Kestabilan tanah

25

description

for ipg student~

Transcript of Kestabilan tanah

Page 1: Kestabilan tanah
Page 2: Kestabilan tanah

Tanah Runtuh di Bukit Antarangsa, Ampang Jaya, Kuala Lumpur

 Akibat daripada hujan lebat pada 14 Mei 1999 menyebabkan kejadian gelongsoran berlaku di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa pada awal pagi 15 Mei 1999. Terdapat dua gelongsoran tanah utama yang berlaku iaitu berhampiran sebelah kiri Kondominium Wangsa Height dan gelongsoran kedua berlaku di hadapan Kondominium Puncak Aethaenium.

Daripada kajian yang telah dilakukan pada gelongsoran tersebut, jenis tanah yang didapati adalah tanah tambakan yang mana wujud tanah kelikir bongkah granit bersegi-segi. Bahan tambakan yang meliputi lapisan tanah penutup yang terdiri daripada lapisan granit terluluhawa. Kebanyakan bahan yang tinggal terdiri daripada pasir dan lempung berorganik. Bahan yang gagal didapati longgar dan sangat lembut serta mempunyai kandungan air yang tinggi.

Daripada kajian ini juga kandungan air yang tinggi terhasil akibat hujan yang lebat menyebabkan penyerapan air hujan kedalam tanah dalam jangkamasa yang agak panjang sebelum kejadian tanah runtuh.

Kebocoran sistem saliran yang melalui kawasan berkenaan yang menyebabkan wujudnya rekahan pada sistem saliran yang membawa kepada berlakunya resapan air kedalam tanah dimana kawasan ini adalah titik permulaan runtuhan cerun tersebut. Penambahan berat jisim tanah selepas resapan air hujan yang panjang keatas tanah menyebabkan tekanan tambahan pada cerun tanah yang menolak tanah berkenaan ke bawah.

Page 3: Kestabilan tanah
Page 4: Kestabilan tanah

Apa itu “Kestabilan tanah”“Kestabilan tanah bergantung kepada

kekuatan ricih, kebolehmampatan dan kecenderungan untuk menyerap air. Kaedah penstabilan termasuk pemadatan fizikal dan rawatan dengan simen, kapur, dan bitumen. (Source: BJGEO)”

Page 5: Kestabilan tanah

Menurut Profesor Fauziah, “Cerun yang stabil adalah cenderung dari aspek geologi dan geomorforlogi yang kukuh dan baik profilnya”.

Manakala “Kegagalan cerun ditakrifkan sebagai suatu gerakan bahan tanah atau batuan atau kedua-duanya sekali yang tergelincir, tergelongsor atau terjatuh ke bawah kerana tidak mampu menanggung beban tindakan bagi melawan beban rintangan dalam jumlah yang kecil atau besar”.

Page 6: Kestabilan tanah

Maknanya, jangan sekali-kali mengubah profil atau landskap lereng bukit dengan membabi buta tanpa mengikut prosedur dan garis panduan struktur kejuruteraannya yang telah digazetkan oleh institusi atau badan yang bertanggungjawab.

Page 7: Kestabilan tanah

Kecerunan atau lereng bukit atau tanah tinggi adalah kawasan yang amat sensetif.

Terdedahnya membawa perubahan kepada tekstur bahan kandungan dan struktur fizikalnya dan senario itu sudah cukup memberi amaran dan penanda awal bahawa  jika tidak dipulihara atau dikawal segera ia pasti membawa padah.

Page 8: Kestabilan tanah

Tanah merupakan satu bahan kejuruteraan yang penting. Terdapat pelbagai definisi untuk tanah.

Craig (1993) menjelaskan bahawa tanah adalah komponen yang terdiri daripada agregat butiran galian yang boleh diasingkan secara mekanik seperti pergocakan dalam air.

Scott (1933) mentakrifkan tanah sebagai bahan berbijian yang tidak beragregat atau tidak terikat yang terdiri daripada butir-butir galian dan organik

Page 9: Kestabilan tanah

Air Dalam Tanah

Air Dalam Tanah

Menurut Evett (2000), nisbah air dalam tanah adalah nisbah berat air dalam tanah terhadap berat jasad tanah.

Air yang mengalir ke arah bawah merupakan perkara yang biasa berlaku kerana air cenderung mengalir dari satu kedudukan yang berkeupayaan tinggi ke kedudukan yang berkeupayaan rendah (Atkinson, 1991).

Air dalam tanah merupakan satu faktor yang penting kerana air akan melemahkan ikatan antara tanah dan menyebabkan tanah cenderung gelincir.

Page 10: Kestabilan tanah

Kekuatan Ricih TanahKekuatan Ricih TanahMenurut Craig (1993), kekuatan ricih tanah boleh

ditakrifkan sebagai rintangan terhadap kegagalan dan gelangsar di sepanjang sebarang satah dalam jasad tanah.

Kekuatan ricih tanah diperlukan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kestabilan jisim tanah, kestabilan cerun, keupayaan galas, tekanan ke atas dinding penahan dan sebagainya.

Kekuatan ricih tanah (f) pada suatu titik di atas satah telah diperkenalkan oleh Coulomb sebagai rangkap lelurus tegasan normal (f) di atas satah di titik yang sama:

f = c + f tan (2.1)

Page 11: Kestabilan tanah

Jadual : Pengkelasan Bentuk Kegagalan Cerun (Varnes, 1978)

Jadual : Pengkelasan Bentuk Kegagalan Cerun (Varnes, 1978)

Page 12: Kestabilan tanah

Rajah : Bentuk Kegagalan Cerun (Skempton dan Hutchinson, 1969)

Page 13: Kestabilan tanah

Di Malaysia, gelinciran tanah cerun merupakan jenis kegagalan cerun yang paling kerap dilaporkan.

Kegagalan cerun dalam bentuk gelinciran yang biasanya ditemui terbahagi kepada dua jenis iaitu dalam bentuk putaran (rotational) dan peralihan (translational).

Jika kedua-dua gelinciran ini terjadi di kawasan yang sama, ia akan membentuk kegagalan yang dikenali sebagai gelinciran majmuk.

Page 14: Kestabilan tanah

Rajah : Bentuk-Bentuk Kegagalan Cerun (Craig, 1986) Rajah : Bentuk-Bentuk Kegagalan Cerun (Craig, 1986)

Page 15: Kestabilan tanah

Punca-Punca Kegagalan Cerun

Terdapat banyak punca yang mengakibatkan kegagalan cerun sama ada dari segi perbuatan manusia atau pun semula jadi. Kegiatan manusia seperti korekan, tambakan, pemotongan atau penambakan yang tidak terancang akan mengganggu kestabilan cerun. Faktor semula jadi seperti tindakan air, faktor geologi dan sistem saliran akan mengakibatkan kegagalan cerun.

Page 16: Kestabilan tanah
Page 17: Kestabilan tanah

Penstabilan tanahPenstabilan tanahPemejalan/penstablilan (S/S) ialah

teknologi pemulihan/perawatan yang bergantung kepada tindak balas antara pengikat dengan tanah untuk menghentikan/mencegah atau mengurangkan kebolehgerakan bahan pencemar.

Page 18: Kestabilan tanah
Page 19: Kestabilan tanah
Page 20: Kestabilan tanah

Teknik untuk menstabilkan cerunTeknik untuk menstabilkan cerun

Page 21: Kestabilan tanah

Teknik untuk menstabilkan cerunTeknik untuk menstabilkan cerun

Page 22: Kestabilan tanah

Teknik untuk menstabilkan cerunTeknik untuk menstabilkan cerun

Page 23: Kestabilan tanah

Teknik untuk menstabilkan cerunTeknik untuk menstabilkan cerun

Page 24: Kestabilan tanah

Teknik untuk menstabilkan cerunTeknik untuk menstabilkan cerun

Page 25: Kestabilan tanah

Sekian Sekian Rujukan: http://www.scribd.com/document_downloads/direct/36129416?extension=docx&ft=1343531023&lt=1343534633&uahk=UMVjHeyh0cIatKe3QOiwARTCQSohttp://www.scribd.com/document_downloads/direct/71170007?extension=docx&ft=1http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Geoteknik1/MOHDISMADICA000031D03TT2.dochttp://www.flickr.com/photos/drainage-erosion-virginia/4293695138/http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Geoteknik1/AMRANSX005528AWD04TT2.doc.pdf