Peranan seorang guru matematik di sekolah

7
Tugasan B : Tugasan Individu. 1. Tuliskan satu esei 600 – 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut. Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai seorang guru matematik di sekolah anda. Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantin sekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itu melibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orang yang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yang hendak disampai kepada murid. Sebagai seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan Sebobok, Bau, peranan saya sebagai seorang guru matematik amatlah besar. Untuk memastikan peranan guru matematik dapat dijalankan, kita hendaklah memastikan segala yang kita rancang dapat dilaksanakan dengan baik. Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 1

Transcript of Peranan seorang guru matematik di sekolah

Page 1: Peranan seorang guru matematik di sekolah

Tugasan B : Tugasan Individu.

1. Tuliskan satu esei 600 – 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut.

Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai

seorang guru matematik di sekolah anda.

Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir

secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada

konkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat penting

dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantin

sekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itu

melibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orang

yang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah,

menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkan

peranan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yang

hendak disampai kepada murid.

Sebagai seorang guru matematik di Sekolah Kebangsaan Sebobok, Bau,

peranan saya sebagai seorang guru matematik amatlah besar. Untuk memastikan

peranan guru matematik dapat dijalankan, kita hendaklah memastikan segala yang kita

rancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah

terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjang

tahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yang

bersesuaian. Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikan

murid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, buku

dan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapat

menyalin nota dan latihan yang diberikan.

Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti

pembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan di

awasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan

murid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik. Untuk memastikan

Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 1

Page 2: Peranan seorang guru matematik di sekolah

keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orang

murid untuk membaca sifir.

Selain daripada itu, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran matematik

bermula, saya akan memanggil beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untuk

menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi matematik. Murid yang dapat

menyelesaikannya akan diberi ganjaran seperti tepukan tangan dan yang tidak dapat

menyelesaikannya akan dibimbing untuk mencari jawapan. Semasa mengajar pula

saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendak

diajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakan

adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaran

berpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan  secara kumpulan.

Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara

satu sama lain dan  boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedah

ini murid mudah untuk memahami apa yang diajar. Selain daripada itu saya juga

mengajar dengan menggunakan benda yang konkrit dan maujud. seperti mengajar

tajuk masa dan waktu iaitu saya akan menggunakan jam dinding yang betul , tajuk

ukuran panjang saya akan mengajar menggunakan pembaris dan pita ukur dan

sebagai. Jika kita menggunakan benda yang konkrit atau wujud, murid akan lebih

mudah untuk memahami dan menguasai tajuk pelajaran. selain daripada kaedah

kumpulan dan pengajaran yang melibat benda konkrit, saya juga menggunakan kaedah

lakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian dengan tajuk wang. Untuk mengajar

tajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin atau koperasi sekolah untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kaedah lakonan

dan simulasi.

Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akan

diajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dan

kemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapa

contoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilah

yang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikan

soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Bukan itu sahaja, saya juga

memastikan agar murid saya dapat menukar unit dari kilogram ke gram dan

Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 2

Page 3: Peranan seorang guru matematik di sekolah

sebaliknya hanya melalui pengaplikasian pengalaman sedia ada mereka dalam

kehidupan seharian di dalam topik dan kemahiran yang saya ajari.

Saya juga sentiasa memastikan perkembangan kognitif, psikomotor, emosi dan

sosial seimbang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan didalam kelas.

Seandainya perkembangan kognitif dan psikomotor murid berjalan seiring, maka ia

akan memudahkan proses pembelajaran berjalan. Dengan ini, untuk memainkan

peranan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklah

menggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelas

supaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik.

Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan dan latihan

mengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akan

memberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akan

diberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untuk

menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauh

mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah saya

jalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, saya

juga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual dan

pemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah,

terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kebiasaannya,

soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahir

dalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan

soalan berbentuk ini juga saya gunakan untuk mengajar murid daripada kumpulan

sederhana dan kumpulan lemah.

Sebagai seorang guru yang berkhidmat di bawah kementerian pelajaran

Malaysia, kita hendaklah memastikan semua sukatan pelajaran yang disediakan oleh

pihak kementerian disampaikan kepada murid mengikut aras-aras yang tertentu.

Sebagai contohnya, bagi murid yang lemah penekanan diberikan kepada kemahiran

yang masih belum dikuasai sepenuhnya agar murid tersebut tidak ketinggalan daripada

murid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktiviti

Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 3

Page 4: Peranan seorang guru matematik di sekolah

pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang

dipelajari.

Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan saya

direkodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topik

yang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah.

Sebagai seorang ahli panitia matematik, saya juga akan memastikan saya

berserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurang-

kurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dan

sekaligusmenetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itu

saya juga akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada dari

kursus atau media massa dengan guru matematik yang lain.

Berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah saya tuliskan , maka

peranan saya sebagai seorang guru matematik telah berfungsi dengan baik.

Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 4

Page 5: Peranan seorang guru matematik di sekolah

RUJUKAN.

1. Peranan Guru :

http://www.uns.ac.id/data/sp6.pdf

2. Peranan Guru matematik :

http://imayu05.blogspot.com/2010/08/peranan-guru-matematik.html

3. Amalan Pembelajaran Kooperatif Oleh Guru matematik :

http://www.my-

rummy.com/Amalan_Pembelajaran_Kooperatif_oleh_Guru_Matematik.html

4. Komunikasi Kanak-kanak melalui Interasi Sosial :

http://www.my-rummy.com/Komunikasi_kanak-

kanak_Melalui_Interaksi_Sosial.html

5. Pengajaran dan pembelajaran Matematik :

http://cikgufarizal.com/category/dunia-perguruan/pembelajaran-dan-

pengajaran/matematik/

6. Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden.

Hak Cipta : Ibrahim jamil (PPG Matematik 1) Page 5