PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI...

16
1.1 PENGENALAN Di era kemodenan dan globalisasi kini, negara Malaysia sedang menuju kearah kegemilangan dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan ditambah lagi dengan misi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu salah satu dasar untuk mencapai status negara moden. Kemajuan Malaysia kini dapat dibuktikan melalui rekod-rekod pencapaian pembangunan politik dan ekonomi yang konsisten dan stabil. Bagi mengkecapi kemajuan itu terdapat berbagai peristiwa yang pernah berlaku seperti peristiwa 13 mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan kaum antara orang Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, Malaysia bangkit menjadi sebuah negara yang dihormati dalam forum peringkat antarabangsa kerana pendirian teguh dalam menyuarakan pendirian berprinsip di dalam percaturan politik dunia yang jelas dikuasai Negara-negara barat.Yang menjadi asas kepada kejayaaan ini, orang yang bertanggungjawab tidak lain tidak bukan ialah Tun Abdul Razak. Persaraan Tunku Abdul Rahman dalam dunia politik pada tahun 1969 telah digantikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak. Semasa pengambilalihan kuasa, keadaan politik di Malaysia masih lagi berada dalam keadaan tidak stabil akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah iaitu kejadian 13 Mei 1969 dan keadaan ekonomi juga turut mempengaruhinya. Namun, selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, beliau telah bertindak bijak dengan memperkenalkan pelbagai dasar bagi mengelakkan kejadian 13 Mei 1969 berulang kembali. Dasar-dasar yang diperkenalkan termasuklah dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu, dalam penulisan ini kami akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai peranan yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak semasa pemerintahannya dalam mewujudkan kestabilan bukan sahaja dari segi politik, malah dari segi ekonomi. 2.1 LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK Pada tahun 1922 Tun Abdul Razak Dato Hussein telah dilahirkan pada 1 Mac 1992 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Dato Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah binti Daud. Bapa beliau merupakan seorang aristokrat yang berjaya dan terkenal di Pahang pada era pemerintahan British. Walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga aristokrat, namun beliau dididik dalam susana kampung yang akhirnya membentuk peribadi yang mempunyai keinginan untuk mengubah kehidupan terutamanya dalam kalangan masyarakat melayu di luar bandar. 1 Pendidikan agama yang diterapkan 1 William Shaw, Tun Abdul Razak: His Life and Times, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd, 1976, hlm. 8. SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 1

description

PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Transcript of PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI...

Page 1: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

1.1 PENGENALAN

Di era kemodenan dan globalisasi kini, negara Malaysia sedang menuju kearah

kegemilangan dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi dan ditambah lagi

dengan misi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 iaitu salah satu dasar

untuk mencapai status negara moden. Kemajuan Malaysia kini dapat dibuktikan

melalui rekod-rekod pencapaian pembangunan politik dan ekonomi yang

konsisten dan stabil. Bagi mengkecapi kemajuan itu terdapat berbagai peristiwa

yang pernah berlaku seperti peristiwa 13 mei 1969 iaitu berlakunya rusuhan

kaum antara orang Melayu, Cina dan India. Walau bagaimanapun, Malaysia

bangkit menjadi sebuah negara yang dihormati dalam forum peringkat

antarabangsa kerana pendirian teguh dalam menyuarakan pendirian berprinsip

di dalam percaturan politik dunia yang jelas dikuasai Negara-negara barat.Yang

menjadi asas kepada kejayaaan ini, orang yang bertanggungjawab tidak lain

tidak bukan ialah Tun Abdul Razak.

Persaraan Tunku Abdul Rahman dalam dunia politik pada tahun 1969 telah

digantikan oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak. Semasa

pengambilalihan kuasa, keadaan politik di Malaysia masih lagi berada dalam

keadaan tidak stabil akibat daripada tercetusnya peristiwa berdarah iaitu

kejadian 13 Mei 1969 dan keadaan ekonomi juga turut mempengaruhinya.

Namun, selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, beliau telah bertindak bijak

dengan memperkenalkan pelbagai dasar bagi mengelakkan kejadian 13 Mei

1969 berulang kembali. Dasar-dasar yang diperkenalkan termasuklah dari aspek

politik, ekonomi mahupun sosial. Oleh itu, dalam penulisan ini kami akan

membincangkan dengan lebih lanjut mengenai peranan yang dilakukan oleh Tun

Abdul Razak semasa pemerintahannya dalam mewujudkan kestabilan bukan

sahaja dari segi politik, malah dari segi ekonomi.

2.1 LATAR BELAKANG TUN ABDUL RAZAK

Pada tahun 1922 Tun Abdul Razak Dato Hussein telah dilahirkan pada 1 Mac

1992 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada

Dato’ Hussein bin Mohd Taib dan Hajah The Fatimah binti Daud. Bapa beliau

merupakan seorang aristokrat yang berjaya dan terkenal di Pahang pada era

pemerintahan British. Walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga aristokrat,

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 1

Page 2: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

namun beliau dididik dalam susana kampung yang akhirnya membentuk peribadi

yang mempunyai keinginan untuk mengubah kehidupan terutamanya dalam

kalangan masyarakat melayu di luar bandar.1 Pendidikan agama yang diterapkan

dalam diri beliau telah membentuk dirinya menjadi seorang pemimpin yang jujur,

ikhlas dalam segala perbuatan dan kata-kata. Beliau dikatakan berketurunan

Bugis di mana moyangnya dibuang negeri pada kurun ke-18 dan berhijrah ke

Bandar Diraja Pekan dan akhirnya menjadi seorang pemimpin yang adil di

tempat itu.2

Tun Razak mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Langar, Pekan,

Pahang pada tahun 1928 sejak di sekolah Rendah lagi Tun telah menunjukkan

kepintaraan dan kecermelangannya dalam bidang pelajaran dan sukan.

Seterusnya pada tahun 1934 beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Kolej

Melayu Kuala Kangsar kemudian beliau dianugerahkan biasiswa bagi

melanjutkan pelajaran ke Raffles College di Singgapura pada tahun 1940.

Kemudian pada tahun 1947, beliau sekali lagi telah mendapat biasiswa bagi

melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, England

dan beliau dipanggil ke Bar setelah lulus dalam peperiksaan akhir pada tahun

1950.3 Beliau semakin aktif dalam persatuan. Kecemerlangannya dibuktikan lagi

apabila beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-

undang di Lincoln’s Inn, London dalam tempoh 18 bulan sahaja.4

Pada tahun 1950 juga beliau telah dipilih menjadi sebagai Ketua Pemuda

UMNO dan telah menjadi salah seorang Naib Presiden. Pada tahun yang sama,

beliau telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Shahbandar (O.K.I.S)

menggantikan ayahandanya. Setahun selepas itu, beliau Berjaya dipilih menjadi

sebagai Timbalan Presiden UMNO dan dalam masa yang sama beliau dipilih

menjadi Pengerusi Tetap Pergerakkan Pemuda UMNO. Tahun yang sama juga itu

1951 beliau dilanti secara tidak rasmi sebagai Ahli Lembaga Persekutuan. 1 William Shaw, Tun Abdul Razak: His Life and Times, Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd, 1976, hlm. 8.

2 Ibid., hlm. 9.

3 Paridah Abd Samad. Tun Abdul Razak A Phenomenon in Malaysia Politic. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negeri

Malaysia. 1998. hlm. 2.

4 Shariff Ahmad. Tun Razak: Prince of Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2001, hlm. 23.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 2

Page 3: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Manakala, pada tahun 1952, beliau dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri

Pahang dan beliau menang dalam pilihanraya umum pertama di kawasan

Semantan pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama beliau dilantik sebagai

Menteri Pelajaran. Tahun seterusnya Tun menjadi ahli dalam rombongan misi

kemerdekaan ke Landon pada bulan jaunuari. pada tahun 1957 beliau menjadi

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada bulan September selang

dua tahun selepas itu, beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar sebagai

tambahan portfolio yang sedia ada.

Pada tahun 1967 beliau memegang lagi satu portfolio iaitu Menteri

Keselamatan Dalam Negeri (kemudiannya dinamakan Menteri Dalam Negeri)

seterusnya beliau menjadi Perdana Menteri sehingga digelarkan sebagai bapa

Pembangunan selaras dengan dasar-dasar yang di lakukannya pada tahun yang

sama juga Tun memegang jawatan sebagai Presiden UMNO pada tahun 1969.

Empat tahun selepas itu beliau memegang jawatan segabai Pengerusi Barisan

Nasional dan pada tahun 1976 beliau telah menghebuskan nafas yang terakhir di

London pada bulan Januari akibat penyakit Luekimia yang dihidapinya maka

berakhirnya jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.5

3.1 PERANAN TUN ABDUL RAZAK DALAM KESTABILAN POLITIK

Tun Abdul Razak telah menyambung dasar politik Tunku Abdul Rahman dengan

mengutamakan keamanan dan keutuhan negara. Beliau merupakan seorang

pemimpin yang lebih cenderung membuat teguran secara tidak langsung dan

bukannya secara berhadapan. Semasa pemerintahan Tun Abdul Razak menjadi

Perdana Menteri, keadaan politik negara baru pulih daripada rusuhan kaum

1969. Tragedi 13 Mei telah menyebabkan Perlembangaan Persekutuan

dibubarkan dan Malaysia telah diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

untuk mengawal ketegangan selama 18 bulan. Akibat daripada rusuhan kaum ini,

Tunku Abdul Rahman telah meletakkan jawatan sebagai pemimpin UMNO dan

seterusnya sebagai Perdana Menteri pada 1970.

Tampuk pemerintahan Tunku Abdul Rahman telah diambil alih oleh Tun

Abdul Razak. Secara rasminya, Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Pada

5 Paridah Abd Samad, Op. cit, Hlm 5.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 3

Page 4: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

22 September 1970.6 Dalam pemerintahan Tun Abdul Razak, peranan

kepimpinan beliau yang telah mewujudkan kestabilan politik harus diteliti. Hal ini

disebabkan sifat Tun Abdul Razak itu sendiri sehingga beliau mampu

mewujudkan kestabilan politik tersebut melalui dasar dalam dan luar negeri yang

dilaksanakan semasa pemerintahannya.

3.1.1 MAJLIS MUHIBAH NEGARA (MMN)

Majlis Muhibah Negara ditubuhkan pada tanggal 18 Julai 1968. Majlis ini

ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu (Majlis-majlis

Muhibbah) 1969. MMN dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul

Rahman Putra. Pembentukan Majlis ini adalah ekoran dari Peristiwa 13hb Mei,

1969 yang berlaku sehingga menyebabkan huru-hara kepada negara.

Majlis ini mengandungi empat buah jawatankuasa yang di tubuhkan.

Pertama ialah Jawatankuasa Muhibbah Peringkat Kebangsaan. Kedua,

Jawatankuasa Muhibbah Peringkat Negeri. Ketiga, Jawatankuasa Muhibbah

Peringkat Daerah, Bahagian dan Residensi. Keempat, Jawatankuasa Muhibbah

Peringkat Kawasan.

Majlis Muhibah Negara mempunyai peranannya antaranya menggalakkan

perkembangan perasaan muhibah di antara masyarakat berbilang kaum di

Malaysia dan berusaha memulihkan, memupuk dan mengekalkan perasaan

pereaya mempercayai di kalangan kaum. Keduanya, tugas MMN ialah mengkaji

masalah-masalah sosial dan kebajikan awam dan bekerjasama dengan pihak-

pihak berkuasa atau Jabatan-jabatan kerajaan yang berkenaan untuk

menghapuskan kesulitan kesulitan dan salah faham.

Ketiga, tugas MMN ialah membantu dalam penyusunan kerja-kerja sukarela

dalam lapangan sosial dan kebaikan di semua peringkat, dan membantu

pertubuhan-pertubuhan yang sedia ada untuk tujuan yang sama apabila

diperlukan oleh pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Seterusnya, tugas MMN

ialah membantu kerajaan apabila diperlukan oleh kerajaan, agensi atau Jabatan-

jabatan Kerajaan; menyelaras tugas-tugas Jawatankuasa-jawatankuasa Muhibbah

supaya ianya lebih berkesan dan objektif-objektifnya dapat dilaksanakan melalui 6 Jamaie Haji Hamil, Kepimpinan Politik: Pola Kepimpinan Politik UMNO, Akademika 62

(Januari), 2003, hlm. 25.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 4

Page 5: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

peraturan-peraturan mengikut arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Perdana

Menteri.

3.1.2 JABATAN PERPADUAN NASIONAL (JPN)

Majlis Gerakan Negara telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada tahun

1970. Jabatan Perpaduan Negara di ketuai oleh Tan Sri Mohd Ghazali Shafie.

Fungsi utama JPN ialah membantu kerajaan dalam menggerakkan dan

membimbing rakyat kearah mencapai perpaduan Negara. Jabatan Pembangunan

Negara juga berfungsi mendraf Rukun Negara. Rukun Negara di wujudkan

bertujuan untuk memulihkan keamanan, memupuk keharmonian dan muhibah

antara kaum. Selain itu, Rukun Negara ini bertujuan mengembalikan kesetiaan

rakyat kepada Negara dan kepercayaan kepada kerajaan. Prinsip-prinsip yang

terdapat dalam Rukun Negara bertujuan unutk menjadi kunci pendamaian antara

kaum dan bertujuan mencapai kemajuan bangsa dan Negara.

3.1.3`PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Universiti Kebangsaan Malaysia di tubuhkan pada tahun 1970. UKM di tubuhkan

atas sebab untuk menyediakan peluang kepada calon-calon yang mempunyai

masalah untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di sebabkan

kurangnya kemahiran bahasa Inggeris. Apabila ramai menyedari kepentingan

bahasa Kebangsaan sebagai satu instrumen keharmonian kaum, pemimpin-

pemimpin masyarakat Melayu tanpa bantahan menarima keputusan Kerajaan

untuk melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan.7

3.2 DASAR-DASAR YANG DI LAKSANAKAN

3.2.1 DASAR KEBUDAYAAN NASIONAL

Dasar kebudayaan Kebangsaan di bentuk melalui gagasan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971. Dasar ini di wujudkan secara asasnya menjadi panduan dalam

membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti Negara. Dasar Kebudayaan

Kebangsaan ini juga diwujudkan berasaskan tiga prinsip utama seperti

kebudayaan asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar di

terima dan Islam sebagai unsur yang paling penting.

7 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm. 116.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 5

Page 6: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Objektif yang ingin di capai dalam perlaksanaan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan ialah mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara melalui

kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud

daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti

kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosial,

ekonomi dan politik.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan,

pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas

kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,

pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkatkan dan

mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih

peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan dengan meluas sebagai jentera

pembangunan yang berkesan. Seterusnya, Mewujudkan komunikasi yang

berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme

Malaysia, memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan politik budaya serta

meningkatkan taraf dan mutu kesenian.

3.2.2 DASAR LUAR (HUBUNGAN DIPLOMATIK)

Ketika zaman Pemerintahan Tun Abdul Razak, beliau telah banyak membuat

dasar-dasar yang sesuai bagi memastikan kestabilan politik di Malaysia. Namun,

kami hanya menyentuh beberapa dasar yang telah di laksanakan ketika

pentadbiran beliau.

Dasar yang pertama ialah dasar hubungan luar dengan Republik China.

Hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China telah bermula sejak tahun

1974. Pendekatan yang diambil oleh Tun Abdul Razak dalam memulakan

hubungan diplomatik dilihat bertentangan dengan dasar yang di bawa oleh Tun

Abdul Rahman. Tun Abdul Razak mengambil pendekatan untuk membuat

hubungan diplomatik dengan semua Negara tanpa mengira kecenderungan

pembawaan politik. Tun Abdul Razak membuat hubungan dengan negara-negara

yang lain selagi mereka menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia.

Tun Abdul Razak melihat dasar dan ideologi sesebuah Negara merupakan urusan

Negara itu sendiri.8

8 Paridah Abd Samad, Op. cit, Hlm167.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 6

Page 7: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Isu yang hangat di bincangkan antara kerajaan Malaysia dan China ialah

berkaitan orang Cina yang berada di Malaysia yang tidak bernegara. Isu ini

merupakan isu rumit yang di hadapi kedua-dua Negara. Mereka menyatakan

bahawa mereka bukan berasal dari Negara China dan tidak mahu menjadi

warganegara China. Perkara ini juga di sebabkan oleh dasar Malaysia dalam

pemberiaan kerakyatan kepada seseorang individu sangat ketat. Namun, isu itu

dapat di selesaikan dengan dasar kesefahaman di antara China dan Malaysia.

Selain itu, Malaysia juga mengiktiraf Kerajaan Peking sebagai Kerajaan

yang sah. Malaysia melihat adanya keperluan untuk menyokong tuntutan Peking

terhadap kerusi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa menggugat

kedudukan Taiwan. Malaysia merupakan antara Negara yang menyokong

kemasukan Republik Rakyat China ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia juga ada mengadakan hubungan diplomatik dengan Soviet Union

pada tahun 1979. Malahan, Malaysia sudah membuka kedutaan di Moscow bagi

menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik. Bagi mengukuhkan

hubungan perdagangan antara Soviet Union dan Malaysia, satu perjanjian

perdagangan telah di meterai. Perjanjian Perkhidmatan Udara juga di meterai

dengan kerajaan Soviet Union bagi membolehkan komunikasi secara langsung

dilakukan. Perjanjian yang termeterai dengan Soviet Union dilihat dapat

membuka jalan yang lebih luas untuk jalinan kerjasama antara Malaysia dan

Soviet Union.

Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) telah di lakukan oleh Tun Abdul

Razak yang ketika itu juga sebagai Menteri Pertahanan. Perjanjian ini telah di

tandatangani pada April 1970 di London. FPDA dianggotai oleh Australia, Britain,

Malaysia, New Zealand dan Singapura. Dalam perjanjian tersebut persetujuan

telah di buat iaitu integrasi sistem pertahanan udara bagi Malaysia dan

Singapura perlu di bangunkan. Dalam perjanjian tersebut juga, kata sepakat

telah terbina antara Negara-negara yang terlibat iaitu akan menjalankan satu

latihan besar-besaran antara Negara-negara Komanwel selepas 1971.9

Secara beransur-ansur Malaysia di terima menjadi ahli kepada Pergerakan

Negara-Negara Berkecuali (NAM). Rentetan itu, Tun Abdul Razak dengan

persetujuan beberapa Negara telah mencadangkan untuk menubuhkan Zon

9 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm.172.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 7

Page 8: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Bebas, Aman Dan Negara Berkecuali Asia Tenggara (ZOPFAN). ZOPFAN di

cadangkan buat pertama kalinya ketika persidangan NAM di Lusaka, Zambia

pada bulan Ogos 1970. ZOPFAN merupakan projek yang di laksanakan oleh Tun

Abdul Razak sebagai satu rancangan yang menggubal semua dasar luar Malaysia

dan idea ini merupakan salah satu rancangan sukar dicapai kerana kejayaannya

banyak bergantung kepada kerjasama dan toleransi negara-negara berkuasa

besar seperti Britain dan Amerika Syarikat. ZOPFAN dilihat sebagai satu rangka

kerja dan harapan negara-negara ASEAN untuk mencapai kebebasan dan

keamanan yang berterusan di rantau ini.

Langkah penting yang di lakukan dalam merealisasikan ZOPFAN adalah

menubuhkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ). SEANWFZ di

anggotai oleh semua Negara di Asia Tenggara. Kerjasama antara Negara-negara

Asia Tenggara bertindak sebagai satu pakatan yang berusaha untuk

mengurangkan ketegangan antara Negara. Selain itu, memastikan hasrat untuk

mencapai keamanan dan keselamatan di rantau ini tercapai. Namun, banyak

cabaran yang di hadapi dalam memastikan SEANWFZ terlaksana iaitu

penerimaan beberapa Negara yang agak kurang memberangsangkan.10

3.2.3 RANCANGAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Rancangan Buku Merah merupakan satu pelan dasar pembangunan luar Bandar

yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada tahun

1960.Buku ini mengandungi projek-projek pembangunan setiap daerah yang

dikendalikan oleh Bilik Gerakan Negeri dan Daerah di seluruh negara. Fokus

utama Buku Merah ini adalah projek pembangunan luar Bandar seperti

pembinaan jalan, parit, surau, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon dan

sebagainya. secara tidak langsung rancangan dapat mewujudkan kestabilan

politik di Malaysia.

3.2.4 RUKUN NEGARA

10 Paridah Abd Samad, op.cit, Hlm. 174.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 8

Page 9: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Rukun negara merupakan suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dalam

kalangan pelbagai kelompok etnik. Seterusnya, Rukun Negara juga adalah hasrat

yang perlu diterapkan untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia. Maksudnya,

sebuah bangsa yang benar-benar patriotik, dan memelihara, kemakmuran,

keamanan serta kesejahteraan. Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara

bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerapkan nilai budaya yang

murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia.

Secara umumnya, ideologi negara iaitu Rukun Negara diisytiharkan pada

31 Ogos 1970. Satu daripada objektif Rukun Negara ialah mencapai perpaduan

yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia. Selain itu,

mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati

bersama adil dan saksama. Walaupun, negara kita mengejar arus kemajuan

namun Rukun Negara perlu sentiasa dihayati oleh rakyat kerana

pembentukannya adalah mengikut acuan masyarakat Malaysia.11

3.2.5 MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

MAGERAN telah dibubarkan pada tahun 1971. Walau bagaimanapun, ancaman

pengganas komunis yang masih berterusan dan bagi mengelakkan berulangnya

insiden perselisihan kaum pada masa hadapan, Jemaah Menteri yang bersidang

pada 23 Februari 1971 telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Keselamatan

Negara (MKN) secara rasminya pada 7 Julai 1971.

Oleh yang demikian, MKN bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar

berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah

keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan

perkara-perkara melibatkan keselamatan secara langsung di seluruh negara di

peringkat persekutuan, negeri dan daerah.MKN juga menjadi badan

bertanggungjawab membantu Majlis Tindakan Negara (MTN) dalam perkara-

perkara berkaitan keselamatan.

Sejak penubuhannya, sebanyak 21 Arahan MKN telah dikeluarkan bagi

menangani pelbagai ancaman-ancaman keselamatan semasa seperti kebanjiran

pelarian Vietnam dan pendatang asing tanpa izin, kerjasama dua hala 11 Abdul Rahman Abdul Aziz, Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara,

Political Managements and Policies in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008, hlm. 443.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 9

Page 10: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

keselamatan dan pembangunan sempadan, penyeludupan, kawalan keganasan,

ketenteraman awam serta pengurusan krisis dan bencana.

3.2.6 PEMBENTUKAN BARISAN NASIONAL

Asas kepimpinan Tun Abdul Razak diperkukuhkan oleh saranannya ketika dilantik

sebagai Perdana Menteri yang kedua Malaysia. Tun Abdul Razak menyeru supaya

semua parti politik tidak lagi memberi tumpuan kepada kegiatan politik semata-

mata, tetapi sebaliknya bersatu membangunkan Malaysia yang telah mengalami

huru-hara akibat sentimen kaum. Beliau telah meluaskan konsep kerjasama

Perikatan UMNO-MCA-MIC menjadi Barisan Nasional.12

Mengikut sejarah, Barisan Nasional mempunyai perbezaan yang jelas

dengan Perikatan. Perikatan lahir hasil daripada keperluan untuk bekerjasama

antara tiga kaum utama (Melayu, Cina, dan India) sebagai syarat yang diletakkan

oleh pihak British dalam perundingan untuk kemerdekaan Tanah Melayu.

Manakala, Barisan Nasional wujud bagi menyelamatkan negara yang berada

dalam situasi bahaya akibat perpecahan kaum. Tun Abdul Razak berpendapat,

terlalu banyak unsur-unsur politik merupakan ramuan yang buruk bagi

pembangunan nasional. Dengan itu, rasional UMNO membentuk Barisan Nasional

adalah berpaksikan keperluan untuk mengurangkan politicking dan berusaha

secara kolektif untuk mempercepatkan pembangunan. Cadangan dan prinsip Tun

Abdul Razak ini telah diterima dengan hati yang terbuka oleh parti politik yang

lain termasuk kumpulan anti-Perikatan.13

Pembentukan Barisan Nasional ini dilakukan akibat kempen pilihanraya

umum 1969 yang penuh dengan insiden-insiden buruk dan membahayakan. Hal

ini telah menyebabkan Tun Abdul Razak dan pemimpin tertinggi UMNO yang lain

bersetuju untuk mencari satu alternatif kerjasama politik antara kaum. Konsep

Barisan Nasional meliputi penyusunan semula parti-parti politik utama yang

mewakili segmen besar rakyat Malaysia yang inginkan keamanan dan

keharmonian dengan konsep perkongsian kuasa antara kaum. Barisan Nasional

12 Jamaie Haji Hamil, op. cit, hlm. 25.

13 ParidahAbd.Samad, op. cit, hlm. 157.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 10

Page 11: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

dijangka akan menjadi satu gerakan yang berjaya menyatukan rakyat bagi

negara yang berbilang kaum.

Melalui pembentukan Barisan Nasional satu proses penggabungan politik

antara kaum dalam ruang yang lebih luas iaitu pembentukan kerajaan pakatan di

peringkat negeri antara Perikatan dan parti-parti pembangkang di bawah

kerjasama politik antara kaum.14 Ini adalah bukti kepimpinan Tun Abdul Razak

telah mewujudkan kestabilan politik di Malaysia selepas peristiwa 13 Mei 1969.

4.1 PERANAN TUN ABDUL RAZAK DALAM KESEIMBANGAN EKONOMI

4.1.2 DASAR EKONOMI BARU

Dasar ekonomi baru dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi Tun Abdul

Razak yang menyeluruh (Perdana Menteri ketika itu) bagi menyatukan dan

membangunkan semula negara selepas pengalaman yang mengejutkan pada

tahun 1969.15 Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara

dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang

dua mata untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan

meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk

semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan mempercepatkan proses

penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak

seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar pecah dan perintah(divide and Rule) dilihat menjadi faktor kepada

terjadinya jurang ekonomi antara orang Melayu dengan kelompok-kelompok lain.

Andaian asas yang penting di kalangan ahli strategi Dasar Ekonomi Baru, seperti

yang terbukti oleh rusuhan yang berlaku tidak lama dahulu, ialah bahawa

terbukti terlalu banyak kemiskinan dan ketidaksamarataan yang dialami oleh

orang Melayu, akan hanya menambahkan perasaan tidak puas hati dan

14 Jamaie Haji Hamil, op. cit, hlm. 25.

15 Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negaradan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor : Radius Media Sdn Bhd. Hlm 14.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 11

Page 12: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

menimbulkan masalah. Dengan itu, timbullah keperluan untuk mengubahkan dan

menyatupadukan orang Melayu ke dalam aliran utama pembangunan

perdagangan dan industri, dan menghalang mereka daripada terus diketepikan

dalam sektor yang mundur.

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang

dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.

Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk

menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.

Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi

mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira

kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum

yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua sebagai tahap pertama,

Dasar Ekonomi Baru dilancarkan dengan harapan bahawa masyarakat Malaysia

yang baru akan muncul secara beransur-ansur dengan sistem nilai sepunya yang

mengatasi perbezaan kaum, budaya dan sosioekonomi.16 Seperti apa yang dilihat

daripada akibat rusuhan 13 Mei, negara ini tidak mempunyai apa-apa pilihan lain.

Pilihan yang lain akan lambat-laun, akan mengembalikan politik dan polarisasi

perkauman yang bermusuhan, pergaduhan, kekacauan dan perpecahan. Secara

umumnya, Dasar Ekonomi Baru berperanan dalam usaha pihak kerajaan untuk

mencapai matlamat integrasi nasional. Antaranya adalah mewujudkan peluang

pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur, mengurangkan

jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan bandar

mahupun luar bandar serta memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui

pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi. Dasar

Ekonomi Baru ini juga turut menjalankan rancangan-rancangan pembangunan

menerusi strategi serampang dua mata.

4.1.3 TUJUAN ATAU MISI UTAMA DASAR EKONOMI BARU (DEB)

16 Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman, op.cit, Hlm.28.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 12

Page 13: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

I. Membasmi Kemiskinan

Misi pertama DEB adalah misi mengurangkan dan seterusnya membasmi

kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada

semua rakyat tanpa mengira kaum.17 Kemiskinan adalah sebab utama yang

menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Ia bukan sahaja

terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat

perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan

kadar kemiskinan paling tinggi dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu

pada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan

masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya dapat

mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang

menganggur, menambah daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang

perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya

kepada sektor yang lebih lumayan serta dapat mengurangkan jurang perbezaan

pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara

wilayah. Misi ini juga turut cuba untuk memodenkan kehidupan di luar bandar,

mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera, mengadakan

suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia serta

memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,

kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai,

strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar

dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-

kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah

garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan

kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai

matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan

awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di

samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk

mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran

dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah

murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi

kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah

17 Dato’ Musa Hitam, 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn bhd. Hlm. 211.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 13

Page 14: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1%

berbanding 49.3% pada tahun 1970.

II. Penyusunan semula masyarakat

Kedua pula adalah penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan

seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham

atau ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di

negara ini, di mana penyertaan bumiputera sebanyak 30 peratus, 40 peratus

bukan bumiputera dan 30 peratus terdiri daripada pelabur-pelabur luar negeri.18

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah

cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada

ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program

seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan,

pengangkutan dan pertanian.

Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa

strategi telah dirancang,antaranya adalah mengurangkan keadaan yang tidak

seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam

sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi

kaum menjelang tahun 1990; Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat

perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera

supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%

daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Menambah dengan cepat

bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus

akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika

dibandingkan dengan kaum-kaum lain; Meninggikan daya pengeluaran dan taraf

kehidupan golongan miskin di luar bandar. Strategi ini juga turut menambahkan

dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam

stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi, membentuk sebuah masyarakat

perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan kaum

bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30 peratus ekonomi dalam

tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti Majlis Amanah Rakyat

(MARA), Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, dan Amanah Saham Nasional

18 Ibid., Hlm. 222.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 14

Page 15: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

serta memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui

pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA, dan sebagainya.

Aplikasi Dasar ekonomi Baru(DEB) dalam dalam penyusunan semula

masyarakat dilihat dalam usaha kerajaan dalam penubuhan agensi

pembangunan. Tujuannya adalah untuk membentuk sebuah masyarakat

perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang melayu dan kaum

Bumiputera. Majlis Amanah Rakyat (MARA) misalnya ditubuhkan pada tahun

1966 bagi menggantikan RIDA yang berperanan untuk menggalakkan

penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam perdagangan dan perusahaan

dengan member bantuan teknikal dan kewangan. Pengaplikasian Dasar Ekonomi

Baru juga turut dilaksanakan dengan memberi bantuan penanaman semula

getah yang diberikan oleh kerajaan menjadi perkara pokok dalam perbelanjaan

awam. Bantuan ini juga menjadi perangsang yang paling berpengaruh untuk

membaiki daya pengeluaran pekebun kecil dalam usaha untuk memajukan

industri pertanian. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(RISDA) adalah merupakan salah sebuah institusi kerajaan yang menjadi sumber

kewangan kepada aktiviti penanaman getah ini.19RISDA juga turut diberi peranan

untuk memberi bantuan khidmat nasihat kepada golongan bumiputera bagi

menggalakkan mereka melakukan penanaman semula pokok getah.20

5.1 ANALISIS

Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang

telah dicurahkan oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan baik dari segi

sosiopolitik mahupun daripada sosioekonomi Negara.Hal ini, setanding dengan

gelaran yang diberikan kepada beliau iaitu Bapa Pembangunan.Memang tidak

dapat dinafikan sumbangan beliau curahkan kepada Negara sememangnya

sudah dapat dilihat sebelum beliau menyandang jawatan Perdana Menteri lagi.

Hal ini dapat dilihat, seawal beliau berusia, 20-an lagi beliau telah mula

berkhidmat dan memberikan sepenuhnya taat setia, sumbangan tenaga, buah

fikiran dan kepimpinan yang sehingga kini menjadi tokoh yang dikagumi ramai.

Hal ini dapat dibuktikan dengan kejayaan dan pembangunan negara yang

dikecapi pada hari ini adalah hasil daripada titik peluh yang dirintis oleh beliau.

19 Mohd. HaflahPiei & ChamhuriSiwar, 1989. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 242.

20 Ibid., Hlm. 82.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 15

Page 16: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Tanpa usaha untuk membangunkan kawasan luar Bandar, tanpa

kemudahan infrastruktur untuk rakyat, tanpa badan-badan yang dibangunkan

untuk membangunkan Negara dan tanpa Kesungguhan meperbaiki kehidupan

rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, Perbadanan Pembangunan Bandar

(UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perbadanan Nasioanal (PERNAS), Majlis

Amanah Rakyat (MARA), MAGERAN, Rukun Negara, pembentukkan Barisan

Nasional (BN), pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat dan

banyak lagi perancangan yang dibuat oleh beliau untuk memajukan Negara.

Tanpa semua dasar yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak ini maka sudah pasti

tidak wujudnya kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan

Negara Malaysia membangun yang mampu berdaya saing sehingga ke hari ini.

Segala dasar yang dilakukan oleh Tun Abdul Razak adalah untuk menjamin

kestabilan politik dan ekonomi diantara semua kaum yang terdapat di Malaysia.

Jika kita lihat melalui dasar yang dilakukan oleh beliau bukan sahaja lebih

kepada pembangunan Negara tetapi juga kepada kedamaian.Hal ini kerana

segala dasar-dasarnya adalah untuk menyatupadukan semua kaum dan

mementingkan semua kaum. Sebagai contohnya, dasar ekonomi baru yang

dibentuk adalah untuk menyatupadukan kaum melayu, cina, india dan lain-lain

supaya tidak berulangnya peristiwa 13 mei 1969. Tun Abdul Razak telah

meletakkan asas supaya menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu kearah

pembangunan negara.

6.1 RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2008. Rukun Negara Dalam Memperkukuhkan Ketahanan Negara: Political Managements and Policies in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arkib Negara Malaysia. 2011. Tun Razak Dalam Ingatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an. 1997. Kenegaraan Malaysia: DASAR EKONOMI BARU (DEB) (1970–1990). Kuala Lumpur: Universiti Putra Malaysia.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 16

Page 17: PERANAN KEPIMPINAN TUN RAZAK YANG TELAH MEWUJUDKAN KESTABILAN POLITIK DAN KESEIMBANGAN EKONOMI ANTARA KAUM DI MALAYSIA PADA DEKAD 1970-AN.

Dato’ Musa Hitam. 1986. Nasionalisme : Krisis dan Kematangan. Kuala Lumpur: Pelanduk

Publications (M) Sdn bhd.

Jamal Ali. 2003. Ekonomi Malaysia: Satu Analisis Dasar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Bin Saniman. 2002. Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan

Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Selangor: Radius Media Sdn Bhd.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Johor Daru Ta’zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Lotfi Ismail. 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors.

Mohd. HaflahPiei & ChamhuriSiwar. 1989. Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Paridah Ahmad. 2009. Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia. (Terj.) Kuala Lumpur: Partisan Publication & Distribution.

Rozeman Abu Hassan. 2013. Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein (Dasar Luar Malaysia 1970-1976). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Shariff Ahmad. 1999.Tun Razak Putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Suhaini Aznam (ed). 2006. Tun Abdul Razak: Potret Dalam Kenangan. Kuala Lumpur: Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak.

William Shaw. 1976. Tun Abdul Razak: His Life and Times. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

SEJARAH PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA SELEPAS MERDEKA (AJ32103) 17