Peranan Guru Khas

download Peranan Guru Khas

of 18

Transcript of Peranan Guru Khas

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    1/18

    http://tzulhafizsyam.blogspot.com/2012/09/bidang-tugas-guru-pendidikan-khas.html

    BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN KHAS

    Sunday, September 30, 2012 |

    Pengurusan Dokumen

    1. Merekod dan mengemaskini jadual kedatangan murid pada setiap hari,

    2. Melengkapkan jadual kedatangan murid pada awal tahun dan mengemaskini

    maklumat di dalamnya sekiranya berlaku sebarang perubahan pada bilangan murid di

    dalam kelas pendidikan khas,

    3. Memastikan Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) muridnya sentiasa

    dikemaskini,

    4. Menyedia dan memastikan Fail Peribadi semua muridnya lengkap,

    5. Menguruskan surat menyurat berkaitan seperti surat kebenaran, surat rawatan,

    surat panggilan mesyuarat dan lain-lain,

    Pengurusan Hal Ehwal Murid

    1. Membawa semua murid pendidikan khas di kelasnya ke perhimpunan pagi,

    2. Memastikan bilangan murid pendidikan khas di kelasnya adalah sama sebelum

    dan selepas rehat (untuk mengelak murid pendidikan khas daripada ponteng),

    3. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan, keselamatan dan disiplin

    murid-murid pendidikan khas di kelasnya,

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    2/18

    3. Menguruskan pendaftaran kemasukan murid pendidikan khas yang baru,

    4. Memaklumkan kepada Penyelaras Kelas Pendidikan Khas tentang murid

    pendidikan khas di kelasnya yang telah tamat tempoh percubaan,

    5. Memaklumkan kepada Penyelaras kelas Pendidikan Khas tentang murid akan

    melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah atau Sekolah Vokasional,

    6. Menguruskan pinjaman buku teks bagi murid pendidikan khas di kelasnya yang

    akan menduduki peperiksaan awam,

    7. Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid pendidikan khas berkenaan jika

    berlaku sebarang kesulitan,

    8. Menguruskan Sijil Berhenti Sekolah murid-murid pendidikan khas,

    Pengurusan Data

    1. Melaporkan status kedudukan bilangan murid-murid kepada Penyelaras Kelas

    Pendidikan Khas supaya maklumat Laporan Status Program Pendidikan Khas pada

    setiap bulan adalah tepat.

    Pengurusan Kewangan

    1. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan yuran murid dan mengeluarkan resit,

    Pengurusan Kelas

    1. Memastikan kelas sentiasa dalam keadaan kemas dan ceria,

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    3/18

    2. Menyedia dan mempamerkan jadual waktu kelas,

    3. Melantik Jawatankuasa Kelas, membuat Carta Organisasi Kelas dan

    mempamerkan carta tersebut,

    4. Menyediakan jadual bertugas kelas dan menjaga kebersihan kelas,

    5. Memastikan kelasnya dibuka pada setiap pagi dan ditutup sebelum balik.

    Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

    1. Memastikan rekod prestasi murid-murid pendidikan khas di kelasnya

    dilengkapkan sebelum diserahkan kepada ibu bapa untuk ditandatangani,

    2. Mengenalpasti murid pendidikan khas di kelasnya yang layak diinklusifkan dan

    yang berpotensi menduduki peperiksaan awam dan memaklumkan kepada Penyelaras

    Kelas Pendidikan Khas untuk tindakan lanjut,

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    4/18

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    5/18

    http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/11/peranan-dan-cabaran-guru-pendidikan-

    khas.html

    Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah negara.

    Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi segala aspek

    yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia selaras dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

    jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

    melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

    sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu,

    pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-

    kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.

    Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta

    Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan

    bantuan kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik,

    iaitu;

    Jika dia mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain

    dan disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai

    daripada Kementerian Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan

    Masyarakat, sebagai berupaya mengikut program pendidikan kebangsaan.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    6/18

    Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah

    tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian

    Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia,

    Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian

    Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertanggungjawab menyediakan

    perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat fizikal, terencat akal sederhana dan

    teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala Kementerian Kesihatan pula

    bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak yang dilahirkan dalam

    keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

    Jamila K.A Mohamed (2006) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah

    pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan

    keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara teratur serta dinilai keberkesanannya

    secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari

    tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

    Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan

    Khas (1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di

    sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun

    kecacatan pendengaran. Selain itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai

    suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai

    kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran atau mempunyai masalah

    pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas

    yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.

    (Jamila K.A Mohamed, 2006).

    Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama

    iaitu Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    7/18

    Bermasalah Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program

    ini disediakan dari peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu,

    pendidikan teknik dan vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini,

    khususnya bagi masalah pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang

    berkelayakan dapat meneruskan pengajian mereka di politeknik yang menjalankan

    program pendidikan secara inklusif.

    Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan

    khas sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati

    A.Rashid et al. (2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak

    istimewa (luar biasa atau tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi).

    Kumpulan ini dianggap sebagai istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan

    perhatian yang lebih berbanding murid-murid normal. Antaranya murid yang

    menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah pembelajaran disleksia, lewat

    perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan penglihatan, pintar cerdas,

    kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah

    Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), murid-murid dengan keperluan khas

    bermaksud murid-murid yang mempunyai kecacatan samaada penglihatan,

    pendengaran ataupun masalah pembelajaran. (Jamila K.A Mohamed, 2006)

    2.0 PERKEMBANGAN

    2.1 PERANAN GURU PENDIDIKAN KHAS

    Mengikut Kamus Dewan (Edisi Ke-4), guru adalah orang yang mengajar,

    pendidik, pengajar dan juga pengasuh. Oleh sebab itu, peranan dan tanggungjawab

    seorang guru sangat memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap murid.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    8/18

    Menurut Tokoh Guru Peringkat Negeri Kedah, Abdul Rahim Mohd Said (Utusan Online,

    2008), beliau menyatakan bahawa setiap guru perlu memberi keutamaan kepada

    pelajar dan ibu bapa mereka sera tahu apa keperluan pelajar bagi menjadi seorang guru

    yang baik. Ia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Guru iaitu Guru yang berpekerti

    mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta

    menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan

    memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

    berdisiplin.

    Profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia di sisi Allah S.W.T.

    dan banyak hadis Rasulullah S.A.W yang menyarankan umat manusia untuk menjadi

    pendidik atau penuntut ilmu yang menabur bakti mengajar orang lain apatah lagi

    menjadi guru pendidikan khas yang telah berbakti mengajar murid-murid istimewa yang

    memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

    Peranan guru sangat besar apabila mereka dianggap sebagai pengajar kerana tugas

    utama guru di dalam bilik darjah adalah menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan

    sukatan pelajaran serta mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang bermoral

    tinggi.

    Untuk mencapai objektif ini, guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti

    pengajaran yang sesuai, alat bantu mengajar untuk meningkatkan keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan rancangan mengajar yang telah

    disediakan dan membuat penilaian atas segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    yang telah dijalankan. Melalui maklum balas yang diperoleh daripada penilaian, guru

    dapat menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pembelajaran

    yang baharu mengikut masalah perlu diwujudkan apabila penambahbaikkan diperlukan.

    Oleh sebab itu, guru haruslah menggunakan pendekatan yang kreatif dan kritis untuk

    menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    9/18

    mendidik pelajar kelas pendidikan khas bukan sahaja memerlukan kesabaran tetapi

    perlu pendekatan kreatif dan kritis dalam pembelajaran kerana setiap pelajar pendidikan

    khas di dalam sesebuah kelas memerlukan kaedah pengajaran tersendiri.

    Guru juga dianggap sebagai pengurus apabila mereka diperlukan untuk

    mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid supaya menjalankan tugas seperti menjaga

    kebersihan kelas, menjaga disiplin pelajar dan sebagainya. Kecekapan guru

    menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan suasana sosioemosi yang

    sihat, disiplin kelas yang mantap dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai

    untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

    Selain itu, guru pendidikan khas juga bertanggungjawab untuk menyimpan rekod-rekod

    peribadi murid mereka. Rekod peribadi mereka sangatlah penting kepada individu lain

    untuk mendapatkan maklumat dan sebaginya. Guru juga perlulah sentiasa

    mengemaskini rekod peribadi murid-murid ini supaya perkembangan terbaru mereka

    dapat diperbaharui.

    Kaunselor juga seringkali dikaitkan dengan guru pendidikan khas. ia berlaku

    apabila mereka seringkali mempunyai anggapan positif terhadap pelajar mereka.

    Mereka tidak pernah menganggap pelajar mereka mempunyai masalah yang tidak

    boleh diselesaikan. Justeru itu, mereka sentiasa menerima pelajar mereka tanpa syarat.

    Guru Pendidikan Khas juga dianggap kaunselor apabila murid-murid mengalami

    masalah sosioemosi seperti rasa takut, kecewa, bosan dan sebagainya serta masalah

    pembelajaran hendaklah dibimbing supaya murid dapat membina keyakinan diri.

    diminta oleh ibu bapa pelajar supaya menelefon dan mengejutkan anak mereka yang

    enggan ke sekolah. Ini membuktikan bahawa peranan guru pendidikan khas sebagai

    kaunselor yang sentiasa menyelesaikan masalah murid walaupun masalah berlaku di

    luar sekolah. apabila terdapat pelajar istimewa yang dirasakan berpotensi, dia akan

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    10/18

    membawa mereka pulang ke rumah selepas sekolah dan mengajar cara-cara

    pengurusan diri.

    2.2 CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN KHAS

    Guru adalah orang yang penting dalam riwayat hidup setiap individu

    sehinggakan ada pendapat yang mengatakan, Saya suka subjek itu kerana saya

    sukakan cara guru itu mengajarnya. Apabila kanak-kanak itu mula bersekolah

    sehinggalah mereka meningkat dewasa, mereka sentiasa berhadapan dengan guru

    serta interaksi juga sering berlaku. Guru mengajar, membimbing, menegur, memuji,

    memujuk dan memarahi pelajar-pelajarnya adalah situasi yang sentiasa berlaku semasa

    pengajaran dijalankan. Dalam situasi ini terdapat pelbagai kualiti yang berbeza.

    Mengikut Atan Long (1992) dalam buku Mengurus Tingkah Laku Pelajar ,

    terdapat beberapa ciri menjadi guru yang baik iaitu emosi dan mental yang stabil dan

    sihat, dipercayai, sering memberi kerjasama, kesihatan yang baik, kecerdasan otak dan

    tingkahlaku yang sopan dan menyenangkan. Kesantunan dan kepedulian adalah ciri-ciri

    guru yang baik malah ia adalah perkara-perkara yang terkandung di bawah etika guru.

    Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-4, etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai

    akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Oleh sebab

    itu, dapat disimpulkan bahawa etika guru ialah prinsip moral atau akhlak yang menjadi

    pegangan seorang guru.

    Jika dikaitkan dengan kesantunan guru atau etiket, ia terbahagi kepada tiga iaitu

    kesantunan berpakaian, kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa.

    Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh

    suatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekaligus menjadi

    prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).

    Oleh yang demikian, kesantunan guru perlu dipamerkan untuk membentuk kesantunan

    di kalangan murid. Kepedulian guru juga adalah salah satu daripada ciri guru yang baik.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    11/18

    Pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi

    orang lain. Kepedulian atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil

    berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain

    berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Oleh yang

    demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap

    orang lain. (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010).

    Salah satu ciri guru pendidikan khas yang baik ialah mempunyai sifat sabar yang tinggi.

    Kesabaran ini diperlukan ketika menghadapi karenah murid-murid ini. Hal ini kerana

    murid berkeperluan khas ini sangat unik dan mempunyai pelbagai karenah dan perangai

    tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk. Untuk

    menghadapi situasi ini, seorang guru haruslah sentiasa berupaya mendengar dengan

    tekun, mengawal perasaan, serta menghargai murid. Jika kesabaran tidak dapat

    dipraktikkan, maka guru ini akan mengalami situasi yang sangat sukar dalam

    mengendalikan murid-murid dan kemungkinan guru-guru ini juga akan mengalami

    kemurungan.

    pernah ditendang dan diludah oleh kanak-kanak autisme tetapi dengan kesabarannya

    mendidik akhirnya kanak-kanak tersebut semakin mendengar kata dan berkelakuan

    baik.

    guru pendidikan khas memerlukan kesabaran yang tinggi dan dengan kesabaran itu

    menjadikan proefesion guru sebagai unik dan menarik.

    Selain itu, guru pendidikan khas juga haruslah bertanggungjawab untuk mendidik murid-

    murid berkeperluan khas. Sudah diketahui umum bahawa bukan semua murid-murid

    berkeperluan khas ini mampu membaca, menulis seperti rakannya yang lain tetapi

    menjadi satu kebanggaan kepada gurunya apabila murid mereka mampu berdikari dan

    mengurus keperluan diri sendiri. Ia merupakan kejayaan terbesar yang dan hadiah yang

    tidak ternilai untuk seorang guru walaupun setelah masa yang lama untuk dididik.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    12/18

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    13/18

    melalui pembacaan tetapi guru-guru ini boleh menghadiri kursus, menyambung

    pengajian dan bertanyakan pakar adalah salah satu daripada ilmu yang diperolehi.

    Dengan ilmu yang ada, guru-guru dapat menggunakan kecerdasan minda mereka

    dalam menghadapi muird-murid ini.

    2.3 CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

    Menjadi guru pendidikan khas adalah sesuatu yang amat berbeza dan

    mencabar berbanding menjadi guru biasa.(Utusan Online, 2011). Kata-kata tersebut

    adalah petikan daripada seorang guru pendidikan khas yang sebelum ini adalah guru

    biasa. Menurut Cikgu Alizah Bt Abdul Malek, kehidupan sebagai seorang guru

    pendidikan khas sangat mencabar kerana pelbagai karenah murid yang berbeza

    terpaksa mereka hadapi. Pendapat ini telah disokong oleh seorang lagi guru pendidikan

    khas iaitu Cikgu Norfadzilah Abu Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota bahawa

    menjadi guru pendidkan khas sangat mencabar. (Kosmo, 2008)

    Cabaran yang paling besar yang perlu dihadapi ialah murid-murid sendiri. murid-

    murid ini akan melakukan pelbagai aksi ataupun sikap untuk menunjukkan sikap

    memberontak, marah, sedih dan sebagainya. Terdapat juga murid yang membuat

    perangai disebabkan inginkan perhatian. Ia telah dialami oleh Cikgu Norfadzilah Abu

    Samad dari Sekolah Menengah Danau Kota yang telah digigit dan dipukul kerana tidak

    memberikan perhatian kepada seorang pelajar. Disebabkan kerenah yang pelbagai,

    guru perlu menggunakan segala kepakaran mereka samaada memujuk, menyelesaikan

    masalah dan sebagainya.

    Seterusnya ialah cabaran daripada ibu bapa apabila meletakkan harapan yang

    tinggi terhadap guru untuk mengubah anak mereka. Apabila wujud kesedaran ibu bapa

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    14/18

    terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka, mereka akan menghantar anak

    mereka ke sekolah. Mereka akan mula mengharapkan perubahan terhadap anak

    mereka sedangkan guru hanya mendidik semasa murid di sekolah sahaja. Tetapi

    dengan rasa tanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan tugas, guru pendidikan khas

    merasakan mereka mampu membawa perubahan kepada anak-anak istimewa ini.

    Seorang ibu iaitu Dayang Kianhing, telah mengatakan bahawa anaknya telah berlaku

    perubahan yang memberangsangkan apabila sudah boleh menghafal surah al-Fatihah

    dan bersolat serta sudah berminat ke sekolah. Ia adalah perkembangan yang

    memberangsangkan kerana anaknya sebelum ini mengalami masalah hiperaktif dan

    masalah pertuturan. (Utusan Online, 2011)

    3.0 IMPLIKASI

    Implikasi cabaran yang dihadapi oleh guru akan meningkatkan lagi tahap

    profesional guru tersebut. Tahap ini dapat ditingkatkan apabila guru mula mengutip

    pengalaman semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pelbagai

    pengalaman telah dilalui, maka pelbagai perubahan yang baru akan dapat dibuat seiring

    dengan perubahan murid dan masa. Selaian itu, tahap profesioanalisme dapat

    ditingkatkan apabila guru mula memikirkan cara untuk mendapatkan ilmu sama ada

    menyambung pengajaran, menghadiri kursus, membaca dan sebagainya. Kemahiran-

    kemahiran baru juga akan dapat dikumpul melalui aktiviti yang dijalankan.

    Selain itu, penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik

    dan pelbagai. Penyampaian yang menarik sangat diperlukan supaya murid tidak merasa

    bosan sekaligus tidak ingin hadir ke sekolah. Untuk menjadikan pengajaran sesuatu

    yang menarik, guru mestilah menyediakan perancangan pengajaran terlebih dahulu

    sebelum menyampaikannya. Bukan sahaja perancangan pengajaran malah bahan

    bantu mengajar juga akan disediakan bagi menjadikan sesuatu pengajaran dan

    pembelajaran akan berkesan dan menarik.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    15/18

    Etika guru akan terjaga dengan baik apabila menjadi guru pendidikan khas.

    Disebabkan guru memerlukan sikap sabar, penyayang, jujur serta bertanggungjawab

    maka, keperibadian guru akan meningkatkan ke tahap yang lebih baik. Selain daripadaitu, percakapan yang lembut dan sifat memujuk mampu menjadikan seorang guru

    pendidikan khas sebagai guru yang baik dan menjaga tingkahlaku.

    Walaubagaimanapun anak-anak murid yang diterima, hubungan guru dengan

    ibu bapa akan terjaga dengan baik. Ini adalah kerana interaksi dua hala yang dijalinkan

    mampu membina hubungan yang mesra. Dapat dilihat bahawa guru dan ibu bapa akan

    sentiasa berhubungan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan juga

    membuat perbincangan tentang sesuatu perkara.

    Pembentukan tingkahlaku positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial

    dapat dipupuk. Apabila nilai-nilai murni sering diterapkan dalam diri murid, maka mereka

    akan mengaplikasikannya dengan orang persekitaran. Murid juga akan belajar melalui

    tingkahlaku dan cara guru mengajar dan mendidik mereka. Ini disebabkan oleh salah

    satu dari pembelajaran murid adalah melalui pemerhatian dan peniruan.

    4.0 CADANGAN

    Cadangan pertama untuk guru menghadapi murid-murid ini ialah guru seharusnya

    memperkasa emosi dalam membentuk sikap pelajar. (Abdul Ghani Abdullah & Abd.

    Rahman Abd. Aziz, 2009). Kamus Dewan edisi ke-4 mentakrifkan emosi sebagai

    perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih dan marah. Oleh itu, emosi adalah ciri jiwa

    manusia yang mempamerkan perasaan yang berpunca daripada psikologi, tingkahlaku

    dan naluri manusia. Guru haruslah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    16/18

    menangani ketidakstabilan emosi yang berpunca daripada tekanan dengan positif.

    Tanpa kesedaran kendiri, individu itu tidak mampu untuk membina makna hasil tindakan

    dan reaksinya pada persekitaran. Disebabkan itu, guru memerlukan dorongan diri

    ataupun motivasi yang tinggi dalam kawalan kecenderungan emosi yang dapat

    memandu ataupun memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan orang lain.

    Guru juga boleh menggunakan satu pendekatan untuk membentuk tingkahlaku murid

    supaya senang untuk dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh

    aktiviti bercerita dalam membentuk tingkahlaku murid. Cerita boleh dijadikan sebagai

    satu terapi untuk intervensi kaunseling kanak-kanak. Terapi bercerita ialah seni

    mempengaruhi orang lain dengan bercerita berkenaan dilema persendirian mereka.

    Terapi ini juga merupakan media komunikasi antara ahli terapi dengan klien. (Lee Keok

    Cheong et al., 2012). Melalui aktiviti bercerita ini guru boleh menggunakan contoh

    teladan untuk memberi pengajaran kepada murid. Akan terdapat murid yang akan

    mengikut tingkahlaku yang diceritakan oleh guru. Cerita yang dipilih oleh guru juga

    hendaklah bersesuaian dengan perkembangan murid.

    Melahirkan guru mesra OKU juga salah satu dari cara untuk membentuk guru

    pendidikan khas yang baik dan prihatin serta mesra terhadap murid. Ia haruslah

    diberikan latihan semasa guru-guru ini berada dalam latihan perguruan. Ia bukan

    merujuk kepada guru pendidikan khas sahaja tetapi juga guru-guru biasa supaya

    mereka dapat mengesan ketidaksempurnaan anak didik mereka. Dengan itu, guru-guru

    bolehlah membawa masalah ini kepada pakar. Program ini juga disokong oleh pihak

    TWINTECH International University College of Technology (TWINTECH) apabila

    mereka menawarkan pelbagai program bagi membantu kerajaan melahirkan guru

    prihatin dan mesra orang kelainan upaya (OKU). Universti tersebut mengambil tindakan

    seperti penguasaan Bahasa Isyarat Malaysia wajib bagi graduan, melahirkan guru

    pendidikan khas berkepakaran autisme dan sebagainya. ( Mymetro, 2012)

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    17/18

    5.0 RUMUSAN

    Pada pandangan saya, tugas guru pendidikan khas sangat mencabar kepada

    sesiapa yang menyandangnya. Tugas itu terlalu berat untuk dipikul untuk guru yang

    masih belum menguasai tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. Pengalaman ini

    telah dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia melalui penerbitan Kosmo, 2008 dan

    Utusan Online, 2011. Cikgu Alizah Abdul Malek (Utusan Online,2011) menyimpulkan

    bahawa guru pendidikan khas mempunyai 1001 macam cerita. Cerita yang mereka

    sempat berkongsi adalah berkaitan ragam murid-murid dan juga harapan ibu bapa.

    Selain daripada guru, ibu bapa juga menganggap anak istimewa sebagai cabaran yang

    besar. Berikutan kenyataan tersebut, ibu kanak-kanak autisme menyatakan bahawa

    sebelum mendapat pendidikan di Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, (NASOM)

    anaknya mudah naik angin dan marah apabila keinginan dirinya tidak dipenuhi.

    Percakapannya tidak difahami apabila hanya mengeluarkan bunyi seperti

    em...em...sahaja. (Berita Harian, 2012). Jika dilihat kenyataan ibu kanak-kanak tersebut,

    beliau hanya menghadapi seorang sahaja kanak-kanak istimewa tetapi guru pendidikan

    khas menghadapi murid lebih daripada seorang serta mempunyai kepelbagaian

    masalah.

    Walaupun pelbagai cabaran yang telah mereka hadapi tetapi dengan kejayaan murid-

    murid mereka walaupun hanya sekadar mengurus diri sendiri adalah kejayaan terbesar

    dan tidak ternilai oleh mereka. Dengan berkat kesabaran mereka dalam mendidik,

    murid-murid ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru

    tersebut. Namun terdapat juga murid berkeperluan khas yang telah berjaya dengan

    cemerlang dan mendapat pendidkan sehingga peringkat tinggi. Dua orang pelajar cacat

    penglihatan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (SMPKS), Kuala Lumpur iaitu

    Tang Kah Hung dan Ahmad Shahide Ruslan telah mendapat 10 A untuk SP 2010.

  • 7/28/2019 Peranan Guru Khas

    18/18

    (Berita Harian, 2010) Ini menunjukkan terdapat juga murid berkeperluan khas yang

    berjaya sehingga ke peringkat tinggi.

    Oleh yang demikian, jangan dipandang murid berkeperluan khas hanya memberikan

    beban yang besar kepada orang sekeliling mereka tetapi pandanglah mereka sebagai

    anugerah yang terindah. Saya memetik kata-kata Rosmah Mansur yang juga Yang

    Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), iaitu hanya dengan

    mendampingi mereka, barulah ia dapat membuka hati dan minda kita supaya lebih

    menghayati keperluan mereka dan seterusnya memperjuangkan nasib golongan

    OKU.(Berita Harian, 2011)

    Sebagai kesimpulan, menjadi seorang guru pendidikan khas bukan sekadar menjadi

    guru biasa tetapi sebagai guru yang baik kerana tahap kebergantungan murid kepada

    guru adalah melebihi murid-murid yang normal. Namun, sebagai seorang guru,

    keikhlasan dalam mendidik menjadikan mereka seorang yang berfikiran positif, bersikap

    menerima dan sebagainya. Walaupun banyak cabaran yang ditempuhi tetapi didiklah

    mereka kerana mereka berpeluang untuk meningkatkan kualiti hidup dan

    mengurangkan kebergantungan kepada keluarga, masyarakat dan negara.