Peralatan senjata edit

22
Peralatan senjata Desediakan oleh: Mohd Asyraf Adib B Nordin Mohd Aidil B Othman Md Nur B Mohamad Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff Mohd Nasrun B Mohamad Zaki

Transcript of Peralatan senjata edit

Page 1: Peralatan senjata edit

Peralatan senjata

Desediakan oleh: Mohd Asyraf Adib B Nordin

Mohd Aidil B Othman

Md Nur B Mohamad

Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff

Mohd Nasrun B Mohamad Zaki

Page 2: Peralatan senjata edit

Senjata

• Senjata tradisi mempunyai nilai dan

melambangkan kebudayaan melayu

• Senjata tradisi tidak digunakan tetapi

dipelihara sebagai lambang kesenian melayu

• Senjata digunakan untuk mempertahankan

diri disamping menyembelih binatang.

Page 3: Peralatan senjata edit

Proses pembuatan

• Seorang tukang besi memilih hari dan waktu

sesuai untuk membuat senjata.

• Mereka sangat mahir memasukkan bahan

beracun pada senjata.

• Setiap senjata akan ditepung tawar dan direnjis

sebelum diberi nama dengan bantuan kuasa

ghaib.

Page 4: Peralatan senjata edit

Senjata tradisi

• Senjata tradisi memberikan nilai yang penting

kepada pemiliknya

• Semasa Kesultanan melayu melaka, keris menjadi

lambang kerajaan.

• Ada berbagai-bagai jenis senjata masyarakat

Melayu tradisi seperti sewar, parang, pedang dan

beladau.

Page 5: Peralatan senjata edit

Badik

• Merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitumempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.

• Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya diantara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm.

• Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya danmeruncing dihujungnya.

• Bentuknya hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebihbesar dan kurang ukiran. Matanya lebih tegak dan hulunyamembengkok ke bawah.

• Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris mengharamkanpenggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilihmanakala hulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk sertadihias dengan motif awan larat dan disaluti logam emas dan perak.

• Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadipisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.

Page 6: Peralatan senjata edit

Karambit

• Kerambit merupakan sejenis senjata Melayujarak dekat yang boleh dijumpai di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

• Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakardan juga taji, ia juga dikenali sebagai LawiAyam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam.

• Selain sebagai senjata, kerambit juga bolehberfungsi sebagai alat pertanian

Page 8: Peralatan senjata edit

Keris

• Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu.

• Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.

Page 9: Peralatan senjata edit

• Keris digunakan untuk mempertahankan diri dansebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini jugamerupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorangpahlawan Melayu yang terkenal.

• Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purbatelah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitumata, hulu dan sarung.

• Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik olehorang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyaisemangatnya yang tersendiri.

Page 10: Peralatan senjata edit

• Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.

• Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

• Keris terbahagi kepada keris panjang, keris pendua dan keris sundang.

Page 11: Peralatan senjata edit

Lading

• Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeriKedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasaldari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai.

• Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah sepertiparang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannyayang amat berbeza.

• Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnyamanakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakanuntuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjatajarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jaraksederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnyadipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnyaterletak di tepi siku.

Page 12: Peralatan senjata edit

• Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekatseperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanyadari pandangan lawan sebelum masuk ke jarakbertempur yang sesuai baginya dan menidakkankelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi denganberkesan.

• Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secaramenghiris dan hentakan (hulunya yang digenggamboleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.

Page 13: Peralatan senjata edit

Lembing

• Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu danberperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu ataupemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyaihujung yang tajam dipanggil kepala.

• Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itusendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahanyang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuatialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripadabesi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.

• Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalahbermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara matatombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu

Page 14: Peralatan senjata edit

Tumbuk Lada

• Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah

Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini

seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada

pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya

dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis

dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.

• Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah

bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.

Page 15: Peralatan senjata edit

• Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengahbilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.

• Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadisalah satu kelengkapan pakaian adat di Kepulauan Riau, Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.

• Tumbuk Lada digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Iaboleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu denganmata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahlidalam permainan tumbuk lada akan menukar genggamansenjata ini bagi mengelirukan musuh

Page 16: Peralatan senjata edit

Rencong

• Rencong ialah sebuah senjata tradisional bagi orang Aceh yang menyerupai keris.

• Ia merupakan senjata utama bagi orang Aceh sebagai mana keris merupakan senjata utama bagi orang Jawa.

• Ia direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata Arab bismi-Llah ("dengan nama Allah"

Page 17: Peralatan senjata edit

Golok

• Merupakan sejenis senjata berbentuk pisau besaratau pedang pendek.

• Tiada bentuk, ukuran dan saiz yang seragammemandangkan semua ciri-ciri tersebutbergantung kepada pemilik serta penempa.

• Direka berdasarkan parang dan sesuai untukmempertahankan diri, menebas, pertanianmenyembelih dan sebagainya.

• Tentera British mula menggunakan parangsetelah dikalahkan oleh tetera Jepun di Burma.

Page 18: Peralatan senjata edit

Belantan

• Belantan biasanya sebatang kayu yang digunakan sebagai senjatauntuk memukul musuh atau apa jua benda yang mengancam.

• Pada kebiasaannya belantan berbentuk besar di satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan.

• Belantan biasanya di pegang pada bahagian kecil, sementarabahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukulmusuh.

• Belantan beransur-ansur berubah bentuk dan bahagian yang digunakan untuk memukul musuh kadang kala mempunyai bentukbintang untuk lebih mencederakan musuh.

• Belantan juga berubah daripada diperbuat daripada kayu, menjadidiperbuat dengan logam dan dikenali sebagai cokmar.

Page 19: Peralatan senjata edit

Cokmar

• Cokmar merupakan belantan yang dimajukandangan penggunaan bahan logam bagimenggantikan kayu dan penggunaan bentuktajam bagi menjadikan cokmar lebih berbahaya.

• Pada kebiasaannya cokmar berbentuk besar danbiasanya bersegi dan tajam pada satuhujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. Cokmar di pegang pada bahagiankecil, sementara bahagian yang besar dan beratpula digunakan untuk memukul musuh

Page 20: Peralatan senjata edit

Busur dan Panah

• Busur adalah sejenis alat senjata pelancar untukmelepaskan anak panah. Ia dipercayai diciptapertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagidan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia.

• Menurut sejarah, busur dan panah merupakansenjata paling moden, sehingga kemunculanserbuk letupan yang membawa kepadapenciptaan senjata api seperti senapang danpistol lantak.

Page 21: Peralatan senjata edit

Bedil

• Bedil merujuk kepada semua jenis senjata api Melayu daripadayang kecil seperti pemuras sehingga kepada meriam agung.

• Orang-orang Melayu telah pun mengetahui ilmu bedil hasil darihubungan dengan pedagang China, India dan juga Timur Tengah.

• Orang-orang Islam yang mengerjakan haji sudah pastinya terdedahkepada senjata api orang-orang Turki dan India.

• Pengetahuan mengenai senjata api ini bukan sahaja mengenaipenggunaannya tetapi turut merangkumi mengenai caramembuatnya.

• Bukti mengenai kemahiran orang-orang Melayu menghasilkansenjata api diakui berdasarkan surat orang Portugis yang menyatakan terdapat lebih 8,000 meriam pelbagai laras digunakanketika mempertahankan Melaka pada 1511.

Page 22: Peralatan senjata edit

Sekian,terima kasih