Undang-undang dan Peraturan Sekolah

21
SMK Taman Indah SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN N.SEMBILAN DARUL KHUSUS UNDANG – UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected] Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

description

Undang-undang,peraturan,sekolah

Transcript of Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Page 1: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

SMK Taman Indah

SMK TAMAN INDAH 73000 TAMPIN

N.SEMBILAN DARUL KHUSUS

UNDANG – UNDANG DAN

PERATURAN SEKOLAH

NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH KOD SEKOLAH : NEA 5057 NO. TELEFON : 06-4414479 N0. FAKS : 06 -4413502 E-MAIL : [email protected]

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi; manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..

Page 2: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 1

PENINGKATAN DISIPLIN DAN AKHLAK SEKOLAH SECARA MENY ELURUH

1. Falsafah Setiap individu adalah insan yang boleh dicorakkan melalui pendidikan formal dan informal serta pengaruh alam persekitarannya.

2. Matlamat Umum

Melahirkan satu generasi yang berdisiplin, bermoral tinggi ,berilmu dan bersatu padu selaras dengan aspirasi negara seperti berikut:-

2.1 Berilmu dan beramal 2.2 Berbudi bahasa 2.3 Menghormati orang lain 2.4 Mempunyai sifat toleransi 2.5 Bertatasusila dan berperikemanusiaan 2.6 Bertanggungjawab dan bekerjasama 2.7 Mempunyai perasaan cintakan sekolah 2.8 Mempunyai semangat perpaduan 2.9 Mempunyai semangat kekitaan dan kebangsaan

3. Matlamat Khusus

3.1 Mencapai prestasi akhlak tinggi 3.2 Dapat membentuk pelajar-pelajar yang bertimbangrasa dan

berperikemanusiaan. 3.3 Dapat mengurangkan kadar salahlaku seperti ponteng dan merosakkan harta benda sekolah. 3.4 Menjadikan persekitaran sekolah lebih indah ,menarik dan kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran.

FASAL 1- TATATERTIB 1.1. Setiap orang murid hendaklah mematuhi setiap peraturan yang tersenarai dan mana-mana

peraturan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah dari masa ke masa. 1.2. Setiap orang murid hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran , Jabatan Pelajaran dan mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.

1.3. Setiap orang murid hendaklah pada setiap masa menghormati guru-guru, kaki tangan sekolah ,pengawas dan rakan-rakan .

1.4. Setiap orang murid hendaklah pada setiap masa dan tempat mengamalkan prinsip-prinsip RUKUNEGARA.

1.5. Setiap orang murid tidak boleh berkelakuan secara yang dapat dianggap sebagai ingkar perintah sekolah ,guru-guru,pengawas atau mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh Pengetua.

Page 3: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 2

1.6. Setiap murid tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan dan dianggap sebagai:- 1.6.1. Mencemarkan nama baik sekolah 1.6.2. Mencemarkan nama baik mana-mana individu 1.6.3. Melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta sekolah atau harta perseorangan. 1.6.4. Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah. 1.6.5. Menimbulkan kegelisahan,persengkataan di kalangan murid atau kakitangan sekolah. 1.6.6. Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu. 1.6.7. Melakukan perbuatan menyeksa dan mengugut mana-mana individu. 1.6.8. Berkelakuan tidak senonoh atau tidak bersopan.

1.7. Setiap murid hendaklah belajar bersungguh-sungguh. 1.8. Setiap murid hendaklah menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh sekolah sama ada

bercorak akademik atau kokurikulum. 1.9. Tiada seorang murid pun dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran

bertulis. 1.10. Setiap orang murid hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan

menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum , tingkah laku dan tata tertib.

FASAL 2- PAKAIAN SERAGAM 2.1. Pakaian seragam bagi murid lelaki (Pekeliling Iktisas 3/1983) 2.1.1. Pakaian seragam sekolah bagi murid lelaki ialah baju putih lengan pendek atau panjang, seluar panjang hijau kehitam –hitaman (dark olive)lencana sekolah, tanda nama, kasut getah putih dan stokin putih. 2.1.2. Seluar hendaklah berfesyen sederhana. Tidak dibenarkan memakai seluar yang

sendat dan terlalu kecil kakinya atau pun jenis bell-bottom. 2.1.3. Jika memakai baju putih lengan panjang tidak dibenarkan menggulung.Lengan baju

di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku. 2.1.4 Jika hendak memakai tali pinggang, hanya tali pinggang canvas berwarna hijau

dibenarkan.Kepala tali pinggang tidak besar dan tidak berhias / fancy . 2.1.3 Murid lelaki yang beragama Islam mesti memakai baju kebangsaan yang lengkap pada

hari Jumaat. Ketayap/serban tidak dibenarkan memakainya. 2.1.4 Murid mesti memakai lencana dan tanda nama sekolah sepanjang masa persekolahan. 2.1.5 Murid yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM mesti memakai pakaian seragam

yang kemas

Page 4: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 3

2.2 Pakaian Seragam Sekolah Bagi Murid Perempuan 2.2.1 Pakaian seragam sekolah bagi murid perempuan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ialah

blaus putih, pinafore biru muda(turqoise), lencana sekolah, tanda nama, kasut getah putih dan stokin putih.

2.2.2 Bagi murid beragama Islam , baju kurung teluk belanga dan kain sarung biru muda(turqoise). Butang baju kurung hendaklah dikancing.

2.2.3 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat atau terlalu singkat.Pakaian hendaklah seperti mana yang diluluskan oleh Kementeraian Pendidikan.

2.3 Masa Memakai Pakaian Seragam Sekolah. 2.3.1 Masa persekolahan tiap-tiap hari dan waktu mengulangkaji pelajaran di sekolah pada

sebelah petang. 2.3.2 Apabila menghadiri aktiviti-aktiviti persatuan kecuali persatuan itu ada pakaian seragam

sendiri. 2.3.3 Apabila menghadiri sebarang upacara rasmi sekolah. 2.3.4 Apabila keluar menyertai aktiviti atau rombongan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. 2.3.5 Apabila diarahkan berbuat demikian oleh Pengetua. 2.4 Pakaian Kebangsaan 2.4.1 Pakaian Kebvangsaan murid lelaki ialah baju Melayu putioh, seluar putih, samping biru

laut dan songkok hitam.Songkok lipat dan songkok berbulu tidak dibenarkan. 2.4.2 Pakaian kebangsaan bagi murid perempuan Islam ialah baju kurung teluk belanga putih,

kain sarung biru laut dan tudung putih yang sederhana labuh.

2.5 Pakaian Ketika Bersukan dan mengikuti Kelas Pendidikan Jasmani 2.5.1 Apabila bersukan , menyertai kelas pendidikan jasmani atau mewakili sekolah dalam sukan peringkat daerah atau negeri hendaklah memakai :- Murid Lelaki : T-Shirt putih atau T-Shirt Rumah Sukan /T-Shirt Sekolah. ` Track bottom warna hitanm /biru gelap , kasut sukan putih atau kasut bola dan berstokin. Murid Perempuan : T-Shirt putih atau T-Shirt Rumah Sukan / Sekolah,

kasut putih dan berstokin. Track bottom warna hitam /biru gelap

Page 5: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 4

FASAL 3 . RAMBUT MURID 3.1. Rambut Murid Lelaki

Murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah Rambut Panjang adalah seperti berikut:- i) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah dua cuping telinga. ii) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi . iii) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan ‘sideburn’melebihi garisan tengah hidung. iv) Di atas : Rambut lebih daripada 6” panjang v) Rambut juga tidak boleh diwarnakan vi) Potongan rambut ‘ala punk’ atau berfesyen tidak dibenarkan. 3.2 Rambut Murid Perempuan

i) Rambut murid perempuan yang tidak memakai tudung hendaklah sentiasa

kemas dan jangan sehingga jatuh ke bahu. ii) Rambut yang panjang hendaklah diikat/ditocang kemas.Reben biru gelap atau

hitam boleh digunakan untuk mengikat rambut. FASAL 4- BARANG-BARANG PERHIASAN 4.1. Barang Hiasan 4.1.1 Murid-murid dilarang memakai barang perhiasan seperti emas,intan, berlian atau lain-

lain barang perhiasan. 4.1.2 Murid lelaki dilarang memakai rantai ,anting-anting, gelang tangan dan seumpamanya. 4.1.3 Menggunakan alat solek/make up adalah dilarang sama sekali. 4.1.4 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan FASAL 5 - PERATURAN – PERATURAN DI KAWASAN SEKOLAH

5.1 Murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah selengkapnya pada tiap-tiap hari dan

ketika berada di kawasan sekolah pada waktu-waktu yang ditetapkan. Semua murid dikehendaki berada di tempat perhimpunan tepat jam 7.25 pagi .Murid dikehendaki beratur dan senyap serta membaca buku selama 5 minit.

5.2. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, di Makmal , di perpustakaan, di beranda atau di tangga sebelum waktu belajar dan pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru / GPK /pengetua.

Page 6: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 5

5.3 Murid-murid dilarang menghampiri atau masuk ke kawasan/bilik seperti berikut tanpa kebenaran guru:-

5.1.1. Pejabat Sekolah 5.1.2. Makmal Sains 5.1.3. Bilik Sains Rumah tangga 5.1.4. Bilik Guru 5.1.5. Bilik Cetak 5.1.6. Bengkel Kemahiran hidup 5.1.7. Bilik Guru Penolong Kanan dan Bilik Ketua Bidang 5.1.8. Bilik Makan Guru di Kantin 5.1.9. Kawasan Kebun 5.4.10. Tandas Guru

5.4 Merayau-rayau di beranda, tangga dan lain-lain kawasan sekolah adalah dilarang. 5.5 Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam kelas atau bilik-bilik khas. 5.6 Murid-murid dikehendaki senyap ketika berada diperhimpunan, makmal, perpustakaan, dewan. Menyanyi , bersiul dan bersorak adalah dilarang sama sekali. 5.7 Murid-murid yang ke makmal,Bengkel Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani dan lain lain dikehendaki berjalan dengan teratur dan senyap. 5.7 Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik darjah, makmal,perpustakaan dan lain-lain kawasan sekolah. 5.8 Murid-murid tidak dibenarkan berada di tempat-tempat letak kereta dan motosikal. 5.9 Murid-murid dilarang merosakkan harta sekolah seperti kerusi,meja, papan kenyataan, cermin tingkap dan lain-lain lagi. 5.10 Semua murid bertanggungjawab menjaga keselamatan semua peralatan di kelas dan bilik-bilik khas.Kehilangan atau kerosakan akan diganti oleh individu atau kelas berkenaan. FASAL 6 – BILIK KELAS 6.1. Kerusi meja hendaklah disusun kemas dan rapi 6.2. Papan hitam dan kawasan sekelilingnya mestilah selalu dalam keadaan kemas dan

bersih.Dilarang membersihkan pemadam papan hitam dengan mengetuk-getuknya ke dinding.

6.3. Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah dan dibuang ke dalam tong sampah besar sekurang-kurangnya 2 kali iaitu di waktu pagi dan selepas rehat.

6.4. Gambar-gambar, rencana-rencana yang ditampal di papan kenyataan kelas hendaklah diurus dengan baik.

6.5. Lampu-lampu dan kipas boleh digunakan apabila perlu dan dipadamkan apabila meninggalkan bilik berkenaan.

6.6. Murid-murid yang bertugas membersihkan kelas mestilah menjalankan tugas dengan sempurna.

6.7. Semua peralatan di dalam kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan kepada Guru Tingkatan / Guru Bertugas / GPK

6.8. Pada waktu rehat murid dilarang berada dalam kelas dan tidak boleh makan di dalam kelas .

Page 7: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 6

FASAL 7- PERHIMPUNAN 7.1. Setiap hari mulai pukul 7.25 pagi 7.2. Loceng dibunyikan jam 7.25 pagi murid mesti beratur di tapak perhimpunan. 7.3. Beratur dalam barisan yang ditentukan dan membaca selama 5 minit untuk aktiviti

laluan iqra’. 7.4. Murid-murid dikehendaki menyanyikan lagu-lagu kebangsaan,lagu negeri dan lagu

sekolah dengan penuh semangat . Lagu-lagu yang dinyanyikan sewaktu perhimpunan ialah:

Hari Isnin (perhimpunan rasmi) - Negaraku - Lagu Negeri Sembilan - Lagu Sekolah Hari Rabu (English Day) - Negaraku Hari Selasa dan Khamis - Negaraku Dua orang pengawas ditugaskan menaikkan Bendera Malaysia dan bendera Negeri. 7.5. Guru tingkatan atau guru penyelaras tingkatan akan mengambil kehadiran murid. 7.6 Ketika Guru-guru /GPK / Tuan Pengetua memberi ucapan dan laporan murid-murid

mestilah mendengar,memahami dengan teliti perkara yang disampaikan. FASAL 8 - WAKTU REHAT 8.1. Semua murid mestilah meninggalkan bilik kelas secepat mungkin selepas loceng

berbunyi. 8.2. Semasa rehat murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. 8.3. Bila loceng berbunyi menunjukkan tamat waktu rehat murid mestilah segera masuk ke kelas masing – masing dengan senyap dan teratur. 8.4. Murid tidak dibenarkan berada di kawasan-kawasan yang ditentukan oleh pihak sekolah

pada waktu rehat kecuali mendapat kebenaran dari guru yang bertanggungjawab.

FASAL 9 - KELUAR DAN MASUK KELAS(DI DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN)

9.1. Murid hendaklah berjalan dalam dua barisan yang lurus dan teratur. 9.2. Sebelum keluar meninggalkan bilik kelas hendaklah beratur di luar kelas dan tidak

dibenarkan berbuat bising. FASAL 10 - MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH 10.1. Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis

daripada Guru Bertugas Mingguan/GPK/Pengetua. 10.2. Murid yang hendak ke hospital hendaklah mengambil surat hospital daripada guru

bertugas/ GPK HEM. 10.3. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan mengakui yang murid berkenaan telah

benar-benar mendapat rawatan, hendaklah diberi kepada guru bertugas mingguan selepas balik daripada hospital atau hari berikutnya.

Page 8: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 7

FASAL 11 - MASUK KE KAWASAN SEKOLAH / PELAWAT 11.1. Murid yang dikehendaki datang ke sekolah di luar waktu belajar mestilah berpakaian

yang sepatutnya dan kemas. 11.2 Bekas murid dan murid sekolah ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan melainkan jika atas urusan sekolah. 11.3 Bekas murid sekolah ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah jika mereka berpakaian tidak kemas/ menjolok mata dan berambut panjang. 11.4. Ibu bapa /pelawat tidak dibenarkan berjumpa terus dengan murid, sebaliknya mesti

melaporkan diri terlebih dahulu di pondok pengawal bagi mendapat kebenaran dan pas lawatan ,selepas itu berjumpa kakitangan pejabat untuk memaklumkan tujuan lawatan. Kakitangan pejabat akan memanggil murid berkenaan berjumpa penjaga di pejabat.

FASAL 12 - KANTIN 12.1. Murid tidak dibenarkan membeli makanan atau makan di kantin selain waktu rehat dan

sebelum atau selepas waktu sekolah. 12.2. Murid mesti makan atau minum di kawasan kantin sahaja. 12.3. Murid mesti beratur sewaktu membeli makanan di kantin. 12.4. Murid mesti memasukkan bekas-bekas makanan ke dalam besen dan membuang

bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 12.5. Murid di larang membeli makanan daripada penjaja-penjaja di luar sekolah. 12.6. Murid dilarang membawa makanan yang dibeli daripada luar kecuali yang dibekalkan

dari rumah dengan menggunakan bekas makanan/tupperware. FASAL 13 – TANDAS 13.1. Murid-murid mestilah menggunakan tandas dengan cermat. 13.2. Dinding jangan diconteng / di tulis. 13.3. Paip air mesti ditutup selepas digunakan.Jika didapati ada paip yang tidak ditutup, murid

yang terakhir keluar dari tandas akan dikenakan tindakan. 13.4. Murid-murid dilarang membuang sampah di dalam lubang tandas / di atas lantai tandas. 13.5. Murid-murid tidak dibenarkan berada lama di dalam tandas.

FASAL 14 - PENGGUNAAN BASIKAL / MOTOSIKAL 14.1. Murid hendaklah menyimpan basikal dan motosikal di tempat yang telah ditetapkan

dengan teratur. 14.2. Basikal-basikal mestilah mempunyai kelengkapan seperti loceng, tupang, kunci , berek

dan lampu. 14.3. Murid yang mempunyai / membawa motosikal dimestikan mempunyai egala

kelengkapan seperti lesen, cukai jalan,topi keledar dan sebagainya. 14.4. Murid mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya semasa menggunakan

jalan raya. 14.5. Murid tidak dibenarkan menunggang basikal di dalam kawasan sekolah. Basikal dan

motosikal mesti dipimpin / disorong apabila berada di dalam kawasan sekolah. 14.6. Murid tidak dibenarkan menunggang secara bersaing,

Page 9: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 8

FASAL 15 – KEGIATAN KEAGAMAAN 15.1. Murid lelaki yang beragama Islam di semua tingkatan mesti bersembahyang Jumaat di

masjid yang berhampiran. 15.2. Murid mestilah sentiasa berdisiplin ketika berada di dalam dan di luar kawasan masjid

dan menghormati rumah Allah. 15.3. Murid hanya dibenarkan keluar dari bangunan masjid selepas Imam selesai membaca

doa. 15.4. Dalam bulan puasa tidak dibenarkan murid-murid yang beragama Islam makan atau

minum di khalayak ramai atau di dalam kawasan sekolah. 15.5. Semua murid Islam mesti mengikuti mata pelajaran agama Islam.

FASAL 16 - KEGIATAN KOKURIKULUM 16.1. Setiap murid diwajibkan menyertai satu persatuan / kelab dan pasukan beruniform dan

sekurang-kurangnya mengambil bahagian dalam satu permainan 16.2 . Murid mesti hadir pada waktu yang ditetapkan apabila dikehendaki bagi kegiatan- kegiatan sukan atau lain-lain kehadiran akan direkod dalam buku rekod kokurikulum. 16.2. Murid lelaki dan perempuan mestilah berpakaian sukan yang kemas iaitu T-shirt putih /T-

shirt sekolah /T-shirt persatuan/kelab semasa bersukan , olahraga atau pendidikan jasmani.

Fasal 17 - SURAT MENYURAT 17.1. Semua surat-surat yang dialamatkan kepada murid-murid akan diawasi oleh pengetua /

guru-guru disiplin. 17.2. Surat-surat yang telah dibuka oleh pengetua akan diserahkan kepada murid atau disimpan

oleh pengetua selepas ditandatangani. 17.3. Murid-murid yang menerima surat yang didapati isinya menyeleweng akan diambil

tindakan atas mereka. FASAL 18 - KEGIATAN LUAR 18.1. Murid tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan luar yang tidak

kena mengena dengan sekolah melainkan jika mendapat kebenaran bertulis daripada tuan Pengetua.

18.2. Murid dilarang menyertai perkumpulan / pertubuhan haram. FASAL 19 - KEPERIBADIAN 19.1. Murid mesti patuh kepada arahan guru dan pengawas setiap masa.. 19.2. Murid mesti memberi ucapan selamat dan hormat kepada guru dan pelawat sekolah setiap

masa seperti selamat sejahtera, assalamualaikum, selamat pagi, terima kasih dsb. 19.3. Murid mesti berkelakuan baik dan bersopan santun di khalayak ramai.

Page 10: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 9

19.4. Ketika hendak masuk ke bilik guru, pejabat atau bilik kelas ,murid-murid mestilah mengetuk pintu terlebih dahulu kemudian mengucapkan salam atau selamat.

19.5. Ibu bapa / penjaga murid hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua sebelum pergi menemui anak/jagaan mereka.

19.6. Murid-murid yang terjumpa barang-barang tercicir mesti diserahkan ke pejabat sekolah atau guru bertugas.

19.7. Setiap murid mesti memastikan segala wang atau barang berharga selamat di dalam simpanannya.

FASAL 20- KEDATANGAN 20.1. Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah mengemukakan surat akuan daripada ibu

bapa / penjaga atau doktor. 20.2. Murid yang sakit atau tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3 hari berturut-turuit

mestilah memberitahu guru tingkatan dengan segera, jika tidak surat amaran pertama akan diberi.

20.3. Nama murid akan dipotong dari daftar sekolah jika ia masih tidak hadir ke sekolah selepas surat peringatan /amaran yang ketiga dihantar kepada ibu bapa/penjaga.

FASAL 21 - PELANGGARAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT. 21.1. Adalah menjadi kesalahan kepada murid jika ia:-

21.1.1 Tidak menghormati lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan. 21.1.2 Tidak menghormati guru dan kakitangan sekolah pada bila-bila masa pun 21.1.3 Tidak menghormati para pelawat. 21.1.3. Tidak menghormati pengawas sekolah , ketua tingkatan atau ketua-ketua

pergerakan di sekolah. 21.1.4. Tidak menghormati sesama sendiri. 21.1.5. Bergaduh dan bertumbuk. 21.1.6. Ponteng sekolah. 21.1.7. Berjudi. 21.1.8. Menyimpan barang-barang yang dijumpai dan bukan hak milik. 21.1.9. Memukul guru atau kakitangan sekolah. 21.1.10. Mengugut atau mengancam guru,kakitangan sekolah atau sesama sendiri. 21.1.11. Menunjukkan sikap kurang sopan dan biadap. 21.1.12. Mencuri , menipu dan meminjam tanpa kebenaran. 21.1.13. Perasugut. 21.1.14. Menjadi ahli pertubuhan haram.

21.2. MURID-MURID DILARANG DARIPADA

21.2.1. Membawa senjata berbahaya (pisau, parang , rantai, gunting dsb) 21.2.2. Membawa / bermain bahan letupan seperti bunga api dan mercun di kawasan

sekolah. 21.2.3. Membawa telefon bimbit / tangan.

Page 11: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 10

21.2.4. Membawa atau mengedar rokok,bahan tembakau atau dadah. 21.2.5. Membawa pemetik / penggores api 21.2.6. Membawa kaset,vcd,video,buku-buku / bahan bercetak yang tidak bermoral /

lucah. 21.2.7. Membawa /bermain ‘watch and game’ di sekolah atau bermain video game di

luar kawasan sekolah. 21.2.8. Membawa / alat solek dan perhiasan diri. 21.2.9. Membawa makanan berbungkus plastik seperti gula-gula, gula-gula

getah,coklat dsb. 21.2.10. Membawa dan bermain daun terup / joker 21.2.11. Membawa atau memakai tali pinggang berkepala besar/ berhias. 21.2.12. Berkopiah atau bersarban. 21.2.13. Memakai T-shirt bergambar / bertulisan / berwarna. 21.2.14. Memakai selipar / kasut bukan kasut sekolah 21.2.15. Membawa cecair pamadam (liquid paper) dan marker pen . 21.2.16. Stokin selain daripada stokin sekolah 21.2.17. Membawa / bermain gitar dan radio. 21.2.18. Membawa bendera / lambang parti /pertubuhan politik.

FASAL 22 - HARTA BENDA SEKOLAH 22.1. Tiada seorang pun dibenarkan menggunakan atau mengambil alat-alat atau harta benda

sekolah tanpa kebenaran. 22.2. Alat-alat yang digunakan hendaklah disimpan semula di tempatnya dengan teratur dan

selamat. 22.3. Murid yang merosakkan alat-alat atau harta benda sekolah mestilah melaporkan dengan

segera kepada pengetua dan mesti diganti. 22.4. Murid tidak dibenarkan menconteng , mengguris atau mengotorkan dinding ,papan

kenyataan ,kerusi ,meja atau semua harta benda sekolah. 22.5. Tidak dibenarkan menampal poster atau dokumen bertulis di papan kenyataan atau di

mana-mana bahagian kawasan sekolah tanpa kebenaran. 22.6. Alat pemadam api tidak dibenarkan dialih. 22.7. Kerusi meja tidak dibenarkan sama sekali dialih dari tempatnya. 22.8. Murid yang kerusi mejanya rosak atau hilang hendaklah melaporkan kepada ketua

tingkatan dan ketua tingkatan melaporkan kepada guru tingkatan/guru perabot/GPK /Pengetua.

FASAL 23 – KAWASAN LARANGAN 23.1. Pejabat sekolah, Bengkel Kemahiran Hidup , Bilik ERT, Bilik Komputer, Makmal

Sains,Stor Sukan, Tandas Guru, Bilik Guru ,kawasan letak kereta, kawasan letak basikal dan motosikal

23.2. Murid dilarang masuk ke mana-mana bahagian dalam kantin. 23.3. Murid hanya boleh masuk ke kawasan tersebut jika mendapat kebenaran daripada guru

yang bertanggungjawab.

Page 12: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 11

FASAL 24 – BAYARAN YURAN 24.1. Yuran sekolah dijelaskan pada awal penggal persekolohan. 24.2. Murid yang berhutang akan ditahan keputusan peperiksaan dan semua sijil-sijil

persekolahan mereka.

FASAL 25 – PINJAMAN BUKU TEKS 25.1. Buku teks hendaklah dibalut plastik dan dijaga keselamatannya. 25.2. Murid-murid hendaklah memulangkan semua buku SPBT kepada guru tingkatan, buku-buku yang hilang hendaklah diganti dengan buku baru yang sama tajuk atau dibayar harga buku tersebut. 25.3. Murid-murid yang tidak memulangkan buku SPBT selengkapnya tidak akan diberi pinjaman tahun berikutnya sehingga menggantinya dengan buku atau dengan wang harga buku tersebut. 25.4. Murid yang lambat memulangkan buku akan dikenakan denda dengan kadar tertentu.

FASAL 26 – PERATURAN PEPERIKSAAN SEKOLAH Peperiksaan sekolah bermakna peperiksaan dalaman iaitu ujian bulanan,peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir

26.1. DEWAN PEPERIKSAAN tahun dan peperiksaan percubaan PMR /SPM.

26.1.1. Meja hendaklah pada jarak yang sesuai dan pusingkan meja. 26.1.2. Murid pastikan kebersihan dewan peperiksaan. 26.1.3. Murid dibenarkan masuk dewan selepas arahan diberikan. 26.1.4. Semua nota / buku hendaklah diletak diluar kelas / dewan. 26.1.5. Susunan murid dalam dewan hendaklah disusun dalam barisan yang berselang

aliuran.

26.2. KEDATANGAN 26.2.1. Sepanjang peperiksaan sekolah adalah dikira hari persekolahan biasa iaitu

mengikut masa persekolahan biasa. 26.2.2. Murid tidak dibenarkan balik walaupun peperiksaan sudah tamat. 26.2.2. Murid mesti datang ke sekolah seperti hari persekolahan biasa walaupun

tidak mengambil matapalajaran diawal peperiksaan sebelah pagi.

26.3. PERATURAN AM PEPERIKSAAN

26.3.1 Murid dilarang meniru atau cuba menolong murid lain(mungkin dalam bentuk memberi kertas jawapan kepada kawan dalam bentuk lisan atau dalam bahasa isyarat).

26.3.2 Murid dilarang membawa nota ke dalam dewan pepriksaan (nota bertulis pada kertas/tangan /buku dan lain-lain)

26.3.3 Murid tidak dibenarkan meminjam alat tulis, pemadam dan sebagainya dari murid lain dalam dewan peperiksaan.

26.3.4 Murid dilarang makan / minum dalam dewan peperiksaan. 26.3.5 Murid tidak dibenarkan keluar dewan sehingga tempoh peperiksaan tamat. 26.3.6 Murid dilarang menggunakan cecair pemadam (liquid paper)

Page 13: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 12

26.4. - TINDAKAN

26.4.1 Murid yang meniru atau memberi kawan tiru akan diberi markah 0 bagi mata pelajaran

26.4.2 Jika murid melanggar peraturan peperiksaan tindakan disiplin akan diambil(mengikut peraturan sekolah)

FASAL 27 - PEPERIKSAAN LUAR Dalam masa peperiksaan PMR, SPM, dijalankan ,calon-calon sekolah adalah terikat kepada undang-undang dan peraturan sekolah seperti biasa. FASAL 28 - TINDAKAN / HUKUMAN

28.1 Apabila seorang murid atau kumpulan murid didapati melakukan perbuatan melanggar peraturan-peraturan sekolah , hukuman berikut boleh dikenakan ke atasnya.

28.1.1. Amaran 28.1.2. Dirotan 28.1.3. Dikenakan kelas tahanan (detention) 28.1.4. Denda 28.1.5. Dibuang sekolah 28.1.6. Membayar gantirugi 28.1.7. Dilapor kepada pihak berkenaan seperti polis/ Jabatan

Kebajikan Masyarakat. 28.1.8. Lain-lain hukuman yang dibenarkan oleh Pengetua. 28.1.9. Murid-murid yang menerima hukuman akan direkod ke dalam

SSDM (Sistem Salah Laku Disiplin Murid) dan ibu bapa akan dimaklumkan.

28.1.10. Kes-kes yang melibatkan polis (jenayah) laporan akan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri.

28.1.11.

FASAL 29 – PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Murid-murid yang mempunyai masalah , gangguan fikiran dan seumpamanya dinasihatkan supaya mendapat khidmat Bimbingan & Kaunseling daripada Kaunselor. FASAL 30 - PERATURAN- PERATURAN KHAS Murid-murid mesti mematuhi segala peraturan-peraturan khas yang disediakan apabila menggunakan bilik-bilik tertentu.

30.1. Perpustakaan 30.2. Makmal 30.3. Bengkel Kemahiran Hidup 30.4. Surau 30.5. Setor sukan 30.6. Bilik Bimbingan & Kaunseling 30.7. Lain-lain yang ditetapkan.

Page 14: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 13

LAMPIRAN 1

PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM (PINAFORE) BAGI SEKO LAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH

Page 15: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 14

LAMPIRAN 2

PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 16: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 15

LAMPIRAN 3 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 17: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 16

LAMPIRAN 4 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 18: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 17

LAMPIRAN 5 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 19: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 18

LAMPIRAN 6 PANDUAN BENTUK PAKAIAN SERAGAM

Page 20: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 19

LAMPIRAN 7

POTONGAN RAMBUT MURID

Page 21: Undang-undang dan Peraturan Sekolah

Undang-Undang dan Peraturan Sekolah SMKTI Page 20

BORANG PENGAKUAN

Pengetua SMK Taman Indah 73000 Tampin Negeri Sembilan BUKU PERATURAN SEKOLAH 1. Saya telah memiliki buku tersebut untuk dijadikan panduan dan rujukan saya semasa saya

bersekolah di sini. 2. Saya faham segala yang terkandung didalamnya dan akan mematuhi kandungannya. Saya sedar bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman tersebut. Tandatangan pelajar: Tanda tangan ibu bapa/penjaga: ……………………………………… ………………………………………….. Nama:……………………………….. Nama:……………………………………. No. Kad Pengenalan:…………………….. Tandatangan guru tingkatan: Nama:………………………………..