Peraturan Permainan Ta Ya Nun (Tuju Tin)

download Peraturan Permainan Ta Ya Nun (Tuju Tin)

of 2

Transcript of Peraturan Permainan Ta Ya Nun (Tuju Tin)

  • 8/3/2019 Peraturan Permainan Ta Ya Nun (Tuju Tin)

    1/2

    PERATURAN PERMAINAN TA YA NUN (TUJU TIN)

    1. Permainan memerlukan pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Pastikan bilangan

    ahli bagi kedua-dua kumpulan ialah sama.

    2. Kumpulan pertama ialah penyerang manakala kumpulan kedua pula ialah pertahanan.

    3. Semasa bermain, kumpulan penyerang akan berada di luar kawasan permainan iaitu di

    kiri dan kanan kawasan. Kawasan hadapan dan belakang adalah dilarang untuk pihak

    penyerang.

    4. Bilangan penyerang yang berada di kanan dan kiri bergantung kepada strategi dankreativiti kumpulan penyerang.

    5. Kumpulan pertahanan pula hendaklah berada di dalam kawasan permainan.

    6. Di dalam kawasan memanah, seorang pemain pertahanan akan menggunakan panah

    sakti yang disediakan bagi menjatuhkan tin yang berada di hadapan kawasan

    permainan.

    7. Bilangan percubaan bagi seseorang pemain pertahanan untuk memanah tin adalah

    sebanyak 3 kali sahaja. Sekiranya gagal, tukar dengan rakan sekumpulan yang lain.8. Setiap kiri dan kanan kawasan akan diberikan sebiji bola. Oleh itu, terdapat 2 biji bola

    yang akan digunakan dalam permainan ini.

    9. Setelah pihak pertahanan berjaya menjatuhkan tin, pihak pertahanan akan berlari dan

    berusaha mengambil tin yang jatuh tersebut untuk dimasukkan ke dalam bakul yang

    disediakan di hadapan kawasan permainan.

    10. Manakala kumpulan penyerang pula berusaha untuk mematikan pihak pertahanan

    dengan melontar bola-bola yang diberikan supaya mengenai badan pihak pertahanan.

    11. Lontaran tidak boleh dilakukan semasa di dalam kawasan permainan tetapi hendaklah

    dilakukan semasa berada di kanan atau kiri kawasan permainan.

    12. Lontaran bola yang dikenakan pada pihak pertahanan dikira sah sekiranya mengenai

    anggota badan di bawah aras kepala.

    13. Pihak pertahanan yang terkena lontaran bola dikira mati dan tidak boleh mengambil tin

    lagi. Sekiranya semasa pihak pertahanan terkena lontaran sambil memegang tin, tin

    tersebut hendaklah diletakkan semula di belakang kawasan. Tidak dikira sebagai mata

    sekiranya tidak sempat masuk ke dalam bakul.14. Pertahanan yang sudah mati hendaklah keluar dari kawasan permainan. Masa yang

    diberikan untuk setiap pusingan ialah 3 minit sahaja.

    15. Setelah masa tamat, markah akan dikira berdasarkan bilangan tin yang berjaya

    dimasukkan ke dalam bakul. 1 markah bagi setiap tin yang berjaya dikumpul. Markah

    bonus pula diberikan sekiranya terdapat ahli kumpulan yang masih hidup. 1 markah bagi

  • 8/3/2019 Peraturan Permainan Ta Ya Nun (Tuju Tin)

    2/2

    Kawasantin.

    Kawasanmemanah.

    Bakul untuk

    mengisi tin

    Kawasan Penyerang.

    Kawasan Penyerang.

    Kawasan Pertahanan.