Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah · PDF filePeraduan MAGGI® Gawai berakhir...

3
UNTUK SIARAN SEGERA Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah KUCHING, 1 Ogos 2015 MAGGI® hari ini menutup tirai peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Gawai dengan cabaran akhir untuk finalis Sarawak bagi menentukan pemenang Hadiah Utama berupa sebuah trak pikap. MAGGI® melancarkan peraduan ini pada bulan Mei dan menganjurkan pameran bergerak untuk mencipta detik-detik kenangan bagi pengguna bersama keluarga dan masyarakat. Orang ramai yang membeli mi MAGGI® sepanjang tempoh peraduan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat termasuk ganjaran tunai setiap minggu. Peraduan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat di Sarawak dan beribu-ribu penyertaan diterima sepanjang enam minggu tempoh peraduan yang berakhir pada 11 Jun 2015. Pusingan akhir peraduan berlangsung hari ini di pusat beli-belah The Spring dengan dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Industri Pembangunan. Pengguna yang menyertai peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Gawai dikehendaki menjawab tiga soalan dan mengemukakan borang peraduan bersama dengan bukti pembelian, yang merupakan pembungkus individu Mi 2-Minit MAGGI® / MAGGI® Big atau Mi MAGGI® Royale. Peringkat pertama menawarkan 10 hadiah mingguan berupa RM300 setiap satu yang diberikan sepanjang tempoh peraduan. Enam finalis berikut kemudian dipilih untuk pusingan akhir: 1. Tan Wun Kwan, 59 tahun, dari Miri 2. Titus Chin Yu Tet, 35 tahun, dari Kuching 3. Kho Bee Chan, 60 tahun, dari Kuching 4. Junid bin Ali tahun, 52, dari Kota Samarahan 5. Dong Suk Soo, 67 tahun, dari Sarikei 6. Law Hung Hiong, 71 tahun, dari Bintulu Untuk pusingan pertama peraduan, iaitu Cabaran Mi Goreng MAGGI®, finalis dikehendaki memasak Mi Goreng MAGGI® versi mereka sendiri yang kemudian dinilai dan diberi markah berdasarkan kelazatan rasa dan persembahan, yang mengambil kira kaedah memasak yang betul dan tarikan visual. Dalam pusingan kedua, finalis perlu menyusun suai gambar untuk membentuk dua visual produk MAGGI® dengan secepat mungkin untuk memenangi cabaran kedua. Pusingan ketiga adalah Mencari Bahan Kari MAGGI®. Finalis dikehendaki mengingati pelbagai rempah dan herba yang digunakan dalam MAGGI® 2 Minit Mi Kari dan kemudian mencari semua bahan tersebut dalam masa paling singkat. Titus Chin Yu Tet telah diisytiharkan sebagai pemenang utama peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Kaamatan setelah mengumpul markah tertinggi daripada ketiga-tiga pusingan dan membawa pulang trak pikap Toyota Hilux Double Cab 2.5g. Pemenang Hadiah Kedua iaitu Junid bin Ali dan Kho Bee Chan pula membawa pulang motosikal Honda Wave 110 DX manakala finalis lain Tan Wun Kwan, Dong Suk Soo dan Law Hung Hiong memenangi set televisyen LED 50 inci setiap satu sebagai Hadiah Ketiga. . SIARAN MEDIA

Transcript of Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah · PDF filePeraduan MAGGI® Gawai berakhir...

Page 1: Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah · PDF filePeraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah KUCHING, ... Sarawak,” kata Ivy Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan MAGGI®,

UNTUK SIARAN SEGERA

Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah

KUCHING, 1 Ogos 2015 – MAGGI® hari ini menutup tirai peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Gawai dengan

cabaran akhir untuk finalis Sarawak bagi menentukan pemenang Hadiah Utama berupa sebuah trak pikap.

MAGGI® melancarkan peraduan ini pada bulan Mei dan menganjurkan pameran bergerak untuk mencipta detik-detik

kenangan bagi pengguna bersama keluarga dan masyarakat. Orang ramai yang membeli mi MAGGI® sepanjang

tempoh peraduan berpeluang untuk memenangi hadiah hebat termasuk ganjaran tunai setiap minggu.

Peraduan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat di Sarawak dan beribu-ribu

penyertaan diterima sepanjang enam minggu tempoh peraduan yang berakhir pada 11 Jun 2015.

Pusingan akhir peraduan berlangsung hari ini di pusat beli-belah The Spring dengan dihadiri oleh Yang Berbahagia

Datuk Peter Nansian Ngusie, Menteri Muda Industri Pembangunan.

Pengguna yang menyertai peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Gawai dikehendaki menjawab tiga soalan dan

mengemukakan borang peraduan bersama dengan bukti pembelian, yang merupakan pembungkus individu Mi 2-Minit

MAGGI® / MAGGI® Big atau Mi MAGGI® Royale. Peringkat pertama menawarkan 10 hadiah mingguan berupa

RM300 setiap satu yang diberikan sepanjang tempoh peraduan. Enam finalis berikut kemudian dipilih untuk pusingan

akhir:

1. Tan Wun Kwan, 59 tahun, dari Miri 2. Titus Chin Yu Tet, 35 tahun, dari Kuching 3. Kho Bee Chan, 60 tahun, dari Kuching 4. Junid bin Ali tahun, 52, dari Kota Samarahan 5. Dong Suk Soo, 67 tahun, dari Sarikei 6. Law Hung Hiong, 71 tahun, dari Bintulu

Untuk pusingan pertama peraduan, iaitu Cabaran Mi Goreng MAGGI®, finalis dikehendaki memasak Mi Goreng

MAGGI® versi mereka sendiri yang kemudian dinilai dan diberi markah berdasarkan kelazatan rasa dan

persembahan, yang mengambil kira kaedah memasak yang betul dan tarikan visual.

Dalam pusingan kedua, finalis perlu menyusun suai gambar untuk membentuk dua visual produk MAGGI® dengan

secepat mungkin untuk memenangi cabaran kedua.

Pusingan ketiga adalah Mencari Bahan Kari MAGGI®. Finalis dikehendaki mengingati pelbagai rempah dan herba

yang digunakan dalam MAGGI® 2 Minit Mi Kari dan kemudian mencari semua bahan tersebut dalam masa paling

singkat.

Titus Chin Yu Tet telah diisytiharkan sebagai pemenang utama peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Kaamatan

setelah mengumpul markah tertinggi daripada ketiga-tiga pusingan dan membawa pulang trak pikap Toyota Hilux

Double Cab 2.5g. Pemenang Hadiah Kedua iaitu Junid bin Ali dan Kho Bee Chan pula membawa pulang motosikal

Honda Wave 110 DX manakala finalis lain Tan Wun Kwan, Dong Suk Soo dan Law Hung Hiong memenangi set

televisyen LED 50 inci setiap satu sebagai Hadiah Ketiga.

.

SIARAN MEDIA

Page 2: Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah · PDF filePeraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah KUCHING, ... Sarawak,” kata Ivy Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan MAGGI®,

UNTUK SIARAN SEGERA

Pusingan akhir peraduan Nikmati Mi MAGGI® & Menang Gawai adalah sebahagian daripada karnival MAGGI® yang

bermula pada hari Jumaat dan berakhir Ahad. Selain menyaksikan sesi demonstrasi masakan dari Chef Muluk, orang

ramai yang membeli produk MAGGI® juga layak menerima pelbagai hadiah menarik. Pengunjung juga berpeluang

untuk merasai kelazatan resipi MAGGI® semasa aktiviti persampelan makanan di acara ini yang tamat pada hari

Ahad.

“Kami di MAGGI® berhutang budi kepada masyarakat di Sarawak yang menunjukkan sokongan kepada kami selama

ini dan peraduan Nikmati MI MAGGI® & Menang Gawai adalah satu cara bagi kami memberi ganjaran kepada

pengguna setia kami. Peraduan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan memberi peluang

kepada kami untuk lebih mengenali pengguna kami dan memupuk hubungan yang lebih akrab dengan masyarakat di

Sarawak,” kata Ivy Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad.

MAGGI® percaya bahawa makanan yang disediakan dengan sentuhan kasih sayang dan apabila dimakan bersama,

dapat merapatkan hubungan keluarga. Demonstrasi masakan dan aktiviti lain juga telah membolehkan kami

membawa keseronokan dan pengalaman menikmati masakan di rumah kepada penduduk Sabah. Kami teruja kerana

dapat berkongsi resipi sambil menekankan kepentingan untuk menyediakan sajian makanan yang lazat dan berkhasiat

untuk dinikmati oleh seisi keluarga,” tambahnya.

Untuk maklumat lanjut tentang MAGGI®, sila ke laman www.maggi.com.my atau www.facebook.com/MaggiMalaysia,

atau hubungi Talian Percuma Khidmat Pengguna Nestlé di 1-800-88-3433 antara 8 pagi dan 8 malam, dari Isnin

hingga Jumaat.

Mengenai MAGGI®

MAGGI® ialah jenama global yang diiktiraf dan menjadi sebutan ramai di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detik-

detik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Menerusi pelbagai rangkaian produk dan

penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu ibu-ibu menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang

untuk keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, dengan

menghasilkan inovasi produk yang digemari oleh seisi keluarga di Malaysia sejak zaman-berzaman.

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé yang merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia serta merupakan peneraju Pemakanan, Kesihatan dan

Kesejahteraan, beribu pejabat di Vevey, Switzerland. Sejak tahun 1866, Nestlé komited untuk menawarkan produk bermutu tinggi,

lazat, selamat dan berkhasiat kepada para pengguna kami, sejajar dengan janji Good Food, Good Life kami. Menjana khasiat

rakyat Malaysia sejak tahun 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi jenama dan produk berkualiti kami,

serta komitmen untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi. Di Nestlé, para pengguna kami

merupakan nadi dalam segala yang kami lakukan. Kami memberi nikmat kepada para pengguna melalui tawaran produk yang

mempunyai kualiti yang terbaik; sejajar dengan asal-usul kami di Switzerland sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan

produk Halal kami. Untuk maklumat lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari

www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Maxine Lim

Nestlé (Malaysia) Berhad Tel: (+603) 7965 5185 E-mel: [email protected]

Beverley Hon

Xcess Communication Tel: (+6019) 313 6011 E-mel: [email protected]

Nuraina Tajuddin

Page 3: Peraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah · PDF filePeraduan MAGGI® Gawai berakhir dengan meriah KUCHING, ... Sarawak,” kata Ivy Tan, Pengurus Pembangunan Perniagaan MAGGI®,

UNTUK SIARAN SEGERA

Pengurus Jenama, Nestlé (Malaysia) Berhad E-mel: [email protected]