PERALATAN

4
5.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN 5.1 Peralatan Umum A. Kasut Sukan Rajah 1 Kasut Sukan Kasut dan spikes merupakan peralatan penting bagi olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Kasut daripada jenis yang ringan sesuai kepada atlit. B. Blok Permulaan Rajah 2 : Blok Permulaan

description

Gerko

Transcript of PERALATAN

5.0 PERALATAN YANG DIGUNAKAN5.1 Peralatan UmumA. Kasut Sukan

Rajah 1 Kasut Sukan

Kasut dan spikes merupakan peralatan penting bagi olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit secara individu. Kasut daripada jenis yang ringan sesuai kepada atlit.

B. Blok Permulaan

Rajah 2 : Blok Permulaan

Blok permulaan merupakan alat yang digunakan untuk membantu para lari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian. Biasanya, pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulaan ini. Pelari haru meminta nasihat guru atau jurulatih tentang pemilihan jenis blok permulaan yang sesuai.C. Pakaian Sukan

Rajah 3: Pakaian Sukan

Para olahragawan perlu menggunakan pakaian yang sesuai untuk setiap acara yang mereka sertai. Dalam kebanyakan sukan para olahragawan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu. Bagaimanapun, setiap peserta digalakkan memakai pakaian yang mereka gemari tetapi asalkan dipersetujui oleh negara dan pasukan mereka.

5.2 Peralatan SampinganSetiap olahragawan digalakan mempunyai beg peralatan masing-masing. Ada yang menganggap perkara ini Sesuatu yang tidak penting namun sebagai olahragawan perlu diberi perhatian bagi peralatan-peralatan ini. Bagi peralatan ini harus mengandungi barangan seperti berikut :

Rajah 4 Peralatan Ringan

Rajah 5: Seluar Pendek Dan Singlet

Rajah 6 Jam Randik Atau Pita Ukur

Rajah 7 Botol Minuman