Penyediaan Batas Dan Langkah Penjagaan
Transcript of Penyediaan Batas Dan Langkah Penjagaan
PENYEDIAAN BATAS
1. Pemilihan tapak hendaklah dilakukan terlebih dahulu untuk mengoptimumkan
hasil pengeluaran tanaman. Contohnya, kawasan yang terbuka, berhampiran
punca air dan sebagainya.
2. Kemudian, kerja-kerja pembersihan hendaklah dilakukan di kawasan yang telah
dipilih.
3. Kemudian, kerja pembajakan dilakukan iaitu menterbalikkan tanah bawah ke
permukaan dengan menggunakan jentera atau cangkul.
4. Tanah tersebut dibiarkan selama 1 -2 minggu. Kemudian, aktiviti penggemburan
tanah dilakukan.
5. Setelah siap, batas untuk tapak penanaman mula dibina mengikut ketinggian
dan kelebaran batas yang dikehendaki.
6. Setelah siap dibina, kerja pengapuran dilakukan untuk menstabilkan pH tanah.
7. Setelah siap, pembajaan asas mula dilakukan bagi memastikan tanah
mempunyai nutrien yang mencukupi sebelum penanaman dilakukan.
LANGKAH – LANGKAH PENYEDIAAN BATAS
1. Memilih kawasan yang strategik yang mengandungi tanah yang subur,
pencahayaan yang baik dan mempunyai saliran air yang baik.
2. Melakukan aktiviti membersihkan kawasan yang hendak dibuat batas dan membuat
aktiviti pembajakan.
3. Aktiviti mengembur tanah mula dilakukan. Seterusnya aktiviti pengapuran dan
pembajaan dilakukan.
PENJAGAAN TANAMAN
Setelah anak benih ditanam di dalam medium tanaman, langkah -langkah penjagaan
pula perlu dilakukan. Langkah – langkah penjagaan ini melibatkan aktiviti :
1. Merumput
2. Menyiram
3. Mengembur
4. Membaja
5. Mengawal pokok daripada serangan penyakit dan haiwan perosak
1.0 Merumput
1. Aktiviti merumput dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara tanaman
dengan tanaman yang lain seperti rumput dan sebagainya.
2. Rumput atau rumpai di sekeliling pokok hendaklah dibuang dengan tangan
ataupun dengan menggunakan alatan kerja yang sesuai seperti serampang
tangan.
2.0 Menyiram
1. Aktiviti menyiram dilakukan bagi memenuhi keperluan asas pokok yang
memerlukan air, nutrien dan cahaya matahari untuk membesar.
2. Aktiviti penyiraman ini dilakukan mengikut keperluan pokok dan bergantung
kepada cuaca. Namun kebiasaannya, pokok disiram dua kali sehari iaitu pada
waktu pagi dan petang.
3.0 Mengembur
1. Mengembur dilakukan dengan tujuan untuk membaiki saliran. Di samping itu,
mengembur juga dapat mengeluarkan atau menghalau serangga atau haiwan
perosak yang hidup di dalam tanah.
2. Mengembur akan membolehkan air dan udara memasuki rongga medium
dengan segera.
4.0 Membaja
1. Membaja dilakukan untuk memastikan dan mengekalkan kesuburan tanaman
dan membekalkan nutrien secara berterusan .
2. Membaja dilakukan mengikut aturan yang telah ditetapkan namun
kebiasaannya
membaja dilakukan setiap dua minggu.
3. Terdapat pelbagai jenis baja yang mengandungi pel bagai nutrien yang
diperlukan oleh pokok. Antaranya baja NPK (natrium, fosforus, kalium) atau
baja organik atau baja kompos.
5.0 Mengawal pokok daripada serangan penyakit dan haiwan perosak
1. Tanaman perlu dilindungi daripada musuh haiwan seperti serangga, siput,
belalang, tikus dan kulat mahupun bakteria.
2. Kawalan boleh dilakukan secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah.
Antaranya ialah melalui kaedah kimia iaitu penggunaan racun, kaedah biologi
iaitu menggunakan haiwan pemangsa, kaedah kultur seperti menggilirkan
tanaman dan kaedah fizikal seperti penggunaan jaring dan sebagainya.
3. Kawalan ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan pokok atau
Tanaman sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berkualiti
Cadangan Aktiviti
Guru menyuruh murid melukis dan mereka bentuk kawasan landskap dan nyatakan
jenis-jenis pokok yang ingin mereka letakkan. (KBKK)