Peranan Guru Biasa

8
Bagaimana Guru Biasa Boleh Memainkan Peranan Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Refleksi: Masalah Murid Semasa Praktikum Oleh Shim Siet Mui Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan. Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%). Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku , iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian

description

1

Transcript of Peranan Guru Biasa

Page 1: Peranan Guru Biasa

Bagaimana Guru Biasa Boleh Memainkan Peranan Sebagai Guru

Bimbingan dan Kaunseling

Refleksi: Masalah Murid Semasa Praktikum

Oleh Shim Siet Mui

Banyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di

Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan. Saya telah mengenal pasti

pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti

masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik

(25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%).

Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat,

masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku,

iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Ada yang

menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di

antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja

rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti

murid yang bermasalah, saya telah mengajak murid-murid untuk

berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan

mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga

menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot

untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa.

Page 2: Peranan Guru Biasa

Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah

mengenal pasti bahawa punca–punca masalah ini adalah disebabkan

oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan

pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid adalah bersikap

negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka

dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada

itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah

daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat

bahawa angka–angka yang dipelajari itu kurang relevan dengan

kehidupan sehari–hari. Mereka sukar memahami bagaimana topik

seperti ?Ayat–ayat matematik itu berguna dalam kehidupan mereka ?

Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk membuat

latihan Matematik.

Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya

masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap

aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan

terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti

pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk

menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas

murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti

pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang

mengaplikasikan dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru

mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak

bertanggungjawab.

Page 3: Peranan Guru Biasa

Pada pendapat saya, pujian dan kata–kata perangsang ialah satu jenis

alat rangsangan yang tidak terlazim. Warna juga boleh dijadikan

sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia

boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan

dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan

warna yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan

rangsangan kepada murid, saya telah menggunakan teknik peneguhan

positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan kata–kata

perangsang untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi,

penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana

motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan

tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik.

Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan

mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang mendapatkan

dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan

sebaya.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk

mengelakkan atau menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja

rumah Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa

kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari

oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi

masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam

lingkungan 7 ke 12 tahun. Mereka lebih berasa takut apabila guru

mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan

murid dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat

berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada murid

Page 4: Peranan Guru Biasa

dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan murid–murid

lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah. Dengan itu, saya telah

membuat satu eksperimen pada murid–murid, iaitu mana satu

kumpulan yang telah kalah dalam kuiz matematik, mereka akan

didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya

menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan

penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana mereka takut

menghadapi kesan–kesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu

kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah

menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas

untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas

sekolah.

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam

pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,

terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan

dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah

matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti

radio, gambar, model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad

jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan

pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid

untuk membuat tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid.

Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka

dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di

samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa

sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan

dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang

pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat

banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah

Page 5: Peranan Guru Biasa

penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan

oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan

mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang

sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk

menyelesaikan masalah murid dengan baik.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah

murid ini, saya telah mengadakan perbincangan serta

kolaborasi dengan kedua–dua orang guru pembimbing

dan juga pensyarah pembimbing. Selain daripada itu,

saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian

dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumat–maklumat

murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot

yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah

murid di dalam kelas ini.

Catatan: Refleksi ini dibuat oleh seorang pelatih

semester 4 yang menjalankan Praktikum Fasa I.

Tumpuannya ialah masalah murid-muridnya dalam kelas

matematik. Diharap refleksi ini boleh dijadikan satu kes

kajian untuk perbincangan dalam bilik kuliah.