PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

19
TAJUK: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM NAMA NO MATRIK 1.MUHAMMAD MUJIBUDDIN BIN MUSTAIN 15DTP08F2016 2.MOHD NOR AZMEER BIN AMIR 15DTP08F2012 3.MOHD FADZLI BIN ABD RASYID 15DTP08F2028 4.MUHAMMAD YASIN BIN ZAINOL ABIDIN 15DTP08F2011 5.AHMAD FARHAN BIN SHAMSURY 15DTP08F2031 KURSUS: DTP 2 PENSYARAH: EN MOHAMMAD AMIN BIN HASAN

description

present

Transcript of PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

Page 1: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

TAJUK: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM

NAMA NO MATRIK

1.MUHAMMAD MUJIBUDDIN BIN MUSTAIN 15DTP08F20162.MOHD NOR AZMEER BIN AMIR 15DTP08F20123.MOHD FADZLI BIN ABD RASYID 15DTP08F20284.MUHAMMAD YASIN BIN ZAINOL ABIDIN 15DTP08F20115.AHMAD FARHAN BIN SHAMSURY 15DTP08F2031

KURSUS: DTP 2

PENSYARAH: EN MOHAMMAD AMIN BIN HASAN

Page 2: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN AM 1

2. OBJEKTIF 2

3. PENGENALAN TENTANG HUKUM ANAK SUSUAN DALAM PERKAHWINAN 3-5

4. HUKUM ANAK SUSUAN 6

5. HARAM PERKAHWINAN DENGAN SEBAB PENYUSUAN 7

6. ANAK SUSUAN DALAM HUKUM HARAM PERNIKAHAN 8

7. PERMASALAHAN PERIHAL RADHA‘ (PENYUSUAN) 9-10

8. PENUTUP DAN KESIMPULAN 11

9. RUJUKAN (BUKU,INTERNET) 12-13

10. LAMPIRAN 14-16

Page 3: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

PENGENALAN AM PENYUSUAN

• Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha‘ atau radha‘ah merupakan satu cara kehidupan semula jadi manusia.

• Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

• Seorang ibu yang melahirkan anak harus menyusukan anaknya itu kerana pada susu ibu itu terdapat pelbagai zat yang baik untuk anak tersebut.

• Sesungguhnya menyusukan anak damit (angkat) mempunyai kelebihan yang amat banyak. Menurut hasil kajian pakar perubatan, susu ibu itu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan untuk perkembangan dan kesihatan anak damit. Ia juga mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak dan daya intelek yang lebih baik. Susu ibu juga boleh mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik dan boleh mencegah penyakit lain seperti lelah, ekzema, sakit perut, sembelit dan sindrom kematian mengejut anak damit. Selain daripada itu susu ibu boleh mewujudkan dan mempereratkan hubungan rapat antara ibu dan anak damit.

1

Page 4: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

OBJEKTIF

DI DALAM BAB PENYUSUAN INI PELBAGAI PERKARA MENGENAI PENYUSUAN AKAN DAPAT KITA PELAJARI BERKAITAN DENGANNYA. ANTARANYA IALAH :

 

• HUKUM MENGENAI PENYUSUAN

• ORANG-ORANG YANG HARAM BERKAHWIN KERANA PENYUSUAN

• DALIL & HADIS YANG MENGUATKAN PERNYATAAN MENGENAI PENYUSUAN

• RUKUN YANG BERKAITAN PENYUSUAN ANAK

• DAPAT MEMAHAMI MASALAH & PERSOALAN BERKAITAN PENYUSUAN

• MENGELAKKAN DIRI DARIPADA DIBELENGGU MASALAH BERKAITAN PENYUSUAN

• MENINGKATKAN PENGETAHUAN KESELURUHAN MENGENAI PENYUSUAN

• MENGUBAH PERSEPSI SESETENGAH PANDANGAN MASYARAKAT YANG SONGSANG MENGENAI HUKUM HAKAM PENYUSUAN

2

Page 5: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

PENGENALAN MENGENAI HUKUM PENYUSUAN DALAM PERKAHWINAN ISLAM

• Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya

Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak damit itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah.

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak damit itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari.

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak damit berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut

3

Page 6: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

• Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."(Hadis riwayat Muslim)

• Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)

4

Page 7: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

• Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak damit dengan susu dadanya, nescaya anak damit itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri.

Jika terputus anak damit itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

5

Page 8: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

HUKUM ANAK SUSUAN

• Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari)

Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat.

• Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)

6

Page 9: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

HARAM PERKAHWINAN DENGAN SEBAB PENYUSUAN• 1.      Ibu yang menyusukan itu telah baligh.

• 2.      Anak yang disusukan itu berusia dua tahun, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

• Ertinya : Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun.

• (Riwayat Al-Dar Qatni)

• 3.      Bilangan menyusunya sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang, sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Aishah :

• Ertinya : Adalah pada ayat yang diturunkan dari Quran ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja.

• (al-Hadith)

• 4.      Susu yang diberi kepada anak-anak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak  itu pada kelima-lima kalinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

• Ertinya :Tidak diharamkan  kahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun.

• (Riwayat : At-Tarmidzi)

• Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

7

Page 10: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

ANAK SUSUAN DALAM HUKUM HARAM PERNIKAHAN

• Apabila seorang perempuan menyusukan anak damit orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak damit itu.

• Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:

i. Perempuan yang menyusukan

ii. Suami ibu susuan

iii. Ibu bapa kepada ibu susuan

iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan

v. Adik beradik kepada ibu susuan

8

Page 11: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

• vi. Adik beradik kepada bapa susuan

vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan

viii. Anak-anak kepada ibu susuan

ix. Anak-anak kepada bapa susuan

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak damit yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.

9

Page 12: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

PERMASALAHAN PERIHAL RADHA‘ (PENYUSUAN)

• i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar

Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)

• ii. Penyusuan Anak Damit Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya

Di antara syarat penyusuan anak damit itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak damit, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak damit tersebut sebagai anak susuan.

Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti

telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak damit itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak damit dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.

10

Page 13: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

• iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur

Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak damit itu.

Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak damit itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut.

Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak damit tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)

11

Page 14: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

PENUTUP DAN KESIMPULAN

• Setelah selesai mengenai bab penyusuan ini, banyak muqaddimah yang dapat yang secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan dan ilmu kita. Kita juga akan dapt lebih memahami dan mendalami tentang hukum hakam yang berkaitan dengan penyusuan sperti di dalam bab perkahwinan. Antaranya ialah perkahwinan yang melibatkan anak susuan. Kita juga dapat mengelakkan diri kita dari menyalah tafsirkan pernyatan tentang penyusuan dan hukum hakam yang berkaitan denganya. Kita juga sedikit sebanyak dapat menambah ilmu kita tentang perkahwinan iaitu mengenai apa yang haram dan apa yang halal.Melalui pembentangan ini juga kita akan lebih berhati-hati tentang perkahwinan pada generasi anak-anak kita kelak.

12

Page 15: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

LAMPIRAN

13

Page 16: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

14

Page 17: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

15

Page 18: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

RUJUKAN (BUKU)

16

Our Ref:PJ-0469

Author:Muhamad Al Mansur

ISBN:983-077-470-8

Pages:435, Hardcover,

Page 19: PENYUSUAN DAN HUKUMNYA MENURUT ISLAM.ppt

1. umihassan.blogspot.com/.../penyusuan-susuibu-pelaburan-terbaik.html

2. ilmudanulamak.blogspot.com/.../penyusuan-oleh-seorang-gadis.html

3. ms.forkus.com/d/susu-badan--mengandung.../page_3.htm

4. doaharian.blogspot.com/.../hukum-perkahwinan-dalam-islam.html

5. hikmatun.wordpress.com/.../perkahwinan-dan-hukum-hukumnya/

6. qurratulaini.wordpress.com/2008/07/.../hukum-isu-penyusuan/

17

RUJUKAN (INTERNET)