peraturan am sekolah

9
1

description

peraturan am sekolah

Transcript of peraturan am sekolah

Page 1: peraturan am sekolah

1

Page 2: peraturan am sekolah

PERATURAN AM SEKOLAH

1. WAKTU PERSEKOLAHANGuru-guru dan murid-murid hendaklah berada di sekolah selewat-lewatnya jam 7.30 pagi. Waktu persekolahan bermula jam 7.45 pagi, murid-murid berbaris di medan perhimpunan(Dewan Sentosa) atau di hadapan kelasuntuk nyanyian lagu Kebangsaan dan bacaan doa. Semua murid akan masuk kelas masing-masing pada jam 7.45 pagi.

2. TANDA NAMASemua warga guru dan staf sokongan dikehendaki memakai tanda nama sewaktu menjalankan tugas rasmi sekolah kerana peraturan tersebut adalah sebahagian daripada peraturan yang ditetapkan dalam Pekeliling Kerajaan.

3. CUTIHak cuti warga sekolah adalah tertakluk kepada peraturan Prosidur Cuti Kakitangan Kerajaan yang mesti diperakukan kebenaran atau budi bicara Guru Besar. Sijil MC atau surat akuan sekadar dokumen sokongan untuk mendapat kebenaran bercuti. Sekiranya guru atau staf sokongan tidak hadir kerana sakit, MC hendaklah diserahkan kepada Pembantu Am Pejabat/Pembanti Tadbir.

4. AKTIVITI SEKOLAHSemua warga sekolah diminta melaksanakan tugas secara sistematik,kreatif dan proaktif serta dengan komitmen yang tinggi bagi menghasilkan input yang berkualiti dan berkuantiti. Semua wargasekolah hendaklah memberi kerjasama dan sokongan walaupun tidak terlibat secara langsung demi memastikan aktiviti sekolah yang dijalankan mencapai kejayaan yang cemerlang.

5. KEGIATAN MEROKOKSekolah merupakan kawasan “Larangan Merokok”, walau bagaimanapun peraturan sementara memberi keizinan kepada pegawai yang merokok di tempat khas tidak terdedah kepada pandangan murid, tempat merokok adalah seperti yang ditetepkan oleh pihak sekolah.

6. KELUAR WAKTU BERTUGASKeluar kawasan sekolah waktu bertugas hanya dengan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. Warga yang diberi kebenaran hendaklah membuat catatan dalam buku Rekod Kawalan Keluar Masuk Sekolah dan ditandatangani oleh pengurusan sekolah.

7. PERPADUAN DAN KESEPADUANIklim persekolahan mestilah bersih daripada sikap pentingkan diri sendiri dan lebih mengutamakan konsep kesepakatan dalam semua urusan kerja untuk mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan mengembirakan.

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWABSemua tugas yang diberi tanggungjawab hendaklah dirancang dengan teliti, dikelolakan dengan sempurna , bermatlamat dan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi. Penilaian dan kawalan mutu kerja akan dibuat untuk menjamin kualiti pendidikan sekolah.

2

Page 3: peraturan am sekolah

9. PELANGGAN SEKOLAHWarga sekolah hendaklah memberi keutamaan kepada semua pelanggan sekolah yang datang berurusan dan menerima perkhidmatan sekolah. Mereka hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu ke pejabat sekolah sebelum dibenarkan berurusan dengan warga sekolah yang lain. Mereka perlu diberi layanan yang baik dan mesra.

10. MASALAH PERIBADIWarga sekolah diminta tidak membawa masalah peribadi ke kelas. Sebarang masalah boleh dikongsi pandangan dan nasihat daripada rakan sekerja yang rapat atau boleh dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika perlu.

11. POLITIK DAN PARTIFahaman politik adalah hak individu. Elakkan diri daripada membawa masuk sebarang pengaruh dan fahaman politik dalam kawasan sekolah terutama politik yang bertentangan dengan dasar kerajaan kerana menyalahi Etika dan Peraturan sedia ada.

12. BIDANG KERJA DAN PEKERJAANSemua warga sekolah diminta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang tugas dan kerja masing-masing tanpa diberi nasihat, teguran dan amaran.

13. DENDA DAN DERAElakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan dera dan denda murid. Guna saluran sedia ada untuk sebarang tindakan disiplin murid. Tindakan mesti mengikut prosedur Tatacara Tindakan Disiplin Pelajar yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran.

14. TATALAKU DAN PRILAKUPerilaku semua warga adalah selaras dengan tuntutan agama, panduan tatalaku dan etika kerja yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah sentiasa diguyna pakai dan di patuhi.

15. PINJAMAN DAN PENJAMINSemua warga sekolah diminta merancang kadar gaji sebelum membuat pinjaman. Cuba elakkan daripada menjadi penjamin kepada pihak yang kurang pasti keadaannya kerana ramai kakitangan yang digunakan sebagai penjamin kepada pihak yang kurang pasti keadaannya, sebagai penjamin terpaksa membayar balik pinjaman orang yang dijaminnya.

16. PESANAN BARANG DAN PERALATANWarga sekolah diminta mengemukakan butiran barang dan peralatan yang diperlukan dan pesanan boleh dibuat secara membuat kebenaran dari pihak sekolah atau unit berkenaan.

17. HARTA BENDA SEKOLAHWarga sekolah diminta menjaga harta sekolah yang dipertanggungjawab kepada mereka dan tidak boleh dibawa keluar tanpa sebarang kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

18. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3

Page 4: peraturan am sekolah

Pengajaran berdasarkan Misi, Visi, Slogan Sekolah dan Slogan PPD dengan mempelbagaikan kaedah, bermatlamat dan berfokus agar mencapai objektif yang dirancang. Kawalan kelas yang sempurna akan mencapai pelunjuran yang dibina.

19. BUKU REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANBuku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran wajib disempurnakan oleh semua guru. SK Pendek telah menetapkan penggunaan Buku Rekod P&P keluaran MGB Kelantan diguna pakai. Setiap hari Khamis Buku Rekod P&P hendaklah diserah ke Pejabat Sekolah untuk semakan dan pengesahan Guru Besar atau Penolong kanan. Mana-mana guru yang tidak menyempurnakan Buku Rekod P&P akan diarah megemukakan surat tunjuk sebab untuk tindakan PPD

20. MASUK KELASKewajipan masuk ke kelas seperti peruntukan Jadual Waktu Pengajaran dan Jadual Guru Ganti. Masuk dan keluar kelas menepati masa sebenar. Sila sediakan bahan belajar murid jika tidak dapat masuk ke kelas kerana terlibat dengan urusan rasmi atau kecemasan semasa waktu persekolahan.

21. PELAKSANAAN AKTIVITI DAN PROGRAM SEKOLAHSemua aktiviti dan program yang telah dirancang dan disusun dalam takwim sekolah hendaklah dilaksanakan dengan teliti. Warga sekolah tidak dibenarkan sama sekali mengubah sebarang keputusan yang berkaitan dengan dasar sekolah. Ini adalah untuk menjaga keharmonian danperpaduan di antara warga sekolah dan pihak masyarakat. Sebarang masalah dan kekeliruan hendaklah dirujuk dengan pengurusan sekolah.

22. PEMERIKSAAN BUKU MURIDPemeriksaan buku dilakukan dengan sempurna dan teliti serta dalam lingkungan masa yang singkat antara tarikh latihan dengan tarikh buku diperiksa. Murid-murid diminta membuat pembetulan bagi jawapan yang salah. Buku-buku latihan ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan untuk disemak mengikut jadual yang telah disediakan.

23. SOALAN PEPERIKSAANSemua kertas jawapan peperiksaan wajib diserahkan kepada murid setiap kali selepas peperiksaan supaya ibu bapa dapat memantau pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran.

24. PENCERAPAN GURUGuru Besar dan Penolong Kanan akan memantau pengajaran guru di dalam kelas atau semasa Pendidikan Jasmani secara berkala.

25. PROGRAM PEMULIHANProgram pemulihan akan dilaksanakan mengikut perancangan sedia ada oleh Jabatan Pelajaran. Namun begitu aktiviti-aktiviti Pengayaan dan Pemulihan setiap mata pelajaran hendaklah dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Nilai keberkesanannya menjadi sasaran utama pelunjuran sekolah.

26. KEGIATAN LUAR KELAS

4

Page 5: peraturan am sekolah

Kegiatan luar kelas yang dirancang oleh warga sekolah mestilah terlebih dahulu dimaklumkan kepada unit berkenaan serta dimaklumkan kepada keluarga murid. Pastikan guru pengelola dan AJK terbabit hadir dalam aktiviti tersebut.

27. JADUAL KELAS GANTIKelas ganti merupakan sebahagian daripada tugas rasmi untuk memastikan murid tersebut menerima pendidikan meskipun berlaku keuzuran diri guru yang sepatutnya masuk mengajar atau menghadiri urusan rasmi. Guru ganti berkenaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas perjalanan dan keselamatan kelas tersebut.

28. LATIHAN UJIAN DAN PENILAIANMurid mestilah didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan dengan banyak, sempurna dan mencukupi. Guru diminta menguji murid dengan aktiviti latihan dalam kelas, kerja rumah, melalui buku kerja, kerja hujung minggu dan kerja masa cuti secara terancang dan berkesan.

29. MARKAH UJIAN DAN PENILAIANUjian penilaian yang dilakukan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod mengajar serta dipamerkan di dalam kelas serta disampaikan kepada Unit Kurikulum untuk dianalisa dan diterjemahkan dalam Pelunjuran Sekolah semasa mesyuarat Kurikulum. Murid yang semakin meningkat pencapaiannya akan diberi hadiah rangsangan dalam Hari Anugerah Cemerlang.

30. KURSUS DAN SEMINARMana-mana warga sekolah yang menghadiri kursus, seminar dan perjumpaan hendaklah menyediakan laporan serta disebarkan untuk makluman semua rakan sekerja sekolah melalui Kursus Dalaman atau Minit Curai.

31. REKOD PRESTASI MURIDRekod prestasi murid hendaklah dipamerkan dalam kelas untuk menggalakkan persaingan dalam kalangan murid-murid. Murid-murid yang merosot pencapaiannya hendaklah diberi bimbingan dan diberi galakan untuk mengembalikan keyakinan diri.

32. PIAGAM SEKOLAHWarga sekolah hendaklah memahami Piagam sekolah yang sedia ada dan mematuhi semua perkara yang terkandung di dalamnya untuk meningkatkan kejayaan Sekolah ke tahap paling tinggi. Guru mempunyai cabaran dan tanggungjawab membina potensi/fitrah anak muridnya supaya menjadi orang yang mempunyai tabiat terbaik dan amalan terbaik. Ini hanya dapatdilaksanakan dengan berkesan apabila guru itu sendiri ’beribadat membina tabiat terbaik dan amalan terbaik’

5

Page 6: peraturan am sekolah

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan bagi Sekolah Kebangsaan Pendek adalah seperti berikut:

Kami warga , Sekolah Kebangsaan Pendek, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan

berjanji akan menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk:

i. Pelajar Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti demi

melaksanakan mandat yang diberi

Memastikan penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum

Memastikan kebajikan pelajar diambil tindakan serta-merta.

ii. Staf

Memastikan layanan yang sama kepada semua staf.

Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran yang berkenaan daripada

”stakeholders” berkaitan dengan perjawatan dan tindakan, sehari setelah

diterima

.Mengadakan sesi perkembangan staf sekali setiap tahun

6

Page 7: peraturan am sekolah

iii.Ibu bapa

Segala aduan dan rayuan dan apa-apa permohonan secara bertulis daripada pihak

ibubapa/penjaga, diproses sehari selepas diterima.

Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan

anak-anak mereka, melalui surat-surat edaran/pelaporan daripada sekolah.

iv. Komuniti

Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.

Melibatkan seluruh penduduk sekitar dalam acara/majlis kemasyarakatan anjuran

sekolah.

v. Stakeholder

Memberi maklum balas kepada semua surat arahan dari stakeholders selewat

-lewatnya sehari, selepas surat diterima

7