Peranan ahli sosiologi dalam perubahan pendidikan dan polisi pendidikan
-
Upload
matzstarring -
Category
Documents
-
view
116 -
download
2
description
Transcript of Peranan ahli sosiologi dalam perubahan pendidikan dan polisi pendidikan
ISI KANDUNGAN
11.2.1 Pengenalan........................................................................................................................................2
11.2.2 Analisis isu berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)......................................................................2
11.2.3 Perkaitan peranan ahli sosiologi dalam perubahan pendidikan (PT3)...............................................3
11.2.4 4 Kompenen Pentaksiran seperti berikut :........................................................................................6
11.2.5 Kesimpulan......................................................................................................................................8
Rujukan……………………………………………………………………………………………………………………………………………………9
1
11.2 Peranan ahli sosiologi dalam perubahan pendidikan dan polisi pendidikan
11.2.1 Pengenalan
Perubahan dan keberkesanan pelaksanaan sistem pendidikan dalam sesebuah negara
sering kali dikaitkan dengan kecemerlangan kepemimpinan dan kualiti guru-guru dalam
sesebuah sekolah (Kantrowitz & Wingert, 2000). Pembangunan dan kemajuan negara pada masa
depan bergantung kepada sistem pendidikan, kepemimpinan sekolah, guru-guru dan rupa bentuk
pelajar yang akan dihasilkan (Wan Mohd Zahid Wan Nordin, 1993; Abdul Shukur
Abdullah,1995, 1996, 1998). Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di
kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak
negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui
Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini
telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan
Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah
Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979. Perubahan dalam pendidikan amat penting bagi Negara untuk
menghasilkan modal insan yang baik dan berkualiti kepada Negara.
11.2.2 Analisis isu berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara telah mula
melalui Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan
3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis
2
dan ujian lisan. Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor
terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan pentaksir
luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan
dikeluarkan. PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-
murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-
sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan
penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
11.2.3 Perkaitan peranan ahli sosiologi dalam perubahan pendidikan (PT3)a. Teori fungsionalisme (Emile Durkheim)
Teori struktural-fungsional pada asasnya melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil
dan mantap. Secara umumnya teori menganalis pendidikan dangan menghubungkan
sekolah dengan keperluan masyarakat. Fungsi sistem pendidikan adalah untuk merekrut
dan menempatkan manusia ke dalam masyarakat. Mengikut teori ini masyarakat
dilahirkan dengan kebolehan dan bakat yang berbeza antara satu sama lain. Durkheim
membuat perbandingan antara masyarakat dulu dan sekarang dengan menglasifikasikan
masyarakat dulu sebagai solidariti mekanikal dan masyarakat moden sebagai solidariti
organik. Beliau percaya bahawa institusi pendidikan adalah langkah untuk mengenalkan
dan menjaminkan hubungan sosial serta integriti.
Perkaitan yang dapat dilihat melalui perubahan pendidikan dalam Malaysia berkaitan
PT3 mempunyai persamaan dalam teori ini dimana setiap pelajar mempunyai kelebihan,
kecenderungan dan cita-cita sendiri yang patut dipupuk dari kecil lagi dan hasil yang
ditunjukkan dari Pentaksiran Berasaskan Sekolah diharap mampu membuka mata
ibubapa terutamanya dan melihat masa depan anak-anak mereka dari sudut yang positif
dan luas serta tidak terhad pada akademik sahaja. Atas sebab itu, cabang-cabang dalam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini termasuk juga pentaksiran
psikometrik dan PAJSK yang cuba meneliti minat pelajar-pelajar dalam sesuatu bidang
3
dan potensinya di masa akan datang. Ini semua terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 dan DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN.
Menurut teori ini lagi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat bukan untuk
individu kerana masyarakat yang menentukan baik dan buruk sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu sukatan matapelajaran mestilah bersesuaian dan sekolah juga
mesti memberi gambaran awal tentang masyarakat yang bakal mereka sertai nanti.
Menurut Durkheim (1956), pendidikan merupakan penerapan pengaruh generasi dewasa
kepada mereka yang memasuki era baru dalam kehidupan sosial. Oleh itu, secara khusus
teori ini mengaggap fungsi pendidikan adalah untuk mengekalkan masyarakat dengan
menyediakan rangka normatif dan kognitif masyarakat dalam individu. Mereka akan
dinilai melalui ujian, peperiksaan dan pengredan bagi membezakan tahap akademik
masing-masing. Untuk PT3 pula Lembaga Peperiksaan menyediakan instrumen
pentaksiran (soalan), panduan penskoran dan menetapkan tempoh pelaksanaan tetapi
pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan dan pengeluaran keputusan dilakukan oleh
pentadbiran sekolah. Daripada penilaian ini akan membuka peluang kepada yang
Berjaya untuk melanjutkan pelajaran seterusnya dan kemungkinan besar akan menjadi
golongan professional serta berjaya dan begitulah sebaliknya bagi yang gagal.
Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua pihak diperlukan dalam memainkan
peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat tertentu seperti yang diutarakan
dalam teori fungsionalis. Mereka juga saling memerlukan antara satu sama lain dan
bukan hanya bergantung kepada satu pihak sahaja.
b. Teori Konflik (Karl Marx)
Teori ini bersetuju dengan pandangan teori fungsionalisme dari beberapa sudut sahaja
mengenai pendidikan. Sebaliknya mereka menganggap pendidikan sebagai alat untuk
mencapai tujuan ekonomi masyarakat. Ianya berbentuk makro iaitu seperti melihat
pengaruh masyarakat luas terhadap individu. Dari segi pandangan sosiolisasi dimana
mereka menganggap sosiolisasi sebagai mengikut kelas-kelas sosial yang berbeza. Oleh
itu pendidikan bagi mereka berfungsi untuk meneguhkan kedudukan kelas sosial dan
kapitalis. Dalam persaingan itu, sistem pendidikan dikatakan menyebelahi satu pihak,
4
iaitu satu pihak yang dominan dalam masyarakat. Oleh itu wujud persoalan tentang
persaingan antara kelas sosial, ketidaksamaan dan ketidakadilan dalam peluang-peluang
pendidikan. Sebagai hasil daripada sistem kapitalis yang sedia maklum tidak
menggalakkan perkembangan individu, teori konflik mempertikaikan tujuan pendidikan,
terutamanya perubahan sistem sedia ada yang telah diusahakan berasaskan Dasar
Pendidikan Kebangsaan & Sistem Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Penyata
Razak sejak 1956.
Bagi PT3, antara kerisauan ibu bapa adalah anak mereka tidak lagi berpeluang memasuki
tingkatan empat di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah sukan, Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) kerana tiada lagi Pernyataan Keputusan seperti Penilaian Menengah
Rendah(PMR). Ini merupakan antara konflik yang telah berlaku antara fahaman ibubapa
dengan perubahan sistem pendidikan disekolah tersebut. Tapi fahaman ini
sebenarnya tidak benar kerana Biarpun tanpa Pernyataan Keputusan PMR, murid masih
boleh menggunakan pelaporan PT3 untuk memasuki mana-mana sekolah termasuk SBP,
sekolah menengah kebangsaan agama, MRSM atau kolej vokasional. Malah melalui
PBS, pelaporan peringkat menengah rendah memberi gambaran tentang kebolehan dan
perkembangan potensi murid yang lebih menyeluruh kerana merangkumi empat
pelaporan iaitu Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid, Pelaporan PT3, Pelaporan
PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik.
Pelaporan ini juga dapat membantu murid membuat keputusan yang lebih tepat dalam
pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas sama ada mahu memilih Aliran
Sains, Sastera, Teknikal, Perakaunan dan sebagainya. Melalui Ujian Psikometrik, akan
dapat mengenal pasti kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh murid
daripada pengalaman dan persekitaran. Maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid
pula boleh diperolehi melalui Inventori Minat Kerjaya dan maklumat tentang kecerdasan
serta minat atau kecenderungan murid diperolehi melalui Ujian Aptitud Khusus.
5
11.2.4 4 Kompenen Pentaksiran seperti berikut :
1. Pentaksiran Sekolah (PS)
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
4. Pentaksiran Pusat (PP).
1. Pentaksiran Sekolah (PS):
PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru
menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.PS yang dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan
pentaksiran sumatif mentaksir proses dan produk. Pentaksiran formatif dijalankan
seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Manakala pentaksiran
sumatif dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.
Pentaksiran Sekolah memberikan penekanan kepada pentaksiran sebagai
pembelajaran(assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of
learning). Pentaksiran Sekolah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai
instrumen untuk melihat perkembangan (growth) pembelajaran murid serta
pencapaian prestasi seseorang murid. Kuiz, lakonan, lisan, latihan bertulis boleh
digunakan untuk melihat perkembangan pembelajaran murid . Ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun boleh digunakan
untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid dalam pembelajaran.
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK);
PAJSK adalah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum yang
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian
murid dalam aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstra kurikulum. Manakala
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan Body Mass Index (BMI)
dilaksanakan untuk menilai dan melaporkan aktiviti fizikal murid.
6
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
PPsi dilaksanakan di sekolah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi dan
kebolehan yang diperoleh, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah,
minat kerjaya, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Pentaksiran Pusat (PP).
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
di manapihak sekolah mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor
terhadap respons(jawapan) murid berdasarkan instrumen dan panduan penskoran
yang setara (standardised) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah pentaksiran pusat di peringkat menengah
rendah PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian
akademik murid. Dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh
di peringkat menengah rendah.
7
11.2.5 Kesimpulan
Matlamat pendidikan seharusnya seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan dan pada masa
sama, dapat mengembangkan bakat dan potensi diri. Sekolah dan masyarakat
adalah dua entiti yang saling memerlukan dan komplimen antara satu sama lain. Sekiranya
sekolah sahaja bergantung kepada masyarakat maka masyarakat pula tidak perlu
kesekolah kerana tanpa sekolah mereka tetap boleh hidup dan berjaya dan begitulah
sebaliknya. Pada masa sekarang untuk berjaya didunia dan diakhirat seseorang itu perlu
mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi yang mana boleh diperolehi dari pusat-pusat
pengajian tinggi awam ataupun swasta hatta mereka yang sememangnya dilahirkan kaya
juga mendapatkan pengajian bagi menguruskan kehidupan dimasa hadapan agar lebih
terjamin.
Ibubapa harus memahami nilainya dan tidak terlalu menitikberatkan pencapaian atas
kertas sahaja. Sahsiah, minat dan kecenderungan pelajar-pelajar perlu juga dinilai bagi
melahirkan generasi yang lebih dinamik dan berdaya saing. Walau apa jua pandangannya
mengenai pendidikan tetapi hubungan diantara sekolah dan masyarakat tetap saling
memerlukan dalam mengurangkan permasalahan yang timbul dikalangan pelajar pada hari
ini. Tidak dapat dinafikan lagi sekolah dan masyarakat adalah saling memerlukan diantara
satu sama lain dalam apa jua bentuk bagi melahirkan golongan cerdik pandai yang
bakal memimpin Negara kelak.
8
RUJUKAN
Melalui internet :
1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140629/pe_01/PT3-bukan-sekadar-
peperiksaan
2. http://www.academia.edu/5006127/
BAB_1_PENGENALAN_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN
3. http://dululainsekaranglain.com/articles/pentaksiran-tingkatan-tiga-pt3
9