PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TING 4 2015 TERENGGANU (ZON MARANG) : SEJARAH KERTAS 3

4
SULIT Sejarah 1249/3 1 1249/3 © PPT 2015 SULIT PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 1249/3 TINGKATAN 4 SEJARAH Kertas 3 Mei 3 jam Tiga jam 1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum. 2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan. 3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan. Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

description

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TING 4 2015 TERENGGANU (ZON MARANG) : SEJARAH KERTAS 3

Transcript of PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TING 4 2015 TERENGGANU (ZON MARANG) : SEJARAH KERTAS 3

  • SULIT Sejarah 1249/3

    1 1249/3 PPT 2015 SULIT

    PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 1249/3 TINGKATAN 4 SEJARAH Kertas 3 Mei

    3 jam Tiga jam

    1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

    2. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

    3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

    Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah

  • SULIT Sejarah 1249/3

    2 1249/3 PPT 2015 SULIT

    ARAHAN KEPADA GURU

    1. Guru hendaklah memastikan tema umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

    2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang tema umum supaya calon membuat persediaan untuk menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

    3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari peperiksaan.

    4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai, mengenal pasti kedudukan setiap maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

    5. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

    ARAHAN KEPADA CALON

    1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan.

    2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

    3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.

    4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

    5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

    6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

    7. Penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan hendaklah tidak mengganggu calon lain.

    TEMA UMUM: Kerajaan Islam di Madinah Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dari Makkah ke Madinah telah membuka lembaran baru kepada perkembangan Tamadun Islam. Semasa di Madinah Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah.

    KERTAS SOALAN TAMAT

  • SULIT 1249/3

    TUGASAN SPESIFIK

    Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dari Makkah ke Madinah telah membuka lembaran baru kepada perkembangan Tamadun Islam. Semasa di Madinah Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam Madinah. Bincangkan tentang peristiwa hijrah dan pembentukan kerajaan Islam Madinah oleh Nabi Muhammad SAW.

    Aspek Perincian Markah

    Pengenalan 1. Konsep hijrah mengikut pandangan Islam. 5 markah

    Isi dan Huraian

    2. Sebab dan tujuan Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. 10 markah

    3. Kepentingan hijrah kepada perkembangan tamadun Islam. 25 markah

    4. Isi kandungan Piagam Madinah yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad SAW.

    20 markah

    5. Bagaimanakah kita dapat memanfaatkan peristiwa hijrah untuk kemajuan negara kita Malaysia?.

    10 markah

    6. Kejayaan yang dicapai oleh negara setelah memanfaatkan peristiwa hijrah. 10 markah

    7. Kerajaan sentiasa berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur.

    (a) Apakah masalah-masalah yang timbul untuk mencapai hasrat tersebut?

    (b) Bagaimanakah masalah-masalah itu dapat diatasi?

    10 markah

    8. Iktibar yang diperoleh daripada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dari Makkah ke Madinah.

    5 markah

    1249/3 PPT T42015 2 SULIT

  • SULIT 1249/3

    Aspek Perincian Markah

    Kesimpulan 9

    Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan:

    (a) Pengetahuan yang diperoleh.

    (b) Nilai / unsur patriotisme berdasarkan tajuk.

    (c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang.

    5 markah

    KERTAS SOALAN TAMAT

    1249/3 PPT T42015 3 SULIT

    TEMA UMUM K3 PPT T4 2015SOALAN TUGASAN SPESIFIK K3 PPT T4 2015