format utama tahun ini ialah UPSR. Kita akan sentiasa lakukan ini.

Selain daripada itu juga, kita juga menggalakkan contoh dalam program ICOE

yang mana industri bekerjasama terus dengan IPTA berkenaan. Kita juga telah memulakan di mana pihak IPTA membawa dan mengalu-alukan penglibatan industri membantu kita. Satu masa dahulu memang akademia 100 peratus menggubal kurikulum dan syllabus tetapi kini industri memainkan peranan penting. Bekerjasama dengan pihak akademia untuk mewujudkan syllabus yang akan memastikan mahasiswa-mahasiswi kita bukan sahaja hebat daripada segi akademik tetapi daripada segi inovasi, daripada segi pencapaian mereka. Kita dalam pelan pembangunan ini juga mewujudkan seorang job creator dan bukan sahaja job seeker. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

7. Datuk Norliza binti Abdul Rahim minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

menyatakan, bagaimanakah projek tebus guna tanah melalui penambakan laut Seri Tanjung Pinang 2 Negeri Pulau Pinang mendapat kelulusan bagi Kajian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) daripada Jabatan Alam Sekitar dalam rekod masa kurang dari sebulan selepas ianya dipaparkan untuk mendapat maklum balas orang ramai.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 15

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Dr. James Dawos

Mamit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Senator Datuk Norliza, laporan Detail Environmental Impact Assessment (DEIA) yang berkaitan dengan projek penambakan laut Seri Tanjung Pinang 2 diterima pada 13 Januari 2014. Ia diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 10 April 2014. Laporan DEIA ini mula dipamerkan pada 24 Januari hingga 21 Februari dan dilanjutkan lagi ke 7 Mac hingga dilanjutkan yang kedua hingga 28 Mac. Oleh itu kelulusan 10 April itu adalah betul.

Dalam kelulusan ini, penilaian dan proses mengambil kira maklum balas daripada

orang-orang awam yang ada meneliti laporan yang dipamerkan. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar tidak meluluskan laporan ini kurang daripada satu bulan ia dipamerkan. Sekian, terima kasih.

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima

kasih kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Cuma saya bertanyakan sebab saya mendapat laporan bahawa ia diluluskan kurang dari sebulan. Jadi kalau kurang dari sebulan itu, ia sesuatu yang agak ganjil sebab selalunya kelulusan dalam tempoh paling cepat pun dalam empat ke-enam bulan ataupun ada yang mengambil masa sehingga setahun. Jadi kita hendak tahu sama ada unsur-unsur tekanan yang berlaku.

Walau bagaimanapun, setelah dijawab iaitu melebihi daripada sebulan, cuma saya

ingin bertanya kepada kementerian sama ada kementerian mempunyai garis panduan khusus atau tidak yang perlu diikuti di setiap negeri dan juga pihak PBT jika ia projek berskala besar khususnya yang melibatkan ekologi dan ekosistem alam sekitar. Terima kasih.

Dato’ Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Yang Berhormat Senator Datuk Norliza atas soalan tambahan. Kementerian sememangnya ada garis panduan am untuk projek-projek penambakan laut seperti ini. Akan tetapi selain daripada itu, laporan dalam kajian EIA inilah di mana garis panduan yang spesifik yang perlu diikuti oleh pemaju.

Jadi garis panduan yang spesifik ini menjadikan syarat-syarat kelulusan EIA dan

pemaju mesti mematuhi semua syarat ini termasuk ekologi akuatik. Semuanya ada. Itulah sebabnya untuk menjaga kebersihan laut dan menjaga sumber-sumber akuatik, pemaju perlu dan mesti memasang double layer silk curtain supaya kelodak-kelodak tidak lari ke tempat lain. Jauh lari ke laut dengan sebagainya.

Selain daripada itu, kajian hidraulik juga diperlukan dan kajian hidraulik untuk

projek fasa dua ini sudah pun diluluskan oleh Jabatan Perairan dan Saliran supaya pemaju projek boleh tahu apa yang perlu dibuat apabila melaksanakan projek nanti. Kajian hidraulik juga amat-amat diperlukan untuk menjaga akuatik ekosistem. Sekian, terima kasih. 8. Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin minta Menteri Pendidikan menyatakan,

penurunan kedudukan universiti-universiti di Malaysia telah mengesahkan bahawa pencapaian pelajar-pelajar Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara lain. Oleh itu, bagaimanakah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Tinggi (2015-2025) boleh membantu membaik pulih keadaan semasa.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Datuk Ng dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan ataupun soalan kenyataan yang diberikan tadi adalah tidak tepat soalannya.

■1740

Kedudukan universiti tempatan dalam penarafan QS World University Ranking ataupun QSWUR 2014/2015 adalah meningkat jika dibandingkan semasa penarafan 2013/2014. Sebagai contoh Universiti Malaya telah berjaya berada pada kedudukan 151 terbaik pada tahun 2014 berbanding kedudukan 167 pada tahun 2013.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

16 DN 24.6.2015

Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah melonjak daripada kedudukan 269

pada tahun 2013 ke-259 pada tahun 2014. Universiti Teknologi Malaysia melonjak daripada kedudukan 355 ke-294 pada tahun 2014. Manakala berdasarkan ranking Universitas 21 yang menilai pencapaian negara, kedudukan Malaysia telah meningkat dari tangga 28 ke-27.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015/2025 Pendidikan Tinggi juga telah mensasarkan menjelang tahun 2025 akan ada dua buah universiti awam yang berada pada kedudukan 100 terbaik di dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pengajian Tinggi sememangnya dirangka berasaskan pencapaian semasa yang memerlukan perubahan besar daripada segi sistem yang turut melibatkan peranan kementerian untuk mencapai matlamat yang disasarkan. Secara khususnya hasrat kementerian adalah bertujuan untuk lima perkara:

(i) memupuk minda keusahawanan dalam seluruh sistem pendidikan tinggi dan mewujudkan sistem pendidikan yang melahirkan graduan berciri keusahawanan bukan hanya mencari kerja;

(ii) membangunkan sistem yang tidak hanya menumpu kepada laluan akademik biasa tetapi turut memberi penekanan kepada laluan TVET;

(iii) memberi tumpuan kepada keberhasilan berbanding input di samping menggunakan teknologi dan inovasi bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar;

(iv) mengharmonikan kawal selia antara IPT awam dan swasta dan beralih daripada sistem tadbir urus berpusat ketika ini kepada model IPT yang mempunyai lebih autonomi dalam rangka kerja perundangan yang ditetapkan; dan

(v) memastikan kemapanan kewangan bagi sistem pendidikan tinggi dengan mengurangkan kebergantungan kepada sumber kerajaan dan memastikan semua pihak berkepentingan turut memberi sumbangan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih kepada timbalan menteri. Soalan tambahan saya ialah ketika Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pendidikan, kerajaan pernah menetapkan wawasan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Dengan naik turun ranking universiti tempatan, adakah akan menjejaskan hasrat berkenaan. Terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua

dan terima kasih Yang Berhormat Datuk. Soalan yang begitu baik dan memberikan peluang kepada saya untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat. Sebenarnya kita dalam proses, malah dalam ranking terkini yang baru dikeluarkan awal bulan ini kalau tidak silap saya,

kebanyakan dari universiti-universiti negara kita telah pun mencapai satu peningkatan dalam ranking Asia yang telah dikeluarkan baru-baru ini.

Ini memang kesinambungannya ada, hala tuju yang telah ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bila beliau menjadi Menteri Pendidikan dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri menjadi Menteri Pendidikan sama. Melonjakkan taraf pendidikan negara supaya dapat menjadi hab pendidikan, dapat meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat memberi pendidikan antarabangsa.

Kita nampak ini kerana ada ramai pelajar antarabangsa mula datang ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 17

Dalam laporan terkini, maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, QS Ranking Asia telah

meletakkan Universiti Malaya di tangga yang ke-29 terbaik di Asia, melonjak daripada tangga yang ke-32. USM pula diletakkan pada tangga yang ke-49, melonjak daripada tangga 57. Kita telah ada dua buah universiti awam, top 50 di Asia yang terkini dalam masa yang singkat. Saya pasti dengan hala tuju dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, kerjasama oleh semua rakyat Malaysia termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini kita pasti dapat meletakkan Malaysia di persada antarabangsa sebagai sebuah negara yang akan dapat memberikan pendidikan yang terbaik bukan sahaja kepada rakyat kita tetapi rakyat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

9. Dato’ Dr. Johari bin Mat minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan menyatakan, sehingga kini, sejauh manakah kementerian menangani isu-isu mengenai hak intelek, dasar persaingan, perdagangan pengedaran dan kepenggunaan di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari bin Mat atas soalan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Dato’ Dr. Johari ini satu soalan tetapi ada empat perkara yang perlu diperjelaskan mengenai dengan hak intelek, dasar persaingan, perdagangan pengedaran dan juga kepenggunaan.

Tuan Yang di-Pertua, fungsi utama KPDNKK adalah untuk menggubal dasar strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan. Walau bagaimanapun memandangkan Malaysia mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan aktif dalam perdagangan antarabangsa, maka kementerian ini turut terlibat dalam beberapa bidang demi membantu Malaysia menuju ke arah liberalisasi ekonomi di peringkat global. Mengenai dengan hak intelek. Dalam usaha menangani isu-isu mengenai hak intelek, harta intelek di peringkat antarabangsa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Perbadanan Harta Intelek iaitu MyIPO sentiasa mengamalkan sistem harta intelek di Malaysia selaras dengan standard antarabangsa serta perkembangan landskap harta intelek global.

Malaysia telah menjadi ahli kepada World Intellectual Property Organization (WIPO), dengan izin, dan di samping itu Malaysia telah menyertai triti-triti antarabangsa yang berkaitan dengan harta intelek untuk memberi perlindungan harta intelek yang komprehensif kepada pemilik harta intelek tempatan dan juga luar negara. Pada masa yang sama, beberapa akta telah dipinda untuk memastikan perlindungan harta intelek di Malaysia selaras dengan standard antarabangsa.

Mengenai dengan dasar persaingan. Bagi dasar persaingan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) memainkan peranan penting dalam hal-hal persaingan di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah mewakili negara dalam ASEAN Expert Group on Competition iaitu AEGC dan menjadi anggota tetap kepada International Competition Network (ICN) yang melibatkan hampir 104 buah negara dari seluruh dunia. Selain itu, MYCC juga terlibat dalam beberapa perjanjian persefahaman dan perjanjian perdagangan bebas yang mempunyai impak kepada dasar persaingan serantau dan dilihat sebagai berfaedah kepada ekonomi negara. Secara ringkas, penglibatan MYCC di peringkat antarabangsa akan dapat memastikan pelaksanaan Akta Persaingan 2010 dengan lebih efektif selaras dengan mandat dan memastikan pasaran Malaysia kekal kompetitif dan sihat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan perdagangan pengedaran. Dalam konteks perdagangan dan pengedaran, kementerian bertanggungjawab mengawal selia pertubuhan dan pembangunan perdagangan pengedaran oleh pengusaha asing di negara ini.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

18 DN 24.6.2015

Pengusaha asing perlu mendapatkan kelulusan daripada kementerian berdasarkan

garis panduan Penyertaan Asing dalam Perdagangan, Pengedaran Sektor Perkhidmatan (Pindaan) 2010. Dengan memakaikan garis panduan ini negara dapat mengawal selia sektor ini dengan lebih efisien.

■1120

Last mengenai dengan kepenggunaan. Dalam menangani isu kepenggunaan di peringkat antarabangsa, Malaysia merupakan ahli dalam ASEAN Committee on Consumer Protection (ACCP) di mana ia merupakan satu medium bagi negara-negara ASEAN untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai dengan perundangan dan program yang dilaksanakan berkaitan perlindungan pengguna bagi menjaga kepentingan negara dalam pembangunan perlindungan pengguna di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Johari bin Mat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas

sahaja. Ada empat perkara yang telah diterangkan, empat dari empat perkara itu satu sahaja yang saya hendak tanya iaitu berhubung dengan harta intelek. Saya ingin tahu daripada pihak kementerian bagaimana sambutan daripada chief of sales pihak yang terlibat dengan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan apakah pihak yang terlibat dalam harta intelek ini mengetahui kedudukan mereka dan setakat ini adakah terdapat aduan-aduan yang telah disampaikan oleh pihak yang berkenaan kepada pihak kementerian tentang hak-hak mereka, terima kasih.

Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,

terima kasih Yang Berhormat Dr. Johari. Memang kesedaran orang ramai mengenai dengan harta intelek ini sekarang masih agak berkurangan. Jadi kita berharap dengan penjelasan yang saya sebutkan tadi supaya kesedaran orang ramai terhadap harta intelek ini akan bermula daripada sekarang.

Untuk makluman Yang Berhormat mengenai dengan harta intelek, kita ada empat. Pertama mengenai dengan paten, kedua- cap dagangan, ketiga- reka bentuk perindustrian dan yang keempat, petunjuk geografi. Memang permohonan-permohonan, mula ada kesedaran daripada orang ramai. Untuk itu, perbandingan bermula pada tahun 2010, permohonan untuk mendaftarkan paten ini kita ada 6,464 tetapi hari ini tahun 2014 telah mencapai 7,760 permohonan mengenai dengan paten iaitu reka cipta.

Mengenai cap dagangan, pada tahun 2010 ada 26,370 permohonan tetapi pada tahun lepas 2014 telah pun menjangkau kepada 34,571 permohonan. Mengenai dengan reka bentuk perindustrian, pada tahun 2010 hanya 1,677 permohonan tetapi pada tahun 2014 telah meningkat kepada 1,882 permohonan. Keempat, petunjuk geografi, pada tahun 2010 hanya ada tiga permohonan dan pada tahun 2014 telah meningkat kepada 27 permohonan dan ini membuktikan bahawa sudah mula ada kesedaran dan penambahan permohonan-permohonan untuk didaftarkan. Terima kasih.

10. Tuan Chong Sin Woon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, setakat April

2015, jumlah hasil yang telah berjaya dicapai oleh pihak kerajaan dalam program pemutihan 6P.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, Program 6P yang telah bermula pada 10 Oktober 2011 telah ditamatkan secara rasminya pada 10 Januari 2012. Namun atas rayuan dan desakan daripada pihak majikan, tempoh fasa pemutihan di bawah program tersebut dilanjutkan sebanyak enam kali secara pentadbiran sepanjang tempoh 10 Oktober sehingga 30 November 2012. Program 6P dilaksanakan secara one-off ini telah berjaya mendaftarkan 1,303,126 orang pendatang asing tanpa izin atau PATI di mana 503,161 orang PATI telah diputihkan untuk memenuhi keperluan industri mendesak buat masa ini berdasarkan sektor-sektor ekonomi yang tanpa perlu membawa masuk pekerja asing baru.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 19

Program ini juga berjaya menangani isu kutipan levi ke atas majikan yang mengaji

PATI di mana sebelum ini kerajaan tidak dapat mengutip bayaran levi ke atas majikan yang telah menggunakan PATI dan menjana hasil pendapatan negara. Oleh itu, sebanyak ‘RM605,191’ hasil levi tahunan pertama telah berjaya dikutip di bawah Program 6P dan ia dijangka dapat dikutip berdasarkan tempoh penggajian yang dibenarkan kepada pekerja asing di bawah program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Chong Sin Woon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mempunyai dua

soalan tambahan berikutan dengan isu 6P ini. Pertama, apakah rasionalnya dasar kerajaan yang hanya membenarkan seorang pekerja asing bekerja di Malaysia dengan maksimumnya enam tahun di mana mereka ini sudah memiliki pengalaman dan skil dan pada waktu mereka memiliki skil dan pengalaman itu mereka perlu dihantar balik ke negara asal dan pihak majikan perlu mengambil pekerja asing yang baru yang mungkin tanpa skil dan pengalaman. Tahun ini mengikut angka yang saya peroleh, 100,000 orang pekerja asing akan dihantar balik dan ini menyebabkan kekurangan pekerja yang diperlukan oleh industri.

Soalan kedua saya ialah adakah pihak kementerian menyedari bahawa terdapat pihak-pihak di luar sana khususnya agen-agen pekerja asing yang mendapat surat kebenaran khas yang ditandatangani oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang membolehkan pekerja itu untuk bekerja dalam tempoh tiga tahun lagi dan charge yang dikenakan oleh agen-agen ini adalah sebanyak RM1,500 hingga RM2,000 dan saya pasti bahawa charge ini bukanlah diberikan kepada kerajaan dan mohon kementerian memberikan penjelasan mengenai hal ini memandangkan ini merupakan satu open secret

di luar sana. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebenarnya ini sebuah dasar kerajaan. Lagipun pada pandangan saya, kalau kita lihat dari sudut Perlembagaan, mana-mana masyarakat di luar berada di dalam Malaysia hingga masa tujuh tahun, layak di bawah Perlembagaan memohon untuk mendapat PR negara ini. Jadi dalam keadaan sedemikian mungkin landasan yang besar bagi kerajaan memutuskan supaya pekerja hanya dibenarkan lima tahun berada di sini dan perlu dihantar balik adalah berlandaskan kelonggaran yang diberikan di bawah Perlembagaan ini.

Kedua, soalan Yang Berhormat tadi. Saya mengetahui sebenarnya benar dalam sudut latihan, saya banyak berbincang soalan dari sudut latihan ini. Kalau kita sudah melatih seorang pekerja untuk menjadi pakar dalam bidang-bidang mereka sendiri dan selepas itu dikeluarkan daripada negara ini dan mereka boleh masuk semula ke negara ini untuk bekerja tetapi mesti ada the break point di antaranya untuk mengatasi masalah yang saya sebutkan sebagai penduduk tetap tadi. Akan tetapi dalam industri kita memang menerima hakikat bahawa ia akan merugikan industri itu sendiri kerana latihan yang telah diberikan oleh syarikat-syarikat yang tertentu untuk mereka mengetahui bidang kerja mereka sendiri dan negara yang menerima mereka ini tidak perlu lagi melatih mereka ini kalau mereka berhijrah ke negara lain.

Kedua berhubung dengan penawaran semula mereka yang telah ditamatkan. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, mengikut rekod yang kita ada memang ada 352,493 orang pekerja asing di bawah Program 6P dijadualkan tamat penggajian sehingga penghujung tahun 2014 dan 2015 ini dan mereka secara staged akan dihantar balik tetapi keputusan telah dibuat oleh Jemaah Menteri pada 17 Disember 2014 supaya memberikan peluang kepada mereka untuk terus bekerja selama tiga tahun lagi. Jadi berhubung dengan caj yang dikenakan disebut oleh Yang Berhormat itu, saya kurang pasti dan saya cari jawapannya. Terima kasih Yang Berhormat.

11. Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta Menteri Pendidikan menyatakan, tentang

langkah-langkah penyelesaian yang sedia ada dan cadangan-cadangan masa depan kementerian dalam menangani isu-isu pelajar yang menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam dan permohonan biasiswa atau pinjaman pendidikan akibat status kerakyatan mereka sebagai pemegang kad pengenalan merah.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

20 DN 24.6.2015

■1130

Timbalan Menteri Pendidikan [Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Datuk Profesor Dr. Sim atas soalan. Tuan Yang di-Pertua dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelajar yang memegang kad pengenalan merah adalah berstatus bukan warganegara. Maka tidak memenuhi syarat am untuk permohonan lepasan SPM, setaraf bagi kemasukan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILK. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak mengemukakan permohonan melalui BPKP atau pun JPT.

Walau bagaimanapun, untuk maklumat Yang Berhormat, permohonan kemasukan lepasan STPM setaraf pula adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang mempunyai nombor kad pengenalan ataupun MyKad. Pelajar bukan warganegara boleh memohon terus ke IPTA pilihan dengan mengisi borang permohonan yang disediakan oleh IPTA tersebut asalkan memenuhi syarat khas program berkenaan.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, dasar pemberian pinjaman pendidikan biasiswa termasuklah yang ditawarkan oleh Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia dan PTPTN adalah khusus kepada warganegara Malaysia sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Profesor, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan

tambahan, saya memohon untuk mendapatkan jumlah sebenar pemegang kad pengenalan merah di seluruh negara khasnya di Sarawak dan memohon untuk melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam dan permohonan biasiswa atau pinjaman pendidikan, status permohonan yang berjaya dan ditolak dan juga tempoh masa proses yang dibuat oleh kementerian sehingga kini, terima kasih.

Tuan P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan: Tuan Yang di-Pertua dan Yang

Berhormat Profesor Dr. Sim, memandangkan soalan ini soalan spesifik dan maklumat terperinci untuk negeri Sarawak, saya mohon persetujuan Yang Berhormat untuk membuatnya secara bertulis. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan

tambahan seterusnya? Tidak ada. Baiklah, setakat itu dahulu Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan tetapi sebelum itu saya ingin menjemput seorang Menteri mengemukakan satu usul. Silakan Yang Berhormat Menteri.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat.]

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 21

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

11.33 pg.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Seri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah]: Tuan yang di-pertua, saya mohon

mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 25 Jun 2015.”

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datin Paduka Chew Mei Fun]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan

masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS 2016-2020

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini,

Menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian

sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh;

Merestui usaha kerajaan untuk meneruskan Dasar Transformasi

Nasional atau DTN dalam rangka dan merencana Rancangan Malaysia Kesebelas seterusnya;

Meluluskan pelaksanaannya bertunjangkan falsafah Dasar Transformasi

Nasional dalam ikhtiar menjadi sebuah negara maju pada Tahun 2020 menurut Kertas Perintah Tahun 2015;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesebelas, Dewan yang

mulia ini menyeru agar semua pihak bersama-sama dan berusaha menjayakan matlamatnya.” [23 Jun 2015]

11.36 pg.

Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B): Terima

kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya teruskan menyentuh kepada perbahasan yang diberhentikan semalam iaitu tentang bersabit dengan perumahan yang dirancang oleh pihak kerajaan.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

22 DN 24.6.2015

Jadi, saya telah menyentuh kepada perumahan khusus untuk warga veteran

tentera memandangkan kedudukan sekarang, hasil kaji selidik mendapati masih didapati ada veteran yang tidak mempunyai rumah sendiri. Mereka dalam golongan ini berada di seluruh pelosok negara. Mereka terpaksa menyewa rumah untuk berteduh. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan veteran yang tidak berpencen.

Mereka dalam golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama, mereka yang tidak memiliki rumah sendiri dan juga tidak memiliki tanah sendiri atau warisan daripada keluarga. Kedua ialah kumpulan mereka tidak memiliki rumah sendiri tetapi mempunyai tanah sendiri atau pun warisan daripada keluarga. Jadi, cadangan pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan, kita memohon memberi pertimbangan ke atas mereka ini.

Peruntukan atau pun kuota khas hendaklah disediakan untuk veteran dalam setiap projek pembinaan rumah mampu milik dan PPRT yang diusahakan oleh Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri atau pun semua permohonan daripada veteran kalau boleh diberi pertimbangan khas atau diutamakan, termasuklah projek PR1MA.

Kerajaan diminta menambah peruntukan kewangan tahunan ke Jabatan Hal Ehwal Veteran di bawah inisiatif NBOS 7 iaitu the National Blue Ocean Strategy, dengan izin, iaitu

pembinaan dan juga pembaikan rumah. Ini satu inisiatif yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semata-mata untuk memberi peluang kepada veteran memiliki rumah dan membaiki rumah sedia ada kerana masih banyak permohonan diletakkan dalam senarai menunggu.

Buat masa ini, kerajaan memberi peluang kepada mereka untuk memiliki rumah sendiri dalam dua cara iaitu pertama melalui projek rumah mampu milik (PPRT) yang mana mereka terpaksa bersaing dengan orang-orang awam yang lain. Kedua melalui inisiatif NBOS 7 tadi, di mana peruntukan kewangan yang diberi oleh kerajaan pada setiap tahun adalah terhad. Untuk membaiki rumah, hanya 100 buah rumah dan untuk rumah baru, jika veteran itu memiliki tanah, 100 buah rumah juga. Jadi setakat ini banyak yang menunggu.

Untuk makluman Dewan, baru-baru ini ada dua orang veteran. Seorang itu mempunyai anak 12 orang tetapi setakat ini belum mempunyai rumah sendiri. Jadi, dengan inisiatif NBOS 7 ini kita telah dapat meluluskan untuk mereka memiliki atau pun pembinaan rumah akan dibina oleh jurutera Tentera Darat dalam anggaran kos RM45,000 sahaja. Soalan, adakah Kementerian Pertahanan merancang untuk mewujudkan satu road map, dengan izin atau pun satu hala tuju untuk membina rumah yang mampu dibeli oleh warga tentera sebelum mereka bersara?

Jadi, kami rasa eloklah kalau pemilikan perumahan ini diselesaikan sebelum seseorang warga tentera itu bersara. Maka tidak adalah lagi kedudukan sekarang di mana setelah bersara dan mereka juga yang bersara selepas 13 tahun, 15 tahun, 18 tahun berkhidmat tidak sempat untuk merealisasikan kemudahan pinjaman rumah kerajaan. Ini adalah satu kekangan apabila mereka bersara lebih awal.

■1140

Jadi kita hendak cadangkan untuk kerajaan panjangkan kemudahan pinjaman perumahan ini kepada veteran yang tidak memiliki rumah pertama.

Isu kedua yang ingin saya bangkitkan isu veteran juga. Ini kerana, maklumlah veteran ini juga sebagai rakyat biasa dan juga akan bersama-sama menggembleng tenaga untuk pembangunan negara. Jadi satu isu yang paling ketara iaitu jurang perbezaan pencen antara veteran terdahulu dan sekarang. Kedudukannya begini, didapati jurang perbezaan pencen yang diterima di antara veteran yang bersara sebelum tahun 1995 dengan tahun 1996-2008 dan juga 1996-2000 dengan 2007 dan 2012.

Ia ada tiga kategori untuk veteran apabila bersara. Pangkatnya sama tetapi pencennya berbeza-beza. Yang pencen dahulu adalah rendah, pertengahan dan ia mengikut 50 peratus gaji terakhir. Jadi ini telah ada telah wujud tiga kategori pegawai ataupun lain-lain pangkat yang telah pun bersara. Dia sebagai contoh seorang koperal, kalau bersara awal itu pencennya rendah.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 23

Yang pencen group tengah itu akan dapat lebih sedikit daripada yang awal dan

yang berpencen sekarang kerana gaji mereka adalah tinggi, mereka mendapat lagi tinggi pencennya. Jadi inilah satu-satunya, kita hendak mengajukan soalan kepada Kementerian Pertahanan, sama ada kementerian akan menyelaraskan jurang pencen yang diterima oleh veteran yang sama pangkat?

Tuan Yang di-Pertua, inisiatif meningkatkan rasa selamat menerusi pewujudan persekitaran yang lebih selamat dan terjamin. Senario keselamatan dan pertahanan. Senario terkini, kita telah lihat beberapa ancaman asimetrik, ancaman bukan tradisional, pemerdagangan manusia, penyeludupan kontraban, pengganas dan penculikan, Islamic State (I.S.) dan juga negara telah dikejutkan oleh pencerobohan di Lahad Datu, dan baru-baru ini penculikan di Sandakan, insiden pelanunan di Pulau Sedili, iaitu kes kapal Okim Harmony dan juga tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Insiden-insiden ataupun aktiviti lanun ini bukan terjadi hanya sekarang tetapi pernah terjadi pada satu ketika dahulu iaitu pada tahun 2003. Insiden-insiden pelanunan ataupun piracy di Selat Melaka telah mendadak naik. Jadi, apa pendekatan yang diambil ialah, ketiga-tiga negara lateral telah melaksanakan satu permuafakatan dan membuat patroli terkoordinasi iaitu bersama untuk menangkis atau menangani isu pelanunan di Selat Melaka.

Selepas itu mereka telah menginisiatifkan Eyes in the Sky, dengan izin, di mana ketiga-tiga negara telah menggunakan pesawat untuk bersama-sama meronda di Selat Melaka semata-mata untuk mengurangkan insiden piracy di Selat Melaka. Bermakna kalaulah kita menggembleng tenaga bersama-sama dengan negara-negara jiran maka dapat mengatasi dengan secepat mungkin, insiden-insiden pelanunan telah menurun. Jadi, soalan kepada Kementerian Pertahanan sama ada Kementerian Pertahanan merancang menggunakan model ataupun pendekatan yang sama seperti di Selat Melaka dahulu untuk menangani aktiviti pelanunan di pesisir Pantai Barat Semenanjung dan juga di Sabah dan Sarawak?

Sementara itu, saya ingin juga membahaskan tentang isu menggiatkan sukan untuk kehidupan yang sihat dan memupuk perpaduan. Saya rasa sebagai seorang ahli sukan yang pernah mewakili negara iaitu dalam sukan hoki di Asian Games Tehran, saya

mengalu-alukan inisiatif ini kerana kita lihat, sukan ini juga satu cara, satu faktor yang akan menentukan kehidupan yang sihat dan juga cara untuk memupuk perpaduan di antara muda mudi dan rakyat Malaysia.

Akan tetapi apa yang mustahak ialah saya ingin juga menanya sama ada Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan inisiatif di mana kita menentukan warga sekolah, murid-murid sekolah melaksanakan sukan ataupun satu fitness test, dengan izin, di mana ia satu cara ujian fitness yang standard yang boleh diguna pakai oleh semua sekolah dan juga pengukuran Body Mass Index (BMI). Ini akan menentukan seperti yang

telah pun diusul, diangkat oleh Yang Berhormat semasa perbahasan tentang mengenai obesiti ataupun keadaan gemuk di antara muda mudi di Malaysia ini.

Meneruskan dengan inisiatif-inisiatif yang telah dibangkitkan dalam RMKe-11, saya ingin melihat pada Transformasi Perkhidmatan Awam. Dalam arus menuju negara maju, eloklah juga kita mengambil kira mentransformasikan Angkatan Tentera Malaysia. Jadi bersama-sama, kalau Pertahanan Awam ditransformasikan, saya cadangkan untuk ATM juga. Ini kerana landskap ancaman semasa telah berubah. Jadi kita terpaksa berada dalam keadaan bersiap siaga untuk menangani landskap ancaman baru ini.

Bermakna Angkatan Tentera Malaysia haruslah lebih lean and mean, dengan izin, lebih bersepadu, joint, menitikberatkan keperluan keupayaan. Apa yang saya lihat jadi pendekatan dahulu adalah secara intra service iaitu service centric, di mana tiap-tiap pembelian aset ataupun pembelian aset tempur hanya dijustifikasikan oleh perkhidmatan masing-masing. Akan tetapi kalau kita lihat, untuk memanfaatkan peruntukan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan, saya rasa pendekatan baru ini haruslah diinisiatifkan untuk menuju ke arah pencapaian negara maju.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

24 DN 24.6.2015

■1150

Walaupun buat masa sekarang kita lihat angkatan tentera sentiasa mengadaptasikan The National Blue Ocean Strategy iaitu bersama dengan pihak polis melaksanakan beberapa tugas operasi bersama, kita lihat komen rakyat di mana kos pembelian aset dan senggaraan aset tempur, aset ATM melebihi kos industri atau the standard cost. Jadi bagaimanakah menuju ke tahun 2020 ini? Sama ada kita hendak business as usual dengan izin ataupun melonjak atau berhijrah kepada sistem yang lebih efektif, sistem yang lebih berkesan, sistem yang boleh membeli aset-aset tempur dalam tentera dengan cara yang value for money, dengan izin.

Jadi saya ingin mencadangkan supaya pendekatan baru iaitu mengadaptasikan falsafah pembelian aset tempur secara fit for purpose, dengan izin, iaitu tepat untuk tujuan. Bukanlah kita lihat kadang-kadang kata orang tua, “Kalau hendak bunuh nyamuk, janganlah kelambu dibakar”. Jadi membeli aset-aset yang berlebihan ia akan membazir kewangan

kerajaan. Soalan, apakah rancangan transformasi Kementerian Pertahanan untuk menentukan Angkatan Tentera Malaysia bersiap saga berhadapan dengan ancaman baru, ancaman asimetri?

Memandangkan keselamatan dan pertahanan amatlah penting untuk menentukan kestabilan negara, kira harus lebih terbuka, transparent dengan izin kepada rakyat. Dengan itu saya ingin tahu sama ada Kementerian Pertahanan setuju kalau kita cadangkan iaitu satu Defense Select Committee yang diterajui oleh Ahli Kabinet diwujudkan. Ini kerana melihatkan betapa pentingnya pertahanan dan juga keselamatan di negara ini, jadi pembelian aset-aset itu dalam RMKe-11 ini apabila dibuat peruntukan haruslah dibelanjakan dengan penuh berhemah dan mencapai hakikatnya iaitu value for money dengan izin.

Akhir sekali saya juga hendak mengambil bahagian dalam melihat kepada isu inisiatif melabur dalam bandar berdaya saing. Ini satu inisiatif yang dialu-alukan iaitu bandar Kuala Lumpur. Akan tetapi kalau kita lihat bandar Kuala Lumpur sekarang mengalami beberapa kekangan, beberapa hambatan seperti kesesakan jalan raya. Jalan pun tidak menemui standard yang patut kita adakan dan kesesakan ini telah juga tidak memangkinkan kepada perjalanan perniagaan yang lebih dengan izin smooth. Juga kita melihat bangunan heritage di Kuala Lumpur ini harus diberi fasad yang lebih menarik. Bukanlah dibiarkan dan ia tidak di cat selama bertahun-tahun.

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah penggunaan sungai. Kita adalah satu-satunya bandar yang tidak langsung memanfaatkan sungai yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Jadi Kuala Lumpur inilah nampaknya sungai tidak dimanfaatkan untuk laluan ataupun untuk riadah pelancong-pelancong. Kita telah lihat kalau di Mekong, Chao Phraya, Bangkok, di mana sahaja Australia, di Holland mereka telah memanfaatkan sungai dengan sebaik mungkin. Jadi saya ingin juga bertanya kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, sama ada adakah rancangan untuk kita memanfaatkan sungai Kuala Lumpur ini supaya...?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada lima minit lagi Yang Berhormat

ya.

Laksamana Tan Sri Dato’ Sri Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor (B): Ya, terima

kasih. Jadi saya terus kepada menggulung. Jadi saya rasa RMKe-11 ini haruslah mengambil kira ataupun haruslah diwujudkan dengan penuh coherent dan cohesiveness dengan izin iaitu mengambil kira vertical dan horizontal integration. Ia harus bersepadu antara sesama teras strategik yang telah pun- teras strategik dan juga sesama pemacu perubahan kerana kita tidak mahu lagi perkara-perkara ini dilaksanakan secara dalam silo masing-masing. Saya hendak cadangkan sebagai penggulung ialah iaitu masanya telah sampai untuk kita menubuhkan sebuah agensi, dengan izin, the super coordinator di peringkat kerajaan bagi semua dasar dan program kerana kita hendak pertama, menjimatkan perbelanjaan. Cita rasa tugas itu boleh diserahkan kepada EPU ataupun ICU.

Dalam keadaan yang sama juga kita ingin dasar dan ekosistem sedia ada yang terus membelenggu dan mengongkong institusi serta peneraju value dan juga supply chain dengan izin yang ada sekarang. Jadi kita haruslah melihat satu ekosistem yang lebih memangkinkan iaitu enabler, dengan izin.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 25

Berteguh integriti dan kesiapan jentera kerajaan yang menuntut transformasi

dengan segera. Daripada segi ekonomi modal ataupun capital economy dijangka kita akan capai status bertaraf ekonomi maju berpendapatan tinggi jika kita lihat nilai ringgit segera kembali sekurang-kurangnya ke paras USD1 bersamaan RM3.60. Ekonomi kita tumbuh lebih 6 peratus setahun. Daripada segi ekonomi rakyat, people’s economy pula kita tidak

mahu jurang kekayaan akan semakin melebar iaitu bumiputera semakin terpinggir. Jurang yang melebar itu akan memberi impak negatif ke atas pertumbuhan ekonomi, kestabilan dan perpaduan rakyat dan hubungan sosial.

Sebelum saya undur saya ingin menekankan kejayaan RMKe-11 akan dicapai jika kerajaan tumpu dan kawal selia iaitu pelaksanaan yang berkesan. Kedua, mewujudkan kayu pengukur yang sesuai dan tepat. So, dengan itu oleh sebab saya lihat RMKe-11 ini sangat komprehensif dan inklusif, maka saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail. Silakan Yang Berhormat. Ini merupakan maiden speech. Teruskan Yang Berhormat.

11.58 pagi

Puan Siti Aishah binti Shaik Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberikan saya peluang untuk berbahas bersama dalam RMKe-11 ini untuk sama-sama menyatakan niat kita untuk menambah baik apa yang hendak kita sampaikan kepada rakyat melalui kerajaan yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, sesi perbahasan ini selepas sahaja mengangkat sumpah pastinya dalam sesi ini saya akan mengangkat dan memperjuangkan apa sahaja agenda rakyat yang dalam Dewan yang mulia ini. Dengan segala hormat, niat yang positif serta memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti dan tadbir urus yang telus demi kepentingan rakyat.

Pada peringkat permulaan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ambil maklum ucapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan penambahbaikan ke atas program-program di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas yang diperkenalkan kerajaan beberapa bulan yang lalu. Melahirkan graduan berilmu, bersahsiah mulia, kreatif, mempunyai kemahiran yang tinggi bagi memenuhi kehendak pasaran kerja yang sedia ada kini.

■1200

Pendidikan seperti yang kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua satu ruang penting yang diisi oleh kebanyakan belia di luar sana untuk membangunkan sesebuah negara. Pendidikan merupakan sebuah institusi yang memainkan peranan yang pada ketika ini kalau kita lihat sangat kritikal yang membabitkan institusi rendah, menengah dan tinggi. Namun dalam sesi perbahasan hari ini saya tidak mahu menyentuh soal pendidikan rendah dan menengah tetapi saya ingin terus masuk ke sesi pendidikan yang jarang disentuh oleh banyak pihak atau mungkin juga ada yang terlepas pandang iaitu soal pendidikan khas di negara ini.

Pada pendapat saya, pendidikan khas di Malaysia kini memerlukan reformasi yang menyeluruh memandangkan prestasi dan kualiti pendidikan khas di negara ini amat cukup membimbangkan. Di Malaysia, learning disabilities dilabelkan sebagai masalah

pembelajaran. Mereka juga dikenali sebagai terencat akal di mana mereka ini masih tidak ada peluang yang cerah dan dibuka ruang untuk diberi pendidikan yang sempurna sesuai dengan kehendak mereka. Banyak pihak telah membuat kajian dan juga merumuskan bahawa isu yang membabitkan mereka ini, learning diabilities ini boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu problem in learning skill, dengan izin, dan juga problem yang membabitkan pelbagai orang kata kelemahan yang menyebabkan mereka yang lahir dalam keadaan yang serba kekurangan.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

26 DN 24.6.2015

Akan tetapi dalam konsep ini kita tidak harus menafikan langsung apa yang

menjadi hak mereka kerana kita tahu persoalan yang harus kita bangkitkan setiap anak-anak atau kanak-kanak di dunia ini harus dan wajib mendapat pendidikan mengikut keupayaan potensi mereka. Tidak harus ada anak-anak atau kanak-kanak ini tercicir ataupun diketepikan hanya kerana kelemahan yang terzahir daripada diri mereka itu.

Oleh sebab itu kalau kita sebut di negara seperti di Scandinavia seperti Sweden, Norway, Denmark dan Finland mereka ini mewujudkan sebuah sekolah khas jagaan harian percuma untuk anak-anak ini di tempat mereka. Lengkap dengan sukatan saya tegaskan sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua lengkap dengan sukatan pembelajaran dan kaedah yang sistematik berserta tenaga pengajar dan pembantu yang cukup terlatih. Mereka merasakan bahawa anak-anak ini tidak harus hanya diletakkan di dalam satu level bahawa hanya pendidikan-pendidikan asas seperti mewarna, melukis itu sahaja menjadi bahan untuk mendidik anak-anak ini hanya kerana kelemahan mereka itu tetapi mereka menyediakan asas sukatan pembelajaran yang tepat yang bagi membantu anak-anak yang tidak berdaya ini mampu berdaya saing dalam situasi dan keadaan usia mereka.

Di Malaysia saya ambil contoh, sekolah kebangsaan pendidikan khas yang disediakan oleh kerajaan yang mempunyai segala asas daripada melihat kepada kekurangan mereka ini, semuanya adalah satu yang dilihat sebagai bukan tidak betul tetapi orang kata serba kekurangan kerana macam saya sebut tadi Tuan Yang di-Pertua, mereka ini ditempatkan di dalam sebuah tempat dan hanya diberikan pendidikan asas untuk melepaskan pendidikan sahaja.

Contoh yang saya sebut tadi ambil semua kanak-kanak diletakkan di dalam satu tempat dan hanya diberikan program mewarna dan melukis tetapi tidak diberikan asas mengikut permasalahan mereka setiap daripada yang satu dan ini kita khuatir kerana melihat bahawa bukan kos yang murah yang disebut oleh banyak pihak yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang terencat akal, kurang upaya ini untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat jagaan swasta yang pastinya kos untuk menampung mereka itu mencecah ribuan ringgit dan ini pastilah suatu orang kata kegusaran di kalangan ibu bapa apabila kerajaan tidak menyediakan sukatan pembelajaran dan tempat yang baik untuk mereka meninggalkan anak-anak ini dalam keadaan mereka meletakkan fikiran bahawa mereka tidak harus pening lagi soal pendidikan untuk anak-anak seperti ini.

Oleh sebab itu kalau kita hendak ambil contoh ialah mana mungkin kalau seorang yang kena penyakit gout, kencing manis, penyakit jantung diletakkan di dalam satu rawatan dan diberi ubat yang sama dan itu tidak akan memberikan jalan penyelesaian kerana sakit yang berbeza harus ada rawatan yang berbeza dan sakit yang berbeza itu juga harus ada ubat yang berbeza. Inilah yang harus dipandang penting di Malaysia ini perkembangan otak dan tumbesaran anak-anak ini harus dibina dengan cara yang betul. Bukan sekadar mencukupi syarat bahawa kita menyatakan ya, di Malaysia kita punyai sekolah pendidikan khas namun tidak disediakan dengan sistem pembelajaran yang betul.

Tuan Yang di-Pertua, amat mengecewakan lagi apabila segelintir guru-guru yang ditempatkan di sekolah-sekolah khas ini tidak diberikan latihan ataupun guru-guru ini tidak terlatih. Sebagai contoh di beberapa buah sekolah yang dikenal pasti di seluruh negara, saya ambil contoh seperti Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Sekolah Menengah Kebangsaan Melawati, Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 5, dan saya pasti banyak lagi sekolah ini yang mempunyai masalah yang sama, yang mana mereka ini guru-guru yang diambil bukan terlatih untuk mendidik golongan ini.

Oleh itu saya menggesa Menteri Pendidikan untuk berbuat sesuatu untuk memastikan anak-anak ini tidak lagi orang kata diabaikan sebegitu sahaja dan agar proses ini yang orang kata sudah semakin kritikal tidak menjadi semakin parah dan kita dapat membendung dan memberikan hak mereka ini kembali kepada setiap warganegara dalam negara kita. Seperti di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, dianggarkan 1 daripada 600 orang kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai kecacatan dengan penyakit autisme. Statistik terkini yang dilaporkan Mac 2014 menunjukkan kira-kira 47,000 daripada jumlah penduduk di negara ini autisme.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 27

Menjadi kerisauan saya pada peringkat ini Tuan Yang di-Pertua, ialah apabila ibu

bapa menyatakan kegusaran mereka, menyatakan kekurangan mereka dalam orang kata hendak meletakkan anak ini atau menempatkan anak-anak mereka ini di tempat yang bagaimana kerana kalau kita lihat sekarang kalau senarainya itu tidak banyak. Banyak buka untuk jagaan anak-anak ini swasta. Macam saya sebut sebentar tadi kos itu cukup tinggi dan ini membebankan ibu bapa dengan kos saraan yang semakin meningkat, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Ini harus dipandang penting oleh pihak kerajaan yang mana kita bukan sahaja hendak memperkasakan soal pendidikan anak-anak biasa tetapi anak-anak yang tidak normal ini juga yang terencat akal dan sebagainya juga harus dipandang penting untuk dibangunkan. Oleh sebab itu saya menuntut agar kerajaan mengambil serius kerana ini satu keperluan yang amat mendesak. Ini turut diakui oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri yang mengaku tidak ada sekolah bantuan penuh kerajaan khas untuk anak OKU yang terlantar.

Justeru saya memohon pihak berwajib, kementerian terutamanya agar mereka melihat dan terlibat secara langsung mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dan bersungguh-sungguh agar masalah dan penderitaan anak-anak ini akan terbela dan tidak diremeh-temehkan. Semoga hak mereka untuk mendapat pendidikan berkualiti dapat direalisasikan.

Tuan Yang di-Pertua, selesai soal pendidikan anak-anak khas ini saya masuk kepada isu yang seterusnya. Pastilah bila kita bercakap soal keadaan ekonomi negara dengan adanya GST dan sebagainya. Saya ingin menyebut bahawa kita sekarang mengalami imbalance economy di mana kos kehidupan yang sangat tinggi, perbelanjaan yang semakin tinggi namun gaji per kapita masih lagi dalam kadar yang cukup rendah. Namun kerajaan masih meneruskan untuk melaksanakan dan mengenakan cukai GST kepada rakyat.

Persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah Tuan Yang di-Pertua, apakah ini jalan akhir yang difikirkan oleh Menteri dan kerajaan sebagai alternatif untuk menyelamatkan ekonomi negara? Sedangkan kalau kita lihat dan dengar sering kali keluar di stesen-stesen TV, di radio dan sebagainya kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dan kerajaan ekonomi negara ini baik dan sedang meningkat tetapi hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, kita bercakap soal maqasid syariah, wasatiyyah, kesederhanaan tetapi atas ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan sendiri oleh Jabatan Audit Negara menjadikan rakyat itu sebagai mangsa kerana kalau kita lihat ketirisan ini rakyat itu seakan-akan dijadikan platform akhir untuk dikerah agar orang kata menampung semula kos-kos dan ruang-ruang wang yang tiris daripada apa yang sedia ada.

■1210

Kalau kita lihat, saya tertarik sebenarnya dengan laporan terkini yang dikeluarkan oleh kementerian yang mengatakan bahawa kerajaan, hasil kutipan pungutan cukai GST yang dikenakan kepada barangan import setakat 1 April hingga 10 Mei 2015, Yang Berhormat Menteri menyebutkan ia hampir mencecah RM1.7 bilion. Hasil daripada kutipan barangan import, itu belum masuk dalam negara. Itu masih barang import.

Ini pasti satu angka yang amat menerujakan kerajaan kerana cukai itu terlalu tinggi dan pulangannya itu amat tinggi tetapi bagi pihak rakyat, saya ingin bertanyakan daripada aspek rakyat, apakah pulangan dan manfaat semula yang akan diperoleh oleh rakyat? Apakah dengan kutipan yang tinggi ini, hasil yang baik ini, apakah cadangan dan juga kriteria ataupun cara urus tadbir kerajaan untuk memulangkan semula atau memberikan lebihan kembali kepada rakyat dengan hasil pungutan yang nilainya bilion setiap tiga bulan mungkin atau empat bulan? Mahu tidak mahu, kita kena sedar bahawa GST bebanan kepada rakyat. Mungkin ada yang menganggap bahawa isu ini kecil tapi faham dan terimalah hakikat bahawa rakyat di peringkat bawah sana cukup terkesan dan terbeban dengan adanya cukai GST.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

28 DN 24.6.2015

Contoh Tuan Yang di-Pertua, saya masuk di sebuah kedai yang namanya

sekarang cukup famous di seluruh negara. Kedai ini dinamakan Kedai 2 Ringgit. Kalau ikut fahaman tentang GST ini, bukan semua barangan dikenakan GST tapi dalam Kedai 2 Ringgit ini kalau kita masuk dan kita lihat, setiap barangan itu dikenakan GST. Rakyat masuk kedai itu dengan pemahaman bahawa barangan murah tetapi telah pun disalah tafsir dan telah pun dipropaganda oleh peniaga apabila meletakkan setiap unit barang termasuk roti yang kononnya dikecualikan dari GST, turut dikenakan GST.

Tuan Yang di-Pertua, kita dalam keadaan hendak menuju Wawasan 2020 dengan harapan yang dibawa oleh kerajaan mengeluarkan rakyat dari jurang kemiskinan. Akan tetapi, adakah dengan rasional yang ada sekarang, urus tadbir yang ada sekarang dan sistem yang sedang berlangsung, adakah benar kita telah membawa rakyat untuk keluar daripada kemiskinan?

Jawapan daripada pihak saya, pastinya ini satu jawapan yang sukar kita beri dalam keadaan bebanan ekonomi ini dikembalikan kepada rakyat. Mungkin semua bercakap lagi 5 tahun kita hendak pergi ke Wawasan 2020, betul. Akan tetapi saya khuatir dan saya gusar, adakah kita bersedia berhadapan dengan Wawasan 2020 hanya dengan megahnya bangunan-bangunan tertinggi seperti kata Yang Berhormat Dato’ Dr. Asyraf Wajdi yang menyebut bahawa terdirinya bangunan-bangunan mewah seperti Tun Razak Exchange ini sudah cukup menampakkan kita bersedia menghadapi Wawasan 2020, sedangkan realitinya rakyat di bawah, mereka ini hilang nilai kehidupan sebenar sebagai seorang rakyat dan sebagai seorang manusia di muka bumi.

Ini adalah satu yang harus diteliti dan dilihat oleh semua aspek dan saranan saya kepada kerajaan, carilah cara dan pendekatan yang baik dalam membantu rakyat untuk berkehidupan. Bukan sekadar meneruskan kehidupan tapi membantu rakyat untuk berkehidupan sebagai seorang rakyat yang hasil mereka itu dapat dirasai oleh mereka, bukan hasil itu dikembalikan kepada cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, atas kelangsungan itu, saya ingin meneruskan perbahasan saya ini untuk menekankan soal 1P yang begitu menghimpit generasi muda. Dua hari lepas Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia ada menyebut tentang bagaimana sambutan Hari Belia dan mereka menyediakan 6K sebagai langkah dan sebagainya untuk membangunkan belia dalam negara. Namun saya kira, Kementerian Belia dan Sukan lupa tentang 1P yang boleh saya gagaskan dengan membawa maksud pengangguran. Apa yang lebih menyedihkan dan yang penting dilihat di negara kita dalam pembangunan belia ini bukan sukan semata-mata. Bukan pembangunan yang hanya menjerumus kepada satu aspek sahaja. Akan tetapi ia harus dilihat kepada seluruh aspek yang kini menekan hampir 56 peratus orang graduan lulusan universiti yang mana kalau saya boleh sebut dengan angka 216,048 merangkumi 56 peratus orang graduan universiti menganggur daripada 385,800 orang penganggur di Malaysia dan ini satu jumlah yang amat merisaukan.

Bayangkan anak-anak ini, adik-adik ini, abang-abang ini masuk ke dalam universiti dengan tanggapan bahawa mempunyai sijil, diploma, ijazah dan PhD itu dapat memberikan mereka ruang pendidikan dan juga ruang kehidupan yang baik. Akan tetapi amat malangnya, belum sahaja mereka keluar daripada universiti, jawapan dalam sistem penghidupan dan pekerjaan yang mereka peroleh ialah tidak ada kerja kosong untuk mereka. Inilah ungkapan yang sesuai diberikan kepada para graduan yang keluar, berpuluh ribu saban tahun yang mana pencapaiannya agak sederhana.

Keluar saja tempoh pengajian selama lebih tiga tahun dan ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana mereka ini orang yang menampung bukan sahaja kos kehidupan tetapi juga kos pembelajaran yang tinggi. Apabila mereka keluar, mereka harus memikirkan soal kehidupan. Apabila mereka keluar, mereka terpaksa memikirkan kos pengajian dengan contoh hutang PTPTN yang tinggi, yang terpaksa mereka fikirkan dari mana mereka hendak cari duit dan bayar.

Ini sebenarnya menyumbang kepada kadar pembayaran balik PTPTN yang rendah di kalangan mahasiswa ini kerana keluar saja belum tentu kerja, terpaksa menanggung hutang yang sedia ada, terpaksa cari ruang untuk bina kehidupan dan contohnya yang ada juga yang berkeluarga dalam keadaan mereka dalam universiti dan ini sebenarnya menutup pelbagai ruang untuk mereka memberdayakan diri mereka di peringkat yang lebih baik.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 29

Walau bagaimanapun, banyak hasil kajian yang dibuat oleh peringkat dalam dan

luar negara yang menunjukkan bahawa mengapa ia berlaku Tuan Yang di-Pertua. Isunya sekarang ialah saya melihat ada kebanyakan faktor yang kalau boleh kita lihat yang berlaku ini disebabkan daripada kelemahan sistem itu sendiri. Mengapa tidak kalau saya boleh sebut hari ini kalau kerajaan yang sedia ada menggariskan ataupun membuat satu senarai lengkap peluang-peluang pekerjaan di pihak kerajaan dan swasta yang mana mereka ini menyalurkan penerangan tentang ini mengikut sektor-sektor yang sedia ada.

Contohnya, kalau hari ini keperluan pekerjaan di Malaysia itu mendesak kepada sebagai contoh IT dan komunikasi. Mengapa tidak sektor ini diutamakan di universiti-universiti yang ada sebagai salah satu jurusan yang akan memberikan peluang pekerjaan yang selepas sahaja mereka keluar daripada universiti telah disediakan peluang pekerjaan itu. Malangnya hari ini ramai daripada anak-anak muda masuk universiti hanya untuk bergelar pelajar universiti dalam keadaan mereka tidak tahu sebenarnya apa keperluan yang harus mereka ada untuk mempunyai ruang kerja di peringkat luar ini.

Ini sebenarnya yang kita minta agar Kementerian Pendidikan juga memastikan universiti-universiti yang ada untuk mengangkat pertamanya sektor atau jurusan yang penting yang dilihat boleh memberikan mereka kerja sebaik sahaja tamat proses pembelajaran diutamakan terlebih dahulu. Bukan dengan memberikan iklan-iklan membuka semua bidang tetapi tidak menjamin langsung kehidupan para graduan yang berhutang puluhan ribu ini selepas tamat proses pembelajaran.

Ini saya minta agar kementerian untuk betul-betul melihat dan mengenal pasti agar peluang pekerjaan dan anak-anak muda ini tidak dibazirkan begitu sahaja. Sudahlah kita menghadapi permasalahan di kalangan remaja-remaja yang tertinggal pembelajaran, yang masih orang kata perlukan proses-proses masuk GIATMARA dan sebagainya. Kita berhadapan dengan pelbagai faktor dan bahagian belia-belia yang harus kita pertingkatkan. Sebab itu saya menyebut Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya mengharapkan agar kita melihat fakta-fakta yang diberi ini, impian kerajaan terutamanya dalam RMKe-11 yang ingin melancarkan dasar belia yang baru di mana potensi anak muda yang akan digilap melalui keupayaan, pendidikan dan latihan kemahiran, keusahawanan, sukan dan sukarelawan amat tinggi.

■1220

Namun bagi saya ia adalah sukar untuk dicapai dengan permasalahan-permasalahan yang masih banyak yang tidak dibendung. Soal ekonomi, soal pendidikan, soal pengangguran ini harus diangkat sebagai perkara penting untuk dinilai dan ditambah baik. Ini kerana kita faham generasi hari ini generasi yang akan mewarnai generasi selepas ini. Seandainya kita tidak menyiapkan anak-anak belia kita, teman-teman belia kita dengan satu persiapan kondusif penghidupan persekitaran yang baik, saya cukup bimbang ada di kalangan belia-belia kita yang hanya akan dilahirkan dalam keadaan-keadaan yang langsung kita tidak mahu terjadi.

Contohnya peningkatan jenayah itu disumbangkan di kalangan belia. Oleh sebab itu bagi saya belia ini di seluruh negara hanya mahukan satu corak penghidupan, corak mereka untuk hidup dengan corak yang baik. Bukan hanya sekadar sukan semata-mata, bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi mereka ini harus kita lihat dan tafsirkan sebagai golongan yang akan mewarisi negara ini satu masa yang akan datang.

Untuk penutup Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik dengan saranan Perdana Menteri dalam membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Namun kerajaan harus lebih telus dalam pentadbiran dan seharusnya membantu dan menaik taraf kualiti kehidupan rakyat tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya. Rakyat semakin terbeban dan terkesan dengan keadaan ekonomi negara. Oleh itu harapan saya sebagai anak muda, inginkan keadilan agar semua pihak dan nasib mereka itu dibela. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin. Silakan Yang Berhormat.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

30 DN 24.6.2015

12.22 tgh.

Datuk Ng Wang @ Ng Chiang Chin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat

tengah hari, salam sejahtera salam 1Malaysia, salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-11 atau RMKe-11. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada sahabat-sahabat Senator, warga Parlimen dan pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia yang beragama Islam amnya, selamat berpuasa pada bulan Ramadan.

Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri kita pada 21 Mei yang lalu di Dewan Rakyat menggariskan enam teras untuk pembangunan negara, enam teras strategik dan enam pemacu perubahan yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. RMKe-11 ini merupakan tunjang utama negara kerana ia merupakan langkah terakhir kita dalam menuju cita-cita, aspirasi dan harapan rakyat iaitu menuju Wawasan 2020. Ia sudah bukan menjadi wawasan tetapi satu kenyataan yang realiti.

Segala cukai yang dikenakan oleh kerajaan kita, tidak kira cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dan tidak lupa juga cukai terbaru iaitu GST adalah khusus untuk perbelanjaan pembangunan atau development expenditure, dengan izinnya. Pembinaan prasarana untuk rakyat seperti hospital, jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air yang bersih dan lain-lain kemudahan untuk rakyat saya di sini boleh ditakrifkan sebagai daripada rakyat dan kembali semula kepada rakyat atau, dengan izinnya, from the people end to the people.

Untuk perbahasan saya kali ini, saya ingin menyentuh beberapa kementerian. Semoga kementerian akan menerima teguran dan cadangan daripada saya. Antara kementerian yang akan saya sentuh ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri. Saya juga akan menyentuh sedikit isu mengenai MAS.

Tuan Yang di-Pertua, selepas dengar penjelasan-penjelasan dari Menteri pagi tadi berkenaan MAS, saya berasa amat terkejut sekali. Ini kerana sudah belasan bilion ringgit semenjak diswastakan kepada korporat. Soalan saya ialah, mengapakah harus kita tunggu begitu lama untuk mengambil tindakan memulih balik MAS? Belasan bilion ini angka amat besar. Itu duit rakyat. Walau bagaimanapun, saya harap dengan CEO baru, structuring yang baru dan mudah-mudahan pakat-pakat doalah MAS dapat diselamatkan sebagai national carrier Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Isu saya ingin utarakan mengenai negeri tanah tumpah air saya iaitu Kelantan. Kelantan pastinya tidak mahu terlepas daripada menerima kemudahan yang terbaik dari Kerajaan Pusat. Walaupun berbeza ideologi politik tetapi rakyatnya berhak menerima segala kemudahan dan prasarana terbaik daripada kerajaan termasuk bekalan air yang bersih.

Masih terdapat banyak kawasan luar bandar yang masih tidak menerima bekalan air yang sempurna. Contohnya kawasan yang saya maksudkan ialah Kampung Cica Tinggi Batu Hampar dan sekitar kampungnya. Kawasan-kawasan yang saya sebut tadi masih belum menerima bekalan air bersih yang sempurna. Tinjauan dan pemantauan telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai malah ramai pegawai telah turun padang. Akan tetapi malangnya entah mana silapnya sehingga kini tiada maklum balas daripada pihak yang berwajib.

Sekiranya kita lihat GLC line seperti Telekom dan Tenaga Nasional, akan membekalkan kemudahan talian telefon dan elektrik kepada pengguna walaupun penggunanya hanya terdiri daripada beberapa buah rumah. Akan tetapi ini merupakan tanggungjawab sosial korporat atau social responsibility, dengan izin, untuk masyarakat. Saya berharap pihak kementerian akan meneliti perkara ini sedalam-dalamnya dan menghantar pegawai yang berkenaan ke kawasan tersebut tadi dan dapat membina paip-paip penyambungan dengan kadar segeranya.

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 31

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga berkongsi dengan perbahasan sahabat saya

Dato’ Boon semalam ialah berkenaan dengan restoran-restoran mamak. Kalau boleh, bagi diskaun kepada OKU atau kepada warga emas. Saya berpendapat the nobel cause, dengan izinnya... [Disampuk] Saya sampai situ ya, saya berpendapat the nobel cause dengan izinnya juga boleh diperluaskan kepada restoran-restoran lain atau restoran boleh juga perkhidmatan special diskaun kepada OKU atau warga emas.

Ini satu cara berniaga win-win situation. Apabila sesuatu perniagaan restoran terutamanya, dia beri diskaun kepada warga emas atau OKU, dia akan menampung jualannya the sale will grow up naturally, dengan izin. Maka kalau beri diskaun orang tua,

beri diskaun kepada OKU, keluarga-keluarganya pun ada hari bapa, hari emak, hari tok itu pakat bagi makan, jadi diskaun. So, walaupun ada GST 6 peratus kalau dia bagi diskaun pi mai pi mai just square. Maka saya harap restoran-restoran ini boleh kita pakat-pakat kongsi tengok bagi diskaun. Tidak munasabah tidak usah dibuat. Itu business tetapi dia ada nobel cause di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Isu yang saya ingin bicara pada hari ini mengenai liputan 3G dan 4G di Lembah Klang. Adakah kementerian sedar walaupun di kawasan bandar masih terdapat blind spot area di mana

tiada akses internet di kawasan tersebut. Ini menimbulkan keresahan dan kesusahan kepada pengguna telefon pintar yang beranggapan kawasan bandar akan tiada berlaku masalah komunikasi seperti ini.

■1240

Soalan saya, adakah pihak kementerian akan mengkaji dan meneliti masalah ini dan mencari jalan penyelesaian dengan segera kerana ia bukan sahaja akan mengganggu sistem telekomunikasi malah segala perkara yang berkaitan dengan komunikasi seperti perniagaan dan perhubungan akan terjejas.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seterusnya saya ingin menyentuh Kementerian Kewangan. Kita lihat sekarang ini rakyat dibebankan dengan kos hidup yang meningkat. Pihak kementerian harus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan beban. Saya ingin memberi beberapa cadangan untuk pandangan kementerian antaranya sama ada kementerian akan mengurangkan kadar cukai jalan atau road tax dengan izin yang dikenakan selama ini.

Nombor dua, mengenai cerita yang disebarkan di dalam media sosial bahawa ada cakap-cakap kedai kopi yang kerajaan akan menaikkan harga tol lebuh raya. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah status terkini mengenai isu harga tol ini dan sekiranya tiada sebarang kenaikan, kerajaan harus memaklumkan kepada rakyat mengenai perkara ini supaya tiada pihak akan mengambil kesempatan? Bak kata pepatah, “menangguk di air keruh”.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menjurus kepada satu isu tetapi melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri. Isu mengenai teknologi Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) atau dron. Dron ini pada dahulunya dijadikan sebagai alat peninjau dan berharga mahal. Cuma syarikat-syarikat besar dan agensi kerajaan sahaja yang boleh memilikinya. Akan tetapi kini dengan era teknologi yang cepat membangun, individu biasa sahaja boleh memiliki dron.

Ada pelbagai jenis dron di pasaran. Ia dijual sebagai mainan kecil sehingga kepada alat industri di mana dron boleh menempatkan kamera canggih dan mengambil gambar dengan resolusi yang tinggi. Akan tetapi malangnya dron ini telah disalah guna oleh pelbagai pihak. Berlaku kes baru-baru ini dron telah mencerobohi lapangan terbang dan mengambil video kapal terbang komersial yang terbang dan mendarat.

Video tersebut telah dimuat naik di laman web YouTube. Saya difahamkan dron yang mengambil video ini hanya dalam lingkungan RM2,000 atau RM3,000 sahaja. Manakala sesiapa sahaja boleh membeli dron dan menggunakan sama ada untuk tujuan peribadi atau disalah guna untuk perkara lain. Saya khuatir dron ini akan digunakan untuk pengintipan. Mudah sahaja, sesiapa boleh beli dron dengan harga murah, terbangkannya dan meneropong ke mana-mana rumah kediaman, pangsapuri malah menceroboh mana-mana rumah Ahli Yang Berhormat pun boleh.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

32 DN 24.6.2015

Malah di White House Amerika Syarikat telah berlaku banyak kes di mana dron

telah diterbangkan ke dalam kawasan White House dan menimbulkan suasana huru-hara di dalam White House. Pihak Kerajaan Amerika Syarikat juga sedang mengkaji dan polisi penggunaan dron ini.

Kepada Kementerian Pengangkutan, soalan saya ialah adakah Jabatan Penerbangan Awam akan membuat kawalan ketat mengenai pencerobohan dron di kawasan lapangan terbang supaya insiden yang berlaku baru-baru ini tidak berulang. Kepada Kementerian Dalam Negeri, adakah kementerian akan membuat satu kajian untuk mengadakan pemberian lesen bagi sesiapa yang memiliki dron? Adakah kementerian akan membuat kawalan kepada dron seperti kawalan yang pernah dijalankan oleh kementerian ke atas sukan paintball iaitu sesiapa yang ingin memiliki marker paintball haruslah mempunyai lesen senjata?

Tuan Yang di-Pertua, kementerian yang terakhir saya ingin sentuh ialah Kementerian Pendidikan. Mengenai polisi Tingkatan 6, sekolah menengah. Tingkatan 6 merupakan tingkatan terakhir seseorang pelajar sebelum memasuki mana-mana institut pengajian tinggi sama ada kerajaan atau swasta. Saya difahamkan mereka akan diberi gelaran sebagai prauniversiti. Saya difahamkan mereka akan diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas pada waktu sekolah dan semasa mengikuti kelas.

Pada pandangan saya, polisi ini harus dikaji semula dengan teliti walaupun perkara ini sebagai perkara remeh tetapi boleh menjadi satu isu yang besar sekiranya tidak diperhalusi dengan sempurna. Polisi ini boleh dibuat sekiranya mereka diasingkan dari waktu sekolah malah ditempatkan di institusi khas untuk Tingkatan 6. Akan tetapi sebaliknya mereka tetap ikut jadual sekolah dan tetap akan mengikuti kelas seperti mana pelajar-pelajar yang lain.

Fokus saya ialah kepada isu keselamatan pelajar-pelajar. Daripada segi gengsterisme, masalah sosial dan pelbagai lagi aktiviti negatif di kalangan murid kita. Saya risau dengan kelonggaran yang diberi mungkin akan mengundang kepada masalah lain pada masa hadapan. Soalan saya sama ada kerajaan akan meneliti semula polisi pakaian bebas kepada pelajar Tingkatan 6? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk memperkasakan lagi Tingkatan 6 yang kini dianggap sebagai pelajar prauniversiti?

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya lihat sebagai suatu langkah yang positif dalam usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita bersama jentera kerajaan untuk membawa Malaysia ke sebuah taraf negara maju menjelang tahun 2020. Ketika ini saya sedih melihat berlaku sedikit kekacauan politik dan baru-baru ini bencana gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah.

Rancangan Malaysia Kesebelas adalah rancangan pelan pembangunan ke arah negara maju yang dirancangkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed. Kini pula Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib Tun Razak meneruskan usaha ke arah merealisasikan tujuan murni tersebut. Tidakkah comel, patut kita sepakat menjadikan impian kedua-dua pemimpin negara ini menjadi satu sejarah kemudian selepas Wawasan 2020 dijayakan?

Saya anggap ini semua sebagai ujian kepada kita sama ada kita akan hadapi dengan semangat yang kental dan kebijaksanaan atau hanya mengambil kesempatan yang ada kelak akan memusnahkan kita. Kita harus mempunyai anjakan minda yang tinggi untuk kita menjadi sebuah negara maju.

Selain itu, setiap daripada kita harus menyumbang yang terbaik sama ada daripada pihak kerajaan, swasta dan rakyat secara amnya. Seperti mana yang dinyatakan dalam perbahasan oleh sahabat saya kelmarin Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat yang menyebut beberapa hadis Nabi antaranya, “Kalau kita dapat buat sesuatu kebaikan, hanya satu sahaja, itulah yang terbaik dan senang hati”. Perkara-perkara itu ialah menolong orang lain dengan harta yang kita ada. Kedua, “Mengajak berbuat baik dan melarang daripada membuat keburukan”. Ketiga, “Memberi pekerjaan kepada orang dan keempat jangan melakukan perbuatan buruk kepada orang lain”. Antara empat hadis yang saya sebut tadi, sekiranya kita dapat satu daripada empat, itu pun sudah dikira cukup dan baik.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 33

Boleh saya simpulkan di sini rakyat senang hati kerajaan lenang, negara aman

makmur. Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong sepenuhnya usul Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat. Seterusnya Yang

Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman. Silakan, Yang Berhormat.

12.39 tgh.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya untuk membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 21 Mac baru-baru ini dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada hari Isnin di Dewan yang mulia ini.

■1240

Saya merasakan bahawa prinsip dan landasan modal ekonomi negara sekarang yang mementingkan kesejahteraan rakyat berbanding dengan pertumbuhan ekonomi semata-mata adalah bertepatan dengan kehendak ramai. Pertumbuhan berpaksikan rakyat yang menjadi tema RMKe-11 berpegang teguh kepada prinsip inclusive di bawah model ekonomi baru yang membantu merakyatkan ekonomi.

Seperti yang disasarkan dalam ucapan Perdana Menteri, kita berbangga dan bersyukur dengan pelbagai pencapaian yang telah di kecapi semenjak tempoh pelaksanaan 10 rancangan Malaysia yang lalu. Daripada rekod pertumbuhan ekonomi tertinggi di Asia dengan purata kadar 6.2 peratus setahun sejak lima dekad lalu kepada 98 peratus kadar literasi adalah antara ukuran Kerajaan Malaysia.

Namun, kita jangan mudah lupa, mudah alpa dengan kejayaan-kejayaan ini kerana masih ada banyak lagi perubahan dan transformasi yang harus dilaksanakan demi menjana masyarakat yang maju, bersahsiah tinggi dan berdaya saing di samping kita harungi cabaran-cabaran yang rumit zaman globalisasi ini, kita perlu tegaskan kekuatan dan kedaulatan kita sendiri di dalam menjaga kemakmuran sosial dan ekonomi negara.

Rancangan Malaysia Kesebelas Rancangan Malaysia yang terakhir untuk memacu negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. RMKe-11 yang bersama-sama akan dilaksanakan dengan program transformasi ekonomi dan program transformasi kerajaan yang sedia ada haruslah menitikberatkan sektor-sektor utama seperti perumahan, pendidikan dan keselamatan nasional agar pembangunan negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Cabaran sepanjang lima tahun menjelang tahun 2020 ini pastinya akan lebih rumit. Maka, pelaksanaan rancangan-rancangan bisa diatur dengan baik dan telus. Penguatkuasaan undang-undang, pemantauan prestasi dan keputusan tahap tinggi atau, dengan izin, high level decision making, ketulusan kerajaan dan governance dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan pelaburan mestilah dipertingkatkan tanpa adanya pengecualian kepada pihak-pihak tertentu.

Ini akan mempertingkatkan lagi tahap keyakinan pelabur-pelabur biar pun daripada pelabur tempatan mahupun pelabur luar negara dan lebih-lebih lagi keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan dalam menerajui pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi yang inclusive.

Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya hari ini menyentuh beberapa perkara yang saya fikirkan relevan:

(i) pelaksanaan RMKe-11 mestilah dibuat dengan lebih sistematik dan telus;

(ii) agenda bumiputera dan implikasi di dalam konteks pembangunan negara; dan

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

34 DN 24.6.2015

(iii) isu berkaitan dengan perumahan which is my favourite topic,

dengan izin.

Pelaksanaan RMKe-11 mesti dibuat dengan lebih telus dan sistematik di mana KPI bagi setiap kementerian dan agensi kerajaan harus dilaporkan dan diuar-uarkan sebagai maklumat awal. Akauntabiliti harus diperketat dengan tindakan-tindakan sewajarnya bagi memastikan ketelusan kerajaan dan barisan kepimpinan sentiasa mempunyai mekanisme check and balance dengan prinsip berlandaskan transformasi dan governance, kita juga mestilah menjadi receptive kepada maklum balas–maklum balas yang diterima berkenaan RMKe-11 yang dibentangkan. Selain daripada dasar yang baik, yang juga penting ialah sistem pelaksanaan dan penyampaian kerajaan yang cekap dan berkesan.

Dasar yang baik tetapi tidak dilaksanakan dengan baik, adil dan pantas menimbulkan kemarahan rakyat. Sebagai contoh, kita sering kedengaran keluhan rakyat yang memohon geran insentif pinjaman dan bantuan kerajaan. Mereka mengalami pelbagai kesukaran dan karenah birokrasi. Berbulan-bulan masih tidak mendapat berita. Mereka yang mendepani sikap sebahagian pegawai yang bukan hendak membantu memudahkan urusan.

Dalam hal ini, ramai orang yang tidak mengetahui bahawa secara purata 30 peratus daripada projek-projek di setiap rancangan Malaysia lewat dilaksanakan dan terpaksa ditunda ke dalam tempoh rancangan Malaysia yang berikutnya.

Penyebab utama keadaan ini berlaku komitmen yang lemah daripada pihak-pihak yang berkenaan termasuk pihak pengurusan teratas hinggalah pengurusan pertengahan yang mesti mengikis sifat, “hangat-hangat tahi ayam” dan mempunyai komitmen berterusan sehingga berjayanya projek-projek yang dirancang. Ketua-ketua eksekutif dan ketua-ketua jabatan mestilah sentiasa turun padang supaya mereka dapat memantau pencapaian projek yang dilaksanakan secara first hand. Sebagai Ketua Pengurusan, mereka seharusnya berada di atas driving seat, dengan izin sendiri dan tidak semata-mata

mengharapkan laporan daripada pegawai-pegawai mereka. Jika pengurusan teratas tidak menjadi asas penyelesaian, dia menjadi satu penyebab kegagalan.

Masalah yang sama juga dapat dilihat dari sudut pemilikan ekuiti bumiputera iaitu tajuk kedua perbahasan saya. Pemilikan ekuiti Bumiputera yang efektif ialah 16.8 peratus sekarang. Naik hanya sebanyak 0.7 peratus di sepanjang RMKe-10. Daripada segi pendapatan, jurang pendapatan bumiputera berbanding kaum lain juga semakin meluas. Pada tahun 2012, purata pendapatan seisi rumah sebulan bagi kaum bumiputera adalah hanya 4,457 berbanding dengan kaum lain, bezanya hampir RM2,000 sebulan. Kita telah mencapai kemerdekaan hampir 60 tahun. DEB telah diperkenalkan lebih daripada 40 tahun. Sungguhpun kita mempunyai kuasa politik tetapi hasrat untuk memastikan kekayaan negara dipunyai oleh Bumiputera sebanyak 30 peratus tidak tercapai.

Adakah sasaran yang kita telah rancang selama lebih 40 tahun itu boleh dicapai dalam masa lima tahun akan datang menjelang tahun 2020? Tuan Yang di-Pertua, dalam strategi keempat Bajet 2015, untuk memperkasa agenda bumiputera, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menekankan bahawa semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan bumiputera oleh kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat dan telah lama diterima pakai sebagai kontrak sosial oleh seluruh rakyat Malaysia dilindungi dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

■1250

Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat sekalian agenda ekonomi bumiputera dan merapatkan jurang ketidaksamaan agenda nasional. Apatah lagi menjelang 2020. Apabila bilangan Melayu dan bumiputera akan mencapai lebih 70 peratus daripada rakyat Malaysia. Isu agenda bumiputera ini sudah banyak diperbincangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyentuh semula cadangan-cadangan saya yang lalu yang secara kebetulan baru sahaja dibincang di sebuah forum anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu. Izinkan saya menyentuh tiga perkara sebagai iktibar.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 35

Pertama, dasar. Apabila satu-satu dasar digubal, saya berharap ia tidak dibenar

tergelincir daripada hasrat asal dasar itu. Yang classic example, dengan izin, ialah apabila kita tubuh UDA pada tahun 1971 dahulu, tidak perlulah saya ulangi cerita itu lagi. Iktibarnya janganlah tergelincir dari dasar dan matlamat awal supaya keberkesanan sesuatu organisasi itu lebih jitu. Kini UDA dan pasukan pengurusan barunya sekarang, jika diberi peluang dan matlamat yang sewajarnya, saya pasti akan menambah milikan hartanah komersial bumiputera dan dapat menolong menjayakan agenda nasional ini.

Kedua, implementasi. Kita sedar dan kita berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat yang telah membuat beberapa inisiatif memperuntukkan bermilion-milion bahkan berbilion-bilion ringgit dana-dana khas melalui Teraju, Ekuinas serta beberapa buah bank perdagangan untuk bumiputera tetapi saya tidak yakin ia dapat betul-betul memberi pertolongan kepada peniaga bumiputera secara besar-besaran. Kerana dalam pengalaman saya, misalannya apabila kita approach bank-bank ini proses untuk pinjaman adalah sama. Viability, cagaran dan pengalaman. Kalau ketiga-tiga kriteria ini dipenuhi, tidak payahlah kita hendak dapat kemudahan daripada dana-dana yang disediakan. Kita pergi ke bank mana-mana pun kita akan dapat pinjaman.

Ketiga, masalah kawal seliaan dan pemantauan. Sekali lagi ini bukan satu cadangan yang baru tetapi ingin saya sarankan semula, sementara kita berterima kasih di atas segala inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan ekonomi bumiputera- memperkasakan ekonomi bumiputera. Saya masih ragu setakat mana efektifnya kawal seliaan untuk memastikan semua perancangan di agensi-agensi dan kementerian yang bertanggungjawab memenuhi kehendak matlamat murni Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Misalnya kepada siapa peniaga-peniaga bumiputera hendak mengadu untuk mendapat pertolongan. Tidakkah sudah sampai masanya untuk kita mewujudkan kembali kementerian berkaitan keusahawanan bagi menambah penglibatan serta kejayaan bumiputera. Saya setuju dengan saranan MTEN supaya Kementerian Kewangan, EPU dan ICU menjadikan agenda bumiputera sebagai agenda utama bukan hanya agenda sampingan.

Tuan Yang di-Pertua, tajuk saya ketiga ialah berhubung dengan perumahan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia....

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang hendak mencelah Yang Berhormat.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Sebelum

Tan Sri pergi kepada tajuk ketiga, saya terpanggil untuk sedikit membicarakan soal agenda bumiputera yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Soal kegagalan 30 peratus yang disarankan yang diletakkan target oleh kerajaan untuk agenda bumiputera ini, sudah 40 tahun Yang Berhormat mengatakan tadi bahawa ia gagal dilaksanakan. Tidak sampai 30 peratus, malah mungkin 20 peratus ataupun 22 peratus dalam keadaan macam itu.

Saya hendak tanya Yang Berhormat, apa pada pandangan Yang Berhormat, apakah langkah-langkah yang konkrit yang harus diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan isu yang berlarutan yang begitu lama saya kira? Tadi juga Yang Berhormat ada menyebut kerajaan mesti mengambil langkah untuk mewujudkan semula kementerian seperti Kementerian Pembangunan Usahawan yang telah dimansuhkan sekian lama. Adakah dengan kewujudan kementerian itu, ia boleh menjaminkan kepada kita, kepada rakyat seluruhnya bahawa ekonomi bumiputera akan boleh berkembang ataupun boleh mencapai tahap 30 peratus yang disarankan?

Saya juga ingin memohon pandangan Yang Berhormat, adakah mungkin dengan sikap itu sendiri di kalangan orang-orang Melayu khususnya bumiputera yang menghalang ataupun menokok tambah kegagalan yang tidak tercapai sehingga kini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Yang Berhormat

kerana mencelah dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

36 DN 24.6.2015

Sememangnya kejayaan itu semua tahu kita sudah rancangkan 40 tahun dan kita

berharap sekurang-kurangnya kerajaan berharap supaya kita mengambil magic wand, dengan izin, dan kita capai dalam masa lima tahun. Saya tidak ada confident kita akan mencapai tetapi sebab ini perkara yang telah dibangkitkan yang telah menjadi national policy. Kita mesti cuba dan terus mencuba.

Kita banyak sebab mengapa kita tidak mencapai kejayaan dan saya telah bagi tahu tiga sebab dalam pandangan saya tetapi salah satu daripada sebab yang besar saya fikir, ialah masalah kawal seliaan. Fikirkanlah kita diberitahu bahawa setiap GLC, setiap kementerian ada agenda bumiputera tetapi saya sendiri misalannya Yang Berhormat, telah berjumpa dengan pegawai-pegawai kanan GLC, kalau tanya mereka itu adakah mereka itu ada agenda bumiputera, katanya it’s not our priority. First thing is to make money.

Memang setiap GLC must make money tetapi kalau ada sekalipun agenda bumiputera, ini ia tidak diselenggarakan dan siapakah yang akan pergi ke Sime Darby, siapakah yang akan pergi ke Petronas? Dan boleh mengatakan di manakah agenda bumiputera, apakah agendanya dan sebanyak manakah kita telah mencapai kejayaan? There is nobody, tidak ada, dengan izin. Oleh sebab itulah memang kita ada teraju. Saya sendiri saya syarikat kecil tetapi diiktiraf sebagai salah satu daripada syarikat bumiputera yang dikenali sebagai syarikat yang hendak diberi pertolongan untuk membesar. Saya sendiri mempunyai pengalaman kalau hendak pinjaman bank, ini pengalaman saya sendiri dan saya minta maaf kalau ini....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, nampaknya waktu sekarang tepat

pukul 1 tengah hari. Yang Berhormat boleh sambung sebelah petang nanti.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Boleh, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah Yang Berhormat, kita tangguhkan sesi kita

pagi ini hingga jam 2.30 petang nanti.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.]

[Mesyuarat disambung pada pukul 2.30 petang.]

■1430

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Tuan Yang di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat tengah hari. Sekarang saya minta Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim sambung. Silakan.

2.32 ptg.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebenarnya pukul 12.30 tengah hari tadi, saya sedang...

[Yang Berhormat Senator Datuk Yahaya bin Mat Ghani memasuki Dewan]

Ha, itu pun sudah datang Yang Berhormat Datuk Yahaya. Saya fikir sebab dia yang mencelah tadi, Tuan Yang di-Pertua, jadi saya fikir kalau dia tidak ada, saya tidak payahlah jawab. Akan tetapi sudah ada ini, izinkan saya menyambung komen semasa dia mencelah sebentar tadi.

Dia kata kita telah merdeka selama 60 tahun. Ini soal ekonomi bumiputeralah. Kita memperkenalkan DEB selama 40 tahun. Selepas 60 tahun merdeka, 40 tahun DEB dan sebagainya, sasaran kita yang telah menjadi national policy ialah 30 peratus. Bukan kita

hendak mengambil daripada kaum-kaum lain tetapi hanya untuk membesarkan supaya 30 peratus ekonomi bumiputera dapat tercapai. Mengapakah kita tidak tercapai? Itu yang dicelahkan.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 37

Dalam ucapan saya, saya sudah bagi tiga sebab. Pertama, dasar yang mesti tidak

tergelincir; kedua, implementasi; dan yang ketiga, kawal seliaan. Saya sudah beritahu. Akan tetapi selain daripada itu, ada juga yang mengatakan adakah kita ini betul-betul ada political will untuk menjayakan dasar bumiputera ini. Pada saya, memang ada political will tetapi implementasinya tidak dibuat dengan secara yang betul-betul untuk mencapai kejayaan.

Classic example ialah Kampung Baru. Kalau Yang Berhormat semua ingat, kita telah merancang untuk membangunkan Kampung Baru pada era Tun Dr. Mahathir, ke era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sekarang dalam era Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib. Setahun lepas, kita telah meluluskan akta yang dikatakan Akta Pembangunan Kampong Bharu. Sampai sekarang, selepas 12 bulan, Kampung Baru masih dalam perancangan. We have not seen one piece of steel, dengan izin, yang ada di Kampung Baru untuk pembangunan. Kerana apa? Ini boleh jadi orang marahlah sikit. Sebab, implementasinya amat lemah dan peruntukan tidak mencukupi.

Kita buat pembangunan Kampung Baru tetapi wang ringgitnya diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kelulusan untuk semua sekali. Maknanya tidak ada autonomi kewangan yang diberi kepada Perbadanan yang kita tubuhkan. Maknanya apa-apa hendak buat, kelulusan pun kena pergi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mengapakah tidak kita implementasikan terus menerus menerusi Perbadanan Kampong Bharu yang kita telah tubuhkan? Why do we have to go to the third party? Itu misalan sahajalah ya, Yang Berhormat.

Selain daripada itu, kita pun janganlah- ada juga kelemahan kita yang lain. Attitude

orang Melayu sendiri. Adakah kita mempunyai semangat saing yang tinggi seperti bangsa-bangsa lain? Saya fikir ini pun kena fikirlah juga, attitude dan daya saing orang Melayu sendiri untuk mencapai kejayaan. Itu saya harap soalan Yang Berhormat telah dijawab.

Tuan Yang di-Pertua, topik saya yang akhir, topik saya yang favoritelah sebab ini merangkumi real estate ini ialah topik perumahan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2010, jumlah bilangan penduduk di Malaysia sebanyak 27,565,821 yang membentuk sebanyak 6,396,174 bilangan isi rumah di seluruh negara. Purata saiz isi rumah pada tahun 2010 - 4.31 orang bagi setiap isi rumah.

Dengan 6.4 juta bilangan isi rumah, seharusnya kita memerlukan 6.4 juta unit perumahan. Ini anggaran kasar jumlah segala unit kediaman termasuk rumah kos rendah, kos sederhana, rumah mampu milik, rumah teres, kondominium dan rumah-rumah mewah. Akan tetapi, menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan, jumlah stok unit kediaman ataupun formal housing di seluruh negara pada tahun 2010 adalah hanya 4.45 juta sahaja. Ini bermakna bilangan formal housing tidak mencukupi sebanyak 1.95 juta. Dalam erti kata lain, Malaysia kekurangan sebanyak 1.95 juta buah rumah, untuk meletakkan bumbung ke atas setiap 6.4 juta isi rumah yang ada pada tahun 2010.

Untuk pengetahuan semua, statistik ini tidak bermakna bahawa ada 1.95 juta isi rumah yang tidak berkediaman atau homeless kerana Jabatan Perangkaan telah menggunakan jumlah bilangan living quarters, dengan izin, untuk mengira bilangan tempat kediaman seluruhnya yang merangkumi kediaman kekal ataupun formal housing dan kediaman sementara seperti setinggan dan sebagainya.

■1440

Pada tahun 2010, bilangan living quarters mengikut statistik daripada statistics department sebanyak 7.35 juta unit yakni melebihi 6.4 juta isi rumah. Pada tahun 2014, bilangan penduduk Malaysia telah mencecah 30.3 juta orang penduduk dengan andaian bilangan saiz isi rumah yang sama pada tahun 2010, saya menganggarkan ada sejumlah 7 juta bilangan isi rumah pada tahun 2014. Untuk menempatkan 7 juta buah isi rumah, negara hanya mempunyai jumlah stok unit kediaman formal housing sebanyak 4.8 juta buah rumah sahaja. Ini bermakna jurang kekurangan bilangan rumah formal housing telah bertambah daripada 1.95 juta pada tahun 2010 ke-2.2 juta pada tahun 2014. Bilangan rumah- formal housing masih lagi tidak mencukupi untuk keseluruhan rakyat.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

38 DN 24.6.2015

Satu lagi perkara yang ingin saya sampaikan adalah berkenaan jumlah sejuta buah

rumah mampu milik yang akan dibina menjelang tahun 2010 yang disasarkan oleh kerajaan semenjak tahun 2013...

Tuan Ramli bin Shariff: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Ya.

Tuan Ramli bin Shariff: Terima kasih kerana memberi kebenaran dan peluang

kepada saya untuk mencelah sebelum Yang Berhormat meneruskan atas soal pemilikan rumah mampu milik.

Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa soal pemilikan rumah ia berkait rapat dengan soal keupayaan untuk memiliki rumah itu sendiri. Bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya keupayaan rakyat untuk memiliki rumah pertama kalinya adalah sukar di Malaysia ini oleh sebab dipricekan, dengan izin, dipricekan terlampau tinggi? Kalau kita lihat syarikat-syarikat besar, syarikat-syarikat

perumahan mengisytiharkan keuntungan berbilion-billion ringgit. Saya mengambil contoh sebuah syarikat- public listed company Tuan Yang di-Pertua, SP Setia. Bila diisytiharkan keuntungan berbilion-bilion Ringgit, bermakna dan bermaksud kos perniagaan di Malaysia ini tidak begitu tinggi dan banyak juga syarikat GLC dan juga PLC yang telah mengisytiharkan keuntungan berbilion. Maksudnya yang saya sebut tadi, Yang Berhormat bersetuju atau tidak bahawa kos...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ringkas sahaja, jangan lama sangat.

Masanya terhad sahaja ini.

Tuan Ramli bin Shariff: Soalan saya, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa

kos menjalankan perniagaan di Malaysia ini tidak begitu tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Terima kasih.

Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman: Terima kasih. Property development ini, dengan izin, satu perniagaan yang salah satu daripada yang profitable sekali. Kita mendengar bahawa 10 tahun, 20 tahun dahulu, apabila kita launch satu-satu projek, waiting-list banyak. Maknanya dalam masa satu hari semua dijual. Oleh sebab itu kerajaan telah memikirkan perkara ini, sebab itu kita mempunyai polisi, tiap-tiap housing developer mesti memperuntukkan 30 peratus buah rumah kos rendah. Itu kos rendah pada

masa itu iaitu memberi peluang kepada rakyat yang pendapatannya rendah. Akan tetapi masalah sekarang ialah masalah middle income iaitu rumah mampu milik, apa yang dikatakan rumah mampu milik yang disasarkan oleh PR1MA sebanyak tidak lebih daripada RM500 ribu. Itu yang telah dibuat.

Jadi oleh sebab itu kerajaan telah membuat dasar, tiap-tiap development company mesti memperuntukkan 30 peratus low cost. Saya telah mencadangkan 30 peratus ini bukanlah low cost sahaja tetapi mampu milik iaitu kurang daripada RM500 ribu di Kuala Lumpur ini tetapi kalau di Kota Bharu boleh jadi kurang daripada RM100 ribu ataupun di Johor Bahru, ini kerajaan kena menentukan. Akan tetapi malangnya perkara ini tidak diimplementasikan dengan sepenuhnya oleh kerajaan-kerajaan negeri masing-masing, tidak diselesaikan. Kadang-kadang hendak buat satu perumahan, dia kata tidak apalah, dalam projek ini tidak payah yang 30 peratus. Land is a state matter.

Jadi oleh sebab itulah Kerajaan Pusat kalau saya diizinkan meneruskan, satu lagi perkara yang ingin saya sampaikan ialah berkenaan dengan rumah satu juta mampu milik yang akan dibina menjelang tahun 2020 yang disasarkan oleh kerajaan semenjak tahun 2013. Dengan unjuran sebanyak 181,600 unit rumah yang bakal disiapkan pada hujung tahun ini, ada baki sebanyak 818,400 unit rumah mampu milik yang perlu dibina sepanjang tempoh RMKe-11. Ini bermaksud sebanyak 163,700 unit rumah mampu milik mesti siap dibina setiap tahun dari tahun 2016 sehingga tahun 2020. Ini satu sasaran yang sangat mencabar jika dibandingkan dengan trend pertumbuhan penawaran stok harta kediaman negara semenjak 1991.

Daripada statistik JPPH, kadar pertumbuhan bilang unit perumahan atau bilangan unit perumahan atau kediaman di antara tahun 1991 hingga tahun 2000 - 192,800 unit setahun.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 39

Kadar pertumbuhan ini meningkat kepada 197,770 unit setahun di antara tahun

2000 hingga tahun 2010. Sejak tahun 2010 hingga 2014, kadar pertumbuhan stok kediaman telah merudum ke hanya 96,400 unit dibina setiap tahun. Jikalau kita anggarkan secara purata, industri hartanah membina 190,000 unit perumahan pelbagai kos termasuk kos rendah hingga kos mewah adalah mungkin 163,700 unit rumah mampu milik dapat dibina setiap tahun dari sekarang hingga tahun 2020. Adakah dapat kita bina 163,700 unit rumah mampu milik daripada sekarang hingga tahun 2020. Pastinya sukar. Apatah lagi jika dihitung 163,700 unit rumah mampu milik yang disasarkan itu adalah bersamaan 83 peratus hingga 85 peratus daripada jumlah keseluruhan rumah yang dibina setiap tahun.

Walau bagaimanapun, sasaran ini sekiranya tercapai akan dapat meningkatkan bilangan penawaran unit perumahan yang secara teorinya dapat membantu menurunkan kadar kenaikan harga rumah ke paras yang lebih mampan, kalau kita berjayalah. Persoalannya sekarang ini Tuan Yang di-Pertua adalah apakah modus operandi atau mekanisme pelaksanaan yang sedia ada sekarang boleh mencapai sasaran kadar pembinaan rumah-rumah ini. Mengapakah ada banyak kementerian dan agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membina rumah-rumah ini? Sebagai contoh:

(i) Program Bantu Rumah (PBR) diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(ii) Program Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);

(iii) Program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (PR1M) oleh SPNB di bawah Kementerian Kewangan;

(iv) PR1MA di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan

(v) lain-lain lagi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi lain.

Mengapa tidak kesemuanya dilaksanakan oleh satu kementerian supaya segala pemantauan, kawal selia dan pengurusan pelaksanaan boleh distreamlinekan, dengan izin, supaya menjadi lebih efisien dan kos efektif?

■1450

Saya mengesyorkan untuk pihak kerajaan mempertimbangkan cadangan ini supaya penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan dibuat di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), nama pun “kementerian perumahan”, pasal apa hendak beri masalah perumahan ini kepada kementerian lain? Bagilah kepada sebuah kementerian sahaja. Itu cadangan saya dan di bawah naungan National Housing Council yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebagai penutup, bagi pihak rakyat negeri Kelantan Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah memasukkan beberapa projek di negeri Kelantan dalam RMKe-11 iaitu pembesaran Lapangan Terbang Kota Baharu, pembinaan Maktab Rendah Sains MARA di Tanah Merah, kawasan Yang Berhormat kita, pembinaan central-spine road yang

menghubungkan Kuala Krai ke Pahang dan Lebuhraya Kota Baharu- Kuala Krai yang semuanya akan melonjakkan kemajuan serta kesejahteraan rakyat negeri Kelantan. Siapakah kata kerajaan menganaktirikan negeri Kelantan?

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan kerana nampaknya telah memberikan hadiah baju Malaysian Heroes yang dipakai oleh atlet kita di SEA Games di Singapura baru-baru ini dan mengucapkan tahniah kepada beliau dan juga atlet-atlet kita yang telah mendapat medal lebih daripada yang disasarkan. Syabas Yang Berhormat Menteri dan syabas kepada atlet-atlet kita. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya pohon menyokong.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

40 DN 24.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kerana masa tidak

mengizinkan, saya berharap kalau boleh Yang Berhormat semua fokus dengan segera kerana menjimatkan masa. Sekarang tanpa membuang masa, saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Norliza, selepas itu Puan Hajah Khairiah.

2.52 ptg.

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan juga salam 1Malaysia.

Saya ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk turut berbahas dalam rang undang-undang iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini.

Sebagaimana saya kita maklum, Rancangan Malaysia Kesebelas ini adalah sebagai satu pelonjakan terakhir kepada persiapan kita untuk menghadapi tahun 2020 dan ia juga menyediakan kita untuk masuk ke gelanggang negara yang maju. Keprihatinan kerajaan dalam memastikan jurang pendapatan rakyat Malaysia tidak besar ini amatlah penting. Saya mengikuti ucapan beliau dan saya rasa masalah yang dihadapi oleh beberapa buah negara seperti kalau kita pergi ke Indonesia even ke Amerika sekalipun kalau kita tengok jurang pendapatan rakyatnya yang menyebabkan negara itu susah untuk mencapai pembangunan. Kalau di Indonesia itu, kalau yang kaya itu terlalu kaya dan kalau yang miskin itu sehingga merempat.

Jadi apabila berlaku kejadian sebegini, negara ingin melonjak kepada sebuah negara maju ia akan menjadi lebih sukar. Jadi saya rasa untuk kita menuju negara maju ini, kita perlu melihat apa yang perlu dilaksanakan dan saya rasa dengan enam teras yang digariskan, inshaa-Allah kita akan dapat menuju dan dengan juga dengan kerjasama

keseluruhan pihak dan juga parti-parti politik, sebab saya rasa kita kadangkala terlalu banyak berpolitik, jadi banyak pembangunan dan juga kepentingan rakyat yang terpaksa tertangguh atau diketepikan sebab kita asyik melebihkan masa kita terhadap politik.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga seperti Yang Berhormat Tan Sri Rahim suka bercakap mengenai isu perumahan sebabnya saya rasa perumahan ini sesuatu yang sangat penting dan menjadi keperluan kepada rakyat kita. Pada hari ini, saya rasa saya lebih ingin menjurus kepada perumahan rakyat golongan berpendapatan rendah, low cost, dengan izin, dan juga rakyat middle class ataupun golongan pertengahan. Sebagaimana

yang tadi Tan Sri Rahim ada sebut, saya ingin hendak mencelah tetapi saya ingat saya akan berucap dan saya akan bawa benda ini.

Kalau zaman dahulu dalam kementerian kita ada cross subsidy, maknanya kalau bina rumah mewah mesti kena bina 30 peratus buah rumah kos rendah, mesti di kawasan yang sama. Akan tetapi sekarang ini saya rasa kalau tidak bina pun boleh hanya dengan membayar sejumlah wang tidak perlu menyediakan rumah kos rendah. Jadi saya rasa kalau kita membenarkannya khususnya kerajaan-kerajaan negeri, kalau kita membenarkan ini berlaku maknanya rakyat kita yang golongan berpendapatan rendah tidak akan dapat manfaatkan cross subsidy ini. Jadi saya rasa kementerian harus memandang serius mengenai isu ini, kembali kepada kaedah dahulu yang mana kita memaksa dan memastikan pemaju membina 30 peratus kos rendah, itu yang pertama.

Kalau kita lihat pada masa sekarang, masalah perumahan semakin ketara untuk golongan berpendapatan sederhana. Saya bagi contoh sekiranya seorang pekerja kilang ataupun seorang guru berpendapatan keluarga RM4,000 sebulan, kalau hendak beli rumah di bawah PR1MA yang berharga RM500,000 ke bawah, RM400,000 ke bawah saya rasa dia tidak mampu dengan kos bebanan hidup dengan hendak kena membayar ansuran kereta, ansuran rumah, duit hendak hantar anak yang baru berkahwin. Saya rasa ini sangat membebankan.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 41

Kalau kita congak sekalipun ansuran bulanan sudah RM1,000 lebih, duit makan,

duit lain lagi saya rasa ia tidak mencukupi. Oleh yang demikian, golongan pertengahan ini harus diberikan perhatian yang serius kerana mereka ini dalam kalangan umur 20-an ke 30-an sehingga 40, jadi mereka ini memerlukan bantuan kerana inilah masa mereka sedang meningkatkan tahap hidup mereka.

Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian, kita mempunyai banyak tanah-tanah di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi tanah-tanah ini ada kalanya banyak yang terbiar walau di Pulau Pinang pun masih ada yang terbiar. Jadi saya rasa sama ada kementerian adakah mempunyai rekod jumlah tanah-tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan terbiar begitu sahaja. Jadi saya rasa tanah-tanah ini kita boleh ambil inisiatif untuk membangunkan tanah ini dengan rumah mampu milik, jadi dengan kaedah yang demikian kos kita hanyalah kepada kos construction sahaja bukan kos tanah lagi. Jadi rumah itu inshaa-Allah dapat kita bina dengan kadar harga kurang daripada RM400,000

mungkin RM200,000 mungkin RM100,000 di kawasan-kawasan yang agak bersesuaian. Jadi saya rasa dengan kaedah yang sedemikian, kita akan dapat menggalakkan lebih banyak perumahan mampu milik dibina.

Saya juga memberitahu kepada kementerian bahawa faktor seterusnya yang harus kita kaji semula adalah mengenai kos caruman kepada pemaju-pemaju. Saya rasa Tan Sri Rahim amat arif dalam bidang ini. Sebab kalau kita lihat kita perlu memberikan satu booster, satu galakan kepada pemaju-pemaju untuk membina rumah mampu milik. Jadi sepatutnya kepada agensi ataupun pemaju yang ingin membina rumah mampu milik ini mereka ini diberikan sedikit kelonggaran untuk membayar wang caruman construction fees

sebagai contohnya caruman bomba, kadang-kadang sampai ke RM500,000, caruman TNB, caruman IWK dan caruman PBA.

Jadi seorang pemaju atau agensi Persekutuan nak bina kena bayar semua caruman ini dan kos ini akan di charge semula kepada pembeli. Jadi saya rasa kementerian

harus mengkaji sama ada kos-kos ini boleh diberikan pengecualian sebab kos ini sebenarnya kita letak sebagai bon, apabila sudah dapat sijil OC itu cairkan balik, kita ambil balik duit kita jadi mungkin sekiranya pemaju ingin membina rumah mampu milik atau rumah untuk rakyat ini, kita kecualikan dia daripada membayar caruman-caruman yang agak tinggi.

■1500

Jadi ini satu insentif yang saya rasa amat baik yang dapat kita implemenkan kepada pemaju sebagai satu galakan kepada mereka untuk membina rumah-rumah mampu milik. Saya juga ingin bertanya kepada kementerian bilakah kali terakhir kementerian mengkaji fees yang dikenakan pada pemaju-pemaju atau pun agensi-agensi yang ingin membina rumah-rumah mampu milik ini?

Sebagai contoh lagi satu kepada pihak berkuasa tempatan, sekiranya kita hendak menggalakkan rumah mampu milik ini kelulusan pelan haruslah disegerakan, tidak perlu dilambatkan.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah

sikit?

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik

perhatian atas apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Norliza sebentar tadi. Cuma saya ingin faham kepada Yang Berhormat Datuk Norliza yang pakar perumahan. Saya tidak pakar. Saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini sedang galak dibuat di kampung-kampung, kalau ada tanah dua ekar boleh buat rumah yang dibuat oleh pemaju. Kalau ada satu ekar pun boleh buat tetapi bukan rumah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Datuk Norliza itu 30 peratus mesti untuk membuat low cost. Sekarang ini

sudah tidak wujud lagi.

Jadi sekarang ini sedang wujud dan berleluasa kalau sesiapa ada tiga ekar, beli dia boleh buat rumah. Akan tetapi rumah itu rumah mampu milik lebih kurang, rumah berharga RM200,000 atau RM300,000. Ada yang sampai mencecah RM600,000.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

42 DN 24.6.2015

Jadi saya rasa ini berleluasa yang dibuat di luar bandar, saya rasa ini ada satu

masalah kepada pihak kerajaan. Jadi saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Datuk Norliza. Terima kasih.

Datuk Norliza binti Abdul Rahim: Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Hajah

Noriah. Sebenarnya kejadian itu ada juga berlaku di mana pemaju ingin lari daripada menyediakan 30 peratus buah rumah kos rendah itu. Jadi dia bangunkan tanah itu pada skala yang lebih kecil. Jadi kalau tidak silap saya dia ada undang-undang yang mana pembinaan certain density, dengan izin, kena sediakan 30 peratus buah rumah kos rendah. Jadi dia hendak lari daripada syarat tersebut dan dibina pada skala yang lebih kecil.

Jadi yang ini kementerian harus menguatkuasakan balik akta dan lihat di mana yang ada kelonggaran itu perlu diketatkan. So, terima kasih Yang Berhormat Datuk. Kembali kepada apa yang saya bincangkan tadi. Saya memberitahu mengenai pihak berkuasa tempatan harus memberi kelulusan segera bagi pelan-pelan yang dihantar untuk tujuan rumah mampu milik.

Saya ingin memberi contoh yang mana yang berlaku di negeri saya di Pulau Pinang yang mana agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti JKP Perda hingga pelan mereka tidak dapat kelulusan sehingga melebihi setahun, dua tahun, tiga tahun. Jadi saya rasa mereka ingin membina rumah-rumah mampu milik, jadi kenapa kita hendak menyusahkan agensi yang sanggup membantu rakyat? Sepatutnya kita memudahkan, adakan one-stop center untuk kelulusan pelan-pelan yang mana rumah ini adalah untuk kepentingan rakyat.

Jadi saya rasa Kementerian Persekutuan harus melihat balik di manakah peluang ataupun ruang yang mana kementerian boleh mengawal sekiranya rumah mampu milik itu dibina di negeri-negeri tetapi di pihak Persekutuan masih dapat melihat agar kuasa tidak disalahgunakan di negeri-negeri. Jadi saya harap ini kementerian dapat melihat secara serius. Kita tidak mahu membantutkan pembangunan untuk rakyat khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang.

Saya juga ingin bertanya kpd kementerian apabila kita sudah bina rumah mampu milik ini kita kena pastikan rumah ini dimiliki oleh golongan yang benar-benar layak memiliki rumah mampu milik. Kita tidak hendak bina rumah mampu milik tiba-tiba orang yang lebih daripada mampu memiliki rumah ini dan menjadikan satu spekulasi terhadap rumah ini. \

Jadi saya rasa kita sepatutnya mengkaji pembeli-pembeli yang ingin membeli dengan begitu teliti dan saya ingin bertanya kementerian apakah garis panduan untuk pembeli-pembeli rumah mampu milik ini dan sama ada adakah Kementerian Perumahan mempunyai hak untuk melihat juga syarat-syarat yang dikenakan di peringkat negeri-negeri? Sebagai contoh kita ada pekerja dibidang industri yang bekerja di bahagian pulau di Pulau Pinang tetapi dia berasal dari Kelantan sebagai contohnya. Akan tetapi dia bekerja di Pulau Pinang tetapi dia tidak layak untuk membeli rumah di tempat dia bekerja dan keluarga hanya kerana dia tidak mengundi di Pulau Pinang.

Jadi saya rasa ini agak tidak adil sebab itu tempat dia mencari rezeki. Janganlah kita jadikan syarat sebagai pengundi untuk dia memiliki rumah sebab dia bekerja di Pulau Pinang tetapi dia mengundi di Kelantan tetapi dia tidak boleh membeli rumah di Pulau Pinang. Jadi saya rasa di manakah peranan kementerian untuk melihat kaedah-kaedah yang sebegini sebab kita tidak mahu menyukarkan rakyat kita dalam memiliki rumah untuk mereka diami.

Lagi satu saya ingin bertanya mengenai kuota perumahan. Sebagai contoh pada zaman dahulu kita ada kuota 40 peratus untuk bumiputera, 40 peratus untuk Cina, 20 peratus untuk India di Pulau Pinang. Saya tidak pasti di negeri-negeri lain. Akan tetapi saya difahamkan sejak akhir-akhir ini kuota ini sudah tidak dipraktikkan lagi. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian sama ada sistem kuota ini masih ada atau tidak sebab kita ingin memastikan semua golongan diberi perhatian. Sebab baru-baru ini berlaku satu kes projek di Balik Pulau yang mana 33 unit, hanya satu unit diberi kepada bumiputera, 32 unit diberi kepada kaum lain.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 43

Jadi saya rasa ini amat merisaukan sebab saya rasa pengagihan ini penting. Jadi

kita hendak semua kaum mendapat benefit, dengan izin, yang sama. Jadi kuota ini perlulah dikaji dan ditetapkan oleh kementerian dan kementerian harus memantau dan memastikan di negeri-negeri juga ia diikut. Jadi saya rasa itu antara isu yang saya ingin bawa dalam topik perumahan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai kejatuhan nilai ringgit. Kita faham dengan keadaan senario semasa sekarang, senario ekonomi global yang menyebabkan keadaan nilai ringgit jatuh agak begitu teruk. Saya rasa sejak dua bulan yang akhir ini ringgit kita jatuh dari 3.63 kepada 3.70. Kita mempunyai industri-industri yang mana industri ini beroperasi dengan mengimport barang mentahnya dari luar negara. Jadi apabila barang ini diimport dari luar negara, apabila ringgit jatuh maka industri ini akan terkesan dengan sendirinya.

Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan kilang-kilang atau industri yang mengeluarkan produk-produk di mana bahan mentahnya datang dari luar negara ini dapat dibantu dan juga dapat dipantau agar kilang-kilang ini tidak perlu ditutup disebabkan oleh nilai ringgit yang jatuh? Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan kalau kita tengok, kita ada GLC-GLC yang melabur di luar negara sebagai contoh EPF, FELDA dan lain-lain. Jadi saya ingin bertanyalah dengan keadaan nilai ringgit yang jatuh agak teruk ini apakah status pelaburan seperti EPF dan FELDA yang dibuat di luar negara? Jadi adakah kementerian melihat keadaan ini dan adakah langkah-langkah kerajaan agar pelaburan luar negara ini dikurangkan atau dihentikan supaya kesan kerugian itu tidak terlalu tinggi kepada negara kita?

Saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan Negara pada sepanjang tahun 2014 iaitu selama 12 bulan ya jumlah pelaburan asing yang keluar daripada negara kita adalah sejumlah RM6.9 bilion manakala pada tahun 2015 ini iaitu selama lima bulan sahaja sehingga Mei jumlah pelaburan asing yang keluar ialah RM6.7 bilion. Kalau tahun 2014 satu tahun RM6.9 bilion tetapi selama lima bulan sahaja pelaburan asing telah keluar sebanyak RM6.7 bilion. Jadi kita risau sekiranya lebih banyak lagi pelabur asing yang akan keluar dalam tempoh yang terdekat ini dan ia akan menghimpit keadaan ringgit kita yang semakin lemah.

Jadi soalan saya apakah tindakan kementerian untuk menangani masalah ini? Pada zaman dahulu kita biasa pack, dengan izin, Ringgit tetapi ada positif dan negatif impaknya kalau kita pax Ringgit ini. Jadi saya ingin bertanya kepada kementerian apakah rancangan atau pun alternatif yang akan kementerian ambil untuk memastikan keadaan Ringgit ini terapung dengan lebih baik daripada ia semakin lemah sebagaimana yang kita lihat pada masa sekarang.

■1510

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai GST. Sebenarnya kita tahu GST ini satu sistem percukaian yang sangat baik. Akan tetapi ia dijadikan satu masalah yang begitu dahsyat di bawah, sebabnya rakyat merasakan ia sesuatu bebanan yang begitu kuat sekali. Mereka merasakan sebegini disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di atas GST yang dilancarkan.

Jadi saya merasakan apabila kita ingin melancarkan sesuatu yang baik itu kita harus melihat daripada segi pelaksanaannya, implementation nya saya rasa amat penting. Jadi kementerian harus melihat perkara ini dengan serius supaya setiap aduan yang dibuat itu dapat ditangani dalam tempoh masa yang terdekat. Saya ingin mengambil satu contoh di mana GST yang dikenakan untuk penyelenggaraan bangunan iaitu maintenance bangunan, dengan izin. Sebagai contoh, kalau kita menyelenggarakan sebuah flat low-cost. Jadi low-cost ini selalunya satu unit akan membayar lebih kurang RM50 duit penyelenggaraan bangunan itu. Adakala bangunan itu kalau 20 tingkat, ia mempunyai lif. Jadi kadar maintenance untuk lif itu agak tinggi. Jadi untuk penyelenggaraan yang RM50 itu tidak dikenakan GST dan saya rasa itu amat baik. Tindakan kerajaan yang amat baik. Akan tetapi, kos penyelenggaraan lif itu dikenakan GST. Kadar TNB dikenakan GST dan kos-kos lain dikenakan GST.

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

44 DN 24.6.2015

Jadi saya bagi contoh satu projek yang saya sendiri melihat iaitu projek 1,000 lebih

unit kos sederhana rendah. Yang mana dahulu sebelum GST, bil TNB untuk apartmen itu hanya RM21,000. Selepas GST RM33,000, bil elektrik sahaja, RM33,000. Kita kutip RM50 sahaja satu buah rumah. Penyelenggaraan lif, sehingga RM15,000 dan banyak lagi kos-kos lain. Jadi bagaimana Joint Management Body (JMB), dengan izin, ingin menyelenggara projek itu apabila kadar yang dikutip dan kadar yang hendak bayar maintenance itu tidak mencukupi? Biasa lah, adakalanya kalau kita caj RM1,000 buah rumah itu yang bayar RM300 sahaja. Kadang-kadang 500 buah rumah sahaja yang bayar, yang lain tak bayar. Jadi memang tak cukup untuk menyelenggara flat-flat tersebut dan ia memberi kesan kepada penghuni yang mana lif akan ditutup, flat akan kotor dan keadaan-keadaan yang agak bagi saya tidak sesuai untuk didiami disebabkan oleh keadaan bangunan itu telah tidak diurus selia dengan baik.

Jadi perkara ini, kementerian harus melihat dengan serius. Bagi saya, sekiranya flat itu adalah flat low-cost, berstrata, janganlah kita kenakan GST untuk kos-kos penyelenggaraan, dan ia akan selaras. Jadi kita kena lihat dari segala aspek.

Oleh yang demikian, saya rasa kementerian harus mengkaji banyak faktor dan saya rasa ia memerlukan sedikit masa. Jadi saya harap kementerian lihatlah perkara-perkara yang sedemikian. Ini kerana apa sahaja untuk kepentingan rakyat, haruslah kita titik beratkan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit isu kesihatan. Ada saya ingat beberapa Senator juga menyentuh. Cuma saya daripada perspektif yang agak berbeza.

Sekarang kita faham masalah obesiti di kalangan rakyat kita. Akan tetapi, saya ingin mengkhususkan sedikit kepada masalah obesiti di kalangan warga tentera dan warga polis. Ini kerana baru-baru ini, saya ada berjumpa seorang doktor, dia menceritakan bagaimana seorang polis cuba mengejar mat rempit ini tetapi tak boleh, disebabkan perut dia besar, jadi berat. Jadi saya rasa masalah obesiti ini agak penting dan dia pula cerita pula kepada saya. Dia kata, biasa kerja doktor masa dia dalam tentera dahulu, army. Dia kata dalam bahasa Inggeris, dengan izin, “Do you know that 70 peratus of them are obese? And 30 peratus died due to cardiac problem?”.

Jadi saya mohonlah kepada Kementerian Kesihatan ataupun Kementerian Pertahanan, sama ada jangan masa hendak masuk sahaja diukur pinggang, diukur semua, slim, six-packs semua ini. Selepas sudah 10 tahun, semua sudah PJK, Perut Jalan Ke hadapan semua. Jadi hendak kejar penjenayah pun tak boleh. Jadi saya rasa ini sesuatu yang harus kita lihat secara serius, sebab kita tidak mahu kerajaan terpaksa membelanjakan subsidi yang banyak kepada perubatan disebabkan rakyat kita obes dan banyak masalah “tiga serangkai” semua ini.

Jadi saya rasa Kementerian Kesihatan patut enforce kepada Kementerian

Pertahanan supaya warga tentera, warga polis ini disemak berat badannya sekerap yang boleh. Mungkin setahun dua kali. Pastikan mereka ini diberi exercise supaya keadaan mereka itu lebih fit, dengan izin, supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

Jadi saya rasa, ini Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pertahanan dan KDN harus melihat secara serius.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan juga daripada segi isu kesihatan iaitu mengenai doktor-doktor yang membuat housemanship di hospital-hospital. Jadi saya

difahamkan mereka ini terpaksa bekerja melebihi 75 jam seminggu. Adakalanya mereka ini hanya pergi membuat rondaan tanpa diikut oleh doktor-doktor yang sedia doktor. Jadi adakalanya mereka ini tidak dilatih dan mereka ini tidak diberi pendedahan yang sewajarnya. Dia hanya pergi membuat pemeriksaan sendiri sedangkan mereka ini dalam tempoh latihan. Jadi saya rasa pihak kementerian harus melihat perkara ini secara detail. Ini kerana kita tidak mahu sebagaimana yang disasarkan oleh kerajaan bahawa, pada masa akan datang kita akan ada satu orang doktor untuk menjaga 400 orang masyarakat. Saya rasa ia boleh dicapai tetapi apa akan jadi kepada kualiti doktor tersebut.

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 45

Saya dapati terdapat lambakan doktor pelatih di tempat yang mereka buat

housemanship sehingga 60 buah tempat di setiap hospital dan jumlah graduannya melebihi 5,000 orang. Jadi saya rasa terlalu ramai. Jadi saya mohon kepada kementerian, bagaimanakah mereka dapat melihat masalah ini? Dapat menyelesaikan masalah ini supaya kita tidak mahu lambakan doktor ini menyebabkan doktor-doktor kita di masa akan datang kurang berkualiti. Kita mahu melahirkan doktor-doktor yang berkualiti supaya tahap kesihatan rakyat Malaysia akan berada di tahap yang sangat-sangat baik.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu 1MDB. Saya amat bersetuju Yang Berhormat Senator Datuk Asyraf mengenai tapak Tun Razak Exchange. Saya juga ada membaca baru-baru ini di dalam Malaysian Business mengenai tapak Tun Razak Exchange dan juga tapak Sungai Besi yang dimiliki oleh 1MDB yang sangat-sangat baik dan ia akan dibangunkan dengan pembangunan yang memberangsangkan.

Sebagaimana yang kita dimaklumkan tadi daripada awal, saya ada sebut bahawa, untuk kita menuju ke negara maju, kita perlu tengok kepada semua aspek. Maknanya pembangunan berskala tinggi, pembangunan berskala sederhana dan juga pembangunan berskala rendah. Kita tidak boleh hanya melihat pembangunan rendah sahaja tetapi tidak melihat pembangunan yang berskala tinggi. Maknanya kita tidak boleh mencapai sebuah negara yang maju.

Cuma masalahnya saya rasa, 1MDB ini mempunyai aset-aset yang sangat-sangat baik, di kawasan yang sangat-sangat baik. Akan tetapi disebabkan terlalu berpolitik, maka benda yang baik itu telah menjadi tidak baik. Kita pula terpaksa hendak menjual sebab hendak memenuhi masalah ataupun rungutan atau persepsi rakyat. Jadi saya rasa kalau kita bergerak dengan kaedah yang sebegini, maknanya kita susah untuk membangun. Bagi saya, sekiranya kita membuat keputusan untuk kebaikan rakyat dan sesuatu yang menguntungkan, dengan izin, our conscious are clear, kita sepatutnya melihat ke hadapan.

Saya rasa, bagi semua parti politik, kita sepatutnya bersama-sama membangunkan Malaysia ini. Sama ada kita di pihak kerajaan atau kita di pihak pembangkang. Bila datang kepada membangunkan Malaysia, kita harus bersatu hati sebab kita hendak Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun. Jadi, yang ingin saya sentuh mengenai 1MDB ini, tanahnya, asetnya, memang sesuatu yang baik. Saya difahamkan projek Sungai Besi ini dibangunkan di bawah skim PPP iaitu Public-Private Partnership, yang mana kita Malaysia banyak membangun sejak beberapa tahun yang lalu atas konsep PPP ini.

Cuma masalahnya, isu ini ditafsirkan secara negatif apabila didapati Ahli Lembaga Pengarah yang sama di Tabung Haji dan juga di 1MDB. Jadi saya rasa, ini Kementerian Kewangan harus memainkan peranan supaya persepsi ini tidak wujud. Jadi di masa akan datang, Kementerian Kewangan harus lebih peka, prihatin, apabila ingin melantik Ahli-ahli Lembaga Pengarah supaya kita tidak mengundang persepsi negatif daripada kalangan rakyat.

■1520

Jadi niat yang baik itu telah dinegatifkan disebabkan oleh pelaksanaan implementasi kita yang agak kurang baik. Jadi saya haraplah sebab saya ada membaca mengenai tanah Tun Razak Exchange ini adalah satu yang sangat-sangat baik. Jadi kalau boleh kita harus kita tidak menjual dan kita membangunkan tapak tersebut dan sebagaimana yang kita tahu pembangunan akan mengambil masa, ia bukan development is not something that can be visualized in a night, dengan izin. Ia akan makan masa 3 tahun, 4 tahun ada kalanya. Jadi kita harus bersabar untuk melihat hasilnya. Walau bagaimanapun daripada segi masalah pelaksanaan implementasi itu biarlah yang pihak-pihak tertentu yang bertanggungjawab untuk menjalankan siasatannya. Saya harap pihak Kementerian Kewangan melihat secara serius mengenai pembangunan tapak-tapak dalam 1MDB ini dan pastikan ia tidak diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan kepada sesuatu yang tidak baik. Saya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Ya?

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

46 DN 24.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Panjang lagi?

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Sikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Sikit sahaja lagi?

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Ya, hendak habis sudah, hendak gulung.

Tuan Yang di-Pertua: Gulung, gulung.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akhir

sekali sebelum saya tutup. Saya juga ingin membawa perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang mengatakan Rancangan Malaysia Kesebelas menganaktirikan negeri Pulau Pinang yang mana dia mengatakan bahawa dulu janji monorel, dulu janji Outer-Ring Road tetapi tidak dilaksanakan. Sebenarnya Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri. Kita sendiri yang menolak pembangunan tersebut. Oleh sebab dalam satu kenyataan dalam website DAP ada mengatakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa Inggeris, “Should Pakatan win power in Putrajaya, Pakatan is also proposing a tram system throughout the state linking both the island and the mainland. BN’s monorail is inappropriate for a world heritage city like Penang, as its elevated structure will destroy Penang’s charms.” Adalah jelas, DAP tidak mahu monorel. Kerajaan DAP Pulau Pinang

menolak bulat-bulat monorel...

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Jadi saya hendak tutup sudah Yang Berhormat.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-

Pertua.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Minta maaf masa sudah habis.

Tuan Chandra Mohan A/L S. Thambirajah: Penjelasan.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Saya hendak tutup sudah. Jadi, nanti kita

bincang di luar. Jadi saya rasa janganlah kata dianaktirikan sedangkan kita sendiri yang menolak pembangunan tersebut. Perkara yang sama juga berlaku untuk Outer-Ring Road.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat. Gulung.

Puan Norliza binti Abdul Rahim: Jadi saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua dan saya akhir sekali, saya merasakan RMKe-11 ini dengan tema, “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat” ini adalah sangat inklusif dan dengan itu saya mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumusalam, terima kasih. Sekarang saya

mempersilakan Yang Berhormat Hajah Khairiah binti Mohamed.

3.23 ptg.

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Alhamdulillah saya sempat bersama dalam detik bersejarah pembentangan dan perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 yang bertemakan “Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat” yang ia akan menjadi RMK terakhir sebelum berakhirnya Wawasan 2020 yang bermatlamatkan, “Mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam acuannya sendiri menjelang 2020”.

Sebagaimana yang sedia dimaklumi, sembilan matlamat utama Wawasan 2020 yang saya sebut di sini secara ringkas:

(i) mewujudkan negara malaysia bersatu;

(ii) mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas;

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 47

(iii) mewujudkan masyarakat demokratik yang matang;

(iv) mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian;

(v) mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur;

(vi) mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif;

(vii) mewujudkan masyarakat penyayang;

(viii) mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi; dan akhir sekali

(ix) mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik.

Matlamat yang digariskan ini saya kira terlalu murni sehingga terlintas adakah ia mampu dicapai melihat situasi hari ini dalam tempoh lima tahun yang masih berbaki. Tentu sekali RMKe-11 rancangan yang bakal merealisasikan matlamat-matlamat yang digariskan.

Tuan Yang di-Pertua, Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini mengiktiraf kesenjangan sebagai masalah global nombor satu dalam agenda global 2015 dan Malaysia merupakan antara negara tertinggi daripada segi ketidaksamaan pendapatan di rantau ini. Sebagaimana yang kita maklum,40 peratus daripada mereka yang berpendapatan terendah mendapat sejumlah 14.3 peratus pendapatan. Manakala 20 peratus teratas menikmati 50 peratus pendapatan. Apa yang telah disebut oleh Nelson Mandela seorang pejuang keadilan dan hak asasi, negara bukan dinilai berdasarkan layanan kepada rakyat atasan tetapi layanan kepada rakyat bawahan. Dengan jurang pendapatan yang melebar, Malaysia bakal menjadi syurga untuk sebahagian kecil rakyat yang berpendapatan tinggi. Namun menjadi tempat yang sukar dan tiada kesejahteraan bagi rakyat kebanyakan.

Justeru, tiada makna jika kita dinobatkan sebagai negara maju sedang rakyat kebanyakan tidak menikmati kesenangan dan kesejahteraan. Dalam mengukur kesenjangan ini, saya kira perlu ada satu pengukuran yang lebih fleksibel dan progresif bagi mengukur tahap kemiskinan sebenar di Malaysia berbanding menggunakan pendapatan garis kemiskinan berdasarkan kemiskinan mutlak, pihak kerajaan sepatutnya menggunakan ukuran kemiskinan yang relatif. Contohnya, dengan mengambil nilai ambang 60 peratus daripada median pendapatan isi rumah dan penyelarasan yang sesuai berkadaran saiz keluarga.

Saya ambil contoh, kita ambil pada masa ini RM1,200 untuk individu dan RM2,000 untuk isi rumah yang sudah berkahwin dan tidak mempunyai anak serta tambahan RM300 untuk dua orang anak pertama setiap satu, RM200 lagi untuk anak ketiga dan keempat dan RM100 untuk anak seterusnya. Jadi saya kira pengukuran kemiskinan yang relatif ini mampu memberikan gambaran sebenar tahap kemiskinan Malaysia serta langkah susulan yang sesuai dengan dapatan kadar kemiskinan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dari sudut pendidikan, Pelam Pembangunan Pendidikan Malaysia telah menggariskan pelaksanaan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM pada tahun 2016, tahun depan. Siapakah golongan yang akan terjejas dengan pelaksanaan dasar ini? Jika lihat dari sudut statistik, peratusan kelulusan Bahasa Inggeris bagi kawasan bandar pada tahun 2012, 2013 dan 2014 masing- masing:

Tahun Bandar (Peratus)

2012 82.7

2013 84.4

2014 82.5

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

48 DN 24.6.2015

Jika dibandingkan dengan pencapaian kelulusan subjek Bahasa Inggeris di luar bandar yang jauh lebih rendah bagi tahun sama 2012, 2013 dan 2014 iaitu:

Tahun Luar Bandar (Peratus)

2012 69.2

2013 73.7

2014 69.8

Jika dirumuskan untuk ketiga-tiga tahun ini, pencapaian pelajar di luar bandar berbanding dengan di kawasan bandar, dari sudut kelulusan subjek Bahasa Inggeris 12.3 peratus lebih rendah. Jadi saya kira pelaksanaan dasar ini akan menjejaskan kebanyakannya pelajar-pelajar kita yang berada di luar bandar yang mana mereka ini begitu sinonim dengan golongan yang berpendapatan rendah. Saya yakin dasar yang dilaksanakan ini akan merumitkan lagi usaha mengecilkan jurang ekonomi, jurang sosioekonomi bahkan meluaskan lagi jurang ekonomi. Memandangkan sijil SPM bagi sebahagian besar pelajar penentu hala tuju kehidupan mereka yang lebih baik.

■1530

Dalam mengejar status negara maju, negara telah menjulang dalam subjek Bahasa Inggeris dan meletakkan masyarakat luar bandar dalam kedudukan yang lebih sukar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan sedangkan kita boleh akui dan kita tahu bahawa banyak negara telah berkembang pesat dengan bahasa kebangsaan mereka sendiri seperti negara China, Jepun dan Korea.

Seterusnya, antara cabaran wawasan 2020 mewajibkan masyakat yang sepenuhnya bermoral, beretika dengan warganegara teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Setelah kerajaan mewajibkan subjek Sejarah dan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, apakah kerajaan masih belum bersedia menjadikan subjek Pendidikan Agama dan Moral sebagai subjek wajib lulus?

Kejayaan pendidikan pembinaan insan. Pembinaan insan bukan hanya sekadar kecemerlangan akademik diukur dengan gred ‘A’ dan gred ‘B’ pada subjek-subjek menjurus kepada kerjaya. Malah, yang lebih penting yang mendasari kecemerlangan individu dan masyarakat ini kecemerlangan sahsiah yang berpaksikan agama, nilai dan moral.

Sayangnya, saya gagal melihat dalam RMKe-11 suatu frasa pemerkasaan kehidupan beragama. Apa yang dinyatakan hanyalah bermoral dan beretika. Beragama, bermoral dan beretika adalah frasa yang sangat berbeza. Sedangkan, prinsip Rukun Negara yang pertama yang digenggam erat oleh seluruh rakyat negara Malaysia kepercayaan kepada Tuhan. Walhal, kita juga telah maklum cabaran negara yang mencapai status negara maju mencapai ketenangan dan keharmonian kehidupan kerana mereka meletakkan kehidupan dunia adalah segala-galanya. Lihat sahaja negara Jepun, antara negara yang paling banyak berdepan dengan kes bunuh diri walaupun mereka sangat berbangga sebagai sebuah negara yang maju dan bermoral.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, semenjak zaman berzaman kita telah mengamalkan sistem dual mahkamah iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah untuk orang Islam serta terdapat juga mahkamah-mahkamah adat.

Namun, dari sudut bidang kuasa hukuman, mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa yang jauh lebih kecil berbanding mahkamah majistret iaitu mahkamah di tingkat paling rendah dalam mahkamah sivil. Secara perbandingan, mahkamah majistret mempunyai bidang kuasa jenayah untuk menjatuhkan hukuman sehingga 10 tahun penjara, denda RM10,000 dan 12 kali sebatan berbanding mahkamah syariah hanya boleh menjatuhkan tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan dan sebatan syariah adalah jauh lebih ringan daripada sebatan sivil.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 49

Di sini saya menyarankan agar pindaan boleh segara dibuat kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] demi memartabatkan Islam dan juga mahkamah syariah yang telah sebegitu lama sebenarnya disebut akan dipinda sewaktu, saya ingat saya mula-mula masuk ke sini dan senator dari Kelantan, Yang Berhormat Hajah Mumtaz sebelum ini telah pun menyebut tentang akta ini tapi sehingga sekarang akta ini belum dapat dipinda mungkin dengan sebab polemik-polemik politik pada hari ini. Akan tetapi saya kira dari sudut memartabatkan mahkamah syariah, sudah tiba masa kerana bidang kuasa mahkamah rendah mahkamah sivil sendiri telah lama diperkasakan.

Seterusnya, apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman, kita di Kelantan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan pelbagai infrastruktur sebagaimana yang telah disebut dalam RMKe-11. Cuma, di sini saya ingin mengambil perhatian berkenaan keadaan hakisan di Sungai Pinang, Pulau Pisang sehingga ke Pantai Mek Mas di DUN Kijang yang telah menjejaskan teruk penempatan penduduk sekitar yang perlu diambil tindakan segara oleh pihak kerajaan di mana ia melibatkan pembinaan tebatan di kawasan tersebut yang memerlukan peruntukan sehingga RM32 juta.

Suka di sini saya mengingatkan, kita tidak mahu kejadian yang sama berulang seperti mana di Pantai Sabak yang berdekatan sebelum ini di mana sebahagian besar Kampung Sabak telah menjadi lautan disebabkan lambat tindakan pembinaan tebatan di kawasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkait dengan ICT di mana teras strategik kelima RMKe-11 adalah memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dengan menambahbaik liputan dan kualiti serta kemampuan langganan infrastruktur digital. Ia selaras dengan ucapan Perdana Menteri iaitu penyediaan jalur lebar berkelajuan tinggi ataupun high speed broadband dan inisiatif jalur lebar pinggir bandar di samping kawasan pertumbuhan berimpak tinggi akan mendapat khidmat jalur lebar 100 megabyte per second manakala di pinggir bandar dan luar bandar pula 20 megabyte per second. Sangat tinggi dibandingkan dengan apa kita nikmati hari ini.

Dalam hal ini, berkait dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan telah menggalakkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah melalui pelbagai program dan inisiatif seperti Smart School Roadmap dan kementerian juga telah membelanjakan RM6 bilion untuk projek berkait ICT sepanjang tempoh tahun 1990 sehingga 2010 dan seterusnya melalui Pelan Pembangunan Pendidikan, ia terus menekankan penggunaan ICT dalam pembelajaran di sekolah.

Projek terbesar yang berkait dengan ICT di sekolah ini tentu sekali projek 1BestariNet yang telah dilancarkan yang mengandungi tiga buah komponen asas iaitu perkhidmatan jalur lebar, chromebook dan virtual learning environment. Melalui 1BestariNet

ini, kerajaan telah mensasarkan sebanyak 9,889 buah sekolah kerajaan di dalam dan luar bandar untuk disediakan dengan perkhidmatan jalur lebar 4G.

Namun, apabila dilihat kepada pencapaiannya, ia agak mengecewakan. Sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara 2013, terdapat kelewatan penyediaan perkhidmatan internet di 4,176 buah sekolah serta 70 peratus sekolah yang disediakan perkhidmatan internet, liputannya adalah tidak menyeluruh di semua kawasan sekolah. Sepatutnya liputan yang menyeluruh di mana liputan ini boleh digunakan di setiap kelas. Untuk guna komputer, tidak perlu ke makmal, hanya boleh buat di mana-mana bahagian kawasan sekolah, tetapi tidak boleh dibuat kerana liputannya hanya di kawasan-kawasan yang tertentu.

Perkhidmatan jalur lebar ini juga hanya menerima daripada dua megabyte per second sehingga empat megabyte per second dan di kebanyakan tempat hanya 0.5 megabyte per second hingga satu megabyte per second. Agak mengecewakan juga, dapatan daripada Laporan Audit juga menyatakan kurang daripada lima peratus guru yang menggunakan secara rutin kemudahan ICT yang dibekalkan. Satu angka yang saya kira sangat rendah, lima peratus.

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

50 DN 24.6.2015

Jika dibandingkan, keadaan ini adalah jauh daripada persediaan dan kesediaan

yang diperlukan untuk menjadikan ICT sebahagian daripada proses pembelajaran di sekolah di mana jika kita bandingkan, mengikut kajian di United Kingdom, 13.4 megabyte per second diperlukan untuk pembelajaran melalui ICT di sekolah rendah dan bagi sekolah menengah pula memerlukan 55 megabyte per second dengan liputan mencapai 99 peratus

tidak boleh ada gangguan. Sebarang gangguan akan membantutkan proses pembelajaran.

Persoalannya, adakah pendekatan pelaksanaan ICT di sekolah-sekolah bandar dan luar bandar tanpa mengambil kira kesediaan prasarana guru dan pelajar satu pendekatan yang realistik? Kerajaan perlu mengambil kira dan mengkaji keperluan pemakaian kaedah yang lebih realistik di sekolah kawasan bandar dan luar bandar khususnya dengan mengambil kira persediaan dan kesediaan pihak pengguna.

■1540

Sebagaimana kaedah yang diguna pakai di New Zealand dengan izin, “The New Zealand University of Education approach was to allow each school to conduct its own need assessment. Based on frameworks and guidelines provided allowing school to determine the level of training their teachers required and the most appropriate method to incorporate ICT into their school instead of using a one size fit of approach.”

Matlamat yang ingin dicapai adalah begitu murni supaya ICT boleh turut dicapai di sekolah-sekolah luar bandar. Namun, matlamat murni ini perlu melalui kaedah pelaksanaan yang lebih realistik dan melihat kepada kepelbagaian keadaan pengguna.

Bukannya menerima pakai satu kaedah untuk semua keadaan yang bakal mengakibatkan hasrat murni ini tidak tercapai tetapi hanya menghabiskan kos yang tinggi.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, berkait dengan penglibatan wanita sebagai Ahli Parlimen dan ADUN. Mengikut statistik perwakilan kaum wanita di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negeri masih jauh ketinggalan daripada apa yang disasarkan 30 peratus. Selepas PRU ke-13 bilangan Ahli Parlimen dan ADUN wanita adalah secara purata 13.77 peratus di mana keanggotaan untuk Parlimen 22 daripada 222 dan di peringkat Dewan Undangan Negeri 58 Kerusi daripada 54 Kerusi.

Menurut penunjuk matlamat pembangunan milenium di bawah kelolaan Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia menunjukkan pencapaian rendah dalam usaha menambah perwakilan wanita di Parlimen. Purata kerusi di Parlimen dipegang oleh wanita di negara-negara Asia Tenggara pada tahun 2012 - 17.6 peratus sedangkan pencapaian Malaysia hanyalah 10.4 peratus iaitu lebih rendah daripada purata. Dalam hal ini, hari ini semakin banyak negara yang memperkenalkan pelbagai jenis kuota jantina untuk pilihan raya umum. Secara perbandingan, terdapat 4 buah negara yang melaksanakan sistem negara yang berdekatan di Asia, 4 buah negara yang melaksanakan sistem kuota jantina telah berjaya melonjakkan peratus penglibatan wanita di Parlimen dari tahun 2008 ke-2012 iaitu Indonesia, Philippines, Thailand dan Timor Leste.

Tambahan pula jika kita melihat kepada negara maju seperti Sweden, ia menunjukkan penglibatan wanita yang tinggi iaitu 47.3 peratus. Sudah tiba masanya dalam menuju negara maju, Malaysia perlu memastikan perwakilan wanita yang lebih ramai di Parlimen dan ADUN. Memandangkan pertama, bilangan pengundi 50.2 peratus orang wanita dan jika dilihat dari sudut penyertaan wanita yang tinggi dalam pasaran tenaga kerja iaitu pada tahun 2014, 53.6 peratus dan disasarkan 59 peratus selesai RMKe-11. Hakikatnya jika kita lihat kepada jumlah pelajar wanita dan institusi pengajian tinggi ia adalah melebihi 60 peratus berbanding pelajar lelaki dan pencapaian pelajar wanita di institusi pengajian tinggi adalah jauh lebih baik berbanding dengan pelajar lelaki.

Saya kira sistem kuota ini adalah sangat penting bagi wanita bukan kerana mereka lemah dan mereka tidak mampu bersaing. Akan tetapi mereka bersaing dengan bukan lawan mereka. Mereka bersaing di padang yang tidak rata. Medan politik medan yang sangat sengit sedangkan wanita sama sekali tidak boleh meninggalkan ciri kewanitaan dan tanggungjawab mereka terhadap keluarga. Dalam masa yang sama, negara pastinya tidak mahu kehilangan sentuhan tenaga wanita yang sangat diperlukan. Jika kita lihat dari sudut lantikan Menteri dan Timbalan Menteri pula di kalangan wanita hari ini yang dilantik sebagai Menteri hanyalah dua orang daripada 32 orang Menteri iaitu 6.25 peratus.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 51

Manakala daripada sejumlah 26 Timbalan Menteri, lima Timbalan Menteri wanita iaitu 19.2 peratus juga mempamerkan satu jumlah yang jauh lebih kecil daripada apa yang disasarkan. Sudah tiba masa kerajaan memandang berat untuk menambah bilangan Menteri di kalangan wanita dan Menteri Wanita tidak seharusnya sinonim dengan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Malah Menteri Wanita mempunyai keupayaan untuk mengetuai kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan sebagainya.

Poin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, melalui teras strategik yang keempat. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemapanan dan daya tahan. Kerajaan akan mengguna pakai konsep penggunaan dan pengeluaran mapan dengan sasaran 22 peratus kadar kitar semula daripada isi rumah. Namun, saya sebenarnya keliru adakah kerajaan betul-betul serius dalam pelaksanaan agenda ini. Ini kerana sebenarnya kitar semula ini telah diperkenalkan semenjak 1993 kemudian dirasmikan secara rasminya pada tahun 2000 dan sehingga sekarang pencapaiannya 15 tahun.

Saya kira kalau 7 hingga 8 peratus adalah cukup rendah dan apa yang disasarkan bagi tahun 2020 - 22 peratus sahaja. Sedangkan di negara-negara maju, peratus atau kadar kitar semula contohnya bagi German 74 peratus, Belgium 71 peratus, Austria 67 peratus dan Belanda 66 peratus jauh lebih tinggi di negara-negara ini. Jadi apa yang kita sasarkan ini 22 peratus bagi saya untuk status negara maju ia adalah rendah. Namun mungkin kesukaran untuk kita mencapainya. Pada pandangan saya, sampah-sampah yang kita kitar semula hari ini dalam kadar yang cukup rendah dan tidak meningkat dengan kadar sepatutnya kerana sampah-sampah tersebut tidak diasing di peringkat domestik iaitu di rumah-rumah.

Apa yang dipaparkan hari ini peratus kitar semula itu kebanyakannya dikumpul dan diusahakan oleh pemungut-pemungut sampah di tapak-tapak pelupusan sampah dan di tapak-tapak pembuangan sampah. Ini suatu budaya yang tidak sihat. Kita sama sekali tidak boleh melonjakkan peratus kitaran semula ini hanya dengan mengharapkan usaha mereka. Kita mungkin boleh mampu mencapai 22 peratus tetapi tidak boleh melonjak sehingga 74 peratus, 71 peratus sebagaimana negara maju yang lain kerana kesedaran ini tidak bermula dari rumah.

Saya kira pendidikan untuk kitar semula ini sebenarnya cukup. Sebab kalau kita lihat kepada pendidikan, dalam sistem pendidikan hari ini terdapat sukatan pelajaran berkaitan dengan kitar semula di peringkat sekolah rendah. Kebanyakan anak-anak kita telah tahu tentang perlunya program kitar semula. Namun hakikatnya dari sudut pelaksanaannya ia agak sukar.

■1550

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat panjang lagi?

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed: Sedikit lagi ini point terakhir. Saya ambil

contoh saya asingkan sampah saya di rumah tetapi apabila saya mahu membuangnya saya perlu ke pusat pengumpulan yang jauh dan memakan masa. Tentu sekali lama-kelamaan saya akan putus asa. Saya kira jika kerajaan betul-betul serius dalam pelaksanaan kitar semula, kerajaan bukan sahaja perlu memberikan pendidikan malah menyediakan kemudahan secukupnya melalui PBT-PBT seluruh Malaysia. Mungkin tidak kepada seluruh kawasan serentak tetapi tumpuan di kawasan-kawasan perumahan yang lebih tersusun dan terancang. Dalam masa yang sama melantik lebih ramai agen-agen yang akan menguruskan pelupusan sisa pepejal ini, sisa kitar semula ini. Jika kita kekal dengan kaedah sekarang saya yakin matlamat 22 peratus tidak akan tercapai jauh sekali kesedaran dan praktis kitar semula di negara-negara maju.

Secara rumusannya dengan lima tahun berbaki menuju negara maju, saya kira kita memerlukan kerja yang amat keras untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan RMKe-11. Ini mengambil kira pencapaian Malaysia pada hari ini dan ancaman-ancaman yang kita hadapi khususnya ancaman ekonomi, rasuah, gejala sosial dan sebagainya. Cabaran paling besar tentu sekali inclusivity iaitu melibatkan semua peringkat masyarakat terutama golongan B40 seiring dengan pencapaian negara maju. Agar kemajuan Malaysia ini sama dikecap sama di rasa. Sekian, terima kasih.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

52 DN 24.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat terima kasih. Sekarang saya

persilakan Yang Berhormat Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah.

3.51 ptg.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Bismillahir Rahmanir Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam warahmatullaahi wabarakaatuh.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Salam sejahtera, suara tidak berapa

bagus Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Puasa Yang Berhormat.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Puasa. Sekali lagi saya ucapkan terima

kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam membahaskan RMKe-11 ini yang bertajuk Pertumbuhan Berpaksikan Kepada Rakyat serta digariskan enam strategik utama yang saya penuh yakin bahawa negara kita telah berada di landasan yang benar, yang betul untuk menjadi, dengan izin, high income Nation menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, senario ekonomi Malaysia, dengan izin, a fair distribution must encompass of the whole spectrum of measuring well such as equity ownership, others financial and none financial asset and access to wealth creating opportunity such as long term concession and a contract even in material ownership, it should go beyond equity to include other properties such as retail, landed properties, commercial building, intellectual properties and other services as well as managerial position. Ini ucapan yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa melancarkan Model Baru Ekonomi pada 30 Mac 2010.

Tuan Yang di-Pertua, eloklah saya menarik perhatian kepada pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa “era kerajaan mengetahui semua” telah berakhir. Justeru sebelum saya memulakan bicara saya terimalah pujian, teguran dan juga syor saya ini mengenai RMKe-11 dengan berlapang dada. Saya bila Datuk Seri Nallakaruppan melihat kepada saya ini saya agak lain macam dia pandang saya.

Tuan Yang di-Pertua: Jangan takut, Yang Berhormat teruskan.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya diakui bahawa

sebahagian besar kejayaan negara kita adalah kerana adanya perancangan yang dipandu oleh rancangan pembangunan setiap lima tahun yang kita panggil Rancangan Malaysia yang bermula daripada Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh dan sekarang ini adalah Rancangan Malaysia Kesebelas yang sedang kita bahaskan di dalam Dewan yang mulia ini.

Maka, saya fikir tidak perlu untuk saya menyebutkan beberapa angka atau perangkaan yang telah disebutkan beberapa kali oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyokong bahawa hakikat negara kita telah berjaya. Beberapa kejayaan telah disebut dalam siri perjumpaan-perjumpaan beliau. Pada masa yang sama bermacam-macam data juga telah dipaparkan di dalam buku Rancangan Malaysia Kesebelas untuk membuktikan bahawa kejayaan yang telah dicapai oleh negara ini. Walaupun terdapat pihak-pihak tertentu khususnya puak minoriti yang tidak mengakui kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah antara yang terbaik di negara iaitu lebih kurang 6.64 peratus. Pendapatan per kapita pada tahun 2014 lebih kurang RM33,875 iaitu naik lebih kurang 16.7 peratus. Tuan Yang di-Pertua dan nampaknya berita gembira untuk rakyat Malaysia tidak akan terhenti setakat itu sahaja. Kali ini Malaysia dihidangkan dengan pelbagai pertumbuhan dan juga berita-berita gembira berkenaan dengan kemajuan yang dicapai oleh negara. Tahniah saya ucapkan.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 53

Pada pandangan saya diharapkan pemimpin dan juga kerajaan terus berusaha

keras untuk memastikan bahawa perancangan-perancangan dan juga yang digagaskan di dalam RMKe-11 ini menjadi kenyataan. Lagi pun angka-angka pertumbuhan ekonomi yang melonjak tinggi biasanya dinikmati oleh negara membangun seperti negara kita dan juga negara-negara membangun yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya yakin Malaysia bakal menjadi negara berpendapatan tinggi tidak lama lagi selepas melihat pendapatan per kapita Malaysia yang sudah mampu mencecah USD10,500 pada tahun 2014 berbanding USD9,000 pada tahun 2013. Oleh sebab itu, kerajaan mensasarkan bahawa mampu mencapai pendapatan lebih awal lagi dari tahun 2020 iaitu dijangkakan pada tahun 2014 kita sudah mencapai sasaran USD15,000 pendapatan per kapita. Ditambah lagi Tuan Yang di-Pertua dengan pelaksanaan GST ini menjadi salah satu faktor untuk meningkatkan lagi pendapatan negara. Walaupun hari ini kita mendapati berbagai-bagai isu berkenaan dengan pelaksanaan GST namun kita percaya dalam tempoh pelaksanaan pada kebiasaannya negara-negara yang memulakan GST memang menghadapi berbagai-bagai isu. Kita yakin bahawa pihak kerajaan akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan pelaksanaan GST.

Tuan Yang di-Pertua, dalam keyakinan saya hari ini sebenarnya di dalam sanubari masih ada juga perasaan ragu-ragu sesetengah unjuran yang telah dibuat. Pertamanya keraguan saya menjurus kepada kemungkinan tidak keupayaan mencapai unjuran tersebut kerana ia saya lihat agak tidak realistik dan tidak disokong oleh usaha-usaha yang realistik. Umpamanya Tuan Yang di-Pertua di dalam kalau dahulu Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan, untuk menyusun semula masyarakat. Akan tetapi dalam RMKe-11 ini saya kira tidak begitu jelas apa yang dikehendaki oleh kerajaan melainkan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi negara berpendapatan tinggi jadi kita tidak nampak. Kalaulah satu kumpulan sahaja yang memperoleh pendapatan yang tinggi maka sudah pasti ia tidak akan mewujudkan satu perpaduan yang kita harapkan menjadi sebuah negara maju.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua keraguan saya juga didorong oleh angka-angka yang nampaknya bercanggah dan tidak konsisten. Maksudnya di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini kalau kita halusi kalau kita baca maka kadang-kadang ada percanggahan. Namun, saya tidak mahu menyentuh kesemua sekali apa yang tercatat di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini.

■1600

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan unjuran yang dibuat pertamanya pada pandangan saya purata isi rumah bulanan akan meningkat yang digagaskan daripada RM6,041 kepada RM10,541 dari tahun 2016 hingga 2020 berlaku peningkatan sebanyak 71 peratus. Adakah boleh kita capai di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan peningkatan sebanyak 71 peratus?

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pendapatan purata B40 yang dipanggil sebagai B40 akan dilonjakkan lebih kurang 108 peratus. Jadi ini juga saya fikir agak sebab itu pada peringkat awal tadi saya menyebut bahawa pihak kerajaan dan juga kena berusaha bersungguh-sungguh untuk hendak memastikan bahawa di dalam tempoh 5 tahun kita kena capai. Begitu juga dengan pampasan pekerja yang akan menokok sehingga kepada 40 peratus daripada nilai KDNK Negara menjelang tahun 2020.

Sebenarnya adalah bersandarkan kepada andaian pertumbuhan ekonomi yang baik iaitu 5 peratus hingga 6 peratus dalam tempoh yang sama kerana pertumbuhan kita banyak dirangsang oleh permintaan luar dan juga di samping permintaan domestik.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

54 DN 24.6.2015

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, sehubungan permintaan luar itu saya fikir kita

wajarlah berhati-hati kerana diramalkan iklim ekonomi Eurozone sekarang ini masih lemah, pertumbuhan ekonomi US masih fragile, ekonomi Jepun juga masih terus stagnant manakala pertumbuhan ekonomi China dan India pula sudah perlahan yang mana semua negara ini menjadi pasaran utama kepada negara kita.

Malahan tadi telah dinyatakan oleh sahabat yang lebih awal iaitu oleh Datuk Norliza bahawa nilai ringgit semakin lemah dan komoditi kita didagangkan di bawah paras nilai yang sebenar. Harga minyak dunia juga masih tidak menentu. Jadi saya fikir berdasarkan fakta-fakta tadi Tuan Yang di-Pertua, terdapat pula ramalan yang mengunjurkan bahawa krisis kewangan yang besar akan berlaku dijangka dalam tempoh 2016 hingga 2018 dan pendapat consensusnya krisis ini dijangka akan berlaku pada tahun 2017. Ia dijangka lebih teruk daripada krisis pasaran saham pada tahun 2000 hingga 2001 dan juga krisis kredit yang berlaku pada tahun 2008 hingga 2009.

Tuan Yang di-Pertua, petanda-petanda awal juga boleh dilihat daripada fenomena pemberhentian pekerja beramai-ramai yang sudah mula berlaku. Misalannya kalau di dalam negara kita, MAS, CIMB, dan juga British American Tobacco dan kalau di negara luarnya pula HSBC dan banyak lagi contoh-contoh yang berlakunya pemberhentian kerja. Dijangka ramai lagi akan menerima nasib malang menjelang tahun 2016 disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, yang paling terkesan akibat pemberhentian ini pekerja bawahan yang kebanyakannya pula terdiri daripada kaum bumiputera termasuk Siam, termasuk Siam, Yang Berhormat Dato’ Boon bila saya sebut bumiputera itu.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Boleh saya mencelah?

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Pantang sebut nama hendak terus

bangun, boleh bangun kerana sahabat saya, saya bagi.

Dato’ Boon Som A/L Inong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih,

Yang Berhormat Dato’ Olian. Saya begitu teruja dengan semangat masyarakat Ketua Wakil Orang Asli yang begitu pandangan jauh ke pasaran antarabangsa, begitu petah sekali. Jadi saya mintalah apakah harapan masyarakat Orang Asli terhadap Rancangan Malaysia Kesebelas ini? Terima kasih.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Tidak habis lagi Dato’ Boon. Tuan Yang

di-Pertua, hujung nanti harapannya. Sama juga harapan.

Timbalan Yang di-Pertua: Dia risau, Yang Berhormat. Yang Berhormat dia risau

terhadap komoditi Orang Asli.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Ya, sama. Nanti kita hendak buat parti

sama dengan Siam. Parti Asli-Siam.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apa teruskan.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin

bertanya kepada pihak kerajaan berhubung dengan beberapa isu tadi, apakah safety made yang telah kerajaan sediakan untuk mendepani suasana seperti yang saya sebutkan tadi dan sudah pasti pertamanya berhubung dengan isu akan berlaku peningkatan pengangguran? Dilaporkan pada bulan Februari 2015, jumlah penganggur seramai 455,000 atau lebih kurang 3.2 peratus dan sebab itu saya katakan tadi adakah angka yang diunjurkan pada tahun 2020, 2.8 peratus satu angka yang boleh dicapai sedangkan sekarang ini kita ada 3.2 peratus, 455,000 orang menganggur.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian berhubung dengan purata pendapatan isi rumah B40 yang diunjurkan akan melonjak kepada 108 peratus daripada RM2,537 sebulan kepada RM5,270 sebulan dalam tempoh 5 tahun. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ketua Pengarah saya bahawa beliau amat tidak bersetuju kerana pada masa sekarang ini untuk Dato’ Boon hendak tahu ini, kaum Asli di negara ini pendapatan per kapita isi rumahnya RM1,300 sahaja satu bulan.

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 55

Jadi kalau hendak lonjakkan RM5,270 saya bukan tidak bersetuju, saya bersetuju

tetapi sebab itu saya katakan awal-awal tadi komitmen daripada pihak kerajaan, perancangan yang betul, Dato’ Boon mesti dibuat. Kalau tidak, tidak mungkin kita boleh mencapai RM5,270 sebulan... [Disampuk] Kalau bagi kawasan balak, balak pun sudah tidak ada sudah. Tuan Yang di-Pertua, isu ini adalah wajarkah, wajarlah diingat bahawa sumber utama pendapatan kumpulan isi rumah B40 yang disebutkan ini berpunca daripada sumber pendapatan gaji. Kalau saya pecahkan mengikut kaum, golongan bumiputera 83 peratus sumber pendapatannya daripada gaji. Kaum Cina - 56 peratus; India - 58 peratus, sahabat saya Datuk Nalla keluar. Kira-kira tiga suku daripada kumpulan B40 kaum bumiputera.

■1610

Jadi inilah yang saya fikir Rancangan Malaysia Kesebelas ini mesti kerajaan mempunyai political will, dasar-dasar perlindungan untuk betul-betul memastikan bahawa golongan-golongan ini apabila kita kata tahun 2020, negara ini menjadi negara maju maka tidak ada lagi kumpulan bumiputera yang kebanyakannya di luar bandar termasuk di Sabah dan di Sarawak.

Jadi program-program untuk membantu mereka ini saya ingat tidak bolehlah kita kata yang tersurat. Mesti kena berani, mesti kena berani. Kalau 67 peratus orang penduduk negara ini bumiputera, kalau yang ini kita jadikan Malaysia ini sebagai negara maju atau negara ini mencapai negara maju tetapi mereka ini masih tidak maju, maka ini satu keadaan yang bahaya. Satu keadaan yang kalau pendapatan di antara kaum bumiputera dengan bumiputera begitu jauh saya fikir ini satu yang kita tidak mahu.

Tuan Yang di-Pertua, kita faham bahawa kekayaan kaum bukan bumiputera berdasarkan fakta-fakta yang ada melebihi RM1 trilion daripada kaum bumiputera. Sumber kekayaan mereka adalah daripada modal, dengan izin, capital financial and non-financial asset. Ini boleh diwarisi. Akan tetapi kalau gaji tadi kita tidak boleh warisi. Berdasarkan polisi kedudukan ekonomi ini maka telah dianggarkan bahawa per kapita bukan bumiputera pada tahun 2020 akan meningkat RM124,230 menjelang tahun 2020 berbanding dengan kaum bumiputera RM24,741 iaitu lebih kurang 20 peratus sahaja daripada yang dicapai oleh bumiputera. Jadi ini saya ingat sesuatu yang sebab itu saya sebut di peringkat awal tadi Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita memerlukan kekuatan, pihak kerajaan memerlukan kekuatan, memerlukan dasar-dasar yang betul, polisi-polisi yang betul untuk pastikan bahawa tidak berlaku jurang pendapatan yang begitu luas apabila negara ini kita isytiharkan menjadi negara maju golongan bumiputera dengan bukan bumiputera pendapatannya begitu jauh.

Tuan Yang di-Pertua, jurang ekonomi antara kaum memang melebar seperti yang saya sebutkan tadi. Kalau saya petik apa yang disebut oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir walaupun dia kata penguasaan orang Melayu dalam bidang profesional agak membanggakan hari ini, namun masih jauh ketinggalan di dalam bidang ekonomi. Ini katanya satu keadaan yang sangat membimbangkan dan memerlukan perancangan yang rapi.

Tuan Yang di-Pertua, trend ini umpamanya kaum bumiputera seperti yang saya sebutkan tadi makan gaji dan kebanyakannya tinggal di luar bandar sementara kaum Cina berniaga sejak dahulu lagi. Kalau makan gaji ini sudah pasti kita boleh tahu kenaikan gaji atau pendapatan bulanannya. Kalau berniaga dia akan mewarisi perniagaan itu. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu yang saya sebutkan ketidakseimbangan pendapatan di antara kaum, isu yang kedua adalah berhubung dengan fungsi kementerian. Yang paling panas ketika ini ialah isu sempadan.

Di sempadan berbagai-bagai jabatan ataupun agensi yang terlibat untuk menjaga sempadan. Jadi oleh sebab itu saya fikir kerajaan perlu memikirkan sama ada sesuai ataupun tidak mewujudkan sebuah agensi baru untuk menjaga keselamatan sempadan kita kerana sekarang ini banyak agensi yang dipertanggungjawabkan. Imigresen, PPP, polisnya dan askar.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada lima minit lagi, Yang Berhormat.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

56 DN 24.6.2015

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Ada lima minit, terima kasih. Tuan Yang

di-Pertua. Maknanya kena pergi cepat ini bila lima minit itu. Tuan Yang di-Pertua, sebelum lima minit itu, berkenaan dengan isu masyarakat Orang Asli. Ini petikan daripada Kajian Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli dari tahun 2014 hingga tahun 2026 yang dibuat kajian oleh EPU bersama dengan UNICEF. The common goal is that Orang Asli are able to achieve mainstream, and exit dependency as legitimated cultural group.

Menurut statistik populasi Orang Asli semakin bertambah dengan kadar kelahiran lebih kurang 4,300 puratanya. Namun begitu, daripada statistik, daripada kajian yang dibuat oleh UNICEF hanya 50 peratus sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah ataupun peringkat yang lebih tinggi. Maka sebab itulah kemiskinan di kalangan mereka pada tahun 2020 masih 83 peratus dan tahun 2010 sebanyak 31 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sebahagian permasalahan berkenaan dengan masyarakat Orang Asli. Pertamanya yang sering dibangkitkan berkenaan dengan isu pemilikan tanah yang disebut juga dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Jadi saya mengharapkan kepada pihak kerajaan khususnya di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga kerajaan-kerajaan negeri mestilah mengambil tindakan yang betul-betul. Satu tindakan yang membantu supaya kawasan-kawasan penempatan masyarakat Orang Asli diwartakan supaya akhirnya tidak berlaku pihak berkuasa negeri membuat tohmahan masyarakat Orang Asli menceroboh tanah kerajaan dan tidak timbul isu masyarakat Orang Asli menceroboh dan sebagainya apabila kawasan-kawasan penempatan mereka telah diwartakan.

Umpamanya macam yang berlaku di Mersing baru-baru ini iaitu di Gunung Arong dan ini saya berasa amat kesal terutamanya pihak berkuasa yang mengambil tindakan yang begitu drastik. Saya mengharapkan supaya di masa akan datang tidak berlaku lagi perkara-perkara yang semacam ini. Sepatutnya boleh diselesaikan secara yang baik dan sehingga sekarang ini mereka masih tinggal di dalam pondok. Ini saya fikir satu yang amat tidak bertanggungjawab malahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk parti-parti politik juga apabila keadaan berlaku macam ini baru mereka terhegeh-hegeh hendak bawa keperluan harian yang selama ini mereka tidak dibantu.

■1620

Tuan Yang di-Pertua, sehubungan dengan ini walaupun perkara ini saya telah cadangkan beberapa kali di dalam Dewan yang mulia ini, tetapi saya melihat perancangan pembangunan untuk hendak pastikan masyarakat Orang Asli ini menjelang tahun 2020, sama maju dengan masyarakat yang lain maka pendekatan ataupun, dengan izin, approach

pembangunan yang kita buat kepada masyarakat Orang Asli itu mesti dikaji semula dan dalam hal ini saya hendak mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan Orang Asli dijadikan badan berkanun persekutuan kerana kalau ia masih di bawah Jabatan Kerajaan seperti yang ada hari ini, saya fikir sudah pasti tahun 2020, masyarakat Orang Asli masih lagi dikategorikan sebagai kumpulan yang termiskin walaupun negara kita menjadi negara maju. Kalau dengan menjadikan Jabatan Kemajuan Orang Asli...

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak saya

mencelah sedikit?

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Masa sudah hendak habis.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Sambung sedikit sahaja lagi. Kasihan Orang

Asli.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Kasihan, boleh.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Saya sebenarnya berminat cara Dato’ Olian ini

bercakap, lemah lembut. Saya pun tidak selemah lembut macam Dato’ Olian. Cuma saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Dato’ Olian, apa sebenarnya fungsi Jabatan Orang Asli ini dalam membantu pembangunan Orang Asli dan saya hendak tanya setakat ini berapa ramaikan anak-anak Orang Asli yang telah berjaya di persada dunia dan di persada antarabangsa. Terima kasih.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 57

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan

terima kasih Datuk Noriah kerana soalan. Kalau saya tidak jawab pun tidak apa Datuk Noriah, kan? Nanti selepas ini saya bagi, masa pendek ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila gulung.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Saya mencadangkan Jabatan Kemajuan

Orang Asli ini dijadikan sebagai badan berkanun persekutuan macam FELDA, macam RISDA, macam FELCRA dan sebagainya kerana pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerajaan sudah pasti ia tidak boleh membangunkan masyarakat Orang Asli seperti memiliki harta dan sebagainya. Kalau ia dijadikan Badan Berkanun Persekutuan, sudah pasti kita boleh mendapat peruntukan-peruntukan tertentu umpamanya untuk memiliki saham, untuk memiliki hartanah melalui nanti syarikat-syarikat ataupun anak syarikat yang boleh diwujudkan di bawah badan berkanun Persekutuan ini.

Untuk itu Tuan Yang di-Pertua sekali lagi saya mengucapkan terima kasih. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Datuk Noriah tadi setakat hari ini lebih daripada 1000 orang masyarakat Orang Asli yang berada sama ada di private sector ataupun dalam sektor kerajaan. Yang sedang menuntut di universiti hari ini lebih daripada 700 orang dan yang menuntut di luar negara dalam PhD, Masters, sekarang lebih daripada 40 orang. Program ini bermula tahun 2010 dan saya mengucapkan terima kasih banyak khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerana amat prihatin dengan masalah Orang Asli. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih dan saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Datuk Hajah Noriah binti Mahat. Silakan Yang Berhormat.

4.24 ptg

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya terlebih dahulu bersama dengan rakan-rakan saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesebelas pada petang ini. Rancangan Malaysia ke-11 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri satu perancangan yang tersusun rapi dan dirancang dengan begitu teliti oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sebelum saya pergi lanjut, saya terlebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan saya Yang Berhormat senator Datuk Norliza kerana baru-baru ini dianugerahkan darjah kebesaran oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bergelar “Datuk”. Tahniah Datuk Norliza.

Di samping itu juga saya ingin mengucapkan takziah kepada sahabat saya, Datuk Megat Zulkarnain atas pemergian ayahanda yang tersayang baru-baru ini dan semoga didoakan Allahyarham diletakkan ke dalam golongan yang beriman dan soleh.

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesebelas telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Mei 2015 bagi mencapai matlamat pembangunan negara dalam menuju ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Rancangan lima tahun ini menumpukan perkara berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam, infrastruktur luar bandar yang berteraskan enam strategi utama. Rancangan Malaysia Kesebelas merupakan pelan induk dalam memastikan pelan pembangunan dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan dapat dilaksanakan sewajarnya dalam Rancangan Malaysia Kesebelas telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 bilion bagi merealisasikan pembangunan yang dirancang.

Merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangannya asas ekonomi pada masa ini dilaporkan kukuh dengan KDNK 4 peratus hingga 5 peratus iaitu dalam landasan menuju negara maju berpendapatan tinggi.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

58 DN 24.6.2015

Pendapatan per kapita nasional meningkat lebih 25 kali ganda daripada USD402

pada tahun 1970 kepada USD10,796 pada tahun 2014. Pendapatan isi rumah juga meningkat daripada RM264 pada tahun 1970 kepada RM6,141 pada tahun 2014 dan banyak lagi fakta-fakta yang menunjukkan kejayaan-kejayaan kerajaan dalam membangunkan rakyat dan negara sehingga kini.

Rancangan Malaysia Kesebelas juga memfokuskan usaha untuk meningkatkan pendapatan rakyat bagi memastikan negara mencapai sasaran sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, di sebalik kejayaan-kejayaan tersebut ada beberapa perkara yang masih menjadi kebimbangan rakyat pada masa ini. Krisis penurunan mata wang sekarang di mana Ringgit Malaysia mencapai USD3.7, malah terdapat ramai pihak meramalkan bahawa akan wujud krisis kewangan yang besar dalam tempoh 2017 dan 2018. Ia dijangka lebih besar daripada krisis pasaran saham yang berlaku pada tahun 2000 hingga 2001 atau 2008 hingga 2009. Kita lihat sekarang MAS telah memberhentikan pekerja-pekerja begitu juga konglomerat ni ayat ni kena lidah tak berapa baik ya...

Timbalan Yang di-Pertua: Conglomerate?

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Ya, lebih kurang begitulah. Dan syarikat-

syarikat swasta lain yang menyusul pasaran saham akan lembap sejak seminggu dua ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya apakah perancangan dalam menghadapi keadaan ini? Bersediakah kita adakah kita akan menetapkan nilai mata wang kita berbanding USD seperti mana yang dibuat dalam tahun 90-an dahulu.

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang Tabung Haji. Saya sebenarnya berasa amat gembira mendengar berita bahawa hasil rundingan dan hubungan baik antara Malaysia dan Arab Saudi, Kerajaan Arab Saudi mungkin bersetuju meningkatkan jumlah kuota bakal haji Malaysia tahun ini justeru ramai rakyat terutama yang lama telah menunggu giliran di kampung-kampung akan dapat menunaikan haji inshaa-Allah.

■1630

Cuma, saya ingin suarakan kebimbangan tentang simpanan rakyat di dalam Tabung Haji. Ini yang disuarakan oleh rakan-rakan yang berada di luar bandar, setelah kes yang melibatkan Tabung Haji dan pembelian tanah Tun Razak Exchange dengan 1MDB yang hangat diperbahaskan di media massa baru-baru ini dan kita mengalu-alukan agar siasatan yang telus dapat dilakukan. Sekiranya perlu, saya mencadangkan ditukarkanlah pengarah-pengarah yang gagal menjalankan amanah mereka. Ini penting kerana Tabung Haji melibatkan wang amanah untuk rakyat melaksanakan ibadat. Bagi pendeposit, kami hanya ingin memastikan Tabung Haji dapat terus berkembang maju dan menjadi institusi yang relevan sepanjang masa.

Satu lagi soalan saya, berapakah kos yang ditanggung oleh Tabung Haji untuk membawa pendeposit ke Mekah setiap musim haji?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat menjadi teras bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas ini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, bidang kesihatan juga menjadi perhatian. Bila sihat, rakyat akan lebih produktif dan negara akan lebih maju.

Menyentuh isu kesihatan terkini berkaitan dengan MERS-CoV, penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat, yang kini semakin menghampiri negara kita dan penyakit ini telah dijangkiti kepada lebih 160 orang di Korea dan kini merebak ke Thailand. Seramai 175 orang suspek terdedah kepada Penyakit Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat ini dan itu di tempatkan di Korea. Kita dapati, kini penyakit yang pelik-pelik melanda dunia. Dahulunya Ebola, sekarang ini MERS-CoV pula dan selepas ini kita tak tahu penyakit apa pula yang akan kita dengar sebentar nanti. Kita tidak minta apa-apa penyakit yang memudaratkan kita. Cuma, Ebola sekarang ini seolah-olah telah dapat diatasi sepenuhnya dan alhamdulillah, kerajaan mengambil langkah yang berkesan dalam menghadapi situasi ancaman penyakit ini.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 59

Akan tetapi bagaimana dengan penyakit MERS-CoV ini? Sejauh mana kerajaan

telah bersedia dengan langkah keselamatan dan apakah kerajaan mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu MERS-CoV ini? Juga, sejauh mana kempen kesedaran dilaksanakan terutama kepada rakyat negara kita yang mengunjungi negara yang dilanda MERS-CoV ini terutama negara Asia Barat?

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada perubatan alternatif di media massa, kita juga selalu disogokkan dengan maklumat dan kajian tentang keberkesanan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan tempatan dalam memerangi penyakit. Contohnya, jus betik untuk ubat denggi, durian belanda boleh mengubat penyakit jantung dan kanser, buah mahkota dewa sesuai untuk diabetes, misai kucing, daun belalai gajah dan banyak lagi herba serta buah-buahan yang bagus untuk kesihatan yang ada di negara kita... [Disampuk] Tongkat ali, tongkat ali juga sebahagian daripadanya. Itu untuk kuatlah.

Jadi saya ingin menyarankan agar kementerian dapat bekerjasama... [Disampuk]

Sebab orang lelaki suka tongkat ali, saya difahamkan. Dicari di mana, dia cari tongkat ali. Sampai dia pergi luar negara pun, dia kata ada tongkat ali- tetapi sebenarnya ‘Ali’ di sini tetapi ‘tongkat’ sudah tak ada [Ketawa] Jadi saya ingin menyarankan agar kementerian dapat bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan FAMA untuk mempromosi buah-buahan atau herba di hospital dengan mewujudkan kiosk-kiosk atau sebagainya.

Selain daripada itu, kita juga menyarankan kerajaan membuat kajian serius dengan keberkesanan buah-buahan tempatan serta herba yang mampu mengubati penyakit serius seperti kanser, jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sebagai perubatan alternatif kerana ubat-ubat yang kita makan selama ini Tuan Yang di-Pertua, sama ada Tuan Yang di-Pertua setuju ataupun tidak, tetapi kalau orang tak ada sakit kencing manis, darah tinggi, dia tak ada mengalami ini semua kerana orang yang kerap makan pil darah tinggi bertahun-tahun, dia akan mendapat kesan buah pinggang. Itu kalau saya silap, minta maaf saya. Akan tetapi saya rasa itu benar. Itu pun ada sebahagian daripada doktor yang menyampaikan kepada kita.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, Allah telah menjadikan segala jadian tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dalam dunia ini memang ada kegunaan dan ada kepentingan dan ada hikmahnya. Cuma kita hari ini, manusia sudah moden, dia tak hendak menggunakan perkara-perkara yang sebagaimana saya katakan tadi. Dia lebih suka menggunakan jumpa doktor pakar dan doktor specialist yang hebat-hebat. Maklumlah, Ahli-ahli Yang Berhormat ini, lebih-lebih lagi dia banyak duit, dia lebih suka yang di sana walaupun ia mendatangkan kesan buruk kepada tubuh badan kita.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkaitan dengan kekurangan doktor sebagaimana yang rakan-rakan saya sampaikan. Seperti mana matlamat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, nisbah doktor kepada penduduk adalah 1:400. Walaupun mula berlaku lebihan doktor di Malaysia tetapi hakikatnya, keadaan itu hanya melibatkan doktor muda sahaja iaitu doktor yang baru. Namun hakikatnya, hospital awam masih berdepan dengan masalah kekurangan doktor kanan, doktor pakar dan untuk melahirkan doktor pakar memerlukan lebih 10 tahun. Dilaporkan bahawa keadaan ini berlaku kerana pegawai perubatan memilih untuk berkhidmat di hospital swasta yang menawarkan gaji lebih lumayan.

Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya gaji doktor ini dikaji dari semasa ke semasa dan kalau boleh, ini pandangan sayalah, kalau boleh, dibagikanlah gajinya setimpal macam swasta supaya doktor-doktor yang pergi pihak kerajaan nanti dia tidak akan lari pergi ke swasta kerana gaji di hospital biasa pun sudah besar dan inshaa-Allah, kita tidak akan ketandusan doktor-doktor pakar.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyarankan mengenai dengan- kalau hari itu ada rakan saya Yang Berhormat dari Johor ada mengutarakan masalah ambulans sehinggakan dia panggil ambulans pun ambulans tak boleh datang kerana tak ada ambulans. Itu di hospital. Saya hendak membangkitkan sedikit di sini iaitu mengenai dengan ambulans di pusat-pusat kesihatan kecil di kampung-kampung dan di luar bandar. Cuma saya hendak menjurus sikit, contohnyalah di Muar, ada 11 buah pusat kesihatan kecil tetapi yang ada ambulans hanya empat. Sudah ada empat pula, ada uzur pula itu. Yang selebihnya, di lain-lain ini semua tak ada. Bakinya itu tak ada ambulans.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

60 DN 24.6.2015

Cuma yang ada satu Land Rover ataupun satu four wheel drives untuk membawa

pegawai untuk pergi mesyuarat, pergi ke Muar dan lain-lain.

Jadi saya ingin mencadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya dapat tengok perkara ini. Kalau ambulans tak ada Tuan Yang di-Pertua, kalau satu-satu terjadi, kalau pesakit datang emergency, dekat mana hendak diuruskan, hendak dibawa? Ini kerana four wheel drives ini, kereta yang biasa dibawa kepada pegawai ini, tak ada keutamaan-keutamaan untuk pemeriksaan dan lain-lain kalau dibawa ke Hospital Muar. Kemungkinan kalau orangnya tak mati, dia mungkin akan boleh mati tengah jalan. Jadi saya hendak mencadangkan kepada Kementerian Kesihatan supaya perkara ini diambil berat. Kalau sebelas, ada empat sahaja, sudah ada empat, satu lagi rosak pula. Empat pula itu, kalau ada Land Rover dia pula itu, tak berapa baik, uzur. Jadi kita minta orang dekat atas cuba turun bawah tengok. Jangan tengok itu cantik sahaja, memang cantiklah. Pakai mesti doktor pakai baju cantik tetapi masalahnya, inilah yang berlaku.

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua kerana baru-baru ini saya kerap mengadakan wanita turun padang bersama doktor. Saya tanya dengan doktor, kenapakah doktor bawa kereta? Ke manakah kereta ambulans? Sudah tak ada? Dia kata saya yang ada, ini sahaja. Ada satu kena standby di sana, yang lain tak boleh. Jadi saya terpaksa menggunakan

kereta saya untuk membantu, untuk bawa pemeriksaan wanita, kita punya program wanita turun padang. Jadi saya rasa dan benda ini sebenarnya sudah lama cuma hari ini saya utarakan supaya dapat sama-sama kita membantu macam mana untuk memperbaiki keadaan ini.

■1640

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah doktor pakar di seluruh Malaysia, dan apakah jenis khidmat kepakaran yang ada di negara ini? Adakah kita mengimport doktor asing ke negara ini dan berapakah jumlah mereka? Berapakah jumlah pakar yang kita perlukan dan kenapakah kita masih gagal menarik minat warganegara yang bekerja sebagai doktor pakar di luar negara untuk balik bertugas di Malaysia? Berapakah jumlah mereka yang sanggup kembali sejak beberapa tahun ini? Sejauh manakah cadangan kerajaan untuk melaksanakan Projek Doktor Sukarela untuk doktor bersara bertugas semula di hospital dan juga di klinik kerajaan?

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin turut mengambil bahagian untuk membincangkan mengenai dengan berkenaan pembinaan rumah mampu milik yang mencukupi iaitu 47,000 buah untuk isi rumah miskin dan 606,000 untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin mengambil langkah memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Rumah berfungsi sebagai tempat berlindung dan menyediakan persekitaran hidup aktif yang boleh mempengaruhi dan membentuk perilaku manusia, produktiviti dan pembangunan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 hingga 2020, tumpuan akan terus diberikan kepada penyediaan rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan perumahan yang semakin meningkat terutama dalam kalangan golongan miskin serta isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Pelbagai program perumahan telah dilaksanakan bagi menyediakan rumah mampu milik untuk masyarakat luar bandar dan bandar selaras dengan matlamat pembangunan inclusive.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi pemerhatian saya di kawasan luar bandar generasi kedua dan generasi ketiga masih lagi menumpang rumah keluarga. Mereka tiada tanah untuk mendirikan rumah dan daripada segi pendapatan mereka juga agak kurang mampu untuk membeli rumah sendiri. Jadi saya sarankan agar kerajaan menyediakan rekod penduduk di setiap Parlimen tentang kedudukan mereka dan mengenal pasti golongan yang sebegini agar bila diwujudkan perumahan tersebut ia benar-benar sampai kepada golongan ini.

Apabila kerajaan membina perumahan untuk rakyat di kawasan-kawasan berkenaan, kita harap penduduk setempat dapat diberikan keutamaan. Kita mohon agar kerajaan mendahulukan rakyat-rakyat di kawasan Parlimen yang perumahan dibangunkan.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 61

Pada masa ini, kita lihat meskipun perumahan dibina di kawasan satu-satu tempat,

rakyat setempat tidak dapat rumah tersebut. Meskipun mereka layak tetapi penduduk dari kawasan luar yang mendapat rumah berkenaan. Penduduk setempat tiada perumahan, tidak dapat macam biasa.

Jadi justeru itu kita minta kerajaan dahulukan sebagaimana saya katakan tadi dahulukan dan kenal pasti penduduk setempat dahulu. Contohnya kalau pemaju perumahan buat di kawasan Parlimen Pagoh keseluruhan kalau ada 100 biji keseluruhannya diberi untuk orang Parlimen Pagoh. Kalau buat di Parlimen Bakri, keseluruhannya diberi kepada orang Parlimen Bakri.

Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kalau dalam masa tiga tahun kerajaan boleh melaksanakan ini khususnya dalam negeri Johor, setiap Parlimen diberi orang tempatan dan akan dibuat untuk sesi kedua dan ketiga, inshaa-Allah dalam masa tiga atau empat tahun, masalah rumah untuk generasi muda dan generasi sederhana yang dikatakan oleh rakan saya tadi akan dapat dinikmati oleh mereka ini. Saya yakin dan percaya generasi muda ini amat bergembira dengan kurniaan-kurniaan rumah yang dibuat oleh kerajaan untuk mereka. Tidak payahlah mereka pergi sana isi rumah, pergi jauh-jauh, pergi Johor hendak isi. Saya kalau saya tidak ada duit hendak pergi ke Johor hendak isi borang Tuan Yang di-Pertua, kita ini orang luar bandar yang ini yang selalu jadi marahnya. Sudahlah pergi jauh-jauh, tetapi tidak dapat.

Mereka yang dapat yang sekarang ini rumah PR1MA, kalau PR1MA yang murah itu tidak mengapa, yang keluar hari ini yang banyaknya Tuan Yang di-Pertua harga RM600,000, RM800,000 di kawasan saya Pagoh lonjakannya terlalu tinggi. Kedai hari itu harga RM380,000 sekarang ini lonjakan jadi RM1 juta, cuba bayangkan. Saya pun tidak mampu beli inikan orang yang berpendapatan rendah. Saya tidak fikir mereka mampu untuk hendak membeli.

Jadi saya sarankan kepada Tuan Yang di-Pertua kalau ini dapat dilaksanakan ke tiap-tiap Parlimen buat macam mana yang saya cakap, saya cakap ini tidak berapa logik. Akan tetapi kalau kita fikirkan betul-betul satu Parlimen kita buat untuk dua sesi, tiga sesi, empat sesi orang lain jangan campur, orang lain punya hal dia bawa tempat dia. Orang bandar pergi orang bandar punya hal duduk dekat situ. Jadi orang sana dia tidak pergi tempat kita nanti dia bawa tempat kita orang luar bawa ke sini. Itu yang selalu masalah ada perpecahan orang luar dibawa masalahnya ke situ. Jadi orang kampung kita ada masalah.

Jadi saya hendak minta kepada Tuan Yang di-Pertua kalau ini dapat diuruskan dengan oleh pihak kerajaan saya yakin dan percaya orang muda akan sayang kepada kerajaan. PRUKe-14 nanti saya yakin dan percaya Barisan Nasional akan boleh menang besar nanti. Satu lagi apatah lagi orang-orang ini nanti kita berikan dengan BR1M dan lain-lain kemudahan untuk kepentingan mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu kita berharap agar kerajaan membina perumahan yang mesra dengan agama, adat dan budaya kita. Contohnya kita namakan kawasan perumahan kita dengan nama-nama yang baik-baik dan nama-nama yang mesra dan mengikut adat dan budaya kita.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan pendidikan teras strategik ketiga meningkatkan pembangunan...

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lima minit lagi Yang Berhormat.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Berapa minit Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua: Gulung.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Menyentuh berkenaan pendidikan teras

strategik ketiga, meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju khususnya melalui pendidikan. Melalui pendidikan ini dapat meningkatkan perpaduan nasional dan menyentuh berkenaan dengan perpaduan negara melalui pendidikan. Laporan awal pelan pendidikan menyatakan bahawa bilangan murid Cina berdaftar di SJK meningkat pada 92 peratus pada tahun 2000 kepada 96 peratus pada tahun 2011. Murid India dari 47 peratus kepada 56 peratus dan 90 peratus enrolment murid sekolah kebangsaan bumiputera.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

62 DN 24.6.2015

Apakah statistik enrolment ke sekolah kebangsaan terkini dan berdasarkan

statistik di atas? Kenapakah kadar enrolment daripada bangsa utama seperti Cina dan India ke sekolah kebangsaan ini semakin menurun? Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini?

Dalam mencapai perpaduan dan pembangunan minda anak yang lebih menyeluruh, penting untuk murid-murid dari pelbagai etnik, budaya, latar belakang, sosio-ekonomi untuk belajar bersama-sama dan berinteraksi bersama-sama. Jadi apakah program yang dilaksanakan yang dirancang oleh kerajaan dan sejauh manakah program yang dilaksanakan dan dijalankan oleh kerajaan seperti Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RMUP) berjaya dilaksanakan? Sejauh manakah kementerian menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan dan agensi swasta bagi menjayakan program ini?

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya menyentuh tentang isu keselamatan di perairan negara. Saya pernah bertanyakan di Dewan yang mulia ini soalan tentang keseriusan kegiatan lanun di perairan negara kita kerana terdapat akhbar di luar negara ada menyiarkan tentang kegiatan lanun terutama di kawasan Selat Melaka.

■1650

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan misteri kehilangan kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik minyak RON95 milik Petronas yang bernilai RM21 juta dan telah disahkan dibawa lari oleh lanun warga asing. Saya juga hendak sentuh di sini kesan daripada kecanggihan media massa, ramai rakyat hendak menjadi pemberita dan menyebarkan pelbagai berita yang positif dan ada yang negatif dan ada yang membuat pelbagai andaian mengikut perspektif masing-masing yang sampai ke tahap mengkritik pemimpin negara.

Saya rasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya rasa kena tabah menghadapi rintangan-rintangan yang sentiasa di hadapan Yang Amat Berhormat ini. Walaupun ini bukanlah kajian pertama berlaku di negara ini, pada bulan Januari lepas APMM telah berjaya mematahkan sindiket lanun yang menawan sebuah kapal muatan kargo minyak diesel di timur tanjung siam, Tanjung Penawar dan perairan kita merupakan antara jalan air terpenting di dunia. Selat Melaka merupakan selat kedua tersibuk di dunia selepas Selat Dover, laluan terpenting di Eropah. Selat Melaka pula laluan kapal penting di bahagian timur negara-negara Asia Tenggara, Jepun, China, Korea dan lain-lain.

Setakat tahun 2013, Singapura diiktiraf sebagai pelabuhan tersibuk di dunia dan Tanjung Pelepas sebagai pelabuhan kedua dan pernah diiktiraf pelabuhan terpantas di dunia pada tahun 2000. Namun kejadian rompakan lanun sedikit sebanyak mengganggu trafik dan perdagangan antarabangsa. Malah Kerajaan Thailand kini dikatakan mula melihat semula kemungkinan untuk membina terusan baru merentasi Segenting Kra dan sekiranya ini berlaku, pastinya ia akan memberi impak kepada ekonomi negara. Kita ingin bertanya kepada kerajaan. Dalam setahun, berapakah jumlah kes rompakan lanun di perairan Malaysia terutamanya Selat Melaka? Dan berapakah jumlah kes yang didakwa dan melibatkan lanun dari negara mana? Dalam kes tersebut, berapa jumlah melibatkan kapal-kapal antarabangsa? Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu lanun di perairan Malaysia ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa...

Timbalan Yang di-Pertua: Gulung Yang Berhormat ya.

Datuk Hajah Noriah binti Mahat: Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin

menyentuh berkenaan isu mengenai menjaga keselamatan rakyat dalam hal-hal menghadapi bencana. Sejak akhir-akhir ini, kita banyak didatangi dengan musibah-musibah yang agak besar dan melibatkan hingga ke peringkat antarabangsa bermula dengan misteri kehilangan MH370, seterusnya MH17, banjir di Kelantan, gempa bumi di Gunung Kinabalu dan kehilangan kapal MT Orkim Harmony yang membawa minyak RON95 bernilai RM21 juta di perairan Malaysia. Dalam semua kejadian tersebut, pelbagai pihak melihat reaksi kerajaan dalam menghadapi keadaan yang berkenaan apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dan bagaimanakah kecekapan kerajaan dalam menguruskan bencana ini dan bagaimanakah usaha menyelamat diuruskan.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 63

Sejauh manakah pengurusan operasi dapat memastikan masalah yang dihadapi

diuruskan dengan cekap dan berkesan? Setelah tindakan diambil kerajaan, kemudian pemerhati ini memberi respons dengan kenyataan mengikut perspektif masing-masing di mana ada yang positif dan ada yang negatif dan mengundang pelbagai kesan kepada pentadbiran negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersama rakan-rakan mendoakan supaya negara kita terus aman, makmur dan bahagia dan kita doakan segala rintangan- kita meminta doa kepada Allah SWT supaya tidak ada sebarang rintangan yang berlaku pada masa-masa hadapan. Mudah-mudahan bulan baik, hari yang baik ini, marilah kita doakan kepada rakan-rakan kita khususnya rakyat di Ranau, Sabah dapat bertenang untuk menghadapi dugaan daripada Allah SWT ini. Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Datuk Yoo Wei How. Silakan Yang Berhormat.

4.55 ptg.

Datuk Yoo Wei How: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang

kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas pada hari ini. Sesungguhnya Rancangan Malaysia Kesebelas ini merupakan rancangan lima tahun yang bakal mencatatkan hala tuju negara kita untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya pada hari ini akan memberi fokus kepada usaha kerajaan yang akan memberi keutamaan dalam membangunkan insan kita melalui pendidikan teknikal dan vokasional. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional yang lebih dikenali sebagai technical and vocational education and training ataupun lebih

dikenali sebagai TVET dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Setelah meneliti dokumen Rancangan Malaysia Kesebelas, saya telah tertarik dengan jangkaan kerajaan bahawa pekerja dalam sektor TVET, seramai 225,000 orang dalam bidang TVET itu bakal menerima gaji pendapatan sebanyak RM2,500 menjelang tahun 2020 berbanding dengan gaji masa sekarang sebanyak RM1,575 pada tahun 2014. Ini memang merupakan satu berita baik kepada murid-murid kita yang kini belajar di bidang TVET ataupun murid-murid yang mempunyai niat untuk belajar di bidang TVET tetapi saya harap kerajaan dapat menggariskan pelan yang lebih komprehensif, bagaimana dan cara-cara dalam menambahkan pendapatan mereka. Pada masa yang sama, saya juga akan mengambil peluang pada hari ini untuk mengemukakan sedikit pandangan serta cadangan yang berkaitan dengan pembangunan TVET di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah menerima aduan dan rungutan daripada Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional swasta yang mengatakan bahawa Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun lebih dikenali sebagai NOSS yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia mempunyai pelbagai kelemahan yang perlu diatasi dan ditambah baik. Oleh yang demikian, saya ingin menggariskan beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka dan berharap pihak kementerian melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan dan memberikan bantuan yang sewajarnya.

Saya diberitahu bahawa sehingga April 2015, sejumlah 1,652 NOSS telah siap dibangunkan di mana ia merangkumi NOSS daripada tahap satu hingga tahap lima. Ia juga merangkumi sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, penerbangan, perkapalan dan automatif dengan kerjasama daripada industri-industri dan kini ia dijadikan rujukan utama dalam membangunkan modul latihan kemahiran oleh Institusi Latihan Kemahiran.

Namun begitu, pihak kementerian selalu mengambil masa yang lama untuk membangunkan dan meluluskan satu NOSS. NOSS perlu diluluskan sebelum satu kursus diperkenalkan. Buat masa kini, tiada sebarang had masa ataupun KPI untuk menentukan kelulusan sebuah program baru di bawah program NOSS.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

64 DN 24.6.2015

Saya berasa bahawa standard sesebuah kursus teknikal yang baru perlulah

menepati keperluan semasa dan mempunyai KPI untuk memastikan kelulusan program tersebut tidak mengambil masa yang terlalu lama.

Sebagai tambahan juga, pelaksanaan NOSS juga memerlukan spesifikasi yang memakan kos yang tinggi. Saya telah diberitahu bahawa sesebuah kursus yang ditawarkan akan dihadkan pengambilan pelajarnya. Contohnya Kursus Penyelenggaraan Kapal Terbang. Setiap kursus ini hanya boleh mengambil tidak melebihi 25 orang pelajar dan dihadkan bahawa peralatannya, model kapal terbang serta tenaga pengajar hanya boleh digunakan oleh 25 orang pelajar sahaja.

Sekiranya terdapat pelajar tambahan yang ingin mengikut kursus ini, institusi pendidikan ini diwajibkan untuk membeli peralatan, membeli model kapal terbang yang baru serta tenaga pengajar lain untuk mengajar pelajar tambahan ini. Secara logiknya saya berasa bahawa tiada institusi pendidikan swasta yang akan melaburkan begitu banyak modal sekadar untuk memberikan latihan kepada hanya 25 orang pelajar yang dihadkan pengenaan yuran yang nominal untuk mengikuti kursus sebegini. Oleh itu, saya mencadangkan bahawa pihak bertanggungjawab supaya dapat duduk berbincang dengan institusi pendidikan swasta bagi merangka satu sistem yang boleh memanfaatkan semua pihak termasuk institusi pendidikan swasta dan para pelajar.

■1700

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan bahawa dalam memperkasakan pendidikan teknikal dan vokasional, kita perlulah memastikan tenaga pengajar di institusi awam dan swasta memenuhi kriteria yang tertentu sebelum mereka layak dilantik sebagai tenaga pengajar. Buat masa sekarang saya diberitahu bahawa terdapat sesetengah institusi TVET mengambil pelajar yang baru lulus sahaja sijil SKM dan telah menjadikan mereka sebagai tenaga pengajar di institusi mereka. Tindakan sedemikian adalah kurang memberangsangkan dan tidak membantu dalam proses pelajaran dan pengajaran kerana tenaga pengajar ini tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam industri tertentu. Oleh itu, saya ingin tahu, berapakah tenaga pengajar yang sedia ada sekarang dan berapakah tenaga pengajar yang bakal dilatih oleh kerajaan untuk memenuhi keperluan pasaran dan kehendak kerajaan dalam melaksanakan program TVET di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas?

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan mewajibkan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan TVET perlu memenuhi kriteria pengalaman bekerja di industri berkaitan sekurang-kurangnya tiga tahun supaya mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengajar pelajar baru. Sebagai tambahan, saya juga ingin syorkan cadangan kepada pihak kerajaan mempertimbangkan untuk melantik pesara yang berpengalaman untuk dijadikan sebagai tenaga pengajar dalam institusi TVET awam dan swasta. Saya yakin bahawa para pesara dalam industri berkaitan adalah amat berpengalaman dan dapat meningkatkan kualiti pendidikan TVET di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, menurut buku Perangkaan Pendidikan Malaysia 2013, kita mempunyai 18 buah sekolah menengah teknik yang dilengkapi dengan 1,593 orang tenaga pengajar. Kita mempunyai 70 buah sekolah menengah vokasional dengan 6,234 orang tenaga pengajar di negara kita. Jumlah ini adalah amat-amat kecil apabila dibandingkan dengan 1,950 buah sekolah menengah biasa dengan 155,243 orang tenaga pengajar di negara kita. Angka yang rendah ini langsung tidak dapat memperlihatkan usaha kerajaan dalam memartabatkan pendidikan vokasional dan teknikal yang dikatakan dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) oleh PEMANDU bahawa permintaan pekerja mahir teknikal dan vokasional akan mencecah 46 peratus daripada pasaran pekerjaan Malaysia pada tahun 2020. Maka dengan ini, saya juga mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk memulakan satu konsep, “satu daerah, satu sekolah menengah vokasional ataupun teknikal.” Konsep ini perlulah dipertimbangkan bagi memudahkan penyertaan pelajar dalam sekolah kemahiran ini.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa kini Sijil Kemahiran Malaysia ataupun dikenali sebagai SKM adalah diiktiraf oleh pihak kerajaan manakala terdapat juga sijil-sijil antarabangsa seperti City, and Duke University of London, dengan izin, ataupun TAFE

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 65

College daripada Sydney yang juga diiktiraf kualitinya oleh pihak industri. Sebagai

tambahan program, terdapat sijil-sijil tempatan contohnya sijil vokasional ataupun diploma vokasional dikeluarkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan. Saya percaya bahawa, lambakan sijil sebegini adalah membebankan pihak industri yang ingin memperoleh tenaga pekerja yang layak dan kompeten dalam menjalankan kerja harian mereka.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan bahawa menjadikan sijil SKM sebagai penarafan kualiti yang ulung di mana sijil tempatan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta dan awam perlu melalui pengiktirafan yang standard dengan piawaian SKM. Kadang-kadang kita memang mempunyai kekeliruan. Contohnya, satu kursus automatif, kalau kursus automatif yang murid-murid belajar di ILP, Institut Latihan Perindustrian di mana di bawah Kementerian Sumber Manusia, satu setengah tahun. Mungkin murid ini akan diberi satu sijil SKM tahap tiga. Kursus yang sama, seorang murid mungkin belajar di IKBN, Institut Kemahiran Belia Negara di bawah Kementerian Belia dan Sukan, satu setengah tahun juga. Mungkin murid ini akan dapat sijil SKM tahap dua. Kursus yang sama juga, satu setengah tahun, seorang murid mungkin belajar kursus ini di institusi swasta dan beliau akan diberikan satu sijil dipanggil Diploma Vocational in Automotive. Kita harap semua kursus ini dan sijil-sijil dapat disatukan di

bawah satu payung SKM.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang masih terdapat ramai pekerja teknikal yang berpengalaman dan mahir dalam sektor-sektor teknikal yang tidak mempunyai kelulusan yang diakui. Mereka kumpulan pekerja teknikal yang mahir hanya berdasarkan pengalaman. Walaupun golongan ini merupakan pekerja yang amat berpengalaman, mereka mula menghadapi halangan apabila mereka tidak mempunyai sebarang perakuan sijil yang mengesahkan kemahiran mereka dalam bidang pekerjaan mereka.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempergiatkan satu program dipanggil perakuan dan pengiktirafan terhadap pengalaman teknikal dan pencapaian terdahulu ataupun lebih dikenali sebagai PPT yang akan memberikan pengiktirafan kepada golongan pekerja mahir yang tidak mempunyai sebarang sijil kelayakan. Saya yakin bahawa dengan adanya usaha kerajaan dalam mensijilkan pekerja mahir di negara kita, kita akan dapat memastikan semua pekerja teknikal mempunyai persediaan untuk menghadapi pasaran masa hadapan. Sebagai tambahan, dengan membekalkan pengiktirafan sijil saya yakin bahawa ia akan memudahkan penyelarasan secara holistik dalam perakuan bidang-bidang teknikal di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat telah mengatakan bahawa lepasan diploma vokasional Malaysia yang dihasilkan melalui kolej vokasional juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti-universiti di bawah Malaysian Technical University Network (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Akan tetapi saya mempunyai dua soalan, lepasan diploma vokasional itu daripada pihak mana? Ia dari institusi TVET Kementerian Pendidikan sahaja ataupun merangkumi semua institusi TVET tidak kisah dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia ataupun Kementerian Belia dan Sukan?

Soalan kedua, kita harap jumlah universiti yang di bawah MTUN dapat ditambah dari empat buah universiti kini kepada satu jumlah yang boleh menampung pelajar-pelajar yang ingin menceburi dalam kursus TVET tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa kini, kementerian yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan kemahiran TVET adalah termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia dan lain-lain lagi. Saya berasa hairan kerana pendidikan vokasional ini sebenarnya tidak memerlukan begitu ramai pihak yang terlibat di mana ia mungkin akan menyebabkan kekeliruan dan penindihan terhadap bidang tugas setiap agensi kerajaan yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan vokasional ini. Kewujudan pelbagai pihak bertanggungjawab ini juga telah menyebabkan orang ramai tidak tahu pilih agensi mana untuk melanjutkan pendidikan teknikal dan vokasional dan pihak mana yang mempunyai kuasa untuk menentukan kualiti dan pentauliahan sijil kemahiran.

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

66 DN 24.6.2015

Oleh yang demikian, saya berasa syukur apabila Rancangan Malaysia Kesebelas

telah memperlihatkan masalah ini dan telah mencadangkan bahawa sebuah agensi akan ditubuhkan bagi menyatukan dan memperlihatkan pendidikan vokasional dan teknikal secara holistik. Namun demikian, saya ingin bertanyakan kepada pihak kerajaan bahawa agensi atau kementerian mana yang akan memikul tanggungjawab ini?

■1710

Tuan Yang di-Pertua, saya baru menerima jawapan daripada Kementerian Pendidikan yang mengatakan bahawa di bawah Kementerian Pendidikan sebuah jawatankuasa induk dan empat buah Jawatankuasa Kerja bertentangan dengan TVET baru ditubuhkan dan telah ditubuhkan. Mereka hanya mengawal selia dan menentukan dasar institusi TVET di bawah Kementerian Pendidikan sahaja. Ia tidak merangkumi institusi-institusi TVET yang lain termasuk Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan ataupun institusi-institusi daripada pihak swasta. Saya rasa it defeat the purpose,

dengan izin.

Oleh itu kementerian ini perlu merancang dan melaksanakan segala program dan pentauliahan kursus kemahiran vokasional dan teknikal. Ahli-ahlinya perlulah merangkumi semua jawatan kerajaan yang bertanggungjawab, pihak pendidikan swasta, pihak industri dan NGO yang berkaitan untuk merancang dan mencadangkan masa hadapan bidang vokasional dan teknikal.

Saya juga berharap bahawa dengan adanya agensi ulung ini masalah dan isu mengiktiraf sijil, diploma dan ijazah kemahiran vokasional yang sebelum ini dijalankan oleh beberapa buah agensi akan dapat diusahakan dan disatukan. Usaha ini akan meletakkan bidang vokasional dan teknikal sebagai satu bidang pekerjaan yang profesional dan bidang kerja yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana diberikan peluang untuk meluahkan pendapat dan cadangan saya. Saya berharap pihak kerajaan mengambil serius terhadap cadangan yang diutarakan itu untuk kebaikan rakyat negara kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin

mempersilakan Yang Berhormat Datuk Prof. Dr. Sim.

5.11 ptg.

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat

petang, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Pertama sekali izinkan saya untuk merakamkan ucapan penghargaan dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan rancangan jangka panjang negara iaitu Rancangan Malaysia Kesebelas pada 21 Mei 2015.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat kepada peruntukan kewangan untuk melaksanakan RMKe-11 ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mencadangkan sebanyak RM260 bilion diperlukan untuk merealisasikan RMKe-11. Secara purata kita memberikan sebanyak RM52 bilion untuk tujuan pembangunan setiap tahun. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar maklumat tentang cara peruntukan ini diagihkan kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak-pihak lain seperti melalui PFI atau melalui penjualan bon-bon dinyatakan secara terperinci.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak secara umumnya bersyukur kerana sekali lagi mendapat perhatian yang istimewa dalam RMKe-11 ini. Jelas tertulis dalam RMKe-11 ini pelbagai perancangan untuk kemajuan negeri Sarawak. Antaranya melibatkan kemudahan asas, pertambahan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya, lapangan terbang, kesihatan, hospital dan sebagainya. Selain daripada itu, disebut juga bahawa kerajaan akan memberikan tumpuan kepada pemberian hak milik Tanah Hak Adat Peribumi (NCR) untuk Orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pembangunan dan penerokaan tanah.

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 67

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang diketahui pengangkutan udara

merupakan satu cara pengangkutan yang penting di Sarawak. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar Lapangan Terbang Miri diperbesarkan dan diberikan keutamaan dalam RMKe-11 memandangkan ia merupakan satu sambungan daripada projek dalam RMKe-10. Pada tahun 2014, bilangan penumpang telah melebihi 2.3 juta sedangkan kapasitinya ialah dua juta orang sahaja. Di samping itu Lapangan Terbang Miri merupakan lapangan terbang keempat terbesar di negara kita dengan lebih 90 penerbangan sehari. Sebagai sebuah bandar yang mendapat gelaran UNESCO World Heritage Site, dengan izin, terletaknya Gua Mulu, gua terbesar di dunia, maka adalah munasabah pembesaran Lapangan Terbang Miri mendapat perhatian dalam RMKe-11.

Saya bersetuju dengan RMKe-11 yang memberikan fokus kepada sektor swasta untuk membantu meningkatkan ekonomi negara. Namun sudah tiba masanya untuk kita tidak terlalu bergantung kepada inisiatif kerajaan memandangkan banyak idea yang dicadangkan dibuat tanpa kajian yang teliti mengakibatkan ia gagal kerana penduduk tempatan tidak mempunyai kemahiran teknikal seperti yang diperlukan.

Melihat kepada demografi Sarawak, kita perlu memberikan tumpuan kepada aktiviti ekonomi yang memberikan peluang kepada pekerja-pekerja bukan daripada bidang profesional. Sekiranya setiap penduduk boleh menjana pendapatan sendiri, ekonomi negara akan berkembang dengan sihat. Pada masa yang sama, kita juga perlu memberikan fokus kepada pengaliran bidang keluar bijak pandai tempatan ke luar negara. Seharusnya kajian dibuat untuk mengimbangi- Malaysia agar segala aktiviti ekonomi boleh mendapat manfaat daripadanya.

Tuan Yang di-Pertua, di sini izinkan saya menyentuh tentang keperluan asas rakyat termasuk daripada segi keperluan air, elektrik dan sebagainya. Seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita mendapati banyak lagi keperluan asas yang masih belum dicapai. Maka di sini saya ingin mengetahui tentang projek-projek kemudahan bekalan air, elektrik, jalan raya serta lampu-lampu jalan yang telah dikhususkan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri Sarawak. Diharapkan segala kemudahan infrastruktur ini dapat dibuat, dilaksanakan dan disusun untuk memastikan kesejahteraan ini dapat diseimbangkan selaras dengan negeri-negeri lain.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mendedahkan bahawa purata pekerjaan negara ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara. KWSP turut mendedahkan 68 peratus daripada seluruh ahlinya yang berumur 54 tahun pada bulan September ini mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan mereka. Lebih membimbangkan lagi 76 peratus daripada ahli KWSP yang aktif berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Sehubungan ini, saya ingin mencadangkan penubuhan majlis keselamatan sosial bagi menangani pelbagai isu yang bakal dihadapi memandangkan Malaysia dijangka menjadi negara dengan penduduk berusia lanjut menjelang tahun 2020.

Saya juga menggesa agar kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyediakan pangkalan data yang lengkap dan komprehensif bagi semua warga tua berumur 55 tahun ke atas. Kerajaan khususnya KPWKM sewajarnya mengambil langkah proaktif dan berkesan bagi memastikan pangkalan data ini dapat diwujudkan dengan sepenuhnya. Ia dapat digunakan bagi memanfaatkan golongan tua dan warga emas termasuklah bagi menyediakan rancangan dan pelan tindakan jaringan sosial ataupun social net, dengan izin, yang lebih berkesan bagi

memastikan kehidupan berkualiti bagi golongan tua dan warga emas.

■1720

Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan pelepasan cukai sehingga RM5,000 kepada anak yang menjaga ibu atau bapa atau keduanya bagi memastikan kebajikan ibu bapa warga emas itu terjamin.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang kemudahan hospital kerajaan dalam RMKe-11 komited untuk memastikan tahap kesejahteraan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan terus dipraktikkan. Sehubungan ini saya ingin menyentuh tentang Hospital Miri, Sarawak.

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

68 DN 24.6.2015

Pertama, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan untuk menambah baik hospital tersebut. Namun demikian hospital ini menerima pesakit yang terlalu ramai dan dengan hanya sekadar menaik tarafkan hospital ini ia tidak dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar dibina sebuah lagi hospital umum di Miri memandangkan Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Saya juga ingin mencadangkan kerajaan membina sebuah hospital kanser di Kuching untuk kemudahan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan untuk memastikan lebih ramai penduduk mendapat perkhidmatan hospital- cadangan untuk memajukan 16 mobile hospital

dalam RMKe-11 merupakan sesuatu yang perlu dipuji. Namun kerajaan melalui Kementerian Kesihatan harus menggariskan fungsi mobile hospital dan seterusnya menyatakan perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh mobile hospital. Kerajaan juga perlu menetapkan secara khusus daerah-daerah yang akan mendapat perkhidmatan mobile hospital ini. Seterusnya saya juga ingin kerajaan memastikan mobile hospital dapat memberikan sesuatu yang berkesan dan memberikan pulangan yang baik kepada masyarakat bukannya hanya memberikan Panadol atau ubat-ubat yang asas sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk membaiki taraf hidup penduduk di negara ini penduduk luar bandar sering mendapat perhatian. Namun saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberi tumpuan kepada penduduk di bandar khususnya generasi muda yang berasal dari kawasan luar bandar. Selain meningkatkan sumber pendapatan, golongan muda ini perlu dibantu daripada segi memiliki rumah di bandar-bandar. Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan melalui Bank Negara meneliti semula syarat perumahan bagi memastikan usaha kerajaan untuk menggalakkan setiap rakyat memiliki rumah sendiri dapat dipenuhi selaras dengan pelaksanaan RMKe-11. Walaupun terdapat usaha berterusan daripada kerajaan untuk membina rumah mampu milik tetapi proses berjalan masih tidak mencapai sasaran ekoran syarat pinjaman perumahan masih ketat. Keadaan itu akan memberi kesan kepada rakyat khususnya generasi muda untuk memiliki rumah sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, saya memuji tindakan kerajaan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mendapat pendidikan berbentuk kemahiran dan vokasional seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dengan peruntukkan RM1 bilion untuk tabung pembangunan kemahiran berbanding dengan RM500 juta dalam tempoh rancangan yang dahulu dan juga akan dapat memperkasakan inti pati pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta meningkatkan jumlah pelajar daripada 25 peratus ke-35 peratus.

Selepas tamat program TVET, diharapkan pelajar ini berpeluang untuk mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi dalam sektor-sektor seperti minyak dan gas, kejuruteraan, penerbangan, perkapalan, dan sektor automotif. Berkaitan dengan isu pendidikan juga, saya ingin mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan satu Jawatankuasa untuk mengurus dan memantau peluang pekerjaan golongan belia di negara kita terutamanya ketika suasana ekonomi yang tidak menentu dan kejatuhan mata wang yang memungkinkan peluang pekerjaan mereka terjejas.

Dalam aspek kesukanan sangat memerlukan sebuah sekolah sukan memandangkan Sarawak juga mempunyai ramai ahli sukan yang memenangi banyak pingat di peringkat negara mahupun antarabangsa. Sabah dan Johor telah mempunyai sekolah sukan mereka. Oleh sebab Sarawak telah memohon untuk membina sekolah sukan pada RMKe-10 tetapi tidak dilaksanakan. Maka dalam RMKe-11, Sarawak memohon sekali lagi agar dibina sebuah sekolah sukan.

Sarawak telah menghasilkan ramai ahli sukan yang mendapat pingat dalam sukan Olimpik dan di Beijing. Macam Pandelela Rinong telah berjaya mendapat pingat emas. Isu sekolah-sekolah swasta aliran Cina juga perlu diberi perhatian serius dalam RMKe-11. Kekurangan guru-guru di sekolah ini harus ditangani secara segera dan diharapkan kerajaan dapat memberi lebih peruntukan kepada sekolah-sekolah ini dalam RMKe-11. Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan juga harus meneliti cadangan untuk menyambungkan indeks perpaduan negara seperti yang dicadangkan di Dewan Rakyat.

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 69

Ini adalah penting dalam usaha untuk mengambil kira indicator yang berkait rapat

dengan perpaduan dengan mengukur pelbagai faktor perpaduan nasional supaya tidak mempunyai satu pengukuhan saintifik dan lain-lain negara mengenai status perpaduan dalam negara.

Indeks yang dimasukkan ini juga akan menyerupai Australian Unity Wellbeing Index, dengan izin, indeks yang boleh menjadi pelengkap kepada indeks kesejahteraan rakyat Malaysia dan lain-lain negara serta indeks keamanan global atau, dengan izin, Global Peace Index yang seumpamanya di peringkat antarabangsa yang sering dijadikan rujukan. Sebagai kesimpulan saya berharap segala yang dirancang dalam RMKe-11 dapat dilaksanakan dengan baik agar kita dapat menuju ke arah negara maju dalam masa terdekat. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong RMKe-11. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya

dipersilakan Yang Berhormat Datuk Jamilah Sulaiman. Silakan Yang Berhormat.

5.28 ptg.

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Terima kasih kepada Tuan Yang di-

Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesebelas. Saya terlebih dahulu mengucapkan syukur terhadap Allah SWT kerana telah diberi keizinan dan kekuatan serta ilham untuk membawa beberapa perkara kepentingan rakyat untuk dibahaskan pada sesi perbahasan RMKe-11 di Dewan yang mulia ini.

Negara diambang untuk melangkah ke tahun 2020. Tahun yang amat penting dan bermakna bagi rakyat Malaysia yang mengharapkan wawasan 2020 menjadi realiti. Justeru tumpuan dan komitmen wajib diberi oleh semua pihak agar RMKe-11 yang merupakan penggerak terakhir wawasan 2020 dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Rakyat jelata amat mengharapkan matlamat wawasan 2020 yang mahu menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi tercapai. Kita yakin kerajaan yang sedia ada mampu berbuat demikian kerana sepanjang 58 tahun pemerintahan banyak pembangunan dan perubahan serta nikmat yang telah dilaksanakan olehnya. Sungguhpun demikian, terlalu banyak cabaran yang masih perlu diharungi, baik daripada segi sosial, ekonomi dan keselamatan untuk mencapai kejayaan yang diidamkan. Inshaa-Allah, saya yakin, berkat kesungguhan, komitmen dan kejujuran kerajaan, RMKe-11 akan mencapai kejayaan yang diharapkan.

■1730

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan Sabah. Pada setiap kali persidangan Dewan yang mulia ini, saya tidak jemu-jemu untuk membangkitkan isu keselamatan terutama menyentuh keselamatan di Sabah. Sebagai perwakilan dari negeri Sabah, saya lihat keadaan keselamatan di negeri Sabah masih lagi belum terjamin walaupun pelbagai langkah yang telah diambil oleh kerajaan. Kejadian penculikan yang kerap berlaku di kawasan ESSZONE sungguh mencemaskan rakyat kerana walaupun langkah memperketat keselamatan diambil oleh ESSCOM, masih lagi kejadian yang seumpama ini berlaku.

Memang difahami bahawa tugas untuk membendung ancaman pengganas dan penculikan bukanlah mudah terutama apabila berhadapan dengan musuh yang mempraktikkan taktik peperangan ala gerila yang sukar untuk dijejaki. Dengan bantuan dan sokongan yang diperoleh daripada penduduk awam yang bersimpati dengan perjuangan pengganas ini, sudah tentulah gerakan untuk melawan mereka bukan satu perkara yang mudah.

Malaysia sekarang mula menghadapi pelbagai masalah ancaman keselamatan yang bukan tradisional yang pada suatu ketika jarang diberi perhatian. Kalau 20 tahun dahulu, kehadiran pendatang asing ke Sabah tidak diberi perhatian yang wajar oleh kerajaan. Akan tetapi, setelah berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu pada tahun 2013, kebanjiran pendatang asing ini telah mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan Sabah.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

70 DN 24.6.2015

Saya mengklasifikasikan mengapa kes-kes kejadian penculikan di Sabah ini masih

terus berlaku adalah disebabkan oleh tiga faktor iaitu:

(i) kumpulan pengganas yang melakukan penculikan telah mendapat bantuan dan sokongan daripada penyokong mereka yang berada di Sabah terutamanya pendatang asing yang telah lama menetap di Sabah yang kebanyakannya tinggal di perkampungan air;

(ii) mereka amat mengetahui keadaan muka bumi di ESSZONE sehingga memudahkan mereka memasuki wilayah Sabah tanpa dapat dikesan; dan

(iii) kelewatan kerajaan untuk melengkapkan pasukan keselamatan dengan aset penting yang amat diperlukan bagi mengesan dan melawan pengganas dan penjenayah ini.

Dalam pembentangan RMKe-11, kerajaan menggariskan enam buah teras strategik untuk memastikan pembangunan mampan dapat dikecapi agar matlamat Wawasan 2020 dapat dicapai bagi membolehkan rakyat dapat hidup dalam keadaan makmur, aman dan sejahtera.

Namun begitu, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas ini saya dapati rancangan aspek keselamatan tidak disentuh dengan mendalam. Pembangunan dan kemakmuran tidak akan dapat tercapai jika faktor keselamatan tidak diberi perancangan dan perincian yang jelas.

Dalam perkara ini, saya menyarankan kepada kerajaan supaya melihat semula kepada rancangan pembangunan dan pemodenan pasukan keselamatan kita agar selari dengan keperluan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan supaya bersedia menghadapi ancaman dari dalam dan luar negara.

Dalam isu membendung kehadiran pengganas dan pendatang asing di Sabah, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, sejauh mana tindakan yang telah diambil bagi mengujudkan kawasan penempatan baru bagi menggantikan perkampungan air yang begitu banyak terdapat di kawasan ESSZONE? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Sabah pernah menyatakan persetujuannya dalam perkara ini.

Pewujudan kawasan pendudukan baru adalah penting sebagai satu langkah untuk membendung kehadiran pendatang asing di samping menyekat mereka daripada memberi bantuan dan sokongan kepada kumpulan pengganas dan penculik.

Harus diingat bahawa salah satu langkah tindakan yang diambil oleh kerajaan sehingga tercapainya kejayaan mengalahkan gerila Parti Komunis Malaya (PKM) ialah apabila pada waktu itu kerajaan telah mengujudkan kampung-kampung baru untuk mengasingkan masyarakat setempat daripada mudah dihubungi oleh anasir PKM. Dengan kawalan dan sekatan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan di kampung-kampung baru ini telah menghalang penyokong-penyokong PKM untuk memberi bantuan kepada gerila PKM. Oleh itu, saya mengharapkan kerajaan perlu memikirkan untuk mengadakan langkah tindakan yang sama bagi menghadapi ancaman pengganas dari selatan Filipina ini.

Saya juga mengharapkan supaya kerajaan dapat bertindak segera untuk menyalurkan peruntukan kewangan bagi membeli aset-aset baru yang berteknologi tinggi bagi keperluan pasukan keselamatan yang digerakkan di ESSZONE.

Dalam perancangan Bajet 2015 dan bajet sebelumnya, kerajaan telah menyatakan bahawa peruntukan yang khusus akan diberi kepada ESSCOM bagi pembelian aset-aset baru dan pertambahan kem-kem baru serta penempatan pesawat tempur di Pantai Timur Sabah bagi memperkuatkan pasukan yang sedia ada.

Kelewatan melaksanakan perkara ini telah menyebabkan kumpulan pengganas mengambil kesempatan untuk melakukan penculikan sekali lagi sepertimana yang berlaku di Restoran Ocean King, Sandakan pada tanggal 14 Mei 2015.

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 71

Memang usaha untuk membina kem-kem baru akan mengambil sedikit masa.

Akan tetapi, daripada segi perolehan aset-aset penting, ia harus dilaksanakan dengan segara. Rakyat Sabah bimbang jika kerajaan masih lagi lewat untuk menyalurkan peruntukan yang dijanjikan, keadaan keselamatan di Sabah akan menjadi bertambah buruk.

Dengan tindakan pengganas yang semakin agresif serta keadaan perjanjian autonomi Bangsamoro yang masih goyah akan menyebabkan ramai pelancong akan takut untuk datang melawat ke Sabah. Sudah pastinya ia akan memberi kesan yang negatif terhadap ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.

■1740

Dalam berhadapan dengan musuh yang berupaya bergerak pantas dan menggunakan kelebihan muka bumi yang amat mereka ketahui, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya membeli helikopter tempur dan bot-bot laju yang boleh menyusur antara anak-anak sungai yang penuh dengan pulau-pulau pokok bakau. Bot-bot peronda yang digunakan oleh pasukan keselamatan sekarang tidak mampu untuk mengejar pengganas dan penjenayah di kawasan-kawasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu perebutan wilayah di Laut China Selatan. Ancaman negara China terhadap perebutan kawasan di Laut China Selatan nampaknya semakin tegang. Kalau sebelum ini kita melihat telah berlaku persengketaan di antara negara China dengan Filipina dan Vietnam kerana perebutan wilayah. Nampaknya sekarang keadaan tersebut telah mula menular ke wilayah Malaysia. Baru-baru ini pada 3 Jun 2015 dalam info FB nya, Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Shahidan Kassim telah melaporkan bahawa sebuah kapal pengawal pantai dari China didapati telah berlabuh di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia selama dua tahun. Kapal ini dikatakan berada di kedudukan Beting Luconia Laut China Selatan yang hanya 156 kilometer sahaja dari pantai Sarawak. Ini bukan kali pertama China bertindak sedemikian. Sebelum ini pada Januari 2014, tiga buah kapal tentera laut China telah menghampiri Beting James yang hanya 80 kilometer dari pantai Sarawak. Malah angkatan tentera China juga telah mengadakan dua latihan ketenteraan di kawasan tersebut.

Tindak tanduk China dengan sewenang-wenangnya menceroboh perairan negara tidak boleh lagi dipandang ringan. Tindakannya itu bukan sahaja menceroboh wilayah negara, malah tidak menghormati kedaulatan negara dan mencabar kesabaran dan sifat toleransi yang kita telah tanamkan selama ini. Sepatutnya sebagai negara sahabat yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia, China tidak patut bertindak sedemikian yang boleh menjejaskan hubungan baik yang telah disemai selama ini. Tuntutan China terhadap sebahagian besar kawasan Laut China Selatan dianggap keterlaluan dan tidak berasaskan undang-undang antarabangsa. Tuntutan Beijing hanya berasaskan sejarah lampau adalah begitu samar sekali sehinggakan garis had sempadan tuntutan mereka tidak dapat ditentukan dengan jelas oleh mana-mana pihak termasuk China sendiri.

Perang dengan Vietnam yang meletus pada 1974 dan kali kedua dengan Filipina pada 1995 mempamerkan sikap China yang tanpa berselindung untuk menggunakan kekuatan tentera bagi memenuhi tuntutan mereka. Sebagai negara yang berdaulat tuntutan kita terhadap sebahagian kawasan Laut China Selatan khususnya di Gugusan Kepulauan Spratly adalah berasaskan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut Antarabangsa yang dengan jelas mempamerkan sempadan Malaysia EEZ. Tindakan China...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat panjangkah lagi?

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua.

Saya habiskan ini, okey. Tindakan China yang telah mendirikan beberapa buah pangkalan tentera di beberapa buah lokasi di Kepulauan Spratly dan Paracel serta memperkenalkan beberapa peraturan penguatkuasaan seperti arahan peraturan menangkap ikan dan pengeluaran pasport khas bagi kawasan Laut China Selatan menunjukkan bahawa China telah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan termasuklah tindakan ketenteraan.

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

72 DN 24.6.2015

Melihat kepada perkembangan ini, negara kita tidak bolehlah lagi berlembut dan memandang ringan terhadap isu ini. Sudah tiba masanya negara menyuarakan bantahan terhadap tindakan China ini.

Apa yang membimbangkan saya apabila pegawai daripada Kementerian Luar China menyatakan bahawa Malaysia tidak menyuarakan apa-apa bantahan terhadap pencerobohan kapal-kapal tentera lautnya di perairan Malaysia. Kalau dibiarkan jangan terkejut mungkin dalam tempoh masa yang tidak berapa lama China akan mendirikan pangkalan tentera di beting atau pulau-pulau di perairan wilayah kita pula. Oleh itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya kita mengutus bantahan rasmi kepada Kerajaan China. Kita tidak mahu China mengambil kesempatan atas sikap berlembut dan tolak ansur kita sehingga membolehkan mereka mengongkong ataupun menggugat kita. Walaupun kita sebuah negara yang kecil, kita mesti berani dan tegas apabila keadaan memerlukan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Isu Yang Berhormat itu

sudah panjang sudah itu, cuba ringkaskan. Ada poin lain lagi?

Datuk Jamilah @ Halimah binti Sulaiman: Ya, okey. Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua. Sebagai sebuah negara yang bakal digelar negara maju pada tahun 2020, kekuatan angkatan tentera kita perlu diperkuatkan supaya ia berupaya menangkis sebarang bentuk ancaman di dalam dan luar negara. Saya mohon penjelasan bagi Yang Berhormat Menteri Pertahanan, apakah kerajaan telah mempunyai satu rangka pelan memperkuatkan angkatan tentera kita? Kita wajib mempunyai satu angkatan tentera yang kuat dan moden yang boleh diatur gerak pada bila-bila masa yang diperlukan bagi mengawal keselamatan wilayah kita yang kaya dengan minyak, gas, kawasan perikanan dan pelbagai sumber asli yang lain.

Oleh itu saya mencadangkan supaya Kementerian Pertahanan membuat kajian dan mengadakan sebuah kertas cadangan rancangan jangka panjang bagi meningkatkan dan pemodenan angkatan tentera yang seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Adalah baik jika rancangan ini dapat dibentangkan di Parlimen yang mulia ini. Dengan itu saya mohon menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Kasihan saya kerana Yang

Berhormat itu pun puasa agaknya, tidak boleh hendak minum. Suara itu- tidak apa Yang Berhormat, sabar sahajalah. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan.

5.48 ptg.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Songkok tidak ada. Betul lah saya

pun puasa juga belum makan, Tuan Yang di-Pertua panggil saya makan...

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat. Masa...

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Dia orang saya sudah bangun dia

orang sudah start Tuan Yang di-Pertua, sorry... [Disampuk] Tidak apa. Selamat petang Tuan Yang di-Pertua. Boleh satu pantun? Kecil juga.

Pohon selasih cantik berseri, Dalam kolam dihias kasturi, Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, RMKe-11 saya pasti berdiri.

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1Malaysia. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk memulakan perbahasan saya ke atas usul Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita sayang.

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 73

Tuan Yang di-Pertua, usul ini merupakan satu manifestasi yang menunjukkan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan sasaran Wawasan 2020 akan tercapai. Tempoh lima tahun bukan satu tempoh yang pendek, ini yang lebih panjang sampai PRUKe-14, sampai boleh jadi PRUKe-15.

■1750

Jadi sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita ingat ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dia dulu bila jadi Perdana Menteri, dia yang tidak suka negara lain, media asing campur di sini. Sekarang di New York Times dia yang kutuk Perdana Menteri kita, dan negara kita. Ini dia, ada prinsip, tidak ada prinsip? Sekarang Perdana Menteri, Tun sekarang tidak ada prinsip, dia sudah tua- 90 tahun umur. Mesti kena ada prinsip.

Saya bila dia Perdana Menteri, dia tangkap saya hantar saya Sungai Buloh. Saya duduk dalam, saya fikir. Bila keluar, saya sudah baik. Dia sekarang dia mahu baik, mahu tolong Perdana Menteri kita, mahu tolong negara kita. Sekarang dia sudah duduk 22 tahun Perdana Menteri, sekarang dia mahu hancurkan negara kita. Dia dulu lawan sama, kita lawan sama bekas Ketua Pembangkang, hari-hari kita gaduh. Sekarang dia sudah di dalam Sungai Buloh. Dulu saya punya kawan, sekarang dia sudah tiada. Syed Tun Hussein Ali pun dia tidak ada. Saya ingat dia tiada.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan. Teruskan. Teruskan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Sekarang dia pun kawan saya.

Sekarang PAS dan DAP bergaduh. Belum selesai. Kalau UMNO pecah kita akan susah kerana rakan-rakan saya dalam Dewan yang mulia ini. Melayu sekarang sudah ingat apa- kita ingat Tuan Yang di-Pertua, sudah masak periuk sudah letak mesin, makan. Sekarang Dr. Mahathir, Tun Mahathir bekas Perdana Menteri dia mahu angkat pecah. Semua bangsa tidak boleh dapat makan. Kita orang India baru 1.7 million, orang Melayu Islam di Malaysia sini ada 20 million lebih. Pasal apa dia orang gaduh. Gaduh siapa untung? Ingat, Melayu sendiri mesti mahu ingat. Sorry saya perkara saya bahasa kerana saya cakap saya minta

maaf tetapi ingat semua balik rumah duduk. Ingat baik-baik.

Orang Melayu harus faham tentang mereka untuk dan sahabat. Politik semua politik dia orang sekarang apa pun angkat politik. Pembangkang dapat satu sikit, mereka angkat politik. Ini politik kita tidak boleh pakai di dalam negara ini untuk bangsa. Bangsa mesti mahu jadi bersatu. Bangsa Melayu bila jadi bersatu baru- tidak usah ingat ini PAS, lain-lain parti UMNO, ini semua tak usah ingat. Ingat sebuah bangsa, kalau bangsa tidak ingat, rugi. Siapakah rugi? Bukan India rugi, bukan lain bangsa rugi, Melayu yang rugi dalam negara ini. Tak ada hebatlah tapi saya cakap betul lah...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Boleh sikit kah Yang Berhormat?

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Baru saya mula ada...

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Sikit sahaja, bagi.

Tuan Yang di-Pertua: Hendak bagi peluang kah tidak Yang Berhormat? Bagi

peluang tidak?

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Dia panjang sikit, saya bagi- silakan.

Silakan.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan.

Saya rasa berdiri bulu roma saya ini. Apabila Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan menyebut soal bangsa. Nampaknya macam bangsa Melayu ini sangat bodoh daripada pandangan mata Yang Berhormat tidak tahu menilai erti perpaduan dan sebagainya.

Jadi saya satu perkara lagi saya hendak sebut soal Yang Berhormat memberi tahu tadi semasa dulu sama bekas ketua pembangkangnya duduk di dalam sekarang. Melawan Tun Mahathir dan sebagainya. Yang sebenarnya keadaan hari ini Yang Berhormat, keadaan masa ini apa pendirian Yang Berhormat sebenarnya? Ataupun masih dengan ketua pembangkang dahulu ataupun dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

74 DN 24.6.2015

Ataupun sudah tentu bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terdahulu Tun

M, sudah tentu Yang Berhormat tidak bersama beliau sebab pernah memasukkan Yang Berhormat ke dalam tahanan dan sebagainya. Jadi minta komen Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tuan Yang di-Pertua, dia sudah

angkat satu minit...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat jangan emosional sangat ya, bercakap

elok-elok dengan baik.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak apa, saya ingat apa saya cakap

Tuan Yang di-Pertua bukan emosional.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak, tidak, bila apa pun control yourself, dengan izin.

Cakap.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Apa saya mahu cakap, saya cakap.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Saya tidak boleh control Tuan Yang

di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ini untuk negara ini.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Untuk bangsa Melayu. Saya

berbangsa India. Tadi Yang Berhormat Datuk Yahaya, dia minta saya ulasan saya bagi, pasal apa saya duduk di penjara Sungai Buloh.

Itu saya ikut kawan saya, bekas kawan saya. Bekas kawan kita. Dia pun dulu kawan sama dia– partner tennis. Baru-baru semalam, saya pergi ke Perdana Menteri. Dia cakap sama saya you kawan, betul. Tapi tidak perlu ajak saya pergi main tennis. Saya tidak mahu panggil siapa-siapa, siapa-siapa pun saya tidak mahu panggil pergi tennis lagi saya tidak boleh duduk Sungai Buloh. Cukup.

Tuan Yang di-Pertua, orang Melayu perlu melihat dunia politik luar daripada kerangka asal bukan UMNO kerana perkara itu satu perkara yang bersifat perkauman dan bertutup. Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tun Mahathir, tolong ini bulan Ramadan. Ini bulan puasa. Tolong dia punya isteri dan Tun Mahathir punya isteri sama Dato’ Sri Najib isteri, saya tengok semalam punya paper. Dia dua-dua sudah salam, dia second puasa. Dia cun. Betul.

Ini Tun Mahathir dia sudah umur 90 tahun, ini bulan Ramadan, bulan puasa. Panggil Dato’ Sri Najib. Datang rumah kita duduk minum kopi buka puasa. Kalau dia tidak mahu panggil Dato’ Sri Najib terus, saya boleh panggil Dato’ Sri Najib saya boleh panggil dia pergi rumah dia. Tun punya rumah. Saya boleh panggil Dato’ Sri Najib kita punya Perdana Menteri, saya boleh panggil dia pergi rumah Tun. Saya boleh tunggu lihat dua-dua boleh cakap. I can be a driver for him, I will take him to the house, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. I’ll take him to the house and they can settle it not for their personal issue, for the sake of the country and for the people of this country [Tepuk]

Tidak payah, siapa-siapa ikut sekarang. Semua ikut tidak boleh selesai sekarang lagi mahu ikut hendak buat apa? Ini baru-baru kita punya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dia pergi sebuah majlis penasihat India. Dia cakap telah menasihati kaum India di negara ini untuk bersatu dan bekerjasama. Tun Mahathir dia pergi cakap, you all Indians must get united, dengan izin. Kita baru 1.7 million dia cakap united, 20 million ada Melayu dia tidak boleh ingat. Ini bulan puasa, bulan Ramadhan. Ingat kita buat ini baik, selalu dia kutuk Dato’ Sri Mohd. Najib.

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 75

Dulu dia kutuk siapa ini. Bukan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dulu-dulu dia sudah

start sama Tengku Razaleigh Hamzahh, lepas itu Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Rahman dia sudah bagi pecah parti pun tiada UMNO member pun tiada. Mereka sudah angkat balik salah, dia orang angkat balik masa itu.

Lepas itu baru-baru ini, dia sabotaj Yang Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Lagi sekarang dia sudah start sama Perdana Menteri kita. Perdana Menteri kita itu yang sama sudah tengok enam Perdana Menteri. Ini Perdana Menteri yang paling baik, lebih baik sama Tun Mahathir. Untuk rakyat, dia lebih baik. Dia semalam, dia cakap saya tolong semua kaum. Melayu kah, India kah, Cina kah, Orang Siam kah, Orang Asli kah. Ini kita kawan Orang Asli. Betul kah dia ada tolong, ada tolong? Semua tolong. Orang Perlis, orang Selangor- semua ditolong juga...

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Bolehkah saya tanya?

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Cakap nama sudah salah.

Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya

memang amat bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib, satu-satunya saya fikir yang impak pembangunan yang diperoleh banyak oleh masyarakat Orang Asli. Memang betul Yang Berhormat Datuk Seri Nallakaruppan. Terima kasih.

■1800

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Yang Berhormat Dato’ Muhammad Olian dia tolong Orang Asli ya banyak-banyak baik. You betul-betul orang baiklah. Saya banyak suka sama awak. Tidak ada diam. Saya suka lain, lain orang suka itu lain tak sama. Nanti. Dulu pada masa Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri untuk 22 tahun tidak ada media sosial serupa sekarang. Dulu media sosial dia tidak ada, dia apa bikin pun dunia dia tak tahu. Sekarang dunia dalam sekarang orang saya punya anak ada di luar negara dia sana bikin dia baru makan apa ditunjuk itu dia telefon sekarang boleh tengok apa orang bikin boleh tengok sekarang seluruh dunia ini media sudah ada.

Sekarang dia pergi kita punya bekas Perdana Menteri dia pergi ke Amerika, New York Times, dia ketuk Perdana Menteri kita. Dia ketuk negara kita. Apakah ini selama 22 tahun you duduk sudah sampai sekarang lagi apa dia mahu? Lagi apa dia mahu saya pun tak tahu, Tuan Yang di-Pertua. Saya pergi itu hari saya pergi ke Dewan PWTC ada, what a function there had in PWTC itu? PWTC saya pergi Tuan Yang di-Pertua, nothing to hide 1MDB. So, saya ingat saya pun pergi tengok, apa dia orang mahu bincang? Perdana Menteri mahu pergi.

Bila saya pergi saya dengar Tun Mahathir ada duduk dalam bilik sana, VIP punya bilik. Orang cakap Tun Mahathir ada, saya pergi hormat sama dia. “Hello Tun. How are you, Tun?” Saya salam sama dia, selamat petang banyak hormat, pagi. Saya banyak hormat fasal apa bekas Perdana Menteri, dia pun umur sudah lebih, saya hormat. Bila saya sampai sudah dia cakap “Oh, you orang Najib.” Mana boleh ini macam cakap. Dia satu orang umur 90 bukan 19, saya pergi hormat sama dia, dia ini macam bikin. Dia panggil dia yang tak 90 lagi pun saya hormat sama dia lagi. Saya sayang sama dia.

Bukan sekarang saya banyak hati panas kah, apakah tidak? Saya hormat, dia yang untuk negara ini dia sudah 22 tahun dia sudah bikin banyak bukan tak ada tapi sekarang punya Perdana Menteri sudah bikin lagi lebih dia ingat “Oh, ini Perdana Menteri yang bikin lebih dia mahu rosakkan nama saya kah?”, dia ingat itu macam. Tak boleh. Bila kita punya Perdana Menteri bikin untuk negara dan rakyat kita ikut dia, kita ikut. Siapa yang bikin baik, kita ikut, kalau siapa yang tiada bikin baik untuk rakyat, Malaysia dan negara kita buang. Sekarang dia bikin baik. Kita mahu ikut, siapa mahu ikut baling lebih mana satu bangsa ada sini dia mahu ingat.

Bukan orang India kah, orang Cina kah itu lain kira. Sendiri mahu jaga negara. Kalau tiada, mana negara dia orang mahu pergi duduk? Susah. Ini politik, politik tetapi negara jaga itu Melayu sudah boleh jaga. Saya cakap ini betullah apa yang saya ingat saya punya hati mahu cakaplah, tapi saya mahu tengok Tuan Yang di-Pertua tak boleh belakang tengoklah.

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

76 DN 24.6.2015

Tuan Yang di-Pertua: Pandang sini.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ya betul. Saya pun sudah cakap,

Tuan Yang di-Pertua. Saya tak boleh pandang sana betul. Tuan Yang di-Pertua belum cakap saya sudah cakap.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Boleh bagi peluang sekali lagi?

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Nantilah kasi saya lagi 2 minit saya

cakap lagi.

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Sikit sahaja, sikit.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat bangun, beri peluang atau tidak?

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi

peluang kedua kepada saya. Hari ini kita lihat Yang Berhormat hari ini saya hendak nasihat sikitlah, sebelum perkara ini berlaku lebih jauh sebelum Yang Berhormat bercakap lebih panjang lebar. Hentam Tun. M. Saya hendak nasihatkan volume itu agak perlahan sedikit,

kurang-kurangkan sedikit tetapi saya hendak tanya Yang Berhormat, hari ini Yang Berhormat Datuk Seri Nalla pukul Tun M. Kira pukullah itu lebih kurang. Semalam dua, tiga hari lepas semasa persidangan MIC, minta maaf saya cakap orang MIC, Palanivel hentam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Yang ini pun orang India, itu pun orang India, so apa pandangan Yang Berhormat ini? Semua pakat hentam pemimpin kita ini? Pemimpin-pemimpin Melayu ini?

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Sekarang boleh dudukkah?

Datuk Yahaya bin Mat Ghani: Boleh, boleh. Terima kasih, Yang Berhormat.

Seorang Ahli: [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Masa berjalan, Yang Berhormat. Teruskan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ya terus. Yang Berhormat, you tanya

fasal apa saya itu Palanivel kasi hentam itu Najib. Itu kita punya Perdana Menteri mahu panggil dia cakaplah mana saya cakap, mana ada satu Menteri tidak ada ikut Perdana Menteri kasi buang, tak usah simpan. Mana-mana menterilah bukan hentamlah. Kasi keluar baru dia berani, dia mesti mahu berani ini dia punya. Apa ini you tunjuk tangan ini? Tak mahulah. Tuan Yang di-Pertua, tidak-tidak. Tadi MIC you cakap itu MIC punya problem.

Bila saya kena tangkap tuduh di penjara, satu hari pun saya tidak marah Tun Mahathir. Saya tahu Tun Mahathir tidak bikin salah, orang yang bikin salah, tapi saya tidak bikin salahlah. Dia punya Timbalan Perdana Menteri itu jam dia bikin salah, saya kawan dia, saya kena tangkap, satu hari pun newspaperkah mana-mana pun satu report saya tidak ada ketuk Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri. Sekarang pun saya tidak kacau sama dia. Saya cakap saya suka sama dia banyak fasal apa dia Perdana Menteri untuk 22 tahun. Dulu di Alor Setar saya duduk di Alor Setar dia ada pergi kita punya rumah, dia ada pergi saya punya uncle punya rumah di Alor Setar. Dia tahu- dia pergi untuk hari raya Deepavali, dia pergi duduk saya pun tahu, tapi itu jam dia tidak kenal sayalah.

Bila kena tangkap saya duduk dalam penjara saya keluar saya cari Tun Mahathir saya pergi dia punya rumah. Dia bagi saya minum, saya minum saya cakap saya itu jam saya sudah bikin salah. Saya ikut kawan, saya tidak mahu tunjuk saya punya kawan, whoever is a friend don’t point a finger at a friend, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Sekarang bila Tun Mahathir bikin ini saya yang susah hati, banyak susah hati. 22 tahun sudah duduk Perdana Menteri lagi dia bikin ini kita banyak susah hati. Dia bikin itu banyak orang ikut sekarang, dia New York Times bila keluar banyak orang, kawan-kawan saya pun telefon tanya apa sudah jadi negara ini.

Lagi satu itu Alvin Tan baru-baru ini 19 Jun baru a few days ago, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua dia kasi itu satu statement dalam Free Malaysia Today. Saya punya kawan angkat photocopy dia hantar sama saya ini pagi.

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 77

Saya tengok, baca tengok dengan izin, I read that one, “I’m so glad that I left that

‘sinking ship’”. ‘Sinking ship’ is Malaysia. “The entire country is a joke. I’m sorry to say that even the people are joke in this country” People. He brought up here, he studied here and everything is here now he is in America he’s giving this one, joke. I’m absolutely ashamed to be a Malaysian. See what type of people we had in this country. So these are the people going out from the country and spoiling the name. Mana boleh Tun Mahathir pergi kasi statement New York Times macam ini kasi rosakkan negara kita.

You sudah jadi 22 tahun Perdana Menteri bila Anwar dulu pergi ke negara lain dia bawa, dia kutuk Anwar. Dia tidak suka lain-lain media mari sini negara angkat itu tidak ada suka. Sekarang dia sendiri sayangkan lain negara, media lain negara. Mana boleh ini macam rosakkan negara ini, duduk diam-diam. Kalau you tak boleh tengok Najib, you tak boleh bikin apa untuk negara lagi you sudah tua duduk diam-diam tapi tak usahlah ketuk ini macam tidak baik, kalau you mahu cakap sama saya, telefon sama saya, saya mesti bawa

Najib pergi ke rumah buka puasa, dua-dua buka puasa.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat, sekarang ini RMKe-11, Yang

Berhormat. Teruskan, Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Apa, Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Teruskan ya ini...

Tuan Yang di-Pertua: Poin lain.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Poin lain pun ini banyak mustahak

juga poin Tuan Yang di-Pertua ini.

Tuan Yang di-Pertua: Okey teruskan, Yang Berhormat.

Datuk Seri Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ini negara tidak ada lagi poin mana

lagi mahu bawa? Mahu pergi mana?

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan sahajalah, teruskan tetapi masa lewat.

■1810

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak ada, tidak ada. Ini saya cakap, bukan

lawan Tuan Yang di-Pertua.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Nasib baik saya duduk sana, tidak ada you

tahu.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta yang lain tolong jangan kacau dia. Agaknya

bagi peluang dia bercakap. Masa berjalan, teruskan Yang Berhormat.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Yes, Tuan Yang di-Pertua, semua

hilanglah. Mereka kacau sama saya, semua saya sudah kelam kabutlah.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ini satu isu saya mahu bawa, sudah lama Yang Berhormat Tony Pua. Yang Berhormat Tony Pua dia bawa itu DAP, Public Accounts Committee (PAC), dengan izin. Dia bawa isu ini tahun 2012, sudah tentu 1MDB dia bawa. PRU-13, pembangkang siapa-siapa pun tidak cakap 1MDB, 1MDB tidak cakap. Sekarang itu Sarawak punya paper sini, The Edge newspaper, ini semua dia orang bawa hal ini, sekarang 1MDB. 1MDB untuk apa? Orang sudah cakap. Ini kata, tunggu bagi account clear, Dato’ Seri Najib sudah cakap, beri time.

Akan selesai, kita beri semua bukti. Tidak boleh tunggu. Hari ini mereka kahwin, esok mahu ada anak, mana boleh. Tunggulah sikit. Mereka tidak boleh tunggu. Tun Dr. Mahathir pun mahu tunggu sikit.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

78 DN 24.6.2015

Dia sudah 22 tahun tunggu, sekarang dia satu bulan kedua bulan tidak boleh

tunggu, mana boleh. Bagi timing. You now come out. Serupa itu juga Tuan Yang di-Pertua. Hari ini kahwin, esok tidak boleh ada anak. Dia mahu ingat baik-baik. Bagi dia timing.

Dato' Sri Mohd. Najib sekarang dia yang betul. Saya sudah cakap Tuan Yang di-Pertua, dia boleh, tadi mereka tanya, saya sudah letak semua. Macam-macam lah you

orang bikin saya. Tuan Yang di-Pertua, satu minit, satu minit. Saya sudah angkat itu... [Disampuk] 1MDB. 1MDB ramai orang sudah cakap 1MDB lah. Dia orang suka, saya sokonglah 1MDB. Apa pentadbiran Perdana Menteri cakap, saya sokong sama dia. Kita tunggu, tunggu sikit hari, bagi dia buat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya berucap, mesej ini mesti pergi dekat Perdana Menteri. You are the power, he is the power on this country, he is the Prime Minister. You must take decision. This decision is very important. If people cannot work with you, throw them out. You work…

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak, saya tidak cakap nama siapa-siapa.

Siapa yang tidak boleh kerja sama Perdana Menteri, buang sama ada Menteri, Timbalan Menteri, Senator, Tuan Yang di-Pertua atau siapa-siapa pun. Tidak ada. Saya cakaplah. You tidak usah cucuklah. Siapa-siapa pun, tidak boleh kerja sama Perdana Menteri, buang. You have the power in your hand. You use your power. Kalau you tidak pakai power itu, macam mana. Use the power. You are the great man, your father is a very brave man. Tuan Yang di-Pertua, saya ikut kawan-kawan saya sudah pun puasa, boleh saya minum air sikit.

Tuan Yang di-Pertua: Kamu tidak puasa boleh minum.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Pagi sampai sekarang pun saya puasa juga

sekarang.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa terhad Yang Berhormat. Cuba.

Panjang lagi?

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tuan Yang di-Pertua, you tanya-tanya,

saya takutlah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Teruskan, Tuan Yang di-Pertua sekejap,

beri saya chance ya. Orang Melayu terus faham apa saya cakap, tindakan, apa akan, you orang ingat ini. Tidak usah apa ini kita ingat berapa ini perpaduan merupakan tonggak utama kejayaan negara ini. Kenapa perpaduan maka akan menjadi kucar kacir yang akan membawa kepada perpecahan dan lama-kelamaan menjadi huru-hara dan menjejaskan semua usaha yang telah diambil kerajaan selama ini. Kerajaan ini apa-apa tindakan angkat, mestilah mana-mana negara pun, pembangkang ada, dia mesti ketuklah. Orang kita, Barisan Nasional, kita mahu tanggungjawab untuk rakyat. Kita mahu pergi kepada rakyat, kita mahu beri explain apa yang 1MDB. Kita mahu beri explain.

Banyak orang mereka ini duduk dalam Parlimen, duduk dalam Senate, keluar, balik rumah. Saya Presiden sebuah parti. Apa Tuan Yang di-Pertua tengok saya, betul saya Presiden sebuah parti.

Seorang Ahli: ...Parti apa?

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Parti Bersatu India Malaysia. Akan tetapi kita 1.7 million, kita ada sembilan buah parti. Melayu ada dua ketiga partilah. 20 million ada dua buah parti. Kita baru 1.7 bilion, kita ada sembilan buah parti. Akan tetapi mahu tengok dia orang gaduh. Tengok mana satu parti tidak ada gaduh. MIC ada gaduh, UMNO lagi kuat.

Seorang Ahli: ...UMNO tidak adalah.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak ada gaduh.

Seorang Ahli: UMNO tidak ada gaduh. Tarik balik, tarik balik.

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 79

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak ada? Ini Tun Dr. Mahathir siapa?

Seorang Ahli: Gaduh banyak kuat PAS.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Nanti, nanti, nanti. Tun Dr. Mahathir siapa,

UMNO itu siapa?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat yang lain

tolong. Dato' Nallakaruppan cakap mengadap ke saya.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Ya ini parti UMNO pun ada gaduh bukan

tidak ada gaduh. Tidak usah cakap tidak ada gaduh. PAS pun ada gaduh juga. PAS mahu tubuh lagi sebuah parti. Akan tetapi mana-mana parti pun ada gaduh juga, bukan tidak ada gaduh. Ini mahu selesaikan, UMNO mesti mahu selesai. Kalau tidak ada selesai susah untuk lain bangsa duduk di negara ini. Itu sekarang baru you orang cakap ya. Ini saya sudah tahu, sudah cakap bila mula, bila saya duduk sini, sudah 2nd term saya duduk lah, penggal dua...

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Dia tanya, bila habis juga? Ini macam

kawan ada macam mana.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, fokus apa Yang Berhormat cakap.

Pedulikan apa dia orang cakap. Dia kacau nanti saya...

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Saya dengar mesti mahu jawab. Nanti dia

orang ingat dia punya...

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan masa Yang Berhormat sudah singkat.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Okey Tuan Yang di-Pertua, mahu fokus

sama saya punya itu sudah. Kita sekarang, saya tanya semua kawan saya dan semua sahabat saya dan UMNO. Ini specially for the UMNO people to know that we will work together with the Prime Minister, Dato’ Seri Najib Tun Razak. I also, betul-betul baru-baru saya ada pergi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Banyak kuat kerja. Tuan Yang di-Pertua, you are the Speaker, you tell them to keep quiet Tuan Yang di-Pertua. Dia selalu kacau sama saya. Ini I request from the Speaker, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua: Saya minta agar yang lain-lain jangan kacau dia. Ini masa sudah suntuk ini. Teruskan Yang Berhormat. Singkat sudah. Last point.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Last point. Sudah habislah ini. Tuan Yang

di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat jangan pandang dia lah. Jangan pandang dia. Okey habiskan point. Gulung Yang Berhormat.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Habiskan. Kita mesti ikut Perdana Menteri

kita untuk menjadikan negara ini maju dan makmur. Bila tidak ada ikut Perdana Menteri kita, kita sudah jadi serupa Ketua Pembangkang. Bukan senang untuk Dato’ Seri Najib untuk kerja sekarang oleh sebab sekarang media semua tempat hari-hari buka blog, tengok buka paper, semua ketuk Dato’ Seri Najib. Akan tetapi Dato’ Seri Najib ini sekarang saya lagi lebih-lebih saya tidak mahu cakap Dato’ Seri Najib punya hal.

Saya pun ada buat appointment sama dia, saya mahu cakap terus sama dia. We are with you. We people, we in the Senate semalam kita pergi pejabat dia, kita cakap we are with you. So semua lain-lain tempat, di pergi Sarawak, dia pergi Sabah, semua tempat mereka cakap we are with you. People are with you, why you are worried. You take your action, he must be take tindakan. Semua siapa yang tidak ikut sama dia, ambil action. Bila tengok bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, dia tidak ada suka Anwar, dia buang. Dia tidak ada suka Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah buang, Tun Musa Hitam, buang.

Semua, dia tidak ada suka. Abdullah Ahmad Badawi, sudah kacau, dia sabotaj sama dia, betul-betul sabotaj. Dia pun sudah letak jawatan. Dia okey, dia baik. Berapa orang dia sudah- itu Ghafar Baba pun dia kasi juga, dia sudah keluar.

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

80 DN 24.6.2015

■1820

Berapa Timbalan dia sudah kasi keluar? Kalau tidak ada, Anwar sekarang Perdana Menteri kalau dia tidak kasi keluar. Ini mahu ingat sikit Tun Mahathir. Please this is request from me, I like you. Saya betul-betul sayang sama Tun Mahathir. Pasal apa? Dia veteran negara ini. Saya memang sayang sama dia, tapi tolong tidak usah kacau negara ini. Dia sudah duduk 22 tahun. Kita yang ikut, dulu kita ikut dia, bukan tidak ada ikut. I was the, dengan izin. I was the Deputy Youth Leader for MIC. Lepas itu saya pergi meniaga. Saya pergi sendiri meniaga, saya tidak dapat masuk politik. Saya sudah keluar dari business. Lepas saya keluar dari penjara, saya sudah pergi lain negara. Saya ingat tidak mahu balik, duduk sana, diam-diam duduk, retired. Saya sudah balik tapi saya tidak boleh duduk lain negara. Kita sudah sini. Tidak boleh, saya sudah balik, sudah masuk politik.

Sudah masuk politik, kita ikut Barisan Nasional. Bila-bila pun saya Barisan Nasional tetapi ada sikit hari saya ada ikut sama Anwar, itu pembangkang- PKR, saya ada ikut sikit hari...

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Tidak ada, saya ikut tapi satu hari pun tidak

ada kutuk Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, gulung Yang Berhormat. Gulung,

gulung.

Dato' Nallakaruppan A/L A/L Solaimalai: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong

dan last saya mahu cakap Tuan Yang di-Pertua, sikit-sikit sudah Tuan Yang di-Pertua. Ini berkenaan Rancangan Malaysia Kesebelas. Kita betul-betul sudah sokong ini. Perdana Menteri ada tolong semua bangsa dalam negara ini. Rancangan Malaysia Kesebelas ini untuk- semalam pun dia cakap I help the Indian, I help all the races in this. So kita tunggu tengok. Lepas ini, 2020 sudah mahu dekat. Lagi lima tahun sudah dekat. Lima tahun serupa banyak cepat, boleh. Ini siapa punya baby 2020, Tun Mahathir punya. Kalau Tun Mahathir duduk itu tempat, kalau Dato’ Seri Najib bawa ini 2020, Tun Mahathir jadi Perdana Menteri, dia yang akan buat ini 2020 tetapi Dato’ Seri Najib, dia akan 2020 dia sokong, dia mahu bikin baik. Itu dia mesti mahu suka Tun Mahathir. Lepas 2020 Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mahu bawa lagi satu point serupa 2020 untuk rakyat dan negara ini.

Saya punya request from the Prime Minister, he have to bring out something like that, another one for his leadership, he must bring for the country and for the people.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat.

Dato' Nallakaruppan A/L Solaimalai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya

mohon menyokong Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri.

Anak Raja makan sirih, Saya Dato' Nallakaruppan ucap terima kasih.

Salam 1Malaysia. Vannakam. Thank you.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Dato' Nallakarupan. Baik,

terima kasih, sekarang seterusnya saya pergi kepada Yang Berhormat Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, ada. Silakan Yang Berhormat.

6.23 ptg.

Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus: Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih

Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang diberikan kepada saya untuk turut sama bangun dan berbahas Rancangan Malaysia Kesebelas yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia baru-baru ini.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA LISAN ... Pendidikan Tinggi Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2/2004 kelulusan sijil ... pengambilan SPM Bahasa Melayu.

DN 24.6.2015 81

Saya kira ini langkah transformasi yang terakhir dalam menjadikan Malaysia

negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Syabas saya ucapkan kepada pihak kerajaan yang berterusan mengutamakan projek-projek berimpak tinggi dengan kos yang rendah serta memastikan pelaksanaan yang cekap dan pantas. Saya yakin bajet bertemakan ekonomi keperluan rakyat di mana pelan ini membahagikan pengurusan ekonomi negara kita kepada dua bahagian yakni capital economy dan people’s economy. Jelas dengan iltizam dan jati diri yang jujur, ikhlas dan tidak mengalah oleh asakan dan desakan pihak-pihak tertentu, saya yakin Malaysia mampu mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan kita tetap berada di landasan yang betul.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan hanya satu saya kira perlu diberi perhatian oleh pihak yang berwajib. Tuan Yang di-Pertua, harga tanah semakin meningkat di Labuan, baik premis komersial mahupun berstrata dan kediaman. Walaupun Labuan sebuah pulau bebas cukai, harga hartanah terus meningkat naik. Ini mungkin disumbangkan oleh faktor kepesatan industri minyak dan gas dan bank pesisir yang menarik minat ramai pekerja luar untuk bermusafir dan bekerja di Labuan. Ini baik, sebenarnya dapat merancakkan ekonomi Labuan seterusnya membuka peluang pekerjaan pada anak muda tempatan serta peluang meniaga pada orang-orang tempatan.

Mereka boleh berniaga apa saja dan sekecil-kecil goreng pisang tepi jalan, buka warung, buka kedai serta sehingga membuka syarikat. Tuan Yang di-Pertua, namun hakikat sewa premis yang mahal membantutkan hasrat mereka ini. Lot kedai biasa kadang-kadang boleh mencecah RM10 ribu sebulan, bergantung pada lokasi di kompleks dan lokasi strategik kos melonjak lebih mahal. Mana mungkin peniaga Melayu dan anak tempatan mampu menanggung kos sewa setinggi ini. Jika ada mencuba, risikonya terlalu besar. Perlu membuat keuntungan berlipat ganda. Kesannya harga barangan meningkat mendadak atas alasan sewa mahal. Akhirnya yang mampu saja ialah peniaga luar.

Malah saya difahamkan premis ini banyak dimiliki oleh orang-orang bukan bumiputera. Mereka berduit, masuk ke Labuan, beli hartanah, simpan dan menunggu peluang untuk menyewakan dengan kadar sewa yang tinggi. Sanggup dibiarkan kosong jika kadar sewa tidak menepati target mereka. Senario ini jika dibiarkan berterusan bakal membunuh semangat dan peluang berniaga di kalangan penduduk tempatan iaitu di Labuan.

Perkara ini sudah pun dibawa dalam Dewan yang mulia dan sempena perbahasan RMKe-11 ini, suka saya untuk mengutarakan cadangan saya sekali lagi agar agensi seperti UDA dan MARA dapat memberi perhatian serius. Buatlah kajian, sila turun padang, saya sedia memberi kerjasama sepenuhnya. Kita boleh jumpa peniaga sendiri demi mendengar rintihan mereka. Bantulah sebelum terlambat. UDA dan MARA saya yakin agensi-agensi ini sudah sedia maklum dan maksud saya. Sekian, terima kasih. Saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat berbahas betul-betul masa yang tepat,

sudah masuk 6.30 dan kita akan tamatkan persidangan kita pada hari ini dan saya dapati bahawa esok kita hari terakhir membahaskan RMKe-11. Yang Berhormat yang masih belum berbahas itu saya ada dalam rekod di sini seramai 15 orang dan mungkin esok agaknya semua bersedia dan kalau boleh cuba bercakap tepat dan kalau difikirkan perlu hendak bercakap panjang maknanya terpaksa berkorban malam. Jangan lupa bahawa kita dalam bulan Ramadhan maka itu saya pohon kerjasama semua pihak ya. Dengan itu saya mengucapkan selamat berbuka puasa kepada yang beragama Islam dan kepada yang bukan beragama Islam kita jumpa esok jam 10 pada tanggal 25 Jun, Khamis esok hari. Sekian, terima kasih.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.]