PERATURAN BILIK AUDIO VISUAL dan MULTI MEDIA.docx

download PERATURAN BILIK AUDIO VISUAL dan MULTI MEDIA.docx

of 2

Transcript of PERATURAN BILIK AUDIO VISUAL dan MULTI MEDIA.docx

PERATURAN BILIK AUDIO VISUAL dan MULTI MEDIATEMPAHAN DAN PENGGUNAAN

Persatuan / Kelab / Unit Beruniform / Guru / Kakitangan sekolah / Pihak-pihak lain boleh membuat tempahan dengan mengisi Buku Rekod Tempahan Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media.Bilik-bilik ini boleh juga ditempah untuk pameran, ceramah, bengkel, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan ramai peserta.Hanya kelas yang diiringi oleh guru sahaja dibenarkan masuk ke bilik-bilik ini. Pastikan pelajar beratur dan berkeadaan senyap sewaktu berjalan ke bilik-bilik ini dan kembali semula ke kelas.Tempahan boleh dibuat oleh guru hanya seminggu sebelum tarikh penggunaan.TEMPAHAN ALATAN

Semak dan maklumkan tentang alatan yang ingin digunakan 2 hari sebelum hari penggunaan.Jika terdapat sebarang kerosakan sila laporkan kepada Penyelaras Bilik Tayangan / Bilik Multi Media.PENGGUNAAN ALATAN

Sila rekodkan jenis alatan yang digunakan dalam bahagian Catatan dalam Buku Rekod Penggunaan.Sebarang alatan di bilik-bilik ini TIDAK BOLEH dibawa keluar.Tidak dibenarkan mengubah sebarang alatan dari kedudukan asalnya.Segala alatan diselenggarakan sendiri oleh pengguna. Pengguna hendaklah mematuhi cara penggunaan alatan.Dapatkan bantuan Penyelaras Bilik Audio Visual / Bilik Multi Media jika terdapat masalah dalam mengendalikan alatan.DISIPLIN SEMASA BERADA DI BILIK AUDIO VISUALDAN BILIK MULTI MEDIA

Para pengguna dilarang makan dan minum semasa berada di bilik-bilik ini.Hanya buku dan alat tulis sahaja boleh dibawa masuk. Beg dan barang-barang lain mestilah diletakkan di luar bilik.Pengguna diminta menyusun semula kerusi dan meja seperti susunan asal selepas menggunakannya.Padamkan papan putih yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebelum keluar dari bilik.Tutup semua suis sama ada kipas, lampu, alat pendingin hawa, alatan elektrik dan alatan lain sebelum keluar.Rewind semula setiap pita yang telah digunakan.Pastikan bilik-bilik ini sentiasa berkeadaan bersih dan teratur semasa meninggalkannya.Guru mata pelajaran bertanggungjawab memantau perlakuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru hendaklah memastikan pelajar keluar dari bilik-bilik ini dengan selamat dan tidak mengambil sebarang alatan keluar.Pelajar dilarang masuk sebelum ketibaan guru dan dilarang menyentuh sebarang alatan di dalam bilik-bilik ini kecuali dengan arahan guru.