Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

15
HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014 PERINGKAT ZON ` 1 PERATURAN DAN PANDUAN PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI, HKSBP KE-41, 2014 1.0 NAMA: 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, PPM, HKSBP Kementerian Pendidikan Malaysia. 2.0 FORMAT: 2.1 Setiap pasukan bahas yang mewakili sekolah hendaklah dianggotai oleh tiga (3) orang pembahas utama dan seorang (1) pembahas simpanan. 2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan pasukan pembangkang yang dikenali sebagai Pasukan Pembangkang. 2.3 Pembahas pertama pihak kerajaan dikenali sebagai Perdana Menteri, pembahas kedua sebagai Menteri Kedua dan pembahas ketiga sebagai Menteri Ketiga. Pembahas pertama pihak pembangkang dikenali sebagai Ketua Pembangkang, pembahas kedua dikenali sebagai Pembangkang Kedua dan pembahas ketiga dikenali sebagai Pembangkang Ketiga. 2.4 Peruntukan masa dan giliran berdebat: 2.6 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan dibenarkan mengutarakan satu hujah sahaja. Pembahas kedua mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga tidak boleh mengutarakan hujah-hujah baharu tetapi tugas mereka ialah membidas hujah-hujah pasukan lawan. 2.7 Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh meminta izin laluan mulai minit kedua hingga minit ketujuh. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. 2.8 Selepas semua pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pihak akan memberi ucapan penggulungan. Pihak pembangkang akan membuat penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pasukan kerajaan. NO KERAJAAN MASA NO PEMBANGKANG MASA 1 Perdana Menteri 8 minit 2 Ketua Pembangkang 8 Minit 3 Menteri Kedua 8 minit 4 Pembangkang Kedua 8 Minit 5 Menteri Ketiga 8 minit 6 Pembangkang Ketiga 8 Minit 8 Ucapan Penggulungan: Perdana Menteri / Menteri Kedua 4 minit 7 Ucapan Penggulungan: Ketua Pembangkang / Pembangkang Kedua 4 Minit

description

bahas hksbp

Transcript of Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

Page 1: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

` 1

PERATURAN DAN PANDUAN PERTANDINGAN BAHAS PIALA PERDANA MENTERI, HKSBP KE-41, 2014

1.0 NAMA:

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri, Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh, PPM, HKSBP Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 FORMAT:

2.1 Setiap pasukan bahas yang mewakili sekolah hendaklah dianggotai oleh tiga (3) orang

pembahas utama dan seorang (1) pembahas simpanan. 2.2 Pasukan pencadang yang dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan

pasukan pembangkang yang dikenali sebagai Pasukan Pembangkang. 2.3 Pembahas pertama pihak kerajaan dikenali sebagai Perdana Menteri, pembahas kedua

sebagai Menteri Kedua dan pembahas ketiga sebagai Menteri Ketiga. Pembahas pertama pihak pembangkang dikenali sebagai Ketua Pembangkang, pembahas kedua dikenali sebagai Pembangkang Kedua dan pembahas ketiga dikenali sebagai Pembangkang Ketiga.

2.4 Peruntukan masa dan giliran berdebat:

2.6 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan dibenarkan mengutarakan satu hujah sahaja. Pembahas kedua mengutarakan dua hujah. Pembahas ketiga tidak boleh mengutarakan hujah-hujah baharu tetapi tugas mereka ialah membidas hujah-hujah pasukan lawan.

2.7 Semasa satu pihak berucap, ahli pasukan lawan boleh meminta izin laluan mulai minit kedua

hingga minit ketujuh. Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan.

2.8 Selepas semua pembahas berucap, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada

kedua-dua pihak akan memberi ucapan penggulungan. Pihak pembangkang akan membuat penggulungan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pasukan kerajaan.

NO

KERAJAAN

MASA

NO

PEMBANGKANG

MASA

1 Perdana Menteri 8 minit 2 Ketua Pembangkang 8 Minit

3 Menteri Kedua 8 minit 4 Pembangkang Kedua 8 Minit

5 Menteri Ketiga 8 minit 6 Pembangkang Ketiga 8 Minit

8 Ucapan Penggulungan: Perdana Menteri / Menteri Kedua

4 minit 7 Ucapan Penggulungan: Ketua Pembangkang / Pembangkang Kedua

4 Minit

Page 2: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

2

3.0 KELAYAKAN:

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. SEMBILAN Pasukan Terbaik bagi Zon Utara (termasuk SBP Negeri Sarawak) Zon Tengah (termasuk MTD & SBP Negeri Sabah), Zon Selatan dan Zon Timur akan bertanding di peringkat kebangsaan.

3.2 Setiap sekolah yang bertanding hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja untuk pertandingan ini.

3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan empat (4) orang pembahas (termasuk seorang

pembahas simpanan). 3.4 Pendaftaran pasukan hendaklah disahkan secara rasmi oleh Ketua Kontinjen sebelum

diserahkan kepada Urus Setia Pertandingan pada hari pendaftaran. 3.5 Ahli pasukan yang telah didaftarkan dan disahkan secara rasmi tidak boleh diganti oleh peserta

lain sepanjang pertandingan. Pelanggaran terhadap peraturan ini akan membatalkan penyertaan pasukan yang terlibat.

3.6 Sebuah sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yang sedang belajar di sekolah tersebut. 3.7 Umur peserta/pembahas tidak boleh melebihi 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.8 Hanya seorang murid bukan bumiputera dibenarkan dalam sesebuah pasukan.

4.0 PENGHAKIMAN:

4.1 Hakim Pertandingan Bahas PPM, HKSBP mesti terdiri daripada guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (Sila rujuk Lampiran)

4.2 Semua pertandingan bahas mestilah dihakimi oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada

tidak kurang tiga (3) orang hakim. 4.3 Pada pusingan separuh akhir dan akhir, lima/tujuh (5/7) orang hakim akan menghakimi

pertandingan tersebut yang terdiri daripada golongan profesional yang ditentukan oleh KPM. 4.4 Para hakim mestilah diberi taklimat tentang peraturan penghakiman sebelum pertandingan

dimulakan.

4.5 Kehadiran hakim untuk giliran bertugas adalah wajib. Kehadiran hakim akan direkodkan dan

akan dipaparkan di papan kenyataan kehadiran hakim di Bilik Urus Setia Bahas. Salinan rekod kehadiran tersebut juga akan diedarkan ke sekolah-sekolah selepas HKSBP berakhir.

4.6 Sekiranya seseorang hakim tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan atas sebab-

sebab tertentu, maka hakim tersebut wajib memaklumkan kepada Jawatankuasa Pertandingan Bahas secara bertulis secepat mungkin. Hakim tersebut perlu juga mengemukakan bahan bukti bertulis seperti sijil sakit dan/atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Kegagalan mematuhi klausa ini akan menyebabkan hakim tersebut diminta memberi surat tunjuk sebab kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPSBPSK, KPM).

Page 3: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

3

4.7 Para hakim mesti mematuhi kod etika berpakaian kerja rasmi demi memelihara imej

penghakiman. 4.8 Para hakim dilarang mengadili pertandingan yang melibatkan pasukan sekolah mereka sendiri.

Larangan ini akan terbatal jika tiada hakim lain pada ketika itu setelah mendapat persetujuan kedua- dua pasukan yang bertanding.

4.9 Pasukan yang mendapat undi majoriti panel hakim akan diumumkan sebagai pemenang

pertandingan. Markah terkumpul setiap pasukan tidak akan dijadikan asas untuk menentukan pemenang pertandingan.

4.10 Ketua hakim hendaklah mengesahkan dan menandatangani borang keputusan pertandingan.

Ketua Hakim akan mengumumkan keputusan pertandingan bagi setiap sesi satu hingga tiga. Keputusan pertandingan seterusnya hanya akan diumumkan dalam majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Keputusan hakim adalah muktamad.

4.11 Speaker Dewan akan memungut borang keputusan semua hakim selepas keputusan

diumumkan. Para hakim tidak dibenarkan berbincang atau merujuk dalam kalangan mereka berhubung dengan keputusan yang telah dibuat.

4.12 Pembahas terbaik akan diputuskan melalui sistem juri. Sekiranya berlaku pertindihan, markah

tertinggi pembahas akan diambil kira untuk menentukan pembahas terbaik. Nama pembahas terbaik akan diumumkan selepas perbahasan dan dipaparkan pada papan kenyataan pertandingan.

4.14 Semua hakim dikehendaki membuat ulasan selepas perbahasan berakhir. Hanya satu (1)

minit diperuntukkan untuk para hakim membuat ulasan. 4.15 Ulasan hakim hendaklah berfokus pada kekuatan dan kelemahan dari aspek isi, bahasa, dan

gaya perbahasan secara ringkas. Ulasan tidak menyentuh peribadi mana-mana pembahas secara khusus.

5.0 STRUKTUR PERTANDINGAN:

5.1 Sistem Pertandingan: 5.1.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada tiga kumpulan

iaitu Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C. 5.1.2 Pertandingan akan diadakan secara liga dan Pasukan Tuan Rumah layak bertanding di

peringkat kebangsaan secara automatik.

5.2 Sistem Kumpulan: 5.2.1 Kumpulan akan ditentukan melalui undian oleh BPSBSK di peringkat Zon dan Majlis Pengetua SBP di peringkat kebangsaan.

5.3 Mata: 5.3.1 Dua (2) mata akan diberikan kepada pasukan yang menang dan satu (1) mata diberikan

kepada pasukan yang kalah.

Page 4: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

4

5.3.2 Johan dan Naib Johan daripada setiap kumpulan akan layak memasuki Peringkat Suku Akhir

di peringkat kebangsaan. 5.3.3 Jika terdapat dua pasukan mendapat mata yang sama, undian hakim (skor juri) bagi semua

pertandingan dalam kumpulan akan diambil kira bagi menentukan pemenang kumpulan. 5.3.4 Jika masih terdapat persamaan mata, keputusan pertandingan antara dua pasukan diambil kira.

Pasukan yang menang akan menjadi pemenang kumpulan.

5.3.5 Jika terdapat tiga (3) atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama, pemenang kumpulan akan ditentukan melalui kiraan undian hakim (skor juri) semua perlawanan dalam semua pertandingan Pusingan Awal.

5.3.6 Jika masih terdapat persamaan mata, kiraan undi hakim (skor juri) antara pasukan yang

terlibat sahaja akan diambil kira.

5.3.7 Jika masih lagi terdapat persamaan mata, pemenang kumpulan akan ditentukan berdasarkan purata markah yang diberi oleh hakim dalam ketiga-tiga/keempat-empat pertandingan melibatkan pasukan yang berkenaan sahaja.

5.3.8 Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama, semua keputusan

untuk menentukan pemenang kumpulan akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas yang diketuai oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pendidikan Malaysia.

5.3.9 Sekiranya terdapat pasukan yang memberi kemenangan percuma atau dibatalkan

penyertaannya, maka semua mata, undi majoriti dan/atau markah yang diperoleh oleh pasukan itu dalam perlawanan terdahulu akan dijadikan sifar atau kosong. Pasukan itu juga akan dilarang daripada mengambil bahagian dalam pertandingan bahas yang seterusnya.

5.3.10 Semua keputusan hakim adalah muktamad.

5.4 Bantahan:

5.4.1 Sekiranya terdapat sebarang bantahan terhadap keputusan para hakim, bantahan bertulis

boleh dibuat dalam tempoh satu (1) jam selepas pertandingan kepada Juri Rayuan PPM, HKSBP. Juri Rayuan akan diketuai oleh Pegawai BPSBPSK, KPM dan dianggotai oleh Pegawai Teknikal Bahas.

5.4.2 Bayaran sebanyak RM 200.00 akan dikenakan bagi setiap bantahan yang dibuat. 5.4.2 Cagaran bayaran ini tidak akan dikembalikan jika bantahan ditolak oleh Juri Rayuan.

Bayaran ini akan dimasukkan ke akaun tuan rumah untuk menampung perbelanjaan pengurusan pengelolaan.

6.0 PEMENANG KUMPULAN:

6.1 Pasukan yang memperoleh mata tertinggi dalam kumpulan akan diisytiharkan sebagai

pemenang kumpulan di peringkat kebangsaan. 6.2 Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama, pemenang

kumpulan akan ditentukan berasaskan urutan, keutamaan dan kriteria berikut:

Page 5: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

5

6.2.1 Undi majoriti yang diperoleh oleh pasukan yang bersaing.

6.2.2 Senario menang – kalah dalam kalangan pasukan yang bersaing.

6.2.3 Markah yang diperoleh oleh pasukan ketika bertanding dengan pasukan lain yang bersaing.

6.3 Jika terdapat dua pasukan yang terikat dengan jumlah mata yang sama:

6.3.1 Pasukan yang mempunyai undi majoriti tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.3.2 Jika terdapat dua pasukan terikat dengan undi majoriti yang sama, maka pasukan yang

telah mengalahkan pesaingnya akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

A1 A2 A3 A4 A5 JUMLAH

MATA

Contoh kiraan:

(1) Jika dua pasukan seri

(A2 dan A4), undian hakim

untuk menentukan

pemenang akan diambil

kira:

A2 = [7 - 5]

A4 = [7 - 5]

(2) Jika masih seri, pemenang kumpulan akan ditentukan oleh keputusan bahas antara A2 lwn A4: Pasukan yang menang ialah A2. A2 menjadi pemenang kumpulan.

A1 1

(1 - 2) 2 (2 - 1)

1 (1 - 2)

2 (2 - 1)

6

A2 2 (2 - 1)

2 (2 - 1)

2 (2 - 1)

1 (1 - 2)

7

A3 1 (1 - 2)

1 (1 - 2)

1 (1 - 2)

2 (2 - 1)

5

A4 2 (2 - 1)

1 (1 - 2)

2 (2 - 1)

2 (2 - 1)

7

A5 1 (1 - 2)

2 (2 - 1)

1 (1 - 2)

1 (1 - 2)

5

6.3.3 Jika terdapat lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai jumlah mata yang sama, pasukan yang mempunyai undi majoriti tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.3.4 Jika lebih daripada dua (2) pasukan mempunyai undi majoriti yang sama, maka

pasukan yang telah mengalahkan pesaing-pesaingnya akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.3.5 Jika terdapat lebih daripada dua (2) pasukan terikat dengan undi majoriti yang sama

dan masih tiada pemenang yang dapat diputuskan, senario menang - kalah dirujuk dalam kalangan pasukan yang bersaing, maka pasukan yang memperoleh markah tertinggi semasa pertandingan dengan pesaingnya akan diisytiharkan sebagai pemenang kumpulan.

6.4 Sekiranya terdapat kesukaran atau masalah dalam menentukan pemenang kumpulan,

Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa akan bermesyuarat bagi menyelesaikan masalah tersebut.

6.5 Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa dipengerusikan

oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 6: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

6

6.6 Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Bahas terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Bahas Bahasa Malaysia PPM, HKSBP dan beberapa orang lagi yang dilantik oleh wakil daripada BPSBPSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.7 Jika terdapat masalah seperti kes yang membabitkan sekolah Ahli Jawatankuasa Teknikal, maka secara automatik Ahli Jawatankuasa Teknikal tersebut gugur daripada jawatannya dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal diberi mandat untuk melantik pengganti (sekiranya perlu).

6.8 Ahli Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa diberi kuasa untuk

melakukan sebarang pengubahsuaian dan pindaan di mana-mana yang sesuai. Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat.

7.0 TATACARA:

7.1 Pengendalian Pertandingan Bahas:

7.1.1 Sebanyak lima/enam/tujuh (5/6/ 7 ) tema dan skop akan diberi kepada sekolah-sekolah yang bertanding. Tema dan skop untuk setiap sesi telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP pada tahun semasa bersama-sama pegawai BPSBPSK, Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.1.2 Usul bahas bagi setiap tema ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM,

HKSBP pada tahun semasa dan akan diumumkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bahas PPM, HKSBP selepas undian peranan sama ada sebagai pihak kerajaan atau pembangkang. Undian akan dibuat pada setiap sesi pertandingan.

7.1.3 Undian untuk menentukan peranan dan usul akan dibuat satu (1) jam sebelum

pertandingan bermula. Guru pengiring wajib hadir pada setiap kali undian dibuat.

7.1.4 Setelah mengetahui usul dan peranan, guru pengiring diminta terus berada di dalam bilik undian dan tidak dibenarkan sama sekali berhubung dengan para pembahas dengan apa-apa cara sekali pun manakala para pembahas akan diiring ke bilik kuarantin. Semua pasukan akan dikuarantinkan di bilik persediaan masing-masing di bawah kawalan seorang petugas.

7.1.5 Hanya pembahas dalam setiap pasukan; tiga (3) orang pembahas utama dan seorang

(1) pembahas simpanan, dibenarkan berada di dalam bilik kuarantin. Pihak-pihak lain seperti guru pengiring / jurulatih / ahli keluarga / penyokong dilarang berada di bilik kuarantin semasa pasukan dikuarantinkan.

7.1.6 Sebarang percubaan untuk menceroboh masuk ke bilik kuarantin atau tindakan yang

boleh mencemarkan suasana bilik kuarantin, sama ada dengan niat atau tidak, dalam tempoh kuarantin dijalankan akan disabitkan dengan pelanggaran peraturan pertandingan bahas yang serius. Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil tindakan terhadap pihak terbabit termasuk merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa Teknikal Bahas untuk tindakan selanjutnya.

7.1.7 Penggunaan komputer riba, akses kepada laman sesawang tidak dibenarkan semasa

kuarantin dan semasa bertanding. Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan sama sekali. Peserta hanya dibenarkan membawa bahan bercetak sewaktu kuarantin.

Page 7: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

7

7.1.8 Pasukan-pasukan yang bertanding disarankan agar membawa modem mudah alih untuk memastikan kemudahan akses kepada laman sesawang diperoleh pada setiap masa. Namun begitu, penyediaan kemudahan akses internet tertakluk kepada keupayaan pihak tuan rumah pertandingan bahas menyediakannya . Manakala bagi kemudahan internet jalur lebar tertakluk kepada keupayaan perkhidmatan oleh syarikat telekomunikasi . (boleh digunakan semasa persediaan sahaja )

7.1.9 Masa kuarantin pembahas ialah selama 60 minit.

7.1.10 Pasukan bahas dikehendaki berada di dalam bilik pertandingan 10 minit sebelum

perbahasan bermula supaya pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan dibatalkan penyertaannya. Pasukan Kerajaan akan dikuarantin di Bilik Pertandingan dan Pasukan Pembangkang di Bilik Pengundian.

7.1.11 Sebarang bantuan daripada penonton atau penyokong ketika perbahasan dijalankan

tidak dibenarkan sama sekali. Speaker Dewan berhak memaklumkannya kepada Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya.

7.1.12 Sebarang bentuk rakaman (audio dan video) semasa pertandingan dijalankan dilarang

sama sekali, kecuali yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan BPSBPSK, Kementerian Pendidikan Malaysia.

7.2 Peranan Speaker Dewan:

7.2.1 Setiap sesi pertandingan bahas akan dipengerusikan oleh Speaker Dewan.

7.2.2 Speaker Dewan bertanggungjawab memastikan kelancaran pertandingan.

7.2.3 Speaker Dewan hendaklah memperkenalkan penjaga masa, barisan panel hakim dan para pembahas sebelum pertandingan berlangsung. Speaker Dewan tidak boleh menyebut nama kedua-dua sekolah yang bertanding dan nama sekolah para hakim yang mengadili pertandingan.

7.2.4 Speaker Dewan mesti membaca peraturan pertandingan perbahasan sebelum

perbahasan bermula.

7.2.5 Speaker Dewan tidak boleh membuat sebarang ulasan terhadap pembahas dan perbahasan semasa pertandingan sedang berlangsung.

7.2.6 Speaker Dewan mesti peka pada sebarang bentuk bantuan yang diberikan kepada

pembahas dan memberitahu Ketua Hakim untuk tindakan selanjutnya. Ketua Hakim berkuasa untuk meminta pihak yang terbabit meninggalkan bilik perbahasan bagi memastikan pertandingan dapat berlangsung dalam suasana yang adil dan selesa.

7.2.7 Speaker Dewan perlu memberi masa yang sesuai kepada para hakim untuk mengisi

markah. Speaker Dewan hendaklah menunggu isyarat daripada Ketua Hakim sebelum meneruskan perbahasan oleh pembahas seterusnya.

7.2.8 Speaker Dewan perlu menjemput semua hakim untuk memberikan ulasan dalam masa

satu (1) minit bermula dengan Hakim ketiga.

7.2.9 Keputusan pertandingan dan pembahas terbaik mestilah diumumkan oleh Ketua Hakim dan bukan Speaker Dewan. Speaker Dewan perlu memastikan semua hakim menandatangani borang penghakiman sebelum borang tersebut dipungut.

Page 8: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

8

7.2.10 Speaker Dewan perlu memastikan semua keputusan, fail hakim dan peralatan perbahasan dihantar ke Bilik Urus Setia Bahas setelah pertandingan perbahasan selesai.

7.3 Peranan Penjaga Masa:

7.3.1 Penjaga masa perlu memastikan setiap pembahas mendapat lapan (8) minit untuk berbahas.

7.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng selepas minit pertama dan pada akhir minit

ketujuh untuk menandakan masa yang diperuntukkan untuk izin laluan. Pada akhir minit kelapan, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali. Kad masa akan ditunjukkan oleh penjaga masa bagi memberitahu baki masa yang tinggal pada setiap 1 minit.

7.3.3 Memberi masa maksimum sebanyak tiga (3 ) minit kepada kedua-dua pasukan untuk menyediakan ucapan penggulungan.

7.3.4 Semasa ucapan penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit ketiga bagi menandakan pembahas mempunyai baki masa sebanyak 1 minit. Pada akhir minit keempat, loceng akan dibunyikan dua kali untuk menandakan berakhirnya ucapan penggulungan.

8.0 GARIS PANDUAN PERANAN PEMBAHAS:

NO

KERAJAAN

NO

PEMBANGKANG

1 PERDANA MENTERI % MINIT 2 KETUA PEMBANGKANG % MINIT

1 Definisi/Pentakrifan tajuk 10 1 1 Setuju/ terima/tolak definisi 10 1

2 Nyatakan peranan pencadang

10 1 2 Bidas pendirian dan hujah pencadang pertama

25 2

3 Nyatakan peranan pembahas pertama, kedua dan ketiga

10 1 3 Nyatakan pendirian pembangkang

10 1

4 Mulakan hujah dan beri huraian menyokong kes pencadang

30 3 4 Nyatakan peranan pembangkang pertama, kedua dan ketiga

5 1/2

5 Pertegas kes 5 1 5 Mulakan hujah berdasarkan pendirian pihak pembangkang

5 1/2

6 Izin Laluan 10 1 6 Pertegas kes pembangkang 5 1/2

7 Izin Laluan 10 1

3 MENTERI KEDUA % MINIT 4 PEMBANGKANG KEDUA % MINIT

1 Terima / tolak definisi. Beri penegasan semula ( jika definisi pembangkang tidak disentuh bermakna definisi diterima )

10 1 1 Bidas tegasan dan hujah pencadang kedua

30 2

Page 9: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

9

2 Bidasan tegasan hujah Ketua Pembangkang

40 3 2 Bidas hujah Perdana Menteri 20 2

3 Nyatakan hujah kedua dan ketiga untuk menguatkuasakan kes

40 3 3 Nyatakan hujah kedua dan ketiga yang bertentangan dengan pencadang

40 3

4 Izin Laluan 10 1 4 Izin Laluan 10 1 5 MENTERI KETIGA % MINIT 6 PEMBANGKANG KETIGA % MINIT

1 Bidas hujah-hujah pembangkang kedua

40 3 1 Bidas hujah-hujah Menteri Ketiga

40 3

2 Bidas hujah-hujah ketua pembangkang

30 2 2 Bidas hujah-hujah Menteri Kedua

30 2

3 Perkukuh kes kerajaan 20 2 3 Bidas hujah-hujah Perdana Menteri

10 1

4 Izin Laluan 10 1 4 Perkukuh kes pembangkang 10 1

5 Izin Laluan 10 1 3 MINIT UNTUK PERSEDIAAN

8 UCAPAN PENGGULUNGAN

% MINIT 7 UCAPAN PENGGULUNGAN

% MINIT

1 Bidas kes pembangkang 25 2 1 Bidas kes kerajaan 25 2

2 Menggulung dan penegasan kes pencadang

25 2 2 Menggulung dan menegaskan kes pembangkang

25 2

9.0 SISTEM PEMARKAHAN

9.1 UCAP UTAMA: 8 MINIT

9.1.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:

a. Isi = 30 markah b. Gaya = 20 markah

c. Strategi = 30 markah d. Bahasa = 20 markah ____________________________________

Jumlah = 100 markah ____________________________________

9.1.2 Setiap pembahas diberi 8 minit untuk berucap.

9.1.3 Garis Panduan /Skala Pemarkahan:

MUTU / TAHAP

ISI (30)

GAYA (20)

STRATEGI (30)

BAHASA (20)

JUMLAH (100)

A Cemerlang 25-30 17-20 25-30 17-20 84-100 B Kepujian 19-24 13-16 19-24 13-16 64-83 C Baik 13-18 09-12 13-18 09-12 41-63 D Sederhana 07-12 05-08 07-12 05-08 21-40 E Lemah 01-06 01-04 01-06 01-04 04-20

Page 10: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

10

9.2 UCAPAN PENGGULUNGAN: 4 MINIT

9.2.1 Setiap pembahas akan diberikan markah mengikut pembahagian berikut:

a. Bidasan = 25 markah b. Rumusan = 25 markah

Jumlah = 50 markah

9.2.2 Pembahas Pertama atau Kedua akan menyampaikan Ucapan Penggulungan. Pihak Pembangkang akan memulakan Ucapan Penggulungan dan diikuti oleh pihak kerajaan.

9.2.3 Setiap pembahas diberikan 4 minit untuk berucap.

9.2.4 Garis Panduan / Skala Pemberian Markah.

MUTU / TAHAP

BIDASAN (25)

RUMUSAN (25)

JUMLAH (50)

A Cemerlang 19-25 19-25 37-50 B Baik 10-18 10-18 20-36 C Sederhana 1-9 1-9 2-19

10.0 RUJUKAN UNTUK BORANG PEMARKAHAN:

10.1 AGIHAN MARKAH:

Peruntukan markah bagi setiap pembahas adalah seperti berikut :

ISI = 30 markah

GAYA = 20 markah

STRATEGI = 30 markah

BAHASA = 20 markah 10.2 ISI:

10.2.1 Hakim harus menilai isu dari segi hujah yang disampaikan dan bukan dari gaya menyampaikan hujah. Hakim sewajarnya (harus) menilai ketepatan dan kemantapan hujah tanpa dipengaruhi oleh kepandaian pembahas berkata-kata.

10.2.2 Penilaian isi juga termasuk penilaian dari segi ketepatan dan kemantapan bidasan. Hakim dinasihati mengikut tahap kemampuan pelajar sekolah menengah.

10.2.3 Tugas hakim adalah untuk menilai kemantapan dan ketepatan hujah dan bukannya sama ada

lawan boleh membidas hujah yang diberi. Jikalau hujahnya kurang dari segi isi, markah untuk isi adalah kurang walaupun lawannya tidak membidas.

Page 11: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

11

10.2.4 Jikalau hujah yang diberi adalah lemah dari segi kemantapan dan ketepatan isi dan hujah itu tidak dilawan oleh pihak lawan, maka pihak yang tidak membidas hujah tersebut telah melakukan kesalahan yang lebih serius berbanding pihak yang menyampaikan hujah yang lemah itu kerana tidak mengambil kesempatan membidas hujah yang lemah itu. Namun begitu, bidasan yang dibuat harus berdasarkan hujah dan bukannya berdasarkan contoh dan analogi.

10.2.5 Hakim haruslah mengelakkan diri daripada persepsi dan prejudis atau kerjaya masing-masing

contohnya, jikalau anda seorang peguam dan anda mengetahui isu yang diperkatakan oleh pembahas telah diumumkan oleh Majlis Antarabangsa (MPA) pada minggu lepas, anda tidak seharusnya mengambil kira pengetahuan itu melainkan pengumuman MPA itu telah diketahui umum dengan meluasnya.

10.3 GAYA:

10.3.1 Hakim seharusnya tidak terpengaruh dengan gaya pembahas yang keterlaluan.

10.3.2 Gaya termasuk cara pembahas berhujah iaitu sebutan dan bahasa gerak badan.

10.3.3 Penggunaan nota dan kad nota dibenarkan dan tidak harus didenda kecuali

pembahas ternyata membaca nota.

10.3.4 Hakim dinasihati bertoleransi dengan gaya bertutur dan kepantasan menyampaikan hujah dan markah hanya dipotong jika gaya pembahas melampaui batas.

10.4 STRATEGI:

10.4.1 Strategi memerlukan perhatian yang lebih dan meliputi dua (2) konsep iaitu struktur dan peruntukan masa penghujahan, dan pembahas memahami usul bahas.

10.4.2 Struktur – Penghujahan yang bermutu mempunyai pendahuluan, huraian dan penutup

yang jelas. Semasa penghujahan diberikan, kata kunci akan diberi sebagai panduan arah tuju pembahas. Penghujahan harus bersifat logik dan menunjukkan kesinambungan. Hal ini penting terutamanya semasa pembahas pertama mewakili kerajaan dan pembahas ketiga bagi pihak pembangkang menyampaikan hujah mereka. Oleh itu, hujah merupakan salah satu komponen strategi.

10.4.3 Tempoh masa penghujahan adalah penting. Terdapat dua (2) aspek yang berkaitan

dalam hal ini iaitu berhujah dalam masa yang dibenarkan dan memberi tempoh masa yang secukupnya untuk isu perhujahan.

10.4.4 Pembahas sepatutnya memberi keutamaan kepada isi yang penting dan diikuti oleh isi

yang kurang penting. Secara umum, adalah lebih baik jikalau pembahas menyatakan bidasan sebelum menyatakan isi / hujah kerana lebih logik untuk menafikan pendirian pihak lawan sebelum menegakkan pendirian pembahas.

10.4.5 Hakim tidak harus menghakimi kemantapan dan ketepatan penghujahan sahaja tetapi

juga harus mengambil kira ketepatan masa dan keutamaan isu.

10.4.6 Pemahaman tentang isu – Pembahas harus memahami isi-isi penting dalam perbahasan. Berlaku pembaziran masa jikalau persoalan yang penting tidak dibidas.

Page 12: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

12

Dalam keadaan pembahas tidak memahami isu yang penting dalam perbahasan itu, ini bermakna pembahas tidak akan mendapat markah yang tinggi dalam strategi.

10.4.7 Hakim mesti memahami antara strategi dengan isi. Bayangkan dalam situasi seorang pembahas cuba membidas suatu isi yang penting tetapi tidak membidas dengan baik, bermakna pembahas itu akan mendapat markah yang rendah bagi isi kerana bidasannya. Namun pembahas itu akan mendapat markah yang agak baik untuk strategi kerana dapat membidas hujah yang sepatutnya.

10.4.8 Dua (2) markah strategi akan ditolak sekiranya para pembahas menambah / meminda

usul perbahasan.

10.5 BAHASA:

10.5.1 Aspek bahasa yang harus diambil kira ialah: a. gaya bahasa / laras bahasa b. struktur ayat c. tatabahasa d. kosa kata

10.5.2 Aspek bahasa lain yang turut dinilai ialah:

a. sebutan (baku ) b. kelancaran c. nada d. intonasi

10.6 BIDASAN:

10.6.1 Pembahas sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh, misalnya pembahas pihak

kerajaan telah memberikan contoh yang lemah tetapi hujahnya tepat dan mantap maka pembangkang sepatutnya membidas hujah dan bukan contoh.

10.6.2 Selain itu, pembahas mungkin boleh memberikan beberapa contoh / analogi bagi

menerangkan hujah yang sama. Oleh itu, jika pembahas daripada pihak lawan dapat membuat satu bidasan untuk menumbangkan semua contoh yang diberi maka tidak perlu membidas setiap contoh.

10.7 UCAPAN PENGGULUNGAN:

10.7.1 Penggulungan merupakan rumusan tentang pendirian pembahas mengenai isu yang diperdebat. Oleh itu, pembahas sepatutnya hanya menyatakan isu – isu pasukan masing-masing dalam perbahasan tersebut.

10.7.2 Dalam penggulungan, pembahas tidak digalakkan memfokus kepada perkara yang

remeh-temeh atau contoh-contoh. Pembahas sepatutnya menitikberatkan isu-isu utama yang boleh menyokong pendirian mereka dan seterusnya menggoyah pendirian pihak lawan. Sebagai panduan, jikalau pembahas memfokus kepada contoh dalam penggulungan bermakna pembahas itu mungkin tidak memahami isu perbahasan atau mungkin tidak memahami teknik perbahasan yang berkesan.

10.7.3 Semasa sesi penggulungan, pembahas tidak boleh mengemukakan hujah baharu.

Page 13: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

13

10.8 IZIN LALUAN:

10.8.1 Semasa seseorang pembahas sedang berucap, pihak lawan dibenarkan memohon izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang sedang berucap. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk:

Kenyataan

Fakta

Ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isu yang sedang diutarakan oleh pembahas.

10.8.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat lanjut tentang

sesuatu isi yang sedang diucapkan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan.

10.8.3 Izin laluan boleh dilakukan oleh pihak lawan ketika seseorang pembahas menyatakan

hujahnya. Pembahas itu boleh menerima atau menolak izin laluan itu. Jikalau izin laluan itu diterima, pihak lawan itu boleh membetulkan maklumat pembahas itu atau menyatakan soalan tentang isu yang dinyatakan dalam perbahasan tersebut, khususnya yang baru diutarakan oleh pembahas.

10.8.4 Dengan adanya izin laluan bermakna setiap pembahas akan mengambil bahagian dari

awal hingga akhir perbahasan dijalankan dan bukan hanya ketika menyatakan hujah masing-masing.

10.8.5 Pembahas seharusnya memainkan peranan memberi pandangannya. Walaupun

pandangannya mungkin tidak boleh diterima tetapi sekurang-kurangnya menunjukkan pembahas itu ada mengambil bahagian atau cuba melibatkan diri dalam perbahasan.

10.8.6 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan untuk setiap izin laluan. Izin laluan

haruslah padat dan bernas.

10.8.7 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah strategi akan dikurangkan sekiranya melanggar etika ini.

10.9 ETIKA IZIN LALUAN:

10.9.1 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ke-2 dan minit ke-

7 ucapan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada minit pertama dan minit terakhir semasa pembahas sedang berucap. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penamat masa yang ditetapkan untuk izin laluan.

10.9.2 Tiada izin laluan semasa sesi penggulungan.

10.9.3 Isyarat-isyarat hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah

dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit

Page 14: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

14

dan apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk tujuan mengganggu pihak lawan akan mengurangkan markah strategi.

10.9.4 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah sopan dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab, budaya yang tinggi. Menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang.

10.9.5 Izin laluan dipohon dengan pembahas-pembahas berdiri dan menyebut izin Laluan. Pembahas yang sedang berucap tidak semestinya menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. Pembahas boleh:

Meminta pihak lawannya untuk duduk

Habiskan ayatnya dan terima izin laluan tersebut

Menerima izin laluan ketika itu

10.10 MEMOHON DAN MENERIMA IZIN LALUAN:

10.10.1 Sepanjang perbahasan seseorang pembahas diwajibkan memohon sekurang-kurangnya dua (2) kali izin laluan. Pembahas juga mesti menerima sekurang –kurangnya dua (2) kali izin laluan yang ditujukan kepadanya.

10.10.2 Pembahas yang memohon izin laluan kurang daripada dua (2) kali akan kehilangan

markah strategi.

10.10.3 Pembahas yang tidak menjawab atau tidak menerima izin laluan daripada pihak lawan juga akan kehilangan markah strategi.

10.10.4 Izin laluan dalam tempoh yang dibenarkan perlu dihabiskan oleh penyoal terlebih

dahulu sebelum dijawab oleh penerima. Markah ditolak jika melanggar etika ini.

10.10.5 Panel hakim juga boleh menilai sama ada pembahas itu berbahas secara spontan ataupun terikat kepada teks ucapan berdasarkan penglibatannya dalam izin laluan.

11.0 PROSES PENGHAKIMAN BAHAS:

11.1 Tuliskan nama pasukan yang bertanding. Pasukan yang di sebelah kanan Speaker ialah Pasukan Kerajaan, manakala pasukan di sebelah kiri Speaker ialah Pasukan Pembangkang.

11.2 Isikan nama pembahas dalam borang penghakiman. Pembahas pertama duduk berhampiran

dengan Speaker Dewan, di tengah Pembahas kedua dan berhampiran dengan penonton Pembahas Ketiga.

11.3 Semasa menjalankan penghakiman, seseorang hakim perlu melakukan dua (2)

perkara iaitu : 11.3.1 Memerhatikan bahawa setiap pembahas itu menjalankan tugas/peranan masing-

masing.

11.3.1 Menghakimi dan memberi markah kepada setiap pembahas.

Page 15: Peraturan Bahas Hksbp Zon 2014

HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH KE-41, 2014

PERINGKAT ZON

15

11.4 Setiap kali pembahas berhujah, hakim perlu mengisikan markah pada ruang yang disediakan dalam Borang Pemarkahan.

11.5 Cara mengisi markah:

11.5.1 Setelah mendengar hujah pembahas, berilah pertimbangan untuk mengklasifikasikannya dalam kategori cemerlang, sangat baik, baik, sederhana atau lemah.

11.5.2 Markah tidak diisi dahulu kerana izin laluan juga menentukan naik turunnya markah

seseorang pembahas. Jika pembahas memberikan komen yang bernas atau berkeupayaan untuk bertanya soalan yang berkualiti maka markahnya akan bertambah.

11.5.3 Markah boleh juga diubah suai setelah mendengar hujah kedua – dua pihak.

11.5.4 Pengubahsuaian markah ini hendaklah dibuat oleh hakim itu sendiri.

11.6 Ulasan hakim :

11.6.1 Setiap hakim perlu membuat ulasan setelah selesai sesi perbahasan.

11.6.2 Ulasan hendaklah bermula dengan Hakim Ketiga diikuti dengan Hakim Kedua dan

Ketua Hakim. 11.6.3 Ulasan mesti berdasarkan isu yang telah dibahaskan oleh para pembahas dan setiap

hakim bebas untuk menyentuh apa-apa aspek yang boleh membantu mutu perbahasan. Sebaik-baiknya setiap hakim menyentuh aspek yang berbeza.

11.7 Semua hakim perlu melengkapkan Borang Pemarkahan dan menandatangani setiap borang.

SOP YANG DISEDIAKAN ADALAH MENGIKUT TAHUN SEMASA. SEBARANG PERUBAHAN TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN MESYUARAT.