Peraturan sekolah 2017

13
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH VISI SMK TAMAN INDAH PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI SMK TAMAN INDAH MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN PONTESI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA LAGU NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita setamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta LAGU NEGERI SEMBILAN Berkatlah Yang Dipertuan Besar Di Negeri Sembilan Kurniai sihat dan makmur Rakyat lanjutkan umur Akan berkati kasih yang setia Musuhnya habis binasa Berkatlah Yang Dipertuan Besar Di Negeri Sembilan IKRAR SEKOLAH Bahawa kami pelajar-pelajarSekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah berikrar akan : Menepati motto dan visi sekolah Berakhlak mulia Menghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakan Menjaga dan menyayangi harta benda sekolah Menurut dan mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa LAGU SMK TAMAN INDAH Berusaha berilmu serta berbakti SMKTI kebanggaan kami Dengan satu tujuan untuk berjaya Bertanggungjawab berakhlak mulia Budaya ilmu bekerjasama Disiplin tunggak kecemerlangan Rukun negara jadi amalan Falsafah pendidikan jadi panduan Pendidik berwibawa khidmat cemerlang Melahirkan pelajar cemerlang Meredah cabaran era kemajuan Membina sekolah berwawasan Berusaha berilmu serta berbakti SMKTI kebanggaan kami RUKUNEGARA Maka kami, rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citi-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Keperluan Peraturan-Peraturan Dan Hukuman A. Peraturan Sekolah 1 . Mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan masyarakat di sekolah ini. 2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu dengan orang lain dan rnempunyai semangat tolong-menolong. 3. Melahirkan pelajar yang sanggup membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk sekolah. 4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada sernua pelajar. 5. Mengajar pelajar berdisplin supaya dapat menjadi manusia yang bertanggungjawab tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik. 6. Membantu Pengetua, guru-guru, Pengawas dan Ketua Tingkatan dalarn menjaga keamanan dan kelicinan perjalanan sekolah. 7. Menentukan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal dengannya. B. Hukuman 1 . Mencegah pelajar yang bersalah dan mengulangi kesalahan mereka. 2. Mencegah pelajar yang lain dan melakukan kesilapan yang sarna. 3. Menjauhkan pelajar yang merbahaya atau bermasalah dan mempengaruhi pelajar yang lain. 4. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal. 5. Membaiki akhlak pelajar-pelajar yang bermasalah. Waktu Persekolahan 1. Waktu persekolahan satu sidang. Loceng pertama dibunyikan 5 minit sebelum waktu pertama bermula Setiap waktu berlangsung selama 40 minit. Waktu rehat berlangsung selama 20 minit. 2. Sebelum pelajar memasuki bilik darjah masing-rnasing, pelajar-pelajar dikehendaki beratur di tapak perhimpunan. 3. Pelajar juga tidak dibenarkan keluar dan bilik darjah semasa waktu belajar, kecuali mendapat kebenaran dari guru mata pelajaran.(mesti memakai pas keluar kelas dan hanya seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dibenarkan keluar). 4. Pelajar juga tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan, kecuali mendapat kebenaran dari Pengetua, Guru Penolong Kanan atau guru bertugas. 5. Kehadiran ke sekolah adalah wajib.Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu,wajib menunjukkan bukti dengan mengemukakan surat Doktor / Ibubapa /Penjaga. Jika kesahihan surat tersebut diragui , pihak sekolah akan rnenghubungi ibubapa/ penjaga pelajar. 6. Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dikira ponteng sekolah. -1- -2-

Transcript of Peraturan sekolah 2017

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

VISI SMK TAMAN INDAHPENDIDIKAN BERKUALITI

INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

MISI SMK TAMAN INDAHMELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNKAN PONTESI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

LAGU NEGARAKU

NegarakuTanah tumpahnya darahkuRakyat hidup bersatu dan majuRahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita setamat bertakhtaRahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta

LAGU NEGERI SEMBILAN

Berkatlah Yang Dipertuan Besar Di Negeri SembilanKurniai sihat dan makmurRakyat lanjutkan umurAkan berkati kasih yang setiaMusuhnya habis binasaBerkatlah Yang Dipertuan Besar Di Negeri Sembilan

IKRAR SEKOLAHBahawa kami pelajar-pelajarSekolah Menengah Kebangsaan Taman Indahberikrar akan :

Menepati motto dan visi sekolahBerakhlak muliaMenghormati guru, ibu bapa dan rakan-rakanMenjaga dan menyayangi harta benda sekolahMenurut dan mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa

LAGU SMK TAMAN INDAHBerusaha berilmu serta berbaktiSMKTI kebanggaan kamiDengan satu tujuan untuk berjayaBertanggungjawab berakhlak muliaBudaya ilmu bekerjasamaDisiplin tunggak kecemerlanganRukun negara jadi amalanFalsafah pendidikan jadi panduanPendidik berwibawa khidmat cemerlangMelahirkan pelajar cemerlangMeredah cabaran era kemajuanMembina sekolah berwawasanBerusaha berilmu serta berbaktiSMKTI kebanggaan kami

RUKUNEGARAMaka kami, rakyat Malaysia , berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citi-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan Kepada TuhanKesetiaan Kepada Raja dan NegaraKeluhuran PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

Keperluan Peraturan-Peraturan Dan HukumanA. Peraturan Sekolah1 . Mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan masyarakat di sekolah

ini.2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu dengan orang lain dan

rnempunyai semangat tolong-menolong.3. Melahirkan pelajar yang sanggup membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk sekolah.4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada sernua pelajar.5. Mengajar pelajar berdisplin supaya dapat menjadi manusia yang

bertanggungjawab tahu menjaga harga diri dan menjadi warganegara yang baik.6. Membantu Pengetua, guru-guru, Pengawas dan Ketua Tingkatan dalarn menjaga

keamanan dan kelicinan perjalanan sekolah.7. Menentukan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang

setimpal dengannya.

B. Hukuman1 . Mencegah pelajar yang bersalah dan mengulangi kesalahan mereka.2. Mencegah pelajar yang lain dan melakukan kesilapan yang sarna.3. Menjauhkan pelajar yang merbahaya atau bermasalah dan mempengaruhi

pelajar yang lain.4. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang setimpal.5. Membaiki akhlak pelajar-pelajar yang bermasalah.

Waktu Persekolahan1. Waktu persekolahan satu sidang.

Loceng pertama dibunyikan 5 minit sebelum waktu pertama bermulaSetiap waktu berlangsung selama 40 minit.Waktu rehat berlangsung selama 20 minit.

2. Sebelum pelajar memasuki bilik darjah masing-rnasing, pelajar-pelajar dikehendaki beratur di tapak perhimpunan.

3. Pelajar juga tidak dibenarkan keluar dan bilik darjah semasa waktu belajar, kecuali mendapat kebenaran dari guru mata pelajaran.(mesti memakai pas keluar kelas dan hanya seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dibenarkan keluar).4. Pelajar juga tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan, kecuali mendapat kebenaran dari Pengetua, Guru Penolong Kanan atau guru bertugas.5. Kehadiran ke sekolah adalah wajib.Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah

atas sebab-sebab tertentu,wajib menunjukkan bukti dengan mengemukakan surat Doktor / Ibubapa /Penjaga. Jika kesahihan surat tersebut diragui , pihak sekolah akan rnenghubungi ibubapa/ penjaga pelajar.

6. Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab dikira ponteng sekolah.

-1- -2-

7. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa memberitahu pihak sekolah (melalui surat /telefon oleh ibu bapa / penjaga)lebih daripada TIGA HARI berturut-turut, pihak sekolah akan menghantar surat Amaran Pertama untuk mendapatkan maklum balas penjaga, sekiranya surat

pertama tidak dijawab maka surat Amaran Kedua akan dihantar sehingga Amaran Ketiga/Akhir.Jika masih tidak mendapat maklum balas daripada penjaga, pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan BUANG SEKOLAH.

Waktu Rehat1. Pelajar hanya boleh rehat apabila loceng rehat dibunyikan atau mendapat

kebenaran guru.2. Tempoh waktu rehat pelajar adalah 20 minit.3. Pelajar tidak boleh berada di KAWASAN LARANGAN sewaktu rehat

kecuali mendapat kebenaran.4. Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan kantin semasa

menggunakannya.5. Kebersihan kantin rnestilah diutamakan. Bungkusan makanan mestilah

dibuang ke tong sampah.6. Pelajar tidak dibenarkan berada di kantin selain daripada waktu rehat,

kecuali dengan mendapat kebenaran guru.7. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah semasa rehat.8. Selepas waktu rehat,semua pelajar dikehendaki beratur di tapak

perhimpunan sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Waktu Sembahyang1. Keluar menunaikan solat hanya pada waktu yang ditentukan

sahaja.2. Semasa amali solat, pelajar diwajibkan berada di surau untuk menunaikan

sembahyang.3. Semasa di surau, pelajar harus mematuhi peraturan rnenggunakan surau.4. Jaga kebersihan surau.5. Jimatkan penggunaan elektrik dan air. Selepas menggunakan paip

pastikan paip ditutup dan juga lampu dan kipas angin dalam surau.6. Tidak boleh membawa barang-barang surau keluar tanpa kebenaran guru

berkenaan.7. Pelajar digalakkan sembahyang berjemaah.

Perhimpunan1 . Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari persekolahan bermula 7.20

pagi. 2. Pada hari Isnin adalah Perhimpunan Rasmi, pada hari Selasa adalah

Program Nilam, Rabu adalah aktiviti Kokurikulum, hari Khamis adalah Bicara Kata dan pada hari Jumaat adalah aktivti KPI-Program Pembangunan Insan .

3 . Semua pelajar dan guru-guru dimestikan rnenghadiri perhimpunan dan juga menghormati acara pada hari itu.

3. Semasa perhimpunan,pelajar-pelajar dikehendaki berbaris dengan bertatatertib mengikut kelas masing-masing di tapak perhimpunan.

5. Pelajar dikehendaki menghormati semua lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah yang dinyanyikan.

6. Pengawas bertugas akan mengendalikan perhimpunan dengan bantuan guru bertugas mingguan.

7. Semua guru dan pelajar dikehendaki menepati masa perhimpunan supaya acara dapat berjalan lancar.

Waktu Ko kurikulum1. Aktiviti ko kurikulum dijalankan pada hari Rabu.2. Aktiviti ko kurikulum bermula pada pukul 7.20 petang sehingga 9.00 pagi atau

tertakluk kepada perubahan.3. Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kelab/persatuan/uniform di tapak

perhimpunan untuk menerima arahan guru penyelaras.4. Semua pelajar dikehendaki mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan

semasa aktiviti kokurikulum.

PakaianA. Pakaian Seragam Pelajar Lelaki1. Seluar panjang warna hijau kehitam-hitaman (dark olive). Ukuran labuhnya

mestilah 3 cm di bawah buku lali. Kaki seluar tidak ketat dan tidak terlalu longgar di antara 16 inci-18 inci keliling iaitu 8 inci-9 inci ukur lintang.

2. Kemeja putih berlengan pendek atau panjang. Jika memakai kemeja lengan panjang hendaklah dikancingkan butang pada pergelangan tangan atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku.

3. Kemeja hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang masa berada di kawasan sekolah.

4. Kasut kanvas/nylon/polyester berwarna putih keseluruhannya yang bertali atau “zap-on”.

5. Memakai stokin putih sahaja (tanpa belang / corak).6. Pelajar lelaki yang beragama Islam digalakkan memakai pakaian kebangsaan

berwarna putih, samping biru muda dan bersongkok hitam pada setiap hari Jumaat.

7. Pelajar hanya dibenarkan memakai kain jenis ‘cotton’. Penggunaan kain jenis licin dan berkilat tidak dibenarkan sama sekali.

8. Pelajar dibenarkan memakai tali pinggang.Tali pinggang itu rnestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut:

a) Jenis : Daripada kain atau getah sahaja b) Warna: Hijau/hitam c) Lebar : 2.5cm -3.0 cmd) Kepala : tidak besar dan tidak berhias.

9. Pada waktu perhimpunan, pelajar lelaki diwajibkan memakai tali leher sekolah dan diikat dengan kemas.

B. Pakaian Seragam Pelajar Perempuan1 . Memakai baju kurung tradisional teluk belanga berwarna putih dan kain sarung

berwarna biru muda (torquoise).2. Lengan baju kurung mestilah tidak terlalu panjang dan kain mestilah 3 cm di

bawah buku lali.3. Kain dalam dan singlet wanita mestilah dipakai supaya pakaian tidak

jarang.5. Harus memakai mini telekung yang berwama putih sahaja berukuran sesuai

dengan pernakai(seperti dalam lampiran) bersama dengan anak tudung kepala ..Kain tudung mestilah tidak berkilat dan tiada terdapat apa-apa hiasan di tepi atau

-3- -4-

di atasnya (polos).6. Tudung hendaklah dipakai kemas dengan menggunakan pin.7. Jenis kain untuk pakaian ialah kain ‘cotton’ sahaja.(kain hem ,jarang dan

berkilat dilarang.)

Tambahan1 . Pemakaian tanda nama dan lencana sekolah adalah wajib kepada

semua pelajar.Tanda nama wajib dipakai pada sudut kiri bahagian atas dada atau pada saku baju sekolah.

2. Tanda nama dan lencana sekolah hendaklah juga digunakan apabila pelajar-pelajar menyertai kegiatan-kegiatan luar bilik darjah juga ketika menyertai lawatan-lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Pelajar dilarang sama sekali membawa senjata tajam, majalah hiburan/lucah, membawa /memakai alat solek, barang kemas atau perhiasan tiruan.

4. Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai sewaktu masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan/bimbingan, semasa menyertai rombongan anjuran pihak sekolah serta semasa menghadiri aktiviti yang dijalankan di bilik darjah.

5. Pemakaian pakaian seragam juga diwajibkan semasa pelajar menghadiri kegiatan sukan disekolah iaitu baju-T rumah sukan atau baju-T sekolah.

6. Pakaian pelajar lelaki mestilah kemas iaitu baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalarn seluar sepanjang waktu persekolahan. Tali leher mestilah dipakai sepanjang hari berkenaan dan dipakai dengan betul. Songkok hendaklah dipakai dengan betul dan kemas sepanjang hari Jumaat. Kain samping hendaklah diikat kemas dan labuhnya pada paras lutut.

6. Pelajar yang memasuki kawasan sekolah selain daripada masa-masa di luar waktu persekolahan hendaklah memakai baju sekolah atau baju-T yang melambangkan logo sekolah. Semasa pelajar mengambil keputusan peperiksaan atau diluar waktu persekolahan terutamanya apabila hendak berurusan di pejabat, dilarang memakai seluar ‘Jeans’ dan hendaklah berpakaian kemas dan sopan.

7. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarnahitam atau yang berbentuk luar biasa.

8. Pelajar dilarang sama sekali memakai selipar/terompah pada bila-bila masa di sekolah kecuali mengambil wuduk untuk solat.

C. Pakaian Pendidikan Jasmani1. Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perempuan adalah

dimestikan memakai seluar panjang yang sesuai dan baju sukan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2. Peraturan di atas juga terlibat semasa bermain atau semasa mengambil bahagian dalarn acara olahraga. Pelajar lelaki dan perempuan dimestikan memakai baju sukan dan seluar panjang atau yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Potongan Rambut1. Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.

Pengertian berambut panjang ialah:a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah dua cuping telinga.b) Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi.c) Di sebelah : Rambut menutupi kedua-dua telinga atau sebahagian

daripadanya dan ’sideburn’ melebihi garisan tengah hidung.d) Di atas : Lebih daripada 6 ” panjang. .

2. Pelaiar-pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang.3. Pelajar lelaki hendaklah menyikat rambut dengan rapi.4. Para pelajar Jelaki dan perempuan tidak dibenarkan sama sekali mewarnakan

rambut dan kuku dengan sebarang pewarna.

Bayaran Tambahan Sekolah1. Setiap pelajar diwajibkan membayar yuran sekolah sebagaiana yang ditetapkan

oleh pihak sekolah. Bayaran hendaklah dibuat kepada guru kelas masing-masing semasa mendafiar diri di hari pertama sesi persekolahan.

2. Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan pembayaran telah dibuat hendaklah disimpan untuk bukti semasa membuat bantahan atau bila-bila masa dikehendaki..

Kawasan Larangan

A. Bilik darjah1. Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah masing-

masing. 2. Bilik darjah hendaklah dibersihkan setiap hari sebelum persekolahan bermula dan

berakhir.3. Murid yang bertugas menjaga kebersihan pada hari-hari berkenaan adalah

bertanggungjawab pada hari tersebut.4. Kerusi, meja hendaklah tersusun rapi.5. Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kelas pada waktu rehat untuk mengelak

sebarang kejadian yang tidak diingini.6. Pelajar juga dikehendaki menjaga kelengkapan bilik darjah yang disediakan 6. seperti meja, kerusi, papan tulis, papan kenyataan, almari, kipas, lampu dan

sebarang harta-benda sekolah. 7. Pelajar tidak dibenarkan menulis di papan tulis tanpa mendapat kebenaran guru8. Semasa meninggalkan bilik darjah, bilik darjah hendaklah dalam keadaan bersih,

kemas dan teratur.9. Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan semasa meninggalkan bilik darjah.10. Pelajar juga tidak dibenarkan makan atau membuat jamuan tanpa mendapatkan

kebenaran pihak sekolah.11. Murid yang ingin keluar dari kelas mestilah meminta kebenaran guru dan

memakai pas keluar.12. Ibu bapa atau penjaga yang ingin berjumpa murid, mesti mendapat kebenaran

pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.

-6--5-

B. Tandas1. Tandas hendaklah dijaga kebersihannya sepanjang masa.2. Gunakan tandas dengan betul dan berperaturan.3. Jangan membuang sampah atau sebarang benda ke dalam lubang

tandas.4. Pelajar dilarang masuk ke tandas guru atau tandas yang berlainan

jantina.5. Tidak dibenarkan menconteng atau melukis di dinding tandas.6. Pelajar digalakkan menjimatkan penggunaan air dan elektrik.7. Pastikan tandas dicuci/’flush’ atau dibersihkan selepas menggunakannya.S. Pelajar DILARANG merokok di dalam tandas. 9. Cuci tangan sebelum meninggalkan tandas.

C. Kantin1. Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan pada waktu pembelajaran

atau semasa pertukaran waktu kecuali dengan kebenaran guru.2. Semasa membeli makanan, pelajar hendaklah beratur, tidak membuat

bising dan bersopan-santun.3. Pelajar yang telah membeli makanan harus bergerak segera ke

tempat/meja yang disediakan dan makan dengan bertertib.4. Pelajar hendaklah membuang bungkusan dan sisa makanan ke dalam

tong sampah. Jaga kebersihan semasa makan atau minum.5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat penyediakan makanan

kantin sekolah.6. Pelajar dilarang berlari ketika berada di kantin7. Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja

kantin sekolah dan merosakkan harta kantin.8. Pelajar mesti menggunakan singki yang terdapat di kantin untuk mencuci

tangan sebelum dan selepas makan.9. Pelajar hendaklah memasukkan pinggan dan gelas yang telah

digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan.10. Pelajar beredar tapak perhimpunan tepat pada waktunya dan berbaris

mengikut kelas sebelum diarahkan bergerak ke kelas masing-masing oleh pengawas atau guru bertugas.

D. Kawasan Larangan Lain ialah:i. Kawasan Pejabat Sekolahii. Bilik Guruiii. Bilik Bimbingan Dan Kaunselingiv. Bilik Lembaga Pengawas Kecuali Pengawasv. Bilik Makmal/Bengkelvi. Bilik Mesyuaratvii. Bilik-Bilik Khas Yang Bertanda ‘Dilarang Masuk’viii. Tandas Guruix. Tandas Pelajar Perempuan Bagi Pelajar Lelaki Dan Sebaliknya.x. Di Dalam Kelas Di Luar Waktu Belajarxi. Kaki-Lima Kelasxii. Dewan Sekolahxiii. Tempat Letak Kereta Guru

(Walau Bagaimanapun Tempat-Tempat Tersebut Bukan Lagi Tempat Larangan Bagi Mereka Yang Mendapat Kebenaran Guru).

Tatatertib Luar Kawasan Sekolah1 . Pelajar Harus Berpakaian Kemas Dan Berkelakuan Sopan Sepanjang Masa.2. Menunjukkan Identiti Seorang Pelajar Dengan Nilai-Nilai Murni.3. Mematuhi Peraturan Dan Arahan Sekolah, Masyarakat Dan Negara.4. Mengharumkan Nama Keluarga, Sekolah Dan Masyarakat.5. Tidak Memasuki Pertubuhan Atau Kumpulan Yang Menyalahi Undang-Undang

Sekolah Dan Negara.6. Mematuhi Ibubapa Atau Penjaga Dan Menghormati Orang Yang Lebih Tua.

Pergerakan Pelajar Meninggalkan Kawasan Sekolah1. Pelajar haruslah memastikan motosikal mempunyai insurans lengkap dengan

cukai jalan dan dalam keadaan selamat 2. Pelajar seharusnya mempunyai lesen memandu motorsikal.3. Pelajar yang meunggang motorsikal dikehendaki mengunakan topi keledar.4. Pelajar wajib mematuhi peraturan jalan raya.5. Jangan berlumba,bergandingan, bergurau senda semasa menunggang atau

membonceng motosikal.6. Sekiranya berlaku kemalangan, minta bantuan orang terdekat dan laporkan

segera kepada pihak sekolah.7. sekiranya berjalan kaki, elajar hendaklah mengunakan bahu jalan dan jangan

jalan bergandingan.8. Apabila melintas jalan lihat kanan, kiri dan kanan semula kemudian barulah

melintas sekiranya tiada kenderaan.9. Pelajar hendaklah memastikan bas betul-betul berhenti apabila naik atau turun

dari bas.10. Pelajar haruslah berbaris dan jangan bertolak-tolakkan semasa naik atau turun

bas.11. Sekiranya terpaksa berdiri di dalam bas, pastikan berdiri dalam keadaan stabil

dengan memegang pemegang yang disediakan dan jangan berdiri di tangga bas.12. Pelajar dilarang menumpang kenderaan orang yang tidak dikenali.

Kurikulum1 . Pelajar-pelajar hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan.2. Kerja-kerja latihan dan kerja rumah hendaklah disiapkan pada masa yang

ditetapkan dan kemas. Buku latihan mestilah cukup dan lengkap.3. Kehadiran dalam peperiksaan dan ujian adalah wajib.4. Pelajar tidak boleh mempersendakan sebarang peperiksaan dan ujian.5. Pelajar dilarang meniru dan melakukan sebarang penyelewengan semasa

peperiksaan atau ujian.6. Pelajar mestilah mematuhi setiap arahan dan peraturan peperiksaan dan

menjawab dengan bersungguh-sungguh.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam buku prestasi dengan niat menipu

merupakan kesalahan yang berat dan dikenakan tindakan.

-7- -8-

Ko kurikulum dan Sukan1. Kegiatan ko kurikulum adalah aktiviti yang dijalankan oleh sekolah di luar

daripada waktu belajar seperti kegiatan persatuan, kelab, sukan, pasukan beruniform dan sebagainya.

2. Pelajar dikehendaki mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu kegiatan sukan, satu persatuan/kelab dan satu pertubuhan berpakaian seragam.

3. Pelajar mestilah menghadiri hari-hari latihan, perjumpaan atau mesyuarat yang diadakan.

4. Catatan kegiatan kokurikulum untuk Sijil Berhenti perlu pengesahan guru-guru yang berkenaan.

5. Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan dan arahan semasa menjalankan kegiatan kokurikulum.

6. Pakaian semasa menghadiri kegiatan ko kurikulum mestilah pakaian sekolah atau baju-T sekolah pakaian seragam persatuan atau kelab yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Kenderaan1. Pelajar yang menggunakan kenderaan hendaklah mematuhi peraturan

lalulintas iaitu memiliki lesen memandu.2. Pelajar yang menggunakan motorsikal hendaklah memakai topi keledar.3. Semua kenderaan hendaklah dikunci dan diletakkan di tempat yang

ditetapkan. Sebarang kehilangan tidak menjadi tanggungjawab sekolah.4. Dilarang meletak motorsikal atau basikal atau kereta di tepi atau kaki

lima bangunan sekolah.5. Dilarang membuat bunyi bising dan membunyikan hon di kawasan

sekolah.

Kemalangan

A. Dalam Kawasan Sekolah1. Pelajar hendaklah laporkan segera kepada guru bertugas.2. Pelajar yang cedera mestilah dapatkan rawatan kecemasan mengikut

keadaan kemalangan.3. Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan menghantar pelajar

berkenaan ke hospital dan melaporkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar.

4. Sekiranya melibatkan kes polis, guru bertugas membantu buat aduan ke balai polis berdekatan.

5. Guru / ibu bapa / penjaga segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk tuntutan insuran.

6. Pihak pentadbir akan menguruskan permohonan tuntutan insuran pelajar berkenaan.

B. Di Luar Kawasan Sekolah1. Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut keadaan

kemalangan.2. Sekiranya serius, mintalah bantuan daripada orang yang berhampiran

untuk menghantar ke hospital.3. Dapatkan maklumat ibu bapa / penjaga, laporkan kemalangan kepada

ibu bapa / penjaga dan pihak sekolah dan seterusnya kepada polis.

4. Ibu bapa / penjaga segera dapatkan laporan bertulis daripada pihak hospital dan polis untuk diserahkan kepada pentadbiran sekolah bagi urusan tuntutan insuran.

Kecemasan-Kebakaran1. Pelajar jangan panik dan laporkan segera kepada guru sekiranya ada tanda-

tanda kebakaran.2. Guru hendaklah menutup suis utama.3. Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan4. Apabila loceng kecemasan dibunyikan berterusan, semua pelajar di kehendaki

berbaris di luar kelas dengan secepat mungkin. 5. Guru yang sedang mengajar di kelas tersebut perlu memastikan pelajar-pelajar

dalam keadaan teratur dan bersedia untuk bergerak ke tapak perhimpunan mengikut pelan kebakaran.

6. Beg-beg dan buku-buku hendaklah ditinggalkan di dalam kelas.7. Pelajar bergerak dalam keadaan teratur dan segera bergerak ke tapak

perhimpunan mengikut laluan kecemasan. (Sila rujuk Pelan Latihan Kawad Kebakaran).

8. Guru mengajar di kelas tersebut adalah orang yang terakhir meninggalkan kelas setelah memastikan kipas dan lampu telah dimatikan suisnya serta pintu kelas telah ditutup.

9. Apabila berada di tapak perhimpunan, semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kelas masing-masing.

10. Ketua tingkatan mesti memastikan semua pelajar kelasnya berada dalam barisan dan guru tingkatan hendaklah mengambil kedatangan pelajar kelasnya. Jika ada kehilangan pelajar, guru tingkatan hendaklah melaporkannya kepada Pengetua dengan serta merta.

11. Pihak pentadbir sekolah dikehendaki menghubungi bomba.1012. Guru atau Pasukan Kadet Bomba boleh menggunakan alat pemadam api

sekiranya kebakaran kecil atau menunggu kedatangan pihak bomba.13. Pelajar yang terperangkap hendaklah menjerit meminta tolong dan jangan lari ke

bilik air.14. Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dengan mengarhkan

pelajar bergolek di lantai . Siram/jiruskan air.15. Pelajar yang mengalami kecederaan hendaklah dihantar segera ke hospital.16. Pihak sekolah haruslah segera hubungi ibu bapa / penja pelajar yang terlibat.17. Sekiranya kecederaan serius, laporan polis hendaklah dibuat.

Lawatan/Pelawat/Ibubapa1. Sesuatu lawatan di dalam I keluar negeri yang dianjurkan oleh guru adalah

dianggap rombongan sekolah. Peserta-peserta rombongan hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran ibubapa atau penjaga.

2. Peserta-peserta mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan sentiasa menjaga maruah diri, keluarga dan sekolah sepanjang lawatan itu.

3. Ibu bapa atau penjaga yang ingin berjumpa murid, mestilah mendapatkan kebenaran pihak pentadbir sekolah terlebih dahulu.

4. Pelawat-pelawat atau orang-orang luar tidak dibenarkan berjumpa pelajar/guru atau sebaliknya dan membawa keluar pelajar kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua atau Guru Pen. Kanan.

-9--10-

5. Pelajar hendaklah sentiasa menghormati dan membantu pelawat-pelawat yang masuk ke kawasan.

6. Pelajar hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua atau mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang yang disyaki atau mencurigakan memasuki kawasan sekolah.

7. Ibubapa /Pelawat perlu mengisi buku rekod pelawat di pondok pengawal keselamatan8. Ibubapa / Pelawat perlu mendapatkan pas pelawat daripada pengawal 9. Pas pelawat perlu dikembalikan kepada pengawal sewaktu balik. 10. Ibubapa / Pelawat seharusnya berpakaian kemas dan jaga sopan-santun.

Kebersihan1. Pakaian yang bersih mencerminkan peribadi dan sahsiah seseorang

pelajar, oleh itu pelajar mestilah: a. memakai pakaian yang bersih dan kemas.b. Mamakai kasut yang putih bersih dan berkapur.C. Menjaga kebersihan diri, terutama rambut, kuku,gigi dan

keseluruhan badan.d. Amalan nilai-nilai murni yang dipelajari mestilah diamalkan di

sekolah dan di rumah.

Larangan-Larangan Yang Lain1. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil bahagian atau terlibat secara

langsung atau tidak langsung dalam aktiviti politik. 2. Surat-menyurat :

a. Pelajar dilarang menulis surat kepada kedutaan atau badan-badan yang diiktirafkan sebagai blok-blok komunis di dalam atau luar negeri.

b. Pelajar dilarang menulis surat kepada Pejabat Pelajaran Negeri/Daerah, Kementerian Pendidikan Malaysia alau mana-mana badan tanpa kebenaran Pengetua.

C. Pelajar tidak diigalakkan menulis surat menggunakan alamat sekolah kepada kawan.

d. Pihak sekolah berhak membuka surat pelajar yang menggunakan alamat sekolah.

3. Pelajar yang ingin menyertai dan menjadi ahli badan-badan luar atau pertandingan selain daripada anjuran Kementerian Pelajaran hendaklah meminta kebenaran Pengetua.

4. Semua kesalahan pelajar akan dicatatkan dalam Rekod Kesalahan Pelajar dan kesalahan dinilai untuk menentukan kelakuan secara keseluruhan.

Rawatan1. Pelajar yang hendak ke hospital/klinik, hendaklah meminta kebenaran

daripada Pengetua atau atau Guru Penolong Kanan atau guru Bertugas Mingguan dengan mengisi borang rawatan.

2. Setelah menerima rawatan pelajar hendaklah balik ke sekolah dan melaporkan kepada pihak yang memberikan kebenaran keluar.

3. Pelajar yang mendapat cuti akan dibenarkan pulang ke rumah.4. Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat,

pelajar berkenaan akan dibenarkan menggunakan bilik rehat/sakit

dengan kebenaran guru bertugas dan dicatatkan. 5. Pelajar yang sakit hanya dibenarkan balik dengan dijemput oleh ibu

bapa/penjaga atau dihantar oleh guru bertugas sahaja.

Pengawas Sekolah

1. Pengawas hendaklah berpakaian lengkap dan kemas sebagaimana yang ditetapkan iaitu :

a. Baju kemeja / kurung biru mudab. Kasut kulit / kanvas berwarna hitam.c. Stokin putihd. Tali leher Biru e. Tudung Biru tua f. Kain dan seluar biru tua

2. Hendaklah menunjukkan tingkahlaku dan disiplin yang baik.3. Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan

hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian-kejadian yang melanggar peraturan sekolah.

4. Pengawas tidak boleh mengenakan sebarang hukuman terhadap pelajar.5. Pengawas mesti membantu guru-guru alau pihak sekolah dalam hal yang

tertentu.6. Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan

tatatertib/hukuman.

Ketua Tingkatan1. Membantu guru mengawasi suasana di bilik darjah, terutama semasa ketiadaan

guru di dalam bilik darjah.2. Mengawasi bilik darjah masing-masing dan segi kebersihan, keceriaan, disiplin

dan sebagainya.3. Melaporkan tentang kehadiran atau apa-apa perkara yang berlaku di dalam bilik

darjah kepada Guru Tingkatan untuk tindakan.4. Tidak boleh mengenakan sebarang hukuman terhadap rakan-rakan sekelasnya.5. Memastikan rakan-rakan sekelas menjalankan tugas membersihkan bilik darjah

yang telah ditetapkan.

Skim Buku Teks

Peraturan Penggunaan Buku TeksPeraturan perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh pelajar yang meminjam buku teks.1. Semua buku-buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.2. Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku-buku teks

kepada pelajar yang sah layak menerima bantuan dan pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh skim pinjaman buku teks (SPBT) Kementerian Pelajaran.

3. Borang maklumat murid (BMM) mestilah diisi oleh ibu bapa/penjaga dan Kemudian diserahkan pada hari pertama persekolahan penggal pertama persekolahan bagi menentukan pelajar yang layak mendapat buku teks SPBT.

-11--12-

4. Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku teks SPBT daripada pelajar jika:a. berhenti atau tamat sekolah. b. Pihak sekolah memikirkan yang pelajar itui tidak layak diberi

pinjaman.c. Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT.

5. Pelajar yang gagal memulangkan dan gagal membayar gantirugi tidak akandipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.

6. Buku teks SPBT hendaklah dibalut dengan plastik pembalut buku jernih.7. Pelajar tidak dibenarkan menulis sebarang catatan atau melukis dalam

buku teks SPBT kecuali nama, tingkatan, tahun di ruangan yang disediakan.

8. Pindah hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat kebenaran guru SPBT.

9. Buku yang hilang harus dilaporkan dengan segera kepada guru tingkatan atau terus kepada guru SPBT untuk tindakan selanjutnya.

10. Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT haruslah mengembalikannya kepada pelajar berkenaan atau guru SPBT.

11. Pelajar yang tidak rnemulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah membayar gantirugi mengikut nilai buku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibu bapa I penjaga.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid

LAMPIRAN B

JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS KESALAHAN

BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMANI . Kesalahan Berat Rotan di punggung dengan di lapik

pakaian dengan menggunakan rotan ringan (maksimum 3 kali sebatan)

2. Kesalahan Sederhana Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan ringan (maksimum 3 kali sebatan)

3. *** Kesalahan Ringan Diberi Amaran dan sesi kaunseling

* KESALAHAN BERAT1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam

kegiatan dadah.3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau

sebarang benda yang memabukkan/mengkhayalkan.5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.

6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas murid.

7. Biadap terhadap guru/pengawas/murid.8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah

atau rakaman dan multimedia terlarang.14. Membabitkan din dalam kumpulan haram.15. Mencabul kehormatan guru/murid.16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral,19. Mengintai murid lelaki/perempuan.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh. 25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau

menganggu pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentang

dengan masyarakat Malaysia.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran

pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau

berkala (tidak berturut-turut) selama 60 han selama I tahun sesi persekolahan.30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang

menjalankan tugas.31. Membawa masuk tetamu dan luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran. 32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah. 33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ni.

** KESALAHAN SEDERHANA1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah

tanpa kebenaran.3. Keluar dan kawasan sekolah tanpa kebenaran.4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan

kebangsaan.7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.8. Menconteng pada harta benda sekolah.

-13--14-

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang berlebihan pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori mi.11.

*** KESALAHAN RINGAN1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan

sekoIah tanpa kebenaran.5. Keluar dan bilik darjah tanpa kebenaran.6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa

kebenaran.7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa

kebenaran.8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran,9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.12. Makan dan minum di bilik darjah.13. Melakukan pembaziran air/elektrik.14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,

tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).16. Datang lewat ke sekolah.17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.22. Mengganggu kawasan.23. Mengganggu guru.24. Lewat masuk kelas.25. Mengotorkan kelas.26. Tidak duduk setempat.27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ni.

Pelajar yang melanggar peraturan-peraturan dalam kesalahan berat atau separuh berat akan diambil tindakan yang sewajarnya. Pelajar kemungkinan akan diberi surat amaran. Nama pelajar akan dicatat di dalam buku rekod salahlaku pelajar. Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga akan dikirimkan untuk pengetahuan penjaga. Ibu bapa / Penjaga juga mungkin diminta hadir ke sekolah untuk menyelesaikan masalah pelajar tersebut.

PENGETUA,SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH73000 TAMPIN, NSDK.

LampiranLampiran 1 - Peraturan Menggunakan Makmal SainsLampiran 2 - Peraturan Menggunakan Bilik ERT dan KHBLampiran 3 - Peraturan Bengkel Kemahiran Hidup Lampiran 4 - Panduan Keselamatan Bengkel MPVLampiran 5 - Peraturan PerpustakaanLampiran 6 - Peraturan Stor Sukan, Padang dan Gelanggang PermainanLampiran 7 - Contoh pakaian perempuan dan lelakiLampiran 8 - Contoh rambut pelajar lelaki

Lampiran 1

Peraturan Menggunakan Makmal Sains

1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal melainkan guru ada bersama.2. Sebelum masuk ke makmal pelajar hendaklah berbaris di bawah jagaan ketua

tingkatan dan jangan bising.3. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg sekolah ke dalam makmal. Pelajar

hanya dibenarkan membawa buku-buku sains sahaja.4. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk ke makmal.5. Duduklah tempat yang telah ditetapkan oleh guru melainkan diarahkan oleh guru.6. Semasa eksperimen dijalankan pelajar mestilah tidak bising, berertib dan dalam

keadaan yang tenang. 7. Hanya sedikit sahaja bahan kimia yang patut digunakan melainkan diberi

peraturan terlebih dahulu. 8. Bahan kimia tidak boleh dirasa atau dicium melainkan dengan arahan.9. Benda-benda pejal (keras) seperti pasir, daun-daun, dan lain-lain tidak boleh

dibuang di dalam takungan air (singki) atau longkang sebaliknya dibuang ke dalam tong atau bakul sampah yang telah disediakan.

10. Bahan kimia yang terkena pada kain baju atau kulit badan, hendaklah dibasuh serta-merta dengan air yang banyak dan mengalir.

11. Sebarang kemalangan hendaklah dilaporkan kepada guru.12. Kerosakan ke atas barang makmal mestilah dilaporkan kepada guru.Gantirugi

hendaklah dibayar jika kerosakan dilakukan dengan sengaja.13. Jangan buka pili gas tanpa menerima arahan.Pastikan ianya ditutup setelah

digunakan.14. Selepas digunakan,semua radas termasuk meja mestilah dikemas dan

dibersihkan serta disimpan dalam keadaan kering dan teratur.15. Tidak dibenarkan membawa keluar alatan dalam makmal melainkan dengan

arahan.16. Adalah menjadi satu kesalahan yang berat jika pelajar didapati mencuri radas-

radas atau alatan makmal.17. Pelajar dilarang melukis atau menulis di atas meja makmal.18. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah arahan

keselamatan yang telah ditetapkan.19. Jika berlaku kebakaran, gunakan alat pemadam api yang tersedia.20. Mematuhi peraturan dan arahan guru dari semasa ke semasa.

-15- -16-

Lampiran 2

Peraturan Untuk Pelajar-pelajar di dalam bilik-bilik Ekonomi Rumah Tangga

1. Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam bilik ekonomi rumahtangga tanpa kebenaran guru.

2. Pakai pakaian yang sesuai, kemas dan elakkan pakaian yang boleh mengganggu Pembelajaran.

3. Lakukan kerja secara sistemetik.Meja kerja hendaklah bersih dan lantai hendaklah sentiasa kering.

4. Cecair yang tumpah hendaklah dilap dengan serta-merta dan apa-apa yang terjatuh di lantai hendaklah dipungut.

5. Berhati-hati ketika berkerja dan berjalan dan satu tempat ke satu tempat yang lain.Jangan tergopoh-gapah.

6. Tentukan tangan anda kering sebelum menggunakan sebarang alat elektrik untuk mengelakkan kejutan elektrik.

7. Tutup suis alat-alat elektrik dan gas selepas digunakan dan ketika hendak mencucinya.

8. Hanya seorang dalam satu masa dibenarkan menggunakan alat-alat berikut:

a. ‘Ketuharb. Periuk nasi elektrikc. Pembancuh elektrikd. Mesin pencair

(liquidizer)e. Pengisar dagingf. Periuk masak

tekanang. Pemotong

h. Perebusi. Alat penggoreng elektrikj. Penyagat kelapa elektrk. Alat pemanggangl. ‘Gridel’m. Mesin pencuci kainn. Pembersih hampagas

9. Jangan berkerumun dikeliling sesuatu alat yang sedang digunakan.10. Gunakan alatan yang tajam dengan berhati-hati Bagi alat yang hujungnya

tajam hulurkanlah tangkainya dahulu.Basuh pisau satu persatu danjangan biarkan terendam di dalam besen.

11. Gunakan penggalas semasa mengangkat benda panas.12. Halakan muncung cerek dan tangkai periuk ke dalain apabila meletaknya

di atasdapur.

13. Jangan sesekali memungut kaca dengan tangan tanpa lapik.14. Baca semua label dengan teliti sebelum menggunakan isinya.15. Ikuti arahan dengan rapi sebelum menggunakan bahan memasak.16. Semua kemalangan dan kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru

dengan segera.17. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah arahan

keselamatan yang telah ditetapkan.18. Jika berlaku kebakaran, gunakan alat pemadam api yang tersedia.19. Mematuhi peraturan dan arahan guru dari semasa ke semasa.

Lampiran 3

Peraturan bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu

1. JANGAN masuk ke dalam bengket tanpa rnendapatkan kehenaran daripada guru yang bertugas.

2. Masuk dengan BERATUR tanpa berebut-rebut.3. Pakaian hendaklah sentiasa kemas.Pemakaian apron amat digalakkan.4. Jika pelajar memakai tali leher, masukkan ke dalam baju bagi mengelakkan

kemalangan berlaku semasa menjalankan tugas.5. JANGAN bergurau atau berlari di dalam bengkel.6. Bekerjalah dengan BERPERATURAN ketika menggunakan alatan bengkel yang

merbahaya.7. Periksa setiap alatan sebelum menggunakannya.Pastikan ianya berada dalarn

keadaan selamat untuk digunakan.8. Laporkan sebarang kerosakan alat-alat kepada guru supaya tindakan segera

dapat diambil.9. Jangan bekerja dengan alatan yang tumpul.10. BERTANYALAH kepada guru sebelum menggunakan mesin.11. Tutup setiap suis setiap kali selepas digunakan.12. LAPORKAN kepada guru sekiranya didapati ada kerosakan pada salur wayar

bekalan elektrik.13. Sila laporkan kepada guru sekiranya terdapat sebarang kemalangan berlaku

supaya tindakan segera dan rawatan kecemasan dapat diambil dengan segera.14. Jangan sesekali cuba mengacu-acukan alatan tajam ke arah rakan anda.15. Minyakkan atau bersihkan setiap alatan sesudah menggunakannya dan disimpan

di tempat asalnya.16. Jangan sesekali masuki kawasan yang tertulis “TIDAK DIBENARKAN MASUK

TANPA KEBENARAN” atau ”KAWASAN LARANGAN”.17. Pastikan meja kerja , lantai , tingkap dan papan panel dalam keadaan bersih

setiap kali selepas digunakan.18. Tumpukan perhatian sepenuhnya pada setiap pekerjaan yang anda

lakukan.Janganlah berangan-angan dan berbual-bual kerana ini akan mendedahkan diri anda kepada kemalangan.

19. Jangan jatuhkan alat di atas lantai kerana kemalangan boleh berlaku jika anda terpijak alat-alat yang tajam atau yang mudah bergolek.

20. Bersihkan atau lapkan minyak yang tertumpah di atas lantai.21. Dilarang memakai selipar di dalam bengkel kerana kaki anda terdedah dan

mudah tercedera.22. Dilarang membawa beg ke dalam bengkel.23. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah arahan

keselamatan yang telah ditetapkan.24. Jika berlaku kebakaran, gunakan alat pemadam api yang tersedia.25. Mematuhi peraturan dan arahan guru dari semasa ke semasa.

-17--18-

Lampiran 4

Panduan Keselamatan Bengkel MPV

Arahan-arahan ini untuk pelajar sernasa bekerja di ladang.1. Ikut semua arahan yang diberikan oleh guru yang bertugas.2. Tatatertib hendaklah diamalkan semasa bekerja di ladang.3. Pelajar hendaklah mengambil alatan dengan cara yang teratur. Semua

alatan hendaklah diperiksa dahulu sebelum digunakan . Jika terdapat sebarang kerosakan,laporkan kepada guru dengan segera.

4. Alat-alat hendaklah digunakan dengan cara yang betul.5. Jangan tinggalkan alatan di merata-merata tempat.6. Apabila menggunakan alat-alat pastikan bahawa tempat itu cukup luas

dan tidak bersesak- sesak. 7. Laporkan kepada guru dengan segera jikalau anda melihat sebarang

kemalangan atau perlakuan rakan anda yang boleh mendatangkan kecederaan atau kemalangan.

8. Semua alat hendaklah dibasuh, dikeringkan dan disapu dengan minyak sebelum disimpan.

9. Pastikan alatan yang telah digunakan diletakkan semula ke tempat asalnya.

10. Segala penggunaan bahan kimia hendaklah digunakan di bawah pengawalan guru.

11. Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda kesan sampingan yang timbul semasa atau selepas menggunakan bahan kimia pertanian, sila laporkan kepada guru yang bertugas dengan segera supaya rawatan kecemasan dapat dilakukan.

12. Adalah disyorkan supaya pelajar Sains Pertanian disuntik dengan vaksin Anti-Tatanus.

Lampiran 5

Peraturan Perpustakaan

1. Peraturan perpustakaan adalah untuk mengajar pelajar disiplin dan sivik hidup bersama dengan menggunakan hak yang sama.

2. Perpustakaan dan harta perpustakaan adalah untuk kegunaan ramai di mana pelajar adalah ahli juga akan menggunakannya .Oleh itu, gunakannya sebaik mungkin.

3. Buku dan bahan bacaan bukan buku di perpustakaan haruslah dijaga kebersihan dan keselamatannya.

4. Mencoteng, mengoyak,mengotor dan sebarang amalan yang yang boleh merosakkan kandungan buku adalah dilarang sama sekali dan sesiapa yang ditangkap melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan.

5. Mencuri harta perpustakaan adalah satu kesalahan yang berat.6. Jikalau pelajar menghilangkan buku atau buku yang anda pinjam itu rosak

bukan kerana sengaja, sila laporkan kepada guru perpustakaan dan patuhilah arahan yang diberikan terhadap perkara tersebut.

7. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising di dalam perpustakaan.Pelajar

yang melakukan perbuatan ini akan dikenakan tindakan displin.8. Setiap pelajar boleh meminjam buku dari perpustakaan dengan menggunakan

Kad Pinjaman (sysrat-syarat tertakluk kepada arhan yang dikeluarkan oleh pihak perpustakaan).Kad Pinjaman yang hilang perlulah diganti dengan yang baru.Pelajar boleh membelinya di perpustakaan.

9. Pelajar yang meminjam buku dari perpustakaan perlulah memulangkannya semula pada tarikh yang ditetapkan.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda (bergantung kepada pihak perpustakaan).

10. Pelajar perlulah memakai pakaian sekolah yang sempurna semasa masuk ke dalam perpustakaan.

11. Pelajar perlu mengganti semula buku atau membayar harga buku yang telah dihilangkan atau dirosakkan.

12. Jika berlaku sebarang kecemasan, jangan panik dan patuhlah arahan keselamatan yang telah ditetapkan.

13. Jika berlaku kebakaran, gunakan alat pemadam api yang tersedia.14. Mematuhi peraturan dan arahan guru dari semasa ke semasa.

Lampiran 6

Peraturan Stor Sukan, Padang dan Gelanggang Permainan

A. Stor Sukan

1. Jenis alatan sukan yang tersimpan di dalam stor sekolah antaranya adalah : i. Hokiii. Ping Pong iii. Bola Sepakiv. Bol Jaringv. Sepak Takraw

vi. Bola Tampar vii. Badminton viii. Bola Balingix. Alatan olahraga

2. AJK sukan yang dilantik dikalangan pelajar diberi tanggungjawab menjaga peralatan sekolah.

3. Alat-alat sukan yang hendak digunakan mestilah mendapatkan kebenaran daripada guru yang bertugas.

4. Peralatan sukan mestilah digunakan dengan cermat dan berhati-hati.5. Peralatan sukan yang hilang atau rosak mestilah diganti oleh pelajar yang

bertanggungjawab.

B. Padang dan Gelanggang Permainan

1. Pelajar mestilah mendapatkan kebenaran guru atau pihak pentadbir.2. Pelajar hendaklah memastikan alatan yang digunakan selamat dan berkeadaan

baik.3. Sebarang aktiviti di padang atau gelanggang permainan mesti dalam

pengawasan guru atau jurulatih.4. Aktiviti hendaklah dijalankan semasa cuaca mengizinkan.5. Pelajar mestilah membersihkan padang atau gelanggang permainan, meletakkan

kembali alatan di tempat yang telah ditetapkan.

-19- -20-

Lampiran 7

Contoh Pakaian Perempuan dan Lelaki

A. Contoh Pakaian Seragam Murid Perempuan –Berbaju Kurung dan Berkain Sarung serta Bermini Telekung

Kain Sarung dipakai dengan Baju Kurung

B. Contoh Pakaian Seragam Murid Lelaki -Berseluar panjang dan Berbaju Lengan Pendek

Lampiran 8

Contoh rambut pelajar lelaki

TERIMA KASIH KERANA MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

-21- -22-

KANDUNGAN Muka surat

1. Visi Sekolah / Misi Sekolah /Lagu Sekolah/Lagu Negaraku/ Lagu N.Sembilan/ Ikrar Sekolah

2. Keperluan Peraturan dan Hukuman3. Waktu Persekolahan/ Rehat/ /Sembahyang/Perhimpunan4. Pakaian

i. Pakaian Seragam Lelakiii. Pakaian Seragam Perempuaniii. PakaianPendidikan Jasmani I kegiatan kokurikulum

5. Potongan Rambut6. Bayaran Tambahan7. Bilik darjah, Kantin dan Tandas8. Kawasan-kawasan larangan9. Tatatertib Luar Kawasan Sekolah10. Pergerakan Pelajar Meninggalkan Kawasan Sekolah11. Kurikulum12. Ko kurikulum dan Sukan13. Kenderaan14. Kemalangan15. Kecemasan - Kebakaran16. Lawatan/Pelawat/Ibubapa17. Kebersihan18. Larangan-larangan yang lain19. Rawatan20. Pengawas Sekolah21. Ketua Tingkatan22. Skim Buku Teks23. Kategori Kesalahan dan Tindakan24. Lampiran

1. Peraturan Menggunakan Makmal Sains2. Peraturan Menggunakan Bilik ERT3. Peraturan Bengkel Kemahiran Hidup4. Panduan Keselamatan MPV5. Peraturan Perpustakaan6. Peraturan Stor Sukan7. Contoh pakaian lelaki dan perempuan8. Contoh rambut pelajar lelaki

1

22-4

445666-778889991010111111121212-1313-15

1617181919202122

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH73000 TAMPIN,

NEGERI SEMBILAN

BUKU PERATURAN

SEKOLAH