PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

5
PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA Peranan bahasa Melayu sebagai wadah menyatupadukan semua kaum di Malaysia Gagasan ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, apa bila beliau mengambil alih teraju pentadbiran negara, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan dan etnik berteraskan beberapa nilai –nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Gagasan ini adalah digagaskan selaras dengan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Salah satu daripada isi yang termaktub dalam gagasan satu Malaysia adalah berkaitan dengan perpaduan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bahasa melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk perpaduan semua kaum di Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar- pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga, pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum

description

bm

Transcript of PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

Page 1: PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA

Peranan bahasa Melayu sebagai wadah menyatupadukan semua kaum di Malaysia

Gagasan ‘1 Malaysia’ adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd.

Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, apa bila beliau mengambil alih teraju pentadbiran

negara, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang keturunan

dan etnik berteraskan beberapa nilai –nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap

rakyat Malaysia. Gagasan ini adalah digagaskan selaras dengan peruntukan-peruntukan

yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Salah satu daripada isi yang termaktub dalam gagasan satu Malaysia adalah berkaitan

dengan perpaduan semua kaum di Malaysia. Oleh itu, bahasa melayu memainkan peranan

yang sangat penting dalam memupuk perpaduan semua kaum di Malaysia.

Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa

kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa

Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan

berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa

Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras

dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu

pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat.

Di samping itu juga, bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam

memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk

menyumbang ke arah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri. Selain itu juga,

pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di

dalam Penyata Razak 1956. Oleh itu, apabila pendidikan dianggap sebagai alat secara

automatiknya, bahasa Melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil

bahagian di dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan

sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di pelbagai bidang.

Aspek penting untuk menyatupadukan rakyat mengikut fungsi bahasa Melayu sebagai

bahasa perpaduan adalah melalui pendidikan. Sesungguhnya pendidikan hari ini telah

memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara di dalam mewujudkan

perpaduan kaum. Pendidikan hari ini telah membuktikan bahawa negara berjaya

Page 2: PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan

negara. Perpaduan rakyat atau pembentukan satu negara bangsa dapat dicapai melalui

sistem pendidikan. Oleh itu, perpaduan rakyat dapat dicapai sekiranya guru menerapkan

nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama laintidak mengira bangsa dan

agama.

Selain itu, Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan senjata paling

ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan dapat ditafsirkan sebagai satu

proses yang menyatupadukan rakyat dan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap

anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta

dan bangga akan tanah air. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai

penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung

menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu

sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang

digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia yang

berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam sesebuah

negara.

Hal ini kerana Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di

Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa

perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan

tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa

hormoni antara kaum di negara ini. Oleh itu, Penyata Razak telah diperakui dan diluluskan

menjadi Ordinan Pelajaran pada tahun 1957. Ordinan ini mewajibkan semua jenis sekolah

menggunakan sukatan pelajaran yang sama manakala Bahasa Melayu pula digunakan

sebagai bahasa pengantar di semua sekolah, khusus untuk membantu perpaduan

kebangsaan dan menjadi wahana berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan

masyarakat pelbagai dialek atau bahasa.

Bahasa Melayu bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu malahan ia juga

memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum di

Malaysia. Perkara ini telah dibuktikan sejak sekian lama kerana melalui perpaduan yang

kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan masyarakat, suasana politik dan

sosial juga turut stabil sekali gus merancakkan lagi sektor ekonomi negara. Secara

Page 3: PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

tuntasnya, inilah berkat hasil bahasa Melayu yang dijadikan bahasa pengantar utama dalam

sistem pendidikan negara ini sejak awal tahun 70-an.

Bahasa Melayu yang dahulunya hanya berperanan sebagai ‘lingua-franca’ dan juga

‘bahasa kedua’ akhirnya menjadi bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa komunikasi,

bahasa perundangan, bahasa pentadbiran dan bahsa yang dapat mengungkapkan pelbagai

genre dan domain ilmu. Oleh hal yang demikian,bagi memastikan semangat dan kecintaan

terhadap kepentingan dan kemampuan bahasa Melayu memainkan peranannya sebagai

bahasa ilmu dan wahana merealisasikan Gagasan 1 Malaysia, usaha promosi harus

dipergiat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

komunikasi tidak perlu dipersoalkan lagi apabila rata-rata anak-anak berinteraksi dengan

rakan sebaya di sekolah, majikan dan pekerja berkomunikasi di pejabat bahkan urusan jual

beli di pasar raya juga kita sering mendengar bahasa Melayu diujarkan. Keadaan ini akan

mempermudahkan lagi proses perpaduan kaum di Malaysia dimana ia akan berfungsi

sebagai satu cara yang sangat efektif dalam mencapai matlamat tersebut.

Hal ini kerana apabila semua penduduk menuturkan satu bahasa dalam bahasa pertuturan

seharian, ia tidak akan menimbulkan kesusahan dan permasalahan. Oleh itu, ia akan

membolehkan perpaduan semua kaum dicapai.

Bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi bahasa Melayu untuk semua rakyat

Malaysia, maka sewajarnya semua rakyat yang mengaku diri mereka sebagai rakyat

Malaysia memastikan kelangsungan pelaksanaan bahasa Melayu dalam negara kita yang

tercinta ini. Rancangan televisyen termasuk iklan, drama, filem dan lain-lain yang

mengetengahkan konsep perpaduan antara kaum di negara ini wajar digalakkan dan diberi

perhatian. Usaha memberikan keutamaan atau menjadikan perpaduan sebagai tema patut

dipuji apatah lagi dengan penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.

Apabila wujud perpaduan antara kaum, maka keharmonian negara dapat dicapai mahupun

dikekalkan. Dengan wujudnya keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam kalangan

rakyat, keamanan negara dan seterusnya kestabilan politik akan berkekalan. Kita tidak

menyekat masyarakat pelbagai kaum untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing

sama seperti mereka mengamalkan agama, budaya dan adat resam, namun demi semangat

kemerdekaan dan perpaduan, utamakanlah bahasa kebangsaan kita.

Page 4: PERANAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.docx

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan

apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya Bahasa

Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak

akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan

hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah

menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.

Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh

bahasa-bahasa lain.Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember

1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini

sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan

turut melibatkan pelbagai kaum.

Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis

(PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini

membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh

sesiapa sahaja.

Pemilihan Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan

bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model

perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

Sebagai kesimpulannya, bahasa melayu memainkan peranan yang sangat penting dalam

menyatupadukan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu sebagai rakyat Malaysia

haruslah bersama memartabatkan bahasa melayu agar ia terus menjadi wahana penyatuan

seluruh kaum di Malaysia. Hal ini kerana bahasa melayu telah bermula sejak dari zaman

kesultanan melayu Melaka lagi dan ianya telah digunakan sebagai lingua franca oleh

seluruh pedagang yang dating ke tanah melayu pada waktu itu