Perancangan Strategik Ib

15
PERANCANGAN STRATEGIK BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 2015 LATAR BELAKANG PANITIA Panitia kemahiran hidup merupakan sebuah panitia yang penting kerana dapat membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional supaya mereka dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menempuh hidup yang semakin mencabar. Panitia Kemahiran Hidup mempunyai tenaga pengajar seramai lapan orang guru yang terdiri daripada seorang guru lelaki pakar dalam bidang pertanian, 4 orang lelaki yang mahir dalam bidang masing- masing iaitu 2 guru lelaki yang mahir dalam bidang teknikal, 2 mahir dalam bidang pertanian, dan seorang lagi mahir dalam bidang teknikal dan pertanian. Manakala guru wanita pula seramai 5 orang yang mana tiga orang mahir dalam bidang ert dan seorang dalam bidang pertanian. Semua pelajar menengah rendah yang terdiri daripada tingkatan satu, dua dan tiga. Pelajar ini wajib mengambil mata pelajaran KHB dalam peperiksaan PT3 di tingkatan 3 Analisis peperiksaan pada tahun 2014 menunjuk pencapaian 100 peratus dalam khb kt dan ert .Kekuatan utama dalam panitia KHB ialah tenaga pengajarnya yang berpengalaman.

description

ert

Transcript of Perancangan Strategik Ib

Page 1: Perancangan Strategik Ib

PERANCANGAN STRATEGIK

BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL

PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 2015

LATAR BELAKANG PANITIA

Panitia kemahiran hidup merupakan sebuah panitia yang penting kerana dapat membekalkan

pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional supaya mereka

dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menempuh hidup yang

semakin mencabar.

Panitia Kemahiran Hidup mempunyai tenaga pengajar seramai lapan orang guru yang terdiri

daripada seorang guru lelaki pakar dalam bidang pertanian, 4 orang lelaki yang mahir dalam

bidang masing-masing iaitu 2 guru lelaki yang mahir dalam bidang teknikal, 2 mahir dalam

bidang pertanian, dan seorang lagi mahir dalam bidang teknikal dan pertanian. Manakala guru

wanita pula seramai 5 orang yang mana tiga orang mahir dalam bidang ert dan seorang dalam

bidang pertanian.

Semua pelajar menengah rendah yang terdiri daripada tingkatan satu, dua dan tiga. Pelajar ini

wajib mengambil mata pelajaran KHB dalam peperiksaan PT3 di tingkatan 3

Analisis peperiksaan pada tahun 2014 menunjuk pencapaian 100 peratus dalam khb kt dan

ert .Kekuatan utama dalam panitia KHB ialah tenaga pengajarnya yang berpengalaman.

Masalah utama ialah budaya ilmu dan budaya ponteng sekolah masih ditahap rendah dikalangan

pelajar.

Tahun 2014 adalah tahun pertama PT3 .

Tahun 2015 adalah diharap mencapai kelulusan 100 peratus dalam semua bidang khb, dan

meningkat 3 peratus dari segi kualiti .

Page 2: Perancangan Strategik Ib

VISI PANITIA

Panitia Kemahiran hidup akan berusaha menjadi panitia terbaik untuk merealisasikan SMK

CHANGLUN sebagai sekolah harian terbilang di peringkat kubang Pasu.

MISI PANITIA

Misi panitia mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah berasaskan corak dan bentuk pelajaran

vokasional yang bertujuan untuk memberi ilmu dan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang

teknik dan vokasional.

MATLAMAT STRATEGIK

1. Melahirkan insan yang boleh berdikari, kenal faham teknologi dan kenal faham ekonomi.

2. Mendidik insan mempunyai sifat dan sikap yakin diri, kreatif, inovatif dan produktif serta

mahir berinteraksi dengan baik.

3. Memperkukuhkan kemahiran pelajar berdasarkan huraian dan sukatan mata pelajaran

mengikut pilihan elektif agar lebih mantap dan efisian.

4. Memberi pendedahan kepada pelajar agar dapat bertindak mengenali hidup dengan lebih

produktif dalam dunia teknologi yang sentiasa berubah dan kompleks.

OBJEKTIF KHUSUS

1. Pada waktu persekolahan, guru dapat melaksanakan serta mengendalikan pengajaran dan

pembelajaran mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

2. Pada akhir bulan ogos 2015, semua guru tingkatan tiga dapat menghabiskan Sukatan

Pelajaran/ Rancangan Mengajar mengikut kelas masing-masing, manakala tingkatan satu

dan dua akhir bulan September.

3. Semua guru KHB dapat menghadiri kursus peningkatan profesionalisme sekurang-

kurangnya sekali seorang pada tahun 2015 terutama pada guru baru dan bukan opsyen.

Page 3: Perancangan Strategik Ib

4. Semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menyediakan Alat/Bahan Bantu

Mengajar yang sesuai dan berkesan untuk menarik minat pelajar.

5. Mengekalkan target 100% lulus serta meningkatkan bilangan pencapaian gred A bagi

setiap pilihan mata pelajaran Kemahiran Hidup.

6. Membimbing serta menunjukkan ajar pelajar dalam menyiapkan kerja kursus mengikut

kreatiria yang telah ditetapkan olah Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Memberi pendedahan kerja amali yang khusus kepada pelajar mengikut pilihan elektif

masing-masing.

ANALISIS SWOT

ANALISIS S.W.O.T ( Strength, Weakness, Opportunity, Treats )

Bidang : Kurikulum

Isu : Meningkatkan bilangan pelajar mencapai gred A dalam PMR 2011

STRENGTH / KEKUATAN

( Faktor Dalaman )

1. Wujud kesefahaman dan kerjasama yang erat

di kalangan guru-guru KHB

2. Guru-guru yang berpengalaman dan mahir

dalam pilihan masing-masing.

3. Peruntukkan disediakan bagi mendapatkan

kemudahan alat bantu mengajaryang

diperlukan.

4. Kemudahan yang lengkap dari segi peralatan

kerja amali, alat Bantu mengajar,serta

buku-buku rujukan dan latihan yang

WEAKNESS / KEKURANGAN

(Faktor Dalaman )

1. Budaya ilmu masih rendah dikalangan

pelajar serta pengetahuan asas yang

amat terhad.

2. Kekangan masa untuk mengulangkaji

pelajaran terutama pelajar tingkatan 3

kerana semester pertama diperuntukkan

untuk menyiapkan kerja kursus yang

menyumbang peratusan dalam

peperiksaan PMR.

3. Pengurangan waktu P&P daripada 4

waktu kepada 3 waktu seminggu bagi

Page 4: Perancangan Strategik Ib

mencukupi untuk aktiviti pengajaran dan

pembelajaran .

5. Suasana sekolah yang ceria serta kedudukan

bengkel yang terasing dari bangunan

pentadbiran dan kelas.

tingkatan 1 dan 2, sedangkan sukatan

tidak berubah menyukarkan pelajar dan

guru menyiapkan kerja kursus.

4. Masalah ponteng yang masih menular di

kalangan pelajar.

OPPORTUNITY / PELUANG

( Faktor Luaran )

1. Sokongan yang jitu dan padu daripada pihak

pentadbir, PPD, JPNT dan PIBG.

2. Mendapat kerjasama yang erat daripada

komuniti seperti Polis, Bomba serta masyarakat

setempat.

3. Kemudahan Internet yang disediakan oleh

pihak pentadbir memudahkan perhubungan

antara guru KHB negeri-negeri lain.

4. Kesedaran kepentingan ilmu pendidikan

dikalangan masyarakat setempat.

TREATS / ANCAMAN

( Faktor Luaran )

1. Gejala sosial dan ponteng sekolah dikalangan

pelajar yang mempunyai masalah keluarga.

2. Pelajar tidak hadir kelas pengukuhan petang

terutama pelajar lelaki dan pelajar kelas

tercorok.

3. Pelajar yang tinggal jauh daripada sekolah

mengalami masalah pengangkutan dan

menyebabkan mereka ponteng kelas

pengukuhan atau KEM Akademik yang

dikelolakan oleh pihak sekolah.

4. Sosiaekonomi yang rendah menimbulkan

masalah keluarga.

Page 5: Perancangan Strategik Ib

PELAN TINDAKAN

PANITIA : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

Objektif Khusus : Melaksanakan P&P mengikut jadual waktu yang ditetapkan

Bil Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran Kos

Tarikh Jangkaan

Tarikh Laksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1 Penyeliaan P & P

Pengetua

PK Pentadbiran

Guru Kanan M/P

Ketua Panitia

Tiada Sepanjang Tahun

Mac – Okt

Guru sentiasa bersedia untuk proses P&P

2 Semakan Buku

Kerja / Latihan

Pengetua

PK Pentadbiran

Guru Kanan M/P

Ketua Panita

Guru M/P

Tiada Jun – Julai Semasa waktu P&P

Pelajar sentiasa menyiapkan tugasan yang diberikan

Objektif Khusus : Guru dapat menghabiskan Sukatan Pelajaran

Bil Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran Kos

Tarikh Jangkaan

Tarikh Laksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1 Ujian Sumatif/ Formatif/ Peperiksaan / Analisis Item

Semua guru mata pelajaran KHB

Tiada Empat kali setahun

Berpandukan takwim sekolah

Pelajar sentiasa bersedia

2 Post-Mortem

Semua guru mata pelajaran KHB

Tiada Selepas ujian / peperiksaan

Semasa mesy. panitia

Guru dapat memperbaiki kelemahan dan merancang strategi baharu

Objektif Khusus : Guru dapat membantu pelajar lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan

Page 6: Perancangan Strategik Ib

Bil Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran Kos

Tarikh Jangkaan

Tarikh Laksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1 Klinik Mata Pelajaran

Guru Mata Pelajaran

Pembelian bahan RM 30 – RM

50

Sepanjang tahun

Semua pelajar lulus dalam mata pelajaran KHB

2 Kelas Elit Guru Mata Pelajaran

Bahan fotostat,

buku kerja dan buku rujukan

Sepanjang tahun

Semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran KHB

Objektif Khusus : Guru dapat membantu pelajar lulus dengan cemerlang dan sentiasa

bersedia untuk menghadapi peperiksaan

Bil Huraian Aktiviti

Pegawai Bertanggungjawab

Anggaran Kos Tarikh Jangkaan

Tarikh Laksana

Petunjuk Kejayaan

Catatan

1 Kelas dan Latihan

Cuti Terancang

Guru Mata Pelajaran

Pembelian bahan/fotostat/reso

Sepanjang tahun

Pelajar mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah

2 Peruncingan Tajuk

Guru Mata Pelajaran

Bahan fotostat, buku kerja dan buku rujukan

Sepanjang tahun

Semua pelajar lulus dengan cemerlang dalam mata pelajaran KHB

Page 7: Perancangan Strategik Ib

PENILAIAN

9.1 Penyeliaan Guru / Kelas

9.2 Semakan Buku Rekod Mengajar Guru

9.3 Semakan Buku Kerja / Latihan Pelajar

9.4 Ujian Sumatif / Formatif / Peperiksaan

9.5 Pengukuran Efektif

9.6 Anekdot / Pemerhatian

9.7 Soal selidik / Kajian Tindakan

Page 8: Perancangan Strategik Ib

KERTAS KERJA PROGRAM / AKTIVITI

1. Nama Program : Sifar ‘E’

2. Objektif Program : Memastikan pelajar mendapat sekurang-kurangnya gred D (untuk

lulus dalam setiap ujian / peperiksaan diadakan.

3. Sasaran : Semua pelajar terutama kumpulan lemah

4. Tarikh Pelaksanaan : Takwim Sekolah

5. Kos : Tiada

6. Sumber : Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas / JPNT

7. Pegawai Bertangungjawab: Guru mata pelajaran mengikut pilihan

8. Proses Pelaksanaan : Ujian / Peperiksaan TOV / OTI 1 /OTI 2 / Pertengahan Tahun

9. Penilaian : Pelajar yang masih lemah perlu diberi latihan esentif / pemulihan

10. Pelan Kontigensi :

Page 9: Perancangan Strategik Ib

1. Nama Program : Program Kelas Elit

2. Objektif Program : Memastikan pelajar Cemerlang mendapat gred A dalam KHB dan

mempertingkatkan keyakinan dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan

awam.

3. Sasaran : Kelas Rancangan Khas ( KRK 1 & KRK 2 )

4. Tarikh Pelaksanaan : Jun - September

5. Kos : Tiada

6. Sumber : Bank Soalan / Soalan Negeri-Negeri lain

7. Pegawai Bertangungjawab: Guru Mata Pelajaran

8. Proses Pelaksanaan : 1. Mengenalpasti pelajar elit.

2. Pertukaran soalan antara negeri

3. Pendedahan kepada pelajar bentuk soalan yang biasa disoal.

4. Pengurusan masa

9. Penilaian :

10. Pelan Kontigensi :

Page 10: Perancangan Strategik Ib

1. Nama Program : Klinik Mata Pelajaran

2. Objektif Program : Memastikan pelajar sederhana mendapat gred B dan C, serta

mempertingkatkan keyakinan dan persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan awam

3. Sasaran : Semua pelajar tingkatan 3A, 3B, 3C, 3D dan 3E

4. Tarikh Pelaksanaan : Takwim Sekolah ( Jun – September )

5. Kos : Tiada

6. Sumber : Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas / JPNT / Soalan Negeri lain

7. Pegawai Bertangungjawab: Guru mata pelajaran mengikut pilihan

11. Proses Pelaksanaan : 1. Mengenalpasti pelajar elit.

2. Pertukaran soalan antara negeri

3. Pendedahan kepada pelajar bentuk soalan yang biasa disoal.

4. Pengurusan masa

8. Penilaian : Pelajar yang masih lemah perlu diberi latihan esentif / pemulihan

9. Pelan Kontigensi :

PENUTUP

Harapan panitia pada tahun 2015 dan tahun-tahun seterusnya agar semua guru yang mengajar

Kemahiran Hidup Bersepadu dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang

dan dapat meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam subjek KHB. Seterusnya berjaya

melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani, dan secara

tidak langsung dapat meningkatkan prestasi sekolah khususnya dan Negara amnya.

Page 11: Perancangan Strategik Ib

SEKOLAH MENENGAH CHANGLUN

PSPA PANITIA KHB 2015