Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang...

7

Transcript of Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang...

Page 1: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan
Page 2: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

Peraturan Pertandingan Bola Sepak

1. NAMA PERTANDINGAN :

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11s (LELAKI) SEMPENA PDC 50TH ANNIVERSARY

2. KATEGORI :

i. Terbuka

ii. Veteran (40 tahun ke atas)

3. PENGANJUR & PENGELOLA :

Jawatankuasa Sukan PDC 50th Anniversary, Perbadanan Pembangunan

Pulau Pinang (PDC)

4. TARIKH :

12hb Oktober 2019

Masa : 8.00 pagi – 2.00 Petang (Peringkat Kumpulan)

3.30 Petang – 10.30 Malam (Peringkat Separuh Akhir & Akhir)

5. TEMPAT:

Padang USM (Peringkat Kumpulan)

Stadium Batu Kawan (Peringkat Separuh Akhir & Akhir)

6. PERATURAN AM :

6.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan

akan dijalankan mengikut Undang-undang Pertandingan Bola Sepak

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak

Antarabangsa (FIFA).

6.2 Semua kejadian am akan diputuskan berdasarkan kepada Undang-

undang Dan Paraturan Am kejohanan ini.

7. PERATURAN TAMBAHAN:

Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah

berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras

dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan 50 sempena PDC 50th

Anniversary.

8. KELAYAKKAN PESERTA :

8.1 Pemain-pemain yang didaftarkan mestilah terdiri dari pegawai dan

kakitangan kerajaan yang taraf jawatannya dalam kategori

berjawatan tetap, sementara, pinjaman atau contract of service.

8.2 Walau bagaimanapun, mereka yang taraf jawatanya dalam kategori

sementara, pinjaman atau contract of service, mestilah telah dilantik ke

jawatan yang disandang tidak kurang dari enam (6) bulan sebelum

tarikh kejohanan ini.

Page 3: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

9. PENDAFTARAN PESERTA :

9.1 Setiap perbadanan hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan bagi

kategori terbuka dan 1 pasukan bagi kategori veteran sahaja di mana

setiap pasukan hendaklah mengandungi (1) Pengurus Pasukan dan

(15) orang pemain. Pengurus pasukan dibenarkan bermain. Nama

mereka hendaklah didaftar juga dalam senarai pemain sebagai

pemain.

9.2 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan untuk kategori terbuka

dan 8 pasukan untuk kategori veteran yang terawal sahaja.

9.3 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan

menggunakan borang yang disediakan Jawatankuasa Penganjur,

hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja yang dibenarkan untuk

mengambil bahagian. Tarikh tutup penyertaan pasukan adalah

selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb Ogos 2019 (Jumaat).

Borang yang telah lengkap hendaklah dikemukakan beserta dengan

yuran penyertaan berjumlah RM500.00/pasukan (Terbuka) dan

RM500.00/pasukan (Veteran).

9.4 Untuk kategori veteran, umur pemain veteran hendaklah berumur (40)

tahun ke atas pada tahun 2019 (lahir pada atau sebelum tahun 1979).

9.5 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.

Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang

dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang

kedua-dua yang berkenaan akan dibatalkan.

10. CARA PERTANDINGAN:

10.1 Jadual perlawanan semua pasukan yang mengambil bahagian akan

diputuskan semasa sesi undian yang akan diadakan pada 6hb

September 2019.

10.2 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga

kumpulan.

10.3 Johan dan Naib Johan di peringkat kumpulan akan terus layak ke

peringkat separuh akhir.

10.4 Bagi pusingan separuh akhir hingga akhir serta master, perlawanan

akan dijalankan secara kalah mati.

Page 4: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENAGAN :

11.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan

kepada format berikut:

a). Menang - 3 mata

b). Seri - 1 mata

c). Kalah - 0 mata

d). Menang percuma (walk over / pembatalan penyertaan – 3

mata, tiada jaringan gol akan diberikan).

11.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau

lebih di dapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka susunan

penentuan berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang.

a). Maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang

paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

b). Jika masih sama, jumlah bolos akan diambil kira.

C). Jika masih sama, kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang

mempunyai perbezaan antara jaringan gol ‘masuk’ dengan

jaringan gol ‘kena’ akan menduduki tempat yang lebih tinggi.

d). Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya

dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.

e). Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka

Jawatankuasa Pengelola akan menentukan keputusan dengan

tendangan penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi

menentukan pemenang.

f). Jika masa tidak mengizinkan, Jawatankuasa Pengelola akan

menentukan pemenang melalui tendangan penalti, ‘sudden

death’ atau ‘toss of coin’.

11.3 Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan

seri, maka pemenangnya akan ditentukan dengan tendangan penalti

mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

12. MASA PERTANDINGAN :

12.1 Kejohonan ini akan dijalankan dalam tempoh 1 hari.

12.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang

telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

12.3 Jangka masa permainan akan dijalankan melalui format 10 minit setiap

satu (10-1-10).

12.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di

gelanggang permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

Page 5: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

12.5 Pasukan yang gagal hadir digelanggang pada masa yang dijadualkan

akan diberi masa tangguhan selama 5 minit. Jika setelah tamat tempoh

masa yang diberikan, pasukan tersebut tidak juga hadir maka

kemenngan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir.

13. PENANGGUHAN PERLAWANAN:

13.1 Jawatankuasa pengelola akan memutuskan kedudukan perlawanan

yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas

sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

14. PENGADILAN :

14.1 Sistem pengadilan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

15. BANTAHAN :

15.1 Sebarang bantahan semasa perlawanan (di atas padang) hanya

boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat

secara lisan kepada pengadil yang bertugas ketika itu. Kemudian

bantahan tersebut hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh

Pengurus Pasukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak

lewat daripada 30 minit selepas tamat pertandingan tersebut. Surat

bantahan hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dan

disertakan wang cagaran sebanyak RM200.00 (TUNAI). Wang cagaran

ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal atau ditolak.

15.2 Sebarang bantahan mengenai Kelayakan Pemain hendaklah dibuat

semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan atau sebelum pusingan awal

berakhir. Bantahan yang dibuat selepas itu (semasa pusingan

kedua/suku akhir hingga akhir) tidak akan dilayan.

15.3 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa

Pengelola adalah muktamad.

16. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA :

Jawatankuasa pengelola adalah berhak untuk meminda/menambah

peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah

muktamad.

17. Sepanjang kejohanan diadakan, pegawai dan para peserta adalah tertakluk

kepada Perintanh Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.

Urusetia kejohanan atau Jawatankuasa Pengelola akan memanjangkan

laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya

terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

Page 6: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 11s (LELAKI) SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

Kategori Tandakan

Terbuka

Veteran

Nama Pasukan : _____________________________________________

Alamat : _____________________________________________

_____________________________________________

Nama Pengurus : _____________________________________________

No. Telefon Pejabat : _____________________________________________

No. Faks : _________________

No. H/P & Email : __________________ / ________________________

Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM ___________________.

Jenis Bayaran Tandakan

1). Secara tunai

2). Bank-in / On-line Transfer ke akaun CIMB Bank Penang Development

Corporation – 8004063062 (Slip bukti pembayaran hendaklah diserahkan kepada

pihak PDC dengan kadar segera melalui emel kepada: [email protected] atau

aplikasi WhatsApp kepada nombor: 016-5248292).

3). Bayaran dengan cek atas nama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

________________________ (Pengurus Pasukan )

Page 7: Peraturan Pertandingan Bola Sepak - pdc.gov.my · laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan, sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan

KEJOHANAN BOLA SEPAK 11s (LELAKI) SEMPENA ULANG TAHUN PDC YANG KE 50 TAHUN (2019)

NAMA PASUKAN : _______________________________________ ALAMAT PASUKAN : _______________________________________ _______________________________________

BIL NAMA PEGURUS JAWATAN NO H/P

BIL NAMA PEMAIN NO KAD PENGENALAN

POSISI STATUS PEMAIN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

TANDATANGAN PENGURUS _____________________________

Tarikh: ______________________