Peraturan Dan Undang

8
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN TENIS MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), Undang –undang dan peraturan Lawn Tennis Malaysia dan peraturan-peraturan Am MSSM 2. JENIS PERTANDINGAN Pertandingan secara Individu antara MSS Negeri 12 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah dan 18 tahun dan ke bawah ( lelaki dan perempuan). Acara-acara yang dipertandingan adalah seperti berikut: 2.1 Perseorangan lelaki 2.2 Perseorangan perempuan 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar maksimum 3 ORANG pemain sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingan iaitu lelaki dan perempuan. 3.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian bagi satu peringkat umur yang dipertandingkan sahaja. 3.3 Semua pendaftaran nama pemain hendaklah diserahkan kepada pihak pengelola (SMV SHAS Kuala Lipis tidak lewat dari 14 hari sebelum hari pertandingan dijalankan. 3.4 Pindahan dan gantian nama pemain hendaklah dilakukan sehari sebelum pertandingan dijalankan. 3.5 Jawatan kuasa pengelola berhak menolak mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan 3.3 dan 3.4. 3.6 Pelajar yang berada di tingkatan 6 tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini. 4.. SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan / atau kalah mati seperti berikut 4.1 Cara Liga Empat kumpulan ( A, B, C, D)

Transcript of Peraturan Dan Undang

Page 1: Peraturan Dan Undang

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN TENIS

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), Undang –undang dan peraturan Lawn Tennis Malaysia dan peraturan-peraturan Am MSSM

2. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan secara Individu antara MSS Negeri 12 tahun dan ke bawah, 15 tahun dan ke bawah dan 18 tahun dan ke bawah ( lelaki dan perempuan). Acara-acara yang dipertandingan adalah seperti berikut:

2.1 Perseorangan lelaki2.2 Perseorangan perempuan

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar maksimum 3 ORANG pemain sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingan iaitu lelaki dan perempuan.

3.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian bagi satu peringkat umur yang dipertandingkan sahaja.

3.3 Semua pendaftaran nama pemain hendaklah diserahkan kepada pihak pengelola (SMV SHAS Kuala Lipis tidak lewat dari 14 hari sebelum hari pertandingan dijalankan.

3.4 Pindahan dan gantian nama pemain hendaklah dilakukan sehari sebelum pertandingan dijalankan.

3.5 Jawatan kuasa pengelola berhak menolak mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan 3.3 dan 3.4.

3.6 Pelajar yang berada di tingkatan 6 tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini.

4.. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan / atau kalah mati seperti berikut

4.1 Cara Liga Empat kumpulan ( A, B, C, D)

4.1.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka akan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C, D. Pertandinganakan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Ke Empat dalam pertandingan tahun lalu ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan - Kumpulan ANaib Johan - Kumpulan BKetiga - Kumpulan CKeempat - Kumpulan D

Page 2: Peraturan Dan Undang

c. Peserta-peserta lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan tenis.

d. Sekiranya tiada pemain seeded seperti yang dinyatakan di atas maka semua pemain akan diundi secara rawak.

4.1.2 Pusingan kedua (Suku Akhir)

a. Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

b. Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:

i. Undian bagi pasukan pemenang pertama KUMPULAN akan didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7

ii. Undian bagi 2 pemain pemenang kedua KUMPULAN untuk ditempatkan di kedudukan 2 dan 4. Jika pemain pemenang pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7, manakala 2 pemain pemenang 5 atau 7, MANAKALA 2 pemain pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudujan 6 dan 8

iii. Pemain-pemain yang menang pada perlawanan separuh Akhir akan memasuki perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pemain-pemain yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

1 2

3 4

5 6

7 8

Page 3: Peraturan Dan Undang

4.2 Cara Liga Tiga Kumpulan

4.2.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan mengambil bahagian maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B, C. Pertandinga akan dijalankan secara liga.

b. Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut

Johan - Kumpulan ANaib Johan - Kumpulan BKetiga - kumpulan C

Pemain-pemain lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

c. Sekiranya tiada pemain seeded kedudukan pemain akan dipertimbangkan oleh pihak pengelola.

4..2.2 Pusingan Kedua

a. Pemenang 1 dan pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan kumpulan Y dengan mengadakan undian.

b. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.c. Dari 3 pemenang 1, satu akan ditempatkan ke KUMPULAN X dan dua ditempatkan ke

KUMPULAN Y.d. Pemenang 2 setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan dari pemenang 1

kumpulannya.

4.2.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 KUMPULAN X akan melawan Pemenang 1 KUMPULAN Y untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN

b. Pemenang 2 KUMPULAN X akan melawan Pemenang 2 KUMPULAN Y untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

Page 4: Peraturan Dan Undang

Perlawanan Liga 3 Kumpulan (9 pemain)

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C

A1 B1 C1

A2 B2 C2

A3 B3 C3

Pusingan Pertama

A1 vs A2 B1 vs B2 C1 vs C2A2 vs A3 B2 vs B3 C2 vs C3A3 vs A1 B3 vs B1 C3 vs C1

Pusingan Kedua:

KUMPULAN X KUMPULAN YJohan A vs N/Johan B Johan B vs N/Johan AN/Johan C vs Johan A Johan C vs N/Johan A

N/Johan B vs N/Johan C Johan B vs Johan C

Pusingan Akhir:

Johan dan Naib Johan: Johan X vs Johan YTempat Ketiga dan Keempat: N/Johan X vs N/Johan Y

4.3 Cara Liga Dua Kumpulan.

4..3.1 Pusingan Pertama

a. Sekiranya enam hingga lapan pemain mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B

b. Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun ditempatkan dalam KUMPULAN A dan Naib Johan Serta Tempat Ketiga ditempatkan Pemain-pemain lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan dengan cautan undi.

c. Sekiranya tiada pemain seeded kedudukan pemain akan dipertimbangkan oleh pihak pengelola.

4.3.2 Pusingan Kedua (separuh Akhir)

a. Pemenang Kumpulan A akan melawan Pemenang 2 Kumpulan B dan Pemenang 1 Kumpulan B akan Melawan Pemenang 2 Kumpulan A

b. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4.3.3 Pusingan Akhir

a. Pemenang 1 Kumpulan A/Pemenang 2 Kumpulan B akan melawan Pemenang 1 Kumpulan B/Pemenang 2 Kumpulan A untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

Page 5: Peraturan Dan Undang

b. Pasukan kalah di dalam kedua-dua perlawanan di atas diistiharkan sebagai tempat ketiga.

4.3.4 Cara liga satu Kumpulan

a. Sekiranya lima atau kurang daripada lima pemain mengambil bahagian, pertandingan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diistiharkan sebagai JOHAN.

b. Mata bagi setiap perlawanan dalam cara liga

i. Menang 2 mataii. Kalah 0 mata

4.4 Cara menentukan Johan pasukan yang bertanding dalam cara liga kumpulan atau satu kumpulan sekiranya tidak dapat diputuskan seperti dalam 4.3.4(a) maka diambil kira seperti berikut

a. Jumlah ‘set’ dalam setiap perlawanan dikira, pemain yang mendapat jumlah menang terbanyak maka pemain tersebut diistiharkan sebagai JOHAN/PEMENANG

b. Sekiranya keputusan untuk menentukan JOHAN/ PEMENANG seperti 4.4(a) tidak dapat diputuskan maka kiraan ‘Games’ dalam setiap perlawanan diambil kira Pemain yang mendapat jumlah kiraan ‘games’ terbanyak diistiharkan sebagai JOHAN/PEMENANG.

c. Sekiranya 4.4 (a) dan 4.4(b) tidak dapat diputuskan, maka pemain yang pernah mengalahkan pemain tersebut diistiharkan sebagai JOHAN/PEMENANG Liga Kumpulan atau Liga Satu Kumpulan.

4.5 Kiraan Games/set yang digunakan dalam setiap peringkat pertandingan bergantung kepada bilangan penyertaan, kemudahan gelanggang, masa dan kemampuan Jawatan Kuasa Pengelola.

5. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sila Rujuk Peraturan Am Pertandingan (II) MSSM

Pasukan yang menarik diri dalam kumpulan umur yang tertentu pada saat akhir (setelah Jadual Perlawanan telah dibuat) maka pemain itu dikekalkan dalam jadual tersebut dan kemenangan percuma diberi kepada setiap pemain dalam kumpulan tersebut dengan kiraan 6-0 6-0 (bergantung kepada fasa 4.5) tanpa mengubah jadual perlawanan.

Sekirannya ada pemain / peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan yang dimainkan oleh pemain itu, akan dibatalkan pemain tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan tindakan tatatertib akan diambil ke atas pemain tersebut.

6. PAKAIAN

Sila rujuk Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) (yang bersesuain dengan kejohanan MSSM)

Page 6: Peraturan Dan Undang

7. GELANGGANG DAN ALATAN

Sila rujuk Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF)

8. BOLA PERTANDINGAN

Bergantung kepada Jawatan kuasa Pengelola yang akan menentukan jenamnya.

9. KELEWATAN

Hanya lima belas minit sahaja (15) diberi kepada seseorang pemain yang lewat. Selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma oleh refri kehormat.

10. BANTAHAN

10.1 Jika berlakunya sebarang pertelingkahan, Pengurus Pasukan yang terlibat dikehendaki merujuk kepada Refri Kehormat dan juga dikehendaki oleh beliau membawa perkara berkenaan secara bertulis tidak lewat dari Tiga Puluh (30) minit selepas tamat perlawanan (tie) Berlarutan, beserta wang sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) bagi diputuskan oleh Juri Rayuan. Jika didapati oleh Juri Rayuan perkara dibangkitkan tidak diterima, maka dengan sendirinya wang bantahan TIDAK dikembalikan.

10.2. Sila rujuk Peraturan Am (12) MSSM10.3 Keputusan juri akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad

11. JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am (13) MSSM

12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Sila rujuk Peraturan AM (19) MSSM.

Untuk segala pertanyaan sila berhubung terus dengan Pengurusi Teknik Daerah

Menengah En. Azamri bin Abdul Rahim (SMKPT) (0199687115)Rendah En Aziz bin Bakar (SK Kuala Koyan) (0132121944)