Penyelidikan tindakan
-
Upload
ruzilamohdpouat -
Category
Documents
-
view
83 -
download
5
description
Transcript of Penyelidikan tindakan
PENGGUNAAN TEKNIK “SPAD” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN OPERASI BAHAGI NOMBOR EMPAT DIGIT
DENGAN NOMBOR DUA DIGIT BAGI MURID TINGKATAN 1
RUZILA BINTI MOHAMMAD POUAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
KAMPUS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
MAC 2015
1
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini
dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pendidikan Matematik Sekolah Rendah”
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
2
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis :
Tarikh :
3
Untuk ayah dan ibu tersayang
4
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia tesis, Mr Yap Thin Ling atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran Perak, melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
5
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid Tingkatan Satu mempertingkatkan kemahiran dan minat dalam mencari sifir nombor dua digit dan membuat pengiraan operasi bahagi nombor kurang daripada 1,000,000 dengan nombor dua digit menggunakan kaedah SPAD. Enam orang murid dari Tingkatan Satu telah dipilih untuk menyertai penyelidikan tindakan ini. Data dikumpulkan melalui tiga dapatan kajian, iaitu ujian bertulis (ujian pra dan pos), pemerhatian dan temubual. Hasil dapatan kajian menunjukkan empat orang murid sasaran berjaya menguasai kaedah SPAD dan menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pos berbanding ujian pra. Kesimpulannya, penggunaan kaedah SPAD ini sesuai dalam membantu murid-murid meningkatkan kemahiran mencari sifir nombor dua digit dan membuat pengiraan soalan bahagi dengan nombor dua digit.
6
ABSTRACT
This action research is done to aid the Form one pupils to increase their skills to solve the timetable of two digits and carry out the division of numbers less than 1,000,000 with two digits using the SPAD method. Six pupils from Form one are chosen to participate in this action reseach. Data is collected from a written test (Pre and post test), observations and interviews. Research has shown four targeted pupils successfully mastered the SPAD technique to find the two digit timetable and were able to carry out the division operation and showing the obvious marks between the post and pre test. In conclusion, the use of the SPAD technique is suitable in helping pupils increase the skills of finding answers to two digit timetables and division questions involving two digit numbers.
7
KANDUNGAN
Muka Surat
ABSTRAK iABSTRACT iiPENGESAHAN PENYELIA iiiPENGAKUAN ivDEDIKASI vPENGHARGAAN viSENARAI LAMPIRAN viiSENARAI JADUAL viiiSENARAI RAJAH ix
1.0 PENDAHULUAN1.1 Refleksi Pengalaman yang Lalu1.2 Refleksi Sorotan Literatur
2.0 FOKUS KAJIAN
8
9
1.0 PENDAHULUAN
Matematik mengandungi dua unsur yang utama, iaitu simbolnya (seperti nombor,
titik garisan, bentuk dan bahasa Matematik yang lain) serta prinsip, hukum, teorem
dan peraturan-peraturan Matematik digunakan untuk menjalankan operasinya.
Dengan perkataan lain, Matematik boleh diertikan sebagai satu cara yang sistematik
yang membolehkan manusia mengetahui kuantiti dan nilai seperti saiz, laju, hala
dan benda-benda di bumi atau di cakerawala.
Dari segi kehidupan, matematik menjadi satu alat yang berguna dalam
kehidupan harian. Sebenarnya, matematik adalah dilahirkan daripada kehendak dan
keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Kita menggunakan
matematik untuk urusniaga, perniagaan, makanan, pembelajaran, rancangan,
membuat kerja dan sebagainya, sehingga hampir setiap aktiviti sosial manusia tidak
terpisah daripada matematik.
Ramai murid kurang berminat terhadap mata pelajaran matematik.
Ada murid beranggapan bahawa matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan
membosankan. Lebih serius lagi, ada murid yang membenci matematik. Ungkapan
seperti "matematik sangat susah, saya tidak suka matematik, saya benci matematik,
saya selalu gagal dalam matematik, saya tidak ingin belajar matematik" sering
menjadi rungutan murid di sekolah.
Daripada pemerhatian dan pengalaman saya,saya mendapati ramai guru
mengajar matematik menggunakan kaedah mengajar yang berfokuskan guru dan
kurang melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini
menyebabkan murid merasakan matematik adalah mata pelajaran yang sukar dan
membosankan. Secara tidak langsung, murid-murid kehilangan minat terhadap
pembelajaran matematik di sekolah. Pada pandangan saya, murid yang kurang
10
menguasai konsep asas matematik akan hilang minat terhadap pembelajaran
matematik di sekolah. Pandangan ini disokong oleh Azizi dan Elanggovan (2008)
yang mengatakan bahawa kurangnya penguasaan konsep asas matematik akan
mengurangkan minat murid terhadap pembelajaran matematik.
Dalam bahagian pendahuluan ini, saya akan membincangkan refleksi
pengalaman saya yang lalu dan sorotan literatur yang berkaitan topik operasi
bahagi nombor empat digit dengan nombor dua digit tingkatan satu sekolah
menengah. Topik operasi bahagi masih lagi dipelajari oleh murid tingkatan satu.
1.1 Refleksi Pengalaman yang Lalu
Saya adalah seorang guru matematik di sebuah sekolah menengah di Kuala Kangsar.
Saya berpengalaman selama 13 tahun mengajar matapelajaran matematik. Saya
mengajar murid-murid Tingkatan Satu dan tiada pengalaman mengajar di sekolah
rendah. Murid-murid saya adalah murid-murid yang terlalu lemah dalam pelajaran,
terutamanya pelajaran matematik. Sebagai seorang guru matematik, saya dapati lima
orang murid daripada Tingkatan 1 tidak dapat menjawab latihan yang diberikan
dengan betul terutama sekali soalan yang melibatkan pembahagian nombor empat
digit dengan dua digit. Saya cuba menguji mereka dengan pembahagian dengan satu
digit. Mereka telah belajar sewaktu di sekolah rendah. Apabila saya bertanyakan
kepada murid, bahagian topik yang mereka rasa amat mengelirukan dan tidak boleh
dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham akan langkah
pengiraan yang betul dan mereka kabur tentang konsep bahagi itu sendiri .
Faktor yang lain, ialah mereka tidak cekap mengingati sifir. Jawapan murid
yang saya terima ini memberikan saya satu tamparan yang hebat sebagai seorang
guru matematik. Saya rasakan penyampaian saya dalam pengajaran dan
11
pembelajaran kurang berkesan kepada mereka. Apabila murid ini tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan, secara tidak langsung murid menjadi tidak
berminat untuk menjawab dan membuat latihan yang diberikan oleh guru. Murid ini
juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Pada sangkaan saya, penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan beserta
penyertaan murid dan latihan latih tubi yang diberikan di dalam bilik darjah sudah
cukup untuk murid ini menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila
mendapati masih ada murid yang belum dapat menguasainya.
Daripada masalah yang saya hadapi ini, timbul pelbagai persoalan di dalam
minda. Apakah yang patut saya lakukan untuk membantu murid mempelajari dan
menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi
masalah ini? Saya telah berusaha dalam memberikan contoh yang banyak dalam
pelbagai bentuk kepada murid tetapi masalah ini masih belum dapat diselesaikan. Ini
membuatkan saya teruja untuk mengkaji permasalahan ini. Tajuk ini menjadi tajuk
penyelidikan yang saya jalankan.
Saya telah menemu bual seorang murid dari salah satu kelas tingkatan 1
mengenai tahap penguasaan sifirnya. Saya beranggapan bahawa beliau boleh hafal
sifir 2, 3, 4 dan 5 sejak dari sekolah rendah. Rupanya sangkaan saya silap. Apabila
saya bertanya secara rawak sifir-sifir tersebut, murid ini terpaksa berfikir lama dan
menyenaraikan kembali semua sifir, selepas itu barulah murid tersebut boleh
menjawab soalan saya. Saya sedar bahawa saya akan berhadapan dengan masalah
yang besar terutamanya mengajar topik bahagi. Sebelum saya memulakan
pengajaran, saya akan memperuntukkan masa lima minit menyoal secara rawak
murid-murid tentang sifir. Pendekatan yang saya namakan `bijak sifir´ ini
sekurang-kurangnya akan menjadikan mereka sentiasa cuba untuk menghafal sifir.
12
1.2 Refleksi Sorotan Literatur
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru
matematik menunjukkan ada pelbagai sebab murid melakukan kesilapan dalam
pengiraan bahagi. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada murid perlulah
diterangkan konsep disebaliknya.
Dalam laporan “Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik” oleh
Azizi et. al.(2011) melaporkan kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran
Matematik pada masa kini memberi keutamaan kepada pembentukan konsep
Matematik yang dikaitkan dengan pengalaman murid di dalam bilik darjah mahupun
di luar bilik darjah. Selain itu, pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam
Matematik amatlah sukar untuk dicapai kerana ciri-ciri Matematik yang kebanyakan
konsepnya saling berkaitan dimana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar
kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Di sekolah, guru
mengamalkan kaedah tradisi pengajaran, murid-murid terpaksa menghafal segala
rumus terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
akan membawa kesan negatif kepada murid. Mereka tidak dapat mengaplikasikan
pembelajaran mereka dalam kehidupan atau di luar bilik darjah.
Dalam kajian penyelidikan oleh Mohamad Mahran et.al. (2012) yang bertajuk
“Penggunaan `Petak Warna 2-D´ Dalam Membantu Murid Lemah Tahun 4
Menyelesaikan Masalah Pembahagian” melaporkan kebanyakan muridnya tidak
dapat membuat pendaraban nombor dua digit atau penambahan berulang dan
melakukan kesilapan semasa menulis operasi atau nombor yang terlibat semasa
membuat pembahagian panjang. Kaedah yang dirancang dinamakan sebagai `Petak
Warna 2-D´. Berdasarkan perbandingan pencapaian markah ujian pra dan ujian
pasca
13
14
jelas menunjukkan pencapaian murid meningkat.
Selain daripada `Petak Warna 2-D´, kajian penyelidikan yang dijalankan oleh
Nur `Aliah et.al. (2012) yang bertajuk “Penggunaan Kaedah `Kunci Bahagi´ Dalam
Membantu Murid Lemah Tahun 3 Membahagi Nombor Empat Digit dengan Dua
Digit” juga menghadapi masalah yang sama dengan saya. Pengkaji tersebut
mendapati murid-muridnya tidak dapat menyelesaikan masalah bahagi menggunakan
kaedah `long division´ dengan betul terutamanya bagi soalan–soalan yang
melibatkan divisor dua digit. Dalam kajian itu, murid didapati mengambil masa yang
agak lama menyelesaikan satu soalan kerana mereka perlu mencuba mencari hasil
darab yang paling hampir. Penggunaan kaedah `Kunci Bahagi´ diperkenalkan bagi
membolehkan murid menjawab item soalan dengan lebih sistematik. Berdasarkan
analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan peningkatan skor yang ketara selepas
kaedah `Kunci Bahagi´ diperkenalkan.
Saya turut mendapat idea daripada kajian yang dilaksanakan oleh Eric Ling
(2011) yang bertajuk “Penggunaan Teknik `SPAD´ Dalam Membantu Murid-Murid
Tahun Empat Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor 4 Digit Dengan 2 Digit Dalam
Bentuk Lazim”. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan prinsip ansur maju semasa
memperkenalkan teknik Split and Add (SPAD) yang terdiri daripada SPAD board,
jadual pelbagai guna sifir dan jadual SPAD. Tujuan SPAD adalah untuk menghapus
kesilapan umum yang dilakukan oleh murid-murid dan menambah keyakinan mereka
dalam penyelesaian operasi bahagi untuk nombor 4 digit dengan 2 digit nombor.
Berdasarkan keputusan ujian kedua berbanding ujian pertama, pengkaji melaporkan
bahawa murid-muridnya menunjukkan peningkatan selepas teknik SPAD
diperkenalkan.
15
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Dalam bahagian fokus kajian / isu keperihatinan ini, saya membincangkan mengenai
tinjauan masalah dan analisis masalah kajian tindakan yang telah dijalankan.
2.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan dan analisis masalah perlu dilaksanakan untuk mengetahui kelemahan dan
kesalahan murid dalam pembelajaran matematik. Saya menyemak kerja latihan
murid-murid saya adalah untuk mengetahui kesalahan dan masalah mereka serta
merancang strategi yang berkesan untuk membantu mereka mengatasi masalahnya.
Kajian yang dijalankan berfokus pada kesilapan murid-murid tentang
menyelesaikan operasi bahagi. Walaupun topik bahagi dipelajari oleh murid-murid
selepas topik tambah, tolak dan darab, mereka sepatutnya menghubungkaitkan semua
topik tersebut dengan topik bahagi.
Daripada pemerhatian saya, murid-murid saya lemah dalam menyelesaikan
operasi bahagi dalam bentuk lazim. Ini adalah kerana mereka tidak dapat memahami
pengetahuan matematik yang kompleks dan abstrak. Dengan ini saya berasa bahan
konkrit memainkan peranan penting untuk menimbulkan minat murid terhadap isi
pembelajaran matematik. Dengan adanya bahan konkrit, mereka berpeluang untuk
menyelesaikan masalah matematik berfokuskan murid. Ia boleh merangsang minat
murid supaya mereka berasa matematik adalah matapelajaran yang menarik. Oleh
itu, kajian ini akan menggunakan bahan konkrit berbentuk kadbod besar untuk
dipenuhi oleh sifir yang terlibat.
Saya tidak menghadapi masalah dalam menjalankan penyelidikan terhadap
murid-murid ini. Ini adalah kerana saya mengajar matapelajaran matematik untuk
16
kelas ini. Saya sentiasa boleh mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid-murid
saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya boleh mencuba pelbagai kaedah
sesuai untuk membantu mereka. Saya juga berpeluang untuk memantau
perkembangan prestasi murid-murid saya dari semasa ke semasa kerana saya
mempunyai masa lebih panjang bersama mereka.
Teknik SPAD dapat membantu saya membolehkan murid-murid saya
memahami dan menguasai kemahiran bahagi nombor empat digit dengan nombor
dua digit. Kaedah ini berunsur penerokaan sendiri oleh murid-murid disamping
mengukuhkan konsep bahagi itu sendiri. Kaedah ini sesuai untuk mereka,
memandangkan mereka lemah mengingati sifir dan ada yang kabur langsung tentang
operasi bahagi. Murid akan berasa seronok kerana untuk mendapatkan jawapan,
mereka terpaksa melibatkan diri secara aktif.
Teknik SPAD bukan sahaja boleh digunakan untuk pengajaran operasi bahagi
sahaja. Ianya boleh juga digunakan untuk mengajar operasi tambah, tolak dan darab.
Ianya bergantung kepada kreativiti guru itu sendiri. Dengan adanya teknik SPAD,
sekolah mampu menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna,
menyeronok dan juga dapat mengukuhkan pengetahuan murid-murid tentang konsep
bahagi. Pada pandangan saya, dengan menggunakan kaedah ini, murid-murid dapat
belajar dengan seronok.
2.1 Analisis Masalah
Saya telah melaksanakan tinjauan awal mengenai masalah penyelesaian operasi
bahagi bentuk lazim. Saya telah menyemak lembaran kerja dan buku latihan murid-
murid. Saya juga telah menjalankan pemerhatian dan perbincangan dengan murid-
17
murid semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Daripada tinjauan awal, hasil maklum balas yang saya perolehi daripada murid-
murid saya ialah mereka silap konsep bahagi dan sebahagian besar daripada mereka
gagal dalam mengingati sifir.
Jadual
Kesilapan Murid-murid Semasa Mengira Operasi Bahagi
Kesilapan Contoh
1. Masalah sifir
2. Kesilapan nilai tempat
3. Meletak nombor secara sesuka hati
18
4. Kesilapan konsep
Kesalahan jenis 1, murid ini mempunyai masalah menghafal sifir. Ini
menunjukkan murid tersebut mempunyai masalah yang besar bukan sahaja dalam
penyelesaian operasi bahagi, tetapi dia juga menghadapi masalah dalam operasi
darab. Sifir memainkan peranan yang penting dalam penyelesaian operasi bahagi.
Penyelesaian operasi bahagi akan lebih cepat dan mudah sekiranya mereka cekap
menghafal sifir.
Kesalahan jenis 2, murid telah menambah digit 0 kepada nombor yang
berbaki dan jawapan kepada bahagi menjadi lebih besar daripada nombor yang
dibahagi. Murid ini tidak menguasai konsep bahagi dengan sebaiknya. Langkah
yang saya patut ambil ialah memperkukuhkan konsep bahagi mereka agar kesalahan
begini tidak akan berulang lagi.
Kesalahan jenis 3, murid meletakkan nilai digit dengan sesuka hati sahaja.
Murid tidak menguasai konsep bahagi dan beranggapan bahawa nombor yang
dibawa turun pada permulaan jawapan ialah nombor pembahagi itu sendiri.
19
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Dalam bahagian ini, saya telah membincangkan objektif umum kajian, objektif
khusus kajian dan soalan kajian yang telah saya jalankan terhadap murid
Tingkatan 1.
3.1 Objektif Umum
Mengkaji kesan teknik SPAD meningkatkan penguasaan murid dalam operasi bahagi
nombor empat digit dengan nombor dua digit dalam bentuk lazim.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, tujuan penyelidikan ini dijalankan untuk:
(a) Meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan penukaran bentuk lazim
operasi bahagi.
(b) Mengaplikasikan konsep atau cara yang spesifik dalam pembahagian nombor
empat digit dengan dua digit.
(c) Membantu saya meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid Tingkatan
Satu dalam melakukan operasi bahagi menggunakan teknik SPAD.
3.3 Soalan Kajian
Untuk mencapai objektif kajian, kajian ini akan menjawab soalan berikut:
(a) Bagaimanakah penggunaan teknik SPAD dapat membantu saya untuk
mengajar murid-murid Tingkatan Satu dalam menyelesaikan operasi bahagi
nombor empat digit dengan dua digit dalam bentuk lazim dengan berkesan?
20
(b) Sejauhmanakah penggunaan teknik SPAD dapat membantu saya untuk
meningkatkan pemahaman dan menyelesaikan soalan operasi bahagi dengan
mudah.
21
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada murid-murid Tingkatan 1 di sebuah sekolah
menengah kebangsaan di Kuala Kangsar. Sekolah ini bergred B dan mempunyai
murid-murid seramai 700 orang murid Melayu.
Murid-murid yang dipilih dalam kumpulan sasaran ini berprestasi rendah
dalam topik operasi bahagi dalam bentuk lazim. Mereka dipilih berdasarkan
pencapaian mereka dalam ujian diagnostik yang telah dijalankan. Terdapat 10 soalan
dalam ujian diagnostik. Markah keseluruhan ialah 100%. Kumpulan sasaran ini akan
dipilih daripada kalangan murid yang mendapat markah kurang daripada 50% dalam
ujian diagnostik.
22
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam Penyelidikan ini, saya telah menggunakan bahan konkrit, iaitu teknik SPAD
untuk membantu murid saya agar menguasai operasi bahagi penyelesaian dalam
bentuk lazim. Kaedah ini berfokuskan murid, maka murid dapat melibatkan diri
secara aktif serta dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
5.1 Perancangan Tindakan
Perancangan amat penting terhadap satu kajian sekiranya penyelidik hendak
memastikan hasil kajiannya betul dan pelaksanaan kajian itu dijalankan dengan
teratur serta lancar. Saya telah merancang beberapa langkah untuk menjalankan
kajian ini seperti ditunjukkan dalam Rajah 1:
23
Langkah 1
Semakan buku latihan dan lembaran kerja
Langkah 2
Ujian Diagnostik
Langkah 3
Ujian Pra
Langkah 4
Program intervensi melalui teknik “SPAD”
Langkah 5
Program intervensi melalui teknik “SPAD”
Langkah 6
Program intervensi melalui teknik “SPAD”
Langkah 7
Ujian Pasca
Langkah 8
Temu Bual
Rajah 1: Carta Aliran Pelan Kajian Tindakan
24
Langkah 1: Semakan Buku Latihan Dan Lembaran Kerja
Saya telah menyemak buku latihan dan lembaran kerja murid-murid untuk
mengenalpasti masalah murid-murid dalam operasi bahagi. Selain itu, saya juga telah
memerhati prestasi murid-murid di dalam kelas kerana kemungkinan kerja rumahnya
dibuat oleh ibu bapanya atau orang lain. Cara menjawab dan menyelesaikan soalan
akan menunjukkan pemahamannya tentang operasi bahagi. Maklumat ini juga telah
membantu saya membahagikan kepada kumpulan pada langkah seterusnya.
Langkah 2: Ujian Diagnostik
Setelah menyemak buku latihan dan lembaran kerja mereka, saya telah menggubal
satu ujian diagnostik berdasarkan topik bahagi (rujuk Lampiran 1). Kertas soalan
tersebut mempunyai 16 soalan.
Ujian diagnostik telah ditadbirkan kepada murid-murid Tingkatan Satu
semasa di dalam kelas. Kertas itu telah dikutip dan diperiksa. Markah telah diberi
berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik ini. Murid-murid yang
memperolehi skor tidak melebihi 8 daripada 16 soalan akan merupakan kumpulan
sasaran kajian ini.
Langkah 3: Ujian Pra
Ujian ini merupakan penilaian awal sebelum intervensi saya dijalankan. Kandungan
kertas ujian pra ini terdiri daripada soalan bahagi pelbagai digit nombor (rujuk
Lampiran 2). Ujian ini hanya akan ditadbirkan kepada kumpulan sasaran sahaja.
Pencapaian mereka telah direkodkan sebagai data awal bagi kajian ini.
Langkah 3: Sesi Intervensi 1
25
Pada sesi intervensi pertama, saya telah memberikan beberapa soalan operasi bahagi
dan menyuruh mereka menukarkan kepada bentuk lazim seperti mana yang telah
mereka pelajari sebelum ini. Contohnya 360 ÷ 6 =?
Saya telah membekalkan kepada mereka jadual pelbagai guna sifir (rujuk
Lampiran 3). Mereka menyemak jawapan berpandukan jadual sifir. Selepas itu saya
telah memperkenalkan teknik SPAD dan menunjukkan cara menyelesaikan soalan
operasi bahagi (rujuk Lampiran 4).
Langkah 4: Sesi Intervensi 2
Dalam sesi intervensi kedua, saya telah mengulangkaji tentang apa yang telah
dipelajari dalam sesi intervensi pertama agar murid-murid sasaran masih lagi
mengingati tentang konsep bahagi menggunakan teknik SPAD.
Seterusnya, saya telah mengemukakan soalan dan menyuruh murid
menunjukkan cara menyelesaikan soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim
berpandukan teknik SPAD. Tahap kandungan pengajaran dan pembelajaran kali ini
telah ditingkatkan berbanding dengan sesi intervensi pertama.
Langkah 5: Sesi Intervensi 3
Dalam sesi intervensi ketiga ini, saya tidak akan lagi mengulangi pengajaran dengan
menggunakan teknik SPAD. Saya terus mempamerkannya di atas meja dan
menanya soalan operasi bahagi bentuk lazim. Seterusnya, saya telah menyuruh murid
menyelesaikan soalan tersebut dengan mengaplikasikan kaedah itu. Jika saya
mendapati murid-murid sasaran saya tidak dapat menyelesaikan soalan operasi
bahagi menggunakan teknik SPAD secara berdikari, maka saya akan mengulangi
pengajaran dengan mengunakan teknik itu satu langkah demi satu langkah.
26
Sebaliknya, jika saya mendapati murid-murid sasaran saya dapat
menyelesaikan soalan operasi bahagi secara berdikari, maka saya telah memberi
soalan-soalan latihan kepada murid-murid sasaran untuk mengukuhkan kemahiran
bahagi mereka dengan menggunakan kaedah tersebut
Langkah 6: Sesi Intervensi 4
Sesi intervensi keempat merupakan sesi intervensi yang terakhir, maka saya tidak
akan memberi murid-murid sasaran melakukan soalan operasi bahagi dalam bentuk
lazim dengan menggunakan teknik SPAD. Saya telah membiarkan murid
menyelesaikan soalan operasi bahagi berdasarkan ingatan mereka terhadap
konsep penggunaan bahan konkrit. Saya telah memberikan soalan-soalan latihan
kepada murid-murid untuk menyelesaikannya secara individu.
Langkah 7: Ujian Pasca
Setelah tamatnya sesi intervensi, saya akan memberikan ujian pasca (rujuk
Lampiran 5) kepada murid-murid sasaran saya. Murid-murid diberi masa selama 1
jam untuk menyelesaikan 10 soalan operasi bahagi dalam bentuk lazim. Soalan
ujian pasca adalah sama dengan soalan ujian pra, tetapi susunan soalan-soalan
tersebut telah ditukar. Murid dikehendaki untuk menyelesaikan semua soalan
dengan melakukan bentuk lazim yang betul.
Tujuan ujian pasca ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejauh
manakah pencapaian murid-murid sasaran dalam topik operasi bahagi nombor
empat digit dibahagi dengan nombor dua digit. Secara langsungnya, keputusan
ujian pasca dapat menjawab segala persoalan saya mengenai adakah teknik SPAD
dapat membantu murid menguasai kemahiran operasi bahagi melibatkan nombor
empat digit dengan nombor dua digit.
27
Langkah 8: Temu bual
Saya telah menjalankan sesi temu bual dengan kumpulan sasaran saya selepas
ujian pasca dijalankan. Saya telah menyediakan soalan sebelum menjalankan temu
bual ini. Soalan yang akan ditanya adalah:
a) Bolehkan anda faham konsep penyelesaian operasi bahagi bentuk lazim
menggunakan teknik SPAD?
b) Jelaskan perasaan anda belajar konsep bahagi setelah mempelajari teknik
SPAD.
c) Bolehkah anda menyelesaikan soalan operasi bahagi tanpa menggunakan
teknik SPAD?
5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data
Data yang telah saya kumpulkan adalah pencapaian murid, tingkah laku murid dan
minat murid terhadap penyelesaian operasi bahagi bentuk lazim dengan teknik
SPAD.
Bagi mengumpul data pencapaian murid, saya telah menggunakan ujian
diagnostik, ujian pra dan ujian pasca manakala untuk mengumpul data tingkah laku,
saya akan menggunakan kaedah pemerhatian, dan penulisan refleksi. Data minat
murid terhadap teknik “SPAD” akan saya kumpulkan dengan menggunakan kaedah
temubual.
5.2.1 Data Kuantitatif
Data kuantitatif yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah melalui ujian diagnostik,
ujian pra dan ujian pasca.
28
5.2.1.1 Ujian Diagnostik
Ujian ini ditadbirkan untuk mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran topik
bahagi dalam bentuk lazim. Ujian ini juga membantu saya untuk mengenalpasti
murid yang lemah untuk dimasukkan ke dalam kumpulan sasaran.
5.2.1.2 Ujian Pra
Sebelum melaksanakan sesi intervensi, saya akan mentadbir ujian pra kepada
kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan. Hasil keputusan kedua-dua kumpulan
akan direkodkan.
5.2.1.3 Ujian Pasca
Selepas melaksanakan sesi intervensi, saya akan menjalankan ujian pasca kepada
kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan. Hasil keputusan kedua-dua kumpulan
akan direkodkan.
5.2.2 Data Kualitatif
Data kualitatif akan dikumpul dalam kajian ini melalui rakaman video, temubual dan
penulisan refleksi.
5.2.2.3 Temubual
Saya akan menjalankan temubual terhadap kumpulan sasaran selepas pelaksanaan
intervensi. Tujuan ini untuk mengenalpasti perubahan tingkah laku murid selepas
intervensi tersebut dan juga perasaan mereka terhadap teknik “SPAD” ini. Saya juga
akan merakamkan sesi temubual untuk mengelakkan ketinggalan maklumat penting.
Maklumat temubual itu akan direkod dan dijadikan data untuk penilaian.
29
5.2.2.4 Penulisan Refleksi
Saya akan menulis refleksi pengalaman setiap kali sesi intervensi dijalankan. Saya
akan memerhati dan merekodkan tingkah laku murid dalam melakukan operasi
bahagi nombor empat digit dibahagi dengan nombor dua digit. Saya juga
akan menuliskan pendapat dan perasaan saya semasa menjalani sesi intervensi.
Tambahan pula, saya akan mencatatkan perkara menarik yang berlaku ketika
menjalani sesi intervensi.
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan cara menganalisis data yang
dikumpul melalui ujian diagnostik, ujian pra dan ujian pasca, pemerhatian (rakaman
video), penulisan refleksi dan temubual. Jadual di bawah menunjukkan satu
ringkasan bagi cara menganalisis data yang dikumpulkan.
Jadual 2: Cara Analisis Data untuk Setiap Instrumen yang Digunakan
Data Instrumen Cara Analisis
Masalah Pembelajaran Ujian Diagnostik
Kaedah Analisis
Kesilapan Newman
Statistik deskriptif peratus
skor ujian diagnostik.(%)
Menggunakan kategori
peringkat
Pencapaian Murid Ujian Pra
Ujian Pasca
Statistik deskriptif peratus
perbezaan skor ujian pra
dan ujian pasca (%)
Tingkah Laku Murid Pemerhatian (Rakaman
Video)
Menggunakan Tema
Minat Murid Temubual Kekerapan kod tema
30
5.3.1 Data Kuantitatif
Data kuantitatif ialah pengolahan data dengan menggunakan pelbagai bentuk
perhitungan atau menunjukkan sejumlah angka. Bagi menganalisis kajian
berdasarkan data kuantitatif, saya akan menjalankan ujian diagnostik, ujian pra
dan ujian pasca untuk mendapatkan data murid.
5.3.1.1 Ujian diagnostik
Saya akan mencatatkan markah ujian diagnostik bagi setiap orang murid. Murid
yang mendapat markah kurang daripada 50% dan ke bawah akan dipilih menjadi
kumpulan sasaran saya dalam kajian tentang kemahiran melakukan operasi bahagi
bentuk lazim. Contoh jadual yang akan dihasilkan adalah seperti berikut:
Jadual 3: Skor murid dalam ujian diagnostik
Bil Nama Murid Skor Ujian Diagnostik
(%)
1
2
3
4
5
A
B
C
D
E
31
5.3.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Saya akan mencatatkan keputusan ujian pra dan ujian pasca kumpulan sasaran
dan kumpulan kawalan dalam bentuk jadual. Perbezaan markah bagi setiap ahli
kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan akan dikira berdasarkan skor dalam ujian
pra (xt) dan skor dalam ujian pasca (x2). Peningkatan atau penurunan skor juga
akan dikira dalam bentuk peratusan.
Contoh jadual yang akan dihasilkan adalah seperti berikut:
Jadual 4: Skor Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Murid Skor Ujian Pra
( xt )
Skor Ujian Pasca
(x2)
Perbezaan Skor
(xt - x2)
Peratusan Perbezaan Skor
A
B
C
D
E
Berdasarkan jadual skor murid dalam ujian pra dan ujian pasca, saya dapat
mengetahui perbezaan markah kumpulan sasaran dan kumpulan kawalan dalam
ujia pra dan dalam ujian pasca. Dengan ini, saya dapat menganalisis sama ada
kumpulan sasaran yang menjalankan program intervensi mempunyai peningkatan
32
dalam keputusan ujian pasca atau tidak. Secara langsung, ini dapat membantu saya
menerangkan sama ada program intervensi dengan teknik “SPAD” dapat
membantu murid menguasi kemahiran operasi bahagi bentuk lazim.
5.3.2 Data Kualitatif
Data kualitatif adalah data yang berbentuk kata-kata atau peryataan-pernyataan
verbal, bukan dalam bentuk angka. Bagi menganalisis data kualitatif dalam kajian
ini, saya akan menjalankan temu bual Kaedah Analisis Kesilapan Newman, rakaman
video dan penulisan refleksi untuk mendapatkan data murid.
5.3.2.1 Kaedah Analisis Kesilapan Newman
Berdasarkan catatan temu bual dengan murid, saya akan menganalisis isi kandungan
perbualan secara berperingkat dengan mengikut hierarki Kaedah Analisis Kesilapan
Newman, iaitu membaca masalah, memahami apa yang dibaca, membuat
transformasi pemikiran, mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan dan
membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis. Dalam setiap peringkat hierarki
tersebut, saya akan membuat penjelasan berdasarkan tindakbalas murid terhadap
persoalan yang dikemukakan untuk menunjukkan peringkat kesilapan manakah yang
mereka hadapi. Fokus saya adalah kepada peringkat keempat, iaitu kemahiran proses
untuk mengenal pasti punca dan jenis kesilapan murid.
5.3.2.2 Pemerhatian Rakaman Video
Saya akan membuat rakaman video pada setiap kali sesi intervensi dilaksanakan.
Saya akan memerhatikan tingkah laku murid yang mengikuti program intervensi.
33
Tingkah laku murid yang akan diperhatikan ialah:
I. Apakah yang murid buat semasa program intervensi dijalankan?
II. Bagaimana murid faham apa yang dicakapkan oleh guru?
III. Apakah jawapan yang diberi oleh murid?
IV. Bagaimana murid menyelesaikan soalan operasi bahagi?
V. Sukakah anda menggunakan teknik yang diperkenalkan?
5.3.2.3 Temubual
Saya akan membaca keseluruhan transkripsi temubual berstruktur yang dijalankan ke
atas murid kumpulan sasaran. Saya akan mencari dan menggariskan perkara penting
mengenai perkembangan murid dalam operasi bahagi dan menganalisis sama ada
teknik “SPAD” dapat membantu mereka.
5.3.2.4 Penulisan Refleksi
Saya akan membaca keseluruhan refleksi yang ditulis pada setiap sesi intervensi.
Saya akan mencari dan mengariskan data penting mengenai kebolehan murid
menggunakan teknik “SPAD” dalam menyelesaikan soalan bahagi. Tambahan
pula, saya akan mengariskan reaksi murid terhadap teknik dan perkara istimewa
yang berlaku semasa program intervensi untuk mengaitkan sama ada murid suka
menggunakan teknik ini dalam membantu mereka menyelesaikan soalan operasi
bahagi. Dengan ini, saya dapat menilai sama ada teknik ini membantu murid
memahami konsep bahagi.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
34
Merancang pelaksanaan tindakan adalah perkara penting yang harus dibuat
sebelum menjalani sesuatu kajian kerana ia dapat memberi kita satu perspektif
yang jelas tentang: Apa yang kita perlu buat? Bila kita harus mula atau tamat
sesuatu aktiviti? Berapa tempoh masa yang diperlukan? Apa bahan yang
diperlukan? Berapa kos yang diperlukan? Dalam perancangan pelaksanaan
tindakan, jadual pelaksanaan kajian dan kos kajian memainkan peranan yang
penting. Kedua-dua jadual ini diilustrasikan dalam Jadual 5 dan Jadual 6.
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
Perancangan aktiviti-aktiviti sepanjang kajian ini seperti Jadual 5:
35
Aktiviti jun
Jul
Ogos
Sep
t
Ok
t
Jan
Feb
Mac
Ap
r
Pelaksanaan
2014 2015
Catatan
1. Taklimat kajian tindakan
2. Kenal pasti tajuk kajian dan kumpul maklumat awal
3. Bacaan dan tafsiran awal
4. Kenal pasti fokus kajian
5. Penulisan kertas cadangan
6. Kenal pasti instrumen dan pelan tindakan
7. Penyediaan bahan bantu mengajar
8. Penyediaan instrumen
9. Pelaksanaan ujian diagnostik
10. Pelaksanaan Analisis kesilapan Newman
11. Pelaksanaan ujian pra
12. Pelaksanaan program intervensi
13. Pengumpulan data
14. Pelaksanaan ujian pasca
15. Analisis data
16. Penulisan refleksi
17. Penulisan laporan kajian
18. Seminar kajian tindakan dan pembentangan hasil
Jadual 5: Carta Gantt
36
5.4.2 Kos Kajian
Kos yang diperuntukkan untuk kajian ini dicatatkan dalam jadual seperti berikut:
Jadual 6: Senarai kos kajian
Bil Bahan Kuantiti Kos
(Per Unit)
Kos
1 Papan
Mounting
2 RM 2.50 RM 5.00
2 Kertas Warna 40 RM 0.10 RM 4.00
3 Printer
Cartridge
1 RM 12.00 RM 12.00
4 Plastik
Laminate
25 RM 0.50 RM 12.50
5 Pita pelekat 2 RM 2.00 RM 4.00
6 Kertas A4 1 RM 9.50 RM 9.50
Jumlah RM 50.00
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Sepanjang kajian tindakan dijalankan, saya telah menggunakan triangulasi data
kajian dengan mengumpul pelbagai data dari pelbagai sumber seperti ujian pra dan
pos, pemerhatian dan temubual. Dalam bahagian ini, berdasarkan menganalisis dan
37
menginterpretasi data, saya membincangkan keberkesanan kaedah SPAD terhadap
murid-murid dalam menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor 2 digit.
6.1 ANALISIS DATA
Menurut Othman Lebar(2011), proses menganalisis data adalah penting dalam proses
kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan
bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data.
6.0 RUMUSAN
Kajian yang bakal dijalankan oleh saya bertujuan untuk mengenalpasti sama ada
teknik “Sifir Board” dapat membantu murid kumpulan sasaran saya menguasai
kemahiran melakukan operasi bahagi yang melibatkan nombor empat digit
dibahagi dengan nombor dua digit. Saya berharap agar teknik yang dihasilkan
dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah dalam operasi bahagi.
RUJUKAN
Azizi Yahaya & Elanggovan a/l M. Savarimuthu. (2011). Kepentingan
Kefahaman Konsep dalam Matematik. Diperoleh Ogos 15, 2014, dari
http://eprint.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf
Eric, L. T. (2011). Penggunaan teknik “SPAD” dalam membantu murid-murid
tahun empat menyelesaikan operasi bahagi nombor “4- digit dengan 2- digit”
dalam bentuk lazim. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb.
Januari 2008, 1-13.
38
Masturi Isa. (1997). Permainan yang Berkesan (Permainan dan Aktiviti
Kerjasama untuk Peringkat Sekolah Rendah). Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Mohamad, M. M., & Tengku, Z. T. (2012). Penggunaan `Petak Warna 2-D
dalam membantu murid lemah tahun 4 menyelesaikan masalah pembahagian.
Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah, 1-8.
Mok, S. S. (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Selangor
Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Nur, M. M., & Tengku, Z. T. (2012). Penggunaan kaedah “Kunci Bahagi” dalam
membantu murid lemah tahun 3 membahagi nombor empat digit dengan dua
digit nombor. Pelajar PISMP Matematik Pendidikan Rendah, 1-7.
39