PERSATUAN PENCEGAH TB SARAWAK (ANTI-TUBERCULOSIS ...
Transcript of PERSATUAN PENCEGAH TB SARAWAK (ANTI-TUBERCULOSIS ...
PERSATUAN PENCEGAH TB SARAWAK
(ANTI-TUBERCULOSIS ASSOCIATION SARAWAK)
21 February 2012
Ceramah mengenai kesedaran Tibi telah diadakan di Sekolah Menengah Ker. Wira Penrissen untuk
Guru-guru dan murid-murid.
21 Mac 2012
Staf dari unit TBCP/LCP dan Setiausaha Kehormat A.T.A.S telah berkunjung ke Kampong Mongkos
mengadakan program Kesedaran Tibi dan membuat kunjungan ke-rumah panjang Mujat di Daerah
Serian, Sarawak.
24 – 25 Mac 2012
Ahli Jawatankuasa A.T.A.S dan staf dari Unit TBCP/LCP sedang menjalankan aktiviti survey
penyakit Tibi rumah kerumah dengan mengambil sampel kahak di Kampong Samariang Batu,
Kuching, Sarawak.
14 April 2012
Saringan Tibi dan Pendidikan Kesihatan telah dijalankan oleh kakitangan-kakitangan dari unit
TBCP/LCP Klinik ATAS dan Setiausaha ATAS En. Michael Au melawat kilang C. S. Choice Food
Industries Sdn Bhd Bintawa, Kuching untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, ceramah dan ujian
kahak bagi kakitangan dan pekerja-pekerja. Kes TB telah dikesan salah seorang pekerja dan beliau
menjalani rawatan selama 6 bulan
.
17 – 18 April 2012
Persatuan A.T.A.S bersama staf Unit TBCP/LCP menjalankan aktiviti kunjungan kerumah pesakit
yang mengidap penyakit Tibi. Dalam kunjungan tersebut, keluarga pesakit diberi taklimat dan
memastikan pesakit makan ubat setiap hari.
17 – 18 April 2012
Persatuan A.T.A.S bersama staf Unit TBCP/LCP menjalankan Program Saringan dan Kesedaran
Penyakit Tibi dengan mengambil sampel kahak. Memberi taklimat tentang penyakit Tibi kepada
penghuni-penghuni Penjara Pusat Puncak Borneo, Kuching, Sarawak. Pameran Poster telah
dipasang selama 2 hari di Premis Penjara.
11 Mei 2012
Setiausaha ATAS, En. Michael Au dan kakitangan dari unit TBCP/LCP, Klinik ATAS, iaitu En. Fredie
Christopher Kiding, En. Tay Chong Ping dan En. Mohd Soberi Hamdan melawat M/S Everise Ibu
Pejabat untuk memberi ceramah kesedaran dan pencegahan mengenai penyakit Tibi kepada kira-
kira 80 kakitangan dan pekerja-pekerja. X-ray untuk semua kakitangan juga telah diatur
berperingkat-peringkat yang akan diadakan di Klinik X-ray di Kuching.
19 Mei 2012
Persatuan A.T.A.S bersama staf Unit TBCP/LCP menjalankan Program Survei Tibi, dengan
mengunjung rumah kerumah penduduk Kampong Sumbang, Daerah Teng Bukap, Pandawan
Kuching, Sarawak. Mengambil sampel kahak dan menjalankan suntikan Ujian “Mantoux” ke atas
kanak-kanak dan orang dewasa.
22 – 23 Mei 2012
Kursus Program Kawalan Penyakit Tibi/Kusta untuk Para-Medik telah diadakan di Klinik Tebakang,
Daerah Serian. Naib Presiden ATAS, En. Douglas ak Rundy dan Jawatankuasa Eksekutif, Tuan
Hj. Sapiee Hj. Lundu juga membentangkan kertas-kerja mereka kepada peserta sebagai “Facilitors”.
Setiausaha ATAS turut hadir sama.
23 Mei 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan ATAS bersama dengan staf-staf Unit TBCP/LCP menjalankan
Program Kesedaran Tibi, Pameran Poster, Taklimat Kesihatan dan pengambilan sampel kahak ke
atas penghuni-penghuni yang dibawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan.
24 – 25 May 2012
Persatuan A.T.A.S. dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Sarawak
telah mengadakan program Ceramah mengenai Penyakit Tibi dan Program Kawalan Tibi dan Kusta
kepada pelatih-pelatih dan Penolong Pegawai Perubatan di Kolej Sains Kesihatan Persekutuan di
Jalan Puncak Borneo, Kuching.
12 -15 Jun 2012
Persatuan A.T.A.S bersama-sama Unit TBCP/LCP Bahagian Kuching, Hospital Daerah Bau telah
membuat kunjungan ke Kampong Serikin, Bau dengan menganjurkan program-program berikut:-
Saringan Penyakit Tibi, Mass Sputum Survei, Pendidikan Kesihatan, Pemberian Ujian “Mantoux test”
untuk kanak-kanak berumur 1 – 7 tahun.
19 – 22 Jun 2012
Persatuan A.T.A.S bersama-sama Unit TBCP/LCP Bahagian Kuching, Klinik A.T.A.S dan staf-staf
dari Daerah Hospital Bau telah membuat kunjungan ke Kampong Bogag dengan menganjurkan
aktiviti-aktiviti seperti:- Saringan Penyakit Tibi, Mass Sputum Survei, Pendidikan Kesihatan,
Pemberian Ujian “Mantoux test” pada kanak-kanak berumur 1 – 7 tahun.
23 – 24 Jun 2012
Persatuan A.T.A.S bersama-sama Unit TBCP/LCP Bahagian Kuching dan Staf-staf dari Klinik
A.T.A.S telah berkunjung ke Kampong Pinang Jaya, Kuching dengan menjalankan program aktiviti-
aktiviti seperti berikut:- Saringan Penyakit Tibi, Mass Soutum Survei, Pendidikan Kesihatan,
Menjalankan Ujian Tuberkulin.
27 Jun 2012
Naib Presiden Persatuan Pencegah T.B. Sarawak (A.T.A..S) En. Douglas ak Rundy telah memberi
ceramah mengenai penyakit Tibi kepada Jururawat-jururawat pelatih dari UNIMAS
26 – 29 Jun 2012
Setiausaha ATAS, En Michael Au bersama-sama Unit TBCP/LCP Bahagian Kuching dan Staf-staf
dari Klinik ATAS mengadakan “Program Mass Sputum Survei” yang telah diadakan di Kampung Sg
Sapit, Padawan seperti Saringan Penyakit Tibi, Mass Sputum Survei, Pendidikan Kesihatan,
Menjalankan Ujian Mantoux pada kanak-kanak 1 – 7 tahun, mengedarkan risalah Tibi.
9 – 13 Julai 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Pencegah Penyakit T.B. Sarawak (A.T.A.S) bersama-sama
mengadakan program pertandingan kuiz dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur
dibawah 10 tahun di Kampung Sempadi, Daerah Lundu, disamping itu petugas-petugas perubatan
menjalankan suntikan ujian “Mantoux” untuk kanak-kanak yang berumur 1 – 7 tahun dan mengambil
sampel kahak bagi orang dewasa yang berumur 60 tahun keatas.
14 – 15 Julai 2012
Program ACD Mass Sputum Survei Di Kampung Sg. Midin, Semariang, Kuching, Sarawak. Ahli
Jawatankuasa Persatuan Pencegah Penyakit T.B. Sarawak (A.T.A.S) bersama-sama menjayakan
program ACD, Saringan Penyakit Batuk, Mass Sputum Survei, Pemberian Ujian Tuberkulin kepada
golongan berisiko dan Pendidikan Kesihatan yang telah diadakan di Kampong Sg Midin, Samariang,
Kuching, Sarawak.
18 – 19 Julai 2012
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) telah dijemput menghadiri Kursus Pengurusan
Penyakit Tibi Untuk Paramedik 2012 di Klinik Kesihatan, Bahagian Sibu, Sarawak
13 Ogos 2012
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf-staf dari Unit TBCP/LCP Klinik
A.T.A.S telah membuat kunjungan ke Sekolah Menengah Pending dengan mengadakan ceramah
Tibi dan ”Mantoux Test” kepada murid-murid sekolah berkenaan.
10 – 14 Sept 2012
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S), staf-staf dari Unit TBCP/LCP Hospital Daerah
Serian dan staf-staf dari KK Bunan Gega Serian bersama-sama mengadakan Program
Survei Penyakit Tibi selama 5 hari berturut-turut di Kampong Mujat, Kapong Piching, Sorak, Melikan,
Merakai dan Temong Daerah Serian, Sarawak.
22 – 23 Sept 2012
Seramai 27 staf dari Klinik A.T.A.S., Unit TB Kusta Bahagian Kuching dan ahli Jawatankuasa
A.T.A.S bersama-sama menjayakan Program Pengesahan penyakit Tibi di perumahan Flat PPR
Taman Sepakat Jaya, Demak Laut, Kuching, Sarawak. Saringan Penyakit Batuk, Pemeriksaan
Kahak, Pendidikan Kesihatan dan Pemberian Ujian Tuberkulin untuk golongan berisiko telah
dijalankan.
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf dari Unit TBCP/LCP Klinik A.T.A.S
bersama-sama mengadakan Program Survei Penyakit Tibi di Kampong Tanjong Bako, Kuching,
Sarawak.
22 Sept 2012
Persatuan Pencegah Penyakit Tibi Sarawak (ATAS) juga mengambil bahagian Program Karnival
Kesedaran Tibi & Jelajah Sihat Bersama Komuniti bertempat di Esplanade Tebingan Sungai
Kuching, Sarawak. Persatuan A.T.A.S telah memasang poster-poster mengenai penyakit Tibi,
pengedaran risalah Tibi dan menaja hadiah pertandingan kuiz untuk kanak-kanak dan orang awam
di Karnival tersebut.
6 Okt 2012
Sukarelawan “We Care We Share dianjurkan oleh Kementerian Kebajikan Wanita dan
Pembangunan Keluarga Sarawak diadakan di Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching. Acara ini telah
dirasmikan oleh YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak
8 – 10 Okt 2012
Ahli Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf-staf dari Unit TBCP/LCP
Bahagian Kuching bersama-sama menganjurkan Kursus Pengurusan Penyakit Tibi Untuk Para-
Medik yang diadakan di Kem Belia Pueh, Sematan, Daerah Lundu, Sarawak. Y. Bhg Datin Louise
Luncha Kanyan telah dijemput merasmikan kursus tersebut.
12 Okt 2012
Ahli Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf-staf dari Unit TBCP/LCP telah
mengadakan aktiviti kesedaran penyakit Tibi di Sekolah Menengah Vokasional Matang. Seramai 850
pelajar termasuk guru-guru, staf dan pekerja-pekerja telah suntik bagi mengesan penyakit Tibi.
14 Okt 2012
Ahli Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf-staf dari Unit TBCP/LCP Klinik
(ATAS) , Klinik Batu Kawa dan Rukun Tertangga Flet Taman Sri Makmur Matang, Kuching telah
menjalankan aktiviti pengesanan penyakit Tibi kepada penduduk-penduduk tersebut seperti:-
Saringan penyakit Tibi, Pemeriksaan Kesihatan, Pendidikan Kesihatan,
Pemeriksaan rumah kerumah dan Pemberian Ujian Tuberkulin unguk golongan berisiko terhadap
penyakit Tibi.
25 Okt 2012
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak (A.T.A.S) dan staf-staf dari Unit TBCP/LCP Daerah
Serian bersama-sama menjalankan program Kursus Kawalan Penyakit Tibi untuk Para-Medik
Bahagian Samarahan 2012 yang telah diadakan di PK Tebakang, Daerah Serian, Sarawak
29 Okt 2012
Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama staf-staf dari Unit TBCP/LCP Klinik (ATAS)
dan juga staf-staf dari Pejabat Perubatan Division Kuching melawat ke Sekolah Kebangsaan Saint
Francis Xavier, Seratau. Mereka diberitahu salah seorang guru telah dijangkiti penyakit Tibi dan
sekarang beliau menerima rawatan harian di Hospital.
30 Okt 2012
Program Saringan (Kontak) penyakit Tibi dan Ujian Tuberkulin diadakan di Ibu-pejabat Jabatan Kerja
Raya di Wisma Saberkas, Jln Tun Hj. Openg, Kuching. Seramai 600 kakitangan telah diberikan
“Mantoux Test”. Setiausaha, En. Micheal Au juga menyertai kakitangan TBCP/LCP Klinik ATAS dan
jururawat-jururawat dari bahagian Pejabat Perubatan, Kuching’ Sarawak.
3 – 4 Nov 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama-sama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) Kuching telah membuat kunjungan pintu kepintu kekampong Belimbing
Islam, Padawan, Kuching. Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti talimat kesihatan, calitan
kahak dan suntikan ujian “Mantoux”
]
5 – 7 Nov 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama-sama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) Kuching telah membuat kunjungan ke kampong Tanjong Embang,
Kuching. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ujian calitan kahak dan suntikan ujian
“Mantoux”.
18 Nov 2012
Program Pengesanan Penyakit Tibi olih Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB
Sarawak bersama staf-staf dari Unit TBCP/LCP Klinik (ATAS) bersama-sama membuat kunjungan
pintu kepintu di Flet Pending Height 2, Kuching, Program yang telah dijalankan adalah seperti
pemeriksaan kahak dan “Mantoux Injections”.
20 Nov 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama-sama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) Kuching telah berkunjung ke Kilang Toko dan Syarikat SESCO Berhad.
Pemeriksaan calitan kahak dan suntikan ujian “mantoux” telah diberikan kepada mereka..
24 Nov 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) telah berkunjung ke Bandar Baru Samariang, Kuching dengan
menjalankan program survey seperti:- Saringan Penyakit Batuk, Mass Sputum Survei, Pendidikan
Kesihatan, Pemeriksaan dari rumah kerumah, Pemberian Ujian Tuberkulin.
1 Dis 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) bersama-sama turun ke penempatan pekerja Kilang Kion Seng Sdn Bhd,
Kuching, Sarawak dengan menjalankan program seperti:-.Saringan Penyakit Batuk, Mass Sputum
Survei, Pendidikan Kesihatan, Pemberian Ujian Tuberkulin.
9 Dis 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP Klinik (ATAS) turut serta menjalankan program saringan penyakit Tibi yang telah
diadakan di Taman Flat Arbi, Kuching, Sarawak. Program tersebut adalah seperti berikut:- Saringan
Penyakit Batuk, Mass Sputum Survei, Pendidikan Kesihatan dan Pemberian Ujian Tuberkulin.
15 Dis 2012
Ahli Jawatankuasa Persatuan Mencegah Penyakit TB Sarawak bersama staf-staf dari Unit
TBCP/LCP daerah Kuching telah menjalankan survei mengenai penyakit Tibi di Kampong Gayu,
Padawan, Kuching Sarawak. Aktiviti-aktiviti adalah seperti berikut:- Saringan Penyakit Batuk, Mass
Sputum Survei, Pendidikan Kesihatan, Pemberian Ujian Tuberkulin.