PERATURAN PERTANDINGAN GULI

4
PERATURAN PERTANDINGAN GULI 1. AM Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Guli Karnival Permainan Tradisional. 2. PENGANJUR / PENGELOLA Pertandingan ini dianjur oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Semester 5) Ipg Kampus Darulaman dan dikelolakan oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Semester 5) Matematik/Pendidikan Jasmani/Bahasa Melayu. 3. PENDAFTARAN PEMAIN 3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 1 dan Semester 3 Ipg Kampus Darulaman. 3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai empat (4) orang pemain yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan menggunakan borang yang disediakan. 3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh

description

bermain guli

Transcript of PERATURAN PERTANDINGAN GULI

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN GULI

PERATURAN PERTANDINGAN GULI

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Guli Karnival Permainan Tradisional.

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(Semester 5) Ipg Kampus Darulaman dan dikelolakan oleh pelajar Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan (Semester 5) Matematik/Pendidikan Jasmani/Bahasa

Melayu.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda

Perguruan Semester 1 dan Semester 3 Ipg Kampus Darulaman.

3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar pemain seramai empat (4) orang pemain

yang terdiri daripada dua (2) orang lelaki dan dua (2) orang perempuan

menggunakan borang yang disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya

berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan

dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh

pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan

diberikan kepada pasukan lawan.

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERLAWANAN

4.1 Tarikh pertandingan dijadualkan pada 16 Mac 2013 bertempat di Padang

Petanque (belakang dewan besar pada jam 8.00 pagi - 12.00 tengah hari.

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN GULI

5. SISTEM DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara berjadual setelah undian dibuat.

5.2 Pemain-pemain dibenarkan merancang strategi seminit (1 minit) sebelum

pertandingan bermula.

5.3 Syarat-syarat dan undang-undang permainan adalah seperti yang disediakan

oleh penganjur kejohanan.

6. PERATURAN PERTANDINGAN

6.1 Lapan (8) orang pemain yang terdiri daripada dua (2) kumpulan akan bermain

dalam satu gelanggang.

6.2 Untuk memulakan permainan setiap, pemain hendaklah meleretkan biji guli ke

garisan induk yang disediakan. 

6.3 Guli yang dileret ke garisan pemulaan atau yang terhampir adalah dikira sebagai

pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir

dan seterusnya.

6.4 Pemain pertama akan menjentik/meleret/menuju gulinya kepada semua guli

yang berada di dalam kawasan bulatan induk agar terkeluar.

6.5 Sekiranya jentikan/leretan/tujuan tidak mengena, ia dikira mati dan pemain

kedua akan membuat jentikan/leretan/tujuan kepada guli-guli yang ada, begitulah

seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan/leretan/tujuan ke atas

guli pemain lainnya.

6.6 Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah

menjentik/meleret/menuju guli miliknya melalui bulatan induk terlebih dahulu.

6.7 Pemain akan memastikan jentikan/leretan/tujuan guli miliknya sentiasa berada

berhampiran dengan bulatan induk setiap kali dilakukan. Ini memudahkan mereka

mengawal permainan.

Page 3: PERATURAN PERTANDINGAN GULI

6.8 Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil

alih giliran dikehendaki menjentik/meleret/menuju guli miliknya ke dalam bulatan

induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan bertujuan mematikan pihak

lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam bulatan induk, giliran untuk pemain lain

diberikan.

6.9 Pemain perlu mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan

mematikan guli pihak lawan. Lesen tersebut ialah pemain perlu mengeluarkan

sekurang-kurangnya empat (4) biji guli daripada bulatan induk.

7. KESALAHAN

7.1 Tangan dilarang sama sekali masuk ke dalam bulatan ketika

menjentik/meleret/menuju guli yang berada di dalam bulatan induk.

7.2 Masa yang diambil untuk menjentik/meleret/menuju guli tidak boleh melebihi 5

saat.

8. PENENTUAN PEMENANG

8.1 Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan/leretan/tujuan yang dibuat

untuk mengeluarkan guli daripada bulatan induk serta bilangan guli pihak lawan

yang berjaya dimatikan dalam tempoh masa permainan yang ditetapkan.