Peranan Raja Sebagai Pengimbang

download Peranan Raja Sebagai Pengimbang

of 4

Transcript of Peranan Raja Sebagai Pengimbang

  • 7/23/2019 Peranan Raja Sebagai Pengimbang

    1/4

    Khazanah Bendahara Seri MaharajaPeranan Raja Melayu Sebagai Pengimbang Dalam konteks penelitian serta penghalusan kepada sejarah perkembangan proses mekaan Persekutuan Tanah Melayu dari penguasaan British, jikalaulah kita dibenarkan bersikap jujur, berpendirian TEGAS TELUS dan TULUS dengan matlamat mengambil iktibar serta tauladan daripada peristiwa tersebut, hakikatnya kita perlu mengakui wujudnya satu kesilapan besar yang dibuat oleh kepimpinan Melayu yang dipertanggungjawabkan untuk menangani maslahat-maslahat politi yang bersangkutan denganproses tersebut.

    Kesilapan yang dimaksudkan adalah bersikap terburu-buru dalam membuat keputusan-keutusan yang sebenarnya bakal menentukan nasib dan masa hadapan orang-orang Melayu di tanah air mereka sendiri, semata-mata telah dikelabui dengan umpanan tarafkemerdekaan yang ditawarkan oleh kuasa British[1].

    Kegopohan yang berlaku akibat menfokus semata-mata kepada umpanan taraf kemerdekersebut sehingga berlaku kesilapan `tujuan menghalalkan cara', lupa untuk membuka suis pandangan-pandangan batiniyyah[2] yang boleh membantu membuat apa jua keputusan tanpa perlu mengkompromi kepentingan bangsa dan agama yang bersifat teras ataupun induk[3].

    Dalam hal ini dua perkara besar tidak seharusnya dikompromi langsung, iaitu

    onggarkan syarat kerakyatan yang telah sedia ketat dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang asal[4]. serta membuka pintu kepada penglibatan politik bukan Melayu.

    Ketegasan ini mungkin akan melengahkan proses kemerdekaan, namun itulah harga yti dibayar untuk mengekalkan penguasaan orang-orang Melayu serta menjamin kepentingan-kepentingan Melayu tetap dalam kawalan bangsa di tanah air mereka sendiri. Apatah lagi Piagam Atlantik yang ditanda tangani British dalam tahun 1941 telah mengikat mereka kepada perjanjian untuk memerdekakan semua tanah jajahan, cepat atau lambat, namun tersedia komitmennya di situ.

    Pepatah orang Melayu lama, `biar lambat asal selamat' gagal diambil hikmahnya dambatan yang mungkin boleh diambil kesempatan untuk memberi peluang kepada selur

    uh masyarakat Melayu bersatu-padu dalam menekan kuasa British untuk memberikan kemerdekaan Tanah Melayu dalam semangatnya yang sebenar tanpa perlu mengkompromihak ketuanan Melayu serta hak untuk menentukan nasib bangsanya sendiri tanpa perlu campurtangan kaum-kaum lain di kemudian hari.

    Mengapa tidak diambil iktibar daripada peristiwa `amuk Melayu' yang dijelmakan duk protes-protes hebat, besar-besaran dan penuh semangat kesatuan serta perpaduan bangsa yang utuh dalam menentang pembentukan Malayan Union sehingga gagasan tersebut tidak sempat `see the light of day', mati tidak berkubur?

    Walhal semangat yang sama terjelma sekali lagi dalam peristiwa rusuhan kaum padaei 1969, membuktikan apa yang umat Melayu berpotensi laksanakan dalam keadaan tersepit, sehingga mencetuskan kesatuan dan perpaduan kental atas semangat serta k

    esedaran bangsa dan agama?

    Malang semangat tersebut tidak diupayakan dalam proses mencari kemerdekaan, sehberlaku tragedi `menang sorak, kampong tergadai', laungan kemerdekaan tidak berertisama sekali jikalau hakikatnya bangsa Melayu telah hilang kuasa politik di tanahair sendiri sehingga urusan keluarga bangsa dan agama kini terbuka luas dengancampurtangan orang lain.

    Walaupun seringkali diuar-uarkan bahawa tiga hal yang sakaral bagi bangsa ini tdapat di 'pahat atas batu' (entrenched) dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu aspek k

  • 7/23/2019 Peranan Raja Sebagai Pengimbang

    2/4

    edaulatan Institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu (dan pribumilain) serta kepentingan Islam, malangnya teras hakikat bagi aspek-aspek ini telah dirapuhkan sehingga tidak lagi sekuat dan sejitu asalnya.

    Ringkasnya dengan memberikan taraf warganegara dan membuka ruang penglibatan poepada kaum bukan Melayu, maka akan sentiasa wujud konflik-konflik kaum kerana seringkali tuntutan-tuntutan yang dibuat adalah bercanggahan diantara satu sama lain berdasarkan sejarah, latarbelakang, kepercayaan, amalan dan budaya yang banyak berbeza, malahan ada yang bertentangan.

    Menurut Norma Mahmood: Perasaan perkauman dirangsangkan oleh proses penciptaansasi dan kewarganegaraan yang baru. Perubahan daripada penduduk kepada warganegara, penglibatan organisasi masyarakat dalam proses politik yang pada peringkat sebelumnya masyarakat dihindarkan daripada proses politik, membawa kepada tuntutan yang baru dan hebat[5].

    Dilihat dari sudut perkembangan proses kemerdekaan tanah air, apabila Perikatan MCA-MIC bersetuju untuk melaksanakan agenda kontrak-sosial dalam peranannya sebagai wakil bagi tiga kaum yang terbesar dalam Persektuan Tanah Melayu, iaitu dengan mengadakan faktor-faktor yang dapat mengimbangi tuntutan orang-orang Melayu pada tiga perkara penting yang sangat dekat di hati mereka, iaitu kedaulatan Institusi Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu (dan pribumi lain) serta kepentingan Islam, namun disebaliknya wujud kelompok-kelompok bukan Melayu yang enggan terlibat dengan kontrak sosial tersebut. Kelompok-kelompok ini mewakili mas

    yarakat Cina dalam jumlah yang bukan sedikit.

    Hal ini jelas dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila pengundi bukan Mea masyarakat Cina yang menolak MCA sebagai bentuk reaksi terhadap aturan quid pro quo Parti Perikatan, iatu pemberian hak istimewa masyarakat Melayu. Malahan mereka menyatakan sokongan kepada dasar Malaysian Malaysia, iaitu persamaan antarakaum, sebagai jelmaan daripada dasar bangsa Malayan yang bersatu. Parti-parti politik seperti DAP, PPP dan Gerakan termasuk dalam kategori ini, mewakili kehendak kaum bukan Melayu, khususnya Cina yang tidak berpuas hati dengan taraf keistimewaan orang Melayu dan persamaan hak antara kaum yang sebenarnya lebih menguntungkan masyarakat bukan Melayu

    Dari segi yang lain pula, kepimpinan Parti Perikatan untuk sentiasa mencari

    alam semangat `kontrak sosial', kepada tuntutan-tuntutan kaum yang adakalanya bercanggah, bukanlah kerja yang mudah. Sebagai mewakili parti berteraskan kaum dalam UMNO, MCA dan MIC, setiap kepimpinan yang terlibat dalam kerajaan Perikatan bukan sahaja perlu memikirkan kehendak ahli-ahli dalam parti sendiri, malahan pada masayang sama perlu berhadapan dengan tuntutan ahli-ahli parti lain dalam keluarga Perikatan, dan hal ini amat mencabar kerana silap langkah akan menyebabkan ahli-ahli berpindah lari ke parti-parti lain yang lebih bersedia memenuhi tuntutan mereka.

    Dalam hal ini sikap bertolak-ansur dan bertoleransi tinggi sangatlah dituntutetiap kepimpinan atasan dalam parti-parti yang berlainan agenda tetapi duduk sebumbung atas beberapa kepentingan yang dikongsi bersama ini. Penyelesaian-penyelesaian dalam bentuk `formula-formula Perikatan' terhadap isu-isu yang diselesaikan, y

    ang dibuat atas semangat setiakawan, menjaga sensitiviti kaum dan mengambil sikap bersederhana dalam melayani sebarang tuntutan ahli-ahli parti masing-masing menyebabkan formula kerajaan Perikatan berjaya buat suatu tempuh yang lama (kecuali dalam peristiwa 13 Mei 1969).

    Namun formula sebegini tidaklah bersifat struktur tetapi adalah bergantung kedan pendirian individu kepimpinan atasan dalam setiap komponen Perikatan. Pada peringkat awal, dengan pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman dan Tang Cheng Lock, formula tersebut agak berjaya tetapi dengan bergantinya kepimpinan pada masa-masakemudian, wujud krisis-krisis sefahaman seperti yang diperlihatkan menerusi pem

  • 7/23/2019 Peranan Raja Sebagai Pengimbang

    3/4

    bahagian kerusi dalampilihanraya 1959[6].

    Ringkasnya kerjasama yang sedia wujud dalam perikatan UMNO-MCA-MIC semenjak ang bergantung semata-mata pada bersefahaman politik pucuk pimpinan atasannya boleh berada dalam situasi mencabar jikalau terdapat unsur-unsur pengkhianatan kepada teras-teras formula kerjasama tersebut sehingga boleh manjadi suatu ancaman kepada situasipolitik negara ini secara keseluruhannya.

    Senario yang paling dibimbangi adalah jikalau MCA dan MIC bertindak keluar dan dan persepakatan `tradisional' mereka dengan UMNO, lalu bergabung dengan semua parti-parti politik yang mempunyai agenda Malaysian-Malaysia dengan matlamat memperjuangkan hak persamaan kaum. Kecelaruan yang tercetus sudah tentu akan membahayakan keselamatan negara.

    Bagaimana pula dengan parti-parti politik orang-orang Melayu sendiri? Realitpolitik orang-orang Melayu telah banyak terhakis pada hari ini akibat politik UMNO, Pas dan Gerakan. Walaupun masyarakat Melayu adalah golongan majoriti dalamnegara ini, malangnya kelebihan ini tidak dapat dimenefaatkan dalam kesatuan politik Melayu kerana wujud faktor-faktor seperti prinsip perjuangan serta ideologiyang berbeza, politik persukuan dan keegoan, selain wujudnya korupsi sehingga menjejaskan matlamat memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama.

    Polarisasi kaum yang masih wujud, malahan semakin buruk sejak akhir-akhir ini mi satu lagi senario yang berpotensi mengancam masyarakat negara ini yang timbul

    natijah dari dasar awal kerajaan Perikatan untuk mengekalkan identiti kaum. Tanpa sebarang inisiatif ke arah pencairan serta penyebatian budaya, agenda mengasimilasi kaum adalah umpama 'mimpi di siang hari.' dalam ikhtiar menyatupadukan masyarakat Malaysia secara luhur.

    Itulah realiti kehidupan masyarakat berbilang kaum di tanah air kita yang tercinaka apakah peranan Institusi Raja-raja Melayu dalam hal ini?

    Melalui peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sebagai seian daripada dokumen Perlembagaan Negara Malaysia), Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mempunyai kuasa PENGIMBANG yang mana, melalui budi bicara bagindasekelian, boleh meredakan sebarang konflik atau `stand-off' yang wujud antara berbagai-bagai parti poltik yang bercanggahan ideologi itu. Perkara ini telahpun dibu

    ktikan dalam kemelut politik di negeri Perlis, Selangor, Perak dan Terengganu selepas pilihanraya umum yang ke-12 pada bulan March 2008.

    Dalam petikan akhbar New Straits Time, ucapan Tunku Naquiyiddin Tuanku Jaafaelum 8 March (2008), peranan kita selalunya berkisar sebagai penghias majlis-majlis (ceremonial) disebabkan parti yang memerintah sentiasa memperolehi majoritiundian dua pertiga di Parlimen dan majlis-majlis negeri.

    Peranan Raja Melayu mula berubah selepas 8 March (pilihanraya 12) apabila mesa perlembagaan yang diperuntukan kepada baginda untuk mempengaruhi secara aktifdalam perkara penubuhan kerajaan bersama dan perlantikan menteri-menteri besar di erak, Perlis, Terengganu dan Selangor.

    Rakyat jelata telah memberikan kita input tentang apa pandangan mereka dalam hebut. Berdasarkan input mereka kita terpaksalah bertindak.

    Dalam kedudukan Raja Melayu yang neutral, baginda berupaya menghalusi semua sudangan dalam situasi-situasi tertentu.

    Raja-raja Melayu perlu campurtangan jikalau ahli-ahli politik sibuk bertelingkmembaling-baling kerusi diantara satu sama lain dan kita rasa rakyat jelata merasa lega apabila kita (Raja-raja Melayu) masuk campur (meredakan konflik).[7]

  • 7/23/2019 Peranan Raja Sebagai Pengimbang

    4/4

    Kuasa pengimbang yang ada pada Raja-raja Melayu inilah yang mampu meredakan sebkonflik-konflik bukan sahaja yang bersumber dari percanggahan-percanggahan parti-parti politik yang berbagai ideologi dan karenah masing-masing, malahan juga daripada konflik-konflik perkauman yang sesekali tercetus dalam sejarah kehidupanmsayarakat negara ini semenjak berkongsi satu bumbung tanah air.

    [1] Pemimpin UMNO sedar bahawa penerimaan jus soli dan dasar bangsa Malayan akanmemudahkan kerajaan British memberikan kemerdekaan. Pada peringkat awal kerjasama UMNO-MCA adalah atas matlamat `semata-mata menuju kemerdekaan, namun kemudian dilanjutkan atas dasar pragmatism dan realistik dalam menghadapi kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sehingga wujud kontrak sosial.[2] Berbanding orang-orang bukan Islam, umat Islam seharusnya melihat kepada segala-galanya dari dua sudut pandangan iaitu pandangan zahiriyyah dan pandangan batiniyya. Melalui pandangan batiniyyah, segala-galanya akan dilihat daripada perspektif ajaran Islam yang hakikatnya adalah kehendak Allah dan RasulNya.[3] Alim-ulama perlu dirujuk bagi mendapatkan pandangan-pandangan mereka sebagaimana yang diamalkan dalam pemerintahan tradisional Melayu[4] Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kelonggaran berlaku melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1952[5] Norma Mahmood, Rethinking PoliticalProblemin South Esat Asia, UM,KL,1994[6] _________, Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu,op.cit, hlm 231[7] Restore immunity of rulers, New Straits Time, Thursday, November 27, 2008

    Sumber: Realiti Perjuangan Kemerdekaan dan Kontrak Sosial, Buku-e (Tun Suzana)Version: Mobile | Web