PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

23
PERANCANGAN STRATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2014 – 2016 LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b. Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor. Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin - Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Sabri b. Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara ‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak 1

description

praktikum

Transcript of PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

Page 1: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

PERANCANGAN STRATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2014 – 2016

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan nama Sekolah Kebangsaan

Pengkalan Jaya. Nama Pengkalan Jaya diilhamkan oleh Guru Besar pertama sekolah

ini sempena gabungan nama tempat dan konsep kejayaan menyeluruh. Motif ini

diabadikan pada lambang lencana sekolah dengan huruf bingkai PJ. Pada asalnya

sekolah ini dinamakan dengan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kerana pada

peringkat perancangan awal SKTG yang berada di Jalan Besar Tasek Gelugor akan

berpindah ke sini sepenuhnya. Sehubungan dengan ini pada peringkat permulaannya

semua urusan mesyuarat dan perundingan dikendalikan oleh En. Aboo Hassan b.

Ahmad selaku Guru Besar Sek. Keb. Tasek Gelugor.

Namun begitu pada 08 November 2000 suatu mesyuarat khas telah

diadakan di Pejabat Pendidikan Daerah Utara/Tengah bersama semua guru yang

terpilih untuk ditempatkan ke SKPJ sebagai kumpulan pertama yang meneroka

sekolah baru ini. Ianya terdiri daripada Tuan Haji Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin -

Guru Besar, En. Noor Azhar b. Mansor – Pen. Kanan Pentadbiran, Tuan Haji Sabri b.

Hj. Sulaiman – Pen. Kanan Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Fuaad b. Ismail – Pen. Kanan

Kokurikulum, bersama tenaga pengajar 17 orang guru dan seorang Pembantu Tadbir

serta seorang Pembantu Am Rendah. Memandangkan sekolah ini muncul secara

‘tiba-tiba’ maka pada tahun 2001 banyak kemudahan yang tidak lengkap tetapi

dibekalkan secara beransur-ansur. Persekitaran lokasi sekolah kosong kerana tiada

peruntukan landskap. Sebanyak 11 buah kelas dibuka dan beroperasi bermula dari

Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja dengan bilangan pelajar seramai 384 orang yang

dipindahkan sebahagian besarnya dari Sek. Keb. Tasek Gelugor dan selebihnya dari

Sek. Keb. Padang Menora berdasarkan alamat terdekat. Tahun 1 (3 kelas), Tahun 2 (3

kelas), Tahun 3 (2 kelas) dan Tahun 4 (3 kelas).

Berikut adalah beberapa rentetan tentang latarbelakang pembinaan

struktur bangunan sekolah. Kontraktor yang bertanggungjawab ialah Kejora Aman Sdn.

1

Page 2: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

Bhd. Beralamat 171 & 172, Kompleks Alor Setar, Lebuh raya Darulaman, 05100 Alor

Setar. Harga kontrak asal ialah RM3,282,918.00. Tarikh milik tapak bina ialah 01 Mac

1999 manakala tarikh mula kerja sebenar ialah pada 04 Mac 1999. Tarikh siap bagi

semua kerja ialah 16 Mac 2000 – (72 minggu). Tempoh lanjutan pertama sehingga 16

Disember 2000 dengan polisi 99 EAS 000014 tempoh kuatkuasa dari 01 Mac 1999

sehingga 16 Julai 2001. Kerja-kerja penyelenggaraan asas oleh kontraktor utama

berjalan sehingga April 2001. Persatuan Ibu Bapa dan Guru berjaya ditubuhkan

dengan jawatankuasanya diterajui oleh Tuan Haji Abu Bakar b. Mansor selaku Yang

Dipertua.

Bagaimana SKPJ mendapat nama;

Pada 30 Oktober 2000 - hari Isnin jam 9.00 pagi, Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hj.

Jamaludin (Guru Besar pertama) telah bermesyuarat di tingkat 3 - Jabatan Pendidikan

Negeri. Beliau telah menerima surat perlantikan sebagai Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Tasek Gelugor II yang nama asalnya ialah Sekolah Kebangsaan Sri

Manggis - pihak pegawai Jabatan Pendidikan Negeri meminta Tn. Hj. Abdul Rahman

mencari nama lain atau nama baru yang lebih sesuai untuk sekolah ini.

Pada 30 November 2000 - hari Khamis jam 9.00 pagi, bertempat di tingkat 9 bilik

mesyuarat JPN, satu mesyuarat penyelarasan dan penyelenggaraan untuk sekolah

baru dibuat antara juruteknik dan pihak kontraktor pembinaan sekolah baru ini.

Pertukaran nama dari Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor II kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai (U).

2

Page 3: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

Senarai Nama Guru Besar

Bil. Nama Tahun

1 Tn. Hj. Abdul Rahman b. Hj. Jamaludin 01.02.2003 – 16.11.2003

2 Tn. Hj. Hassan b. Hj. Ahmad 01.02.2003 – 16.11.2003

3 En. Mohamad Abass b. Roban 16.11.2003 – 01.07.2004

4 En. Saidin b. Hamid 01.07.2004 – 31.03.2008

5 Pn. Hjh. Siti Rohani bt. Ismail 01.03.2008 – 09.04.2013

6 Pn. Sabariah Binti Adam 10.04.2013 - sekarang

Enrolmen Murid

Tahun 6 - 150

Tahun 5 - 141

Tahun 4 - 157

Tahun 3 - 167

Tahun 2 - 151

Tahun 1 - 132

Pra sekolah - 75

Pendidikan khas - 24

Jumlah - 91

Maklumat Disiplin Murid

Murid dapat mengurus diri sendiri.

3

Page 4: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

Demografi Penduduk

Murid berasal daripada

1. Kampung 80%

2. Taman Perumahan 20%

Penjaga Terdiri Daripada

1. Kakitangan kerajaan

2. Kakitangan swasta

3. Pekerja sendiri

Pendapatan Penjaga

1. 42% dibawah RM1,000.00

2. 32% dibawah RM2,000.00

3. 26% lebih RM2,000.00

Persekitaran Organisasi

Sekolah kawasan luar bandar

Kemudahan Fizikal Kelas

1. Bangunan khas untuk Pendidikan Khas

2. Bilik tandas

3. Dapur

4. Bilik pengurusan

5. Bilik darjah

6. Bilik pengurusan diri / permainan

4

Page 5: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

SUMBER MANDAT

Rujuk akta pendidikan 1996

Pekeliling Ikhtisas

PKPA

Perintah Am

Arahan Perbendaharaan

Surat Siaran JPN dan PPG

dll

HALA TUJU SEKOLAH KEBANGSAAN

MISI SEKOLAH

Memastikan seluruh warga SKPJ sentiasa bedaya maju, cekap, efisyen, mempunyai

daya ketahanan fizikal dan mental yang kental. Berupaya menguasai ilmu terkini

mungkin, termasuk Teknologi Maklumat.

VISI SEKOLAH

Mewujudkan keseimbangan dari pelbagai segi untuk mencapai wawasan negara iaitu

memberikan pendidikan yang terbaik, menguasai apa saja teknologi serta

perkembangan ilmu, pembentukan intelektual di samping sahsiah yang baik dan sesuai

juga mewujudkan suasana persekitaran serta budaya sekolah yang kondusif lagi

menarik dalam menuju kecemerlangan di alaf baru

5

Page 6: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

SLOGAN SEKOLAH

“Sekolah ini akan merupakan institusi pendidikan formal dalam menyediakan insan

masa hadapan yang lengkap dari segi intelektual, kesempurnaan rohani, kecerdasan

fizikal dan mental, mempunyai sahsiah yang baik serta pendidikan agama yang tulen”

MOTTO SEKOLAH

‘BERDAYA MAJU’

LOGO SEKOLAH

6

Page 7: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

PENGERTIAN LOGO

7

Page 8: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

BENDERA SEKOLAH

8

Page 9: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

PIAGAM SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Jaya akan berusahan bersungguh-sungguh dalam

memastikan perkhidmatan-perkhidmatan berikut dapat diberi terbaik mungkin;

Setiap murid boleh menguasai kemahiran 3M setelah tamat pengajian Tahun 6

Semua murid akan diberi peluang setinggi mungkin dalam penglibatan mereka di

bidang ko-kurikulum.

Memupuk “Budaya Cintakan Ilmu” di kalangan murid serta guru-guru.

Memastikan semua murid bersahsiah tinggi, bertaqwa dan mempunyai disiplin yang

baik.

Menyediakan para pendidik yang bermotivasi, kreatif, mempunyai daya saing yang

tinggi, ikhlas dan rajin.

Mewujudkan iklim sekolah yang tenang, aman, menarik dan selamat.

Menyelesaikan semua masalah dalaman atau luaran secara keluarga, harmoni dan

bersikap professional.

9

Page 10: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

SEJARAH KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK PENGKALAN JAYA

Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Pengkalan Jaya mula dibuka pada 3 Mac 2008.

Dua minggu pertama pembukaannya pengajaran dan pembelajaran belum dijalankan.

Pada 17 Mac 2008 kelas ini mula menerima pelajar. Di peringkat awal pembukaannya,

kelas ini menempatkan 5 orang pelajar sahaja.

Guru Besar pada mula pembukaannya ialah En. Saidin Bin Hamid. Tetapi pada

31 Mac 2008, beliau telah ditukarkan ke SK Paya Keladi dan diganti oleh Pn. Hjh Siti

Rohani Binti Ismail.

Guru yang meneroka Kelas Pendidikan Khas ini ialah Pn. Hjh Hawillah Binti Man.

Beliau adalah Guru Tahun 5 UKM di sekolah ini. Beliau dengan rela hati membuat

permohonan untuk mengajar di Kelas Pendidikan Khas ini.

Pihak sekolah bernasib baik seorang guru GST Pada 17 Mac 2008 Pn. Zariah

Binti Sapiyin mula melapor diri bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid. Beliau

bertukar dari SK Long Jaafar Kemunting, Perak.

T telah ditempatkan di sekolah ini pada 23 Jun 2008 hingga 14 November 2008 iaitu

Cik Suratminingseh Binti Abbas. Selepas tamat perkhidmatannya pada 14 November,

pada 15 November beliau terus mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

Mode Kursus Dalam Cuti dan ditempatkan di SKPJ.

Sepanjang sesi persekolahan 2008, Kelas Pendidikan Khas ini banyak tertumpu

kepada P&P kerana masih belum menerima sebarang peruntukan. Pada 18 November

2008, Kelas Pendidikan Khas ini telah menerima seorang lagi PPM iaitu Pn. Salina Binti

Razali yang bertukar dari SK Seri Mutiara, Ipoh Perak.

Sesi persekolahan 2009, kelas ini masih menempatkan 5 orang murid yang

sedia ada. Tetapi bilangan guru bertambah seorang lagi iaitu Pn. Norizah Binti Hj. Said

dari SK Mengkuang. Jadi Sesi persekolahan 2009 dimulakan dengan lima orang murid

(empat bermasalah pembelajaran dan seorang murid Cerebral Palsy), tiga orang guru

dan dua orang PPM. Pada bulan Februari dan berikutnya murid kian bertambah

sehingga peningkatan menjadi 14 orang murid. Pertambahan murid ini adalah hasil

10

Page 11: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

pertukaran murid dari sekolah berdekatan yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di

aliran perdana sekolah masing-masing.

Tanpa diduga malang telah menimpa Pn.Norizah Bt. Hj.Said. Pada 15 Mac 2009 beliau

telah disahkan mengidap kanser. Mulai tarikh tesebut beliau telah bercuti sehingga

akhir tahun. Beliau memulakan tugas semula pada sesi persekolahan 2010.Kelas bagi

sesi 2009 terpaksa digerakkan dengan 2 orang guru dan 2 orang PPM beserta 14

orang murid.

Sesi persekolahan 2010 bermula pada 4 Januari dengan penambahan seorang

murid cerebral palsy. Oleh itu, kelas bagi 2010 dimulakan dengan 15 orang murid, 3

orang guru dan 2 orang PPM.

Pada 1 Mac 2010 Pn.Noraini Bt.Sulaiman telah melaporkan diri sebagai guru

GSTT dan kemudian ditawarkan kursus KPLI-KDC (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-

Kursus Dalam Cuti) model sekolah rendah. Pn.Zamzarina Bt.Mahmud telah melaporkan

diri pada 1 Jun 2010.Dengan penempatan Pn.Zamzarina bilangan guru telah

mencukupi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian iaitu 5 orang guru. Manakala

bilangan murid terus bertambah kepada 19 orang sehingga sesi persekolahan 2010

tamat. Bagi tahun 2010, dua orang murid iaitu Zulkifli B Ahmad dan Mohamad Nur

Hisyam B. Nordin telah didaftarkan untuk ke Sekolah Menengah Kepala Batas. Inilah

pertama kalinya kelas ini menempatkan murid ke sekolah menengah.

Sesi persekolah 2011 bermula pada 3 Januari. Bilangan guru masih 5 orang

dengan dibantu oleh seorang guru agama beredar iaitu Ustaz Sulaiman B.Jab.Berikut

adalah senarai kategori murid pendidikan khas :

Jenis Masalah Pembelajaran Bilangan MuridMasalah Pembelajaran 13Sindrom Down 1Cerebral Palsy 2ADHD 1Terencat Akal 1Disleksia 1Jumlah 19

11

Page 12: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

MISI PENDIDIKAN KHAS

“Menjana Perkhidmatan berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas melalui

pengurusan pendidikan terlatih dan produktif”.

VISI PENDIDIKAN KHAS

“Melahirkan murid-murid berkeperluan khas ke arah hidup berdikari, berkemahiran dan

mampu menguruskan kehidupan sebagai seorang individu yang bermasyarakat”.

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

Program Pendidikan Khas ini bertujuan memberi peluang kepada semua kanak-kanak

untuk menerima pendiidkan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun

perkembangan intelek kanak-kanak tersebut. Individu berkeperluan khas yang berada

dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) merupakan mereka

yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat,

Autisme dan Hiperaktif. Kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-

murid PKBP. Oleh itu terdapat keperluan untuk membina kurikulum yang dapat

menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel,

menarik, berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP.

12

Page 13: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

Kurikulum PKBP membolehkan murid:

i. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan

seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.

ii. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam

kehidupan seharian.

iii. Mempunyai kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan berkerjaya

iv. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi

dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat

majmuk.Mengamalkan nilai-nilai lslam kehidupan seharian bagi yang beragama

Islam.

vi. Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk

melibatkan diri dalam aktiviti riadah

vii. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan

warisan budaya

viii. Bersedia mengembang kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring

dengan perkembangan semasa.

13

Page 14: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

ANALISIS PERSEKITARAN

ANALISIS SWOT

KEKUATAN (STRENGTH – S)

S1 – Guru mencukupi – 80% terlatih

S2 – Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mencukupi

S3 – Guru mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja

S4 – Bangunan khas untuk Program Pendidikan Khas

S5 – Kemudahan fizikal baik dan sempurna.

KELEMAHAN (WEAKNESS – W)

W1- Guru terlatih opsyen Pendidikan Khas Cuma 40%.

W2 – 20% murid dapat menguasai asas membaca (KVKVK)

W3 – Suasana bilik darjah yang tidak kondusif (tiada partisyen)

PELUANG (OPPORTUNITIES – O)

O1 – Jawatankuasa Permuafakatan waris menyokong aktiviti Pendidikan Khas.

O2 – Hubungan yang erat dengan ibubapa.

O3 – Bahan bacaan dan rujukan mencukupi

14

Page 15: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

ANCAMAN (THREATS – T)

T1 – Segelintir waris tidak member kerjasama dalam hal ehwal kebajikan murid

T2 – Pengajaran di dalam kelas tidak berterusan di rumah

T3 – Terdapat waris yang tidak member fokus utama kepada anak-anak OKU

T4 – Gangguan bau busuk daripada parit berdekatan

T5 – Kurang kursus jangka pendek untuk guru-guru pendidikan khas

ISU, MATLAMAT DAN KPI

PELAN STRATEGIK

ISU STRATEGIK MATLAMAT STRATEGIK INDIKATOR PRESTASI

Bidang kurikulum Murid akan dapat

menguasai kemahiran asas

3M

53% murid dapat

menguasai 3M

OBJEKTIF

Sekurang-kurangnya 53% murid akan dapat menguasai kemahiran asas 3M

15

Page 16: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

PENJANAAN STRATEGI MENGGUNAKAN (TOWS Matriks)

KEKUATAN (STRENGTH – S)S1 – Guru mencukupi – 80% terlatihS2 – Pembantu Pengurusan Murid (PPM) mencukupiS3 – Guru mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerjaS4 – Bangunan khas untuk Program Pendidikan Khas S5 – Kemudahan fizikal baik dan sempurna

KELEMAHAN (WEAKNESS – W)W1- Guru terlatih opsyen Pendidikan Khas Cuma 40%.W2 – 20% murid dapat menguasai asas membaca (KVKVK)W3 – Suasana bilik darjah yang tidak kondusif (tiada partisyen)

PELUANG (OPPORTUNITIES – O)O1 – Jawatankuasa Permuafakatan waris menyokong aktiviti Pendidikan Khas.O2 – Hubungan yang erat dengan ibubapa.O3 – Bahan bacaan dan rujukan mencukupi

S – OStrategies

W – OStrategies

ANCAMAN (THREATS – T)T1 – Segelintir waris tidak member kerjasama dalam hal ehwal kebajikan muridT2 – Pengajaran di dalam kelas tidak berterusan di rumahT3 – Terdapat waris yang tidak member fokus utama kepada anak-anak OKUT4 – Gangguan bau busuk daripada parit berdekatanT5 – Kurang kursus jangka pendek untuk guru-guru pendidikan khas

S – TStrategies

W – TStrategies

16

Page 17: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

PENJANAAN STRATEGI

Strategi S – O

S4 – O1

Melibatkan waris dalam aktiviti yang dijalankan oleh Pendidikan Khas

S5 – O2

Meningkatkan keceriaan kelas dan persekitaran secara berkesan dalam proses

pembelajran di sekolah

Strategi W – O

W3 – O1

Memohon pihak JPN membuat petisyen untuk keselesaan P&P

W2 – O2

Gunakan peranan ibubapa untuk lebih prihatin kepada anak OKU

Strategi S – T

S3 – T3

Memohon kerjasama waris dan meminta waris beri tumpuan kepada anak-anak OKU

dalam pengurusan kehidupan harian dan pembelajaran

S5 – T2

Meminta waris memberi sokongan dalam membina keyakinan diri dan potensi murid.

17

Page 18: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

Strategi W – T

W1 – T5

Memohon kursus pemantapan kerjaya Pendidikan Khas untuk keberkesanan P&P.

W2 – T3

Murid diberi pendedahan dengan aktiviti-aktiviti luar untuk membuka minda murid-murid

pendidikan khas.

TAKTIK

PEMBINAAN PELAN TAKTIKAL

ISU STRATEGIK Bidang kurikulum

MATLAMAT STRATEGIKMurid akan dapat menguasai kemahiran

asas 3M

INDIKATOR PRESTASI (KPI) 53% murid dapat menguasai asas 3M

OBJEKTIFSekurang-kurangnya 53% murid akan

dapat menguasai kemahiran asas 3M

STRATEGI

Mewujudkan hubungan antara

sekolah dengan waris supaya murid

dapat menguasai 3M

Membina keyakinan diri murid

supaya lebih berdikari.

18

Page 19: PERANCANGAN STATEGIK PENDIDIKAN KHAS 2011.docx

19