Peraturan an Dikir Barat

10
PERATURAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT BAHASA ARAB IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2009 1. PERATURAN 1.1. PENYERTAAN 1.1.1. Terbuka kepada semua murid sekolah j-QAF. 1.1.2. Setiap kumpulan terdiri daripada murid lelaki sahaja dengan memberikan nama kumpulan. 1.2. PAKAIAN PESERTA 1.2.1. Pakaian peserta sopan dan menutup aurat. 1.2.2. Pakaian peserta mestilah seragam (mengikut kesesuaian watak peserta). 1.3. BILANGAN PESERTA 1.3.1. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan dihadkan lepada 15 orang sahaja termasuk juara dan pemain muzik. 1.4. TAJUK 1.4.1. Setiap kumpulan bebas memilih tajuk tetapi hendaklah berkisar tentang pendidikan dan tema sukatan pelajaran Bahasa Arab sekolah rendah. 1.5. UNDIAN GILIRAN 1.5.1. Undian giliran kumpulan hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran dan ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. 1

Transcript of Peraturan an Dikir Barat

Page 1: Peraturan an Dikir Barat

PERATURAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT BAHASA ARAB

IHTIFAL j-QAF PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2009

1. PERATURAN

1.1. PENYERTAAN

1.1.1. Terbuka kepada semua murid sekolah j-QAF.

1.1.2. Setiap kumpulan terdiri daripada murid lelaki sahaja dengan memberikan nama

kumpulan.

1.2. PAKAIAN PESERTA

1.2.1. Pakaian peserta sopan dan menutup aurat.

1.2.2. Pakaian peserta mestilah seragam (mengikut kesesuaian watak peserta).

1.3. BILANGAN PESERTA

1.3.1. Bilangan peserta bagi setiap kumpulan dihadkan lepada 15 orang sahaja

termasuk juara dan pemain muzik.

1.4. TAJUK

1.4.1. Setiap kumpulan bebas memilih tajuk tetapi hendaklah berkisar tentang

pendidikan dan tema sukatan pelajaran Bahasa Arab sekolah rendah.

1.5. UNDIAN GILIRAN

1.5.1. Undian giliran kumpulan hendaklah dibuat serentak semasa pendaftaran dan

ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

1.5.2. Undian hendaklah dibuat oleh ketua atau wakil kumpulan.

1.5.3. Sekiranya ketua/wakil tiada, undian dibuat oleh jawatankuasa pertandingan.

1.6. MASA

1.6.1. Setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk membuat persembahan.

1.7. BAHASA

1.7.1. Penggunaan bahasa Arab fusaha yang terang dan jelas.

1.7.2. Penggunaan dialek ‘ammiah atau bahasa pasar tidak dibenarkan.

1

Page 2: Peraturan an Dikir Barat

1.8. ASPEK YANG DINILAI

1.8.1. JUARA DAN KETUA KUMPULAN

1.8.1.1. Dikir dan isi.

1.8.1.2. Kebolehan membawa lagu.

1.8.1.3. Gaya persembahan.

1.8.1.4. Suara dinamik (alunan dan getaran suara).

1.8.2. AWAK-AWAK

1.8.2.1. Ksepaduan suara dan keseragaman gaya dan semangat.

1.8.3. ALATAN MUZIK (PERKUSI) ALAT GENDERANG

1.8.3.1. Kemahiran penggunaan alat.

1.8.3.2. Kombinasi alatan.

1.8.3.3. Kesesuaian dengan rentak lagu.

1.8.4. CARA PERSEMBAHAN

1.8.4.1. Diketuai oleh juara.

1.8.4.2. Persembahan hendaklah secara bersahaja tanpa membaca nota.

1.8.4.3. Mementingkan aspek berdikir barat bukan aspek pertuturan dan

percakapan.

1.8.4.4. Intonasi yang sopan dan tidak keterlaluan.

1.8.4.5. Pergerakan yang dinilai aníllala dari aras pinggang ke atas.

1.9. SKRIP

1.9.1. Teks salinan skrip hendaklah diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa

pendaftaran.

1.9.2. Skrip akan diambil kira dalam markah pertandingan. Markah bahagian isi tidak

akan dinilai sekiranya skrip tidak diserahkan.

1.9.3. Skrip hendaklah bertaip komputer bersaiz 16 font Arabic Transparent.

1.9.4. Isu-isu yang sensitif berkaitan agama, bangsa, politik, kebudayaan ataupun

menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.

2

Page 3: Peraturan an Dikir Barat

1.10. PEMBATALAN PENYERTAAN

1.10.1. Pengerusi atau jawatankuasa pengelola pertandingan berhak menukar atau

membatalkan penyertaan mana-mana kumpulan yang melanggar peraturan

pertandingan.

1.11. PERALATAN

1.11.1. Kumpulan dibenarkan menggunakan Sebarang peralatan yang sesuai semasa

persembahan.

3

Page 4: Peraturan an Dikir Barat

2. PENGHAKIMAN

2.1. Hakim terdiri daripada ;

2.1.1. Ketua hakim 1 orang

2.1.2. Hakim juara 2 orang

2.1.3. Hakim isi dan bahasa 2 orang

2.1.4. Hakim suara 2 orang

2.1.5. Hakim lagu dan muzik 2 orang

2.1.6. Hakim gaya dan persembahan 2 orang

2.1.7. Juru kira/pengumpul markah 2 orang

2.1.8. Penjaga masa 1 orang

2.2. Pembahagian Markah

2.2.1. Setiap kumpulan akan dihakimi mengikut aspek-aspek berikut :

2.2.1.1. Juara (10 markah)

2.2.1.1.1. Kebolehan membawa lagu (5 markah)

2.2.1.1.2. Suara (5 markah)

2.2.1.2. Isi dan bahasa (25 Markah)

2.2.1.2.1. Tatabahasa yang tepat.

2.2.1.2.2. Dikir/isi menepati tajuk dan tema.

2.2.1.2.3. Gaya bahasa yang menarik, jelas dan mudah difahami.

2.2.1.2.4. Lirik yang sesuai dengan isu-isu yang diketengahkan.

2.2.1.3. Suara (20 Markah)

2.2.1.3.1. Bersesuaian rentak.

2.2.1.3.2. Seimbang dan dinamik.

2.2.1.3.3. Keharmonian.

2.2.1.4. Gaya dan persembahan (20 Markah)

2.2.1.4.1. Susunan peserta.

2.2.1.4.2. Memek muka yang sesuai.

2.2.1.4.3. Persembahan yang meyakinkan.

2.2.1.4.4. Pergerakan yang sopan dan seragam.

2.2.1.4.5. Pakaian yang sesuai.

4

Page 5: Peraturan an Dikir Barat

2.2.1.4.6. Bonus (5 markah).

2.2.1.4.7. Ciptaan sendiri (asli)

2.2.2. Kumpulan yang mendapat markah yang tertinggi akan diisytiharkan sebagai

johan pertandingan, seterusnya tempat kedua dan ketiga. Sekiranya berlaku

persamaan markah, maka penentuan pemenang akan dirujuk kepada markah

persembahan, seterusnya markah isi, dan jika masih berlaku persamaan, jemaah

hakim akan bersidang untuk menentukan pemenang.

2.2.3. Keputusan jemaah hakim adalah muktamad.

3. TUGAS-TUGAS JEMAAH HAKIM

3.1. TUGAS KETUA HAKIM

Mengatur serta mentadbir cara penghakiman yang lengkap dan memastikan ia

dijalankan dengan amanah dan rahsia. Antara tugas-tugas yang akan dijalankan adalah

seperti berikut ;

3.1.1. Bekerjasama dengan urusetia dalam menyediakan ;

3.1.1.1. Borang markah.

3.1.1.2. Borang penghakiman yang disatukan.

3.1.1.3. Borang keputusan.

3.1.1.4. Borang daftar markah.

3.1.1.5. Senarai nama peserta dan gilirannya.

3.1.2. Sentiasa berada di tempat penghakiman dan mengawasi kerja para hakim

supaya berjalan dengan teratur dan lancar.

3.1.3. Mempengerusikan mesyuarat jemaah hakim mengenai butir-butir yang perlu

sebelum dan selepas pertandingan diadakan.

3.1.4. Memastikan tugas-tugas hakim mengikut bahagian-bahagian yang dihakimi.

3.1.5. Memastikan hakim pengganti bagi hakim yang tidak dapat hadir atau uzur.

3.1.6. Mengesahkan dan menandatangani borang penghakiman dan keputusan

pertandingan.

3.1.7. Memastikan jurukira bertugas untuk menjumlahkan markah-markah setiap

kumpulan dan seterusnya menyediakan keputusan pertandingan.

5

Page 6: Peraturan an Dikir Barat

3.2. TUGAS HAKIM JUARA

Hakim juara bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut ;

3.2.1. Kebolehan membawa lagu.

3.2.2. Gaya persembahan juara.

3.2.3. Suara juara yang jelas, lunak, bersih dan dinamik.

3.3. TUGAS HAKIM ISI DAN BAHASA

Hakim isi dan bahasa bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut ;

3.4. Idea dan isi yang tersusun.

3.5. Pengolahan isi yang baik.

3.6. Kesesuaian isi dengan tajuk/tema.

3.7. Tatabahasa yang tepat.

3.8. Gaya bahasa yang menarik jelas dan mudah difahami.

3.9. Lirik yang sesuai dengan isu yang diketengahkan.

3.10. Menggunakan bahasa Arab fushah.

3.11. TUGAS HAKIM SUARA

Hakim suara bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut ;

3.11.1. Sebutan yang jelas dan tepat.

3.11.2. Intonasi yang menarik.

3.11.3. Kesepaduan.

3.11.4. Suara yang dinamik/alunan/getaran.

3.12. TUGAS HAKIM LAGU DAN MUZIK

Hakim lagu dan muzik bertanggungjawab menghakimi perkara-perkara berikut ;

3.12.1. Variasi lagu dan rentak.

3.12.2. Kesesuaian rentak.

3.12.3. Ketepatan menukar rentak lagu.

3.12.4. Keseimbangan lagu.

3.12.5. Dinamik.

6

Page 7: Peraturan an Dikir Barat

3.13. TUGAS HAKIM PERSEMBAHAN

Hakim persembahan bertanggungjawab menghakimi perakara-perkara berikut ;

3.13.1. Persembahan yang bersopan.

3.13.2. Susunan peserta.

3.13.3. Segala isyarat dan gerakan yang dibenarkan.

3.13.4. Tidak membaca skrip atau nota.

3.13.5. Tidak berhenti separuh jalan seperti lupa, tersekat-sekat dan sebagainya.

3.13.6. Kesesuaian nada, intonasi dan penyampaian yang berkeyakinan.

3.13.7. Suara yang terang dan jelas.

3.13.8. Tidak menggunakan dialek melayu.

3.13.9. Kreativiti.

7