Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

download Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

of 6

Transcript of Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    1/6

    PENYENGGARAAN SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN DI PTJ KAMPUSKEJURUTERAAN USM

    1. Setiap PTJ mempunyai sistem pencegah kebakaran masing-masing. Sistem iniberfungsi untuk memastikan keselamatan ketika berlakunya hal-hal kecemasan ataukebakaran. Sistem ini lengkap bermula daripada sistem amaran, penggera,pencegahan dan pemadaman. Setiap daripada peralatan ini perlu diselenggarauntuk memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Peralatan pencegahan

    kebakaran yang berada dalam keadaan baik bukan sahaja bertujuan untukmenyelamatkan bangunan daripada mengalami kerosakan tetapi yang paling utamauntuk menyelamat dan melindungi setiap individu di bangunan terbabit.

    2. Universiti mensumberluarkan kontraktor bertauliah untuk menjalankan kerja-kerjapenyenggaraan berjadual sambil dipantau oleh staf teknikal Jabatan

    Pembangunan. Kontraktor yang dilantik ini, mempunyai pengetahuan dankompetensi bagi melakukan kerja-kerja penyenggaraan sistem pencegah kebakaran.

    3. Sistem pencegah kebakaran PTJ diselenggara setiap bulan secara berjadual. Jadualpenyenggaraan bulanan dipamerkan pada laman web Jabatan Pembangunan.Pengguna atau staf PTJ boleh melihat jadual tersebut pada bahagian custodialinfo. Jadual dikemaskini setiap awal bulan.

    4. Universiti sentiasa mengambil berat terhadap aspek-aspek keselamatan. Setiapperalatan pencegah kebakaran yang didapati tidak berfungsi akan dibaiki ataudiganti baru. Ini bagi memastikan setiap PTJ berada dalam keadaan baik, selamat

    dan bersedia untuk menghadapi kejadian-kejadian yang tidak diingini. Justeru,penyelenggaraan yang dilakukan adalah amat penting bagi tujuan keselamatan.

    5. Setiap peralatan yang dipasang dan ditukar ganti adalah mengikut spesifikasi yangditetapkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Peralatan sistem

    pencegah kebakaran di setiap PTJ ada yang berbeza. Ia berdasarkan rekabentuk,jenis dan pelan bangunan yang diluluskan oleh Jabatan Bomba. Sebagai contohterdapat bangunan mempunyai sistem bantu mula - hose reel lengkap bagimemadam kebakaran manakala terdapat bangunan yang hanya mempunyai alatpemadam api mudah alih jenis serbuk kering (ABC).

    6. Bagi kerja-kerja penyenggaraan yang telah selesai, buku laporan akanditandatangani oleh staf PTJ terbabit sebagai memaklumkan kepada pelanggan atauwakil PTJ bahawa kerja telah dijalankan. PTJ bebas memberi sebarang komentardemi penambahbaikan atau pembetulan. Ia bukan suatu pengesahan teknikalkerana staf Jabatan Pembangunan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas integritidan kualiti kerja serta perkhidmatan. Setiap bulan pula Jabatan Pembangunanakan mengeluarkan senarai servis bulan untuk penilaian pelanggan di PTJ.( Sila

    rujuk FAQ Sistem Maklumbalas Pelanggan pada Info Perkhidmatan di Laman WebJabatan Pembangunan)

    7. Semua bangunan di kampus mempunyai Sijil Layak Menduduki CF/ CCC serta semuabangunan dan fasiliti diluluskan, diperiksa dan diperakukan oleh Jabatan Bomba danPenyelamat Malaysia.

    8. Bagaimana anda dapat membantu dan berperanan bagi memastikan integriti dankelestarian sistem pencegahan kebakaran kampus?

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    2/6

    i ) Melaporkan segera sebarang kerosakan atau kebimbangan tentang

    sistem dan peralatannya

    ii) Menyemaikan kesedaran dan keprihatinan bersama tentang keselamatan dan

    pencegahan kebakaran serta meningkatkan kefahaman asas-asas pengurusan kecemasan

    iii) Mencegah kegiatan pelaku-musnah - vandalisme

    iv) Memberi maklumbalas dan penilaian kepada servis bulanan penyenggaraan sistem

    pencegahan kebakaran

    Sebagai pengantar awal pengetahuan tentang sistem dan peralatan pencegahan kebakaran

    serta kerja servis dan penyenggaraannya, berikut disenaraikan secara ringkas :

    NO JENIS KERJA KETERANGAN

    1.

    Pemeriksaan alat pemadam api jenis ABC dan CO2

    Tabung alat pemadam api diperiksa tarikh luput, tekanan udara dan pin keselamatan. Ini bagi

    memastikan alat pemadam api boleh digunakan dan selamat ketika memadam kebakaran.

    y ABC adalah alat pemadam api mudah alih jenis serbuk kering. Berat 9 kg.y CO2 adalah alat pemadam api mudah alih jenis karbon dioksida. Berat 2.27 kg.

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    3/6

    2.

    Pemeriksaan lampu kecemasan dan lampu tanda keluar

    Lampu tanda keluar dan lampu kecemasan diperiksa sama ada menyala atau rosak secara AC

    dan DC. Lampu yang rosak akan diganti baru. Ini penting ketika berlaku kebakaran di mana

    menjadi panduan dan pencahayaan kecemasan untuk laluan ketika menyelamatkan diri.

    3.

    Pemeriksaan alat pengesan haba - heat detector

    Heat detector diperiksa sama ada ia berfungsi bagi mengesan haba panas . Loceng kecemasan

    akan berbunyi jika ia mengesan haba panas. Melepasi suhu?

    y Haba pada 57 Celsius dan ke atas.

    4.

    Pemeriksaan alat pengesan asap - smoke detector

    Smoke detector diperiksa sama ada ia berfungsi untuk mengesan asap. Loceng kecemasan

    akan berbunyi sekiranya asap dari kebakaran terhasil.

    5.

    Pemeriksaan sistem perenjis -sprinkler

    Sprinkler berfungsi mengeluarkan air yang dijana oleh pam bagi memadamkan kebakaran

    sesuatu tempat. Ia terdapat pada siling sesuatu tempat atau ruang. di mana di kampus. Bila ia

    berfungsi?

    y Apabila suhu sesuatu tempat mencapai 68 C glass bulbsprinkleryangmengandungi merkuri akan pecah serta injap akan terbuka dan mengeluarkan air.

    6.

    Pemeriksaanjockey pam

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    4/6

    Jockey pam adalah pam bagi sprinkler. Ia diperiksa

    bagi memastikan berada dalam keadaan baik. Ia berfungsi untuk mengekalkan tekanan air di

    dalam sistem.

    7.

    Pemeriksaan alat bantu mula - hose reel

    Hose reel diperiksa pada nozzle, check valve dan tekanan air. Ia adalah untuk memastikan

    hose reel sentiasa bersedia dalam keadaan baik untuk memadamkan kebakaran. Di mana

    tempat simpanan hose reel?

    y Berada di dalam peti simpanan hose reely Terdapat kunci peti simpanan di dalam kotak kunci.

    8.

    Pemeriksaan duty pam

    Duty pam berfungsi untuk menjana air daripada tangki simpanan air kepadahose reel.

    Apabila hose reeldigunakan, duty pam akan beroperasi secara automatik. Pam diperiksa bagi

    ia berada dalam keadaan baik dan tiada berlaku kebocoran pada paip yang mana mungkin

    akan menyebabkan berlakunya tekanan air rendah pada hose reel

    9.

    Pemeriksaan pam tunggu sedia - standby pump

    Standbypam merupakan pam sokongan bagi dutypam. Jika duty pam tidak dapat menampung

    penggunaan air yang banyak oleh hose reel, standby pam secara automatik akan beroperasi.

    Selain dari itu ia juga akan beroperasi seandainya berlaku bekalan elektrik terputus. Pam ini

    menggunakan minyak diesel. Ia diperiksa dan perlu berada dalam keadaan baik dan bersedia

    untuk membantu duty pam beroperasi.

    10.

    Pemeriksaan kotak kaca - breakglass

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    5/6

    Break glass diperiksa sama ada kaca tersebut berada dalam kedudukan yang betul dan

    bersentuhan dengan suis. Apabila kaca dipecahkan, ia akan menghantar isyarat kepada panel

    penggera - alarm dan seterusnya loceng akan berbunyi. CMS?

    y Panel penggera alarmyang menerima isyarat dari breakglassakan menghantarisyarat terus kepada panel penggera di Jabatan Keselamatan melalui CMS.

    y Dengan ini Jabatan Keselamatan dapat mengetahui hal-hal kecemasan di satu-satutempat

    11.

    Pemeriksaan loceng kecemasan

    Loceng kecemasan berfungsi untuk memberi amaran jika berlaku kebakaran. Ia diperiksa bagi

    memastikan loceng berada dalam keadaan baik.

    12.

    Pemeriksaan sistem CO2

    Sistem CO2 terdapat didalam bilik suis transformer atau genset. Ia merupakan perlindungan

    kepada bilik tersebut dan peralatannya sekiranya berlaku kebakaran. Ia perlu sentiasa berada

    dalam keadaan baik.

    13.

    Pemeriksaan sistem panel penggera - alarm

    Sistempanel alarm ini berfungsi untuk menerima isyarat daripada peralatan pencegah

    kebakaran lain seperti pengesan asap - smoke, haba- heat, kotak kaca - break glass dan

    sebagainya. Ia perlu diperiksa bagi berada dalam sentiasa berada dalam keadaan normal.

  • 8/2/2019 Penyenggaraan Sistem Pencegah Kebakaran Odin

    6/6

    Tips Semasa Kebakaran

    Menutup pintu

    Pintu yang terbuka akan mempercepatkan api, asap dan haba merebak kedalam bilik-bilik tersebut

    sekiranya berlaku kebakaran. Oleh yang demikian adalah digalakkan supaya anda menutup pintu

    semua bilik agar anda mempunyai lebih masa untuk menyelamatkan diri.

    Kepanasan Pintu Sebelum Dibuka

    Apabila hendak membuka pintu ruang yang terbakar, anda anda akan terdedah kepada bahaya daripada haba,asap dan lidah api yang boleh mendatangkan kecelakaan.Sekiranya anda terperangkap di dalam bilik semasa kebakaran, sebelum membuka pintu anda hendaklah merasaikehangatan daun pintu, tombol dan bingkai pintu dengan menggunakan belakang tangan. Sekiranya daun pintuatau tombol tersebut terasa panas, jangan buka pintu dan carilah jalan alternatif.Sekiranya daun pintu tersebut tidak panas, anda hendaklah melutut dan melekapkan bahu ke daun pintu terlebihdahulu sebelum membuka pintu secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Tindakan ini perlu diambil bagi

    mengelakkan serbuan lidah api dan asap yang biasanya memenuhi bahagian bahagian atas ruang.Jika haba dan asap mula memasuki bilik, tutup pintu rapat-rapat dan tutup semua ruang atau lubang dibawahpintu dengan menggunakan tuala, cadar, selimut dan apa sahaja terdapat didalam bilik tersebut.