PERALATAN PERMAINAN

13
PERALATAN PERMAINAN Sebelum mula belajar bermain bola Baling , ada baiknya jika pengetahui peralatan yang diperlukan unuyk permainan ini .Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan .Peratan tidaklah banyak , hanya memerlukan padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka ), sebiji bola baling , dua gold an 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan ). Untuk mengawal permainan, dua oranf pengadil diperlukan . Padang Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata . Ia boleh merupakan gelanggan berumput di padang terbuka atau gelangggang bersimen atau parket dalam dewan yang tertutup . Gelanggan Permainan adalah berbentuk segiempat bujur , panjangnya 40 meter di

description

bola baling

Transcript of PERALATAN PERMAINAN

PERALATAN PERMAINAN

PERALATAN PERMAINAN Sebelum mula belajar bermain bola Baling , ada baiknya jika pengetahui peralatan yang diperlukan unuyk permainan ini .Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau di luar dewan .Peratan tidaklah banyak , hanya memerlukan padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka ), sebiji bola baling , dua gold an 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan ). Untuk mengawal permainan, dua oranf pengadil diperlukan .

Padang

Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata . Ia boleh merupakan gelanggan berumput di padang terbuka atau gelangggang bersimen atau parket dalam dewan yang tertutup . Gelanggan Permainan adalah berbentuk segiempat bujur , panjangnya 40 meter di garisan gol. Gelanggan permainan dibahagikan kepada dua bahagian sama oleh satu garisan tengah . Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan gol yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol . Garisan balingan percumayang terputus berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah satu meter dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 7 meter .Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Pada dua garisan tepi terdapat dua garisan pertukaran pemain yang panjangnya 15 cm dan jaraknya dari garisan pertukaran tengah 4.5 meter . semua garisan atau gelanggan hendaklah jelas dilihat dan mempunyai ukuran dan mempunyai ukuran lebar 5cm Bola

Bola hendaklah berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras . Berat dan lilitan bola untuk kategori pemain adalah seperi berikut:

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menolong saya menjayakan kerja khusus saya secara langsung dan tidak langsung.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Encik Ramli Ismail yang memberi peluang untuk mendalami matapelajaran Pendidikan Jasmani khususnya tajuk Pengurusan Stor Sukan. Beliau juga memberi satu peluang untuk menonjolkan bakat saya dalam kerja khusus ini. Beliau turut memberi tunjuk ajar yang baik kepada saya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sebaya saya yang mengkongsi pendapat. Selain itu saya berhutang budi kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir, Merbok, Kedah yang membenarkan saya mengambil gambar stor sukan sebagai contoh. Tidak ketinggalan juga Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah dan Sekolah Kebangsaan Merbok Pusat Yang terletak di kawasan Merbok, Kedah walaupun tidak dapat mengambil gambar stor sukan kerana masalah perbaharuan stor dijalankankan. Dorongan dan sokongan mereka juga mendorong saya menyiapkan kerja khusus ini.

Tidak dilupai juga ibu bapa dan keluarga saya serta guru besar dan rakan sekerja saya. Ibu bapa dan keluarga saya bukan sahaja memberi sokongan kewangan malah turut memberi sokongan moral kepada saya. Guru besar dan rakan sekerja saya juga memberi sokongan dan tunjuk ajar serta dorongan kepada saya.

Akhirnya saya berasa bertuah dan berterima kasih kepada Tuhan kerana memberi insan-insan yang berhati mulia seperti mereka ini di sekeliling saya. Sekian, terima kasih.

1. Tatacara Pengurusan Stor

2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam PKPA 3/91, PKPA 6/91, PKPA 9/91, PKPA 11/91,PKPA 1/92, PKPA 2/92, PKPA 3/92, PKPA 4/92, PKPA 1/93, PKPA 2/93, PKPA 3/93, PKPA1/94

3. Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 Akta 605

4. Pekeliling Kementerian Belia & Sukan

5. Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia

6. Event Management for Sport Directors American Sport Education Program

7. Carr, A.Gerry .FUNDAMENTAL OF TRACK AND FIELD,Leisure Press,Champaign,lllionis,1981

8. Carr, A.Gerry .FUNDAMENTAL OF TRACK AND FIELD,Leisure

Press,Champaign,lllionis,1981

9. House Worth, d.steven And Rivkin, V.Francine. COACHING SOFTBALL EFECTIVELY< Human Kinetics Publisshers Inc.,1955

10. Mahendra.L. ,Arena buku sdn.bhd,Kuala Lumpur,1990.

11. Mohamed Amran Kamsi,KECERGASAN FIKIKAL, Amira Publishing

Sdn.Bhd.,

12. www.smk khir johari .com.my13. www.pengurusan stor.com.my

Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan satu permainan yang telah diubahsuaikan daripada permainan permainan yang asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, Handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama, permainan ini yang melibatkan tujuh orang pemain dalam satu pasukan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917 bilangan pemain dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Orang yang memperkanalkan permainan ini di Jerman ialah Heizer dan permainan ini mula disebut sebagai handball. Pihak Rusia mengatakan bahawa permainan ini ( 7 orang pemain sepasukan) adalah dimajukan oleh Edward Maly pada 1909 di Kharkov.

Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undang undang permainan ini. Pada tahun 1928 Kesatuan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan di Amsterdam dan Avery Brudge yang kemudiannya merupakan Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menjadi ahli piagam kesatuan yang baru ditubihkan itu. Bilangan ahli kesatuan itu bertambah daripada 11 buah negara pada tahun1928 kepada 23 buah negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah negara telah mengambil bahagian dalam sukan itu dan Negara Jerman telah memenangi pingat emas. Pada tahun 1938, Jerman sekali lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Sedunia di mana 10 buah Negara telah mengambil bahagian.

Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah pertubuhan baru, iaitu Kesatuan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan tersebut masih menerajui sukan ini hingga ke hari ini. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang pemain sepasukan yang boleh dimainkan di padang atau di gelanggang seperti permainan bola keranjang. Perubahan dan perkembangan kemudiannya menjadikan permainan bola baling ini sejanis permainan yang menonjol menarik.

Kejohanan Bola Baling Sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Swedan telah muncul sebagai johan. Pada tahun 1957, Czechoslovikia telah memenangi Kejohanan Bola Baling Sedunia bagi bahagian wanita. Pada tahun 1956, undang undang yang lebih lengkap dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini.

Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Munich, setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada tiap tiap kali Sukan Olimpik. Di peringkat antarabangsa , pasukan pasukan yang menguasai permainan ini adalah Jerman, Yugoslavia, Rusia, Romania, Czechoslovakia, Hungary dan Poland. Di peringkat Asia pula, Jepun, China dan Korea adalah tiga buah negara yang terhandal di mana pasukan wanita Korea adalah tiga buah Negara yang terhandal di mana pasukan wanita Korea Selatan telah memenangi pingat emas dan pasukan lelakinya telah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 1988.

Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 68 buah negara, lebih daripada 200 000 pasukan dan lebih daripada tiga juta pemain telah berdaftar dengan IHF. Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Taheran. Ibu pejabat kesatuan itu ialah di Kuwait.

Permainan bola baling bolehlah dianggap sebagai permainan baru di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Encik Lim Hock Han, ketika itu bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudiannya di Universiti Malay kepada sekumpulan guru dan pelajar dari negeri Selangor. Satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu,

kursus kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru guru telah dijalankan dengan tujuan supaya permainan ini dapat diperkembangkan dan dipopularkan di kalangan pelajar pelajar sekolah.

Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Sebanyak 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Mlaya telah mengambil bahagian.

Persatuan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah secara rasminya didaftarkan pada 11 September 1982. Persekutuan Bola Baling Malaysia pasa secara rasminya didaftarkan pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su telah dipilih sebagai Presiden yang pertama, Encik Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden, Encik Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Agung dan Encik Ahmad Omar sebagai Bendahari Kehormat.

Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 7 Disember 1985 di mana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

Mulai tahun 1987, permainan bola baling telah pun diterima sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah sekolah Malaysia (MSSM). Ini bermakna, dalam jangka masa beberapa tahun sahaja, permainan bola baling telah Berjaya diterima sebagai satu permainan yang popular di peringkat sekolah seluruh Negara.

Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru guru dari semua negeri dalam aspek pengadilan dan juga kejurulatihan. Kursus pertama, iaitu untuk melatih guru guru supaya menjadi jurulatih dan pengadil bola baling telah diadakan di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985. Selepas itu, pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru guru menjadi pengadil bola baling telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor.

Di maktab maktab perguruan pula, permainan bola baling telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan di antara maktab maktab perguruan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha untuk memperkanalkan dan mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar pelajar maktab.