PERANANORANGSIAK

10
SETAKAT MANAKAH PERANAN ORANG SIAK DALAM SENARIO POLITI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-18 Orang siak sudah lama tinggal di Tanah Melayu iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan Siak dengan Melaka bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah 1448-1477 dimana Siak menjadi jajahan takluk Melaka. Pengelibatan orang Siak dalam senario politik Tanah Melayu pada abad ke-18 bermula dengan kewjudan watak Raja Kecil yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melayu Johor. Raja Kecil mendakwa baginda adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah 11 yang dibunuh oleh Megat Seri Rama. 1 Ibu Raja Kecil iaitu Encik Pong yang merupakan anak laksamana. Selepas Raja Kecil lahir baginda dilarikan ke Minangkabau untuk mengelakkan baginda dibunuh. Di sana banginda di pelihara oleh Puteri Jamilan iaitu ibu kepada Yamtuan Sakti dan baginda dilantik sebagai Raja Siak oleh Yamtuan Sakti pemerintah Pagar Ruyung. 1 Megat seri rama memubunuh sultan mahmud kerana sultan mahmud telah membunh isterisnya hanya kerana seulas nangka. Untuk keteranagan lanjut sila lihat mohd. Yusof hasim pensejarahan melayu berdasarkan teks tradisi ‘sejarah raja-raja melayu’ atau Hikayat Siak. Hlm 1032

Transcript of PERANANORANGSIAK

SETAKAT MANAKAH PERANAN ORANG SIAK DALAM SENARIO POLITI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-18

SETAKAT MANAKAH PERANAN ORANG SIAK DALAM SENARIO POLITI TANAH MELAYU PADA ABAD KE-18

Orang siak sudah lama tinggal di Tanah Melayu iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hubungan Siak dengan Melaka bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah 1448-1477 dimana Siak menjadi jajahan takluk Melaka. Pengelibatan orang Siak dalam senario politik Tanah Melayu pada abad ke-18 bermula dengan kewjudan watak Raja Kecil yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melayu Johor. Raja Kecil mendakwa baginda adalah anak kepada Sultan Mahmud Syah 11 yang dibunuh oleh Megat Seri Rama. Ibu Raja Kecil iaitu Encik Pong yang merupakan anak laksamana. Selepas Raja Kecil lahir baginda dilarikan ke Minangkabau untuk mengelakkan baginda dibunuh. Di sana banginda di pelihara oleh Puteri Jamilan iaitu ibu kepada Yamtuan Sakti dan baginda dilantik sebagai Raja Siak oleh Yamtuan Sakti pemerintah Pagar Ruyung.

Pengelibatan Orang Siak dalam senario politik di Tanah Melayu bermula apabila Raja kecil meminta kembali tahkta kerajaan Johor dari Sultan Abdul Jalil Syah . Tuntutan Raja kecil terhadap tahkta kerajaan Johor tidak dihiraukan dan ini menyebabkan Raja Kecil mengambil keputusan untuk menyerang Johor. Sebelum itu, Raja Kecil meminta pertolongan dari Gabenor Belanda di Melaka tetapi permintaan baginda tersebut tidak dilayan. Raja Kecil juga telah menemui pemimpin Bugis bagi meminta untuk menyerang Johor tetapi orang Bugis tidak dapat memeberi bantuan kerana mereka ada hal yang perlu diselesaikan di Langat Selangor. Oleh sebab itu, Raja Kecil terpaksa bertindak bersendiran menyerang Johor

Pada 21 Mac 1718, dalam satu serangan mengejut, kerajaan Johor di Panchor telah jatuh ke tangan Raja Kecil dari Siak dan Sultan Abdul Jalil terpaksa lari ke hulu iaitu ke Kota Tinggi. Kejayaan Raja Kecil menakluki Johor disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor keturunan Kesultanan Melayu Melaka. Raja kecil mendakwa dirinya adalah anak Sultan Mahmud Syah dan ini menyebabkan Raja Kecil mendapat sokongan dari rakyat Johor terutamanya Orang Laut yang merupakan angkatan tentera laut Johor dan juga tulang belakang kekuatan kerajaan Johor. Faktor kemenangan orang Sak juga disebabkan oleh terdapat pembesar belot dan menyokong Raja Kecil seperti Orang Kaya Sri Dewa Yang merupakan salah satu duta Johor yang dihantar ke Melaka pada 13 Julai 1718 untuk mendapat bantuan Belanda bagi menentang angkatan Minangkabau atau Siak m/s 340_L.Yandaya. Selain itu, Raja Kecil Juga mendapat sokongan dari Bendahara Johor yang merupakan katua angkatan tentera laut Johor. 341

Selepas menakluki Johor, Raja kecil telah merajakan dirinya sebagai sultan Johor yang bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah dan menjadikan Riau sebagai tempat pemerintahan dan kediamannya. 381 Raja Kecil telah menerima semula Sultan Abdul Jalil dengan menawarkan jawatan Bendahara kepada Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil juga telah menawarkan jawatan lama kepada Syahbandar Abdul Rahman yang telah melarikan diri ke Pahang. Bagi mengukuh kedudukannya di Johor, baginda telah mengikat tali persaudaraan dengan keluarga Sultan Abdul Jalill Syah dengan meminang Tengku Tengah tetapi baginda berkahawin dengan Tengku Kamariah. Namun begitu, perhubungan ini tidak tahan lama apabila Raja Kecil menyerang ayah mertuanya iaitu Sultan Abdul Jalil dan baginda melarikan diri ke Pahang. Selepas itu, Raja kecil telah mehantar satu angkatan tentera Minagkabau atau Siak di bawah pimpinan Nahkoda Sekam ke Pahang untuk membunuh ayah mertuanya dan ayah mertuanya iaitu Sultan Abdul Jalil Mangkat di Kuala Pahang. Anak dan ahli keluarga Sultan Abdul Jalil dibawa ke Riau termasuklah Raja Sulaiaman dan Tun Abas.

Daing Parani telah meminta jawatan Yamtuan Muda Riau dari Raja Kecil tetapi Raja Kecil tidak menyerahkan jawatan itu, kerana orang Bugis tidak menolong Orang Siak menakluki Johor. Justeru itu, Orang Bugis telah berkerjasama dengan Raja Sulaiman untuk menghalau Raja Kecil dan sebagai ganjaran jawatan Yamtuan Riau akan diberi kepada Orang Bugis dan permulalah episod pergaduhan orang Siak dengan orang Bugis

Orang bugis dibawah pimpinan Daing Merewah telah menyerang Johor yang dibawah kekuasaan Raja Kecil. Angkatan perang bugis terdiri daripada tujuh buah perahu besar,penjajab, beberapa perahu kecil dan sampan serta lebih kurang seribu orang pejuang. Mereka mendirikan kubu di Pulau Pengujan dan berlakulah peperanag dengan bugis dengan orang Siak dan Raja kecil kalah dan melarikan diri ke Pulau Bayan. Kekalahan Orang Siak dalam perang Bugis-Siak menandakan pengaruh Saik di Johor lenyap dan kemunculan pengaruh Bugis Di johor. Selapas menangi peperangan itu, Orang bugis telah melantik Raja Sualaiman sebagai Sultan Johor dan Daing Merewah diangkat menjadi yang Dipertuan Muda. Selain di negeri Johor Orang Siak juga terlibat dalam perebutan tahkta Negeri Kedah. Pada zaman pemerintahan Muhammad Jiwa 11(1710-1778) telah wujud perebutan tahkta antara baginda dengan Raja Nambang iaitu Adik tirinya. Unuk menewaskan adiknya sultan Muhammad Jiwa telah memintak bantuan dari Orang Bugis yang dipimpin oleh Daing Perani yang berada di Selangor dan berjaya mengusir raja Nambang. Namun begitu, Raja Nambang telah meminta bantuan Orang Siak di bawah pimpinan Raja Kecil. Pada penghujung tahun 1722 sebanyak 110 buah kapal perang dari Siak berlayar ke kedah. Berlakulah peperangan antara Orang Siak dengan Orang Bugis dibawah pimpinan Daing Menopok dan Bugis kalah. Kegagalan Bugis di Kedah telah mengheratkan Daing Merewah dalam peperangan perebutan tahkta Kedah. Daing merewah datang dari Kuala Linggi dengan kekuatan 60 buah kapal unuk menyertai Daing Perani yang datang dari Riau unuk membantu Daing Menopok di Kedah. Peperangan ini berlanjutan selama 2 tahun dan berakhir dengan tiba-tiba pada tahun1724 apabila orang Bugis keluar dari Kedah dan Daing Perani mati dalam peperangan itu dan diikuti oleh orang Siak meninggalkan kedah. Perebutan tahkta kedah menyaksikan kemenangan memihak kepada Sultan Muhammad Jiwa dan Raja Nambang kalah. Selain itu, orang Siak juga terlibat dalam konflik Selangor dan Johor-Riau dengan Belanda. Pada tahun 1784 Selangor terlibat dalam peperangan antara Riau dengan Belanda di Melaka. Sultan Selangor iaitu Sultan Ibrahim (1788-1826) telah membantu sauadaranya iaitu Raja Ali Haji yang merupakan Yamtuan Muda Johor-Riau menyerang Belanda di Melak. Dalam pertempuran Johor-Selangor dengan Belanda di Melaka, Orang Siak dibawah pimpinan Raja Muhammad iaitu anak Raja Kecil telah membawa 78 Orang Siak ke Melaka bagi membantu Belanda mempertahankan Melaka dari orang Riau, Selangor dan Rembau. Dalam pertempuran dengan Belanda Raja Ali Haji telah meninggalkan dunia di Teluk Ketampang dan orang Bugis Selangor balik ke Selangor.Akibat campurtangan Selangor dalam perang Johor dengan Belanda telah menyebabkan Belanda menyimpan dendam terhadap Selangor. Kesannya pada Julai 1784 Belanda telah menyerang Selongor dibawah pimpin Laksamana J.P Ran Braam, dalam serangan itu, Belanda mendapat sokongan dan bantuan dari orang Melayu-Siak dan sekali lagi orang Siak terlibat dalam politik Tanah Melayu. Dalam serangan itu, Belanda telah berjaya menakluki Bukit Melawati dan Kuala Tanjung Keramat dan Selangor telah kalah dan Sultan Ibrahim bersama-sama dengan pengikutnya terpaksa melarikan diri ke Pahang.

Selepas menakluki Selangor, Belanda telah mengampun penduduk Selangor yang menentang Belanda dan membenarkan mereka tinggal di Selangor. Belanda juga telah campurtangan dalam perlantik sultan apabila melantik Sultan Muhammad Syah iaitu orang Melayu-Siak menjadi sultan Selangor sebagai balasan membantu Belanda menakluki Selangor. Di sini kita dapat lihat pengelibatan orang Siak dalam senario politik iatiu menjadi sultan di Tanah Melayu dan membantu Belanda menakluki Selangor. Namun begitu, jawatan yang dipegang oleh orang Siak tidak berkekalan apabila jawatan sultan diberi kepada Syed Ali kerana Sultan Mahammad Syah tidak mendapat sokongan dari rakyat selangor. Hal ini kerana kebanyakkan pendudukan selangor adalah orang bugis manakala baginda adalah orang Siak dan disebabkan itu, baginda tidak mendapat sokongan dari rakayat Selangor. Pengaruh Belanda di Selangor tidak lama apabila Sultan Ibrahim dapat kembali tahktanya pada Jun 1785.

BIBILIOGRAFIAndaya,L.Y (1987). Kerajaan Johor 1641-1728 pembangunan ekonomi dan politik terjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ismail Hussein, A. Aziz Deraman dan Abd. Rahman Al-Ahmad (1995). Tamadun Melayu Jilid Tiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Haji Buyung Adil (1971). Sejarah Selangor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaMuhammad yussof Hasim (1990). Kesultanan Melayu Melaka kajian beberapa aspek tentang melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Norhalim Hj. Ibrahim (1998). Sejarah Linggi: pintu gerbang sejarah pembangunan Negeri Sembilan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

,

Megat seri rama memubunuh sultan mahmud kerana sultan mahmud telah membunh isterisnya hanya kerana seulas nangka. Untuk keteranagan lanjut sila lihat mohd. Yusof hasim pensejarahan melayu berdasarkan teks tradisi sejarah raja-raja melayu atau Hikayat Siak. Hlm 1032

Raja Abdul Jalil merupakan seorang bendahara johor dan dianggkat menjadi sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil riayat Syah 1V. Apabila Sultan Mahmud mangat tidak meninggalkan waris. Sila rujuk Muhammad Yusoff Hashim kesultanan Melayu melaka kajian beberapa aspek tentang melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16 dalam sejarah Malaysia. Hlm 61.

Permintaan Raja Kecil ditolak kerana dasar belanda yang tidak campur tangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Leonord Y. Andaya kerajaan Johor 1641-1728 pembangunan ekonomi dan politik terjemahan Shansuddin Jaafar. Hlm 333

Norhalim Hj. Ibrahim sejarah linggi pintu gerbang sejarah pembangunan negeri sembilan. Hlm 57.

Norhalim Hj. Ibrahim Sejarah Linggi pintu gerbang sejarah pembangunan Negeri Sembilan. Hlm 66.

Ibid, hlm 77

Raja Muhammad telah datang ke Melaka bersama dengan anak saudaranya iaitu Syaid Ali. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Haji Buyung Adil Sejarah Selangor Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm 25