Peranan ICT Dalam Pengajajaran

14
Peranan ICT dalam P&P Penggunaan ICT dalam P&P boleh dilihat dalam dua aspek iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Pengajaran Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21 melalui perubahan dalam cara kerja, hubungan secara terus di antara pembuat dan pengguna, dan akses kepada sumber maklumat yang begitu banyak. Aspek pendidikan turut terdedah dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses sumber maklumat dengan mudah. Mata pelajaran sejarah turut mengalami perubahan dengan pengenalan ICT dalam pendidikan. Guru sejarah yang peka kepada perubahan akan menggalakkan pelajar membina kemahiran yang sesuai dengan keperluan dunia ICT. Antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru sejarah ialah: 1. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah di dalam kelas. 2. Bagaimanakah hasil pembelajaran sejarah dengan ICT dapat disatukan atau dibezakan 3. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat pengajaran Kajian di England menunjukkan kualiti pengajaran sejarah sama ada dengan menggunakan ICT atau tidak, banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu pengetahuan guru tentang mata pelajaran. Pemahaman guru tentang bagaimana cara terbaik untuk menyampaikannya juga memainkan peranan penting. Guru sejarah yang baik akan mencabar pelajarnya untuk berfikir secara sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P sejarah bermaksud bagaimana ICT membantu proses P&P. Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash. Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik. Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami keperluan asas pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti ’demokrasi’, ’bantuan’ , dan ’bangsa’, ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat (Joke van der Leeuw-Roord 1998).

description

Peranan ICT

Transcript of Peranan ICT Dalam Pengajajaran

Page 1: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

Peranan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P boleh dilihat dalam dua aspek iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek

pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

 

Pengajaran

 

Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21 melalui perubahan dalam cara kerja,

hubungan secara terus di antara pembuat dan pengguna, dan akses kepada sumber maklumat yang begitu

banyak. Aspek pendidikan turut terdedah dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses sumber maklumat

dengan mudah. Mata pelajaran sejarah turut mengalami perubahan dengan pengenalan ICT dalam pendidikan.

Guru sejarah yang peka kepada perubahan akan menggalakkan pelajar membina kemahiran yang sesuai

dengan keperluan dunia ICT. Antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru sejarah ialah:

 

1. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT  dalam pengajaran sejarah di dalam kelas.

2. Bagaimanakah hasil pembelajaran sejarah dengan ICT dapat disatukan atau dibezakan

3. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat pengajaran

 

Kajian di England menunjukkan kualiti pengajaran sejarah sama ada dengan menggunakan ICT atau tidak,

banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu pengetahuan guru tentang mata pelajaran. Pemahaman guru

tentang bagaimana cara terbaik untuk menyampaikannya juga memainkan peranan penting. Guru sejarah yang

baik akan mencabar pelajarnya untuk berfikir secara sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P sejarah bermaksud

bagaimana ICT membantu proses P&P.

 

Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu

mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC,

Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran

ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini

sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu

guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian

tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash.

Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik.

 

Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam

pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar

akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web

yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami

keperluan asas pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami

keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan

akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti ’demokrasi’, ’bantuan’ , dan ’bangsa’,

ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat (Joke van der Leeuw-Roord 1998).

 

Sumber-sumber yang diperoleh ini boleh membantu pelajar mengkonstruk narratif sendiri. Mereka perlu

memahami naratif untuk membina pemahaman sendiri tentang masa lalu dari persepektif yang berbeza (Joke

van der Leeuw-Roord. 1998). Situasi ini mungkin boleh diterima dalam sistem pendidikan sejarah di Amerika dan

Eropah, tetapi keadaan di Malaysia mungkin memerlukan masa yang agak panjang sebelum kaedah ini dapat

dijalankan dengan jayanya. Salah satu kemahiran yang dapat diterapkan di sini ialah pemikiran kritikal terhadap

sumber, ICT  dan bahan itu sendiri.

Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan ICT akan memberi impak kepada

pengajaran mata pelajaran sejarah. Misalnya kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan

membawa pelajar untuk bekerja secara kendiri. Untuk itu mereka memerlukan kemahiran inkuiri, menganalisis

dan membina argument. Untuk mencapai matlamat ini kita harus memberi peluang untuk pelajar membuat

Page 2: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

analisis tentang masa lalu secara bebas dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word atau

Text) untuk menuli semula jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

 

Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar hilang punca dalam membuat

pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu menjalankan perbincangan di internet.

Perbincangan boleh dijalankan melalui kumpulan-kumpulan pengguna di www.yahoo.com atau www.gmail.com.

Bagi penulis kaedah yang paling sesuai adalah melalui kaedah discussion board yang lebih mengkhusus kepada

tujuan perbincangan. Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah phpBB dan Invision

Power Board.

 

Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai moderator dan memasukkan bahan bacaan, pautan internet dan

bahan muat turun di dalam forum (Pusat Perkembangan Kurikulum 2008). Pelajar boleh melakukan

perbincangan dan berkongsi kesemua bahan yang diperoleh hasil penerokaan di internet.

 

Kesahihan bahan di internet selalu dipertikaikan. Justeru kemahiran harus diberi kepada pelajar agar pelajar

mampu menilai secara kritikal sumber yang diterima, misalnya melalui filem dan cetakan. Aspek yang ditekankan

melalui cara kerja kritis:

 

1. Siapakah yang menulis sumber?

2. Apakah tujuannya?

3. Kepada siapa penulisan ini ditujukan?

4. Bila ia diterbitkan?

5. Apakah motif penerbitan bahan tersebut?

6. Bagaimanakah kesesuaian sumber maklumat?

 

Kaedah Simulasi dan tutorial multimedia merupakan salah satu kaedah pengajaran yang terbaik sekiranya

pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan bahan pengajaran (DelGaudio &

Julian J. 2002).

 

Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat Perkembangan

Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan P&P  melalui empat kategori:

 

1. Tutorial

2. Penerokaan

3. Aplikasi

4. komunikasi

1.0 Pembelajaran Tutorial

 

ICT dalam P&P mata pelajaran sejarah boleh menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk

menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan (Pusat Perkembangan

Kurikulum 2001). Kaedah tutorial merangkumi:

 

1. Pembelajaran Ekspositori

2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya

3. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

 

Page 3: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan perisian yang terdapat

di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Dengan itu pelajar

boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih mudah disebabkan semua

perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia.

 

Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar

dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat

menyeleaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah

latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka

sesuai dengan tahap yang disediakan.

 

2.0 Pembelajaran Penerokaan (Eksploratory)

 

Pembelajaran Penerokaan boleh berlaku sekiranya ICT digunakan sebagai medium untuk:

 

1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM/DVDROM dan internet

2. Mempelajari sesuatu secara simulasi

3. Demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid

 

 

Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan Jabatan

Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah

kaedah simulasi berasaskan laman web bagi Yucesan dan Chun Hung Chen (Shaharudin Md Salleh 2007)

merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang

lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Ini disokong oleh kajian Lorenz et. al

(Shaharudin Md Salleh 2007) menyatakan simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh

pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang mudah diakses. Ini menyokong pembelajaran kaedah

kooperatif dilakukan di dalam kelas.

 

Pembelajaran penerokaan boleh dilakukan melalui penyediaan CDROM atau DVDROM yang sesuai dengan

P&P Sejarah selain daripada menggunakan internet. Dalam satu kajian kes di Sweden, pembelajaran sejarah

menggunakan CDROM yang diusahakan oleh Muzium dan Jabatan Arkib di Stockholm. Dalam modul yang

disediakan pelajar diminta mengemukan persoalan dan mengemukakan dapatan mereka. Pelajar telah

membincangkan tentang projek yang dibuat dan mempersembahkan hasil melalui Power Point. Banyak

penemuan yang dihasilkan oleh pelajar dan didapati mereka sangat gembira dengan hasil tinjauan mereka.

Manakala di Canada (Paquin M & Barfurth M 2007) kajian menunjukkan berlakunya peningkatan minat daripada

pelajar disebabkan sebahagian pelajar memiliki kemahiran menggunakan alat ICT.

 

Melalui kaedah ini pelajar sendiri yang menentukan maklumat yang diterima melalui medium ICT. Justeru

penerangan yang jelas amat penting agar pelajar menggunakan ICT untuk mempelajari sejarah. Kaedah ini

sangat sesuai dengan pendekatan pembelajaran Konstruktif, iaitu penekanan kepada aspek kritis, penyelesaian

masalah, pengalaman pelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

 

Kaedah ini sesuai dalam situasi berikut:

 

1. Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan

2. Penyelesaian masalah kehidupan sebenar

3. Kajian masa depan

4. Pembelajaran simulasi

Page 4: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

 

Kaedah ini akan memberi kelebihan kepada pelajar supaya lebih aktif dan tidak berorientasikan guru. Guru boleh

menerapkan teori pembelajaran konstruktif, pelbagai kecergasan dan sebagainya.

 

3.0 Aplikasi Teknologi Maklumat

 

Internet merupakan sumber maklumat yang begitu besar tetapi tidak semuanya boleh digunakan sebagai

sumber maklumat yang sahih dari kaca mata sejarah. Malah maklumat yang sama boleh ditafsirkan dengan cara

yang berbeza oleh penulis laman web. Aspek “bias”, propaganda politik dan ekonomi boleh mempengaruhi

tafsiran bahan sejarah.

 

Pencarian maklumat sejarah yang sah bukanlah satu tugas yang mudah. Pelayar (Browser) yang sesuai dan

banyak digunakan misalnya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Netcape Navigator. Semua pelayar ini boleh

menyimpan tapak-tapak web yang dilayari (Bookmark). Manakala pencarian di internet akan menggunakan enjin

pencari seperti Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain lagi. Kaedah yang biasa digunakan dalam P&P ialah:

 

Guru menyenaraikan alamat web untuk dicarikan maklumat.

Guru menyenaraikan beberapa soalan yang perlu diselesaikan melalui carian maklumat di laman web.

Pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka.

 

Perkara paling jelas dalam menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan P&P sejarah ialah kita boleh memberi

tumpuan kepada topik pengajaran berbanding sub topik lain yang kurang ditekankan. Misalnya, selepas

melakukan ekperimen dalam kajian Arkeologi sejarah pelajar perlu mengkaji hubungan di antara dua

pembolehubah. Mungkin pelajar perlu membuat plot graf yang banyak untuk melihat hubungan. Adalah tidak

dinafikan pelajar perlu memiliki pengetahuan dalam membina graf tetapi dalam sejarah kita wajar memanipulasi

beberapa perisian yang khusus untuk membuat pengiraan dan membina graf. Justeru, perhatian pelajar

bukanlah tentang masalah mebina graf teapi untuk membuat tafsiran dan analisis terhadap graf dan trend graf

yang dibina oleh perisian komputer (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

 

Kekurangan yang paling ketara dalam implementasi kaedah ICT dalam P&P sejarah di negara kita ialah tidak

wujud aspek perkongsian maklumat dengan sekolah atau institusi lain dalam dapatan bahan. Kalaupun ada

aspek perkongsian hanya terhad kepada perkongsian yang berkaitan dengan soalan peperiksaan atau

pembinaan bank soalan.

 

Aplikasi ICT dalam P&P sejarah boleh melibatkan penggunaan Internet, E-Mail, CDROM, Pangkalan Data, dan

Pemprosesan perkataan. Aplikasi ini akan dijelaskan dalam topik seterusnya.

 

 

4.0 ICT Sebagai Alat Komunikasi

 

Aspek Komunikasi dalam peralatan ICT hanya terhasil apabila sumber sejarah, guru dan pelajar dapat

menerima, menghantar dan berkongsi bahan sejarah dalam lokasi tempat yang berbeza. Komunikasi di buat

dalam bentuk Komputer Peribadi (PC), Notebook dan telefon bimbit. Perbezaan tempat ialah jarak di antara

sumber, guru dan pelajar berada, malah mungkin merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan

yang dikongsi boleh wujud dalam bentuk:

 

1.      Teks

2.      Grafik

3.      Audio

4.      Video

5.      Kombinasi pelabagai mod

Page 5: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

 

Teknik komunikasi dalam P&P melalui empat teknik di bawah:

 

1.      Teknik Seorang  (bersendirian) – Teknik ini biasa dilakukan melalui ekplorasi terhadap bahan di internet.

Dalam teknik ini pelajar akan membuat akses tehadap sumber sejarah tanpa melibatkan komunikasi dua hala.

2.      Teknik Seorang kepada Seorang-Teknik ini melibatkan komunikasi di antara pelajar atau pelajar dengan

guru. Biasanya kaedah ini melibatkan penggunaan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon

bimbit, E-Mail,  dan Chatting.

3.      Teknik Seorang kepada Ramai – Kaedah ini melibatkan penggunaan  E-Mail, Chatting, Forum dan

Kumpulan-kumpulan pengguna di Yahoo atau Gmail (Aspek ini akan diperincikan di bahagian topik seterusnya).

4.      Teknik Ramai kepada Ramai –  Teknik yang biasa digunakan ialah forum dan Kumpulan-kumpulan

pengguna di Yahoo atau Gmail.

 

Satu model yang boleh memainkan peranan penting di sini ialah Pembelajaran Kolaboratif. Pemodenan

infrastruktur komunikasi menjadi pelajar, guru dan sumber sejarah boleh berhubung merentas sempadan

daerah, budaya, dan politik. Justeru, pembelajaran sejarah oleh pelajar akan banyak berkongsi pengalaman dan

membuat perbandingan dengan negara lain. Kaedah pembelajaran begini mampu membuka minda (Pusat

Perkembangan Kurikulum 2001), serta menjadikan pembelajaran sejarah sesuatu yang sangat menyeronokkan

pelajar. Peningkatan ilmu pengetahuan hasil empat teknik komunikasi diharap dapat meningkatkan keyakinan

kendiri pelajar dan seterusnya memenuhi matlamat negara menyediakan pelajar yang boleh bersaing di

peringkat global dalam semua apek kehidupan.

 

Amatlah jelik sekiranya pelajar yang dikeluarkan oleh negara kita mengabaikan perkembangan teknologi

komunikasi khususnya dalam skop pembelajaran sejarah. Tanpa komunikasi yang terbuka kita mungkin

cenderung melahirkan pelajar yang terlalu jumud berfikir dan hanya bergantung kepada buku teks.

Penggunaan Teknologi Maklumat Guru dan Pelajar

 

Sekiranya pembelajaran sejarah menerapkan ICT sebagai alat dalam P&P sejarah maka bagaimanakah guru

harus memandu pelajar untuk mendekati sumber sejarah untuk dipelajari? Di antara teknik yang boleh

digunakan ialah:

 

Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang relevan dengan tajuk

Mengestrak maklumat daripada beberapa sumber

Menilai sumber dan membuat rumusan berasaskan bukti sedia ada

Mengenal pasti hubungan, kecenderungan dan bentuk perubahan

Memberi penerangan terhadap perubahan dan menggunakan pengetahuan sejarah untuk menerang

perubahan khusus dalam konteks sejarah

Bahagikan punca kepada beberapa bahagian dan cari hubungan di antara punca

Uji hipotesis

Beri sokongan hujah dengan ilmu pengetahuan

Beri penerangan dan analisis peristiwa masa lalu

 

Dalam P&P sejarah guru harus menekankan kepada pelajar bahawa penggunaan ICT bukan bermakna

menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran ICT tetapi ICT membantu mempermudahkan pemahaman mata

pelajaran sejarah.

 

 

Internet

 

Internet menyediakan banyak bahan untuk di akses dan dikongsi bersama. Sejak Semakan Kurikulum Sejarah

tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia ada memasukkan pautan-pautan berguna bagi setiap tajuk yang

Page 6: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

dipelajari oleh pelajar. Untuk tujuan penulisan, penulis akan mengambil beberapa pautan yang digunakan dalam

buku teks Sejarah Tingkatan 4. Berikut adalah pautan-pautan yang dimasukkan dalam buku teks pelajar:

 

http://www.historian.net/hxwrite.htm

http://ancienthistory.com/

http://sejarahmalaysia.pnm.my/

 

Di internet maklumat dipaparkan melalui Portal dan forum, Brosur, E-Commerce, dan Enjin Pencari.

 

Kaedah Portal dan Forum

 

Kebanyakan portal turut memiliki forum sebagai salah satu modul. Kaedah forum banyak digunakan dalam

perbincangan di internet. Di antara projek yang begitu berjaya melalui penggunaan forum ialah kejayaan Open

Source dalam pengembangan Sistem Operasi Linux. Sila rujukan di laman web di bawah, bagaimana

penggunaan forum dalam meningkatkan pembangunan dan penggunaan Sistem Operasi Mandriva dan

OpenSuSe. Kaedah forum turut digunakan di UK dalam perbincangan akademik:

 

http://forums.opensuse.org/  –  Laman ini membuat perbincangan semua aspek yang melibatkan

pembangunan, keselamatan, penggunaan, aduan dan sebagainya dalam Sistem Operasi Linux OpenSuSe.

http://forum.mandriva.com/  – Laman ini membuat perbincangan semua aspek yang melibatkan

pembangunan, keselamatan, penggunaan, aduan dan sebagainya dalam Sistem Operasi Linux Mandriva.

http://www.educationforum.co.uk/forum.html  – Laman ini menyediakan perbincangan akademik dalam

banyak bidang. Di antaranya ialah penyelidikan dan pembangunan, isu-isu Sejarah, perkaedahan, latihan

guru dan lain-lain lagi.

http://www.besthistorysites.net/  – portal ini memiliki banyak sumber sejarah daripada zaman pra sejarah

sehingga ke sejarah moden.

 

Melalui Portal kita boleh memasukkan artikel sejarah yang banyak lengkap dengan komen dan pautan. Portal

boleh digunakan untuk menjadi host kepada sejarah tempatan, negara atau seluruh dunia disebabkan sifat portal

yang membolehkan pengguna mengakses pada bila-bila masa dan tempat.

 

Melalui kaedah forum kita boleh membuat perbincangan Ramai kepada Ramai dalam teknik Komunikasi. Dalam

forum sesiapa bebas untuk memberi pendapat dan komen secara bebas.

Forum turut membolehkan kita memasukkan bahan sebagai notis atau panduan, pautan untuk dihubungkan

dengan laman web lain, memasukkan gambar, dan menyediakan bahan untuk muat turun. Rajah di bawah

menunjukkan penggunaan forum oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://ictic.proboards.com/index.cgi

Nota: Projek yang dijalankan di 27 buah sekolah di Malaysia. Kandungan projek dilaksanakan oleh guru.

Melibatkan mata pelajaran Sejarah menengah rendah. Guru dan murid menjalankan kajian secara online dan

offline. Tajuk-tajuk yang dipilih bersesuaian dengan kehendak kurikulum Sejarah. Guru dan murid dari sekolah

lain boleh berinteraksi dan bertukar maklumat secara online menerusi ruangan FORUM, email, e-album atau

tugasan. Aspek KBKK diberi perhatian dalam tugasan murid.

E-Mail

 

E-Mail banyak digunakan oleh untuk berkomunikasi. Majoriti pengguna terdiri daripada golongan muda dan

pelajar. Kebanyakan pengguna menggunakan email daripada Yahoo, Google dan Hotmail yang boleh diakses

melalui pautan di bawah:

 

Page 7: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

Yahoo – www.mail.yahoo.com

Google – www.gmail.google.com

Hotmail – www.hotmail.com

 

Walau bagaimanapun agak sukar ditentukan sejauhmana guru sejarah menggunakan kaedah E-Mail untuk

meningkatkan pengetahuan dalam P&P sejarah. Aspek E-Mail boleh digunakan untuk bertukar-tukar maklumat

tentang teknik pengajaran, bahan atau apa sahaja dengan rakan atau pelajar. E-Mail telah digunakan secara

meluas oleh sekolah-sekolah di Belanda dan Norway dalam membincangkan sejarah Neo-Nazisme dan

Holocaust. Selain itu E-Mail turut digunakan dalam projek sekolah di England, Eire, Belgium dan Ireland Utara

dalam perbincangan negara dan tempat yang dikaitkan dengan Viking. Ini membolehkan pertukaran maklumat

dan idea tentang Viking (van deer Leeuw, J. 1998).

 

Melihat sepintas lalu penggunaan E-Mail mungkin kebanyakan orang hanya melihat ia hanya untuk menghantar

dan menerima surat elektronik. E-Mail pada Yahoo dan Google memiliki keupayaan dan perkhidmatan melebihi

daripada hanya menulis dan menerima surat. Misalnya melalui Google, sistem E-Mail telah digabungkan

bersama modul Chatting, Calendar, Documents, Reader, Site, Web dan lain-lain.:

 

Chatting – modul untuk berbincang secara masa sebenar. Bagi pengguna aplikasi Yahoo Messenger yang perlu

di install terlebih dahulu. Chatting boleh digunakan untuk membuat perbincangan sejarah melalui teks (tanpa

suara) ke seluru

1.0    Calendar – Merupakan diari harian, mingguan, bulanan dan tahunan. (lihat Snapshort pada Lampiran).

Bagi guru sejarah yang selalu on line maka modul calendar sangat penting misalnya untuk mengingatkan

tentang masa pertemuan tutorial, mesyuarat, seminar ataupun tarikh pemulangan buku di perpustakaan.

Berbanding buku berbentuk diari yang perlu dibawa setiap hari, modul calendar boleh diakses secara on line

tanpa mengira tempat atau jenis komputer.

1.0    Documents – Terdapat modul Word/Document, Spreadsheets dan Presentation yang boleh digunakan

pelajar untuk melengkapkan projek penulisan, statistik dan pembentangan sejarah. Bahan yang telah siap boleh

disimpan secara on line dan diakses pada bila-bila masa melalui internet. Pengguna tidak perlu memikirkan

untuk menginstall dalam komputer banyak aplikasi. Aplikasi untuk tujuan membuat laporan dan sebagai boleh

diakses secara online. Maklumat yang telah disimpan boleh terus di terbitkan untuk dikongsi di internet atau

untuk kegunaan peribadi sahaja.

1.0    Reader – Berita-berita yang disediakan oleh Google untuk menjadi bahan bacaan. Bahan bacaan di kemas

kini setiap hari.

1.0    Sites – Cara paling mudah untuk membina laman web peribadi secara percuma.

2.0    Lain-lain – terdiri daripada :

2.1    Images – Modul khas untuk membuat carian image bergambar di seluruh internet.

2.2    News – Memuatkan berita terkini dari seluruh dunia.

2.3    Books –  Berfungsi untuk mencari bahan-bahan buku yang diterbitkan secara online. Buku adalah dalam e-

book. Buku yang dimasuk di sini secara prinsipnya tidak boleh simpan (download) ke dalam PC.

1.1    Translate – Tools ringkas untuk membuat terjemahan dari beberapa bahasa seluruh dunia kepada bahasa

yang kehendaki. Walau bagaimanapun terjemahan untuk bahasa Melayu belum wujud. Bagi guru dan pelajar

yang membaca banyak bahan sumber dari negara lain, tools ini sangat berguna untuk memahami bahan sumber

sejarah secara sepintas lalu.

1.1    Group – Untuk membina kumpulan pengguna. Ciri ini sangat berguna bagi pelajar untuk berkongsi idea

secara tertutup untuk ahli sahaja. Guru sejarah boleh menggunakan perkhidmatan ini sekiranya hendak

Page 8: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

membina kumpulan perbincangan yang hanya boleh diakses oleh ahli sahaja. Selain membuat perbincangan,

ahli boleh membuat upload fail bahan-bahan perbincangan dalam bentuk softcopy.

Akses melalui laman web dan E-Mail juga boleh digunakan untuk  menempah buku di perpustakaan dan kedai

buku.

 

CDROM atau DVDROM

 

CDROM membolehkan kita menyimpan bahan digital sehingga 4.7 Gigabytes. Bahan yang disimpan melalui

cakera boleh terdiri daripada teks, animasi kartun, lukisan dan simulasi artifak. Akses ini membolehkan pelajar

tanpa perlu ke perpustakaan, arkib atau muzium. Akses boleh dilakukan terus daripada P&P di dalam kelas.

Secara umumnya kebanyakan perisian pendidikan atau courseware disediakan dalam bentuk multimedia dan

biasa memiliki ciri-ciri berikut (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001):

1. mempersembahkan maklumat

2. mebimbing

3. memberikan latihan

4. menilai pencapaian

 Berdasarkan pengalaman negara Sweden menggunakan bahan sejarah melalui CDROM dan diedarkan ke

sekolah-sekolah untuk tujuan pembelajaran, aspek ni wajar di beri perhatian serius oleh negara kita. Kaedah ini

menunjukkan kesan yang positif dan kepuasan kepada pelajar. Di Amerika Syarikat dan Perancis bahan sejarah

turut dimuatkan di dalam CDROM (Herbert Crijns 1997) misalnya:

 Franklin Delano Roosevelt: History Maker

US History in CDROM

Paris, promenadaes  et histoire

La Resistance  en France, une epoque de la liberte

 Walaupun aspek CDROM digunakan dalam P&P sejarah sama ada menggunakan PC, TV dan LCD Projector

tetapi sekiranya teknik tradisional model yang digunakan maka semakin mudah diadaptasi oleh guru dalam P&P

sejarah. Kebijaksanaan guru menyesuaikan bentuk teknik yang digunakan sangat penting. Di negara kita banyak

CD pengajaran sejarah yang mula dikeluarkan oleh syarikat swasta, akan tetapi ia lebih berbentuk komersial dan

menjurus kepada aspek peperiksaan. Amat perlu dirasakan pihak Muzium dan Jabatan Arkib mengeluarkan

CDROM daripada sumber primer yang boleh memberi manfaat dalam P&P sejarah.

 

Pangkalan Data Sejarah

 

Bahan sejarah yang terlalu besar boleh disimpan melalui penyediaan pangkalan data. Bahan yang terlalu banyak

lebih berkesan disimpan menggunakan pangkalan data supaya mudah diakses. Misalnya di United Kingdom,

mereka menyediakan fail data bahan-bahan sejarah yang boleh di akses oleh sekolah. Penggunaan ICT

membolehkan pengujian hipotesis, pengujian idea dan pemerolehan tafsiran yang baru cepat diperoleh. Negara

kita turut memiliki bahan yang disediakan dalam pangkalan data. Contohnya:

http://www.cljlaw.com/ – Current Law Journal adalah pangkalan data tempatan mengenai undang-undang di

Malaysia. Ia mengandungi kes perundangan, nota praktik mahkamah, prosidur, direktori dan maklumat

perundangan lain.

 

 Penggunaan Pemprosesan Perkataan dan Presentation

 

Penggunaan software pemprosesan perkataan seperti MS Word dan Text Open Office dapat membantu pelajar

bermain dengan teks dan menyusun semula maklumat. Misalnya kita meminta pelajar menyusun semula

maklumat atau gambar yang disediakan supaya mengikut kronolgi sejarah. Justeru perisian Word atau Text

sangat sesuai digunakan disebabkan mudah untuk pelajar menulis semula laporan bergambar.

Page 9: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

 

Pada tahap ini implementasi pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya berlaku. Pelajar akan saling

berkongsi dan berbincang maklumat yang diterima. Ini membangunkan aspek kemahiran kognitif, metakognitif,

bertutur dan bekerjasama

 

Perpustakaan

 

Sejak kebelakangan ini banyak perpustakaan di seluruh dunia yang membenarkan bahan-bahan di

perpustakaan di akses secara on line. Aspek ini boleh diperhatikan di Findland yang menghubungkan

perpustakaan  semua universiti dan sekolah melalui internet. Ini membolehkan pelajar mengakses maklumat

dengan mudah (van deer Leeuw, J. 1998). Negara kita juga memiliki koleksi on line disetiap perpustakaan.

Contoh perpustakaan yang menggunakan konsep perpustakaan maya sepenuhnya di Malaysia ialah Pustaka

Negeri Sarawak (http://www.pustaka-sarawak.com/).

  

Filem

 

Pembelajaran dan pengajaran sejarah boleh menggunakan aspek filem atau rakaman video yang tayangkan

menggunakan peralatan ICT seperti PC, Pemain Cakera Padat (VCD atau DVD Player), TV dan LCD Projector.

Hasil kajian oleh Briley, J (2008) pelajar lebih mudah belajar dengan menerima maklumat sejarah secara visual

berbanding membaca melalui teks.

 

Blog

 

Blog memiliki banyak kegunaan dan sejak kebelakangan ini sangat memainkan peranan penting dalam

penyebaran maklumat di internet. Blog boleh digunakan oleh guru atau pelajar untuk menyimpan bahan-bahan

sejarah dalam bentuk artikel dan gambar yang boleh di akses oleh pengguna lain, diberi komen dan dikongsi

secara bersama. Selain murah atau percuma kaedah blog mudah dipelajari dan tidak memerlukan pengetahuan

yang tinggi tentang ICT.

 

   

CABARAN ICT

 

1. Propaganda dan Globalisasi

 

Propaganda boleh disalurkan melalui semua bahan ICT. Situasi ini boleh menimbulkan unsur ‘bias’ di dalam

argument (van der Leeuw-Roord,J.. 1998). Keadaan ini begitu jelas dengan meningkatnya unsur globalisasi

dalam kegiatan ekonomi, sosial dan politik yang merentasi sempadan negara masing-masing. Dengan

meningkatnya perspektif global, maka keperluan untuk menilai dan membuat interpretasi masa lalu amat penting

misalnya keupayaan guru sejarah menjelaskan bagaimana masyarakat lain melihat dan menilai sejarah negara

kita. Menurut Professor Stephen Heppell, ”guru-guru perlu membantu generasi muda dalam memberi panduan

dan ilham … dan membantu pelajar, belajar dengan menggunakan komputer dan mengelakkan mereka daripada

belajar tentang komputer” (van der Leeuw-Roord, J. 1998).

 

1. Keupayaan Mengakses Maklumat

 

Keupayaan akses komputer bergantung kepada penyediaan infrastruktur. Keupayaan infrastruktur di antara

kawasan bandar dan luar di Malaysia sangat berbeza. Malah kelengkapan infrastruktur di antara Semenanjung

Malaysia , Sabah dan Sarawak juga sangat berbeza. Infrastruktur ICT memerlukan sistem telekomunikasi yang

baik. Dengan keupayaan akses yang berbebeza maka keupayaan kawasan bandar jauh meninggalkan kawasan

Page 10: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

luar bandar dalam mengakses maklumat. Perbekalan peralatan Ict ke kawasan luar bandar kadang-kadang

terlepas pandang untuk mengambil kira keupayaan bekalan elektrik yang stabil. Keadaan ini sangat merugikan

apabila alat yang dibekalkan mudah rosak akibat kemudahan infrastruktur yang kurang.

 

Kalau adapun penyediaan bahan dan peralatan menggunakan alat ICT ia hanya tertumpu kepada mata

pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains melalui program PPSMI. Keperluan pendidikan Sejarah dengan

menggunakan ICT terus dipinggirkan oleh pihak pemerintah dan guru. Ini membawa implikasi bahawa sistem

pendidikan kita belum bersedia menghadapi cabaran globalisasi. Pelajar membaca bahan dari internet setiap

hari tetapi kita masih belum menyediakan panduan dan latihan khusus kepada guru-guru bagi memanipulasi

aspek ICT sebagai kaedah yang sistematik.

 

Kelemahan sistem internet mungkin boleh dikurangkan dengan pembekalan bahan P&P melalui cakera CDROM.

Walau bagaimanapun dengan kekangan bekalan elektrik, komputer dan internet, guru tiada pilihan melainkan

mengajar dengan menggunakan CDROM kepada 35-45 orang pelajar. Justeru ini tidak memberikan kemahiran

kepada pelajar tetapi ia kembali kepada kaedah berpusatkan guru, hanya ditambah sedikit kemudahan ICT

dalam P&P.

 

1. Kekurangan Perisian (Software) dan Courseware Berbahasa Melayu

 

Pembinaan bangsa dalam sesebuah negara memerlukan penggunaan bahasa ibuanda dalam meningkatkan

rasa bangga terhadap sejarah bangsa dan negara. Aspek ini merupakan halangan terbesar disebabkan kita

kekurangan Software dan Courseware dalam bahasa Melayu. Kebanyakan yang ada adalah dalam bahasa

Inggeris, Perancis, dan Sepanyol. Aspek asas kita boleh lihat dalam software Word atau Text, iaitu amat kurang

didapati software ini di dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini merupakan masalah kepada pelajar yang lemah

pengetahuan bahasa Inggeris yang kebanyakannya tinggal di luar bandar.

 

Sebelum sesuatu software atau courseware boleh digunakan guru harus membuat penilaian kesesuaian

terhadap CDROM atau DVDROM tersebut. Keadaan ini membazir masa dan tenaga (Pusat Perkembangan

Kurikulum 2001). Ini menyebabkan kebanyakan guru kurang bermotivasi untuk menggunakan bahan-bahan yang

dibekalkan ke dalam CDROM. Aspek penting yang jelas, sangat kurang ataupun hampir tidak ada bahan-bahan

sejarah ataupun sumber pelbagai media daripada Jabatan Muzium dan Arkib di dokumentasikan dalam bentuk

CDROM ataupun DVDROM di negara kita. Kolaborasi di antara pihak Muzium, Jabatan Arkib Negara dan guru

sangat penting sebab akan menguntung kesemua pihak (Min Fui Chee 2006).

 

 

1. Isu Latihan Guru Sejarah

 

Kebanyakan guru sejarah memiliki pengetahuan ICT pada tahap minimum sahaja malah sebahagian mereka

kurang mahir menggunakannya dalam pengajaran sejarah (van der Leeuw-Roord, J. 1998). Malah bagi guru

yang veteran langsung tidak mahu mendekati dunia ICT disebabkan ”fobia” kepada teknologi baru.   Sesetengah

negara menyediakan kursus khas bagi membolehkan guru-guru memiliki kemahiran ICT. Berdasarkan

pengalaman di negara kita latihan yang diberikan kepada guru sejarah tidak menyeluruh, maksudnya kursus

yang dianjurkan bermusim. Kalau ada kursus dan latihan ianya terhad kepada guru PPSMI sahaja. Penyediaan

makmal komputer, Pusat Akses dan program PPSMI lebih kepada penyediaan hardware tetapi lemah dari sudut

latihan dan kemahiran.

 

Latihan tidak hanya berlaku untuk P&P di dalam kelas tetapi juga penting untuk guru mengetahui kemahiran

menggunakan Muzium sebagai bahan P&P. Di negara kita dan sebahagian besar negara luar, jarang sekali

penubuhan Muzium adalah untuk memberi sokongan terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Page 11: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

(Levesque, S.2006). Kalau guru dan pelajar gagal menjadikan muzium sebagai sumber bahan P&P maka jadilah

bangunan dan isi muzium sebagai tinggalan sejarah yang dilupakan oleh generasi muda. Amat rugi muzium

dibiarkan tanpa digunakan untuk P&P sekolah, sedangkan banyak aspek pembelajaran yang boleh

dimanfaatkan.

 

 

1. Persamaan Peluang  Mengakses Bahan

 

Berdasarkan kajian di Finland di dapati perempuan lebih banyak mengunakan ICT berbanding lelaki.

Penggunaan ICT di kalangan lelaki lebih bertumpu kepada internet dan pemainan (games), manakala

perempuan lebih banyak menggunakannya untuk menulis E-Mail bagi berkomunikasi. Kajian ini menunjukkan

kebanyakan perempuan menggunakan ICT untuk perkara yang bermanfaat berbanding lelaki.

 

Dari aspek lain kebanyakan guru yang mengajar di pusat bandar adalah guru veteran. Guru yang berumur

kebiasaannya kurang inisiatif dan idea untuk mendekati idea baru dalam P&P sejarah. Sebab itu latihan dalam

perkhidmatan sangat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran.

 

Sesetengah bahan yang terdapat di Muzium dan Arkib tidak membenarkan pelajar sekolah untuk di akses.

Justeru wajar bahan sejarah seperti ini di dokumentasi dalam bentuk CDROM atau DVDROM yang akan

membantu pemeliharaan bahan dan dalam masa yang sama menambah koleksi sekolah dan Muzium.

 

 

1. Isu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

 

Bagi sebahagian guru halangan utama dalam penggunaan ICT dalam mata pelajaran sejarah ialah isu P&P.

Kebanyakan negara memperuntukan masa pengajaran yang sedikit sedangkan syllabus yang perlu dihabiskan

terlalu banyak. Walaupun seringkali diingatkan bahawa P&P tidak terlalu mengejar syllabus tetapi sistem

pendidikan di Malaysia adalah 100% berasaskan peperiksaan. Justeru, kebanyakan guru mengambil jalan

singkat dengan mengetepikan kaedah pengajaran berasaskan ICT dan menggunakan kaedah Khutbah sahaja.

 

Kekangan lain dalam penggunaan ICT ialah keperluan mengaplikasikan kaedah pengajaran baru dalam P&P.

ICT memerlukan penglibatan kerja kumpulan, pembelajaran aktif dan pembelajaran yang dipandu oleh guru.

Pada sudut lain sebahagian guru takut hilang kawalan terhadap pelajar mereka disebabkan pelajar memperoleh

maklumat melalui internet. Perubahan peranan guru pada era digital merupakan satu cabaran dalam

penggunaan ICT.

 

Di samping itu kekangan masa dalam merancang pembelajaran menggunakan ICT, kesukaran mendapat

kemudahan komputer dan tekanan untuk menghabiskan kurikulum pengajaran dilihat sebagai antara punca

mengapa guru kurang menekankan ICT dalam P&P (Haydn, T. 2006)

 

Mengikut Rabinowitch (2001), “…do not teach teachers how to how to use technology. Instead use techonolgy to

teach teachers. Then they in turn will use it to teach their students.”

 

Kesimpulan

 

Satu dasar yang jelas amat diperlukan bagi mempastikan ICT dalam P&P betul-betul memberi kesan yang baik

untuk guru dan pelajar. Penekanan yang keterlaluan dalam mencapai matlamat (objektif) tanpa mengambil kira

kemampuan guru dikhuatiri akan merugikan dalam jangka masa yang panjang. Kita wajar menyediakankan satu

kerangka atau modul pengajaran sejarah berasaskan ICT yang praktikal dan bukannya hanya pada teori sahaja.

Page 12: Peranan ICT Dalam Pengajajaran

Mungkin pengalaman dalam kajian kes di England oleh Haydn T. (2006) amat mustahak untuk dijadikan

panduan dalam melaksanakan implementasi ICT dalam P&P sejarah. Noss dan Pachler (1999) menyatakan,

 

The vision of connecitivity is one of delivery… Theres is no mention of the computer of as a potential source of

empowerment  either for the student or for the teacher … It might be better to have as the short term goal the

serious engagement of teachers with the substantive ways in which the the computer might afford students the

exploration of deep and hitherto   inaccessible  conceptual knowledge.

 

Akses kepada komputer masih merupakan masalah besar untuk guru-guru sejarah walaupun bilangan komputer

di sekolah meningkat dengan drastik berbanding lima tahun yang lalu. Bahkan jalan penyelesaian seperti kata

Noss dan Pachler (1999) ialah menggunakan ICT hanya pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, manakala

aktiviti melalui ICT tidak memakan masa yang panjang.

 

Penggunaan ICT dalam P&P harus menekankan kepada aspek pedagogi dan bukannya teknologi (Hillis, P.

2002). Pelajar harus digalakkan membuat perbincangan, berdebat dan berfikir secara kritikal dalam menilai

sumber utama atau sekunder dalam menyelesaikan permasalahan sejarah daripada hipotesis dan dapatan

kajian. ICT sewajarnya memberi sokongan kepada guru dan pelajar dalam membina kemahiran aras tinggi ini

(Hayden, T 2003). Kita tidak seharusnya memandang rendah aspek pedagogi dalam memasukkan ICT dalam

P&P sejarah, disebabkan kecederungan pembuat dasar merendah-rendah proses P&P yang kompleks dan

mengangkat martabat ICT melebihi unsur P&P itu sendiri.

 

Guru juga wajar diberikan latihan cara mengintegrasi ICT dalam P&P sejarah. Aspek latihan tidak wajar

diketepikan begitu sahaja bagi mengelakkan pembekalan peralatan canggih menjadi projek “gajah putih”. Selain

itu, badan-badan kerajaan yang lain seperti pihak Muzium dan Jabatan Arkib harus digalakkan memindahkan

bahan-bahan sumber primer ke dalam bentuk CDROM agar mudah untuk digunakan sebagai bahan P&P di

sekolah dan Universiti.