Peranan guru dan penyelesaiannya edu

3
SKRIP PANEL 4 Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St John ataupun St John's Institution, Datin Nur Amalina bt Adam. Panel 4 : Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Saya sebagai seorang pengetua di salah sebuah sekolah juga turut merasai ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi pihak sekolah merupakan salah satu tapak asas bermulanya pendidikan kepada seseorang. Seharusnya pihak sekolah bertanggungjawab mencari jalan agar peluang ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat dihapuskan.Menurut panel 1, pelajar lelaki lebih gemarkan kemahiran visual manakala pelajar perempuan pula gemarkan kemahiran lisan. Antara saranan saya sebagai seorang pengetua, saya mencadangkan kepada guru- guru iaitu mempelbagaikan kaedah mengajar sewaktu proses p&p. Contohnya, kita harus menggunakan kaedah lisan dan juga visual seperti penggunaan LCD. Jadi kedua- dua jantina tersebut dapat menumpukan perhatian masing- masing. Ini kerana adalah untuk meningkatkan prestasi mereka. Panel 4 : Saranan kedua saya ialah guru- guru haruslah memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada pelajar lelaki supaya bersaing secra sihat dengan pelajar perempuan dalam bidang pendidikan. Sebenarnya pelajar lelaki lebih gemarkan kemahiran praktikal berbanding dengan pelajar perempuan. Hal ini kerana, pelajar lelaki tidak menyukai teori- teori dan hafalan- hafalan , jadi ini menjuruskan mereka kea rah bidang berbentuk kemahiran. Jadi peranan Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah

Transcript of Peranan guru dan penyelesaiannya edu

Page 1: Peranan guru dan penyelesaiannya edu

SKRIP PANEL 4

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St John ataupun St John's Institution, Datin Nur Amalina bt Adam.

Panel 4 : Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Saya sebagai seorang pengetua di salah sebuah sekolah juga turut merasai ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina pada peringkat pengajian tinggi. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi pihak sekolah merupakan salah satu tapak asas bermulanya pendidikan kepada seseorang. Seharusnya pihak sekolah bertanggungjawab mencari jalan agar peluang ketaksamaan peluang pendidikan ini dapat dihapuskan.Menurut panel 1, pelajar lelaki lebih gemarkan kemahiran visual manakala pelajar perempuan pula gemarkan kemahiran lisan. Antara saranan saya sebagai seorang pengetua, saya mencadangkan kepada guru- guru iaitu mempelbagaikan kaedah mengajar sewaktu proses p&p. Contohnya, kita harus menggunakan kaedah lisan dan juga visual seperti penggunaan LCD. Jadi kedua- dua jantina tersebut dapat menumpukan perhatian masing- masing. Ini kerana adalah untuk meningkatkan prestasi mereka.

Panel 4 : Saranan kedua saya ialah guru- guru haruslah memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada pelajar lelaki supaya bersaing secra sihat dengan pelajar perempuan dalam bidang pendidikan. Sebenarnya pelajar lelaki lebih gemarkan kemahiran praktikal berbanding dengan pelajar perempuan. Hal ini kerana, pelajar lelaki tidak menyukai teori- teori dan hafalan- hafalan , jadi ini menjuruskan mereka kea rah bidang berbentuk kemahiran. Jadi peranan Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah banyak membina institusi- institusi seperti politeknik, institut kemahiran mara dan sebagainya. Di sini, kita dapat menolong pelajar lelaki mendapat peluang pekerjaan yang lebih terbuka luas kepada mereka.

Panel 4 : Seterusnya, saya juga ingin menyarankan kepada bapa- bapa di luar sana, agar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bagi saya tanggungjawab dalam konteks ini bermaksud bapa menjadi seorang ‘role model’ kepada anak- anak. Ini kerana lelaki ini merupakan ketua keluarga dan bapa harus berusaha memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak- anak agar mereka mempunyai masa hadapan yang lebih cerah. `Walaupun ada sesetngah bapa tidak mempunyai pendidikan yang

Page 2: Peranan guru dan penyelesaiannya edu

tinggi, mereka hendaklah mementing keperluan fisiologi dan fizikal anak- ank seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, buku dan sebagainya. Ibu juga boleh membantu anak- anak dengan memberi pendidikan tambahan di rumah seperti memantau kerja sekolah anak- anak, mengetahui jadual persekoalahan anak- anak dan sebagainya.

Panel 4 : Selain itu, saya berpendapat bahawa ibu bapa juga memainkan peranan

penting dalam pendidikan anak- anak. Hasil tinjauan saya , kebanyakan pelajar lelaki yang mempunyai masalah kekeluargaan emmilih untuk tidak bersekolah kerana mereka ingin membantu ekonomi keluarga mereka. Hal ini kerana, anak lelaki dianggap sebagai tulang belakang keluarga. Jadi menyelesaikan masalh ini, saya menyarankan kepada pihak kerajaan untuk membantu golongan tersebut memberi bantuan biasiswa, asrama, dan sebagainya. Ini akan mengurangkan bebanan pelajar dan keluarganya kelak.

Panel 4 : Kesimpulan yang boleh saya buat dalam forum ini, isu ini bukan perdebatan untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting tetapi ialah usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada Negara. Jadi saya ingin menyuarakan kepada kaum Adam di luar sana agar menuntut ilmu sehingga liang lahad kerana ilmu ini amatlah penting untuk kita mencapai kemajuan diri. Jadikanlah isu ini sebagai persaingan sihat supaya kaum lelaki dapat ke depan dan terus memajukan ekonomi dan masyarakat dan Negara. Tidak kisahlah dari segi praktikal mahupun lisan.

Sekian, terima kasih. wabillahitaufuk wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.