Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

17
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang- layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak. Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak. Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anakbagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa

description

karangan

Transcript of Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

Page 1: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORNGAN KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAKKeluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja kerasdengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anakbagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama

Page 2: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebingdan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada pelabur asing untuk mencari peluang perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, perlaksanaan pelbagai dasar, dan insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

“Malaysia Truly Asia”

Kenyataan di atas merupakan istilah atau gelaran yang diguna pakai oleh seluruh penghuni dunia apabila ditanyakan mengenai Negara yang tercinta iaitu Malaysia. Mengapakah istilah ini digunakan untuk melambangkan Malaysia? Apakah keistimewaan Malaysia sehingga digambarkan sedemikian rupa? Dalam era modenisasi ini, Malaysia terserlah sebagai antara sebuah Negara yang terpenting, bukan sahaja di Asia Tenggara mahupun Asia bahkan di mata dunia. Malaysia terkenal sebagai destinasi pilihan kepada para pelabur asing untuk mencari peluang perniagaan berdasarkan kekukuhan asas ekonomi, pelaksanaan pelbagai dasar, insentif dan inisiatif yang diperkenalkan serta faktor-faktor yang lain. Bak kata peribahasa, “Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang” sesuai menggambarkan usaha serta faktor yang membawa kepada kepesatan sebuah negara multi races ini.

Sudah terang lagi bersuluh. Kehebatan tanah air berdaulat kita ini boleh dilihat sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka lagi. Empayar Kerajaan Melaka yang meliputi seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta hampir keseluruhan kepulauan Sumatera menjadi destinasi utama para pedagang untuk berdagang atas beberapa faktor. Faktor geografi yang menyumbang kepada kerancakan ekonomi pada masa itu ialah kedudukan Melaka yang terletak antara laluan Barat ke Timur. Oleh itu, tidak hairanlah Melaka menjadi pilihan utama para pedagang untuk memperdagangkan barangannya. Kenyataan ini disokong kuat lagi dengan kehadiran arca, artifak, kapal-kapal dagang serta budaya pelbagai kaum yang boleh dilihat di sekitar negeri Melaka ketika ini.  Akan tetapi, malang tidak berbau. Kemanisan yang dirasai sama sekali tidak bertahan lama apabila negeri bersejarah ini diserang penjajah pada tanggal 24 Ogos 1511 iaitu pada abad ke-5. Lebih teruk lagi, kuasa ekonomi yang dipegang kita dahulu diambil alih oleh kuasa dominan dunia. Bak kata pepatah “Sudah jatuh ditimpa tangga.”

Namun begitu, kejatuhan negara kita tidaklah lama. Episod tragik in berakhir apabila kita mencapai kemerdekaan berkat usaha nenek moyang kita dahulu. Bagai anak burung baru

Page 3: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

belajar terbang, kita perlahan-lahan menaiki tangga dunia. Antara faktor yang membantu kebangkitan Malaysia ialah sumber ekonominya yang banyak dan luas. Misalnya, bijih timah, emas, petroleum serta banyak lagi yang menjadi punca perebutan kuasa dominan pada negara kita. Kekayaan sumber negara kita inilah menjadi salah satu punca Malaysia menjadi destinasi pilihan kepada pelabur asing. Jika diimbas kembali, para pedagang India menggambarkan kepesatan ekonomi Tanah Melayu sebagai Semenanjung Emas. Disebabkan kekukuhan asas ekonomi inilah sedikit sebanyak membangunkan Malaysia di mata dunia seterusnya memainkan peranan penting dalam abad ke-21 ini.

Dalam era dunia ketiga ini, kita dikejutkan dengan pergolakan dan huru-hara yang berlaku apabila manusia berlaga sesama sendiri demi kepentingan masing-masing.  Persis kata peribahasa, “Anjing galak babi berani” menggambarkan pihak yang masing-masing mahu menunjukkan kebenaran, sama-sama tidak beralah hinnga menimbulkan kekacauan seterusnya membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Misalnya, seperti yang kita dapat lihat di Libya dan London baru-baru ini. Walakin begitu, kita bertuah kerana dilahirkan di sebuah negara yang aman damai dimana warna kulit, budaya serta agama tidak menjadi persoalan dan buah mulut seseorang. Atas faktor inilah nama Malaysia dipandang indah justeru menjadi pilihan utama para pelabur asing yang dahagakan kedamaian terutamanya. Persis kata cendiakawan dunia “Kekuatan sesebuah kubu itu terletak pada askarnya”. Malaysia terkenal dengan dasar keterbukaan rakyatnya, tidak seperti di Afrika yang suatu ketika dahulu mengamalkan Dasar Aparteid yang mementingkan warna kulit dalam organisasi kerajaan. Di Malaysia, pelabur berasa lebih selamat untuk mencurahkan emasnya di sini. Justeru, tidak hairanlah setiap perniagaan yang didirikan akan mendapat pendapatan yang lumayan. Negara ini ibarat ‘lubuk emas’ buat mereka.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Malaysia terkenal dengan para pemimpinnya yang berkaliber serta memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sebuah negara yang sedang membangun. Pelbagai dasar diperkenalkan bagi menarik lagi minat pelabur asing untuk melabur. Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan pelan transformasi bagi menjana ekonomi negara serta penduduk berpendapatan tinggi. Selain itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan menghantar wakil ke sesebuah negara contohnya di Australia bagi memperkukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan ekonomi. Persis peribahasa negara samurai “Isseki nicho” yang membawa maksud sambil menyelam minum air. Di samping itu, kerajaan memperkenal dan mengadakan kempen serta mempromosi bagi mengukuhkan lagi nama Malaysia di persada dunia. Bak kata peribahasa, “Ditumbuk dikisar barulah lumat”. Berkat daripada usaha yang dijalankan serta membanting tulang empat kerat, Malaysia menjadi destinasi pilihan kepada pelabur asing untuk mencari nafkah dan peluang perniagaan. Persis kata mutiara “Orang yang berjaya ialah orang yang berusaha tanpa jemu”.

Tuntasnya, Malaysia berjaya menjadi sebuah negara idaman dan penting pada abad ke-21 ini. Harus diingatkan bahawa terdapat banyak faktor yang menyumbang selain daripada usaha-usaha yang dilakukan. Oleh itu, kita sebagai waris tampuk pemerintahan negara haruslah memelihara usaha yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi untuk kelangsungan hidup. Selain itu, kita haruslah sentiasa bersatu padu kerana jika kita tidak mejaga perpaduan yang dipelihara sejak dahulu lagi nescaya kita akan jatuh sama sekali. Pepatah Melayu berbunyi “Bulat pembentung kerana pembulat, bulat manusia kerana

Page 4: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

muafakat”. Selain itu juga, kita janganlah cepat terpedaya dengan hasutan anasir-anasir yang cuba untuk menjatuhkan kita. Kita haruslah menanam sifat berani kerana benar dan berdikari. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

KARANGAN BAHAGIAN BPERANAN IBU BAPA DALAM MEMBERIKAN SOKONGAN  KEPADA ANAK-ANAK DEMI MEMASTIKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, hidupnya sebatang kara, tidak mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus tali. Pada tahun 2003, Malaysia telah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan anak-anak.

Antara peranan  keluarga ialah menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak kerana kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba memotivasikan diri mereka sekali gus mengubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup

Page 5: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu bapa menjadi dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang pelajaran.

Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.

Sebagai intiha, dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai "Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain untuk negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.

PERANAN KELUARGA DALAM MELINDUNGI AHLI-AHLINYA DARIPADA ANCAMAN DAN BAHAYA.

Keluarga boleh didefinasikan sebagai satu kelompok individu yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak. Institusi kekeluargaan yang cemerlang dan bahagia perlu dipelopori oleh ibu dan bapa dengan baik. Keluarga merupakan tempat perlindungan untuk ahli-ahlinya berlindung daripada bahaya dan pengaruh persekitaran. Namun begitu, mutakhir ini, kes-kes penderaan kanak-kanak dan kes buli pelajar sekolah sering terpampang di dada-dada akhbar  seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini amat membimbangkan kerana individu yang tidak bersalah menjadi mangsa kerakusan manusia yang alpa dengan arus globalisasi. Oleh itu, keluarga perlu memainkan peranan dalam melindungi ahli-ahlinya dan tidak boleh hanya berpeluk tubuh sahaja.

Bapa merupakan ketua keluarga dan memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan keselamatan anak-anak dan isteri. Bapa berperanan dalam mengajar anak-anak dalam mempertahankan diri daripada bahaya dan perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak perlu dididik dari kecil seperti kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun begitu, ketegasan bapa haruslah berpada-pada dan tidak sampai ke tahap memukul anak-anak. Bapa

Page 6: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

juga perlu memastikan keselamatan anak-anak dan isteri semasa di luar kawasan rumah. Bapa tidak boleh membiarkan anak-anak pulang ke rumah dengan berjalan kaki bagi mengelakkan kes culik. Bapa harus sentiasa melengkapkan anak-anak dengan alat pertahanan diri bak kata pujangga, sediakan payung sebelum hujan.

Ibu juga perlu memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak dan tidak boleh hanya bersikap lepas tangan. Ibu bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak tentang ilmu agama dan ilmu fekah. Selain itu, ibu dan bapa juga harus bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjamin keselamatan anank-anak. Ibu bapa perlulah meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak dan mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada mereka. Hal ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak menghabiskan masa mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok dan melepak kerana terpengaruh dengan rakan sebaya. Kasih sayang yang mencukupi juga adalah perlu agar anak-anak tidak mencari alternatif lain bagi mendapatkan kasih sayang sehingga memudaratkan diri sendiri.

Di samping itu,ibu bapa juga perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak bagi menjamin keselamatn mereka. Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa anak-anak mereka tidak berkawan dengan orang yang berakhlak keji bagi mengelakkan pengaruh yang negatif. Ibu bapa perlu tegas dalam situasi ini agar tidak menyesal di kemudian hari seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Selain itu,ibu bapa juga perlu memantau keselamatan anak-anak di luar rumah agar tidak menjadi mangsa buli di luar rumah. Pendekatan yang berhemah oleh ibu bapa juga adalah perlu seperti ibu bapa berkongsi masalah yang dihadapi oleh anak-anak agar anak-anak tidak tertekan dan mengelakkan anak-anak daripada melakukan perkara yang membahayakan diri.

Selain itu,ibu bapa juga perlu memberikan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Oleh itu,ibu bapa perlu membesarkan anak-anak dengan baik dan tidak bertengkar di hadapan anak-anak bagi meyakinkan anak-anak bahawa keluarga mereka merupakan tempat perlindungan yang selamat. Bapa juga tidak boleh memukul isteri dan anak-anak dengan sewenang-wenangnya disebabkan oleh sikapnya yang panas baran. Sebaliknya, bapa perlulah sentiasa melindungi ahli keluarga daripada bahaya. Ibu bapa juga tidak boleh bersikap alpa sehingga tidak mengendahkan keselamatan anak-anak. Anak-anak merupakan insan yang lemah dan perlu dilindungi. Justeru itu, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak-anak tinggal bersendirian di rumah dan perlu ditemani oleh orang dewasa apabila mereka berada di luar kawasan rumah. Janganlah ibu bapa menyesal apabila berlaku  sesuatu yang buruk terhadap anak-anakseperti sudah terhantuk, baru terngadah. Oleh itu,ibu

Page 7: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

bapa haruslah prihatin terhadap keselamatan anak-anak walau di mana jua mereka berada.

           Kesimpulannya, ibu bapa memikul tanggungjawab yang sama dalam

memastikan keselamatan anak-anak. Namun begitu, tanpa kerjasama yang menyeluruh, usaha untuk menjamin keselamatan mereka akan menjadi sia-sia seperti mencurahkan air ke daun keladi. Justeru itu, setiap ahli keluarga perlu bekerjasama dan mengamalkan sikapsusah sama dipikul, ringan sama dijinjing bagi mewujudkan institusi kekeluargaan yang selamat. Sesunggguhnya, keluarga yang selamat dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan seterusnya menjamin keamanan Negara. Keselamatan seseorang individu dapat membantu dalam kstabilan fizikal dan mental . Oleh itu, anak-anak perlu diberikan pendidikan yang sempurna seiring dengan keselamatan bagi melahirkan individu yang cemerlang bagi memimpin Negara bak kata pujangga,pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia agar anak-anak dapat menganggap “rumahku syurgaku”. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini

Page 8: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.

Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain

Page 9: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Peranan Ibu Bapa memastikan Kecemerlangan Anak-anakAnak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua. Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.

Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; “ suruh dan perintahlah anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun”. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur, sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang pasti menjadi nyata.

Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu tercapai adalah dengan bermain “tarik tali’ dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak. Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan. Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.

“Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu”. Begitulah kata-kata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya. Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya.

Page 10: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.

Tun Dr Mahathir pernah berkata, “banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah”. Oleh yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. “Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak”, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubi-tubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut “usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki”.

Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati, asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anak-anak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan “kalau kita berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang menyirami tanah yang tandus”. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana “anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi tanah dan baja ialah ibu bapa”. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan azali anak-anak.

Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, “anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya pasti memberi kesan”. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi,

SPM 2014:Soalan no.2:Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah. Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga, khususnya ibu bapa menggalas obligasi yang dominan dalam membantu anak-anak menyelesaikan kemelut yang ditelusuri oleh mereka pada abad ini. Malah, anak-anak juga diibaratkan sebagai sehelai  kain putih, dan ibu bapalah yang menjadi penentu coraknya. Peribahasa ini izhar membuktikan peranan ibu bapa dalam menentukan masa depan anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapalah yang menjadi pendorong utama

Page 11: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

kepada anak-anak. Malah kajian membuktikan bahawa kebanyakan anak mudah terlibat dalam kancah sosial disebabkan berlakunya kepincangan dalam keluarga. Kajian ini secara implisitnya mendedahkan kepada kita akan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam pembentukan keluarga bahagia. Anak- anak juga lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama dengan ahli keluarga daripada orang lain. Jadi, memang tidak dapat dinafikan sama sekali akan obligasi yang dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika mengadapi sesuatu masalah. Persoalannya, apakah peranan yang wajar dimainkan oleh setiap ahli keluarga sewaktu anak-anak menghadapi sesuatu masalah? Dalam konteks ini, terdapat seribu satu peranan yang dimainkan oleh ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi masalah.

Salah satu peranan dominan yang wajar dimainkan oleh setiap ahli keluarga, khususnya ibu bapa adalah dengan mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang  minyak yang penuh. Mereka haruslah sentiasa menyayangi antara satu sama lain supaya dapat mewujudkan keluarga yang harmoni. Ibu bapa haruslah mengamalkan sikap keterbukaan iaitu bersedia memberi dan menerima pandangan pembaharuan dan kritikan supaya dapat mewujudkan keluarga yang harmoni. Hal ini demikian kerana salah satu punca anak-anak menghadapi masalah dalam kehidupan ialah ketandusan kasih sayang daripada ibu bapa. Dalam konteks ini, ibu bapa harus bersedia memasang telinga kepada segala masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Bukan sahaja ibu bapa, malah seluruh ahli keluarga wajar berbuat demikian apabila mendapat tahu bahawa seseorang anak itu menghadapi masalah. Setiap ahli keluarga tidak harus berpeluk tubuh atau bersikap nafsi, bak kata pepatah bagai enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing ketika ahli keluarga menghadapi masalah. Setiap masalah ahli keluarga juga wajar diselesaikan bersama-sama supaya masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah. Dalam konteks ini juga, setiap ahli keluarga harus bertindak rasional dan tidak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi agar tidak timbul konflik atau perselisihan faham yang mampu menggugat keharmonian keluarga. Jadi, jelaslah bahawa ibu bapa dan setiap ahli keluarga harslah menyayangi antara satu sama lain dalam membantu anak-anak menghadapi sesuatu masalah.

Di samping itu, ibu bapa juga tidak harus bersifat materialistik atau kebendaan semata-mata. Mereka tidak harus mengejar kekayaan dan kebendaan sehingga mengabaikan anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa sebagai ahli keluarga yang dominan wajar membahagikan masa bekerja dan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga. Dengan cara sebegini, anak-anak akan lebih berkeyakinan untuk berkongsi segala pahit manis yang dilalui dalam kehidupan seharian. Hal ini sudah tentu memudahkan ibu bapa untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan seterusnya mengambil  langkah yang efektif dan pragmatik semasa menangani masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Bukan itu sahaja, keluarga yang harmoni dapat diwujudkan  apabila setiap ahli keluarga bersama-sama untuk berkongsi masalah yang dilalui bersama-sama. Dengan cara sebegini, sudah tentu anak-anak tidak akan berasa keseorangan semasa melalui segala kesukaran dalam hidup dan seterusnya masalah yang dihadapi ini dapat ditangani dengan efektif. Jadi,  tegaslah bahawa setiap ahli keluarga khususnya ibu bapa tidak harus bersifat materialistik semata-mata dan harus meluangkan masa bersama anak-anak menghadapi masalah.

Sementelahan lagi, setiap ahli keluarga haruslah mengawasi perubahan tingkah laku yang dialami oleh seseorang. Bukan sahaja ibu bapa, malah setiap ahli keluarga wajar menggalah obligasi yang sama. Apabila mendapat tahu bahawa anak-anak menunjukkan

Page 12: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

perubahan tingkah laku, ibu bapa haruslah menyiasat perkara ini secara terperinci supaya mendapat tahu akan peristiwa sebenar yang berlaku. Setiap ahli keluarga haruslah bertindak dengan cepat sebelum sesuatu masalah menjadi parah. Dengan berbuat demikian, setiap ahli keluarga akan mendapat tahu akan masalah yang dihadapi. Dalam konteks ini, ibu bapa juga boleh mengawasi dengan siapa anak-anak mereka bergaul. Mereka juga harus mengkaji perwatakan setiap rakan anak-anak mereka supaya mendapt tahu apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini amat signifikan supaya, ibu bapa akan tahu akan kemelut yang dihadapi oleh anak-anak dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi sesuatu masalah. jadi, jelaslah bahawa setiap ahli keluarga harus mengawasi perubahan tingkah laku  anak-anak supaya dapat membantu ketika mereka menghadapi masalah.

Seterusnya, satu lagi obligasi atau peranan yang harus diimplementasikan oleh ahli keluarga sewaktu mereka menghadapi maslah adalah dengan sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak. Ibu bapa harusla menanam semangat tidak mudah putus asa dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Mereka juga harus mempamerkan nilai-nilai yang baik di depan anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Hal ini amat penting supaya anak-anak akan menjadikan yang baik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan. Ibu bapa juga wajar menasihati anak-anak dengan cara yang betul supaya anak-anak akan dapat memahami nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan tidak menjadi bagai mencurahkan air ke daun keladi. Bukan itu sahaja, malah ahli keluarga harus sentiasa memberi motivasi secara berterusan dan menanam semangat yang mendalam dalam diri anak-anak ketika mereka menghadapi maslah supaya mereka tidak akan berputus asa dan bangkit semula selepas segala cabran yang dihadapi oleh mereka. Ibu bapa juga tidak harus menjadi bagai ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Hal ini demikian kerana anak-anak mudah mengikut segala perlakuan yang dipamerkan oleh ibu bapa. Segala perkara negatif tidak harus ditunjukkan di depan anak-anak. Oleh hal yang demikian, memang tidak dapat dinafikan bahawa ahli keluarga harus sentiasa memberi dorongan kepada anak-anak semasa mereka menghadapi sesuatu masalah.

Tambahan pula, setiap ahli keluarga harus menghantar anak-anak ke kelas pendikan tidak formal atu pendidikan keagamaan. Ibu bapat tidak wajar memfokuskan pendidikan formal semata-mata dan tidak harus menekankan pencapaian anak-anak dalam akademik sebagai indikator bahawa anak-anak telah berjaya. Jadi, ibu bapa harus menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama. Dengan pegangan agama yang kukuh, anak-anak akan berasa lebih berkeyakinan semasa menghadapi pelbagai masalah. Setiap ahli keluarga juga harus mendorong anak-anak supaya berpegang teguh kepada agama kerana tiada agama yang mendorong penganutnya untuk melakukan aktiviti yang tidak baik. Dengan menghantar anak-anak ke kelas agama, anak-anak akan lebih berani dan tabah menghadapi masalah yang dihadapi. Inisiatif lain yang boleh diambil oleh ahli keluarga ketika anak-anak  menghadapi masalah adalah dengan menghantar mereka ke kelas bimbingan dan kaunseling. Dengan kaunseling yang diberikan ,sudah tentu anak-anak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan mudah. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap ahli keluarga wajar menghantar anak-anak ke kelas pendidikan agama atau kelas bimbingan dan kaunseling ketika anak-anak menghadapi masalah.

Konklusinya, memang tidak dinafikan betapa pentingnya peranan dan obligasi yang digalas oleh setiap ahli keluarga amnya ibu bapa dalam membantu anak-anak sewaktu

Page 13: Peranan Ibu Bapa Dalam Memberikan Sokongan Dan Dorngan Kepada Anak

kemelut dalam kehidupan seharian. Setiap ahli keluarga haruslah mengimplementasikan tanggungjawab mereka dengan berkesan dan efektif dan bukan seperti melepaskan batuk di tangga. Setiap ahli keluarga wajar menggembleng tenaga dalam membantu anak-anak ketika mereka menghadapi masalah. Bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan, malah ahli keluarga yang lain turut mempunyai obligasi yang sama. Setiap ahli keluarga juga harus bertindak segera dalam membantu anak-anak ketika menghadapi masalah sebelum gawat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. hal ini demikian kerana anak-anak merupakan aset paling berharga. Jadi, segala masalah yang dihadapi oleh mereka tidak harus dipandang enteng dan sebaliknya sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab kita haruslah sentiasa bersama-sama ketika melalui pahit manis. Jadi bolehlah disimpulkan sekali lagi bahawa setiap anak memerlukan dorongan dan sokongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.