Peranan Kurikulum

19
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 01. Pengenalan 3 - 4 02. Kurikulum Kebangsaan 5 2.1 Kurikulum Sekolah Pendidikan Seni Visual 6 03. Peranan dan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 7 04. Penekanan Mata Pelajaran Seni Visual 8 - 9 05. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual 10 - 12 a) Pengetahuan b) Kemahiran c) Nilai-nilai murni d) Elemen merentas kurikulum 06. Peta minda tajuk pengajaran Pendidikan Seni Visual 13 07. Kesimpulan 14 08. Rujukan 15 1

description

Perkongsian

Transcript of Peranan Kurikulum

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT01. Pengenalan 3 - 402. Kurikulum Kebangsaan 52.1 Kurikulum Sekolah Pendidikan Seni Visual 603. Peranan dan Perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Seni Visual 704. Penekanan Mata Pelajaran Seni Visual 8 - 905. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni Visual 10 - 12a) Pengetahuanb) Kemahiranc) Nilai-nilai murnid) Elemen merentas kurikulum06. Peta minda tajuk pengajaran Pendidikan Seni Visual 1307. Kesimpulan 1408. Rujukan 15

01. PENGENALANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencari kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. [ Falsafah Pendidikan Kebangsaan ]Pendidikan adalah proses keilmuan yang akan dapat melahirkan kecemerlangan modal insan. Pendidikan wujud serentak dengan kewujudan manusia yang menjadi tunjang kepada sebuah perkembangan tamadun. Menurut Maria Montessori [1870-1952], seorang pendidik dari Itali, mentafsirkan pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak. Sumbangan pendidikan sebagai agen perubahan dan sosialisasi sesuatu yang tidak dapat dinafikan, bahawa kehidupan itu memerlukan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek. Pendidikan akan dapat merubah tahap keilmuan, kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi. Dengan itu kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap pendidikan. Perkembangan dan kemajuan dunia masa kini melihat kecemerlangan sebuah negara dari aspek ekonomi bergantung kepada kecemerlangan modal insannya yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan [kemahiran berfikir aras tinggi]. Dengan itu Kementerian Pelajaran Malaysia, telah membuat kajian semula mengenai sistem pendidikan negara secara menyeluruh. Kajian tersebut dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa. Ini adalah bertujuan untuk melihat apakah sistem pendidikan kita mempunyai kesempurnaan dengan keperluan menghadapi cabaran abad ke-21 nanti. Generasi kita perlu disediakan dan dimantapkan dengan keperluan menghadapi cabaran tersebut.

Di Malaysia Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkan peranan penting menjadi landasan bagi menentukan halatuju sistem pendidikan berdasarkan keperluan dan matlamat negara. Segala perkara yang dihasratkan didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan. Sehubungan itu kurikulum kebangsaan telah mengalami transformasi, bertujuan mempastikan dan memantapkan lagi Akta Pendidikan negara setanding dengan standard pendidikan antarabangsa, dalam usaha menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.gtem dengan Dengan itu Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR] telah diperkenalkan bermula tahun 2011, bagi memenuhi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan mampu memperbaharui kurikulum terdahulu serta mempastikan ia releven dengan keperluan pendidikan semasa. Sehubungan dengan itu Pendidikan Seni Visual juga telah mengalami trasformasi dengan menggantikan nama Pendidikan Seni terdahulu. Pembelajaran seni visual akan dapat memupuk imaginasi berasaskan budaya setempat dan persekitaran dengan membantu memperkembangkan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02. KURIKULUM KEBANGSAANMenerusi Akta Pendidikan 1996 memberi pengertian kurikulum kebangsaan adalah suatu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, nilai, norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam nilai moral yang dikehendaki dan untuk menyampaikan pengetahuan. Dengan itu kurikulum pendidikan di Malaysia adalah berperanan mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial secara seimbang dan menyeluruh dengan membina sifat-sifat ke arah perpaduan negara serta melahirkan tenaga mahir yang terlatih untuk keperluan negara.Menurut Abdullah Sani [2005:145-146], kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform. Kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara adalah terletak pada peranan pendidikan sebagai wadah penentu kejayaan. Taba. [1962], Kurikulum adalah satu plan bagi pembelajaran. Kecemerlangan seorang guru akan dapat dilihat apabila ia dapat memperterjemahkan dan mentaksir kurikulum dan matlamat pendidikan. Tanner & Tanner. [1972], Kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing. Kurikulum secara khususnya perlu diterjemahkan, dirancang secara spesifik dengan objektif yang jelas, bersama pemilihan kaedah yang berkesesuaian dan penggunaan bahan pengajaran yang berkesan. Dapatlah diperkatakan bahawa kurikulum adalah berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan pendidikan dengan matlamat.

2.1. KURIKULUM SEKOLAH PENDIDIKAN DUNIA SENI VISUALMelalui Kementerian Pelajaran Malaysia [1988] mendefinasikan kurikulum sebagai segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Matlamat utama pendidikan dunia seni visual adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis dan kreatif menerusi penerapan nilai bahasa seni visual. Dalam pendidikan kurikulum dunia seni visual tahun 3 sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Kegiatan seni yang dijalankan menerusi empat bidang tersebut akan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni ini akan memberikan pengalaman dalam memperkembangkan dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Selain daripada itu ianya juga dapat memberikan pengalaman perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan pelajar dari aspek sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual dalam menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran.

Berdasarkan kandungan kurikulum dunia seni visual ianya diasaskan dan disusun kepada empat standard kandungan pula iaitu;Standard Kandungan 1: Persepsi Estetik. Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi seni dan memahami bahasa seni visual [unsur seni dan prinsip rekaan] yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.

Standard Kandungan 2: Aplikasi Seni. Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.

Standard kandungan 3: Ekspresi Kreatif. Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

Standard Kandungan 4: Apresiasi Seni Visual. Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan dan kerjaya.

03. PERANAN DAN PERLAKSANAAN KURIKULUM SENI VISUAL Kurikulum adalah perancangan, pelaksanaan dan penterjemahan. Dengan adanya falsafah akan dapat menetapkan matlamat dan halatuju melalui proses pendidikan dan pengisian itu akan dapat diterjemahkan melalui kurikulum. Kurikulum itu akan dapat diterjemahkan merangkumi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya sesuatu bangsa. Walaupun definisi kurikulum mempunyai senarai yang berbeza, namun kita masih mampu menyesuaikanya berdasarkan skop dan kategori. Definisi kurikulum itu dapatlah kita rumuskan ianya merangkumi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, penggunaan kaedah yang berkesan dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauh manakah pemahaman pelajar terhadap apa yang telah diajar kepada murid benar-benar telah dapat difahami dan dikuasai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Taba.H. [1962] menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori berikut: Penyataan tujuan dan objektif yang spesifik [ Objektif ] Pemilihan dan penyusunan isi kandungan [ Kandungan ] Pola pengajaran dan pembelajaran [ Kaedah ] Penilaian hasil pembelajaran [ Penilaian ]Kurikulum juga perlu mengandungi elemen-elemen seperti; Rancangan pendidikan, mengandungi matlamat dan objektif, menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pengajaran, mementukan kaedah dan aktiviti, menerapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

04. PENEKANAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUALPendidikan seni visual lebih menekankan kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pembelajaran ini memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Pelajar pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Melalui pendidikn seni visual ini juga ianya akan dapat memainkan peranan dalam membantu pelajar memperkembangkan daya berfikir, visual dan imaginasi mereka. Kegiatan berfikir, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri yang akan dapat memberikan pengalaman dalam membantu murid membina keyakinan diri, membuat keputusan berdasarkan cita rasanya sendiri. Strategi pembelajaran pendidikan seni visual yang disarankan adalah secara bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif [KBKK] yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan. Pelajar adalah digalakan menyimpan hasil kerja dan pembelajaran mereka, dengan adanya amalan ini akan dapat melatih pelajar dalam membuat analisi, sintesis dan refleksi terhadap pemebelajaran yang telah mereka lakukan. Kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar seperti ruang visual, kinestitk, interpersonel dan intrapersonel adalah sifat yang amat penting dalam membantu murid berkarya, berkomunikasi dan memperkuatkan koordinasi pancaindera secara seimbang yang akan dapat mencapai keberkesanan dalam pembelajaran.Pendidikan seni visual juga telah diberikan penumpuan kepada empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.A]. Pemerhatian secara aktif.Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi melalui kajian perbandingan. Faktor ini dapat membantu pemahaman murid tentang asas pendidikan seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaras idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

B]. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan.Peringkat ini menggalakan pelajar membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung denga manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan pelajar membuat interpretasi dan menyelaras konsep visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberikan peluang kepada murid belajar secara langsung. Pelajar juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

C]. Apresiasi seni visual secara mudah.Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada pelajar mengenali aspek pengetahuan seni visual dalam kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Pelajar terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Pelajar diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

D]. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, pelajar juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini pelajar akan dapat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

05. Komponen Merentas Kurikulum Pendidikan Seni VisualKandungan sukatan pelajaran pendidikan seni visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu menggambar, membuat cetakan dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Keempat-empat bidang ini akan menekankan aspek pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik menggunakan pengajaran secara bersepadu.Modul 2: Bidang Membuat Corak dan RekaanTema: Alam Semulajadi atau Objek Ciptaan ManusiaTajuk: Pembalut BukuAktiviti: Capan5.1. PengetahuanMelalui pendidikan seni visual pelajar akan dapat memiliki pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Pelajar juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Bidang membuat corak dan rekaan, melalui sudut persepsi estetik murid akan dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Dimana guru akan menerangkan dan menunjukkan contoh corak teknik capan melalui bahan bantu mengajar. Pelajar juga akan didedahkan dengan mengenali unsur seni melalui rupa, jalinan dan warna. Dimana guru meminta murid mengenal pasti dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Guru juga membuat definisi mengenai capan selain itu murid juga akan dapat mengenali prinsip rekaan melalui warna dan rupa bentuk susunan motif dalam capan. Dalam aplikasi seni guru akan memperkenalkan media yang digunakan seperti alat berus lukisan, palet dan tumbuhan-tumbuhan serta bahan kutipan yang sesuai. Bahan kertas lukisan dan cat air, poster atau tempera dengan menunjukkan cara bancuhan warna selepas itu mengecap pada kertas lukisan secara terancang. Dengan itu pelajar akan dapat mengetahui bahasa seni visual, penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik capan.5.2. KemahiranMenerusi pembelajaran pendidikan seni visual pelajar akan dapat menguasai beberapa kemahiran dan pengetahuan. Antara kemahiran yang dapat diperolehi oleh pelajar adalah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasikan disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan peralatan. Manakala dalam bidang membuat corak dan rekaan ekspresi kreatif, pelajar akan menggunakan bahan secara kreatif. Dimana pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, penggunaan media, serta proses penggunaan warna dan teknik dalam penghasilan karya. Dengan itu kemahiran pelajar dalam mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya dapat dilihat melalui penghasilan corak teknik capan mengikut kreativiti masing-masing.5.3. Nilai BaikPendidikan seni visual juga akan dapat menerapkan nilai-nilai murni dengan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan, menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur , cermat dan selamat, memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual dan melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.Dalam modul membuat corak dan rekaan apresiasi seni akan dapat diterapkan dimana pelajar akan dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan mempamerkan karya yang dihasilkan berpandukan bahasa seni visual. Dengan itu akan dapat menghargai karya yang dihasilkan sendiri dan juga hasil karya orang lain. 5.4. Elemen Merentas KurikulumMelalui proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual melalui modul bidang membuat corak dan rekaan dapat menghasilkan pembelajaran yang boleh dikongsikan bersama disiplin ilmu yang lain. Hasil karya corak teknik capan ini bukan sahaja boleh dijadikan pembalut buku tetapi juga boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain. Elemen merentas kurikulum yanng dapat diterapkan adalah keusahawanan, kreativiti dan inovasi. Adalah menjadi suatu harapan agar penerapan pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan elemen merentas kurikulum melalui pendidikan seni visual ini akan dapat melahirkan kecemerlangan modal insan seperti mana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Dengan adanya penerapan nilai-nilai tersebut akan dapat memberi peluang kepada pelajar menanam minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai seni dan alam sekitar secara langsung akan dapat melahirkan dan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang cinta dan celik budaya kesenian. Keilmuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar ini akan dapat digunakan selepas alam persekolahan. Pendidikan seni visual berperanan dalam memperkembangkan sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Dengan adanya aktiviti berfikir dan penerokaan dalam pelbagai jenis seni visual akan dapat membolehkan mereka menyatakan pandangan dan kebolehan diri. Pengalaman ini adalah penting dalam membina keyakinan diri dalam membuat sesuatu penilaian. Semoga pengalaman dari pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan melahirkan insan yang mampu berdikari, berdaya maju, kreatif, berdaya cipta dalam apa juga bidang yang diceburi sebagai kerjaya dan membantu kemajuan negara. 06. PETA MINDA

PENDIDIKAN SENI VISUALBIDANG CORAK DAN REKAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

EkspresiKreatifAplikasiSeniPersepsiEstetikApresiasi Seni Visual

PELAJARKecemerlangan Modal Insan

Keusahawanan Kreativiti &Inovasi

07. KESIMPULANBidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini adalah memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami kepelbagaian cara dalam menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi sesuatu rekaan yang boleh dikongsikan daripada mana-mana hasil bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf tradisional dan menggambar. Ini adalah kerana corak dan rekaan terhasil daripada pelbagai teknik dan cara, melalui kegitan corak tidak terancang seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. Manakala kegiatan corak terancang pula adalah melalui lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.Dengan itu melalui bidang membuat corak dan rekaan pelajar akan mengenali dan mengkaji kepelbagaian corak alam dan kehidupan. Mengenal motif dan olahannya amat ditegaskan sebelum menghasilkan rekaan corak tertentu. Pelajar diberi peluang memilih penghasilan corak rekaan secara terancang, tidak terancang dan corak tradisional dengan teknik tertentu. Pendidikan seni visual ini membolehkan pelajar membuat apresiasi seni terhadap karya sendiri dan rakan adalah bertujuan sebagai suatu proses pembelajaran. Melalui pendidikan seni visual ini juga akan dapat mengajar pelajar dalam membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta rangkuman seni visual dengan disiplin ilmu yang lain seperti kehidupan dan alam kerjaya.

RUJUKAN 01. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2002]. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual.02. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2000]. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. 03. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia [2011]. Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR]04. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. [1984]05. Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.06. Nik Azis Nik Pa & Noraini Idris [2008]. Perjuangan memperkasakan pendidikandi Malaysia: Pengalaman 50 tahun merdeka. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.07. Mohd Daud Hamzah [1994]. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.08. www.moe.gov.my09. www.myschoolnet.ppk.kpm.my

14