Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

61
Unit Tatatertib dan Keutuhan Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

description

Prosedur dan peraturan

Transcript of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Page 1: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Unit Tatatertib dan Keutuhan

Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Page 2: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Sistem atau peraturan perilaku peribadi seseorang individu, kumpulan dsb

Tabiat yang biasa dilakukan, Perangai, Perbuatan Sumber-Dewan Eja Pro (DBP 2007)

Page 3: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

Merupakan DOs and DON’Ts dalam Perkhidmatan Awam.

Merupakan Code of Conducts anggota perkhidmatan awam.

Sebahagian tertulis pada Surat Aku Janji

Page 4: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

LATAR BELAKANG

Berkuatkuasa pada 15.12.1993 menggantikan Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab ‘D’) 1980

Dipinda pada tahun 2002 berkuatkuasa Jun 2002 Tindakan tatatertib merupakan langkah-langkah yang terakhir bagi menghukum mereka yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang berkenaan

Page 5: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

LATAR BELAKANG

Sebagai alat kawalan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan dan dipercayai Mencorakkan disiplin untuk mencapai matlamat:

i. Cekap, Amanah dan Bertanggungjawab ii. Kepentingan awam > kepentingan sendiri iii. Jaga IMEJ perkhidmatan awam

Page 6: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

[Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Peraturan 4(1),(2)(a….j)]

TATAKELAKUAN

SECARA UMUM

Page 7: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TATAKELAKUAN

4. (1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang diPertuan Agong Negara dan Kerajaan

Contoh kesalahan: Bersubahat dengan musuh negara Memburuk / memperkecilkan dasar

kerajaan Melanggar undang-undang atau peraturan

kerajaan untuk tujuan menentang kerajaan

Page 8: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Contoh kesalahan: Menguruskan hal peribadi dalam waktu

pejabat Menyebelahi saudara-mara dalam

mempertimbangkan permohonan Mengambil kesempatan menguruskan hal

peribadi semasa membuat lawatan rasmi ke luar pejabat

4. (2)(a) Seseorang pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi

TATAKELAKUAN

Page 9: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Contoh kesalahan: Tidak mengelakkan diri dari terlalu rapat dengan

mereka yang jelas mendapat keuntungan daripada mengetahui tugas-tugas rasminya

Tidak mengelakkan diri daripada menerima hadiah

yang mahal daripada mana-mana individu

4. (2)(b) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya

TATAKELAKUAN

Page 10: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TATAKELAKUAN

4. (2)(c) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;- i. dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri

Page 11: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TATAKELAKUAN

Contoh kesalahan:

4. (2)(d) Seseorang pegawai awam tidak boleh berkelakuan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam

Disabitkan dengan kesalahan jenayah termasuk sabitan dalam mahkamah syariah

Berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai seperti mabuk, biadab dan sebagainya

Melakukan gangguan seksual

Page 12: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TATAKELAKUAN

Contoh kesalahan:

4. (2)(e) Seseorang pegawai awam tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha

Tidak mempunyai daya usaha dan lemah daya pemikiran

Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas

Malas dalam menjalankan tugas

Page 13: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Contoh kesalahan:

4. (2)(f) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah

Tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai olehnya, isterinya atau anaknya

Mengemukakan tuntutan palsu termasuk tuntutan perjalanan, sewa hotel dan sebagainya

Mengemukakan tuntutan kerja lebih masa yang tidak betul

TATAKELAKUAN

Page 14: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Contoh kesalahan:

4. (2)(g) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak bertanggungjawab

Tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah

Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan

Tidak menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya

TATAKELAKUAN

Page 15: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

4. (2)(g) Seseorang pegawai awam tidak boleh tidak bertanggungjawab

TATAKELAKUAN

Page 16: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

4. (2)(h) Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain

Contoh kesalahan:

Menggunakan pengaruh luar termasuk orang kenamaan dan ahli politik dalam urusan penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat

TATAKELAKUAN

Page 17: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

4. (2)(i) Seseorang pegawai awam tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah

Contoh kesalahan:

Sengaja melanggar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui pekeliling atau surat pekeliling

Keluar negara tanpa kelulusan KSU

TATAKELAKUAN

Page 18: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Contoh kesalahan:

4. (2)(j) Seseorang pegawai awam tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugasnya

Pegawai perubatan meninggalkan objek dalam tubuh badan pesakit semasa melakukan pembedahan

Memandu kenderaan Kerajaan dengan terlalu laju atau tidak mengikut peraturan lalu lintas sehingga menyebabkan kemalangan berlaku

TATAKELAKUAN

Page 19: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERATURAN-PERATURAN LAIN

Peraturan 6 - Etiket Pakaian

Peraturan 10 - Pemunyaan Harta

Peraturan 52 - Penyampaian notis, dokumen dan

sebagainya

Page 20: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERATURAN 6 : ETIKET PAKAIAN Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau oleh pihak-pihak berkuasa lain

PP Bil. 2 / 1985 “ Pakaian Semasa Bekerja Dan Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Awam”.

SPP Bil. 1 / 2006 “Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai pakaian Semasa Bekerja Dan Menghadiri Upacara Rasmi”.

SPP Bil. 1 / 2008 “ Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis”.

Page 21: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERATURAN 6-ETIKET PAKAIAN

Page 22: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERATURAN 6-ETIKET PAKAIAN

Page 23: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

ISYTIHAR HARTA

Seseorang pegawai dikehendaki membuat laporan harta (mengisytiharkan harta) kepada Ketua Jabatannya. Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:-

i. Dilantik ke dalam perkhidmatan awam; ii. Dikehendaki oleh kerajaan; iii.Memperolehi harta tambahan; dan iv. Melupuskan harta.

(Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002)

Page 24: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PENGHANTARAN NOTIS

Per. 52 (1)

Seseorang pegawai hendaklah memberi Ketua Jabatannya alamat kediamannya atau apa-apa perubahan kepada alamat itu. Alamat akan digunakan bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah Peraturan-Peraturan ini kepada pegawai berkenaan.

Per. 52 (2)

Apa-apa notis, dokumen atau komunikasi yang ditinggalkan di atau diposkan ke atau dihantar dengan apa-apa cara lain yang munasabah ke alamat bagi penyampaian yang diberikan dibawah subperaturan (1) hendaklah disifatkan telah disampaikan atau diberitahu dengan sempurna kepada pegawai itu.

Page 25: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)

TATAKELAKUAN

SECARA KHUSUS

Page 26: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERKARA-PERKARA DILARANG

Peraturan 4A - Gangguan seksual

Peraturan 7 - Dadah

Peraturan 8 - Hadiah

Peraturan 9 - Keraian

Peraturan 11 - Menyenggara taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendirian yang sah

Peraturan 12 - Meminjam wang

Peraturan 13 - Keterhutangan kewangan yang serius

Page 27: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERKARA-PERKARA DILARANG

Peraturan 13 - Keterhutangan kewangan

yang serius

Peraturan 15 - Meminjamkan wang

Peraturan 16 - Penglibatan dalam pasaran niaga hadapan

Peraturan 17 - Cabutan bertuah, loteri dsb

Peraturan 18 - Penerbitan buku, dsb.

Peraturan 20 - Penyunting Penerbitan

Peraturan 23 - Tidak hadir untuk bertugas

Page 28: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

GANGGUAN SEKSUAL – P.4A

Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh :

(i) membuat cubaan untuk merapati orang lain

secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau

(ii) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat

seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

Page 29: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Membuat cadangan bahawa layanan seks akan di balas

dengan ganjaran

Mempamer atau mengedarkan alat-alat atau gambar-gambar

lucah

Page 30: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

CONTOH GANGGUAN SEKSUAL

meraba, mencubit, menepuk atau menyentuh secara seksual

Page 31: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

DADAH – P.7

Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya

JIKA TIDAK:-

a. dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja

b. ditamatkan atas kepentingan awam (Peraturan 49) sekiranya

pegawai mencapai umur persaraan pilihan yang ditentukan

oleh Kerajaan pada masa itu.

Page 32: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

HADIAH – P.8

Seseorang pegawai tidak boleh menerima atau memberikan

dan tidak boleh membenarkan isteri atau suaminya atau mana-

mana orang lain untuk menerima atau memberikan bagi

pihaknya apa-apa hadiah, sama ada dalam bentuk zahir atau

selainnya, daripada atau kepada mana-mana orang, persatuan,

badan atau kumpulan orang jika penerimaan atau pemberian

hadiah itu dalam apa-apa segi mempunyai kaitan, sama ada

secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasminya.

(Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 tahun 1998 ‘Garis Panduan Pemberian Dan

Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam)

Page 33: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

KERAIAN – P.9

Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika :-

(a) keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya sebagai seorang pegawai awam untuk kepentingan orang itu; dan

(b) pemberian atau penerimaan keraian itu tidak dalam apa-apa cara menjadi tidak selaras dengan Peraturan 4.

Page 34: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN DAN PENDAPATAN PERSENDIRIAN YANG SAH – P.11

Seseorang pegawai boleh dipanggil oleh Ketua Jabatan supaya memberi penjelasan bertulis dalam tempoh 30 hari bagaimana ia boleh menyelenggara taraf hidup tersebut jika ternyata pegawai itu:-

(a) menyenggara suatu taraf kehidupan yang melebihi emolumen dan pendapatan persendiriannya yang lain yang sah, jika ada; atau

(b) mengawal atau memiliki sumber-sumber kewangan atau harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih, yang nilainya tidak seimbang dengan, atau yang tidak boleh semunasabahnya dijangka telah diperoleh oleh pegawai itu dengan emolumennya dan apa-apa pendapatan persendiriannya yang lain yang sah

Page 35: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

MEMINJAM WANG– P.12

Seseorang pegawai tidak boleh meminjam daripada mana-mana orang

atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam, atau dengan apa-

apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada

mana-mana orang -

(a) yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya;

(b) yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi;

(c) yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan tempatan tempat dia mempunyai kuasa rasmi; atau

(d) yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang.

Page 36: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

Seseorang pegawai tidak boleh dengan apa-apa cara menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. Seseorang pegawai juga dikatakan berada dalam keadaan keterhutangan yang serius jika :-

(a) agregat hutang/tanggungan tak bercagar adalah lebih 10 kali emolumen bulanannya

(b) pegawai itu seorang penghutang penghakiman dan tidak menjelaskan dalam tempoh satu bulan

(c) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)

Page 37: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

MEMINJAMKAN WANG – P.15

Seseorang pegawai tidak boleh

meminjamkan wang dengan faedah,

sama ada dengan atau tanpa cagaran

Page 38: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PASARAN NIAGA HADAPAN – P.16

Seseorang pegawai tidak boleh melibatkan dirinya sebagai pembeli atau penjual atau selainnya dalam pasaran niaga hadapan tempatan atau luar negara

Page 39: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

CABUTAN BERTUAH / LOTERI – P.17

Seseorang pegawai tidak boleh mengadakan atau mengelolakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa cabutan bertuah atau loteri selain bagi maksud kebajikan

Page 40: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PENERBITAN BUKU – P.18

Seseorang pegawai tidak boleh menerbitkan

atau menulis apa-apa buku, makalah atau

karya lain yang berasaskan maklumat rasmi

terperingkat.

Page 41: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PENYUNTING DALAM MANA-MANA PENERBITAN – P.20

Seseorang pegawai tidak boleh bertindak sebagai penyunting bagi, atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan,atau dengan apa-apa cara membuat apa-apa sumbangan kewangan atau selainnya kepada, mana-mana penerbitan, termasuk mana-mana surat khabar,majalah atau jurnal, tanpa mengambil kira cara surat khabar, majalah atau jurnal itu diterbitkan kecuali penerbitan yang berikut :

a) Penerbitan jabatan; b) Penerbitan profesional; c) Penerbitan organisasi sukarela yang tidak bercorak politik d) Penerbitan yang diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan

bagi maksud peraturan ini.

Page 42: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TIDAK HADIR UNTUK BERTUGAS – P.23

Per. 23

termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas-tugasnya.

Per. 26 (1)

Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Ketua Jabatan hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan kepada pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu di alamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.

Page 43: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

TIDAK HADIR BERTUGAS –P.23

Per. 27(1)

jika seseorang pegawai telah didapati bersalah kerana THB...., pegawai itu tidak berhak kepada apa2 emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah disifatkan telah terlucut hak walau pun PBT yang berkenaan tidak mengarahkan pelucuthakan itu.

Per. 27(2)

Sesorang pegawai yang emolumennya telah terlucut hak di bawah superaturan (1) hendaklah diberitahu secara bertulis.

Per. 27(3)

...bukanlah suatu hukuman tatatertib… selaras dengan Perintah Am, Bab C, 14A

Page 44: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

BOLEH BUAT DENGAN KEBENARAN

TATAKELAKUAN

SECARA KHUSUS

Page 45: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERKARA-PERKARA YANG PERLUKAN KEBENARAN

Peraturan 5 - Pekerjaan Luar / LOKUM

Peraturan 8 - Menerima Hadiah

Peraturan 19 - Membuat penyataan awam Peraturan 21 - Mengambil bahagian dalam

politik Peraturan 22 - Memulakan prosiding undang-

undang dan bantuan guaman

Page 46: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PEKERJAAN LUAR (TERMASUK LOKUM) – P.5

Seseorang pegawai tidak boleh :- a) mengambil bahagian secara langsung atau tak langsung

dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;

b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi

mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;

c) sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau

keterangan pakar, samada dengan percuma atau dengan mendapat upah; atau

d) bertugas sebagai wasi pentadbir atau penerima

Page 47: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

MEMBUAT PENYATAAN AWAM – P.19

Seseorang pegawai tidak boleh membuat penyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri yang berkenaan…

Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai

Page 48: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

BERGIAT DALAM POLITIK – P.20

Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional -DILARANG

Pegawai Kumpulan Sokongan Boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian Anggota biasa mana-mana parti politik hendaklah memberitahu kepada Ketua Jabatannya

Page 49: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

BANTUAN GUAMAN – P.22

Seseorang pegawai tidak boleh membawa apa-apa perbicaraan undang-undang bagi kepentingan peribadinya akibat daripada tugas rasminya tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Setiausaha KKM.

Di samping itu seseorang pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman berbangkit daripada perbicaraan mahkamah yang dibawa terhadapnya atas tugas-tugas rasmi boleh memohon bantuan guaman kepada KSU melalui Peguam Negara

Page 50: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

CUTI

•Cuti – Kelayakan BUKAN hak - Perlu dapat kebenaran Ketua Jabatan •Jenis-jenis cuti :

• Cuti Rehat / Tanpa Gaji / Separuh Gaji / Ikut Pasangan / Cuti Sakit

•Cuti Sakit :

• Sijil Cuti Kerajaan – Diterima oleh Ketua Jabatan • Sijil Cuti Swasta – Ketua Jabatan boleh menerima

Page 51: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

CUTI KECEMASAN - EL

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1986 Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am Cth : Banjir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jambatan Runtuh, Perintah berkurung, Sekatan Am, Kematian… Ketua Jabatan BOLEH tidak meluluskan jika tidak puas hati terhadap perakuan yang dikemukakan oleh pegawai. Jika Ketua Jabatan tidak puas hati, boleh ambil tindakan tatatertib walaupun pegawai MASIH ada cuti rehat

Page 52: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERMOHONAN KE LUAR NEGARA

SURAT PEKELILING KSU BIL. 2 TAHUN 2004 “GARIS PANDUAN KE LUAR NEGARA”

“Tugas Rasmi” …termasuk menghadiri mesyuarat, persidangan,

rundingan, simposium, lawatan dan kursus yang disah dan diperaku oleh ketua jabatan…

“Kursus” Apa-apa kursus atau latihan yang berupa

akademik atau praktikal termasuk lawatan sambil belajar, seminar, bengkel yang disah dan diperaku oleh ketua jabatan…

“Urusan persendirian” Sebarang urusan selain dari tugas rasmi.

Page 53: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PERMOHONAN KE LUAR NEGARA KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN

TUGAS RASMI : KSU untuk urusan < 3 bulan KPPA untuk urusan > 3 bulan

URUSAN PERSENDIRIAN (TIDAK MELEBIHI 3 BULAN)

Kategori Kuasa Melulus KPT (JUSA C >) KSU P & P TKSU (P) Sokongan (IPKKM) SUB (P) Sokongan (J&I) Pengarah JKN

Page 54: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU SURAT PEKELILING AM BIL. 11 TAHUN 1981

“GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU”

Tujuan :

Memastikan pegawai tidak datang lewat/pulang sebelum waktu yang sewajarnya.

Mengesan perbuatan datang lambat dan keluar cepat dengan adanya catitan merah.

Memastikan pegawai yang masuk/keluar dari waktu sepatutnya mencatit sebab2 dan meminta keizinan dari pegawai atasan masing2.

Membolehkan tindakan sewajarnya diambil jika perkara diatas dilakukan berturutan.

Page 55: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

BEKERJA TIDAK MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 2007 “PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT DI SEMUA AGENSI KERAJAAN

PERSEKUTUAN

Semua pegawai wajib memilih WP1 atau WP2 atau WP3 kecuali yang kerja bergiliran Jika pegawai tidak ikut tanpa kebenaran, pegawai boleh dianggap sebagai ingkar perintah dan tidak bertanggungjawab

Page 56: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

SURAT PEKELILING KSU BIL. 5 TAHUN 2006 “TATACARA PELAKSANAAN PEGAWAI PERUBATAN DAN PEGAWAI PERGIGIAN

MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR (LOKUM)”

Lokum:

Amalan yang merujuk kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian berdaftar yang melakukan tugas dan tanggungjawabnya di mana-mana hospital, klinik/klinik pergigian dan kemudahan jagaan kesihatan swasta secara separuh masa

KEBENARAN LOKUM

Page 57: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

KUASA MELULUSKAN PERMOHONAN LOKUM

Kategori Kuasa Melulus

Peg. IPKKM / Institusi KPK

Peg. JKN Pengarah Kes. Negeri

Page 58: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

HUKUMAN TATATERTIB (Per.38) HUKUMAN PENJELASAN

AMARAN SATU BENTUK PERINGATAN

DENDA MAKSIMUM 7 HARI EMOLUMEN

LUCUT HAK EMOLUMEN TIADA HAD, SESUAI DENGAN KESALAHAN TIDAK HADIR BERTUGAS

TANGGUH PERGERAKAN GAJI BAGI TEMPOH 3, 6, 9 ATAU 12 BULAN

TURUN GAJI MINIMUM 1 PERGERAKAN GAJI SELAMA 12 BULAN, MAKSIMUM 3 PERGERAKAN GAJI SELAMA 36 BULAN

TURUN PANGKAT TIDAK TERHAD. TERTAKLUK KEPADA SKIM PERKHIDMATAN YANG SAMA DAN KUMPULAN YANG SAMA

BUANG KERJA DIKELUARKAN DARI PERKHIDMATAN AWAM

Page 59: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

KESAN HUKUMAN TATATERTIB •Kelewatan dalam pengesahan perkhidmatan

•Kelewatan dalam urusan kenaikan pangkat (PP 3/09)

HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN KENAIKAN PANGKAT

AMARAN 12 BULAN

DENDA 18 BULAN

LUCUT HAK EMOLUMEN 24 BULAN

TANGGUH PERGERAKAN GAJI 30 BULAN

TURUN GAJI 36 BULAN

TURUN PANGKAT 48 BULAN

Page 60: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

KESAN HUKUMAN TATATERTIB

• Tidak akan dipertimbangkan untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun semasa; dan • Tidak layak menerima imbuhan tahunan sekiranya dijatuhi hukuman selain daripada ‘Amaran’.

Page 61: Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.pdf.pdf

UNIT TATATERTIB & KEUTUHAN

Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian Sumber Manusia, Aras 9, Blok E7,

Pusat Pentadbiran K’jaan Persekutuan,

62590, WP Putrajaya.

Email : [email protected] Tel : 03-88832160 Faks : 03-88811500

PERTANYAAN LANJUT